harga sebuah lukisan f3 cerpen

11
HARGA SEBUAH LUKISAN Harga Sebuah Lukisan (Baharudin A. Manan) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum Sinopsis Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan. Tema Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas makanan. Persoalan

Upload: mohdhafizfaiz-mdali

Post on 05-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pt3

TRANSCRIPT

Page 1: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

HARGA SEBUAH LUKISAN

Harga Sebuah Lukisan

(Baharudin A. Manan)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis

Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar

yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan

melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka

bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar

kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam

pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal

Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

Tema

Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap

tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati

telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas

makanan.

Persoalan

Page 2: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

i. Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea

yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis.

ii. Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.

Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi

oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.

iii. Baik hati dalam kalangan murid sekolah.

Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan

bersama-sama mereka.

iv. Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.

Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz

masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya

.

v. Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.

Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan

seterusnya dia meminta maaf.

vi. Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.

Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan

menghadiahkan sebuah lukisan

.

Plot

Page 3: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

i. Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan

dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak

Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

ii. Perkembangan

Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh

Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar

dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus

kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan

bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima

pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz

mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci

pinggan dan gelas.

iii. Puncak

Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya telah

disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia

mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu,

fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan

Page 4: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang

Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

iv. Peleraian

Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan.

Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati

menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan

menghadiahkan sebuah lukisan.

Teknik Plot

i. Pemerian

Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh

kawan-kawannya kerana kebolehannya melukis.

ii. Monolog Dalaman

Contoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis

gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah

iii. Dialog

Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz

semasa pertandingan melukis

.

Watak dan Perwatakan

Page 5: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

Watak Utama

Kamal Hijaz

i. Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

ii. Berbakat dan berminat dalam lukisan dan sentiasa mendapat markah A dalam

Mata Pelajaran Lukisan.

iii. Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan

menyertai pertandingan melukis.

iv. Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi

membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

v. Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan

lukisannya yang kedua sehingga berjaya.

vi. Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.

Watak Sampingan

Maryati

i. Rakan kepada Kamal Hijaz.

Page 6: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

ii. Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela

bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.

iii. Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan Kamal

Hijaz dalam pertandingan melukis.

iv. Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf

kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Latar

Latar Masa

i. Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan keputusan

pertandingan yang diadakan.

ii. Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan.

Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

iii. Dua minggu.

Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan

pertandingan diumumkan

Page 7: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

.

iv. Tiga hari

Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan

gambaran dua pahlawan sedang bertikam

.

Latar Tempat

i. Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis dijalankan.

Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan melukis itu.

ii. Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan

dimulakan.

Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran

taman mini sekolah.

iii. Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas

makanan.

Contoh :“Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh

membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,”

Latar Masyarakat

i. Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab mendidik

anak-anak tempatan.

Page 8: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan melukis

peringkat daerah.

ii. Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal di

sekolah.

Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di

Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa

.

iii. Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan

bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan

gambaran pahlawan sedang bertikam

.

iv. Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang sanggup

mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar.

Contoh : Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan

bermula.

Nilai

i. Nilai persahabatan.

Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat

dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.

Page 9: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

ii. Nilai ketabahan.

Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan kertas lukisannya.

Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya

.

iii. Nilai kesabaran.

Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas

lukisannya sebelum pertandingan melukis

.

iv. Nilai kegigihan.

Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis

pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam

Pengajaran

i. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea

yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis.

ii. Kita hendaklah berbudi bahasa.

Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz

makan bersama-sama mereka.

Page 10: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

iii. Kita hendaklah bersemangat tinggi.

Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya yang

dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan

berjaya.

iv. Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri.

Contoh : Maryati berasa bersalah dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz

dan seterusnya dia meminta maaf.

v. Kita hendaklah berhati mulia.

Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah mengkhianatinya dan menghadiahkan

sebuah lukisan.

Gaya Bahasa

i. Peribahasa

Contoh : Membulatkan hatinya

ii. Hiperbola

Contoh : Menusuk rongga hidung

iii. Pengaruh bahasa asing

Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour

Page 11: Harga Sebuah Lukisan f3 Cerpen

iv. Simile

Contoh : macam nenek kebayan

v. Kata ganda

Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Soalan

i. Mengapakah pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz?

ii. Apakah yang dilakukan oleh Maryati sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin

untuk mencuci pinggan dan gelas?

Jawapan

i. Pelajar-pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz kerana dia mempunyai bakat yang besar

dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.

ii. Sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas,

Maryati menukar kertas lukisan Kamal Hijaz dengan kertas lukisannya yang telah disapu

dengan lilin.