golongan kata nama

Upload: jacqueline-angie-teo

Post on 01-Mar-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Golongan Kata Nama

TRANSCRIPT

  • GOLONGAN KATA NAMA

  • Golongan kata nama boleh dipecahkan kapada subgolongan bardasarkan ciri-ciri semantik perkataannya, iaitu seperti yang berikut:

    Kata nama khas Kata nama amKata ganti nama Kata nama

  • Kata Nama KhasKata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

    Kata nama khas hidupKata nama khas tak hidup

  • Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua iaitu:Kata nama khas hidup manusiaKata nama khas bukan manusia

  • Kata nama khashiduptak hidupmanusiabukan manusia

  • Kata nama khas hidupManusiaNina AhmadTun Abdul RazakRubiHamidP. RamleeHaniJamilRaja Azlan Shah

    Bukan manusiaTumpukAnanas comosus (nanas)Si BelangVanda Diana (orkid)Sang LamriSaparana Ahmad Sahab (orkid)

  • (ii) Kata nama khas tak hidup

    Kuala LumpurKapal Diraja MalaysiaPasir MasSri AndalasAhli Mangku NegaraDaya BumiGunung KinabaluWisma PahlawanProton SagaPlanet Marikh

  • Kata Nama AmKata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya.

    Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.

  • Kata nama am abstrakKata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contohnya:

    mimpikedamaianrohdemokrasiidamankemerdekaankehendakperhimpunanserapanpenyalahgunaan

  • (ii) Kata nama am konkritKata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. Contohnya:

    tanganpekerjarumahpelabuhankambingkekasihsungaijambatanlautankereta

  • Kata ganti namaKata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.

    Kata ganti nama diri boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti diri tanya dan kata ganti nama diri orang.

    Kata ganti diri nama orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua, dan kata ganti nama diri orang ketiga.

  • Kata ganti namaKata ganti nama tunjuk

    Kata ganti nama diri

    Kata ganti nama diri tunjuk

    Kata ganti Nama diri orang

    pertamakeduaketiga

  • i.Kata ganti nama tunjuk

    Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk menunjuk pada yang dekat.

  • ii.Kata ganti nama diri

    Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:

    a.Kata ganti nama diri tanyab. Kata ganti nama diri orang

  • Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri Tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang.

  • Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga. Contohnya,

    Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami,kita

    Kata ganti nama diri orang kedua: saudara, kamu, awak, engkau, dan anda

    Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, dan nya