gimnastik artistik

19
June 8, 2022 VPS - MP. Kent

Upload: li-ting

Post on 18-Nov-2015

156 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

GIMNASTIK ARTISTIKGIMNASTIK ARTISTIKGIMNASTIK ARTISTIKGIMNASTIK ARTISTIK

TRANSCRIPT

  • Pola Pergerakan

    Gimnastik Artistik menekankan empat aktiviti utama:- kekuatan, imbangan, ketangkasan dan lombol.

    4 aktiviti utama dipecahkan kepada enam pola pergerakan yang dominan iaitu :

    1.Pendaratan,2.Statik,3.Gerak Edar,4.Putaran,5.Hamburan dan 6.Hayunan.

  • Pola-pola ini menjadi asas untuk perkembangan kemahiran Gimnastik Artistik. Kemahiran asas bagi setiap pola pergerakan adalah untuk menyediakan pelajar mempelajari kemahiran Gimnastik Artistik yang lebih sukar.

    Bagi setiap pola pergerakan, konsep kognitif penting diutarakan iaitu ;

    PENDARATAN

    Penyerapan daya lebih berkesan apabila dilakukan dengan merendahkan pusat graviti. Lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan untuk menyerap daya dengan lebih berkesan.

  • STATIK

    Kestabilan kestabilan ialah keupayaan badan untuk kembali ke posisi yang seimbang selepas ianya dipindahkan.

    Pusat graviti

    a. Kedudukan pusat graviti yang lebih rendah adalah lebih stabil.

    b. Kedudukan pusat graviti yang terhampir dengan pusat tapak lebih stabil.

    c. Semakin luas tapak adalah lebih stabil.

  • GERAK EDAR

    Pusat Graviti

    a.Pemindahan pusat graviti mengakibatkan pergerakan .

    b.Pergerakan badan dipengaruhi oleh masa,daya,aliran dan ruang.

    PUTARANa.Semakin kecil jejari putaran semakin pantas putarannya.

    b.Semakin besar jejari semakin perlahan putarannya.

  • HAMBURANAplikasi Daya Daya diperlukan untuk menggerakkan sesuatu objek . Objek itu akan bergerak mengikut arah daya itu bertindak. Aksi dan Reaksi Setiap aksi mempunyai reaksi yang sama dan bertentangan dengannya.Contohnya : Hambur Tangan

    HAYUNAN

    Aksi dan Reaksi Aksi lentikan badan semasa bawah palang akan menyebabkan satu reaksi. Daya pergerakan ini boleh dipercepatkan dengan menghayun kaki.Contoh : Hayunan pada palang.Beberapa kemahiran asas perlu digabungkan untuk menjadi satu rangkaian pergerakan. Pergerakan ini boleh dilakukan sama ada di lantai atau dengan menggunakan alatan.Rangkaian pergerakan ini akan melibatkan olahan ketiga-tiga aktiviti utama iaitu imbangan , ketangkasan dan lombol.

  • PERTIMBANGAN PENTINGDalam melakukan kemahiran-kemahiran Gimnastik Artistik beberapa pertimbangan penting perlu diambil kira.

    1.PERGERAKANPergerakan yang sempurna adalah hasil daripada teknik yang betul. Sesuatu pergerakan yang kompleks mestilah dilakukan dengan ansur maju kemudian barulah pergerakan yang khusus.

    2.RANGKAIANGabungan kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran imbangan,ketangkasan dan lombol. Sesuatu rangkaian yang dilakukan hendaklah licin dan berterusan .

  • 3.KECERGASANKecergasan adalah penting untuk membantu pelaku menghasilkan gerakan gerakan dalam Gimnastik Artistik. Aktiviti regangan, kelenturan , kekuatan serta daya tahan seharusnya dibuat terlebih dahulu sebelum memulakan kemahiran Gimnastik Artistik.

    4.NILAI KINESTETIK DAN ESTETIKMemahami gerakan-gerakan otot dan anggota badan serta dapat menghayati keindahan dan kecantikan postur sesuatu pergerakan dengan betul.

    5.POSTUR DAN KEYAKINAN DIRIPostur yang betul perlulah ditegaskan dari awal seperti dirian semasa mahu memulakan aktiviti, semasa melakukan aktiviti dan ketika mendarat. Ansur maju kepada aktiviti yang kompleks akan memberi keyakinan kepada diri pelaku.

  • 6.ALATAN

    Semua aktiviti yang melibatkan alatan perlu dipastikan kesempurnaan alatan itu dan ketinggian peti lombol mestilah disesuaikan dengan kebolehan murid. Pastikan semua alat reka ganti adalah sesuai dan selamat.

    7.PUSAT GRAVITI

    1. Kaitannya dengan kedudukan badan , imbangan dan putaran.

    2. Pentingnya dalam pengajaran Gimnastik Artistik.

  • FAHAMAN ASAS : PUSAT GRAVITIPusat Graviti sebagai pusat berat badan ( Weight Centre ) yang akan bertukar kedudukannnya berdasarkan bentuk badan dalam sesuatu pergerakan.

    a. Pusat graviti yang rendah dan dasar yang lebar adalah lebih stabil.

    b. Semakin jauh pusat graviti, semakin tidak stabil keadaan.

    c. Kestabilan yang maksimum berlaku apabila garisan graviti , pusat graviti dan titik tengah dasar sokongan berada dalam satu garisan tegak. Dalam keadaan ini,badan dikatakan berimbang. d. Putaran berlaku apabila pusat graviti ditolak off-centre dari dasar sokongan.

  • Unsur-Unsur yang boleh meningkatkan keyakinan diri:-Memahami dan meneliti konsep pergerakan.Penguasaan kemahiran:AnsurmajuLatih tubiDinamikTindakan autonomos (spontan)Kekerapan latihan

  • Alatan (baik dan selamat)PenyokongAda Guru yang sentiasa prihatin (mengawasi)Tahu keupayaan diri

  • Kualiti Penyokong:Berpengetahuan dan berpengalamanPosisi penyokong (tepat dan tidak menggangu pelaku)Sentiasa waspadaDapat menjangkan pergerakan pelakuMempunyai refleks/tindakan pantulan yang baik

  • Sentiasa memberi keyakinan kepada pelakuTahu bahagian badan yang akan disokong

  • Kualiti Guru yang BaikHarus bersedia dengan P&P yang menyeronokkan dan selamat.Boleh merancang - urutan aktiviti.Boleh menilai dan mengesan serta membetulkan kesalahan.Prihatin dari segi performance bukannya dari segi personal.

  • Antara tujuan Pengajaran GimnastikMembina disiplin kendiri:Kuasai kemahiranKeselamatanSelf expression (perasaan)Kesedaran kemampuan diri.Penggabunggan minda, emosi,fizikal yang seimbang dan harmoni.Dapat melatih diri menghormati keupayaan kawan dan diri sendiri.

  • Pendekatan Pengajaran Gimnastik (IDEA):Introduction (Pengenalan)Demonstrate (Demonstrasi)Explain (Penerangan)Analysis (Analisa)

  • Tips! Menyediakan P&P yang selamat.Perancangan.Peralatan diperiksa semula.Pakaian yang sesuai.Mengenali keupayaan pelajar.Sentiasa mengawasi.Kawalan kelas serius setiap aktiviti.Pemanasan badanyang cukup.Amaran risiko flick!