hikayat seri kelantan

17
PROSA TRADISIONAL HIKAYAT SERI KELANTAN

Upload: naddyammy

Post on 19-Jun-2015

3.315 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

bahasa melayu prosa tradisional

TRANSCRIPT

Page 1: Hikayat seri kelantan

PROSA TRADISIONAL

HIKAYAT SERI KELANTAN

Page 2: Hikayat seri kelantan

SINOPSIS

Prosa tradisional ini mengisahkan seorang raja perempuan yang bernama Cik Siti Wan Kembang. Cik Siti menjadi raja di Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Cik Siti tidak mempunyai suami dan anak. Oleh sebab itu, Cik Siti berhajat mengambil anak angkat, iaitu anak raja Jembal yang bernama Tuan Puteri Sa’dung. Permintaan ini tidak dapat ditolak oleh raja Jembal kerana datangnya daripada seorang raja. Akhirnya, Tuan Puteri Sa’dung menjadi anak angkat kepada Cik Siti. Semakin meningkat dewasa, kecantikan Tuan Puteri Sa’dung semakin terserlah. Banyak orang yang jatuh hati kepadanya. Apabila Tuan Puteri Sa’dung dewasa, Cik Siti mengahwinkan salah seorang anak raja Jembal yang bernama Raja Abdullah dengan anak angkat baginda itu. Raja Abdullah telah diberi gelaran, iaiu Sultan Abdullah. Sultan Abdullah membina sebuah kota baru bernama Kota Jelasin manakala Cik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ.

Page 3: Hikayat seri kelantan

Kecantikan Tuan Puteri Sa’dung telah menawan hati raja Siam. Baginda telah mengarahkan pengikutnya menyerang Kota Jelasin dan mengambil Tuan Puteri Sa’dung. Tuk Ca, iaitu seorang ahli nujum turut serta bersama-sama dengan angkatan Siam untuk mengambil Tuan Puteri Sa’dung. Utusan raja Siam telah dihantar menghadap Sultan Abdullah dan menyampaikan hasrat Raja Siam yang mahu memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Hal ini menyebabkan Sultan Abdullah murka dan menghalau utusan raja Siam. Sebagai akibatnya, angkatan Siam telah mengepung Kota Jelasin. Terjadilah pertempuran antara kedua-dua belah pihak. Tentera Siam tewas kerana kesaktian yang dimiliki oleh Tuan Puteri Sa’dung. Dengan takdir Tuhan, rakyat Sultan Abdullah pula telah ditimpa kelaparan. Pada masa yang sama, tentera Siam mengepung Kota Jelasin. Dalam keadaan yang genting itu, Tuan Puteri Sa’dung berseru sekiranya baginda berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya sehingga jatuh di dalam hutan. Permintaannya makbul apabila Kota Jelasin diangkat dan diletakkan di suatu tempat yang bernama Cerang Bahagia. Tempat itu dinamai Mahligai.

Page 4: Hikayat seri kelantan

TEMA

Tema prosa tradisional ini ialah keistimewaan dan kecantikan seorang tuan puteri yang memiliki kelebihan yang luar biasa. Keistimewaan dan kecantikan ini telah membuatkan raja Siam jatuh hati lalu memerintahkan angkatan tenteranya untuk mendapatkan Tuan Puteri Sa’dung dengan apa-apa cara sekalipun.

Page 5: Hikayat seri kelantan

Tuk Ca menyatakan bahawa Mahligai Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung ada di dalam cerang. Rombongan raja Siam tiba di cerang besar lalu mengepung Mahligai Sultan Abdullah. Baginda berdua tidak dapat melarikan diri dan semua rakyat telah berpecah belah. Tuan Puteri Sa’dung kemudian meminta suaminya bertanya kepada Tuk Ca tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Tuk Ca sekali lagi menyatakan bahawa raja Siam tidak berminat menakluki Kota Jelasin, baginda hanya mahu memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Akhirnya, Sultan Abdullah menitahkan isterinya supaya menurut kehendak raja Siam kerana mereka tidak mampu menentang raja Siam dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sa’dung yang serba salah kerana mahu menjaga maruahnya dan takut dimurkai Sultan Abdullah akhirnya bersetuju dengan kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca ke Siam.

Page 6: Hikayat seri kelantan

PERSOALAN

Kehebatan seorang raja yang mahu

permintaan nya dipenuhi.

Penggunaan unsur-unsur luar biasa

golongan istana dan pembesar.

Ketaatan kepada raja

Kebijaksanaan dalam

menyelesaikan persengketaan.

Kasih sayang dan

pengorbanan soerang isteri.

Page 7: Hikayat seri kelantan

WATAK DAN PERWATAKAN

• Anak raja Jembal.• Dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang.• Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-

tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal.• Dikahwinkan dengan Sultan Abdullah.• Memiliki rupa paras yang cantik.• Mempunyai ilmu kesaktian.• Taat kepada suaminya.• Sanggup berkorban.

Tuan Puteri Sa’dung

Page 8: Hikayat seri kelantan

• Suami Tuan Puteri Sa’dung.• Nama asalnya Raja Abdullah dan Encik Siti

memberikan gelaran Sultan Abdullah.• Memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga

Cerangtegayung.• Tinggal bersama dengan isterinya di Kota Jelasin.• Berpendirian tegas.• Berani.• Sayang akan isterinya.• Sanggup berkorban.

Sultan Abdullah

Page 9: Hikayat seri kelantan

• Ibu angkat Tuan Puteri Sa’dung.• Tidak bersuami dan tidak mempunyai anak.• Menjadi pemerintah Kerajaan Tanah Serendah Kebun

Bunga Cerangtegayung dan Gunung Ayam.• Penyayang.• Bijaksana.• Bertolak ansur.

Cik Siti Wan Kembang

Page 10: Hikayat seri kelantan

• Terlalu mengikut keinginan nafsu.• Tidak berperikemanusiaan.

Raja Siam

• Ahli nujum raja Siam.• Taat setia.• Memiliki kesaktian.• Bertolak ansur

Tuk Ca

Page 11: Hikayat seri kelantan

PLOT Permulaan – Cik Siti yang tidak bersuami dan beranak

mengambil Tuan Puteri Sa’dung sebagai anak angkat. Apabila sudah dewasa, Cik Siti mengahwinkan anak angkatnya dengan Raja Abdullah. Negerinya, Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung diserahkan kepada menantunya, Raja Abdullah yang digelar sebagai Sultan Abdullah.

Perkembangan – Kecantikan Tuan Puteri Sa’dung sampai ke pengetahuan raja Siam. Baginda yang jatuh hati kepada Tuan Puteri Sa’dung ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung walaupun mengetahui bahawa Tuan Puteri Sa’dung sudah bersuami. Raja Siam mengarahkan pengikutnya pergi ke Kota Jelasin untuk mengambil Tuan Puteri Sa’dung. Sultan Abdullah menghalau utusan raja Siam kerana amat murka akan tindakan raja Siam itu. Sebagai akibatnya, angkatan Siam telah menyerang Kota Jelasin. Namun begitu, angakatan Siam tewas kerana kesaktian yang dimiliki oleh Tuan Puteri Sa’dung.

Page 12: Hikayat seri kelantan

Klimaks – Rakyat Sultan Abdullah pula telah ditimpa bala kebuluran. Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung mengakui bahawa mereka sukar untuk menewaskan angkatan raja Siam. Sultan Abdullah bertemu dengan Tuk Ca untuk berunding. Hasilnya, Sultan Abdullah dengan berat hati meminta Tuan Puteri Sa’dung memenuhi permintaan raja Siam demi keselamatan negara.

Peleraian – Tuan Puteri Sa’dung akur akan arahan suaminya lalu angkatan Siam membawa Tuan Puteri Sa’dung ke Siam.

Page 13: Hikayat seri kelantan

LATAR

LATAR TEMPAT• Tanah Serendah Kebun Bung Cerangtegayung, iaitu

negeri Kelantan Purba yang diperintah oleh Cik Siti Wan Kembang.

• Kota Jelasin, yakni kota yang baru dibina oleh Sultan Abdullah atas perintah Cik Siti Wan Kembang.

• Cerang Bahana, iaitu tempat Kota Jelasin dipindahkan oleh Tuan Puteri Sa’dung selepas kota itu dikepung oleh angkatan raja Siam.

• Gunung Ayam, iaitu lokasi baru Cik Siti dan pengikutnya berpindah apabila Kota Jelasin diserahkan kepada Sultan Abdullah.

• Mahligai, tempat bersemayam Tuan Puteri Sa’dung dan Sultan Abdullah.

• Perahu Jong, iaitu tempat Sultan Abdullah dan Tuk Ca mengadakan rundingan.

Page 14: Hikayat seri kelantan

LATAR MASA• Pada zaman dahulu, iaitu zaman pemerintahan kerajaan

Kelantan Purba.• 40 hari 40 malam.• Waktu malam.• Waktu siang.

LATAR MASYARAKAT

• Masyarakat berketurunan raja.• Masyarakat yang menunjukkan kekuasaan.• Masyakat yang akur terhadap perintah.• Masyarakat yang memiliki kesaktian dan ilmu yang

luar biasa.• Masyarakat yang bertolak ansur.• Masyarakat yang bersabar apabila ditimpa bencana

atau kesusahan.

Page 15: Hikayat seri kelantan

NILAI

Kasih sayang

Ketaatan

PengorbananKeberanian

Kebijaksanaan

Page 16: Hikayat seri kelantan

PENGAJARANSuami isteri

hendaklah hidup dengan penuh kasih sayang.

Isteri perlulah taat akan

perintah

suami.

Kita janganlah merampas hak

orang lain.

Kita hendakl

ah berfikira

n rasional

.

Page 17: Hikayat seri kelantan

SEKIAN TERIMA KASIH