guru cemerlang

15
1.0 Pengenalan Guru cemerlang boleh ditakrifkan sebagai guru yang unik, istimewa, bermotivasi, berdedikasi, mempunyai kepakaran, pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang tugasnya khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kepimpinan dan kualiti peribadi seseorang guru cemerlang adalah boleh dicontohi serta sering mencapai kualiti kerja yang tinggi. Guru yang cemerlang akan berusaha membentuk akhlak mulia dan membuktikan peningkatan secara berterusan serta kecemerlangan itu dapat dikenalpasti melalui penilaian dalam aspek kecemerlangan peribadi, kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi, kecemerlangan kemahiran, kecemerlangan pengetahuan, dan kecemerlangan potensi. Guru cemerlang mempunyai ciri-ciri dari segi peribadi iaitu sahsiah, etika dan ketrampilan yang terpuji; hasil kerja iaitu dapat meningkatkan hasil pembelajaran; komunikasi iaitu kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan berkesan; kemahiran dan pengetahuan iaitu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta bidang pakar; potensi iaitu guru yang proaktif, berwawasan, berinisiatif, bersifat responsif dan inovatif serta memberi sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara iaitu dapat melaksana dan menjana idea baru demi meningkatkan mutu pendidikan negara. Oleh itu, secara keseluruhan, ciri-ciri seorang guru boleh dibahagi kepada dua aspek iaitu ciri-ciri personaliti seperti tegas, menepati, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau jenaka serta kemahiran pedagogi seperti kreativiti, keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan dan komunikasi berkesan. Melalui kerja kursus ini, perbincangan Model Konseptual 2

Upload: tan-lean-chuen

Post on 14-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Guru Cemerlang

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Cemerlang

1.0 Pengenalan

Guru cemerlang boleh ditakrifkan sebagai guru yang unik, istimewa, bermotivasi,

berdedikasi, mempunyai kepakaran, pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam

bidang tugasnya khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Kepimpinan dan kualiti peribadi seseorang guru cemerlang adalah boleh dicontohi serta

sering mencapai kualiti kerja yang tinggi. Guru yang cemerlang akan berusaha

membentuk akhlak mulia dan membuktikan peningkatan secara berterusan serta

kecemerlangan itu dapat dikenalpasti melalui penilaian dalam aspek kecemerlangan

peribadi, kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi, kecemerlangan kemahiran,

kecemerlangan pengetahuan, dan kecemerlangan potensi. Guru cemerlang mempunyai

ciri-ciri dari segi peribadi iaitu sahsiah, etika dan ketrampilan yang terpuji; hasil kerja iaitu

dapat meningkatkan hasil pembelajaran; komunikasi iaitu kemahiran berkomunikasi

yang tinggi dan berkesan; kemahiran dan pengetahuan iaitu mempunyai kemahiran dan

pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta bidang

pakar; potensi iaitu guru yang proaktif, berwawasan, berinisiatif, bersifat responsif dan

inovatif serta memberi sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara iaitu dapat

melaksana dan menjana idea baru demi meningkatkan mutu pendidikan negara. Oleh

itu, secara keseluruhan, ciri-ciri seorang guru boleh dibahagi kepada dua aspek iaitu ciri-

ciri personaliti seperti tegas, menepati, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau

jenaka serta kemahiran pedagogi seperti kreativiti, keupayaan menyelesaikan masalah

secara spontan dan komunikasi berkesan. Melalui kerja kursus ini, perbincangan Model

Konseptual Pendidikan Guru dan penjelasan peranan guru cemerlang sebagai pembina

negara bangsa akan dilaksanakan.

2

Page 2: Guru Cemerlang

2.0 Model Konseptual Pendidikan Guru

2.1 Pengenalan

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan tiga

dimensi utama yang menjadi landasan penggubalannya iaitu kendiri, kemasyarakatan

dan ketuhanan. Seterusnya, Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan

kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, model tersebut

menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru cemerlang

berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini

dicapai melalui pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-

aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan. Ketiga-tiga

aspek tersebut disepadukan dan merentasi semua disiplin mata pelajaran dan program

perguruan yang dirancangkan. Di samping itu, model tersebut menekankan matlamat

mengembangkan potensi guru cemerlang secara seimbang dan bersepadu berdasarkan

3

Page 3: Guru Cemerlang

domain potensi individu iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) yang juga

merupakan empat dimensi bagi sub-konseptual.

2.2 Ketuhanan, Kemasyarakatan Dan Kendiri

Ketuhanan menganjurkan amalan, peningkatan dan penghayatan ilmu individu

berteraskan kepatuhan dan kepercayaan kepada ajaran agama. Kita sememangnya

tidak boleh menafi bahawa ajaran agama boleh menjadi panduan hidup kepada kita

dalam kehidupan seharian. Ajaran agama mewajibkan kita hanya berbuat baik dalam

setiap perkara. Oleh itu, guru cemerlang yang berpegang teguh kepada didikan agama

semestinya dapat menjadi insan yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia. Selain itu,

kemasyarakatan menekankan peranan guru cemerlang sebagai pemimpin, pendidik,

dan sebagai agen perubahan kepada masyarakat dan negara. Guru yang cemerlang

sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan seseorang

murid yang cemerlang. Peranan guru cemerlang sebagai pendidik semestinya

menerapkan pengajaran moral dan nilai murni dalam kalangan murid. Peranan guru

cemerlang sebagai pemimpin pula sudah tentu mempunyai kemampuan memimpin dan

membimbing anak muridnya dalam semua perkara sama ada masalah tentang pelajaran

atau aktiviti kokurikulum. Oleh itu, guru cemerlang memainkan peranan sebagai ibu

bapa kepada murid-murid di sekolah. Sementelahan itu, kendiri menjurus kepada

pembinaan profesionalisme, daya kefahaman, patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan

pembentukan sahsiah serta berpekerti mulia. Guru cemerlang yang mempunyai

profesionalisme dan daya kefahaman yang tinggi sudah pasti tidak akan meletakkan

masalah peribadi ke dalam alam pekerjaannya. Sebaliknya, mereka dapat mengawal

perasaan emosi mereka dengan baik apabila menghadapi sesuatu masalah peribadi.

Guru cemerlang yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi akan memupuk

semangat cinta akan negara dalam kalangan anak muridnya. Pada masa yang sama,

guru cemerlang bukan sahaja mementingkan bidang akademik muridnya, malah mereka

juga akan mengambil berat tentang bidang kokurikulum dan kesahsiahan seseorang

anak muridnya. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa tiga dimensi utama iaitu

ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri dapat melahirkan seorang guru cemerlang.

2.3 Kemahiran, Pengetahuan Dan Nilai

4

Page 4: Guru Cemerlang

Kemahiran Ikhtisas keguruan yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-

bahan pelajaran bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Guru cemerlang yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal, komunikasi dan

pengajaran sememangnya memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Selain itu, pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran KSSR berkaitan

dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Guru cemerlang

yang mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang banyak sudah tentu dapat

menyebarkan dan berkongsi dengan anak muridnya dengan mudah. Di samping itu, nilai

merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan yang

menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang, berpekerti mulia,

berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, berketrampilan, berwibawa dan patuh kepada

etika profesion keguruan serta mempunyai nilai intergriti yang tinggi. Guru cemerlang

yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti sememangnya dapat menjadi seorang guru

yang dihormati dan disanjungi oleh anak muridnya.

2.4 Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek (JERI)

Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan individu yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Individu yang seimbang

merupakan individu yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran, berakhlak baik dan

mulia, bertanggungjawab serta cergas tubuhnya. Intelek merujuk kepada aspek

perkembangan minda seseorang untuk berfikir dan memahami sesuatu. Perkembangan

ini dapat dicapai dengan menimba ilmu dan memperoleh pengalaman. Rohani pula

merupakan perkembangan perasaan dan hati yang berkaitan dengan jiwa atau naluri

manusia. Rohani dapat dikembangkan dengan amalan agama, norma masyarakat,

pantang larang dan undang-undang. Seterusnya, emosi merupakan unsur semula jadi

yang ada pada manusia iaitu pengawalan perasaan seperti sayang, marah, takut, cinta,

benci dan sebagainya. Manusia perlu mengawal emosi agar tidak mendatangkan balas

yang negatif daripada pihak lain. Jasmani pula merujuk kepada perkembangan tubuh.

Tubuh yang sihat akan mewujudkan intelek yang baik, emosi yang terkawal dan waktu

rehat yang mencukupi serta riadah yang sistematik akan menghasilkan jasmani yang

sihat. Oleh itu, dengan adanya kempat-empat aspek tersebut, guru cemerlang boleh

5

Page 5: Guru Cemerlang

menikmati kehidupan yang sejahtera.

2.5 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah untuk menjadi panduan

kepada guru cemerlang untuk melaksanakan dan merealisasikan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Guru (FPG) menyatakan bahawa

guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin

perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,

demokratik, progresif dan berdisiplin. Matlamat pendidikan guru adalah menghasilkan

guru cemerlang yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah

laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan serta berupaya

mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan

dalam abad ke-21.

2.6 Nilai-Nilai Keguruan

Berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Guru, guru

cemerlang yang berkualiti menjadi tuntutan utama dalam sektor pendidikan negara

sekarang. Guru cemerlang perlu mempunyai kualiti peribadi dan sifat, profesional dan

sosial yang baik serta murni. Oleh itu, terdapat enam kualiti peribadi dan sifat yang

mendasari nilai-nilai keguruan di Malaysia iaitu baik hati, sabar, yakin,

bertanggungjawab, kepimpinan dan kecindan atau jenaka. Guru cemerlang yang

bersikap baik hati akan sentiasa bertolak ansur dan bertimbang rasa tentang anak

muridnya. Kesannya, suasana yang kondusif, selamat dan tenteram dapat diwujudkan di

dalam kelas di samping dapat mewujudkan hubungan yang baik dan mengelakkan

sebarang perselisihan faham antara guru dengan murid-murid. Selain itu, sifat sabar

yang dimiliki oleh guru cemerlang akan sentiasa mengawal emosinya apabila

menghadapi sebarang cabaran dan dugaan. Guru cemerlang yang mempunyai

keyakinan diri pula dapat membuat keputusan dan tindakan tanpa mempunyai perasaan

takut dan cemas. Di samping itu, guru cemerlang yang bertanggungjawab akan

melakukan sesuatu tugas dan amanah dengan sebaik mungkin di samping

meningkatkan kualiti tugas mereka dari masa ke masa. Kepimpinan seseorang guru

6

Page 6: Guru Cemerlang

cemerlang pula mendorong murid-murid mematuhi arahan dan tunjuk ajar guru tersebut

tanpa sebarang bantahan atau pemberontakan. Pada masa yang sama, guru cemerlang

yang pandai berjenaka dapat mewujudkan suasana yang riang dalam kelas di samping

dapat lebih mendekati dengan murid-murid. Oleh sebab itu, seseorang guru cemerlang

perlulah mempunyai keenam-enam kualiti peribadi dan sifat tersebut agar guru

cemerlang yang berprofesional dapat dilahirkan.

3.0 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Pembina Negara Bangsa

3.1 Pengenalan

Profesion keguruan merupakan kerjaya yang amat penting dalam proses

pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion keguruan juga adalah

profesion yang paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan bagi individu

dan masyarakat. Mengikut Kamus Dewan, 'profesion' ialah pekerjaan terutamanya yang

memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas manakala 'keguruan' pula

membawa maksud peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai guru. Dalam era

globalisasi hari ini, peranan guru cemerlang menjadi semakin kompleks dan mencabar.

Oleh itu, guru cemerlang hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa

dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati serta disanjungi dari masa ke

masa. Guru cemerlang sememangnya memainkan peranan yang amat penting

memartabatkan profesion keguruan di negara kita. Menurut Kamus Dewan, 'guru'

membawa maksud pendidik, pengajar atau pengasuh manakala 'cemerlang' pula

bermaksud kerjayaan yang tertinggi. 'Guru Pembina Negara Bangsa', frasa itulah yang

menjadi tema Hari Guru bagi tahun 2009 dan 2010 di negara kita. Hal ini demikian telah

membuktikan bahawa guru cemerlang memainkan peranan yang amat penting dalam

pembinaan negara bangsa. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), teras

pertama bagi teras strategik PIPP ialah membina negara bangsa. Usaha-usaha

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina negara bangsa adalah dengan

memperkasa Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu,

memantapkan perpaduan dan integrasi nasional serta memupuk kecintaan terhadap

seni, warisan dan budaya bangsa. Sebenarnya, dalam pembinaan negara bangsa, guru

cemerlang memainkan peranan sebagai pemimpin, pendidik, model atau teladan,

pemupuk perpaduan dan patriotisme serta sebagai agen perubahan.

7

Page 7: Guru Cemerlang

3.2 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Pemimpin

Menurut Katzenmeyer dan Moller (2009), mereka mendefinisikan guru cemerlang

sebagai pemimpin iaitu mereka yang memimpin di dalam dan luar kelas, mengenalpasti

dan menyumbang kepada komuniti guru dan para pemimpin, berpengaruh terhadap

orang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik, dan menerima tanggungjawab

untuk mencapai hasil daripada kepimpinan mereka. Kepemimpinan seseorang guru

cemerlang di sekolah perlu mencontohi sikap-sikap pemimpin. Guru cemerlang akan

berusaha untuk meningkatkan prestasi sesebuah sekolah sama ada dalam bidang

kurikulum atau kokurikulum. Pada masa yang sama, seseorang guru cemerlang akan

sentiasa menjaga kebajikan anak muridnya secara adil dan saksama. Sikap seseorang

guru cemerlang yang pilih kasih dan tidak ambil peduli akan menyebabkan sesebuah

sekolah itu mengalami kemerosotan prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Secara tidak langsung, masalah pentadbiran sekolah akan sering dihadapi oleh

sesebuah sekolah itu. Sebagai seorang pemimpin di sekolah, ilmu pengetahuan yang

banyak dalam tugas-tugas sebagai seorang guru cemerlang haruslah ditimba dengan

lebih mendalam. Hal ini demikian membolehkan seseorang guru cemerlang memimpin

sesebuah sekolah itu dengan lebih berkeyakinan. Selain memikul tugas yang berat,

seseorang guru cemerlang hendaklah menghormati anak muridnya agar mereka akan

memberi kerjasama dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada masa

yang sama, seseorang guru cemerlang tidak seharusnya terlalu mengikut perasaan

emosinya apabila terdapat segelinitir anak murid yang tidak mengikuti peraturan yang

telah ditetapkan. Oleh itu, guru tersebut memainkan peranan yang amat penting untuk

mengubah tingkah laku murid-murid itu. Teguran dan nasihat yang munasabah akan

memberi kesedaran kepada murid-murid tersebut bahawa betapa pentingnya mengikut

peraturan sekolah.

3.3 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Pendidik

Menurut Sutari Imam Barnadib (1994), pendidik adalah orang yang dengan sengaja

mempengaruhi orang lain untuk mencapai peringkat kemanusiaan yang lebih tinggi.

8

Page 8: Guru Cemerlang

Menurut Umar Tirtaraharja dan La Sulo (1994), mereka mengatakan bahawa pendidik

adalah orang yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan pendidikan dengan

sasaran peserta didik. Pendidik adalah individu yang membantu orang lain untuk

mencapai kedewasaan. Pada dasarnya, guru cemerlang memiliki taraf yang amat

penting untuk mengembangkan minda anak murid. Sebagai pendidik, guru cemerlang

menjadi nahkoda yang akan mendidik anak murid dalam mengharungi lautan kehidupan.

Apabila nahkoda memberikan arahan yang salah, maka akibatnya sangatlah serius.

Kapal mungkin akan tersesat jauh, bahkan karam sebelum mencapai tujuan. Oleh itu,

guru cemerlang sememangnya merupakan pendidik yang amat penting untuk mendidik

anak murid tentang amalan kehidupan. Kadang-kala, guru cemerlang juga boleh

disamakan sebagai seorang doktor. Jika seseorang doktor telah melakukan kesalahan

dalam suatu rawatan pesakit dalam tempoh yang lama, maka pesakitnya tidak akan

terselamat dan akan terbunuh untuk selamanya. Perkara tesebut boleh disamakan

dalam profesion keguruan. Jika guru telah mendidik anak muridnya tentang perkara

yang tidak baik dalam jangka masa yang panjang, maka segala potensi, bakat dan

kemampuan murid-murid itu akan menjadi sia-sia begitu sahaja dan keadaan menjadi

lebih teruk apabila potensi, bakat dan kemampuan mereka tidak dapat diselamatkan

maka akan terbunuh untuk selamanya. Oleh itu, sebagai pendidik, guru cemerlang

harus membimbing anak didik dengan kaedah yang baik dan sesuai. Secara tidak

langsung, perkembangan yang lebih baik pada anak didik dapat dihasilkan sama ada

dalam perkembangan fizikal mahupun mental.

3.4 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Model dan Teladan

Menurut Ee Ah Meng (2003), beliau mengatakan bahawa guru cemerlang yang

beriltizam akan menjadi model kepada murid-muridnya. Seseorang guru cemerlang

harus menjadi teladan yang positif kepada anak didiknya sama ada dalam tingkah laku,

keperibadian mahupun pertuturan. Terdapat pepatah mengatakan “guru kencing berdiri,

anak murid kencing berlari” telah mencerminkan bahawa seseorang guru cemerlang

harus menjadi teladan yang baik kepada anak didiknya. Jika guru itu memberikan

teladan yang baik kepada anak didiknya, maka secara tidak langsung anak didik

tersebut akan meniru perkara yang dilakukan oleh gurunya. Sebaliknya, jika guru itu

memberikan contoh yang buruk, maka anak didiknya juga akan berbuat buruk. Di

sekolah, guru adalah orang yang paling dekat dengan murid-murid di samping ibu bapa

9

Page 9: Guru Cemerlang

mereka. Guru juga sebagai pengganti orang tua ketika di sekolah. Oleh itu, guru

cemerlang perlulah menjadi teladan yang baik kepada anak didiknya.

3.5 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Pemupuk Semangat Perpaduan Dan

Patriotisme

Peranan guru cemerlang juga adalah memastikan semangat perpaduan dan

intergrasi nasional dapat dimantapkan dalam kalangan anak murid di sekolah. Pihak

sekolah dan guru cemerlang perlu berusaha membina persekitaran sosial yang

menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid-murid daripada kaum, latar

belakang dan budaya yang berbeza untuk mewujudkan satu identiti nasional Malaysia

yang dapat dibanggakan. Pihak sekolah dan guru cemerlang juga perlu sentiasa

menjadikan perhimpunan mingguan, acara menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu

Kebangsaan serta Lagu Patriotik sebagai langkah menyemai semangat patriotisme dan

perpaduan. Pada masa yang sama, pihak sekolah dan guru cemerlang perlu

menjelaskan tujuan sebenar perhimpunan mingguan dijalankan kepada murid-muridnya

agar mereka akan memberi tumpuan dan semangat yang sepenuhnya semasa

perhimpunan dijalankan. Selain itu, pihak sekolah dan guru cemerlang juga perlu

mengadakan perancangan strategik melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan

supaya usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dapat terus

ditingkatkan. Selain aktiviti kokurikulum, guru cemerlang seharusnya memberi

penekanan kepada nilai jati diri dan semangat patriotisme melalui mata pelajaran

terutamanya mata pelajaran Sejarah yang dapat memberi iktibar kepada murid-murid.

Kesannya, semangat perpaduan dan patriotisme akan ditanam dalam diri anak murid

secara berterusan. Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang

diperkenalkan mulai tahun 2003 juga dapat meningkatkan kesedaran murid-murid

terhadap kepentingan keharmonian dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

3.6 Peranan Guru Cemerlang Sebagai Agen Perubahan

Guru cemerlang juga berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang

dimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik

darjah. Contohnya, dalam era globalisasi pendidikan yang mencabar ini, kebanyakan

murid-murid terlebih dahulu terdedah dan mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat

10

Page 10: Guru Cemerlang

dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, sebagai guru cemerlang, mereka hendaklah

mempelajari kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya mereka berada

seiring dengan perkembangan budaya dan persekitaran murid-murid. Pada masa yang

sama, guru cemerlang yang merupakan agen perubahan juga berperanan sebagai

fasilitator, penyebar maklumat, pendorong, pembimbing, penganjur, korektor, pemula,

pengilham, penunjuk cara, pengelola kelas, penilai, pengantara dan penyelia. Sebagai

fasilitator, guru cemerlang hendaklah dapat menyediakan kemudahan yang boleh

memudahkan kegiatan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain itu, guru cemerlang

juga mestilah boleh menyebarkan maklumat perkembangan ilmu pengetahuan,

teknologi dan bahan pelajaran yang terbaru bagi setiap mata pelajaran yang

diprogramkan dalam kurikulum. Sebagai pendorong pula, guru cemerlang haruslah

dapat mendorong anak murid agar berminat dan aktif belajar. Guru cemerlang juga

perlulah boleh membimbing anak didik ke arah tuju yang betul. Di samping itu, guru

cemerlang jugalah boleh menganjurkan dan menjalankan pelbagai kegiatan

pengelolaan, kegiataan akademik dan lain-lain lagi. Sebagai korektor pula, guru

cemerlang harus dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Seterusnya, guru

cemerlang yang berperanan sebagai pemula haruslah dapat menjadi pencetus idea-idea

kemajuan dan pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pengilham

pula, guru cemerlang harus mempunyai imaginasi yang baik bagi kemajuan anak didik.

Guru cemerlang juga berperanan sebagai penunjuk cara kerana tidak semua bahan

pelajaran dapat difahami oleh anak didik. Sementelahan itu, guru cemerlang hendaklah

dapat mengelola kelas dengan baik kerana kelas adalah tempat berhimpunnya semua

anak didik. Sebagai penilai pula, guru cemerlang hendaklah baik dan jujur dengan

memberikan penilaian yang menyentuh aspek intrinsik dan ekstrinsik. Guru cemerlang

yang berperanan sebagai pengantara juga hendaklah memiliki pengetahuan dan

pemahaman yang cukup tentang media pendidikan. Tambahan pula, guru cemerlang

hendaklah dapat menyelia, membantu dan memperbaiki proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

4.0 Kesimpulan

Berdasarkan maklumat tersebut, kita sememangnya tidak boleh menafi bahawa

guru cemerlang sudah pasti memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan

negara bangsa di negara kita. Melalui Model Konseptual Pendidikan Guru yang

11

Page 11: Guru Cemerlang

digubalkan berasaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG), matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) dapat direalisasikan dengan adanya peranan guru cemerlang.

Secara tidak langsung, pemimpin generasi muda dapat dilahirkan untuk memimpin

negara kita dengan lebih baik pada masa depan. Bak kata pepatah, pemuda harapan

bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa guru cemerlang

sememangnya merupakan pembina negara bangsa.

12