grid refleksi berfokus 1

Upload: caffeinecynosure

Post on 05-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Grid Refleksi Berfokus 1

    1/1

    GRID REFLEKSI BERFOKUS

    PEMILIHAN TINDAKAN /

    FOKUS

    REVIEW / ANALISIS BISIKAN HATI TINDAKAN SUSULAN

    Pengurusan masa Saya telah merancang sesi pengajaran

    saya mengikut tempoh masa yang

    ditetapkan iaitu 60 minit bagi setiap kelasiaitu dua waktu. Mengikut apa yang telah

    saya pelajari secara teorinya, aktiviti dan

    masa yang diperuntukkan ini adalah

    mencukupi dan boleh dilaksanakan. Begitu

    juga setelah melihat sesi pengajaran yang

    telah dilakukan oleh guru pembimbing. Bagi

    kelas pertama dan kedua saya tidak

    mengalami masalah masa yang ketara

    walaupun terdapat sedikit cacat cela.

    Namun apabila saya mengajar kelas yangketiga iaitu kelas yang agak kurang pandai,

    saya mengalami masalah masa yang

    sangat ketara dimana tiap-tiap aktiviti yang

    dijalankan mengambil masa yang agak

    panjang dan seterusnya menyebabkan

    beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan.

    Berlainan pula dengan kelas keempat

    dimana banyak masa yang berlebihan

    menyebabkan saya buntu dan terpaksa

    menambah aktiviti. Namun bagi menambahaktiviti bukanlah masalah yang besar cuma

    akan melibatkan perancangan saya.

    Saya agak kecewa pada mulanya

    kerana tidak dapat mengikut

    perancangan yang telah ditetapkanwalaupun tidaklah terlalu banyak aktiviti

    yang ingin saya jalankan. Saya juga

    telah berbincang serba sedikit bersama

    rakan saya. Setelah sesi pengajaran,

    saya telah bertemu dengan guru

    pembimbing dan sekali lagi berbincang

    bersama rakan saya.

    Kesedaran Baru

    Saya tidak memberi perhatian dan peka

    terhadap tahap kelas yang saya ajar.

    Ini telah menyebabkan saya gagal

    untuk mencapai objektif disamping

    gagal melaksanakan aktiviti-aktiviti

    yang sepatutnya saya jalankan. Saya

    seharusnya lebih awal bertanya kepada

    guru pembimbing sebelum merancang

    pengajaran saya.

    Saya akan memastikan sesi

    pengajaran dan objektif yang ingin

    saya capai bersesuaian dengan tahappemikiran pelajar. Saya akan cuba

    untuk lebih mengenali pelajar dan

    melakukan sedikit kajian terhadap

    pencapaian pelajar-pelajar tersebut

    pada pengajaran-pengajaran sebelum

    ini. Saya juga akan turut lebih bertanya

    kepada guru pembimbing dan juga

    cuba untuk menjalankan aktiviti yang

    sesuai bagi tahap mereka.