hbae 4303

8
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI SEMESTER MEI 2015 ______________________________________________________________ __________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb - 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 1

Upload: kumaran-vijayan

Post on 11-Nov-2015

52 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ASSIGNEMNT

TRANSCRIPT

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBAE4303APRESIASI DAN KRITIKAN SENISEMESTER MEI 2015________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb - 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Bil.Kadar PertindihanPotongan Markah

1.0 300

2.30.01 505

3.50.01 70 10

4.70.01 - 100100

SOALAN TUGASAN

Apresiasi dan kritikan seni harus disemai kepada pelajar melalui pelbagai pendekatan dan kaedah agar pelajar dapat menghargai seni dengan lebih baik. Mengkritik sesuatu karya seni adalah satu disiplin ilmu, prinsip dan kaedah pengkajian yang amat sistematik. Sepertimana kita sedia maklum seni adalah satu bentuk luahan perasaan oleh seniman kerana di dalamnya terkandung kepentingan dan keindahan dari aspek rohaniah dan jasmaniah.

ARAHAN KEPADA PELAJARDalam bentuk penulisan anda dikehendaki membuat apresiasi seni secara holistik terhadap DUA buah karya yang dihasilkan oleh pengkarya tempatan dan DUA buah karya yang dihasilkan oleh murid anda sendiri dengan berdasarkan model proses penilaian seni seperti berikut:

(a)Deskripsi (description)

(b)Analisis (analysis)

(c)Interpretasi (interpretation)

(d)Penilaian (evaluation). [Jumlah: 40 markah]

PANDUAN PELAJAR1. Bahan rujukan perlu relevan, mencukupi serta amat sesuai.

2. Lampirkan gambarfoto DUA buah karya oleh pengkarya-pengkarya tempatan dan DUA buah karya sebenar murid anda.

3. Huraian dan hujah-hujah anda mengenai apresiasi seni terhadap karya-karya tersebut perlu berfokus, tepat dan lengkap. Dengan itu, pemilihan karya-karya pengkarya tempatan dan karya murid anda amat penting supaya ia dapat memenuhi aspek-aspek dalam proses penilaian seni dengan berkesan.

PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam penyediaan Portfolio tugasan.

2. Membuat latihan dan bimbingan kepada pelajar dalam mengaplikasikan model proses penilaian seni iaitu Deskripsi, Analisis, Interpretasi dan Penilaian terhadap karya.

3. Membimbing pelajar untuk memahami konsep dan fungsi asas-asas senireka serta aplikasinya dalam karya.

4. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES.

5. Mencadangkan contoh-contoh karya, buku-buku rujukan dan laman web yang relevan serta tepat dengan tugasan pelajar. 6. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA.Rubrik Tugasan HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENISEMESTER MEI 2015KriteriaWajaranTidak LengkapLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

01234

Pengenalan

1

Tiada pengenalan dan perbincangan langsung

tentang konsep apresiasi dan kritikan seni.Pengenalan

dan perbincangan

tentang konsep apresiasi dan kritikan seni adalah terlalu ringkas, tidak menyeluruh dan lemah pada keseluruhan.Pengenalan

dan perbincangan

tentang konsep apresiasi dan kritikan seni adalah agak menyeluruh, agak baik dan menarik.

Pengenalan

dan perbincangan

tentang konsep apresiasi dan kritikan seni adalah baik, jelas, menarik serta kritis dan kreatif.Pengenalan

dan perbincangan

tentang konsep apresiasi dan kritikan seni adalah amat baik, berfokus, jelas, amat menarik serta kritis dan kreatif.4

Kandungan:

Apresiasi dan Kritikan Seni

Deskripsi

Analisis

Interpretasi

Penilaian

5Hujah-hujah dan perbincangan terlalu umum

tentang aspek-aspek apresiasi dan kritikan seni terhadap karya-karya berkenaan.

Hujah-hujah dan perbincangan tentang aspek-aspek apresiasi dan kritikan seni terhadap karya-karya berkenaan adalah umum, tidak berfokus serta lemah pada keseluruhan.

Hujah-hujah dan perbincangan tentang aspek-aspek apresiasi dan kritikan seni terhadap karya-karya berkenaan agak baik, berfokus, terdapat unsur-unsur analisis serta contoh-contoh yang agak tepat dan sesuai pada keseluruhan.

Hujah-hujah dan perbincangan tentang aspek-aspek apresiasi dan kritikan seni terhadap karya-karya berkenaan adalah baik, berfokus, terdapat analisis yang disokong dengan contoh-contoh yang baik serta sesuai.Hujah-hujah dan perbincangan tentang aspek-aspek apresiasi dan kritikan seni terhadap karya-karya berkenaan adalah amat baik, berfokus dan spesifik serta terdapat analisis yang amat komprehensif dan matang disokong dengan contoh-contoh yang amat tepat dan sesuai.

20

Maklumat

Sokongan

(Sorotan

Kajian)2Konsep apresiasi dan kritikan seni tidak dijelaskan langsung serta

tiada maklumat

sokongan.Konsep apresiasi dan kritikan seni dijelaskan dengan amat minimum serta maklumat sokongan yang umum.Konsep apresiasi dan kritikan seni dijelaskan dengan agak terperinci serta maklumat sokongan yang agak jelas dan relevan.

Konsep apresiasi dan kritikan seni dijelaskan dengan baik, terperinci berserta maklumat sokongan yang jelas, relevan dan disertakan dengan sekurang kurangnya tiga maklumatSokongan.

Konsep apresiasi dan kritikan seni dijelaskan dengan amat baik, terperinci berserta maklumat sokongan yang amat jelas, relevan dan disertakan dengan sekurang kurangnya tiga maklumat sokongan yang amat tepat.

8

Kesimpulan1Kesimpulan yang amat ringkas serta langsung tidak menjawab

persoalan tugasan.Kesimpulan yang ringkas, boleh diterima tetapi tidak

menjawab persoalan tugasan dengan baik.

Kesimpulan yang agak baik serta menampakkan usaha untuk menjawab persoalan tugasan.Kesimpulan yang baik, kukuh serta menjawab persoalan tugasan dengan komprehensif serta akademik.Kesimpulan yang amat baik, kukuh serta menjawab persoalan tugasan dengan amat tepat, komprehensif serta akademik.

4

Organisasi1Hampir kesemua keterangan tidak disusun mengikut logik serta dengan penulisan yang tidak bermakna

Terdapat terlalu banyak kesilapan teknikal.Kebanyakan keterangan tidak disusun mengikut logik dan penulisan kurang bermakna serta terdapat kesilapan teknikal yang agak banyak.Beberapa keterangan tidak disusun mengikut logik dan cara penulisan kurang menarik dengan kesilapan teknikal yang agak minimum.Keterangan disusun mengikut logik dengan cara penulisan yang baik, sistematik, koheren serta menarik. Keterangan disusun

mengikut logik dan ditulis secara amat berkesan, menarik.Hujah-hujah amat koheren, sistematik, menampakkan kematangan idea. Aspek teknikal amat baik4

JUMLAH MARKAH40

21