hbef1503 - sosiologi #oum

20
ISI KANDUNGAN Butir Halaman 1.0 PENGENALAN 2 - 4 2.0 KELEMAHAN DAN KELEBIHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK/ BUDAYA DAN PERADABAN 4 - 9 3.0 CADANGAN MEMPERTINGKATKAN DAN MEMPERBAIKI PELAKSANAAN DIALOG ANTARA KAUM DAN ETNIK DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 9 - 11 4.0 KESIMPULAN 11 - 12 5.0 RUJUKAN 13 1 | Page

Upload: ratieqah-najeehah

Post on 28-Nov-2014

838 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Hbef1503 - sosiologi #oum

ISI KANDUNGAN

Butir Halaman

1.0 PENGENALAN 2 - 4

2.0

KELEMAHAN DAN KELEBIHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK/ BUDAYA DAN PERADABAN

4 - 9

3.0

CADANGAN MEMPERTINGKATKAN DAN

MEMPERBAIKI PELAKSANAAN DIALOG ANTARA

KAUM DAN ETNIK DALAM SISTEM PENDIDIKAN

NEGARA

9 - 11

4.0

KESIMPULAN 11 - 12

5.0

RUJUKAN 13

1 | P a g e

Page 2: Hbef1503 - sosiologi #oum

TUGASAN HBEF1503- SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

PENGENALAN

Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang

mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh kerana masyarakat Malaysia

terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang

mudah dilaksanakan di mana usaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat

sering menghadapi masalah mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya.

Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai.

Secara umum, perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang

menyatu-padukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya

setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta

semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin

Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), “Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah kepada

pelbagaI-bagai kelemahan dan ancaman yang boleh menjejaskan kedaulatan negara itu

sendiri.” Keadaan ini telah menunjukkan bertapa penting mewujudkan perpaduan di

kalangan masyarakat Malaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang boleh

menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang

aman dan maju.

Elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah

membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik dan sosial ialah sistem pendidikan

iaitu melalui sistem persekolahan. Sistem persekolahan merupakan saluran yang penting bagi

menyampaikan wadah perjuangan negara dan menyerapkan nilai-nilai murni dalam

masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan antara kaum. Malaysia merupakan

sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada 3 kaum iaitu

Melayu, Cina dan India. Walaupun hidup berdekatan, mereka masih berpegang teguh kepada

kebudayaan, agama, bangsa, idea dan kaedah sendiri serta terpisah dalam sistem politik yang

sama. Sebenarnaya masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja iaitu sejak

sebelum merdeka. Dasar liberal Inggeris pada pertengahan abad ke-19, telah mengubah

struktur kependudukan asal Tanah Melayu ekoran penghijrahan masuk secara beramai-ramai

kaum cina dan india ke Tanah Melayu. Sejak dari itu, Tanah Melayu telah terdiri daripada

pelbagai kaum dan etnik. Lantaran kepelbagaian kaum ini, dasar pendidikan negara

2 | P a g e

Page 3: Hbef1503 - sosiologi #oum

mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain. Bagi

menyatukan masyarakat berbilang kaum ini, satu sistem pendidikan yang bercorak

kebangsaan telah diwujudkan oleh British iaitu Rancangan Cheesmen yang mencadangkan

sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan.

Usaha mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan diteruskan selepas merdeka

antaranya Penyata Razak (1956 ), Laporan Rahman Talib (1960 ), Akta Pelajaran ( 1961 )

dan lain-lain lagi. Walaupun dasar pendidikan ini berubah-ubah namum tujuannya adalah

sama iaitu untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan kaum di

Malaysia. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan

kesesuaian masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-

menghormati, bertoleransi, bekerjasama dan aspek-aspek moral diterapkan kepada

masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti,

bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting

untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. Selain itu, matlamat utama pelaksanaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan juga antaranya adalah bermatlamat untuk mencapai

pengukuhan sistem pendidikan dalam memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik.

Namun, perubahan demi perubahan melalui penaik-tarafan dalam sistem pendidikan saban

tahun, sedikit sebanyak menyebabkan beberapa kelemahan dan kelebihan dapat dilihat.

SEJARAH PENDIDIKAN NEGARA

Pada zaman sebelum kemerdekaan Malaysia, penjajah British telah mendominasi

pendidikan di negara kita dengan mengatur segala sistem pendidikan mengikut kehendak

mereka. Dalam sistem pendidikan itu, rakyat terpaksa mengekalkan taat setia kepada

pendatang negara asal mereka dan rakyat tidak dibenarkan untuk membangkitkan semangat

pembangunan rakyat tempatan.

Selain itu, mereka juga telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan

pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran

dalam bahasa Inggeris. Hal demikian memberi cabaran dan halangan terhadap kaum Melayu

ketika itu kerana majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa

3 | P a g e

Page 4: Hbef1503 - sosiologi #oum

Inggeris dengan baik. Hal ini kerana, penjajah tidak menggalakkan rakyat tempatan

terutamanya kaum Melayu untuk mendapat pendidikan yang tinggi.

Pihak British bimbang jika pelajar-pelajar kaum Melayu mendapat pendidikan yang

tinggi, kemungkinan besar kedudukan mereka di Tanah Melayu akan tergugat. Bagi

menyelesaikan masalah tersebut, pihak British telah membuat penyekatan bagi kemasukan

pelajar-pelajar melayu ke sekolah-sekolah Inggeris.

Akibatnya, kaum Melayu telah ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding

dengan kaum yang lain. Pihak British juga telah membuat perubahan yang besar dalam

menghalang penyatuan kaum iaitu dengan menubuhkan sekolah vernakular. Sekolah

vernakular itu terdiri daripada sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan

sekolah vernakular Tamil yang mempunyai kelebihan tersendiri. Atas perubahan itu, pada

Ogos 1950, Penyata Barnes telah dibuat yang diketuai oleh L.J. Barnes dan diikuti dengan

Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Penyata Razak (1956), Laporan

Rahman Talib (1960), dan Akta Pelajaran (1961).

KELEMAHAN DAN KELEBIHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK/ BUDAYA DAN PERADABAN

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam keghairahan pihak kerajaan untuk memastikan agar

sistem pendidikan negara sentiasa selaras dengan arus globalisasi, masih terdapat kekangan

yang merupakan kelemahan dalam pelaksanaannya, terutama sekali dalam konteks memupuk

kesepaduan kaum dan etnik. Pihak berkenaan sepatutnya meneliti asas penggubalan dan

pelaksanaan Dasar Pendidikan negara, terutama sekali dalam aspek perpaduan agar dasar

yang dilaksanakan itu mampu menggalakkan kesepaduan kaum dan etnik di Malaysia serta

dapat diselaraskan dengan objektif pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam pada

itu, terdapat juga kelebihan dalam sistem pendidikan negara terutamanya berkaitan dengan

kesepaduan kaum dan etnik.

4 | P a g e

Page 5: Hbef1503 - sosiologi #oum

Kelemahan

1. Sistem Persekolahan Vernakular

Telah di jelas dalam penyataan di atas, sistem persekolahan di Malaysia dari sebelum

merdeka hingga sekarang telah mempunyai sistem persekolahan yang pelbagai aliran atau

lebih dikenali sebagai persekolahan vernakular. Sistem pendidikan di Malaysia kini bergerak

seiring dengan perubahan arus permodenan dan globalisasi serta seiring dengan keperluan

semasa masyarakat. Namun perubahan itu tidak tertakluk dalam perubahan sistem

persekolahan yang masih mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina

dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, salah satu daripada objektifnya adalah untuk

menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum. Jelas dinyatakan bahawa tidak

kira apapun bangsa kanak-kanak tersebut, tetapi perlu disatukan melalui satu sistem

persekolahan yang sama dalam semua aspek tanpa membezakan apapun etnik dan kaumnya.

Namun, kewujudan sekolah-sekolah vernikular iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) akan

menjadi penghalang kepada objektif di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kewujudan

sekolah tersebut bukan sahaja menjadikan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk

Malaysia sukar dilakukan tetapi lebih teruk lagi, penguasaan terhadap bahasa kebangsaan

iaitu bahasa melayu adalah sangat kurang kerana penggunaan bahasa pengantarnya adalah

bahasa ibunda seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menggunakan bahasa mandrin

manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) turut menggunakan bahasa ibunda iaitu

bahasa tamil sebagai bahasa pengantar manakala bahasa melayu menjadi bahasa kedua.

Dalam Laporan Razak (1956) ada menyatakan bahawa bahasa melayu akan menjadi bahasa

kebangsaan dan digunakan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Namun, hasrat

tersebut tidak sepenuhnya tercapai kerana sekolah-sekolah vernikular akan menggunakan

bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar. Ini menujukkan sistem persekolahan

vernakular yang dilaksanakan sekarang mempunyai kekurangan seterusnya menunjukkan

kelemahan yang ketara dalam dasar dan falsafah pendidikan negara.

2. Berorentasikan Peperiksaan Dan Pencapaian Akademik

5 | P a g e

Page 6: Hbef1503 - sosiologi #oum

Dari segi budaya, kelemahan dalam sistem pendidikan sekarang ialah amat mementingkan

peperiksaan sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Bagi ibu bapa, perkara ini

amat diambil berat dan mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik

dalam setiap peperiksaan. Pendidikan yang menumpukan semata-mata dalam pencapaian

akademik telah menjadi budaya sehingga sanggup membelakangkan elaman-elaman adab dan

sopan. Aspek budi bahasa, sopan santun, adab dan akhlak serta aspek nilai-nilai murni seperti

ikhlas, jujur dan amanah semakin hari semakin kurang diberi perhatian. Sehubungan dengan

itu, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mengurangkan peperiksaan dan ujian dalam

sistem pendidikan sekarang. Melalui pemantauan, didapati sistem yang terlalu mementingkan

peperiksaan dianggap tidak praktikal dan tidak sesuai lagi untuk menguji kemampuan

sebenar pelajar, sekali gus membebankan guru dan pelajar sendiri.

3. Kurikulum yang tidak seragam antara sekolah

Kelemahan yang ketiga pula ialah, kurikulum yang tidak seragam antara semua sekolah.

Apabila wujud sekolah vernikular, maka pelaksanaan kaedah pengajaran dan kurikulumnya

juga pasti tidak akan sama dengan sekolah kebangsaan. Dalam Laporan Razak 1956 ada

menggariskan bahawa persamaan sukatan pelajaran bagi semua di Tanah Melayu. Namun,

pelaksanaan sekolah vernikular yang wujud pasti akan menyebabkan gangguan dalam

kesaksamaan sukatan pelajaran semua sekolah.

Sepatutnya, seluruh sekolah yang terdapat di Malaysia perlu melaksanakan kurikulum yang

sama, agar dapat menyemai perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan etnik yang ada. Oleh

itu, bagaimana pula penyatuan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dapat

dilaksanakan jika kurikulumnya adalah tidak seragam di semua sekolah.

Begitu juga dengan isi kandungan yang terdapat di dalam buku teks murid-murid. Jika dilihat

dan dinilai buku teks Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT, pasti terdapat

perbezaannya. Jika buku Bahasa Melayu sekolah kebangsaan hampir keseluruhannya

terkandung isi berkaitan dengan perpaduan dari Tahap 1 hinggalah ke Tahap 2 tetapi buku

Bahasa Malaysia SJKC dan SJKT lebih kepada asas penguasaan bahasa sahaja. Begitu juga

dengan kandungan yang terdapat dalam Jawatankuasa Kabinet 1974, memberi penekanan

kepada pembentukan kurikulum yang mengandungi keseragaman sukatan pelajaran dalam

mencapai perpaduan nasional. Agak sukar menyeragamkan sukatan pelajaran apabila wujud

6 | P a g e

Page 7: Hbef1503 - sosiologi #oum

pelaksanaan kurikulum yang berbeza dan sekolah vernikular, apatah lagi dalam proses

menyemai perpaduan nasional.

4. Pelaksanaan sistem pendidikan yang bervariasi

Kelemahan yang keempat pula ialah, pelaksanaan sistem pendidikan itu sendiri. Dalam hal

ini, saya merujuk kepada pelaksanaan pendidikan yang bervariasi atau beraneka corak

mengikut kaum yang terdapat di Malaysia ketika ini. Sistem pendidikan yang wujud ketika

ini dengan adanya sekolah vernikular, telah mengasingkan kaum-kaum yang wujud di

Malaysia dan menimbulkan diskriminasi.

Asas perpaduan yang dicapai melalui sistem pendidikan bukan sahaja gagal dicapai sekiranya

perkara ini berterusan, malah jurang atau polarisasi kaum akan terus berkembang dan

semakin sukar untuk dibendung. Formula seperti ini yang terdapat dalam Laporan Razak

1956 telah menyatakan iaitu Sekolah Rendah dibahagikan kepada tiga iaitu Sekolah Rendah

Kebangsaan (SRK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil dengan tiga

bahasa pengantar yang berbeza turut menambah kepada jurang pengasingan kaum dan

menghalang perpaduan itu berlaku. Ini kerana, sekolah merupakan satu-satunya institusi yang

mampu mengumpulkan pelbagai kaum dan etnik untuk bersatu dalam satu persekitaran yang

sama.

Oleh itu, bagaimana pula matlamat dasar pendidikan dapat dicapai, iaitu perpaduan nasional

antara pelbagai kaum. Dalam Akta Pendidikan 1961 pula menyatakan, sekolah kerajaan dan

bantuan kerajaan pada peringkat rendah yang menggunakan bahasa cina dan tamil sebagai

bahasa pengantar terus dikekalkan. Pihak kerajaan seharusnya meneliti perkara ini sama ada

apa yang telah dinyatakan melalui akta tersebut selaras atau tidak dengan pelaksanaan

matlamat dasar pendidikan. Sepatutnya pihak kerajaan perlu serius dalam menaikkan

martabat bahasa kebangsaan, iaitu bahasa melayu sebagai bahasa pengantar untuk sekolah-

sekolah tersebut dan bahasa ibunda mereka boleh digunakan sebagai bahasa utama dalam

mata pelajaran sahaja bagi menjaga sentimen hak asasi kaum.

Kelebihan

7 | P a g e

Page 8: Hbef1503 - sosiologi #oum

1. Memupuk Perpaduan

Pendidikan adalah satu proses utama dalam membentuk kendiri untuk mencapai kehidupan

bermasyarakat yang baik dan sempurna. Pendidikan di Malaysia juga adalah satu alat sistem

sosial untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional. Dasar Pendidikan Negara

yang diwujudkan oleh pihak British mahupun kerajaan sebelum merdeka dan selepas

merdeka pada asasnya adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum. Ini merupakan

satu kelebihan sistem pendidikan negara dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik.

Penyata Razak (1956) dan Laporan Abdul Rahman Talib telah menggariskan dengan jelas

dasar pendidikan yang berkaitkan dengan perpaduan antara kaum. Mari kita lihat kepada

Penyata Razak (perenggan 12), secara ringkas kita dapat simpulkan tujuan dasar pelajaran

adalah menyatukan kanak-kanak daripada semua bangsa dengan menggunakan satu peraturan

pelajaran meliputi semua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat

dilaksanakan dengan serta-merta. Di sini menjelaskan bahawa perpaduan negara dan nilai

perpaduan menjadi teras menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang

mempunyai pelbagai kaum. Aspirasi ini telah digariskan dalam penggubalan Dasar

Pendidikan Kebangsaan. Dalam sistem pendidikan ini telah memberi kelebihan dan

penekanan kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Manakala

subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan subjek wajib bagi semua sekolah.

Selain itu juga sistem ini turut mengekalkan penggunaan bahasa-bahasa etnik Cina dan Tamil

sebagai bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan (SJK).

2. Penyeragaman sistem peperiksaan

Kelebihan yang kedua pula ialah, penyeragaman sistem peperiksaan. Kita mengetahui

bahawa kaum lain, terutamanya kaum Cina mempelajari Bahasa Melayu tidak lebih hanya

seperti melepaskan batuk di tangga. Mempelajari Bahasa Melayu hanya untuk memenuhi

syarat agar lulus dalam peperiksaan. Namun, itu bukanlah halangan kepada penggunaan

Bahasa Melayu untuk dijadikan sebagai bahasa utama yang digunakan di dalam sistem

peperiksaan. Kerajaan telah menjadikan agar sistem peperiksaan di Malaysia menggunaan

bahasa yang sama, iaitu penggunaan Bahasa Melayu. Malah, dalam Laporan Rahman Talib

1960 turut menggariskan agar semua peperiksaan am di sekolah menengah akan

menggunakan satu bahasa rasmi sahaja. Begitu juga dalam Akta Pendidikan 1961 yang telah

8 | P a g e

Page 9: Hbef1503 - sosiologi #oum

memaktubkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan sekarang bahawa dasar yang

terdapat di dalam Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 iaitu sistem

peperiksaan yang sama untuk semua murid, iaitu penggunaan bahasa melayu. Selain itu,

Laporan Rahman Talib 1960 turut menggariskan agar calon pepriksaan mesti wajib lulus

dalam Bahasa Melayu untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Maka, dapat kita

lihat bahawa dengan memesatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, maka

semua kaum perlu menggunakan bahasa yang sama, iaitu Bahasa Melayu serta menyedari

kepentingan bahasa ini dalam menyepadukan kaum dan etnik yang pelbagai di Malaysia.

3. Aspek pelaksaan kokurikulum

Kelebihan yang ketiga pula ialah, dari aspek pelaksanaan kurikulum. Kita menyedari bahawa

betapa pentingnya penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid sekolah yang

berbilang kaum, terutamanya dalam konteks perpaduan kaum. Oleh itu, kerajaan telah

mengambil langkah perlu dalam kepentingan perkara ini dengan melaksanakan kurikulum

yang sama rata, iaitu sukatan pelajaran yang seragam untuk semua sekolah. Walaupun ketika

ini sistem sekolah vernikular masih wujud, namun kerajaan tetap melaksanakan sistem

pendidikan yang sama rata dari segi kurikulum. Dalam Laporan Razak 1956 turut

menyatakan agar sukatan pelajaran yang dibuat perlu diselaraskan untuk semua sekolah.

Malah, Akta Pendidikan 1961 turut menggariskan hal yang sama. Ini menunjukkan betapa

pentingnya pelaksanaan kurikulum yang seragam agar tidak timbul ketikadilan dan

ketaksamaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah, terutamanya

sekolah-sekolah vernikular yang secara formalnya telah diperkenalkan dengan sistem

pendidikan yang berorientasikan kaum.

CADANGAN MEMPERTINGKATKAN DAN MEMPERBAIKI PELAKSANAAN

DIALOG ANTARA KAUM DAN ETNIK DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Terdapat beberapa cadangan yang dapat saya nyatakan disini menerusi pelaksanaan sistem

pendidikan ini dalam mempertingkatkan konteks kesefahaman, toleransi dan perpaduan

antara golongan etnik.

Antara cadangannya ialah melalui bantuan pihak kerajaan kerana pihak kerajaan

adalah pihak paling penting dalam memainkan peranan untuk mengukuhkan perpaduan,

melalui sistem pendidikan. Tidak dinafikan bahawa pihak kerajaan turut sama mementingkan

9 | P a g e

Page 10: Hbef1503 - sosiologi #oum

perkara ini demi kepentingan semua pihak dan kesedaran sejak pra kemerdekaan mengenai

kepentingan perpaduan ini juga menyebabkan pihak kerajaan sentiasa berusaha

meningkatkan dan memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia agar konsep perpaduan dapat

disemai di kalangan murid-murid sekolah. Pihak kerajaan perlu mempertingkatkan dan

memperkasakan lagi segala program yang sedia ada dan telah dilaksanakan. Contohnya

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) perlu dilaksanakan dan diteruskan

demi meningkatkan lagi serta menyuburkan semangat kerjasama antara kaum dan menjadi

pemangkin dalam perpaduan nasional. Namun, pelaksanaan program ini janganlah hanya

umpama melepaskan batuk ditangga. Pihak kerajaan melalui Pejabat Pendidikan Daerah

(PPD) perlu memantau program ini dengan membuat laporan dan bukti bahawa program ini

dapat dilaksanakan, pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan bukan hanya tahu duduk

di dalam bilik berhawa dingin, hanya melalui orang-orang tertentu membuat laporan

mengenai program yang dijalankan, tetapi perlu turut sama turun padang utnuk memantau

program yang dijalankan. Selaras dengan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk

menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum, maka pihak kerajaan juga perlu

menambah beberapa lagi program yang bertujuan dapat meningkatkan lagi perpaduan di

kalangan murid-murid berbilang kaum dan etnik.

Disamping itu, pihak kerajaan juga perlu membuka ruang kepada murid-murid lain

yang berminat untuk belajar bahasa asing, seperti Mandarin dan Tamil, di Sekolah

Kebangsaan untuk mempelajari bahasa tersebut. Pembelajaran bahasa asing ini bukan sahaja

memberi peluang kepada murid-murid mampu berkomunikasi dengan murid-murid yang

berlainan kaum, tetapi memberi peluang kepada mereka dalam aspek komunikasi yang lebih

luas, seterusnya mampu meningkatkan kesefahaman, toleransi dan perpaduan berlainan

bangsa, seperti yang diingini oleh pihak kerajaan.

Ketiga adalah pihak sekolah yang memainkan peranan dapat menggalakkan

perpaduan di kalangan pelajar dengan melancarkan kempen, ceramah, seminar dan kem-kem

motivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national. Melalui pelancaran ini, pelajar-

pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada

masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya, pelajar digalakkan menyertai kem-kem

motivasi yang dianjurkan supaya dapat mempelajari dan memahami konsep perpaduan yang

cuba diterapkan oleh pihak sekolah. Melalui kem-kem motivasi ini, pelajar akan tahu akan

kepentingan perpaduan dan integrasi nasional kepada negara dan sekali gus akan

mengamalkannya.

10 | P a g e

Page 11: Hbef1503 - sosiologi #oum

Seterusnya, dengan mengadakan satu pertandingan bahasa kepada semua murid-

murid berbilang kaum dan bangsa. Usaha menuju ke arah pembentukan bangsa Malaysia

yang bersatu padu bukanlah suatu yang remeh dengan hanya mengadakan program

permainan, namun, pihak kerajaan perlu lebih menumpukan kepada aktiviti yang berkaitan

dengan bahasa. Oleh kerana bahasa memainkan peranan penting sebagai alat bantu

penghubung dan jalinan kaum-kaum terutamanya berkaitan perpaduan, maka perlu diadakan

satu pertandingan yang mengasah bakat murid-murid dalam menguasai bahasa ibunda kaum

lain. Sebagai contoh, pertandingan syarahan menggunakan tajuk yang sama tetapi murid-

murid menggunakan bahasa ibunda murid lain dalam syarahan tersebut. Dengan cara ini,

maka murid-murid bukan sahaja dapat menguasai bahasa ibunda bangsa lain, tetapi juga

dapat menggunakannya dalam komunikasi harian.

KESIMPULAN

Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia sebenarnya adalah simbol kepada

keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyatnya. Perbezaan dari segi cara hidup, amalan

dan budaya sebenarnya bukanlah penghalang kepada amalan perpaduan yang diamalkan

sejak dahulu lagi, malah amalan tersebut telah diperjuangkan semenjak sebelum

kemerdekaan lagi. Perbezaan ideologi politik juga sebenarnya merangsang agar perpaduan

perlu dijaga, apatah lagi kehidupan masyarakat berbilang kaum dan etnik di Malaysia

merupakan identiti kepada negara.

Pendidikan memberi kesan yang mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua

bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi

individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan

negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan,

menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental

individu yang dinamik, berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan

masyarakat.

Amalan menghormati, menghargai dan saling memahami memberi manfaat kepada

perpaduan rakyat, keharmonian masyarakat dan kemajuan negara. Kewujudan pelbagai aliran

sekolah terbukti telah memperkayakan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat berbilang kaum

11 | P a g e

Page 12: Hbef1503 - sosiologi #oum

negara kita, yang juga merupakan aset yang tidak ternilai dan menjadi kebanggaan negara.

Kita seharusnya menghargai aset ini dan memanfaatkannya bersama-sama dalam membina

sebuah negara yang bervariasi dan bersifat kepelbagaian.

12 | P a g e

Page 13: Hbef1503 - sosiologi #oum

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjung

Malim

Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian

Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

http://nuar69.blogspot.com/2008/07/revolusikan-sistem-pendidikan.html

http://nuar69.blogspot.com/2008/07/pendidikan-untuk-perpaduan-etnik.html

13 | P a g e

Page 14: Hbef1503 - sosiologi #oum

14 | P a g e