hbef2103_781218135077001_psikologi pendidikan

27
FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN TAJUK TUGASAN : PERBEZAAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN DARI ASPEK FIZIKAL DAN KOGNITIF SERTA IMPLIKASINYA KE ATAS PENGAJARAN GURU NAMA : SAJIDIN BIN JAIS NO. ID PELAJAR : 781218135077001 NO.KAD PENGENALAN : 781218-13-5077 EMAIL : [email protected] NO. TELEFON BIMBIT : 013 - 8045077 NAMA TUTOR : ENCIK SAMNI BIN SURAJI PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA BATU 9½, TAMAN PRINCESS

Upload: dinct1978

Post on 30-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

psikologi pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN :

PERBEZAAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN DARI ASPEK FIZIKAL DAN KOGNITIF SERTA IMPLIKASINYA KE ATAS PENGAJARAN GURU

NAMA : SAJIDIN BIN JAIS

NO. ID PELAJAR : 781218135077001

NO.KAD PENGENALAN : 781218-13-5077

EMAIL : [email protected]

NO. TELEFON BIMBIT : 013 - 8045077

NAMA TUTOR : ENCIK SAMNI BIN SURAJI

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

BATU 9½, TAMAN PRINCESS

JALAN KUCHING – SERIAN

KUCHING, SARAWAK.

SEMESTER SEPTEMBER 2012

Page 2: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 Pengenalan -3-

2.0 Definisi Pertumbuhan dan Perkembangan -4-

3.0 Bahan Kajian -5-

4.0 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Perbezaan

Pertumbuhan Dan Perkembangan Dari Aspek

Fizikal Dan Kognitif

-6-

4.1 Faktor Endogen

4.1.1 Baka dan Keturunan -7-

4.1.2 Kesihatan Ibu -8-

4.1.3 Pemakanan -8-

4.1.4 Emosi Ibu -9-

4.2 Faktor Eksogen

4.2.1 Pemakanan -10-

4.2.2 Keluarga dan Tempat Tinggal -10-

4.2.3 Rakan Sebaya -11-

4.2.4 Sekolah -12-

5.0 Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Guru

-13-

5.1 Merancang Pengajaran

5.2 Persekitaran Pembelajaran

5.3 Aktiviti Yang Menarik

5.4 Peka Kepada Pengetahuan Sedia Ada

5.5 Peluang Pembelajaran

-13-

-13-

-14-

-14-

-15-

6.0 Kesimpulan -16-

7.0 Sumber Rujukan -17-

8.0 Lampiran -18-

2

Page 3: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

1.0 PENGENALAN

Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua aspek yang sangat berbeza. Ia

merupakan satu proses yang mesti dialami oleh seseorang individu itu secara azalinya.

Sebagai seorang guru di sekolah, adalah amat penting baginya untuk mengetahui tentang

proses pertumbuhan dan perkembangan yang dialami oleh murid-murid. Ini adalah untuk

memudahkan pengajaran guru mengikut aras dan tahap murid dalam matapelajaran yang

diajar. Bagi mengetahui lebih mendalam perkara ini, satu pemerhatian perlu dilakukan

agar ia boleh membantu meningkatkan mutu pengajaran guru dalam kelas.

Di dalam tugasan ini saya akan membuat kajian ke atas dua orang murid yang

berlainan jantina pada peringkat umur yang sama, tentang faktor-faktor yang

menyebabkan perbezaan dari aspek pertumbuhan dan perkembangan mereka. Bagi

melancarkan kajian tersebut saya telah menjalankan sedikit soal selidik terhadap murid

berkenaan berserta keluarganya dan pemerhatian dari pelbagai aspek.

Sepanjang tempoh pemerhatian tersebut saya telah mengenalpasti segala

perubahan dari segi pertumbuhan dan perkembangan kedua-dua murid ini. Menariknya

dalam tugasan ini saya akan jelaskan beberapa perkara yang memberikan implikasi

terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya akan jelaskan definisi pertumbuhan dan

perkembangan yang telah saya rumuskan daripada beberapa sumber yang diperolehi.

3

Page 4: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

2.0 DEFINISI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Pertumbuhan merujuk kepada suatu perubahan bersifat fizikal yang berlaku

secara kuantitatif dan ia akan terhenti atau mengalami perubahan apabila sampai pada

tahap kematangan. Antara ciri-ciri yang mempengaruhi pertumbuhan seseorang adalah

seperti perubahan berat badan, ketinggian, rangka tulang, gigi, lilitan kepala, lengan dan

kaki, dan kandungan lemak badan. Pertumbuhan seseorang juga dipengaruhi oleh baka

yang diwarisi daripada kedua ibubapa seperti warna kulit, rambut, bentuk tubuh dan lain-

lain lagi. Setiap individu mengalami pengalaman pertumbuhan yang berbeza-beza kerana

ianya disebabkan oleh pelabagai faktor. Ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam bab yang

berikutnya.

Perkembangan pula merujuk kepada sesuatu yang kualitatif dan tidak boleh

diukur. Ia berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran samada

secara formal mahupun informal. Perkembangan seseorang lebih menjurus kepada

peningkatan tahap kognitif dari semasa ke semasa. Kebiasaannya perkembangan

seseorang akan dapat dilihat dari sudut perubahan sifat yang disebabkan oleh faktor-faktor

tertentu. Perkembangan akan terus berlaku dan tidak akan terhenti selagi hayat masih ada.

Proses perkembangan hanya akan terhenti apabila seseorang itu mati.

4

Page 5: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

3.0 BAHAN KAJIAN

Seperti yang telah saya jelaskan tadi, saya telah menjalankan kajian ke atas dua

orang murid yang berlainan jantina pada peringkat umur yang sama. Kajian dilakukan

bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan pertumbuhan

dan perkembangan murid-murid ini dari aspek fizikal dan kognitif mereka. Selain itu

pemerhatian juga dijalankan bagi mengetahui implikasi perbezaan pertumbuhan dan

perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.

Di sini saya akan nyatakan serba ringkas tentang maklumat murid berkenaan

berdasarkan aspek fizikal dan kognitif hasil daripada soal selidik dan pemerhatian yang

telah saya jalankan.

Nama murid lelaki :

Amir bin Kifli (Bukan nama sebenar)

Nama murid perempuan:

Nasya binti Razif (Bukan nama sebenar)

Pemerhatian dari aspek fizikal

1. Umur : 12 tahun (Darjah 6)

2. Ketinggian : 148 sentimeter

3. Berat badan : 48 kilogram

4. Warna kulit : coklat gelap

5. Warna rambut : Hitam

6. Tempat tinggal : Kampung (seberang

sungai)

7. Bilangan adik-beradik : 4 orang

8. Pekerjaan ibu : Suri rumah

9. Pekerjaan bapa : Nelayan

10. Pergaulan : Pasif (suka menyendiri)

11. Sikap : Pendiam

1. Umur : 12 tahun (Darjah 6)

2. Ketinggian : 140 sentimeter

3. Berat badan : 35 kilogram

4. Warna kulit : Putih

5. Warna rambut : Hitam

6. Tempat tinggal : Kampung (seberang

sungai)

7. Bilangan adik-beradik : 6 orang

8. Pekerjaan ibu : Suri rumah

9. Pekerjaan bapa : Nelayan

10. Pergaulan : Aktif (mesra bersama rakan

karib)

11. Sikap : Ceria dan pemalu

5

Page 6: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

Nama murid lelaki :

Amir bin Kifli (Bukan nama sebenar)

Nama murid perempuan:

Nasya binti Razif (Bukan nama sebenar)

Pemerhatian dari aspek kognitif

1. Kelihatan matang

2. Sukar memahami dan mengingat

3. Minat dalam pendidikan islam

4. Tiada kebolehan dalam banyak bidang

5. Pemikiran yang cetek

6. Tumpuan dan fokus yang lemah

1. Pemikiran lebih matang

2. Mudah memahami dan mengingat

3. Minat dalam matapelajaran Matematik

4. Berkemahiran dalam melukis

5. Pemikiran abstrak

6. Tumpuan dan fokus yang baik

Apabila diperhatikan dalam jadual di atas, jelas sekali menunjukkan kedua-dua

murid tersebut mempunyai pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza walaupun pada

peringkat umur yang sama. Jika dilihat dari aspek kognitif, didapati murid-murid

berkenaan mempunyai perbezaan yang sangat besar.

Aspek perkembangan kognitif ini boleh kita rujuk daripada teori perkembangan

Jean Piaget (1896-1980). Menurut beliau, perkembangan kognitif merujuk kepada

potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.

Di sini jelaslah bahawa potensi individu itu sangat memainkan peranan penting

dalam proses perkembangan seseorang terutama dari aspek kognitif. Seterusnya saya

akan huraikan dengan lengkap beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan

pertumbuhan dan perkembangan kedua-dua orang murid berkenaan.

4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERBEZAAN PERTUMBUHAN

DAN PERKEMBANGAN DARI ASPEK FIZIKAL DAN KOGNITIF

Berdasarkan kepada penyelidikan yang telah saya jalankan ke atas dua orang

murid tersebut, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan pertumbuhan dan

perkembangan dari aspek fizikal dan kognitif mereka. Di sini saya akan huraikan

6

Page 7: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

berdasarkan 2 faktor utama yang menyebabkan perbezaan tersebut iaitu faktor endogen

dan faktor eksogen.

Faktor endogen merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan yang

diwarisi daripada kedua-dua ibubapa. Faktor endogen ini diukur bermula dari dalam

kandungan ibu sehinggalah diwaktu kelahiran. Dalam perkembangan dan pertumbuhan

seseorang, faktor endogen dilihat dari aspek baka, pemakanan ibu, kesihatan ibu, dadah

dan alkohol, teratogen, darah, kesan X-Ray, emosi ibu, umur ibu, dan merokok.

Faktor eksogen pula merupakan faktor luaran yang melibatkan persekitran,

pengalaman, keluarga, sekolah, pemakanan, tempat tinggal, pusat ibadat, media

elektronik, dan rakan sebaya.

Seterusnya saya akan mengupas dengan lebih terperinci tentang perbezaan

pertumbuhan dan perkembangan dua orang murid tersebut berdasarkan dua faktor utama

iaitu faktor endogen dan faktor eksogen.

4.1 Faktor Endogen

4.1.1 Baka dan keturunan

Dari segi fizikal, kedua-dua orang murid ini mewarisi warna kulit dan rupa

paras kedua ibubapa mereka yang mana murid lelaki mewarisi warna kulit

ayahnya, coklat gelap manakala murid perempuan mewarisi warna kulit ibunya,

putih. Murid lelaki (Amir bin Kifli) berbadan agak gemuk manakala murid

perempuan (Nasya binti Razif) berbadan kecil dan kurus. Amir mewarisi baka

ibunya yang berbadan besar manakala Nasya mewarisi baka ibunya bertubuh

badan kecil. Ketinggian Nasya dan ibunya hampir sama.

Daripada pemerhatian saya juga, sikap Amir serupa dengan sikap ayahnya

iaitu seorang yang pendiam atau tidak banyak bercakap. Lain pula pada Nasya, di

mana sikapnya cerianya bercampur dengan sikap pemalu. Sikap ceria Nasya

diwarisi daripada ibunya yang mudah mesra dan bergaul dengan guru dan orang

kampung.

Menurut Helen Bee dalam bukunya berjudul ‘The Developing Child’,

beliau menyatakan bahawa temperamen, iaitu personaliti adalah diwarisi daripada

ibu bapa dan akan berkekalan pada diri individu sepanjang hayatnya.

7

Page 8: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

4.1.2 Kesihatan ibu

Semasa bayi masih dalam kandungan, ibu perlu menjaga kesihatan dengan

lebih baik kerana kesihatan ibu boleh memberikan kesan pertumbuhan dan

perkembangan yang baik kepada bayi tersebut.

Setelah soal selidik dilakukan kepada ibubapa kedua-dua murid tersebut,

terdapat juga faktor kesihatan yang menyebabkan perbezaan murid-murid ini.

Semasa hamil, ibu Amir pernah mengalami sedikit hentakan pada bahagian

punggung tetapi bayi dalam kandungannya masih dalam keadaan baik. Namun

selepas peristiwa itu, ibu Amir sering mengalami muntah-muntah dan mukanya

sentiasa pucat. Sehinggakan pada suatu hari kandungannya terpaksa diperbetulkan

dengan kaedah urutan tradisional. Manakala ibu Nasya tidak mengalami sebarang

masalah kesihatan ketika hamil sehinggalah kelahiran anak tersebut.

Dalam pemerhatian saya, Amir merupakan seorang yang sangat kabur

dalam kelas. Dia suka menyendiri dan sukar memahami apa yang guru sampaikan

walaupun secara bersemuka. Ini mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan yang

dialami oleh ibunya ketika hamil. Berlainan dengan Nasya, dia mudah memahami

dan mudah ingat segala yang diajarkan kepadanya samada secara kelas atau

individu.

Ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan memakan makanan

yang seimbang dan mengurangkan penggunaan gula dan garam untuk

mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi serta preaklamsia.

Demikian menurut Shryock, Harold (1991) dalam bukunya yang bertajuk ‘Anda

sihat anda bahagia / oleh Harold Shryock ; diterjemahkan oleh Persatuan

Penterjemah Malaysia, editor Wim S. Turambi’.

4.1.3 Pemakanan

Aspek pemakanan amat penting dan perlu dititikberatkan dalam penjagaan

bayi yang masih dalam kandungan. Kadar zat makanan yang tidak mencukupi

boleh mengakibatkan perkembangan sel-sel otak tidak berlaku dengan sempurna

dan boleh menjadi terbantut.

8

Page 9: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

Berdasarkan soal selidik yang telah saya jalankan, semasa hamil ibu Amir

tidak mengawal atau menjaga pemakanan dengan baik. Makanan segera seperti

mi segera diambil sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana ia merupakan

makanan yang paling mudah disediakan. Ibu Nasya pula seorang yang memang

pentingkan tabiat pemakanan yang baik dan seimbang. Beliau berjumpa doktor

mengikut jadual yang telah ditetapkan dan sentiasa mengikut peraturan

pemakanan yang disarankan.

4.1.4 Emosi ibu

Berdasarkan soal selidik terhadap ibubapa Amir, semasa hamil ibu Amir

sering mengalami ketidakstabilan emosi akibat daripada tahap kesihatan yang

dialaminya. Perasaan bimbang dan cemas sering mengganggu sehinggalah

kandungannya diperbetulkan dengan kaedah urutan tradisional oleh seorang

bidan.

Keadaan emosi sedemikian telah mengakibatkan kekurangan oksigen pada

rahim dan sekaligus menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami masalah

perkembangan terutama pada bahagian otak. Apabila diperhatikan pada Amir,

didapati dia memang sukar memahami apa juga yang disampaikan oleh guru

malah pernah suatu ketika saya memarahinya dan dia hanya tersenyum seolah-

olah tiada apa berlaku.

Ibu Nasya yang serius dengan penjagaan kesihatan diri ketika hamil

didapati tiada masalah dari sudut emosinya. Apabila disoal selidik, ibunya

sentiasa mendengar Al-Quran ketika Nasya masih dalam kandungan lagi

sehinggalah dilahirkan. Ini menyebabkan emosi ibu Nasya semasa hamil amat

tenang dan tenteram. Keadaan ini membawa kepada perubahan perkembangan

yang sangat positif kepada bayi dalam kandungannya.

9

Page 10: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

4.2 Faktor Eksogen

4.2.1 Pemakanan

Makanan terbaik bagi bayi yang baru dilahirkan adalah susu ibu kerana ia

mampu membekalkan antibodi yang tinggi kepada bayi tersebut. Kadangkala

terjadi susu ibu berkurangan setelah seminggu kelahiran. Ini menyebabkan ibu

terpaksa menggunakan susu tepung (susu lembu) bagi menggantikan khasiat susu

ibu. Pemakanan yang baik akan merangsang otak bayi menjadi aktif dan cepat

berkembang.

Di dalam kajian yang saya jalankan, Ibu Nasya dan Ibu Amir telah

memberikan khasiat makanan yang terbaik sekali kepada anak mereka iaitu susu

ibu. Amir menyusu ibu selama 2 bulan manakala Nasya menikmati susu ibu

selama 5 bulan.

Setelah berusia 12 tahun, pemerhatian saya selama sebulan mendapati

Nasya lebih aktif di dalam kelas berbanding Amir sewaktu matapelajaran

Matematik.

Pernah suatu hari guru matapelajaran Bahasa Malaysia melaporkan

bahawa Amir tertidur di dalam bilik darjah. Ini mungkin kerana perubahan faktor

pemakanan terhadap murid tersebut.

4.2.2 Keluarga dan tempat tinggal

Daripada soal selidik yang telah saya jalankan, Amir mempunyai 4 orang

adik beradik, tinggal di dalam suasana kampung dan bapanya bekerja sebagai

nelayan. Ibu Amir pula tidak berkerja. Sama seperti Nasya, cuma bezanya adalah

Nasya mempunyai 6 orang adik beradik.

Jika dilihat dari sudut ekonomi memang agak sukar kita bayangkan

bagaimana kehidupan mereka jika hanya memakan pendapatan sebagai nelayan

sahaja. Hasil penjualan ikan juga tidaklah begitu lumayan dan boleh diibaratkan

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Namun apa yang membezakan kedua-dua murid ini adalah, tahap

perkembangan kognitif yang sangat jauh. Nasya mampu memperoleh keputusan

10

Page 11: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

yang cemerlang dalam segala bentuk peperiksaan manakala Amir masih jauh ke

belakang dan perlu pemulihan khas.

Apabila disoal selidik kepada Nasya dan Amir, ternyata Nasya diasuh

dengan disiplin diri yang tinggi ketika di rumah. Dia sering menerima teguran dan

nasihat daripada ibubapa sehingga pernah dipukul suatu ketika dahulu kerana

kesalahan yang dilakukan. Amir seringkali dimanjai keluarga sehinggakan

disiplinnya terabai. Pada peringkat umur 12 tahun, Amir sering tidak menyiapkan

kerja sekolahnya kerana kurangnya perhatian daripada keluarga di rumah.

4.2.3 Rakan sebaya

Rakan sebaya merupakan pengaruh yang sangat kuat dalam proses

perkembangan seseorang. Menurut Berk (1989), rakan sebaya ialah mereka yang

sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Di

dalam kajian kes antara dua orang murid ini iaitu Amir dan Nasya, mereka berada

dalam umur yang sama cuma berlainan jantina.

Berdasarkan pemerhatian saya, pergaulan kedua-dua murid ini sangat

berbeza. Amir merupakan seorang yang suka menyendiri dan kurang minat

berkawan samada sesame rakan sebaya mahupun rakan-rakan berlainan umur.

Dengan sikapnya yang pendiam dan menyendiri memang agak sukar memperoleh

kawan dan ini menyebabkan proses perkembangan dirinya terutama dari sudut

kognitif sangat lemah.

Nasya pula merupakan seorang yang ceria dan pemalu. Sikap cerianya

wujud apabila dia bersama-sama rakan sebayanya yang mempunyai tahap

perkembangan dan pertumbuhan fizikal dan kognitif yang sama dengannya. Dia

akan berubah kepada sikap pemalu apabila berhadapan dengan guru atau ketika

berseorangan. Murid ini mesti berada dalam kalangan rakan sebayanya untuk

mencapai perkembangan yang baik dari sudut kognitif dan fizikalnya.

11

Page 12: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

4.2.4 Sekolah

Sekolah merupakan pusat yang menjana pertumbuhan dan perkembangan

individu dengan lebih mendalam. Masyarakat menganggap bahawa sekolah

adalah tempat berlakunya perubahan positif kepada anak-anak mereka.

Di sekolah terdapatnya satu peraturan yang tidak boleh dilanggar oleh

setiap murid. Peraturan ini telah menjadikan seorang murid itu berdisiplin tinggi

dan takut untuk berbuat kesalahan.

Pemerhatian terhadap kedua-dua orang murid tersebut mendapati bahawa

disiplin mereka amat baik dan tidak pernah diambil sebarang tindakan disiplin

sekolah. Kedua-dua murid ini sangat patuh kepada peraturan sekolah samada dari

segi pakaian seragam dan tingkah laku.

Di sekolah juga guru-guru akan memberikan latihan kerja rumah yang

mewajibkan setiap murid menyiapkan tugasan mereka di rumah. Dalam

pemerhatian saya, Amir seringkali menghantar latihan kerja rumah yang siap

namun ianya tidak menepati apa yang guru kehendaki. Walaupun pernah ditegur

dan dimarah berkali-kali, dia masih juga melakukan perkara yang sama. Bagi

saya, dia langsung tidak menampakkan ciri-ciri perkembangan pembelajaran yang

baik. Dia hanya takut dihukum jika tidak siapkan kerja rumah tetapi dia tidak

mementingkan hasilnya.

Berlainan pula dengan Nasya. Dia sentiasa membuat kerja rumah dengan

baik dan menepati kehendak guru. Perkembangan dari sudut fizikal dan kognitif

pada diri Nasya sangat memberangsangkan apabila sesuatu yang ingin

dipelajarinya adalah sesuatu yang baru. Hasil pembelajarannya jelas berlaku

peningkatan setiap kali penilaian dilakukan samada secara formatif atau sumatif.

12

Page 13: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

5.0 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU

Setelah kajian dibuat terhadap faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan

pertumbuhan dan perkembangan ke atas kedua-dua orang murid tersebut, sudah pasti

terdapat beberapa implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam

bilik darjah. Di sini saya akan fokuskan implikasi pengajaran guru ke atas dua orang

murid berkenaan iaitu Amir bin Kifli dan Nasya binti Razif.

Berikut merupakan 5 implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran guru:

5.1 Merancang pengajaran

Di dalam proses merancang pengajaran, guru harus menyediakan

rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan aras kebolehan murid tersebut.

Rancangan pengajaran tersebut hendaklah mengambil kira faktor-faktor

pertumbuhan dan perkembangan murid tersebut. Bahan bantu pengajaran yang

menarik juga perlu dititik beratkan.

Bagi membuat rancangan pengajaran yang berkesan ke atas pelbagai

perbezaan di antara dua orang murid tersebut, guru hendaklah melibatkan mereka

dalam kumpulan yang berbeza. Sebagai contoh, Amir perlu diletakkan dalam

kumpulan yang sama kebolehan dengannya manakala Nasya perlu diletakkan

dalam kumpulan yang terbaik dan boleh dijadikan sebagai ketua kumpulan

tersebut. Dengan adanya kumpulan berdasarkan kemampuan murid ini, kedua-dua

orang murid berkenaan akan mudah mengikuti pengajaran guru dan proses

pembelajaran akan berlaku dengan baik. Guru juga harus memberikan latihan-

latihan lebih mudah kepada murid lemah seperti Amir dan latihan yang lebih

mencabar bagi murid pintar seperti Nasya.

Teknik penyoalan guru juga perlu dititik beratkan supaya ianya

bersesuaian dengan aras kebolehan pelajar. Soalan yang perlu ditanya kepada

Amir adalah lebih mudah agar Amir dapat menjawabnya. Sekali Amir telah

menjawab soalan tersebut dengan betul, maka di situ akan berlakulah

perkembangan kognitif pada diri Amir. Sementara itu, Nasya perlu juga diberi

perhatian yang sama dan guru perlu menghindarkannya dari soalan-soalan yang

terlalu sukar. Apabila Nasya tidak mampu menjawab soalan guru, sudah pasti

13

Page 14: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

akan wujud rasa malu dalam dirinya dan mungkin perkembangannya akan mula

menyusut. Perkara ini perlulah diberi perhatian semasa merancang pengajaran

guru sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bermula.

5.2 Persekitaran pembelajaran

Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan

sesuai bagi melahirkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan murid.

Persekitaran pembelajaran yang baik akan memberikan pengalaman pembelajaran

yang sangat bermakna kepada murid-murid. Di dalam konteks Amir dan Nasya,

guru hendaklah memikirkan bagaimana persekitaran yang lebih sesuai untuk

mereka.

Amir perlu dibimbing di dalam suasana persekitaran yang bukan seperti

bilik darjah iaitu persekitaran luar. Ini bermakna, setelah guru menyampaikan

sesuatu konsep atau idea di dalam bilik darjah, guru perlu mengubah suasana

tersebut ke luar bilik darjah seperti di kawasan taman sekolah atau pondok-

pondok bacaan.

Suasana pengajaran di luar bilik darjah juga akan merangsang minat murid

untuk merasa lebih ingin tahu tentang apa yang akan disampaikan oleh guru pada

hari tersebut. Contoh lain bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di luar

bilik darjah adalah lawatan ke sesuatu kawasan berdekatan secara berkumpulan.

Di sini guru akan dapat mendekati kedua-dua murid ini dengan lebih mendalam

dan memastikan pembelajaran berlaku dengan berkesan.

5.3 Aktiviti yang menarik

Guru telah mengenalpasti pelbagai faktor yang menyebabkan perbezaan

kedua-dua orang murid iaitu Amir dan Nasya. Implikasinya terhadap pengajaran

guru adalah guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan

kebolehan mereka agar proses perkembangan fizikal dan kognitif berlaku.

Kedua-dua murid ini perlu di asingkan dalam kumpulan yang berbeza

kemampuannya supaya aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan kebolehan

mereka. Sebagai contoh, kumpulan Amir melakukan aktiviti melukis apa sahaja

14

Page 15: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

yang berkaitan dengan benda dalam rumah manakala kumpulan Nasya pula

melakukan aktiviti lain iaitu menyenaraikan beberapa jenis benda yang terdapat

dalam rumah. Guru hendaklah menyediakan ganjaran kepada mana-mana ahli

kumpulan yang terbaik.

Dalam aktiviti tersebut, mungkin kumpulan Amir masih lagi melakukan

tugas melukis manakala kumpulan Nasya tadi telah lama selesai. Di sini guru

haruslah membiarkan kumpulan Amir melukis selama proses pengajaran supaya

idea mereka sentiasa berkembang dan dizahirkan secara visual. Kumpulan Nasya

pula perlu diberi aktiviti lain yang lebih mencabar.

5.4 Peka kepada pengetahuan sedia ada murid

Bagi mewujudkan suatu perkembangan fizikal dan kognitif, guru perlu

membuat sedikit pemerhatian terhadap pengetahuan sedia ada murid. Daripada

pengetahuan sedia ada, guru harus merancang aktiviti yang mereka mudah fahami

dan memastikan aktiviti tersebut akan menghasilkan satu pengalaman atau idea

baru dalam diri murid-murid.

Dalam pemerhatian yang saya jalankan, Amir dan Nasya mempunyai

pengetahuan sedia ada yang sangat berbeza. Amir hanya memiliki pengetahuan

sedia ada yang sedikit manakala Nasya memiliki pengetahuan sedia ada yang

pelbagai dan dapat digunakan dalam semua matapelajaran. Nasya sememangnya

tiada banyak masalah dalam proses perkembangan dan pertumbuhan dari segi

kognitifnya.

Pengetahuan sedia ada yang ada pada Amir perlu dikaji dan disoal selidik

terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru.

5.5 Peluang pembelajaran

Memandangkan perbezaan di antara kedua-dua orang murid tersebut

terlalu ketara, suatu pendekatan khusus perlu dilakukan oleh guru iaitu member

peluang pembelajaran kepada murid yang lemah.

Murid lemah seperti Amir perlukan perhatian khusus dan tidak dapat

diajar seperti dalam kelas biasa. Guru harus menyediakan peluang pembelajaran

15

Page 16: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

khas yang membolehkannya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan

lebih berkesan. Sebagai contoh, selepas aktiviti pengajaran guru secara

keseluruhan, guru perlu mendekati Amir dan membimbingnya melakukan aktiviti

yang diberikan. Peluang pembelajaran seperti ini sudah pasti akan meningkatkan

proses perkembangan dalam diri Amir kerana ia akan rasa lebih dihargai.

Dalam pada itu juga guru harus memberikan peluang pembelajaran yang

lebih baik kepada Nasya agar proses perkembangan fizikal dan kognitifnya tidak

menurun dan sentiasa berada pada landasan yang cemerlang.

6.0 KESIMPULAN

Guru yang mahir adalah guru yang memiliki ilmu pengetahuan tentang

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak agar segala perancangan dapat dilakukan

bersesuaian dengan tahap murid itu sendiri. Selain itu guru juga dapat mengoptimakan

perkembangan kanak-kanak serta dapat mengembangkan lagi potensi dan bakat kanak-

kanak tersebut.

Hasil daripada kajian terhadap dua orang murid iaitu Nasya dan Amir yang

berusia 12 tahun, ternyata banyak perbezaan pertumbuhan dan perkembangan dari aspek

fizikal dan kognitif mereka. Terdapat juga faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan

tersebut yang telah saya huraikan dalam dua aspek iaitu faktor endogen dan faktor

eksogen. Kedua-dua faktor yang mempengaruhi perbezaan pertumbuhan dan

perkembangan murid ini sangat berguna kepada guru di sekolah untuk melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya guru boleh menitikberatkan kebolehan dan

kemampuan murid di dalam setiap aspek seperti perancangan pengajaran, aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dan juga latihan yang diberikan kepada murid.

Implikasi perbezaan pertumbuhan dan perkembangan kedua-dua murid tersebut

juga boleh membantu guru-guru untuk membuat dan melaksanakan satu pengajaran yang

sangat berkesan. Lima implikasi tersebut penting bagi setiap guru agar semua murid

mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna dan sekaligus memperoleh

perkembangan yang lebih positif serta seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi dan

sosial.

16

Page 17: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

7.0 SUMBER RUJUKAN

Baharudin Omar. (1997). Asas penjagaan kesihatan kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jas Laile Suzana (1998). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Chong Lean Keow PhD(2009).Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Ea Ah Meng(1994).Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin(1993). Pedagogi 3:Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia.

Lee Shok Mee(1994). Asas Pendidikan 2:Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang(2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Rahil Mahyuddin, Habihah Elias (2001). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications.

Shryock, Harold (1991). Anda sihat anda bahagia / oleh Harold Shryock ; diterjemahkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia, editor Wim S. Turambi. Singapore : Southeast Asia Publishing House.

17

Page 18: HBEF2103_781218135077001_psikologi pendidikan

8.0 LAMPIRAN

Profil Murid :

Nama : Amir bin Kifli (bukan nama sebenar)

Darjah : 6 Cemerlang

Umur : 12 Tahun

Tarikh Lahir : 15 Februari 2000

Hobi : Memancing

Bilangan adik beradik : 4 orang

Pekerjaan ibu : Suri rumah sepenuh masa

Pekerjaan bapa : Nelayan

Nama : Nasya binti Razif (bukan nama sebenar)

Darjah : 6 Cemerlang

Umur : 12 Tahun

Tarikh Lahir : 26 Jun 2000

Hobi : Membaca dan mendengar muzik

Bilangan adik beradik : 6 orang

Pekerjaan ibu : Suri rumah sepenuh masa

Pekerjaan bapa : Nelayan

18