documenthe

17
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/665_First %20Submission.pdf RM100j untuk tingkat ekonomi kaum India Oleh : Wartawan Sinar Harian Tarikh : November 29, 2011 DUYUNG – Kerajaan memperuntukkan RM100 juta di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk peniaga kecil kaum India di negara ini, bermula tahun depan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, peruntukan itu diumumkan di bawah Belanjawan 2012 bagi meningkatkan pendapatan dan taraf ekonomi kaum India. Menurutnya, antara usaha itu bagi membantu mereka meningkatkan proses pentadbiran dan pendapatan dalam proses mengendalikan perniagaan. “Program ini melibatkan Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) iaitu kaum India yang menjalankan perniagaan berpeluang mengembang dan memperbaiki kekurangan perniagaan sedia ada melalui proses pemodenan perniagaan. “Bantuan kewangan, sokongan dan nasihat turut diberikan supaya satu perubahan baru dalam proses pengendalian perniagaan lebih moden dapat dipraktikkan oleh masyarakat India khususnya. “Mereka boleh menggunakan kemudahan disediakan untuk meningkatkan modal,

Upload: nurul-faizah-umar

Post on 08-Dec-2014

1.050 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: DocumentHe

http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/665_First%20Submission.pdf

RM100j untuk tingkat ekonomi kaum IndiaOleh : Wartawan Sinar HarianTarikh : November 29, 2011

DUYUNG – Kerajaan memperuntukkan RM100 juta di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk peniaga kecil kaum India di negara ini, bermula tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, peruntukan itu diumumkan di bawah Belanjawan 2012 bagi meningkatkan pendapatan dan taraf ekonomi kaum India.

Menurutnya, antara usaha itu bagi membantu mereka meningkatkan proses pentadbiran dan pendapatan dalam proses mengendalikan perniagaan.

“Program ini melibatkan Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) iaitu kaum India yang menjalankan perniagaan berpeluang mengembang dan memperbaiki kekurangan perniagaan sedia ada melalui proses pemodenan perniagaan.

“Bantuan kewangan, sokongan dan nasihat turut diberikan supaya satu perubahan baru dalam proses pengendalian perniagaan lebih moden dapat dipraktikkan oleh masyarakat India khususnya.

“Mereka boleh menggunakan kemudahan disediakan untuk meningkatkan modal, seterusnya diharap mampu berniaga secara sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Kedai Tukar G S Saujana Enterprise di Taman Seri Duyung 2, semalam.

Sementara itu, sebanyak RM40 juta untuk mentransformasikan 500 premis perniagaan di bawah program itu diperuntukkan tahun ini.

Daripada jumlah itu, 47 adalah perniagaan yang diterajui masyarakat India.

Page 2: DocumentHe

http://www.sinarharian.com.my/nasional/rm100j-untuk-tingkat-ekonomi-kaum-india-1.8512

MIC Minta EPU Tubuh Jawatankuasa Khas Tingkat Ekonomi Kaum India PUTRAJAYA: MIC pada Sabtu mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri

supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa berprofil tinggi untuk menyediakan pelan jangka pendek dan jangka

panjang bagi masyarakat India.

PresidennyaDatuk G. Palanivel berkata jawatankuasa itu perlu dianggotai perancang, pemikir, penggubal dasar dan

kumpulan pakar.

"Jawatankuasa ini mestilah mempunyai para pemimpin MIC sebagai anggotanya. Program yang dilaksanakannya

pula perlu mampu memikat hati dan minda masyarakat India," kata Palanivel dalam ucapan dasarnya pada

mesyuarat Agung Tahunan ke-65 MIC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Mesyuarat yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut dihadiri bekas presiden MIC Datuk

Seri S. Samy Vellu.

Palanivel berkata walaupun rancangan serta program yang diperkenalkan kerajaan adalah baik, tetapi ada kalanya ia

tidak sampai kepada kumpulan yang amat memerlukannya atau kumpulan sasaran.

"Apabila sesuatu rancangan tidak sampai kepada kumpulan sasaran, mereka berasa dipinggirkan," katanya.

Beliau berkata MIC sedang membina sebuah "Kenderaan Pelbagai Guna" yang akan melonjakkan pembangunan

ekonomi masyarakat India dan untuk menjayakannya, parti itu memohon beberapa bentuk bantuan daripada

kerajaan seperti peruntukan 20,200 hektar tanah untuk tanaman kelapa sawit dan komoditi lain serta pembinaan

sebuah kilang memproses minyak sawit berharga RM60 juta.

MIC juga memohon tambahan 1,000 tempat dalam peruntukan tahunan untuk membolehkan pelajar kaum India

mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, katanya.

"Kami memerlukan dana daripada kerajaan untuk tujuan ini dan sektor swasta bersedia menyediakan tempatnya.

Pembiayaan besar juga diperlukan untuk membina dan mengubah suai sekolah Tamil di seluruh negara," katanya.

BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2011%2F7%2F30%2Fmstar_berita%2F20110730171809&sec=mstar_berita

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA Latar Belakang

Di  dalam  dekad  50-an  dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan  sebagai  usaha  untuk  mempelbagaikan ekonomi  negara  yang 

Page 3: DocumentHe

pada  masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini  tidak  stabil,  kerajaan  telah   melancarkan   program perindustrian  untuk  mencetuskan  perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa  itu  adalah  tertumpu  kepada  industri-industri  yang bercorak gantian import.

Sejak   tahun  70-an,  kerajaan  di  samping  mempelbagaikan ekonomi  telah  menitikberatkan  pertumbuhan  industri  yang lebih  pesat  untuk  menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan  telah  diberikan kepada   industri-industri   yang   berasaskan  eksport  dan industri yang mengunakan ramai buruh.

Mulai  tahun  80-an  pula,  program   perindustrian   negara mengalami   satu   lagi  perkembangan  menerusi  penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan  menambahkan  kemahiran  rakyat  di bidang  teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan  secara  langsung  di  dalam  merancang,  melaksana, membiayai  dan mengurus industri-industri berat memandangkan sektor  swasta  tidak  mampu  menanggung  perbelanjaan  atau menghadapi  risiko  dalam  mengendalikan  projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga  hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang.

Walaupun  pada  keseluruhannya  perkembangan industri negara dalam  tahun-tahun  60-an,  70-an  dan  awal  80-an   adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih wujud di dalam  sektor  ini.  Misalnya,  pertumbuhan  sektor  eksport adalah  tidak  begitu  memuaskan  jika  dibandingkan  dengan sektor   dalam   negeri.   Eksport  barang-barang  pembuatan Malaysia  terlalu  bergantung  kepada  segelintir   industri sahaja  seperti  elektrik  dan  elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan  keluaran  negara-negara  asing. Ini   disebabkan  tahap  teknologi  yang  masih  rendah  dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan  untuk  mempertingkatkan atau  memperbaharui  teknologi yang diterima dari luar. Satu masalah besar ialah kurangnya hubungkait  di  antara  sektor perindustrian  dengan  sektor-sekctor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan ke belakang (back-ward and forward integration.)    Industri-industri  yang  ditubuhkan juga  kurang  mempunyai  nilai ditambah (value added) kerana banyak menumpukan kepada aktiviti  pemasangan  sahaja.  Oleh itu,   sekiranya   sektor  perindustrian  dikehendaki  terus memainkan peranan utama dalam pembangunan  negara,  perlulah diwujudkan  matlamat-  matlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru.

Page 4: DocumentHe

Selaras  dengan   hasrat   untuk   mengenalpasti   kelemahan ciri-ciri   struktur   serta  mengatasinya,  kerajaan  telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983,  iaitu  Kajian Dasar   Perindustrian   Malaysia   (KDPM)  dan  Pelan  Induk Perindustrian (PIP).    KDPM  benujuan  untuk  menyemak  dan mengubahsuai  dasar-dasar  perindustrian  negara  yang sedia ada  dan  mengkaji  semula  galakan-galakan  pelaburan   dan dasar-dasar  peningkatan eksport.   PIP pula bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-strategi  untuk  sektor-sektor  kecil yang  berpotensi  untuk  tumbuh  dengan  pesat.  Dasar utama perindustrian telah mengambil  kira  beberapa  prinsip  asas yang terkandung di dalam  perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.

Rasional

Pengguba!an dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan  untuk  mempergiatkan  lagi  proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985 - 1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara.  Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara  serentak  mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk   mengenalpasti   dan   mengatasi  kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan  ini.  Seandainya  masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan  yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar  dari  segi  menambah  eksport,  mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran.

Pada jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan asas yang   kukuh   bagi   negara   ini   menjadi  sebuah  negara perindustrian   yang   maju.    Jelas    di    negara-negara perindustrian  yang ada sekarang, sektor perkilangan (selain daripada  sektor   perkhidmatan)   merupakan   sektor   yang terpenting  dalam  menggerakkan  jentera pembangunan negara. Banyak  negara  maju  dan  negara  perindustrian   dahulunya merupakan  negara- negara pertanian yang mundur, tetapi oleh kerana   mereka   memasuki   bidang   perindustrian   dengan bersungguh-sungguh, hari ini mereka telah maju. Walaupun   bidang   pertanian  di  Malaysia  merupakan  satu kegiatan ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak mungkin  dapat  mewujudkan  peluang-peluang  pekerjaan  bagi puluhan  ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi setiap tahun.

Objektif

Objektlf Pelan Induk Perindustrian (PIP) Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh  Menteri Perdagangan  dan  Perindustrian  pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu:

Page 5: DocumentHe

1. Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuh

perindustrian negara.

2. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber  asli  negara dan

3. Meninggikan  tahap  penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi

tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara

perindustrian.

Strategi Pelaksanaan

Strategi Pelan Induk Perindustrian

Untuk  mencapai  matlamat-matlamat   tersebut,   PIP   telah mengenalpasti   12   sektor   industri   yang  patut  diberi penekanan.   Tujuh daripada sektor-sektor  ini  adalah  yang berasaskan  sumber  tempatan  iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran- keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan  sumber  iaitu eletrik  dan  eletronik,  peralatan  pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan  tekstil  dan  pakaian.

Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP  juga telah mencadangkan langkah-langkah berikut diambil supaya  Malaysia  dapat   mencapai   taraf   sebuah   negara perindustrian:

1. Melaksanakan  dasar  perindustrian yang berpandangan ke luar. Untuk

mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi,  Malaysia 

harus  menumpukan  kepada   pengeksportan keluaran-keluaran 

perkilangan secara besar-besaran. Masalah pasaran yang kecil telah

menjadi satu faktor penghalang bagi industri-industri tempatan

mencapai produktiviti yang  lebih tinggi dan lebih kompetitif;

2. Memajukan  secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk 

eksport  dan  mempelbagai  serta  meningkatkan industri-industri 

bukan  berasaskan  sumber  untuk eksport. Dari   12   sektor   industri  

Page 6: DocumentHe

yang   terpilih,    beberapa keluaran/industri       telah      dikenalpasti     

sebagai keluaran/industri keutamaan untuk dimajukan;

3. Memajukan  industri-industri   berat   terpilih   untuk menyokong 

industri-industri  eksport.  Strategi ini dipilih memandangkan kerajaan

sudahpun membuat pelaburan yang banyak dalam  beberapa  jenis 

industri  berat.  Usaha-usaha  perlu ditumpukan  kepada  memastikan 

kejayaan  projek-projek  itu dahulu sebelum menceburi bidang-bidang

industri  berat  yang lain.

4. Memaju  dan  menggunakan  sistem  perkhidmatan  maklumat yang 

bersepadu;

5. Membangunkan  teknologi  dan tenaga rakyat;

6. Mengurangkan  perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan 

memberi  tumpuan  kepada  pertumbuhan  industri- industri di kawasan

yang telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur   yang  

diperlukan.  Penubuhan  industri-industri  diutamakan  di sepanjang 

western  corridor di pantai barat Semenanjung  yang  mempunyai

hampir 75 - 80 peratus  penduduk dan di mini corridor  di pantai timur.

Semenanjung,  dengan  tumpuan  di  kawasan  sekitar Kota Bharu,

Kuala  Terengganu  dan  Kuantan,  dan  di bandar-bandar  di Sabah  

dan  Sarawak  seperti  Kota Kinabalu,Sandakan, Tawau, Labuan,

Kuching, Sibu dan Bintulu;

7. Memoden  dan  menyusun  semula   struktur  perindustrian dengan 

mempertingkatkan  pembangunan  industri-industri kecil dan 

sederhana  kerana sektor ini merupakan tulang belakang proses 

perindustrian  seperti yang ternyata di negara Taiwan  dan  menyusun 

Page 7: DocumentHe

semula   industri-industri yang  kurang  berkesan  tetapi   penting 

dalam  ekonomi negara;

8. Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada

pembangunan sektor pembuatan; dan

9. Menyusun semula sistem galakan  perindustrian yang sedia ada untuk 

memupuk  kecekapan  dan  daya  bersaing  yang lebih tinggi.

Penutup

 PIP  merangkumi  strategi-strategi  dan langkah-langkah yang boleh  membawa  Malaysia  ke   dalam   era   sebuah   negara perindustrian  dan  seterusnya  menjadi  teras kepada sebuah negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi  Malaysia  akan lebih  diterajui  oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi industrialisasi yang  outward-looking. Sejauh  mana  ini  akan  mencapai hasil yang baik bergantung kepada keupayaan  pekilang-pekilang  di  Malaysia  mengekal, jika  tidakpun  meningkatkan  lagi,  daya  saing  di pasaran antarabangsa yang penuh cabaran itu.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/300-dasar-dasar-ekonomi/1375-dasar-perindustrian-negara.html

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA

KEPENTINGAN PERINDUSTRIAN

1. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.2. Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk

gantikan barangan import.3. Galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan dan

perikanan - sumber bahan mentah industri.4. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan.5. Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak terlalu

bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan kayu-kayan.

6. Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan negara sumber pertukaran wang asing.

Page 8: DocumentHe

 JENIS-JENIS PERINDUSTRIAN

1. Perindustrian Berat.2. Perindustrian Ringan.3. Industri Pelancongan.

1. PERINDUSTRIAN BERAT

Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang perlukan kemahiran tinggi.

Perlukan modal yang besar. Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).

Contoh :

membuat kereta proton saga (Shah Alam) membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang) Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung) Loji gas cecair (Bintulu Sarawak) Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)

2. PERINDUSTRIAN RINGAN

A. Industri MemprosesB. Industri PembuatanC. Industri Desa

Industri Memproses

a. Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan.

b. Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah.

c. Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya.

d. Contoh :

Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji.

Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.

Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan.

Page 9: DocumentHe

Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.

Industri Desa

a. Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar.

b. Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.c. Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan

beberapa orang pekerja upahan.d. Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada

pelancong.e. Terkenal di Kelantan dan Sabah.

Contohnya :

Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh

Mengecap batik / tenun sutera. Membuat keropok ikan / udang. Barangan tembaga, tembikar, perak dan

ukiran kayu.

Industri Pembuatan

a. Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna).

b. Jenis perindustrian yang terpenting.c. Contoh : Pembuatan barangan elektrik, pakaian,

tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya.d. Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat

bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap.

e. Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan.

f. Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia.

3. PERINDUSTRIAN PELANCONGAN

Page 10: DocumentHe

a. Industri paling popular di negara ini.b. Pelancongan membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan yang

mundur seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Rantau Abang, Desaru, dsbnya.

c. Sektor-sektor lain seperti hotel, restoran, taman rekreasi, perkhidmatan turut berkembang.

d. Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC) ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan program-program pelancongan di dalam dan di luar negeri.

e. Faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan :

Pandangan darat semula jadi yang menarik seperti pantai berpasir, bukit peranginan, gua batu kapur, dan taman negara.

Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan perayaan.

Terdapat bangunan yang cantik dan bersejarah seperti rumah ibadat, istana, Kota A-famosa, Jambatan Pulau Pinang, zoo, muzium, menara Kuala Lumpur, dsbnya.

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan untuk dinikmati oleh para pelancong.

Terdapat kemudahan seperti hotel, pusat beli-belah, agensi pelancongan, dan sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INDUSTRI DI MALAYSIA

1.Modal Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang

banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan - dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal)

2. Sumber tenaga (air sungai)

Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang.

Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan men-cukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)

3. Banyak kemudahan asas

Perhubungan dan pengang-kutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dsbnya).

Page 11: DocumentHe

4. Bekalan bahan mentah

Banyak, mudah didapati dan mencukupi.

5. Pasaran Meluas dn permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri.

6. Dasar kerajaan Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan.

Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya :

a. Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas.

b. Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way.c. Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang

Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.

7. Tenaga buruh Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati - mahir / separuh mahir.

8. Sistem pengangkutan

Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.

KESAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN KE ATAS ALAM SEKITAR

a.  Pencemaran Air

Disebabkan oleh pembuangan bahan sisa kilang getah / kelapa sawit ke dalam sungai.

Pembuangan bahan-bahan kimia dan sisa toksid yang merbahaya kepada manusia dan hidupan lain, menyebabkan pertambahan bahan organik secara langsung kurangkan bekalan oksigen - hidupan air terancam dan mati.

Berlakunya wabak penyakit dan mengancam kesihatan pengguna.

b.  Pencemaran Udara

Page 12: DocumentHe

Asap dan gas beracun daripada kilang dilepaskan ke udara. Hasil aktiviti kilang simen, kilang papan, kilang memecah batu -

keluarkan habuk Kilang getah getah dan kelapa sawit keluarkan bau busuk.

c.  Pencemaran Bunyi

Daripada jentera dan kenderaan di kilang.

d. Pencemaran Darat

Pembuangan sampah-sarap secara berleluasa menyebabkan longkang dan parit tersumbat

Banjir kilat Pembukaan kawasan perindustrian, perumahan, jalan raya juga

akibatkan masalah hakisan tanah

LANGKAH PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

1. Lengkapkan kilang-kilang dengan alat mengukur pencemaran udara - mengukur kandungan habuk dan asap. Sekiranya tinggi - berusaha untuk kurangkan / atasi masalah.

2. Pengusaha menapis asap supaya gas beracun dan asap tak dilepaskan ke udara.

3. Sisa-sisa lebihan dari kilang memproses bahan-bahan pertanian diproses jadi bahan makanan binatang.

4. Kenakan denda atau menarik balik lesen / permit jalankan kegiatan perkilangan.

5. Menyedarkan orang ramai supaya lebih bertanggung jawab terhadap alam sekitar.

6. Mengadakan undang-undang yang mewajibkan pengusaha kilang mengambil langkah untuk mencegah pencemaran. Contohnya : membina kolam pemendapan untuk sisa-sisa cecair - pemasangan penapis di corong asap (Akta Mutu Alam Sekitar).

7. Adakan program pendidikan alam sekitar untuk orang ramai - pengusaha kilang.

8. Adakan sistem pembuangan dan pengumpulan sampah sarap dan bahan buangan yang lebih teratur.

9. Pengusaha kilang hendaklah jalankan kerja-kerja pengasingan bahan beracun dari bahan buangan sebelum dibuang ke sungai / tempat buangan.

10. Bina kawasan perindustrian jauh daripada kawasan perumahan dan pastikan kawasan industri ini mempunyai tempat pembuangan sisa dan saluran longkang yang teratur dan baik.

GALAKAN DAN PERANAN KERAJAAN DALAM MEMAJUKAN

Page 13: DocumentHe

LAGI BIDANG PERINDUSTRIAN

1. Sediakan tapak / kawasan perindustrian yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, perhubungan dan pengangkutan, kemudahan elektrik dsbnya.

2. Sediakan kemudahan pinjaman modal melalui bank dan sumber-sumber lain (Bank Perdagangan dan MARA).

3. Menekankan kepentingan mata pelajaran teknikal dan vokasional untuk melatih pekerja mahir.

4. Menubuhkan MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian) untuk bantu pelabur tempatan dan luar negeri - khidmat nasihat, maklumat dan dorongan.

5. Memberikan perlindungan tarif perintis kepada jenis-jenis industri baru (beri galakan seperti pengecualian cukai dan pinjaman untuk jangka masa tertentu).

6. Mewujudkan zon perdagangan bebas cukai untuk tarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi dari negara-negara maju yang lain. Zon perdagangan bebas yang ada di Malaysia terletak di Sungai Way, Bayan Lepas dan Pasir Gudang. Kilang-kilang di kawasan ini diberikan beberapa keistimewaan seperti insentif cukai, kemudahan kredit serta pengecualian cukai eksport dan import.

7. SIRIM ditubuhkan dengan tujuan menjamin mutu keluaran hasil pengeluaran kilang dan jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu barangan.

8. Berikan bantuan kewangan melalui Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF) dan HICOM untuk memajuka industri berat (mmbuat kereta dll).

9. Malaysia Industrial Estates Limited (MIEL) sediakan bangunan-bangunan untuk disewa / jual kepada pengusaha-pengusaha kilang.

http://www.oocities.org/sarinaz2/perindustrian.htm