modul kaunseling berfokus (4)

397
i PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada kumpulan Pembina Modul Kaunseling Berfokus kerana berinisiatif dan proaktif menyediakan alternatif program dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Justeru, jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, seperti mana Modul Kaunseling Berfokus yang diilhamkan oleh kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan dengan memanfaatkan Modul Kaunseling Berfokus ini.. Kementerian Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan. Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan berharap Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat memainkan peranan yang penting dan melaksanakan modul yang dihasilkan seterusnya dapat membantu menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Upload: cikgu-diana-ibno

Post on 11-Sep-2015

411 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

MODUL KAUNSELING

TRANSCRIPT

PROGRAM CEMERLANG MILIKKU

KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

KATA ALU-ALUAN

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada kumpulan Pembina Modul Kaunseling Berfokus kerana berinisiatif dan proaktif menyediakan alternatif program dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu sertamenyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan.

Justeru, jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, seperti mana Modul Kaunseling Berfokus yang diilhamkan oleh kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan dengan memanfaatkan Modul Kaunseling Berfokus ini.. Kementerian Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan.

Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan berharap Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat memainkan peranan yang penting dan melaksanakan modul yang dihasilkan seterusnya dapat membantu menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian atas penerbitan Modul Kaunseling Berfokus ini. Saya percaya penerbitan modul ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam membantu menangani permasalahan disiplin pelajar masa kini.

Pendidikan yang berkualiti menjamin masa depan yang lebih cerah. Dalam mengharungi cabaran abad ke-21 yang semakin hari semakin mencabar, para Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah perlu dilengkapi dengan kemahiran kaunseling yang lebih berfokus. Justeru, peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sekian lama telah diperjuangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilihat dengan lebih jelas dengan pelaksanaan Program Kaunseling Berfokus di sekolah kelak. Sumbangan Modul Kaunseling Berfokus ini dapat merealisasikan hasrat KPM untuk melihat permasalahan dan disiplin murid dapat ditangani oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling bahkan menjadi wahana kepada kecemerlangan murid..

Sehubungan itu, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang terus mengambil langkah aktif dan proaktif menghasilkan Modul Kaunseling Berfokus ini demi manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat bersama-sama dengan Kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, dalam sebuah buku yang sangat memberi makna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Modul Kaunseling Berfokus.

Sesungguhnya, Modul Kaunseling Berfokus yang dihasilkan kumpulan Guru Bimbingan Kaunseling yang merangkumi bidang akademik, disiplin dan pendidikan pencegahan dadah dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menangani isu-isu displin murid yang agak genting ketika ini. Justeru, saya sangat percaya, menyediakan masyarakat 20 tahun akan datang yang berteraskan 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, adalah bermulanya dari pelaksanaan Modul Kaunseling Berfokus yang dibina oleh kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sangat dedikasi.

Saya ingin menegaskan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah sebagai warga pendidik telah terbukti memainkan peranan utama dalam membina negara bangsa.Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu berfikiran global dan bertindak secara terarah dengan menjadikan modul yang dihasilkan sebagai wadah untuk membentuk warganegara dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia. Justeru, negara akan hilang daya saing dan ketinggalan dari kemajuan global sekiranya para Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Akhir kata, ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan menghasilkan Modul Kaunseling Berfokus ini.

ISI KANDUNGANiKATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

iiKATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

iiiKATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

ivISI KANDUNGAN

11.0 PENDAHULUAN

32.0 PROGRAM AKADEMIK CEMERLANG

42.1 PANDUAN PELAKSANAAN

42.1.1 PENDAHULUAN

42.1.2 MATLAMAT

42.1.3 OBJEKTIF

42.1.4 SASARAN

52.1.5 PELAKSANAAN

52.1.6 PENILAIAN

52.1.7 PENUTUP

62.2 PROSES KERJA

82.3 CARTA ALIRAN KERJA

92.4 PROGRAM CEMERLANG MILIKKU

92.4.1 AKTIVITI 1

132.4.2 AKTIVITI 2

152.4.3 AKTIVITI 3

162.4.4 AKTIVITI 4

172.4.5 AKTIVITI 5

192.4.6 AKTIVITI 6

222.4.7 AKTIVITI 7

242.4.8 AKTIVITI 8

292.4.9 AKTIVITI 9

332.4.10 AKTIVITI 10

403.0 PROGRAM AKADEMIK GALUS

413.1 PANDUAN PELAKSANAAN

413.1.1 PENDAHULUAN

413.1.2 MATLAMAT

413.1.3 OBJEKTIF

423.1.4 SASARAN

423.1.5 PELAKSANAAN

433.1.6PENILAIAN

433.1.7 PENUTUP

443.2 PROSES KERJA

453.3 CARTA ALIRAN KERJA

463.4 PROGRAM YAKIN BOLEH

463.4.1 AKTIVITI 1

513.4.2 AKTIVITI 2

533.4.3 AKTIVITI 3

563.4.4 AKTIVITI 4

573.4.5 AKTIVITI 5

593.4.6 AKTIVITI 6

613.4.7 AKTIVITI 7

623.4.8 AKTIVITI 8

643.4.9 AKTIVITI 9

663.4.10 AKTIVITI 10

683.4.11 AKTIVITI 11

693.4.12 AKTIVITI 12

764.0 PROGRAM DISIPLIN PONTENG

774.1 PANDUAN PELAKSANAAN

774.1.1 PENDAHULUAN

774.1.2 MATLAMAT

774.1.3 OBJEKTIF

784.1.4RASIONAL

784.1.5SASARAN

784.1.6 PELAKSANAAN

794.1.7 PENILAIAN

794.1.7.1GRAF KEHADIRAN

804.1.7.2GRAF PRESTASI DIRI

814.1.8 PENUTUP

824.2 PROSES KERJA

834.3 CARTA ALIRAN KERJA

844.4 PROGRAM PONTENG SIFAR

844.4.1 AKTIVITI 1

864.4.2 AKTIVITI 2

904.4.3 AKTIVITI 3

924.4.4 AKTIVITI 4

934.4.5 AKTIVITI 5

944.4.6 AKTIVITI 6

954.4.7 AKTIVITI 7

974.4.7 AKTIVITI 8

984.4.9 AKTIVITI 9

994.4.10AKTIVITI 10

1015.0 PROGRAM DISIPLIN TINGKAH LAKU DEVIAN

1025.1 PANDUAN PELAKSANAAN

1025.1.1 PENDAHULUAN

1025.1.2 MATLAMAT

1035.1.3 OBJEKTIF

1035.1.4 SASARAN

1035.1.5 PELAKSANAAN

1045.1.6 PENILAIAN

1045.1.7 PENUTUP

1055.2 PROSES KERJA

1065.3 CARTA ALIRAN

1075.4 PROGRAM PERMATA KASIH

1075.4.1 AKTIVITI 1

1095.4.2 AKTIVITI 2

1115.4.3 AKTIVITI 3

1135.4.4 AKTIVITI 4

1155.4.5 AKTIVITI 5

1175.4.6 AKTIVITI 6

1195.4.7 AKTIVITI 7

1215.4.8 AKTIVITI 8

1235.4.9 AKTIVITI 9

1255.4.10 AKTIVITI 10

1316.0 PROGRAM DISIPLIN SEKSUAL

1326.1 PANDUAN PELAKSANAAN

1326.1.1 PENDAHULUAN

1326.1.2 MATLAMAT

1326.1.3 OBJEKTIF

1336.1.4 SASARAN

1336.1.5 PELAKSANAAN

1346.1.6 PENILAIAN

1366.1.7PENUTUP

1376.2 PROSES KERJA

1386.3 CARTA ALIRAN KERJA

1396.4 PROGRAM JALINAN KASIH

1396.4.1 AKTIVITI 1

1426.4.2 AKTIVITI 2

1436.4.3 AKTIVITI 3

1456.4.4 AKTIVITI 4

1466.4.5 AKTIVITI 5

1496.4.6 AKTIVITI 6

1516.4.7 AKTIVITI 7

1546.4.8 AKTIVITI 8

1556.4.9 AKTIVITI 9

1586.4.10 AKTIVITI 10

1616.4.11 AKTIVITI 11

1626.4.12 AKTIVITI 12

1646.4.13 AKTIVITI 13

1666.4.14 AKTIVITI 14

1676.4.15 AKTIVITI 15

1697.0 PROGRAM DISIPLIN GADUH

1707.1 PANDUAN PELAKSANAAN

1707.1.1 PENDAHULUAN

1707.1.2 MATLAMAT

1707.1.3 OBJEKTIF

1707.1.4 SASARAN

1707.1.5 PELAKSANAAN

1717.1.6 PENILAIAN

1727.1.7 PENUTUP

1737.2 PROSES KERJA

1747.3 CARTA ALIRAN KERJA

1757.4 PROGRAM TEMAN SEJATI

1757.4.1 AKTIVITI 1

1777.4.2 AKTIVITI 2

1817.4.3 AKTIVITI 3

1827.4.4 AKTIVITI 4

1847.4.5 AKTIVITI 5

1857.4.6 AKTIVITI 6

1867.4.7 AKTIVITI 7

1867.4.7.1 AKTIVITI 7.1

1897.4.7.2 AKTIVITI 7.2

1947.4.7.3 AKTIVITI 7.3

2017.4.7.4 AKTIVITI 7.4

2027.4.7.5 AKTIVITI 7.5

2037.4.8 AKTIVITI 8

2047.4.9 AKTIVITI 9

2057.4.10 AKTIVITI 10

2077.4.11 AKTIVITI 11

2128.0 PROGRAM DISIPLIN BULI

2138.1 PANDUAN PELAKSANAAN

2138.1.1 Pendahuluan

2138.1.2 Matlamat

2148.1.3 Objektif

2148.1.4 Sasaran

2148.1.5 Pelaksanaan

2148.1.6 Penilaian

2158.1.7 Penutup

2168.2 PROSES KERJA

2178.3 CARTA ALIRAN

2188.4 PROGRAM SIFAR BULI

2188.4.1 AKTIVITI 1

2208.4.2 AKTIVITI 2

2238.4.3 AKTIVITI 3

2278.4.4 AKTIVITI 4

2298.4.4.1 AKTIVITI 4.1

2328.4.5 AKTIVITI 5

2348.4.5.1 AKTIVITI 5.1

2368.4.5.2 AKTIVITI 5.2

2398.4.6 AKTIVITI 6

2418.4.6.1 AKTIVITI 6.1

2428.4.6.2 AKTIVITI 6.2

2438.4.6.3 AKTIVITI 6.3

2448.4.6.4 AKTIVITI 6.4

2458.4.7 AKTIVITI 7

2478.4.8 AKTIVITI 8

2498.4.9 AKTIVITI 9

2508.4.10 AKTIVITI 10

2528.4.11 AKTIVITI 11

2549.0 PROGRAM DISIPLIN VANDALISME

2559.1 PANDUAN PELAKSANAAN

2559.1.1 PENDAHULUAN

2559.1.2 MATLAMAT

2569.1.3 OBJEKTIF

2569.1.4 SASARAN

2569.1.5 PELAKSANAAN

2579.1.6 PENILAIAN

2579.1.7 Penutup

2589.2 PROSES KERJA

2609.3 CARTA ALIRAN

2619.4 POGRAM KATAKAN TIDAK PADA VANDALISME

2619.4.1 AKTIVITI 1

2649.4.2 AKTIVITI 2

2679.4.3 AKTIVITI 3

2699.4.4 AKTIVITI 4

2719.4.5 AKTIVITI 5

2749.4.6 AKTIVITI 6

2799.4.7 AKTIVITI 7

2819.4.8 AKTIVITI 8

2839.4.9 AKTIVITI 9

2859.4.10 AKTIVITI 10

2879.4.11 AKTIVITI 11

2899.4.12 AKTIVITI 12

2919.4.13 AKTIVITI 13

2939.4.14 AKTIVITI 14

30310.0 PROGRAM PPDa ROKOK

30410.1 PANDUAN PELAKSANAAN

30410.1.1 PENDAHULUAN

30410.1.2 MATLAMAT

30510.1.3 OBJEKTIF

30510.1.4 SASARAN

30510.1.5PELAKSANAAN

30610.1.6PENILAIAN

30910.1.7 PENUTUP

31010.2 PROSES KERJA

31110.3 CARTA ALIR

31210.4 PROGRAM NAFAS SEGAR

31210.4.1 AKTIVITI 1

31510.4.2 AKTIVITI 2

31910.4.3 AKTIVITI 3

32010.4.4 AKTIVITI 4

32510.4.5 AKTIVITI 5

32710.4.6 AKTIVITI 6

33510.4.7 AKTIVITI 7

34010.4.8 AKTIVITI 8

34110.4.9 AKTIVITI 9

34310.4.10 AKTIVITI 10

34711.0 PROGRAM PPDa PENAGIHAN DADAH

34811.1 PANDUAN PERLAKSANAAN

34811.1.1 Pendahuluan

34811.1.2 Matlamat

34911.1.3 Objektif

34911.1.4 Sasaran

34911.1.5 Pelaksanaan

35011.1.6 Penilaian

35011.1.7 Penutup

35111.2 PROSES KERJA

35211.3 CARTA ALIRAN

35311.4 PROGRAM SINAR HARAPAN

35311.4.1 AKTIVITI 1

35811.4.2 AKTIVITI 2

36011.4.3 AKTIVITI 3

36211.4.4 AKTIVITI 4

36511.4.5 AKTIVITI 5

36811.4.6 AKTIVITI 6

37011.4.7 AKTIVITI 7

37211.4.8 AKTIVITI 8

37411.4.9 AKTIVITI 9

37611.4.10 AKTIVITI 10

37911.4.11 AKTIVITI 11

38011.4.12 AKTIVITI 12

38311.4.13 AKTIVITI 13

38411.4.14 AKTIVITI 14

38712.0 LAMPIRAN

38812.1 JAWATANKUASA INDUK

39112.2 SEKALUNG PENGHARGAAN

39412.3 SENARAI NAMA GBKSM HULU LANGAT

1.0 PENDAHULUAN

Kajian buli dan ponteng yang menjurus kepada kemenjadian pelajar telah dibuat di pusat pengajian tinggi membuktikan bahawa masalah disiplin di sekolah semakin membimbangkan. Salah laku ini juga menyumbang kepada salah laku negatif yang lain seperti bergaduh, merokok dan kesalahan lain di luar atau di dalam sekolah. Amalan buruk yang dilakukan oleh pelajar ini patut dibendung dengan segera. Wujudnya jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang lebih dari seorang di sekolah diharap dapat membantu menangani masalah disiplin ini secara lebih profesional.

Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu modul khusus agar Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menjadikannya sebagai satu panduan dalam melaksanakan Program Kaunseling Berfokus dengan lebih berkesan di sekolah.

Rasional pembinaan Modul Program Kaunseling Berfokus di yakini mampu membantu memantapkan tugasan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam melaksanakan Program Kaunseling Berfokus di sekolah-sekolah dengan lebih terancang.

Fokus pelan tindakan program ini mengikut kategori yang disenaraikan melalui pemerhatian, laporan disiplin, Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM), buku catatan, soal selidik, maklumat rakan sebaya dan lain-lain. Semua kumpulan murid yang telah dikenal pasti ini ini hendaklah disenaraikan mengikut tiga Bidang utama iaitu, Bidang Akademik; Bidang Disiplin; dan Bidang PPDa.

Fokus penghasilan modul hendaklah melibatkan ke tiga-tiga bidang. Bidang Akademik wajib iaitu merangkumi kumpulan Cemerlang dan Halus . Kemudian pilih tiga kumpulan sasaran dari dua bidang yang berikutnya mengikut keperluan sekolah. Jumlah murid yang terpilih dalam setiap kumpulan minimum 10 orang dan maksimum 20 orang murid untuk setiap satu kumpulan sasaran.

Contoh :

Bidang Akademik (WAJIB)

Kumpulan Cemerlang

:10-20 orang murid

Kumpulan Halus

: 10-20 orang murid

Bidang Disiplin (PILIHAN)

Kumpulan Ponteng

: 10-20 orang murid

Kumpulan Divien

: 10-20 orang murid

Kumpulan Gejala Sosial : 10 20 orang murid

Kumpulan Bergaduh : 10 20 orang murid

Kumpulan Vandalism : 10 20 orang murid

Kumpulan Buli

: 10-20 orang murid

Bidang PPDa (PILIHAN)

Kumpulan Merokok

: 10-20 orang murid

Kumpulan Dadah

: 10-20 orang murid

2.0 PROGRAM AKADEMIK CEMERLANG

PROGRAM CEMERLANG MILIKKU

BIDANG AKADEMIK - CEMERLANG

AKTIVITIBIL

TAJUK

1

Jalinan Mesra - Suai kenal

2

Penerokaan Kerjaya - Pencarian Maklumat dan Perkongsian Ilmu

3

Pengurusan Diri Dan Masa

4

Kemahiran Membuat Nota

5

Teknik Membuat Peta Minda

6

Kemahiran Mengingat

7

Kemahiran Membuat Ulangkaji

8

Belajar Berkumpulan

9

Pengurusan Stress

10

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

2.1 PANDUAN PELAKSANAAN

2.1.1 PENDAHULUANProgram Cemerlang Milikku adalah satu program untuk murid cemerlang dalam bidang akademik. Murid cemerlang inilah yang akan meningkatkan kualiti dan prestasi sekolah. Oleh itu, mereka perlu dibimbing untuk membina dan memupuk tahap motivasi yang sedia ada dalam diri mereka bagi memperkasakan sekolah ke arah kecemerlangan akademik. Maka, program ini dibina khas dengan kandungan aktiviti-aktiviti yang membantu murid-murid ini untuk terus maju, cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik.

2.1.2 MATLAMATMelahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik.

2.1.3 OBJEKTIFDi akhir program ini, murid dapat:

2.1.3.1 Menguasai teknik belajar yang betul dan berkesan.2.1.3.2 Mempunyai hala tuju masa depan.2.1.3.3 Cemerlang dalam semua mata pelajaran.

2.1.4 SASARANMurid-murid cemerlang akademik. 10 orang murid dari Tingkatan 3 dan 10 orang murid dari Tingkatan 5.

2.1.5 PELAKSANAAN2.1.5.1. Jalinan Mesra - Suai kenal

2.1.5.2. Penerokaan Kerjaya - Pencarian maklumat

2.1.5.3. Penerokaan Kerjaya - Pengkongsian ilmu

2.1.5.4. Lawatan Kerjaya

2.1.5.5. Pengurusan Diri dan Masa - Geraf diri

2.1.5.6. Pengurusan masa

2.1.5.7. Teknik membuat peta minda

2.1.5.8. Kemahiran mengingat

2.1.5.9. Pengurusan stress2.1.5.10. Persediaan menghadapi peperiksaan

2.1.6 PENILAIAN2.1.6.1 Ujian Pra

2.1.6.2 Ujian Pos

2.1.7 PENUTUPMelalui program ini, diharapkan agar murid-murid cemerlang akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan mereka tempuhi.2.2 PROSES KERJA

PROGRAM CEMERLANG MILIKKU

BilProses KerjaTempohPersonaliaCatatan

1Mengesan dan mengenalpasti murid berdasarkan senarai keputusan peperiksaan akhir tahun.DisemberPenyelaras tingkatan/setiausaha peperiksaaan.

GBKSM

2Mengadakan aktiviti pertemuan dengan murid yang terlibat

Merasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Kumpulan akademik cemerlang Program Kaunseling Berfokus.

Mengedarkan borang maklumat peribadi murid untuk simpanan kaunselor.

Memberi taklimat kepada murid-murid yang terpilih tentang tujuan dan matlamat program.

Menentukan tarikh- tarikh perjumpaan dengan murid.Januari

GBKSM

3Menjalani ujian pra sebelum aktiviti 1- Jalinan Mesra (Suai Kenal).JanuariGBKSM

4Murid mengikuti proses program Cemerlang Milikku mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Februari SeptemberGuru ICT

Guru TingkatanAktiviti 4 - Lawatan Kerjaya dijalankan diluar tempoh perjumpaan

5Menjalani ujian post selepas aktiviti.Akhir bulan SeptemberGBKSM

6Membuat analisis ujian pra/post.Oktober

(minggu pertama)GBKSM

7Perjumpaan dan perbincangan dengan murid selepas keputusan peperiksaan percubaan.Oktober

(minggu kedua)GBKSM

8Membentangkan laporan kepada pengetua.Oktober

(Minggu ketiga)Pengetua

GBKSM

9Menyediakan pelaporan keberkesanan program.Oktober

(Minggu Keempat)GBKSM

10Hantar laporan kepada PPD SPPKNovemberGBKSM

11Hantar Laporan kepada Unit HEM JPNSNovemberGBKSM

12Perjumpaan dengan murid pada hari keputusan peperiksaan sebenar diumumkan.Mengikut Kumpulan peperiksaan

(PMR/SPM)GBKSM

2.3 CARTA ALIRAN KERJA

PROGRAM CEMERLANG MILIKKU

2.4 PROGRAM CEMERLANG MILIKKU2.4.1 AKTIVITI 1BIDANG:Akademik

TAJUK

: Jalinan Mesra (Suaikenal) OBJEKTIF:Pada akhir aktiviti murid dapat:-1. mewujud kemesraan antara ahli.

2. menentukan matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

3. bekerjasama dalam mencapai matlamat kecemerlangan akademik

MASA

: 40 minit

SASARAN: Murid-murid cemerlang

BAHAN-BAHAN:Ujian Pra, Borang maklumat peribadi

LANGKAH:

1. GBKSM menerangkan tentang matlamat perjumpaan kumpulan ini

2. Guru mengedarkan Ujian Pra (Lampiran 1) dan Borang Maklumat Diri (Lampiran 2) kepada murid.

3. Murid-murid diminta mengisi Ujian Pra dan Borang Maklumat Diri dan menyerahkan kepada GBKSM4. Murid diminta duduk dalam satu bulatan dan memperkenalkan diri serta berkongsi pengalaman /cara belajar yang mereka amalkan selama ini.

5. GBKSM memberi pandangan bagaimana menetapkan matlamat dan hala tuju jangka pendek dan jangka panjang.

PENILAIAN:Selepas aktiviti ini diharapkan murid:-

1. Mengenali rakan sekumpulan.

2. Menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

3. Bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain

RUMUSAN : 1. Murid dapat mewujudkan silaturrahim melalui pengenalan diri dan perkongsian pengalaman.

FALSAFAH: `Kemesraan Membawa Kesejahteraan.

LAMPIRAN 1

MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS

UJIAN PRA

Nama:.................................................................................

Tingkatan :.................................................................................

BIL.ITEMYATIDAK

1Saya amat mesra dan mudah didekati.

2Gelagat rakan dalam kumpulan tidak membantu saya dalam pembelajaran

3Saya jelas dengan hala tuju kerjaya saya pada masa depan

4Saya tahu tentang kepentingan mata pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang saya pilih

5Saya dapat melihat prospek kerjaya dengan jelas

6Saya suka berkongsi maklumat kerjaya dengan rakan.

7Saya mendapat banyak maklumat dari lawatan saya ke institusi pengajian tinggi

8Brosur yang diperolehi dari lawatan memberi banyak maklumat kerjaya kepada saya

9Saya sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri saya

10Saya memerlukan bimbingan guru untuk meningkatkan pencapaian akademik diri saya.

11Saya perlukan bimbingan guru untuk mengurus masa pembelajaran saya.

12Saya dapat mengurus masa saya dengan baik dan berkesan.

13Saya selalu membuat nota dengan menggunakan peta minda

14Penggunaan peta minda banyak membantu meningkatkan prestasi akademik saya

15Saya menghadapi kesukaran untuk mengingat apa yang saya baca

16Saya kerap kali lupa apa yang saya baca masa menghadapi peperiksaan.

17Saya tertekan dengan harapan ibu bapa terhadap akademik saya

18Saya perlu mengurus tekanan yang saya alami

19Saya selalu merancang dan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

20Saya pasti saya akan berjaya dengan cemerlang

LAMPIRAN 2

BORANG MAKLUMAT PERIBADI MURID

KATEGORI

NAMA GURU KELAS

TINGKATAN

PERIBADI

1.1. Nama

: ____________________________________________________________

1.2. Umur

: __________________

Jantina

: _________________1.3. No. Kad Pengenalan: __________________

Tarikh Lahir: _________________1.4. Alamat Rumah

: ___________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________1.5. No Telefon

: (R) ___________________ (Bimbit)

__________________BUTIRAN BAPA

Nama

: __________________________________

Umur: ________________Pekerjaan

: _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________Alamat Pejabat

: _________________________________________________________________ _________________________________________________________________No. Telefon

: (P) _____________________ (Bimbit) ____________________BUTIRAN IBU

Nama

: __________________________________

Umur: ________________

Pekerjaan

: _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________

Alamat Pejabat

: _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

No. Telefon

: (P) _____________________ (Bimbit) ____________________

BUTIRAN RAKAN / WARIS

Nama

: __________________________________

Umur: ________________

Alamat Rumah

: _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

No. Telefon

: (R) _____________________ (Bimbit) ____________________

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,Tandatangan: _______________________

Tandatangan: ________________________Nama

: _______________________

Nama

: _______________________

(GBKSM / BIMBINGAN (PENGETUA / GURU BESAR)

Tarikh

: _______________________

Tarikh

: _______________________2.4.2 AKTIVITI 2BIDANG: AkademikTAJUK

: Penerokaan Kerjaya (Pencarian Maklumat)OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat:-1. Menetapkan hala tuju kerjaya masa hadapan.

2. Mengumpul semua input berkaitan dengan kerjaya yang diminati.

3. Memberi penekanan yang khusus dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan kerjaya mereka di masa hadapan.

MASA

: 40 minit

SASARAN: Murid cemerlang

BAHAN

: Komputer di makmal ICT sekolah

LANGKAH:

1. Setiap murid diminta menyatakan cita-cita mereka.

2. GBKSM memberi edaran (Lampiran 3) kepada murid dan memberi penerangan tentang tugasan.

3. Murid diminta menyelesaikan tugasan berdasarkan edaran yang diberi.

4. Murid diminta berkongsi tugasan dengan murid lain yang memilih kerjaya yang sama.

5. Murid perlu mencetak hasil yang dicari untuk pembentangan pada aktiviti yang akan datang.

PENILAIAN: 1. murid mengetahui maklumat kerjaya yang mereka minati dengan lebih mendalam.

RUMUSAN: Murid jelas tentang bidang kerjaya yang dipilih dengan aplikasi ICT.

FALSAFAH: Penerokaan ilmu di hujung jari.

LAMPIRAN 3

Nama

: _______________________________

Tingkatan: _______________________________

Tarikh

: _______________________________

Kerjaya yang dipilih:

1. Pengenalan kerjaya yang dipilih.

2. Bidang tugas kerjaya yang dipilih.

3. Ciri-ciri personalitI kerjaya yang dipilih.

4. Syarat dan kelayakan kerjaya yang dipilih.

5. Institusi yang menawarkan bidang yang dipilih.

6. Prospek kerjaya yang dipilih.

Tandatangan : ______________________________

Disemak oleh : ______________________________

2.4.3 AKTIVITI 3BIDANG: AkademikTAJUK

: Penerokaan Kerjaya (Perkongsian Ilmu)OBJEKTIF: Pada akhir aktivit murid dapat:

1. Menyatakan maklumat tentang kerjaya.

2. Berkongsi maklumat tentang kerjaya.

MASA

: 40 minit

SASARAN: Murid cemerlang

BAHAN

: Papan putih dan pen marker

LANGKAH:

1. Murid diminta duduk dalam kumpulan kerjaya masing-masing.

2. Wakil kumpulan diminta membentangkan laporan dan seorang murid lagi diminta untuk mencatat maklumat di papan putih.

3. GBKSM memberi penjelasan tambahan tentang tajaan-tajaan (JPA, MARA, PETRONAS dan sebagainya) dan peluang belajar di dalam dan di luar negara.

4. Murid diminta untuk menyerahkan tugasan yang lengkap kepada GBKSM.

PENILAIAN

: 1. Berkongsi maklumat kerjaya yang dipilih.

2. Mengetahui penaja dan peluang belajar di dalam dan di luar negara.

RUMUSAN

: Murid jelas tentang hala tuju kerjaya masing-masing.

FALSAFAH

: Penerokaan kerjaya penting untuk masa depan.

2.4.4 AKTIVITI 4BIDANG: AkademikTAJUK

: Penerokaan Kerjaya (Lawatan Kerjaya)OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat:1. maklumat kerjaya dari institusi yang dilawati

2. Mengumpul brosur-brosur maklumat kerjaya sebagai rujukan.3. menghasilkan buku skrap kerjaya.MASA

:360 minit

SASARAN: Murid cemerlang

BAHAN

: Buku nota

LANGKAH:

1. Guru memberi penerangan tentang tugasan yang dibuat oleh murid

2. Murid diminta mengumpul brosur

3. Murid diminta menampal brosur tersebut di sudut kerjaya Unit Bimbingan Dan Kaunseling

4. GBKSM membawa murid cemerlang bersama murid-murid lain melawat institusi yang dipilih.

PENILAIAN: 1. murid dapat mengumpul maklumat kerjaya dari institusi yang dilawati.

RUMUSAN: Murid mengetahui sumber mendapat maklumat tambahan

FALSAFAH: `Jauh perjalanan , luas pengetahuan.

2.4.5 AKTIVITI 5BIDANG : AkademikTAJUK

: Pengurusan Diri Dan Masa Graf DiriOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat:1. melihat kekuatan dan kelemahan diri

2. merancang strategi untuk mengatasi kelemahan diri

MASA

: 40 minit

SASARAN: Murid cemerlang

BAHAN

: Kertas graf

LANGKAH:

1. Guru mengedarkan kertas geraf (Lampiran 4) kepada setiap murid.

2. Murid diminta mengisi geraf menggunakan keputusan. Peperiksaan Akhir Tahun sebagai TOV dan Ujian Bulanan sebagai OTR.

3. Murid diminta membuat perbandingan.

4. GBKSM meminta murid menerangkan tentang aliran geraf yang diperolehi dan menjelaskan tentang sebab turun/naik geraf berkenaan.

5. Di akhir aktiviti murid diminta menyerahkan geraf diri kepada GBKSM.

PENILAIAN: 1. Murid dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam P&P.

RUMUSAN: 1. Murid dapat melihat keseluruhan prestasi akademik melalui geraf yang dicipta.

FALSAFAH: `Belajar dari kegagalan

LAMPIRAN 4

Graf Diri

BMBIMTSCGEOSEJFIZIKBIOKIMIAADD MT

80746478655677605272

2.4.6 AKTIVITI 6BIDANG : AkademikTAJUK : Pengurusan MasaOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat:1. Merancang dan menggunakan masa dengan teratur dan bermanfaat.

2. Merangka jadual belajar sendiri dan cuba menyesuaikannya dengan aktiviti harian mereka.

3. menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan mendisiplin diri mereka.

MASA

: 40 minit

SASARAN: Murid Cemerlang

BAHAN : helaian jadual belajar dan kertas A4

LANGKAH:

1. Edaran helaian jadual (Lampiran 5) dan kertas A4 kepada setiap pelajar.

2. Murid diminta mencatat aktiviti-aktiviti berikut pada helaian kertas A4:

a. Aktiviti yang ingin dibuat selepas waktu sekolah.

b. Aktiviti belajar untuk malam hari.

c. Aktiviti belajar pada hujung minggu.

d. Aktiviti utama pelajaran dan bukan akademik lain yang terlibat.

3. Setelah itu, murid diminta memindahkan maklumat aktiviti-aktiviti yang telah dicatat ke atas helaian jadual belajar masing-masing.

PENILAIAN: 1. Pelajar dapat menyediakan jadual belajar dengan baik.

RUMUSAN: 1. Menyedarkan pelajar tentang perkara yang paling mustahak dalam mencapai segala matlamat yang telah dirancang ialah kebolehan mereka untuk merancang atau menggunakan masa dengan baik.

FALSAFAH: Setiap detik masa tidak boleh dibeli dengan timbangan emas. (Falsafah Cina)

LAMPIRAN 5

CONTOH

JADUAL BELAJAR MINGGUAN

HARIMASAISNINSELASARABUKHAMISJUMAATSABTUAHAD

0600 1300PEMBELAJARAN SEPERTI BIASAMaths.KHSains

1300 1400MAKAN TENGAH HARI

1430 1700SejarahSainsSainsGeogSejarahBIKH

1700 1900RIADAH/ BERSUKAN/ MAKAN MALAM

1900 - 2200MathsTuitionGeogMathsTuisyenSejarahBMTuitionBMBI

AGIHAN MASA BAGI SETIAP MATA PELAJARAN

JamJamJamJam

BM2Maths3Geog2KH2

BI2Sains3Sejarah3

2.4.7 AKTIVITI 7BIDANG: Akademik.TAJUK

: Teknik Membuat Peta MindaOBJEKTIF:Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. mengetahui cara yang betul membuat peta minda mengikut kesesuaian tajuk dan mata pelajaran.

2. menyediakan contoh peta minda berdasarkan tajuk yang diberikan.

3. memudahkan kemahiran membuat nota dan membantu proses mengulangkaji mata pelajaran.

MASA

:40 minit

SASARAN:Murid cemerlang

BAHAN

:Contoh peta minda, kertas A4, pen berbagai warna.

LANGKAH:

1. GBKSM menerangkan tentang kepentingan menyediakan peta minda.

2. Setiap murid diberi contoh peta minda (Lampiran 6) dan GBKSM menerangkan kaedah menyediakannya.

3. Setiap murid diminta menyediakan satu contoh peta minda berdasarkan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.

4. Setiap murid diminta menerangkan peta minda yang telah disediakan.

PENILAIAN:

1. Peta minda yang disediakan oleh setiap murid.

RUMUSAN:1. Pendedahan kepada setiap pelajar kepentingan mengulangkaji matapelajaran dengan menggunakan peta minda.

FALSAFAH:Kreativiti Cabang Kejayaan

LAMPIRAN 6

2.4.8 AKTIVITI 8BIDANG:Akademik.TAJUK

:Kemahiran Mengingat.OBJEKTIF:Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. mengetahui bagaimana cara mengingat sesuatu tajuk di dalam mata pelajaran.

2. memahami bagaimana menggunakan beberapa kaedah mengingat yang sesuai di dalam proses mengulangkaji.

3. menggunakan kaedah mengingat semasa proses pembelajaran.

MASA

:40 minit

SASARAN:Pelajar cemerlang

BAHAN

:Modul kaedah mengingat kaedah neumonik, hafalan, cangking dan hubungkait, kertas latihan.

LANGKAH:

1. GBKSM menerangkan tentang kepentingan kemahiran mengingat di dalam proses pembelajaran.2. Setiap murid diberi beberapa contoh kaedah mengingat dan menghafal. 3. GBKSM menerangkan kaedah neumonik, hafalan, cangking dan hubungkait.

4. Setiap murid diminta melengkapkan helaian latihan kaedah mengingat berdasarkan kaedah yang telah dipelajari.

5. GBKSM bersama murid-murid menyemak helaian latihan dan membetulkan kesilapan jika ada.

PENILAIAN: Helaian latihan murid-murid.

RUMUSAN:

1. Pendedahan kepada setiap pelajar kepentingan kaedah mengingat di dalam proses pembelajaran.

FALSAFAH:Hendak Seribu Daya, Mahu Seribu Cara

LAMPIRAN 7

KEMAHIRAN MENGINGAT

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:

1. HAFAL isi yang dibaca

Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.

Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?

2. Isi DISUSUN dengan betul

Sebutkan isi yang kamu hafal

Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

3. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT

Pastikan turutan isi betul

Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.

Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.

4. UJI kemampuan daya ingatan

Di sini kamu perlu memainkan dua watak

i. Penyoal

ii. Penjawab

Cuba soal apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab

Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.

5. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin

Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan

Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan

6. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.

Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:

i. Sebelum tidur

ii. Selepas tidur

Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.

7. Menggunakan Kaedah AKROSTIK

Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat.

Contoh: Jenis Kata:

Kata

8. Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN

Gantikan fakta kepada bentuk cerita

Contoh: Kelas Makanan

9. Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR

Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.

Contoh:

10. Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA

Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama. Pilih lagu yang paling kamu gemari. Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.

11. Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.

Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.

Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan bank. Kaitkan dengan gambar duit.

12. Menggunakan KAEDAH AKRONIM.

Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.

Contoh: Pengelasan Haiwan

2.4.9 AKTIVITI 9BIDANG: AkademikTAJUK

: Pengurusan StressOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyatakan perasaan yang dialami dengan jelas dan betul.

2. Mengetahui bahaya stress dalam kehidupan.

3. Menyatakan maklumat-maklumat yang diperolehi berkaitan dengan stress.

MASA

: 40 minit

SASARAN: Murid cemerlang

BAHAN

: Belon, kad tugasan

LANGKAH:

1. Setiap murid diberi sebiji belon yang tidak ditiup.

2. Murid diminta untuk meniup belon tersebut sehingga besar dan meletup.

3. Murid diminta untuk menyatakan perasaan masing-masing setelah menjalankan aktiviti tersebut.

4. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan pengurusan masa.

5. GBKSM memberi penerangan tentang stress melalui carta peta minda. (Lampiran 7)

6. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.

7. Murid diberi tajuk untuk berbincang sebagai tugasan.

i. Kumpulan 1 Ciri-ciri murid yang stress.

ii. Kumpulan 2 Punca-punca berlakunya stress.

iii. Kumpulan 3 Kesan-kesan stress.

iv. Kumpulan 4 Teknik-teknik pengurusan stress.

v. Kumpulan 5 Kata-kata motivasi menghilangkan stress.

8. Guru memberikan renungan bersama dengan kata-kata motivasi. (Lampiran 8)

PENILAIAN: Melalui tugasan yang diberi.

RUMUSAN: Murid akan dapat mengurus stress dengan berkesan.

FALSAFAH: Hidup bahagia dan ceria tanpa STRESS

LAMPIRAN 8

LAMPIRAN 9

Definisi terbaik bagi rehat ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.

(Dr Frank Boyal)

Kegembiraan selalunya nampak kecil ketika anda menggenggamnya, tetapi sekiranya anda melepaskannya anda akan belajar betapa besar dan bernilainya ia.

(Maxim Gorky)

Sekira anda ingin hidup tanpa menyahut sebarang cabaran, anda telah memutuskan bahawa anda tidak mahu lagi.

(Shirley Hufstedler)

Kebahagiaan bukannya suatu destinasi tetapi, ia adalah cara mengendalikan sesuatu kehidupan.

(Burton Hilis)

Lebih baik anda lupakan sahaja dan bergembira daripada anda mengingati dan berduka.

(Christina Georgina Rossetti)

2.4.10 AKTIVITI 10BIDANG: AkademikTAJUK

: Persediaan Menghadapi PeperiksaanOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. mengetahui kepentingan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.

2. menyatakan strategi-strategi sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.

3. membina keyakinan diri dengan menandatangani ikrar perjanjian.

4. Membuat penilaian ke atas keseluruhan aktiviti kelompok.

MASA

: 40 minit

SASARAN: Murid cemerlang

BAHAN

: Carta, kad tugasan, lembaran ikrar, ujian pos.

LANGKAH:

1. GBKSM memaparkan sekeping gambar dan peribahasa Bahasa Inggeris menggunakan slaid power point kepada murid. (Lampiran 10)

2. Murid diminta untuk menceritakan apa yang dilihat dan mesej yang tersirat dalam gambar tersebut dan cuba kaitkan dengan peperiksaan.

3. GBKSM membimbing murid untuk menjawab dengan betul.

4. GBKSM memberi penerangan tentang persediaan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.

5. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.

6. GBKSM mengedarkan kad tugasan kepada setiap kumpulan.

7. Murid diminta untuk berbincang dan menuliskan isi-isi penting berdasarkan tajuk yang diberi dalam kad tugasan. (Lampiran 10)

8. Setiap kumpulan diminta untuk menyatakan hasil perbincangan mereka.

9. GBKSM meminta murid menuliskan lagi isi-isi tambahan kepada tajuk-tajuk yang diberi sebagai tugasan.

10. GBKSM mengedarkan satu lembaran ikrar perjanjian menghadapi peperiksaan. (Lampiran 11)

11. Murid diminta untuk membacakannya dengan lantang dan menandatanganinya dengan rasa keyakinan.

12. Murid diminta melengkapkan ujian pos sebelum aktiviti berakhir sebagai satu penilaian ke atas keseluruhan aktiviti kelompok.

PENILAIAN: Melalui hasil perbincangan kumpulan dan hasil ujian pos.

RUMUSAN:

1. Pelajar akan dapat mengetahui strategi tepat menghadapi peperiksaan dengan cemerlang.

FALSAFAH: Bersusah-payah dahulu, bersenang-lenang kemudian

LAMPIRAN 10

LAMPIRAN 11

LAMPIRAN 12

Tandatangan : ______________________

Tarikh: _________________

Nama :_____________________________________________________LAMPIRAN 13

MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS

UJIAN PRA

Nama

:______________________________________Tingkatan :______________________________________.

BILITEMYATIDAK

1Saya amat mesra dan mudah didekati.

2Gelagat rakan dalam kumpulan tidak membantu saya dalam pembelajaran

3Saya jelas dengan hala tuju kerjaya saya pada masa depan

4Saya tahu tentang kepentingan mata pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang saya pilih

5Saya dapat melihat prospek kerjaya dengan jelas

6Saya suka berkongsi maklumat kerjaya dengan rakan.

7Saya mendapat banyak maklumat dari lawatan saya ke institusi pengajian tinggi

8Brosur yang diperolehi dari lawatan memberi banyak maklumat kerjaya kepada saya

9Saya sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri saya

10Saya memerlukan bimbingan guru untuk meningkatkan pencapaian akademik diri saya.

11Saya perlukan bimbingan guru untuk mengurus masa pembelajaran saya.

12Saya dapat mengurus masa saya dengan baik dan berkesan.

13Saya selalu membuat nota dengan menggunakan peta minda

14Penggunaan peta minda banyak membantu meningkatkan prestasi akademik saya

15Saya menghadapi kesukaran untuk mengingat apa yang saya baca

16Saya kerap kali lupa apa yang saya abaca emasa menghadapi peperiksaan.

17Saya tertekan dengan harapan ibu bapa terhadap akademik saya

18Saya perlu mengurus tekanan yang saya alami

19Saya selalu merancang dan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

20Saya pasti saya akan berjaya dengan cemerlang

LAMPIRAN 14

MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS

UJIAN POS

Nama

:______________________________________

Tingkatan :______________________________________.

BILITEMYATIDAK

1Saya amat mesra dan mudah didekati.

2Gelagat rakan dalam kumpulan tidak membantu saya dalam pembelajaran

3Saya jelas dengan hala tuju kerjaya saya pada masa depan

4Saya tahu tentang kepentingan mata pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang saya pilih

5Saya dapat melihat prospek kerjaya dengan jelas

6Saya suka berkongsi maklumat kerjaya dengan rakan.

7Saya mendapat banyak maklumat dari lawatan saya ke institusi pengajian tinggi

8Brosur yang diperolehi dari lawatan memberi banyak maklumat kerjaya kepada saya

9Saya sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri saya

10Saya memerlukan bimbingan guru untuk meningkatkan pencapaian akademik diri saya.

11Saya perlukan bimbingan guru untuk mengurus masa pembelajaran saya.

12Saya dapat mengurus masa saya dengan baik dan berkesan.

13Saya selalu membuat nota dengan menggunakan peta minda

14Penggunaan peta minda banyak membantu meningkatkan prestasi akademik saya

15Saya menghadapi kesukaran untuk mengingat apa yang saya baca

16Saya kerap kali lupa apa yang saya abaca emasa menghadapi peperiksaan.

17Saya tertekan dengan harapan ibu bapa terhadap akademik saya

18Saya perlu mengurus tekanan yang saya alami

19Saya selalu merancang dan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

20Saya pasti saya akan berjaya dengan cemerlang

3.0 PROGRAM AKADEMIK GALUSAKTIVITI

BIL

TAJUK

1

Bermain Jari

2

Ku Petik Bintang

3

Inventori Minat Belajar

4

Dialog Ibu Bapa

5

Graf Kehidupan

6

Anjakan Diri

7

Pengurusan Masa

8

Kemahiran Mendengar

9

Kemahiran Bertanya

10

Kemahiran Mengingat

11Bengkel Latih Tubi

12Perkongsian Rasa

3.1 PANDUAN PELAKSANAAN

3.1.1 PENDAHULUAN

Murid GALUS adalah mereka yang mencapai keputusan akademik gagal tetapi mempunyai harapan untuk lulus. Murid kumpulan GALUS ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami keciciran dalam bidang akademik. Oleh itu, bagi membendung senario ini daripada berterusan, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil dengan segera. Di sinilah terletaknya peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk melaksanakan proses kaunseling yang berfokuskan murid GALUS. Langkah-langkah tersebut meliputi aspek, motivasi diri, kemahiran belajar, bengkel latih tubi mata pelajaran dan pengukuhan atau ganjaran serta perkongsian pengalaman melalui lawatan. Program sebegini rupa memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah pihak Guru Bimbingan dan Kaunseling, pihak pentadbir, guru-guru mata pelajaran yang terlibat dan tidak ketinggalan pihak ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

3.1.2 MATLAMAT

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menyediakan maklumat dan data berkaitan dengan program-program yang telah dijalankan kepada kumpulan sasaran dan mempunyai bilangan murid yang telah berubah prestasi akademiknya dan memperolehi kecemerlangan hasil daripada keberkesanan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan asrama.

3.1.3 OBJEKTIF

Di akhir program ini murid dapat:

3.1.3.1 Membantu sekolah mengurangkan bilangan murid GALUS.3.1.3.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu murid GALUS secara berfokus dan bermaklumat.3.1.3.3 Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam usaha membantu murid GALUS cemerlang dalam akademik.

3.1.4 SASARANMurid-murid yang mendapat markah di antara 30% hingga 40% berdasarkan maklumat melalui PATS dan Headcount. Setiap kumpulan mengandung 10 hingga 20 orang murid.

3.1.5 PELAKSANAAN

Program Yakin Boleh dikhaskan kepada murid GALUS. Program ini terdiri daripada 6 komponen utama termasuklah;3.1.5.1 Membina Hubungan

3.1.5.2 Membina Matlamat

3.1.5.3 Mengenalpasti masalah

3.1.5.4 Motivasi

3.1.5.5 Kemahiran Belajar

3.1.5.6 Pengukuhan / Ganjaran

Guru Bimbingan dan Kaunseling atau pihak sekolah diberi kebebasan untuk melaksanakannya sama ada berdasarkan komponen (yang dirangkumkan beberapa modul) atau modul. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga berhak mengulang modul yang berkenaan sekiranya aktiviti yang dijalankan tidak memenuhi objektif.

3.1.6 PENILAIAN

3.1.6.1 Instrumen Pelaksanaan Modul (Lampiran 4)3.1.6.2 Graf Prestasi Diri (Lampiran 6)

3.1.6.3 Halatuju Selapas Sekolah (Lampiran 7)

3.1.7 PENUTUP

Syukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkanNya sehingga dapat menyiapkan Panduan Pelaksanaan Program Berfokus Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Modul Akademik GALUS dengan jayanya. Peranan panduan bidang akademik GALUS ini adalah untuk membina pengalaman bermakna dan dapat membentuk kualiti akademik dalam diri murid. Matlamat jangka panjangnya, diharapkan panduan ini dapat membina insan yang berdaya tahan menghadapi segala cabaran semasa seterusnya mampu berdaya saing untuk mengharung kehidupan yang lebih sempurna pada masa akan datang. Akhirnya, bersama-sama kita memohon kepada Tuhan, mudah-mudahan panduan ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada setiap murid GALUS dan penggunanya. Diharap panduan ini juga akan membuka satu lagi ruang dan peluang yang luas kepada generasi akan datang untuk memajukan diri.3.2 PROSES KERJA

BILPROSES KERJATEMPOHPERSONALIACATATAN

1Mengesan murid berdasarkan peperiksaan akhir tahun yang lalu.Satu Minggu

( November )GPK, S/U PEPERIKSAAN, GBKSM

2Senaraikan nama murid yang GALUSSatu hari

( Minggu kedua Januari )GBKSM

3Dapatkan maklumat peribadi murid yang terlibat.Seminggu

( Minggu ketiga Januari )GBKSM &Guru Kelas

4Buat perjumpaan dengan murid yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Program Berfokus Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.Perjumpaan sebulan sekali

( Februari hingga November )GBKSM

5Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau program khas.Ikut keperluan

Jika objektif tidak tercapai.GBKSMSepanjang tahun

6Menyediakan laporan keberkesanan2 minggu

( setiap kali selepas peperiksaan / ujian / modul )GBKSMSepanjang tahun

7Berbincang / bentangkan laporan kepada pengetua / guru besar. 30 minit

( 2 kali setahun )GBKSM

8Dokumentasi Modul yang dijalankan.1 minggu

( selepas selesai setiap modul )GBKSM

3.3 CARTA ALIRAN KERJA

3.4 PROGRAM YAKIN BOLEH3.4.1 AKTIVITI 1BIDANG : Akademik TAJUK : Ice-Breaking Bermain Jari OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. Mengenalpasti ciri-ciri perbezaan individu.

2. Membandingkan potensi setiap individu.

3. Menunjukkan kesyukuran kepada anugerah Tuhan.

4. Menunjukkan sifat hormat kepada perbezaan individu.

MASA

: 40 Minit

SASARAN: Murid GALUS

BAHAN : Stamp Pad, Kertas A4, Senarai Semak Masalah dan Borang Maklumat Diri

LANGKAH:

1. GBKSM memberikan sekeping kertas A4 kepada setiap ahli kumpulan.

2. Setiap ahli melipat kertas tadi kepada 10 12 bahagian mengikut bilangan ahli.

3. Semua ahli tulis nama sendiri di ruang pertama dan cop ibu jari tangan kanan.

4. Edarkan kertas tadi kepada rakan-rakan mengikut pusingan jam untuk ditulis nama dan dicop cap jari tangan kanan masing-masing.

5. Langkah ini diulang sehinga kembali kepada tuan punya.

6. Akhirnya, GBKSM meminta setiap ahli menjelaskan apa yang mereka lihat.

7. Guru mengedarkan Senarai Semak Masalah dan Borang Maklumat Diri.

PENILAIAN : Murid saling kenal mengenali antara satu sama lain.

RUMUSAN : 1. Membuktikan kekuasaan Tuhan daripada sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar perbezaan.

FALSAFAH : Tak kenal maka tak cinta

LAMPIRAN 1

SENARAI SEMAK PERIBADI MURID

NAMA: __________________________

TINGKATAN : ______________ARAHAN : Berikut adalah senarai masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah. Baca senarai di bawah dengan teliti, kemudian bulatkan nombor masalah yang anda sendiri sedang hadapi.

1. Saya tidak memahami banyak perkara yang diajar oleh guru.

2. Minat saya untuk belajar semakin berkurangan.

3. Saya rasa tiada harapan untuk lulus peperiksaan.

4. Saya rasa hendak berhenti sekolah.

5. Saya tidak suka kepada sesetengah guru yang mengajar saya.

6. Saya tidak tahu cara belajar yang berkesan.

7. Saya tidak mempunyai tempat belajar yang sesuai di rumah.

8. Terlalu banyak tugasan diberi dalam beberapa mata pelajaran.

9. Saya tidak begitu minat pada buku-buku mata pelajaran.

10. Tidak dapat siapkan tugasan- tugasan pelajaran pada masa yang ditetapkan.

11. Saya rasa hidup ini sudah tidak punya erti lagi.

12. Saya rasa diri saya sudah rosak.

13. Saya pernah mengambil dadah.

14. Dunia ini terlalu kejam buat diri saya.

15. Saya sangat sensitif dan tidak tahan dimarah.

16. Saya selalu berasa rendah diri.

17. Saya rasa lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sekarang.

18. Saya tidak dapat menahan kemarahan.

19. Saya selalu berasa sedih.

20. Saya kerapkali gagal dalam kerja-kerja yang saya lakukan.

21. Keadaan keluarga saya tidak aman.

22. Saya selalu dimarahi oleh ibu atau bapa.

23. Saya selalu terkongkong oleh keluarga saya.

24. Ibu bapa langsung tidak mempedulikan saya.

25. Adik beradik saya selalu bergaduh antara satu sama lain.

26. Kadang-kadang saya rasa hendak lari dari rumah.

27. Saya telah kehilangan tempat mengadu.

28. Ibu bapa saya selalu pilih kasih.

29. Saya berasa seolah-olah tidak mempunyai keluarga.

30. Tiada kebebasan di rumah saya.

31. Saya selalu bergaduh dengan kawan.

32. Saya tidak mempunyai ramai kawan.

33. Saya sering bergaul dan terikut-ikut tingkah laku rakan yang nakal.

34. Kebanyakan rakan saya adalah yang tidak bersekolah lagi.

35. Ada rakan saya yang mula mengambil dadah.

36. Saya sukar bergaul dengan rakan lain yang berlainan jantina.

37. Saya kecewa kerana rakan rapat memutuskan hubungan dengan saya.

38. Saya takut kehilangan orang yang saya cintai.

39. Saya cemburu atau iri hati kepada orang lain.

40. Tiada seorang pun yang boleh saya mengadu masalah saya.

41. Saya rasa tidak akan dapat mencapai cita-cita saya.

42. Masa depan saya gelap.

43. Tidak tahu apa yang akan saya buat selepas tamat sekolah.

44. Saya tidak tahu cara mencari kerja.

45. Saya tidak mempunyai cita-cita yang tinggi.

46. Tidak mengetahui apa yang saya benar-benar ingini.

47. Saya takutkan masa depan.

48. Ragukan pemilihan kursus untuk persediaan pekerjaan saya.

49. Memerlukan nasihat tentang apa yang harus dibuat selepas sekolah.

50. Saya perlu tahu lebih lanjut tentang pelbagai pekerjaan.

ARAHAN : Semak jawapan yang anda telah bulatkan. Sila tulis nombor masalah yang paling mengganggu anda mengikut urutan di dalam ruangan di bawah.

a. []b. []c. []d. []e. []

Paling menggaggu

Kurang mengganggu

Tandakan [/ ] pada salah satu kenyataan di bawah:

Saya SANGAT PERLU berjumpa kaunselor []

Saya PERLU berjumpa dengan kaunselor []

Saya TIDAK PERLU berjumpa kaunselor[]

Perkara yang ingin dibincangkan dengan kaunselor:

AKADEMIK[]PERIBADI[]KELUARGA[]

SOSIAL

[]KERJAYA[]

Tanda tangan : ___________________________Tarikh: _________________

LAMPIRAN 2BORANG MAKLUMAT DIRI

A. Maklumat Data Peribadi

Arahan : Sila isikan maklumat data peribadi tuan/puan pada ruangan yang disediakan dalam jadual di bawah dan tandakan ( / ) jika berkenaan .

Nama

Kelas

No. Kad

Pengenalan

Tarikh Lahir

Tempat LahirNegeri :

Negara:

KewarganegaraanStatus Warganegara :

* Warganegara ( )

* Bukan Warganegara ( )

* Penduduk Tetap ( )

JantinaLelaki ( ) Perempuan ( )

Bangsa

Agama

Nama Ibu Bapa

Status Bumiputera * Bumiputera ( )

* Bukan Bumiputera ( )

No. Untuk

DihubungiNo Telefon Rumah:

No Telefon Bimbit : Rasmi ( ) / Tidak Rasmi ( ) :

Alamat Emel :

Alamat Tetap Bandar :

Poskod :Negeri :

Negara :

Alamat

Surat-menyurat Bandar :

Poskod :

Negeri :

Negara :

3.4.2 AKTIVITI 2BIDANG: AkademikTAJUK

: Ku Petik Bintang

OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. Mengenalpasti matlamat diri dengan jelas.

2. Menyatakan cara untuk mencapai matlamat diri.

MASA

: 30 minit

SASARAN: Murid GALUS

BAHAN

: Kad Manila dan Marker Pen

LANGKAH:

1. GBKSM memberikan sekeping kad manila kepada ketua kumpulan.

2. GBKSM memberi arahan Setiap ahli diminta melakarkan garisan anggaran 10 sentimeter apabila kad manila yang diedarkan sampai ke tangan masing-masing.

3. Ahli tidak dibenarkan bertanya.

4. Apabila sampai ke ahli yang terakhir, GBKSM mempamerkan hasil kerja kumpulan.

5. Apakah hasilnya? tiada motif yang jelas.

6. Sekeping kad manila yang lain diberikan kepada kumpulan untuk mengulangi aktiviti tersebut.

7. GBKSM mengarahkan, Setiap ahli diminta melakarkan garisan anggaran 10 sentimeter apabila kad manila sampai ke tangan masing-masing. Pastikan apabila kad manila itu sampai kepada orang terakhir dalam garisan itu, ia membentuk objek sebuah rumah.

8. Bincangkan mengapa aktiviti pertama tidak menghasilkan apa-apa dan aktiviti kedua dapat menghasilkan suatu yang jelas.

9. Guru mengedarkan borang Headcount 3-graf prestasi diri untuk diisi oleh semua murid GALUS.

PENILAIAN: 1. Murid-murid perlu mendengar arahan dengan jelas.

RUMUSAN: 1. Aktiviti ini menunjukkan betapa penting seseorang itu perlu mempunyai matlamat diri yang jelas untuk berjaya.

FALSAFAH: Jadikan impian anda sebuah kenyataan bukan sekadar mimpi.

3.4.3 AKTIVITI 3BIDANG : Akademik

TAJUK

: Inventori Minat BelajarOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. Mengenalpasti potensi diri masing-masing.

2. Mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap murid.

3. Membandingkan potensi setiap individu.

MASA

: 40 Minit

SASARAN: Murid GALUS

BAHAN : Kertas Inventori Minat Belajar (Sila lihat Lampiran 3)

LANGKAH:

1. GBKSM mengedarkan kertas Inventori Minat Belajar kepada semua ahli kumpulan.

2. GBKSM membaca arahan soalan kepada semua ahli kemudianmeminta ahli menjawab soalan dalam tempoh 25 minit.

3. Setelah selesai menjawab guru membincangkan mengenai dapatan yang diperoleh oleh semua pelajar mengikut skor dan prestasi belajar.

PENILAIAN : 1. Murid-murid dapat mengetahui skor dan prestasi belajar.

RUMUSAN : 1. Membuktikan kekuasaan Tuhan daripada sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar perbezaan.

FALSAFAH : Belajar sepanjang hayat

LAMPIRAN 3

UJIAN MINAT BELAJAR

Arahan:Sila tandakan ( / ) pada item berikut sama ada pada ruangan (Y) bagi YA (bertepatan dengan diri anda) atau ruangan (T) bagi TIDAK (tidak bertepatan dengan diri anda).BilPernyataan (Item)YT

1.Saya bangun pada pukul 5.00 pagi setiap hari

2.Saya seronok pergi ke sekolah

3.Saya datang 20 minit lebih awal sebelum sekolah bermula setiap hari

4.Saya pulang 30 minit lebih lewat selepas tamat masa persekolahan setiap hari

5.Saya membaca akhbar setiap hari

6.Saya membaca sekurang-kurangnya sebuah novel setiap bulan

7.Saya membaca sekurang-kurangnya 2 buah majalah akademik (seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Kuntum, Pintar dll) setiap bulan

8.Saya selalu menonton berita TV pada pukul 8.00 malam ataupun mendengar berita radio

9.Saya menelaah buku-buku pelajaran 2 jam setiap malam sebelum tidur

10.Saya suka pada semua kawan yang sekelas dengan saya. Kepada kawan yang lebih pandai daripada saya, lagi saya suka

11.Saya suka kepada semua guru. Saya tidak segan berjumpa mereka apabila saya ada masalah berkaitan dengan mata pelajaran

12.Saya suka semua mata pelajaran

13.Saya cemburu melihat kawan-kawan mendapat markah yang tinggi bagi setiap ujian atau peperiksaan

14.Saya minum segelas susu atau minuman bersusu setiap hari

15.Saya berasa tidak senang duduk selagi kerja rumah yang diberi oleh guru belum lagi disiapkan

16.Saya rasa perjuangan belajar tidaklah seberat perjuangan tentera di perbatasan atau di medan perang

17.Saya insaf dan sedar bahawa keluarga dan bangsa menaruh harapan yang tinggi pada saya

18.Saya tidak kecewa dengan gelagat kawan-kawan yang suka menyindir atau memperli dengan kata-kata yang menyakitkan hati kerana terlalu komited (menumpukan sepenuh usaha dan perhatian) dengan perjuangan belajar. Misalnya mereka berkata Jangan ganggu profesor kita, dia nak masuk universiti, Kaki bodek cikgu, Ulat buku dan sebagainya. Sebenarnya di dalam hati, saya senang dengan kata-kata itu

19.Saya rasa guru yang suka marah-marah dan berleter-leter apabila saya tidak menyiapkan kerja sekolah adalah guru yang baik dan dihormati

20.Dalam diam-diam saya berazam; Aku akan kejutkan kawan-kawan dan guru-guruku. Aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan

Jumlah Skor

PENGIRAAN SKOR DAN PRESTASI BELAJARKira jumlah jawapan

1. Bilangan YA X 5 = _______________

2. Bilangan TIDAK X 2 = _______________

Jumlah Skor (A B) = _______________

Skima Prestasi BelajarCemerlang : 79 100

Anda pelajar yang unggul (ideal). Anda adalah pelajar yang matang dan dewasa. Anda berjiwa kental. Lulus dengan cemerlang sudah pasti berada dalam genggaman anda. Masa depan anda bagai bulan purnama yang dipagari bintang bergemerlapan. Mengekalkan usaha dan tabiat belajar sedia ada menjadikan jalan anda menuju kejayaan bertambah terang benderang.

Amat Baik : 65 78

Anda pelajar yang dinamik. Anda sanggup menghadapi cabaran perjuangan belajar. Anda bakal memperoleh kejayaan yang cemerlang. Apabila anda dapat mengekalkan tabiat belajar anda, sudah pasti kejayaan menanti anda dengan senyuman.

Baik : 51 64

Anda boleh lulus dalam peperiksaan. Sifat-sifat positif ada dalam diri anda. Tetapi awas! Anda boleh terjerumus sekiranya anda tidak berhati-hati. Anda perlu memperbaiki mana-mana kelemahan diri sebelum terlambat.

Sederhana : 41 50

Kelulusan anda dalam peperiksaan tidak dapat dipastikan. Sifat-sifat positif dan gigih dalam diri anda tidak mencukupi. Anda perlu berjumpa GBKSM bagi memulihkan semangat belajar anda. Segera bertindak sebelum anda terlambat. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur!!!

Lembab : 37 40

Kejayaan tidak dapat diharapkan sekiranya anda berada dalam kategori ini. Anda berjiwa lemah dan tidak sanggup menghadapi cabaran. Anda perlu bersegera berjumpa GBKSM. Jika anda berbuat demikian, peluang anda terbuka semula. Kenapa mesti tunggu sehingga nasi benar-benar menjadi bubur!!!

Mengecewakan : Bawah 36

Anda pelajar yang berjiwa terlalu lemah, tiada disiplin dan cita-cita. Anda hanya menunggu masa untuk berhenti sekolah sahaja. Anda datang ke sekolah kerana terpaksa. Anda perlu berjumpa GBKSM setiap hari bagi mendapatkan nasihat. Bagaimanapun kelemahan anda masih dapat dipulihkan. Sebenarnya, anda masih mempunyai harapan. Jika anda terus berputus asa, orang lain makan nasi dan anda makan air bubur sahaja!

3.4.4 AKTIVITI 4BIDANG: AkademikTAJUK

: Dialog Bersama Guru Dan Ibu BapaOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. Mengenalpasti masalah murid-murid.

2. Mewujudkan kumpulan sokongan yang mantap untuk membantu perubahan tingkahlaku murid-murid.

MASA

: 60 minit (mengikut temujanji)

SASARAN: Murid GALUS

BAHAN

: Tiada

LANGKAH:

1. Ibu bapa dan guru kelas dipanggil untuk satu pertemuan dengan murid dan GBKSM.

2. GBKSM menjalankan aktiviti taaruf.

3. GBKSM menjelaskan tentang objektif program dan peranan setiap pihak untuk membantu perubahan sikap murid.

4. Ibu bapa dan guru digalakkan untuk bersoal jawab.

PENILAIAN: 1. Ibu bapa, guru kelas dan murid memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan program ini.

RUMUSAN: 1. Murid-murid merasakan diri mereka lebih dihargai dan diberi sokongan untuk berubah.

FALSAFAH: Ingatlah orang yang tersayang.

3.4.5 AKTIVITI 5BIDANG: AkademikTAJUK

: Motivasi (Graf Kehidupan)OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. Membuat analisis pengalaman hidup, susah, senang, suka dan duka.

2. Mencari kekuatan kendiri.

3. Memberi peluang berkongsi pengalaman berasaskan kejujuran dan sikap terbuka.

4. Melahirkan sikap bersyukur.

5. Menimbulkan kemesraan dan empati.

6. Menilai diri sendiri melalui cermin orang lain.

MASA

:90 minit

SASARAN: Murid GALUS

BAHAN

: Kertas A4, pen ataupun pensel bagi setiap ahli.

LANGKAH:

1. Semua ahli diminta melukis graf seperti di bawah.

2. Plot graf dengan garisan positif dan negatif pada paksi Y bagi menggambarkan pengalaman yang menggembirakan dan mendukacitakan.

3. Setiap ahli diminta menjelaskan graf yang dibuat dalam kumpulan.

4. Beri peluang ahli membuat penjelasan.

5. Ahli lain boleh memberi maklumbalas secara bersopan.

6. Setiap ahli boleh bercakap dengan perkataan saya fikir, saya rasa atau saya minta.

7. Fasilitator mendapatkan maklumbalas melalui refleksi kendiri.

PENILAIAN: 1. Murid-murid akan cuba mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam hidup mereka.

RUMUSAN: 1. Murid-murid akan menyedari akan kekuatan yang ada pada diri sendiri dan seterusnya bersyukur.

FALSAFAH: Ikutlah rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

3.4.6 AKTIVITI 6BIDANG: AkademikTAJUK

: Motivasi (Anjakan Diri)Objektif: Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. menyedmari akan pentingnya melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita.

2. memahami bahawa setiap kerja yang hendak dilakukan memerlukan perancangan yang betul.

MASA

: 60 minitSASARAN: Murid GALUS

BAHAN

: Bola plastik 50 biji dan bakul.

LANGKAH:

1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.

2. Satu kumpulan diberikan 50 biji bola plastik sebagai penyerang.

3. Satu kumpulan lagi sebagai pertahanan.

4. GBKSM sebagai pengadil dan memegang bakul.

5. Kumpulan penyerang dikehendaki memasukkan bola plastik ke dalam bakul.

6. Masa yang diberikan selama 2 minit.

7. Setelah masa tamat, kumpulan pertahanan pula menjadi penyerang untuk memasukkan bola plastik ke dalam bakul.

8. Kumpulan yang dapat memasukkan bola plastik ke dalam bakul paling banyak dikira sebagai pemenang.

PENILAIAN: 1. Soal jawab dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

RUMUSAN: 1. Aktiviti ini menunjukkan betapa penting seseorang itu perlu berusaha dan bekerjasama untuk menjadi pemenang.

FALSAFAH: Usaha tangga kejayaan

3.4.7 AKTIVITI 7BIDANG:AkademikTAJUK :Pengurusan Masa OBJEKTIF:Pada akhir aktiviti murid dapat:-1. Mengenalpasti apa yang mereka lakukan dalam satu hari.

2. Menyenaraikan jenis aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.

MASA

: 60 minitSASARAN:Murid GALUS

BAHAN : Kertas A4, pen dan pen warna.

LANGKAH:

1. Guru Bimbingan Kaunseling meminta pelajar mengenali potensi diri dan kelemahan diri.

2. Murid menjalankan aktiviti dengan bantuan GBKSM.

3. GBKSM membantu murid mengenalpasti aktiviti harian yang dilakukan oleh murid.

Cth: solat, bermain, menonton televisyen, belajar dan membuat kerja rumah.

PENILAIAN: Murid mengetahui kepentingan mengurus masa dengan bijak.

RUMUSAN :

1. Perlunya disiplin kendiri yang mantap dalam menentukan pengurusan masa.2. Murid lebih peka tentang menepati masa.

FALSAFAH : Masa itu emas3.4.8 AKTIVITI 8BIDANG : AkademikTAJUK

: Kemahiran MendengarOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. mengetahui kemahiran mendengar yang berkesan.

2. mengenalpasti halangan yang mempengaruhi dalam proses mendengar.

3. mempertingkatkan konsentrasi dalam pembelajaran.

MASA

:60 minitSASARAN : Murid GALUS.

BAHAN : Radio, kertas A4

LANGKAH:

1. Guru memperdengarkan rakaman berita di radio. Apabila tamat, minta beberapa orang murid menceritakan semula semua tajuk berita yang didengar tadi.

2. Perdengarkan semula rakaman yang sama dan minta murid mendengar sambil mencatat isi-isi penting yang mereka dengar.

3. Guru meminta beberapa orang murid menceritakan semula apa yang mereka dengar dengan merujuk catatan yang mereka buat.

PENILAIAN: 1. Murid-murid perlu memberi perhatian dan tumpuan semasa proses pembelajaran dijalankan.

RUMUSAN: 1. Guru memberi penekanan tentang pentingnya menumpukan perhatian dan membuat catatan apabila mendengar sesuatu.

FALSAFAH: Belajar dengan cara mendengar lebih baik daripada melihat.

3.4.9 AKTIVITI 9BIDANG : AkademikTAJUK :Kemahiran Bertanya OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. menggunakan kemahiran bertanya dalam aktiviti pembelajaran

2. berani untuk mengemukakan soalan.

3. Meningkatkan prestasi akademik sekiranya selalu menggunakan kemahiran bertanya.

MASA

: 60 minitSASARAN: Murid GALUS

BAHAN :Gambar Perdana Menteri / Gambar guru-guru sekolah / gambar sekolah.

LANGKAH:

1. GBKSM menayangkan gambar berkaitan dengan menggunakan LCD.

2. GBKSM meminta murid membina soalan berpandukan kaedah siapa, apa, bagaimana, di mana, bila dan bagaimana.

3. GBKSM membuat ulasan / komen mengenai soalan yang dikemukakan oleh murid.

PENILAIAN: Murid berani mengutarakan soalan dan pandangan tentang gambar yang ditayangkan.

RUMUSAN :

1. Kemahiran menyoal boleh melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.

2. Melalui kemahiran menyoal murid dapat menambah maklumat yang mereka tidak ketahui.

FALSAFAH : Malu Bertanya Kurang Pengetahuan Hilang Pedoman

3.4.10 AKTIVITI 10BIDANG : AkademikTAJUK

: Kemahiran MengingatOBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. Memberi peluang ahli menganalisis sikap diri sendiri.

2. Menjentik minda dan mencuit hati budi.

MASA

: 60 minitSASARAN: Murid GALUS

BAHAN : Kertas A4, sampul surat dan pensel.

LANGKAH:

1. Sediakan 4 atau 5 situasi yang bersifat kontekstual kepada pengalaman ahli. :

i. Di kantin sudah ramai yang berbaris, saudara sangat lapar.

ii. Di tepi jalan kelihatan orang buta melintas jalan.

iii. Semasa di dalam kelas, guru marah kerana murid bising dan saudara juga didenda.

iv. Saudara tahu kawan saudara berbohong mengatakan dia sakit perut, sebab itu dia tidak datang latihan rumah sukan

v. Kawan saudara diugut oleh senior, sekiranya tidak diberi duit pelindungan.

2. Isikan setiap sampul surat dengan satu situasi dan gambar kerangka orang lidi

3. Guru meminta ahli mengambil satu sampul surat yang mengandungi arahan bagi analisis situasi itu.

4. Minta ahli renungkan selama 15 minit situasi yang mereka dapat dan catatkan pada ruang kosong kerangka orang lidi.

5. Guru meminta setiap ahli secara bergilir-gilir menyatakan apa yang difikirkan, apa yang dirasakan dan apa yang akan dilakukan ataupun sudah dilakukan sekiranya sudah berhadapan situasi itu.

6. Guru membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.PENILAIAN: 1. Murid-murid perlu memberi perhatian dan tumpuan semasa proses pembelajaran dijalankan.

RUMUSAN: 1. Apa yang difikirkan sama ada benar-benar tahu baik buruk, rasa suka kepada perkara baik dan akan melakukan sesuatu yang baik bergantung kepada ilmu, iman dan amal.

FALSAFAH: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

3.4.11 AKTIVITI 11BIDANG : Akademik TAJUK

: Pengukuhan Bengkel Latih Tubi OBJEKTIF:Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. Menguasai kemahiran yang ditentukan dalam mata pelajaran tertentu yang dibengkelkan.

2. Menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran.

MASA

: 60 Minit

SASARAN : Pelajar GALUSBAHAN :Buku nota, alat tulis dan keperluan mengikut mata pelajaran.LANGKAH:

1. GBKSM membuat temujanji dengan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) atau Ketua Panitia untuk persediaan bahan serta menjadi fasilitator bengkel.

2. GKMP atau Ketua Panitia memberikan latih tubi kepada murid-murid dan membimbing mereka untuk menyelesaikannya.

3. Latih tubi itu boleh diulang beberapa kali sekiranya murid-murid belum dapat menguasai kemahiran yang telah disampaikan kepadanya.

PENILAIAN : 1. Murid harus menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru mengikut mata pelajaran yang dibengkelkan.

RUMUSAN: 1. Membuktikan kepentingan latih tubi dalam meningkatkan prestasi akademik.

FALSAFAH : 1. Sedangkan parang kalau diasah menjadi tajam, inikan pula akal manusia.

3.4.12 AKTIVITI 12BIDANG: AkademikTAJUK

: Perkongsian Rasa (Lawatan Ke Institut Kemahiran atau Sekolah

Menengah Teknik)OBJEKTIF:Pada akhir aktiviti murid dapat:1. Mengetahui bahawa mereka juga boleh berjaya seperti murid yang lain.

2. Memahami bahawa dengan perkongsian rasa dapat menambah semangat mereka untuk LULUS dalam peperiksaan.

3. Pendedahan kepada peluang pendidikan yang lebih luas dan menarik.

MASA

: 360 minitSASARAN: Murid GALUS

BAHAN

: Tiada.LANGKAH:

1. GBKSM mendapatkan murid yang sebelum ini dikenalpasti Galus tetapi telah berjaya menjadi murid cemerlang.

2. GBKSM merancang dan menetapkan tarikh dan tempat lawatan.

3. GBKSM memohon kebenaran PPD.

4. GBKSM membuat temujanji dengan tempat lawatan.

5. GBKSM membawa murid-murid ke tempat lawatan.

6. Murid yang dipilih perlu berkongsi pengalaman mereka belajar sehingga berjaya menjadi seorang murid yang berjaya.

7. GBKSM perlu menggalakkan murid bersoal jawab dan berkongsi perasaan bersama.

8. Akhirnya, GBKSM perlu membuat penegasan falsafah aktiviti dan bedah pasca program ini.

PENILAIAN: 1. Murid akan dapat melihat sendiri kejayaan yang dikecapi oleh mereka yang sudah berjaya dan sama-sama berkongsi pengalaman dan kejayaan.

RUMUSAN: 1. Guru memberi penekanan kepada murid-murid bahawa mereka boleh berjaya sekiranya sanggup berusaha gigih untuk berjaya.

FALSAFAH: Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih

LAMPIRAN 4Nama Murid

:____________________________________Kelas:

:____________________________________Instrumen Pelaksanaan ProgramProgram Kaunseling Berfokus Bidang Akademik - GalusArahan: Sila Tandakan ( / ) Mengikut Skala Berikut : 1-Setuju 2- Kurang Setuju 3-Tidak SetujuBILPERKARASKOR

MODUL 1 (ICE BREAKING)123

1Saya boleh mengenalpasti perbezaan ciri-ciri individu.

2Saya boleh membandingkan potensi setiap individu.

3Saya akan menunjukkan kesyukuran kepada anugerah Tuhan.

4Saya akan menunjukkan sifat hormat kepada perbezaan individu.

MODUL 2 (GARIS MATLAMAT)

5Saya boleh mengenalpasti matlamat diri dengan jelas.

6Saya boleh menyatakan cara untuk mencapai matlamat diri.

MODUL 3 (INVENTORI MINAT BELAJAR)

7Saya boleh mengenalpasti potensi diri.

8Saya mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.

9Saya mengetahui potensi diri.

MODUL 4 (DIALOG IBU BAPA)

10Saya boleh mengenalpasti masalah diri.

11Saya boleh mewujudkan kumpulan sokongan yang mantap untuk membantu perubahan tingkahlaku diri.

MODUL 5 (MOTIVASI-GRAF KEHIDUPAN)

12Saya boleh membuat analisis pengalaman hidup, susah, senang, suka dan duka.

13Saya boleh mencari kekuatan kendiri.

14Saya sanggup memberi peluang berkongsi pengalaman berasaskan kejujuran dan sikap terbuka.

15Saya tahu cara melahirkan rasa bersyukur.

16Saya tahu menimbulkan kemesraan dan empati.

17Saya tahu menilai diri sendiri melalui cermin orang lain.

MODUL 6 (MOTIVASI - ANJAKAN DIRI)

18Saya telah menyedari akan pentingnya melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita.

19 Saya juga menyedari setiap kerja yang hendak dilakukan memerlukan perancangan yang betul.

MODUL 7 (PENGURUSAN MASA)

20Saya boleh mengenalpasti apa yang mereka lakukan dalam satu hari.

21Saya dapat mengenalpasti jenis aktiviti berfaedah yang boleh dijalankan.

MODUL 8 (KEMAHIRAN MENDENGAR)

22Saya mengetahui kemahiran mendengar yang berkesan.

23Saya mengenalpasti halangan yang mempengaruhi dalam proses mendengar.

24Saya dapat mempertingkatkan kosentrasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

MODUL 9 (KEMAHIRAN BERTANYA)

25Saya mahir menggunakan kemahiran bertanya dalam aktiviti pembelajaran.

26Saya berani untuk mengemukakan soalan.

27Saya dapat meningkatkan prestasi akademik sekiranya selalu menggunakan kemahiran bertanya.

MODUL 10 (KEMAHIRAN MENGINGAT)

28Saya mengenalpasti sebab dan akibat seseorang mengabaikan pelajaran.

29Saya memberi peluang ahli menganalisis sikap diri sendiri.

30ini dapat menjentik minda dan mencuit hati budi saya.

MODUL 11 (PENGUKUHAN - BENGKEL LATIH TUBI)

31Saya dapat menguasai kemahiran yang ditentukan dalam mata pelajaran tertentu yang dibengkelkan.

32Aktiviti yang saya sertai membantu saya meningkatkan prestasi akademik.

MODUL 12 (PERKONGSIAN RASA)

33Saya mengetahui bahawa saya juga boleh berjaya seperti murid lain.

34Saya memahami bahawa dengan perkongsian rasa dapat menambah semangat saya untuk LULUS dalam peperiksaaan.

LAMPIRAN 5JADUL GRAF PRESTASIUjian / Mata PelajaranMata PelajaranPeratus Keseluruhan

Tahun Lepas

Ujian 1

Ujian 2

Pertengahan Tahun

Ujian 3

Ujian 4

Percubaan

Akhir Tahun

Target

LAMPIRAN 6GRAF PRESTASI DIRI

LAMPIRAN 7

KEMANA ANDA

UPSR( ) SEKOLAH BERASRAMA PENUH

( ) SM. AGAMA

( ) SM. HARIAN

( ) SM BESTARI

( ) SEKOLAH KLUSTER

PMR( ) MRSM

( ) SM. BERASRAMA PENUH

( ) MAKTAB TENTERA DIRAJA

( ) SM. TEKNIK

( ) SM. HARIAN BIASA

( ) PUSAT GIAT MARA

( ) IKM

SPM( ) TINGKATAN 6

( ) MATRIKULASI / UNIVERSITI

( ) INSTITUSI PERGURUAN

( ) POLITEKNIK

( ) ILP

( ) IKM

( ) INSTITUSI LAIN

STPM( )UNIVERSITI

( ) INSTITUSI PERGURUAN

( ) POLITEKNIK

( ) ILP

( ) IKM

( ) INSTITUSI LAIN

4.0 PROGRAM DISIPLIN PONTENG

AKTIVITI

BIL

TAJUK

1

Mengenal Diri

2

Diari Hidup

3

Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah

4

Luahan Rasa

5

Sentuhan Kendiri

6

Paparan Slaid

7

Lawatan

8

Graf Prestasi Diri

9

Ceritaku

10

Riadah dan Apresiasi

4.1 PANDUAN PELAKSANAAN

4.1.1 PENDAHULUAN

Ponteng sekolah atau ponteng kelas merupakan satu kelakuan yang tidak diingini yang berlaku dalam sistem persekolahan hari ini.Perlakuan ini juga, pasti akan membawa masalah-masalah disiplin yang lain jika tidak dibendung dan dikawal.Masalah ini juga, jika dibiarkan berterusan akan menganggu pelaksanaan rancangan program pendidikan negara. Maka adalah diakui bahawa tugas menyelesaikan masalah ponteng terpaksa melalui satu proses yang amat rumit.Program-program sokongan perlu diadakan sebagai usaha pencegahan dan pemulihan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Oleh itu, program kaunseling berfokus yang dikendalikan oleh GKSM merupakan satu usaha murni bagi membantu menyelesaikan masalah ini dan merealitikan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengatasi masalah disiplin.

4.1.2 MATLAMAT

Bagi membantu dan menyelesaikan masalah disiplin yang semakin meruncing dalam konteks pendidikan.

4.1.3 OBJEKTIF

4.1.3.1. Untuk mengatasi masalah disiplin dan punca salah laku yang lain

4.1.3.2. Untuk meningkatkan prestasi akademik

4.1.3.3. Untuk mengawal gejala sosial di kalangan remaja sekolah

4.1.3.4. Untuk mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan melancarkan perancangan perjalanan sekolah

4.1.3.5. Untuk meringankan peranan pengurusan dan pembelajaran di sekolah

4.1.4RASIONALPunca permasalahan disiplin murid-murid berpunca daripada masalah ponteng.

4.1.5SASARANPelajar yang ponteng:

4.1.5.1 Ponteng kelas

4.1.5.2 Ponteng sekolah

4.1.5.3 Ponteng perhimpunan

4.1.5.4 Ponteng aktiviti ko-kurikulum

4.1.6 PELAKSANAAN4.1.6.1. Mengenal Diri

4.1.6.2. Diari Hidup

4.1.6.3. Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah

4.1.6.4. Luahan Rasa

4.1.6.5. Sentuhan Kendiri

4.1.6.6. Paparan Slaid

4.1.6.7. Lawatan

4.1.6.8. Graf Prestasi Akademik

4.1.6.9. Ceritaku

4.1.6.10. Riadah Dan Apresiasi4.1.7 PENILAIAN

4.1.7.1GRAF KEHADIRAN

20

JUMLAH HARI

15

10

5

0

JANFEBMACAPRMEIJUNJULAIOGOSSEPTOKT

4.1.7.2GRAF PRESTASI DIRI

JADUAL PRESTASI AKADEMIKUJIAN / MATA PELAJARANBMBIMTSNSEJMPMPMPMPMPMP

TOV

OTR 1

OTR 2

ETR

100

90

80

MARKAH (%)70

60

50

40

30

20

10

0

TOVOTR 1OTR 2ETR

4.1.8 PENUTUP

Diharapkan agar modul berfokus masalah ponteng dapat memberi implikasi atau impak yang positif ke arah mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan sahsiah murid dalam dunia globalisasi yang mencabar pada hari ini.

4.2 PROSES KERJA

BILPROSES KERJAPERSONALIACATATAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.Menyediakan kertas kerja modul ponteng

Mengadakan mesyuarat bersama

Mengesan murid ponteng

Menyenaraikan murid ponteng

Mengadakan temujanji dengan murid ponteng

Melaksanakan modul mengikut urutan

Mendapatkan prestasi akademik murid ponteng

Mencatatkan peningkatan kehadiran dan prestasi akademik

Membuat analisa kehadiran dan prestasi akademik

Membuat graf penilaian dan laporan

Membuat kajian tentang keberkesanan modulGBKSM

Pentadbir / Semua Guru

Guru Tingkatan / Disiplin

Unit Disiplin / GBKSM

GBKSM

GBKSM

Guru Tingkatan /

SU Peperiksaan

GBKSM

GBKSM

GBKSM

GBKSM 2 minggu ( JAN)

2 jam

40 minit

1 jam

40 minit

Setiap bulan 1 modul

2 minggu

1 minggu

1 minggu

2 minggu

2 minggu

(Laporan dihantar kepada

Pentadbir, Unit Disiplin & PPD)

4.3 CARTA ALIRAN KERJA

Menyediakan Kertas Kerja

Mengadakan Mesyuarat

Mengesan Murid Ponteng

Menyenaraikan Murid Ponteng

Mengadakan Temujanji

Melaksanakan Modul

Mendapatkan Prestasi Akademik

Mencatat Kehadiran

Membuat Analisa Dan Graf

Membuat Kajian Keberkesanan Program4.0 MODUL

4.4 PROGRAM PONTENG SIFAR

4.4.1 AKTIVITI 1Bidang

: Disiplin

Tajuk

: Ponteng (Mengenal Diri)

Objektif: Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. memberi maklumat peribadi/resume

2. mengenal kekuatan dan kelemahan diri

Masa

:40 minit

Sasaran: Murid ponteng

Bahan

: Borang maklumat peribadi

LANGKAH:1. GBKSM mendapat senarai nama murid daripada unit disiplin dan guru tingkatan

2. GBKSM membuat temuduga dengan murid-murid dalam senarai nama ponteng (mengelaskan semua murid berikut berdasarkan kumpulan/jantina/tingkatan)

3. GBKSM membuat temujanji dengan kumpulan tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan

4. GBKSM mengedarkan borang maklumat peribadi dan memberi penerangan tentang cara-cara mengisi borang maklumat peribadi

5. GBKSM mengumpul maklumat peribadi murid dan difailkan

Penilaian: Murid dapat mengenal diri sendiri.

Rumusan:

1. Dengan borang maklumat peribadi yang dikumpulkan kita dapat mengumpul maklumat dan mengenal latar belakang murid

Falsafah: Tak Kenal MakanTak Cinta

4.4.2 AKTIVITI 2Bidang

: Disiplin

Tajuk

:Ponteng (Diari Hidupku)

Objektif: Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Memberi maklumat tentang jadual aktiviti seharian

2. Merekod aktiviti dalam jadual seharian murid

Masa

: 40 minit

Sasaran: Murid ponteng

Bahan

: Pen dan lampiran 1 dan 2

LANGKAH : 1. GBKSM mengumpul murid yang telah dikenalpasti terlibat lanjutan dari aktiviti yang telah lepas

2. GBKSM menerangkan tujuan perjumpaan aktiviti kelompok

3. Murid-murid diminta menceritakan aktiviti kehidupan seharian secara bergilir-gilir

4. Murid-murid diminta mencatat aktiviti dalam jadual Sehari Dalam Hidupku

i. Hari Persekolahan

ii. Hari Cuti

5. GBKSM mengumpul hasil murid untuk tujuan penilaian

Penilaian : 1. GBKSM mengenalpasti dan menganalisa aktiviti murid-murid untuk tujuan pembaikan masalah ponteng di kalangan murid.

Rumusan : 1. GBKSM dapat mengenalpasti punca ponteng dan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah murid

Falsafah : Hargai Masa Kerana Masa Tidak Akan Berulang-Masa Itu EmasLAMPIRAN 1Aktiviti Hari Persekolahan

MasaAktiviti

6.00 -7.00 pg

7.00 - 8.00 pg

8.00 - 9.00 pg

9.00 -10.00 pg

10.00 -11.00 pg

11.00 -12.00 tgh

12.00 -1.00 ptg

1.00 - 2.00 ptg

2.00 - 3.00ptg

3.00 - 4.00 ptg

4.00 - 5.00 ptg

5.00 - 6.00 ptg

6.00 - 7.00 mlm

LAMPIRAN 2Aktiviti Hari Cuti

MasaAktiviti

6.00 -7.00 pg

7.00 - 8.00 pg

8.00 - 9.00 pg

9.00 -10.00 pg

10.00 -11.00 pg

11.00 -12.00 tgh

12.00 -1.00 ptg

1.00 - 2.00 ptg

2.00 - 3.00ptg

3.00 - 4.00 ptg

4.00 - 5.00 ptg

5.00 - 6.00 ptg

6.00 - 7.00 mlm

4.4.3 AKTIVITI 3BIDANG:Disiplin

TAJUK

: Ponteng (Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah)

OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. mengurangkan kes ponteng kelas dan ponteng sekolah

2. meningkatkan jati diri murid-murid

3. meningkatkan hubungan yang baik dengan GBKSM

MASA

: Setiap waktu pagi hari persekolahan

SASARAN: Murid ponteng

BAHAN

: Borang prestasi kehadiran

LANGKAH:1. Murid-murid berjumpa dengan GBKSM setiap pagi sebelum perhimpunan

2. GBKSM akan menandakan kehadiran

3. GBKSM memberi sentuhan mesra dan nilai murni

4. Kehadiran murid-murid akan membuat melalui graf kehadiran setiap minggu/bulan

Penilaian:1. Murid-murid merasakan kehadirannya ke sekolah amat diperlukan kerana adanya keprihatinan daripada GBKSM

Rumusan :1. Program ini akan dapat melihat analisa kehadiran murid melalui catatan kehadiran dan graf peningkatan kehadiran

Falsafah: 1. Masa Depan Itu Di Beli Oleh Masa Depan Sekarang Samuel Johnson

4.4.4 AKTIVITI 4BIDANG: Disiplin

TAJUK

: Ponteng (Luahan Rasa)

OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengeluarkan isi hatinya

2. Dapat mengetahuai masalah murid

3. Membantu murid mengatasi masalahnya

MASA

: 40 minit

SASARAN: Murid ponteng

BAHAN

: Kertas A4

LANGKAH: 1. Murid ditanya tentang masalah yang dihadapi

2. Murid diminta meluahkan rasahatinya pada kertas A4

3. GBKSM mengutip dan membaca luahan hati murid

Penilaian: GBKSM prihatin terhadap luahan rasa murid

Rumusan: 1. Dapat memberi nasihat dan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah murid

Falsafah: Tiada Masalah Yang Tidak Dapat Diselesaikan

4.4.5 AKTIVITI 5BIDANG: Disiplin

TAJUK

: Ponteng (Kaunseling Individu/sentuhan kendiri)

OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mempunyai inisiatif diri untuk mengurangkan masalah ponteng

2. Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupannya

MASA

: 40 minit

SASARAN: Murid ponteng

BAHAN

: Soal selidik kehadiran murid

LANGKAH: 1. GBKSM membuat temujanji dengan murid

2. GBKSM mengetahui perkembangan kehadiran murid melalui soal selidik kehadiran murid

3. GBKSM memberi galakan dan sokongan

4. GBKSM membuat pemantauan sepanjang masa

Penilaian : Murid dapat menangani masalah ponteng dengan yakin

Rumusan: 1. Kasih sayang daripada pihak sekolah membantu murid mengarah ke hala tuju yang positif

Falsafah: Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

4.4.6 AKTIVITI 6BIDANG: Disiplin

Tajuk

: Ponteng (Paparan Slaid Masalah Tingkahlaku)

Objektif: Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Membuat perbandingan melalui slaid salah laku

2. Menilai salah laku yang baik dan buruk

3. Mendapat iktibar daripada salah laku yang ditayangkan

Masa

: 40 minit

Sasaran: Murid ponteng

Bahan

: Slaid salah laku, kertas A4,LCD

Langkah: 1. Murid ponteng dibawa ke dalam bilik kaunseling

2. Murid ditayangkan dengan slaid salah laku

3. GBKSM meminta murid memberikan pendapat tentang slaid salah laku yang ditayangkan

Penilaian: 1. GBKSM memberi kertas A4 kepada murid untuk mencatat baik dan buruknya slaid yang ditayangkan

Rumusan: 1. Melalui tayangan slaid tadi, murid dapat membandingkan tingkah laku-tingkah laku yang baik dan tidak baik dan menilaikannya semula kepada masalah mereka

Falsafah: Hidup Penuh Dugaan Dan Cabaran

4.4.7 AKTIVITI 7BIDANG: Disiplin

TAJUK

: Ponteng (Program Lawatan Ke Pusat Pemulihan Akhlak- universiti)

OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti lawatan murid dapat:

1. Pendedahan tentang akibat tindakan salah laku murid

2. Kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan

3. Menghargai masa seharian dan masa hadapan

MASA

: 1 hari

SASARAN: Murid ponteng

BAHAN

: Pengangkutan dan sumber kewangan

Langkah: 1. GBKSM merancang dan menetapkan tarikh lawatan

2. GBKSM memohon kebenaran lawatan daripada pihak PPD

3. GBKSM membuat temujanji program dengan pusat yang dilawati

4. GBKSM membawa murid-murid ponteng ke pusat pemulihan akhak

5. Murid-murid menyaksikan aktiviti dan bersoal jawab dengan penghuni pusat pemulihan akhlak

6. GBKSM membuat post moterm lawatan bersama murid ponteng

Penilaian : 1. Murid-murid dapat menyaksikan dan menginsafi diri bahawa betapa ruginya ponteng sekolah, membuang masa dan terlibat dengan akiviti salah laku

Rumusan : 1. GBKSM dapat memberi kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan dikalangan murid ponteng agar tidak terlibat dengan tindakan salah laku

Falsafah : Menyimpang Seinci, Rugi Seribu Batu ( Peribahasa Cina)

4.4.7 AKTIVITI 8BIDANG: Disiplin

TAJUK

: Ponteng (Prestasi Akademik)

OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Dapat melihat perbandingan dan membuat analisa prestasi akademik

2. Dapat idea bagaimana untuk meningkatkan prestasi akademik

Masa

: 40 minit

Sasaran:Murid ponteng

Bahan

: Markah ujian bulanan

Langkah: 1. GBKSM membuat perbandingan antara 2 markah ujian bulanan

2. GBKSM membuat analisa markah bagi setiap mata pelajaran dengan melukis graf

3. GBKSM meminta murid memberi seb