kebimbangan dlm sukan

28
Dibentangkan oleh : 1.Aisyah Illya Farhain Muhamad 2.Hazean Erdawati Jaffarudin 3.Jessica Bojit 4.Marsaila Ah Chong

Upload: zeeyan

Post on 17-Dec-2015

134 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

PJM 3172 Psikososial Sukan

TRANSCRIPT

  • Dibentangkan oleh :Aisyah Illya Farhain MuhamadHazean Erdawati JaffarudinJessica BojitMarsaila Ah Chong

  • DEFINISI KEBIMBANGAN (ANXIETY)KEBIMBANGAN (ANXIETY)

    (Wann,1997). Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya.

    Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.

    Anshell (1997) .. Sebagai ancaman yg dijangka oleh seseorang individu.

  • -Wann (1997) keadaan negatif yg boleh memberi kesan terhadap pencapaian.

    -Iso-Ahola dan Hatfield (1996) .. Gabungan antara kesan fisiologikal dan psikologikal yg berlaku akibat tafsiran kognitif yg dibuat oleh individu terhadap sesuatu situasi.

    -Gould & Krane (1992) - Kebimbangan dijelaskan sebagai dimensi emosi atau kognitif kebangkitan

  • JENIS-JENIS KEBIMBANGANKebimbangan Tret (Trait anxiety)Kebimbangan Seketika(State Anxiety)1. Kebimbangan Kognitif2.Kebimbangan Somatik

  • Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)

    Merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan meningkatkanlagi tahap kebimbangan mereka.

  • Kebimbangan Seketika (State Anxiety)Tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu.

    Cth :perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

  • Kebimbangan Kognitif (Cognitive Anxiety)Proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa.

    Cth: ketakutan terhadap penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).

  • Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)Merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut.Contoh : peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot.Mengakibatkan individu berasa marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.

  • SUMBER KEBIMBANGAN Menurut Endler (1978) kebimbangan seketika terhasil dari gabungan 5 faktor:

    Tekanan terhadap egoTekanan terhadap fizikal individuKetidaktentuanPerubahanPenilaian atau perbandingan sosial

  • MENGUKUR KEBIMBANGANSoal Selidik

    Pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal Peningkatan kadar nadi,Perubahan tekanan darahTekanan pada otot

  • Menurut Hans Selye(1982), stres adalah respons tubuh tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan persekitaran.Merupakan tindak balas fisiologikal yang semulajadi terhadap tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran.Nilai stres sama ada positif atau negatif, bergantung kepada tafsiran yang dibuat oleh individu yang menghadapinya.

    STRES

  • EUSTRES-Eustres merupakan stres yang bersifat positif. -Setiap orang memerlukan sedikit tekanan dalam diri untuk menjadikan mereka gembira, bermotivasi, dicabar dan produktif.

    -Contohnya perasaan atau debaran atlet yang menanti nama diumumkan sebagai pemenang.

    -Dalam konteks ini, eustres dianggap sebagai bentuk debaran yang positif oleh atlet itu.

  • DISTRES -Diklasifikasikan sebagai stres yang negatif.

    -Mereka mula merasa ketegangan dan merasakan tiada pengakhiran terhadap tekanan yang dihadapi. Tekanan jenis ini akan membawa kepada keputusan yang lemah.

    -Dalam konteks ini, individu merasakan tidak mampu menghadapi tekanan atau bebanan yang dihadapi dalam persekitaran.

    -Persepsi ini, boleh menjejaskan prestasi atlet dan menimbulkan kesan negatif

  • HyperstressMerujuk kepada keadaan tahap serta jumlah stres yang dialami melampaui kemampuan untuk menangani keadaan tersebut.

    Contohnya, dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, seseorang akan menjadi kaku dan tidak memberi sebarang reaksi.

  • HypostresKeadaan hypostres pula adalah berlawanan dengan hyperstres.

    Keadaan hypostres adalah tidak ada jumlah atau bentuk stres yang mempengaruhi langsung keadaan seseorang individu.

    Keadaan ini akan menimbulkan kebosanan.

  • TEORI-TEORI KEBIMBANGANTeori Dorongan / Drive Theory

    Asalnya hubungan diantara kebangkitan dan prestasi adalah sebagai linear atau langsungKajian terkini tahap kebimbangan & kebangkitan yg terlalu tinggi akan mengalami penurunan dlm prestasinya

  • Implikasi kajian utk menjadikan suasana kondusif utk pembelajaran kemahiran yg baru adalah perlu utk mengekang kehadiran faktor-faktor yg menyebabkan kebangkitan & kebimbangan

    Kemahiran yg sudah dipelajari & dikuasai, kehadiran orang ramai akan meningkatkan lagi pencapaian.

  • TEORI-TEORI KEBIMBANGANTeori U Terbalik

    -Semakin meningkat kebimbangan kognitif seketika, semakin menurun prestasi atlit.-Semakin meningkat tahap kebimbangan somatik seketika, semakin meningkat prestasi individu sehingga ke satu tahap yg optimum. -Peningkatan melebihi tahap optimum menyebabkan penurunan prestasi.

    - Inverted U mengambarkan prestasi puncak beserta dengan tahap kebangkitan

  • Teori Zon Berfungi yang Optimum Hanin ( ZBO )

    ZBO atlet adalah tahap kebimbangan optima atlet yang mana akan membantu pencapaian cemerlang atlet

    Prestasi buruk dijangkakan apabila tahap kebimbangan atlet di atas atau dibawah ZBO atlet tersebut

  • CARA MENGATASI KEBIMBANGAN

  • CARA MENGATASI KEBIMBANGAN

    KAWALAN PERNAFASAN

    Teknik ini amat penting untuk dipraktikkan dalam sesuatu permainan.

    Teknik ini amat berkesan serta merupakan teknik yang paling mudah untuk mengurangkan kebimbangan dan tekanan otot.

    Keadaan ini amat penting kerana jika atlet berada dalam keadaan tenang mereka akan dapat menumpukan kepada permainan dengan berkesan. Ini berbeza jika atlet berada dalam keadaan tertekan, tumpuan mereka akan terjejas.

  • Teknik ini juga dikenali sebagai rehat secara progresif dalam proses mengurangkan kebimbangan somatik. (peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot)

    Ia biasanya digunakan bagi mengurangkan kawalan perasaan secara psikologikal yang berkait rapat dengan peningkatan kebimbangan somatik.

    PROGRESSIVE/MUSCULAR/RELAXATION(PMR)

  • Diasaskan oleh Edmund Jacobson (1938), yang menjelaskan bahawa ketegangan serta kegugupan tidak mungkin wujud dalam diri individu yang otot-ototnya berehat.

    Ketegangan dan kegugupan otot involuntari boleh dikurangkan jika otot rangka yang lain direhatkan. Jacobson mengatakan bahawa minda yang resah dan bercelaru tidak wujud dalam badan yang tenang dan relaks

  • Latihan AutogenikIa hampir sama dengan PMR kerana kedua-duanya menghasilkan respons relaksasi pada otot.Perbezaannya hanyalah fokus prosedur relaksasi itu sendiri.Prosedur ini dihasilkan oleh Johannes Schultz(1959), yang menggunakannya dengan pesakit yang dihipnosis.Pesakit akan melaporkan keadaan mereka selepas menjalani proses ini dan rasa relaks itu akan diikuti dengan kehangatan dan berat pada otot badan yang relaks.

  • IMAGERI

    Ia juga dikenali sebagai istirehat pemikiran.

    Istirehat secara saintifik yang dikenali sebagai tindakbalas istirehat dipopularkan oleh Herbert Benson(1974).

    Ia menggunakan elemen meditasi tetapi mengenepikan sebarang aktiviti yang berbentuk keagamaan.

    Ia digunakan sebagai asas persediaan mental untuk menghadapi sebarang pertandingan.

  • Merupakan cara yang sesuai untuk menaikkan semangat atau tahap kebangkitan fisiologi atlet atau pasukan.Matlamat yang realistik dan berkesan perlu disasarkan untuk meningkatkan kebangkitan dan motivasi atlet berkenaan.Matlamat yang bersifat pencapaian harus dielakkan, sebaliknya perlu kepada matlamat yang beriorentasikan proses atau pencapaian terbaik atlet tersebut.

    PENETAPAN MATLAMAT

  • SEKIANTERIMA KASIH