perbandingan golongan kata

18
1. Tatabahasa Dewan : Nik Safiah Karim et al. 2. Nahu Melayu Mutakhir : Asmah Haji Omar 3. Pelita Bahasa Melayu Penggal I- III : Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) PERBANDINGAN GOLONGAN KATA SITI IRMI BINTI DIN (812806)

Upload: faizul-hafiz

Post on 16-Feb-2015

452 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perbandingan Golongan Kata

1. Tatabahasa Dewan : Nik Safiah Karim et al.2. Nahu Melayu Mutakhir : Asmah Haji Omar3. Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III : Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)

PERBANDINGAN GOLONGAN KATA

SITI IRMI BINTI DIN (812806)

Page 2: Perbandingan Golongan Kata

PENGENALAN

• Golongan kata boleh juga disebut sebagai kelas kata, kategori kata dan jenis kata

• Golongan kata merupakan proses menjeniskan dan menggelompokkan kata berdasarkan kriteria tertentu. Antara kriteria yang digunakan untuk menggolongkan perkataan ialah ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh kategori kata tersebut, makna kata, kesempurnaan bentuk, taburan kata dan fungsinya dalam ayat.

Page 3: Perbandingan Golongan Kata

PENGENALAN

• Menurut Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof ( 2009) menyatakan penggolongan kata merupakan penjenisan kata berdasarkan fungsi tatabahasa. Semua kata perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Page 4: Perbandingan Golongan Kata

PENGENALAN

• Dalam menggolong kata, terdapat empat kriteria yang digunakan dalm linguistik iaitu kriteria morfologi, kriteria sintaksis, kriteria semantik dan kriteria fonologi.

• Sarjana tatabahasa bahasa melayu khususnya menggunakan keempat-empat ciri ini dalam menentukan golongan perkataan dalam bahasa Melayu.

Page 5: Perbandingan Golongan Kata

Kriteria semantik atau makna

• Ciri semantik bermaksud penggolongan perkataan dilakukan dengan melihat kepada makna perkataan berkenaan. Berdasarkan kepada makna, maka perkataan dimasukkan ke dalam golongan masing-masing. Sebagai contoh, Za’ba (1965) menggolongkan kata nama mengikut kriteria semantik.

• Tetapi, pendekatan semantik sebenarnya sukar untuk menentukan golongan kata kerana ada kata nama yang berubah menjadi kata kerja atau kata adjektif. Perihal begini perlulah digunakan pendekatan kriteria sintaksis dan kriteria morfologi.

Page 6: Perbandingan Golongan Kata

Kriteria sintaksis atau struktur ayat

• Istilah ini membawa maksud bentuk iaitu ciri-ciri formal merujuk kepada fungsi sesuatu bentuk perkataan dalam binaan frasa dan ayat. Perkataan yang mempunyai fungsi sintaksis yang sama dimaksudkan ke dalam golongan yang sama. Fungsi perkataan dalam frasa dan ayat itulah dikenali ciri-ciri sintaksis. Dengan demikian, kriteria ini dilihat lebih bersifat saintifik.

Page 7: Perbandingan Golongan Kata

Kriteria sintaksis atau struktur ayat

• Kajian yang berdasarkan kepada ciri-ciri binaan sintaksis ini dilakukan oleh ahli bahasa seperti A.A. Teeuw (1963), Asmah Hj. Omar (1968) dan Abdullah Hassan (1969).

• Tatabahasa Dewan (1979, 1981, 1993, 2004 dan 2005 Semakan) menggunakan ciri sintaksis bagi menentukan golongan kata.

Page 8: Perbandingan Golongan Kata

Kriteria morfologi atau pembentukan kata

• Kriteria morfologi melihat ciri-ciri bentuk perkataan dalam membuat penggolongannya. Ciri ini banyak membantu menjelaskan golongan yang dihasilkan melalui kriteria semantik dan sintaksis.

• Sebagai contoh, semua bentuk perkataan yang menerima awalan pe-, iaitu penulis, pelatih, pemimpin dan lain-lain adalah termasuklah ke dalam golongan nama sebab awalan pe- menerbitkan kata nama

• Begitu juga semua perkataan yang menerima awalan me- seperti menari, menyanyi, menulis dan sebagainya termasuk ke dalam golongan kata kerja kerana awalan meN- adalah awalan kata kerja dan membentuk kata kerja.

Page 9: Perbandingan Golongan Kata

Kriteria fonologi atau bunyi

• Kriteria fonologi berkait rapat dengan proses morfofonologi. Abdullah Hassan (2006) menyatakan morfofologi ialah bidang yang mengkaji perubahan bunyi pada sempadan morfem apabila dua morfem dicantumkan bagi menerbitkan perkataan. Kriteria ini jarang digunakan kerana banyak melibatkan perubahan-perubahan bunyi yang berlaku semasa proses pengimbuhan.

Page 10: Perbandingan Golongan Kata

Tatabahasa Dewan Edisi KetigaGOLONGAN KATA

KATA TUGASKATA KERJA KATA ADJEKTIFKATA NAMA

KATA NAMA AM

KATA NAMA KHAS

KATA KERJA TRANSITIF

KATA KERJA TAK TRANSITIF

KATA GANTI NAMA

SIFATAN

WARNA

UKURAN

PANCAINDERA

BENTUK

WAKTU

CARA

PERASAAN

JARAK

KATA PENYAMBUNG

AYAT

KATA PRAKLAUSA

KATA PRAFRASA & PASCAFRASA

KATA PASCAKATA

Page 11: Perbandingan Golongan Kata

Nahu Melayu MutakhirGOLONGAN KATA

ADVERBAKARYAAN

KATA SIFAT

KATA KERJA

BENDA

KATA NAMA

KATA GANTI NAMA

KATA BILANGAN

Page 12: Perbandingan Golongan Kata

Pelita Bahasa Melayu Penggal I-IIIGOLONGAN KATA

KATA NAMA

KATA NAMA AM / NEKA

KATA NAMA KHAS

KATA PERBUATAN

PERBUATAN TAK MELAMPAU

(KATA KERJA TAK TRANSITIF)

PERBUATAN MELAMPAU (KATA KERJA TRANSITIF)

KATA GANTI NAMA

KATA SIFAT

SIFAT NAMA

SIFAT KATA

KATA SENDI

SENDI NAMA

SENDI KATA

SERUAN

Page 13: Perbandingan Golongan Kata

Pelita Bahasa Melayu Penggal I-IIIKATA GANTI DIRI

PERTAMA

UMUM

PERTANYAAN

PENUNJUK

KEDUA KETIGA

SENDI

Page 14: Perbandingan Golongan Kata

PERBANDINGAN UTAMA GOLONGAN KATATATABAHASA DEWAN

NIK SAFIAH et.al (2008)

NAHU MELAYU MUTAKHIR

ASMAH HAJI OMAR(2009)

PELITA BAHASA MELAYU

ZAINAL ABIDIN AHMAD (2000)

KATA NAMA

i.Kata Nama Am

ii.Kata Nama Khas

iii.Kata Ganti Nama

BENDA

i. Kata Nama

ii. Kata Ganti Nama

iii. Kata Bilangan

NAMA

i.Nama Khas

ii.Nama Nika

iii.Ganti Nama

-Diri

-Umum

-Pertanyaan

-Penunjuk

Page 15: Perbandingan Golongan Kata

TATABAHASA DEWAN

NIK SAFIAH et.al (2008)

NAHU MELAYU MUTAKHIR

ASMAH HAJI OMAR(2009)

PELITA BAHASA MELAYU

ZAINAL ABIDIN AHMAD (2000)

KATA KERJA

i.Kata Kerja Transiitif

ii.Kata Kerja tak Transitif

KARYAAN

i. Kata Kerja

ii. Kata Sifat

PERBUATAN

i.Melampau

ii.Tak melampau

-Diri

-Umum

KATA ADJEKTIF ADVERBA SIFAT

i.Sifat nama

ii.Sifat kata

Page 16: Perbandingan Golongan Kata

TATABAHASA DEWAN

NIK SAFIAH et.al (2008)

NAHU MELAYU MUTAKHIR

ASMAH HAJI OMAR(2009)

PELITA BAHASA MELAYU

ZAINAL ABIDIN AHMAD (ZA’BA)

KATA TUGAS SENDI

i.Sendi nama

ii.Sendi kata

-Penambah

-Penambat

SERUAN

Page 17: Perbandingan Golongan Kata

PENUTUP• Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan

perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.

• Dalam menggolongkan kata, Nik Safiah et.al (2013) , Asmah Haji Omar (2009) dan Zainal Abidin Ahmad (2000) menggunakan empat kriteria dalam linguistik iaitu morfologi,sintaksis,semantik dan fonologi. Walaupun terdapat perbezaan dalam golongan kata utama antara mereka namun teknik mengkelasannya masih sama iaitu menggunakan empat kriteria utama.

• Contohnya, Asmah mengkelaskan kata nama di bawah subgolongan benda berbanding Nik Safiah et.al dan Za’ba yang menggolongkannya sebagai golongan utama.

Page 18: Perbandingan Golongan Kata

PENUTUP

• Selain itu, kata sifat dan kata kerja berada di bawah subgolongan karyaan oleh Asmah manakala Nik Safiah et.al dan Za’ba menggolongkannya di bawah golongan utama.

• Keseragaman dalam setiap aspek bagi semua bahasa di dunia ini memang agak sukar dicapai. Namun perlunya sebuah buku yang menjadi pegangan dan panduan bagi pengguna seperti buku Tatabahasa Dewan agar tidak tersasar dan menyimpang dari peraturan atau sistem bahasa yang betul.