golongan kata

Download Golongan Kata

If you can't read please download the document

Upload: frankie-sia-pwonn

Post on 07-Dec-2014

193 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

golongan kata dalam BM

TRANSCRIPT

GOLONGAN KATANik Safiah Karim et.al (1996) menjelaskan bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, antaranya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik. Ahli bahasa telah membuat pembahagian mengikut pemahaman masing-masing sebagaimana yang dijelaskan dalam rajah yang di bawah: (a) Golongan Kata Mengikut Marsden (1812):

(b) Golongan Kata Menurut Winstedt (1927):

(b) Golongan Kata Menurut Winstedt (1927):

1

(c) Golongan Kata Menurut Winstedt (1927):

(d) Golongan Kata Mengikut Asmah (1968):

2

(e) Golongan Kata Mengikut Abdullah Hassan (1983):

(f) Golongan Kata Mengikut Tatabahasa Dewan (1996):

3

(g) Golongan Kata Menurut Asraf (2007): Asraf telah membahagikan kata kepada golongan yang berikut: Kata nama Kata sendi Kata adjektif Kata kerja Kata keterangan Kata hubung Kata seru Kata sandang [yakni, kata penyerta yang bertugas untuk membendakan dan membezakan kataatau frasa yang disertainya; dikenal juga sebagai kata penyerta merupakan partikel yang tidak mempunyai erti serta tidak dapat berdiri sendiri. Contoh: nya, sang, si, yang]

Kelas kata yang utama terdiri daripada: Kata nama Kata adjektif Kata kerja Kata tugas

DEFINISI KATA NAMAZaba (1965) memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya. Definisi itu diluaskan dengan meliputi apa-apa yang terlintas dalam fikiran dan tidak dapat dipandang atau dipegang seperti akal, fikiran, kekuatan dan sebagainya. Abdullah Hassan (2003) memberikan definisi kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Lutfi Abas (1971) menyatakan kata nama sebagai kata yang terletak selepas bilangan atau bilangan serta penjodoh bilangan. Kata nama ialah kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan pangkat.

GOLONGAN KATA NAMA

4

(a)

Kata Nama Khas

Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Contoh:

(b)

Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu: hidup atau tak hidup. manusia atau bukan manusia. 5

institusi atau bukan institusi. konkrit atau abstrak. berbilang atau tak berbilang.

Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk: sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan binatang, dan yang hidup seperti tumbuhtumbuhan. sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat, dan sebagainya.

(c)

Kata Ganti Nama Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Asraf membahagikan kata ganti nama kepada lima, iaitu: kata ganti diri kata ganti tanya kata ganti tempat kata ganti tunjuk kata ganti tak tentu Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu: 6

kata ganti nama diri kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama dijelaskan dalam rajah yang berikut:

GOLONGAN KATA KERJA(a) Kata Kerja Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan (Nik Safiah Karim et.al, 1996). Zaba (1965) menamakan kata kerja sebagai perbuatan. Zaba menyatakan, jika kita menyebut fasal membuat atau mengerjakan sesuatu perbuatan terpaksalah memakai perkataan yang dinamakan perbuatan, kerana ialah sebutan bagi menyatakan perbuatan itu. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu: kata kerja tak transitif kata kerja transitif Kata kerja tak transitif pula dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu: kata kerja tak transitif tanpa pelengkap kata kerja tak transitif berpelengkap

7

(b)

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contoh:

berdiri pergi pulang bermain tidur

menyanyi kembali duduk makan belajar

Kata kerja tak transitif juga boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan. Contoh: 1. Adik Naili berdiri di situ. 2. Cikgu Ahmad telah pergi ke sekolah. 3. Mereka pulang dari sekolah. 4. Muhammad Syamil menyanyi di hadapan cermin. 5. Ayah duduk di tangga. 6. Kanak-kanak sedang bermain air di taman air

(c)

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah: (i) kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. (ii) Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif. (iii) Ayat yang mengandungi pelengkap TIDAK boleh dipasifkan. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada beberapa jenis, iaitu: kata adjektif frasa sendi nama kata nama

8

(d)

Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif. kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.

Kedua-dua kata kerja tersebut disebut sebagai kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. Contoh kata kerja transitif aktif : 1. 2. 3. 4. 5. Muhammad Syafiq menendang bola itu. Adik sedang melukis gambar kucing. Kakak mencuci pakaian sekolah. Murid-murid menyertai rombongan itu. Anak Pak Abu membaca buku cerita.

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh kata kerja transitif pasif : 1. 2. 3. 4. 5. Bola itu ditendang oleh Muhammad Syafiq. Gambar kucing itu sedang dilukis oleh adik. Pakaian sekolah dicuci oleh kakak. Rombongan itu disertai oleh murid-murid. Buku cerita itu dibaca oleh anak Pak Abu.

KATA ADJEKTIF: JENIS KATA ADJEKTIFKata Adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.

9

Anda akan dapat mengenal kata adjektif dengan berdasarkan beberapa petunjuk yang berikut: (a) Kata adjektif disertai dengan kata penguat seperti hebat, amat, paling cantik, laju betul, agak yakin, sangat tajam, gemuk amat, halus sekali dan lain-lain. (b) Kata adjektif sering kali disertai dengan imbuhan ter yang bermaksud paling dan se yang bermaksud sama seperti terhebat (paling hebat), termanis (paling manis), terkasar (paling kasar), seindah (sama indah), seharum (sama harum), seberani (sama berani), dan lain-lain. (c) Kata adjektif digunakan selepas nama benda atau sesuatu perkara. Penggunaannya selepas nama benda atau sesuatu perkara adalah seperti berikut: tenunannya halus, ukirannya cantik, caranya menakjubkan, fikirannya tajam, dan lain-lain. (d) Penggunaan kata adjektif dapat disertai kata nafi tidak. Contoh penggunaannya adalah seperti berikut: tidak putih, tidak lancar, tidak canggih, dan lain-lain. (e) Kata adjektif dapat diulang dengan awalan se dan akhiran nya. Contoh penggunaannya adalah seperti berikut: sedalam-dalamnya, setinggi-tingginya, semaju-majunya, dan lain-lain. (Ideal, UPM) Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn. Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2004: 214) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu:

Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Kata adjektif jenis ini dapat dilihat melalui empat keadaan iaitu: (i) Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat seperti menakjubkan, canggih, mempesonakan. (ii) Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang ) seperti cantik, mulia, bersedia, pagan. (iii) Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda seperti (iv) Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak seperti pemurah, pemarah, penyayang, pelupa, ramah. Contoh: budiman, ganas, berakal, cermat. letih, kasar. canggih, cemas (Ideal, UPM) Kata Adjektif Warna Kata adjektif warna terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya: putih, hitam, jingga, merah, biru

10

Kata Adjektif Ukuran Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberikan pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contoh: pendek, teal, kerdil, tinggi, nipis, panjang, renek, besar Kata Adjektif Bentuk Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang memberikan pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contoh: bengkok, lonjong, bujur, leper, lurus, lekuk, kempis, gelembung, bundar Kata Adjektif Waktu Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang mempunyai pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya: baru, awal, lambat, segera, suntuk, silam, lama, cepat, lampau, lewat Kata Adjektif Jarak Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata adjektif. Contohnya: jauh, hampir, dekat, nyaris Kata Adjektif Cara Kata adjektif acara ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contohnya: cepat, deras, laju, lambat, perlahan, lincah, gopohk, jelas, sering, selalu Kata Adjektif Perasaan Kata adjektif perasaan ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep perasaan, sebagai penerang kata adjektif dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya: rindu, benci, segan, suka, gembira, berahi, ragu, kasih, sayang Kata Adjektif Pancaindera Kata adjektif pancaindera ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. Rasa Pandang Dengar Bau Sentuh Gabungan sedap, manis, lazat, masam, kelat, pahit, masin, tawar, lemak, payau cantik, molek, hodoh, lawa, buruk, tampan, comel, segak bising, merdu, nyaring, lunak, mersik, serak, garau harum, wangi, busuk, hapak, tengik, semerbak, hanyir, hancing halus, licin, kasar, keras, kesat, lembap, lembut bersih (sentuh+pandang+bau), selesa (sentuh+pandang), (dengar+pandang)

tenteram

11

Kata TugasKata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Jadual yang berikut boleh membantu anda memahami tajuk Kata Tugas ini.

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21