hasil kerja dan refleksi diri

8
HASIL KERJA

Upload: farahinyaziz

Post on 08-Jul-2015

112 views

Category:

Business


6 download

DESCRIPTION

langkah-langkah saya dalam usaha turut mempromosikan homestay Kg Pelegung kepada rakan rakan dan hasil dapatan program.

TRANSCRIPT

Page 1: Hasil kerja dan Refleksi Diri

HASIL KERJA

Page 2: Hasil kerja dan Refleksi Diri

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan homestay ini, saya telah menemu bual

sepasang suami isteri yang telah menjadikan perniagaan homestay ini sebagai pendapatan

sampingan dalam kehidupan seharian.

Saya telah menemu bual En. Nor Zamri Bin Adnan, 40 tahun dan Puan Martini Binti

Sulaiman, 38 tahun yang menetap di Kg Pelegung Labu, Negeri Sembilan. Mereka mempunyai 4

orang cahaya mata dan telah menetap di Kg Pelegung, Negeri Sembilan selama 23 tahun.

Sepasang suami isteri ini yang sememangnya telah menetap di Negeri Sembilan dari kecil

menyatakan mereka telah menjalankan perniagaan homestay ini selama 8 tahun. Dengan

menjadikan rumahnya sebagai homestay atau rumah tumpangan mereka mampu memperoleh

pendapatan mmencecah dua ribu ringgit sebulan bergantung kepada jumlah pelanggan.

Menurut Puan Martini, pelanggan-pelanggannya terdiri daripada pelajar dan pelancong dari

dalam dan luar Negara. Tambahnya lagi, pada musim cuti mereka tidak menang tangan

menguruskan perniagaan homestay mereka memandangkan ramai pelanggan yang memerlukan

rumah tumpangan dan khidmat mereka.

Suami isteri ini menggunakan medium facebook, youtube dan blog sebagai medan untuk

memperkenalkan lagi perniagaan homestay mereka ke seluruh dunia. Mereka yang menggelarkan

diri sebagai ibu dan ayah memberi layanan yang terbaik dan sama kepada semua pelanggannya tidak

kira bangsa dan agama. Mereka menghormati hak-hak pelanggan dan budaya meskipun

pelanggannya bukan beragama islam.

Sebagai penutupan bagi sesi temu bual bersama tuan rumah, mereka telah mengongsikan

tips-tips untuk berjaya dalam perniagaan. Tidak mudah berputus asa merupakan tonggak utama

kepada sesebuah kejayaan. Menceburi bidang perniaagaan bukan lah sesuatu yang mudah dan

mempunyai risiko yang tinggi. En Zamri yang sentiasa memandang serius kepada perniagaannya

berkata beliau tidak berputus asa dan sentiasa gigih berusaha untuk memastikan perniagaannya

berjaya.

Page 3: Hasil kerja dan Refleksi Diri

Rakaman video telah saya muat naikkan ke laman youtube sebagai langkah mempromosikan dan

memperkenalkan Homestay Kg. Pelegung kepada kenalan dan individu yang sedang mencari

homestay khususnya kepada pengembara.

http://www.youtube.com/watch?v=6jd2yKonXzM&feature=youtu.be

Page 4: Hasil kerja dan Refleksi Diri
Page 5: Hasil kerja dan Refleksi Diri

Saya juga telah membina satu laman sesawang di wordpress untuk memperkenalkan homestay kg.

Pelegung ke seluruh Negara. Saya membina laman ini setelah menghadiri kursus pembangunan web

portal yang telah diadakan di bilik latihan cesmed

http://yinyinchemistry.wordpress.com/

Page 6: Hasil kerja dan Refleksi Diri

REFLEKSI DIRI

Page 7: Hasil kerja dan Refleksi Diri

Saya mempelajari banyak perkara mengenai keusahawanan sepanjang mengikuti kursus ini.

antaranya ialah:

1. Mengamalkan sikap-sikap keusahawanan:

Peka kepada peluang

saya telah merebut peluang untuk menyertai kursus ini untuk menimba ilmu

pengetahuan dengan lebih mendalam tentang keusahawanan. Saya pasti setiap

peluang yang ditawarkan mendatangkan banyak faedah yang berguna untuk

diri saya

Mempunyai matlamat dan target

saya amat meminati bidang keusahawanan ini. Oleh itu, saya bercita-cita

untuk menceburkan diri dalam bidang ini pada masa akan datang

Berkeupayaan memimpin

saya mempunyai pengalaman memimpin dan mempunyai ilmu pengetahuan

tentang teknologi dan persekitaran

2. Mengahasilkan produk berasaskan pengetahuan, kreativiti dan teknologi

Kreativiti

Saya telah belajar cara membuat bahulu agar lebih enak dan cara-cara

membuat bunga menggunakan daun dari pohon getah semasa di kampung

Pelegung.

Teknologi

Saya belajar cara untuk mempromosikan bahan jualan melalui medium

internet iaitu melalui laman blog semasa kursus pembangunan web portal

untuk projek homestay.

3. Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik

- Menghormati cara hidup orang lain

Saya telah menemu bual tuan rumah yang telah berpengalaman selama 8 tahun

dalam menguruskan rumahnya sebagai homestay. Beliau sangat menghormati

cara hidup pelanggannya memandangkan pelanggannnya terdiri daripada

pelbagai bangsa dan Negara

-Menghormati hak orang lain

Seorang usahawan harus menghormati hak pengguna. Usahawan perlu

menyediakan service yang terbaik untuk setiap pelanggan.

- Tidak pilih kasih

Layanan setiap usahawan perlulah sama dan tidak mengamalkan sikap pilih

kasih terhadap pelanggan.

Page 8: Hasil kerja dan Refleksi Diri