bank soalan pjpk jpn kelantan 2007 - · web view 5 gimnastik artistik dipersembahkan dalam...
Post on 31-Dec-2019
44 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
BANK SOALAN PJPK JPN KELANTAN 2007
Tajuk
: SOALAN PJPK TINGKATAN 3
Tunjang : KECERGASAN
1 Apakah fungsi jantung ?
A Mengepam darah melalui sistem otot badan
B Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular
C Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan.
D Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik
2 Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah
beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot.
Sistem kardiovaskular terdiri daripada
A ginjal, perut dan jantung.
B limfa, pankreas dan jantung
C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut
D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena
4 Aktiviti aerobik berupaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, contohnya ……...
A larian pecut
B bangkit tubi
C kilas pinggang
D lompat tali untuk jantung
8 Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa ?
A Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang
maksimun
B Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang
minimum
C Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
maksimun
D Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
minimum
10 Apakah komponen kecergasan yang diperkembangkan oleh latihan lari jarak jauh?
A Kepantasan
B Kelenturan
C Kekuatan otot
D Kepantasan Daya tahan kardiovaskular
13 Aktiviti tekan tubi bertujuan menguji
A kelenturan
B imbangan
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular
Tajuk
: SOALAN PJPK TINGKATAN 3
Tunjang : PERMAINAN - BOLA TAMPAR
1. Susun atur pemain bola tampar adalah mengikut strategi pasukan yang berputar untuk melakukan servis mengikut
A. arah jam
B. lawan jam
C. sesuka hati
D. arahan jurulatih
2. Siapakah pemain “libero” ?
I Boleh melakukan servis
I. Boleh melakukan halangan
II. Bertindak dibarisan belakang
III. Bertindak sebagai pertahanan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
9. Menyangga amat penting dalam bola tampar untuk
A. mengawal bola
B. mematikan bola
C. melakukan rejaman
D. menghantar bola kepada lawan
11. Semasa perlawanan berjalan untuk satu set, ‘time out’ boleh diambil sebanyak __
kali bagi setiap satu pasukan.
A. 1
B. 2
C. 3
D. 4
Tajuk
: SOALAN PJPK TINGKATAN 3
Tunjang : PERMAINAN - SOFBOL
Soalan 2 dan 3 adalah berdasarkan kenyataan dibawah
● home plate
● pitcher plate
1. Dua alat di atas adalah antara peralatan penting dalam permainan sofbol. Apakah
kegunaan “pitcher plate”
A. Tempat melakukan pukulan
B. Tempat melakukan lemparan
C. Tempat melakukan lontaran
D. Tempat melakukan tampanan
2. Apakah fungsi “home plate” dalam permainan sofbol
A. Tapak memulakan “run”
B. Tapak mendapat “strike”
C. Tapak melakukan “pitching”
D. Tapak memperolehi “run”
3. Siapakah yang wajib memakai topi keselamatan dalam permainan sotbol
A. Pemukul
B. Pemukul dan pemukul “on deck”
C. Pemukul,pemukul “on deck”, “base runner”
D. Pemukul,pemukul “on deck”, “base runner”dan “catcher”
4. Glove catcher juga dikenali sebagai
A. Glove Kitt
B. Glove Litt
C. Glove Mitt
D. Glove Nitt
Soalan 6 berdasarkan penyataan dibawah
Posisi
Fungsi/Peranan
P
● Melempar bola kepada pemukul
● memandang bola yang ditampan
Q
· Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan “diamond”
· Mematikan pemain yang yang berlari ke base pertama
· Mengawal bola yang ditampan
R
· Membantu pemain base kedua dan ketiga
· Memadang bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond
S
· Membantu pemain base kedua dan base ketiga
· Menangkap bola di bahagian kiri kawasan
5. Merujuk kepada penyataan di atas, pemain di posisi manakah yang digolongkan dalam kumpulan pemadang luar
A. P
B. Q
C. R
D. S
6. Jumlah pemain bagi permainan sofbol adalah
A. 6 orang
B. 7 orang
C. 8 orang
D. 9 orang
7. Apakah dua kemahiran asas semasa memadang dalam permainan sofbol.
A. Memukul dan menampan
B. Menyambut dan membaling
C. Melempar dan membaling
D. Memukuldan larian base
9
■ Windmill
■ sling shot
X
Rajah di atas merujuk kepada kemahiran X dalam pemainan softball iaitu ;
A. Kemahiran memukul
B. Kemahiran menampan
C. Kemahiran melempar
D. Kemahiran membaling
10 Dalam permainan sofbol giliran pasukan memukul dan memadang akan bertukar
setelah tiga orang pemain pasukan pemukul dimatikan. Kenyataan itu merujuk
kepada
A Run
B Tag
C Strike
D Inning
11 Pemukul akan terkeluar atau dikira “mati” jika
A Mendapat tiga larian bes
B Mendapat tiga strike
C Mendapat empat ball
D Mencecah base sebelum di tag
Soalan 12 sila rujuk gambar di bawah.
12 Apakah jenis gaya meluncur yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
A Luncur pop-up
B Luncur mencangkuk
C Luncur kepala dulu
D Luncur kaki bengkok
Tajuk
: SOALAN PJPK TINGKATAN 3
Tunjang : OLAHRAGA - LUMBA JALAN KAKI
2 Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah kedua-dua kaki tidak menyentuh bumi
dalam acara lumba jalan kaki ?
A Pastikan lutut kaki hadapan diluruskan
B Bergerak atau melangkah di atas satu garisan lurus
C Tegangkan otot belakang badan dan otot abdominal
D Pastikan bahu dan tangan tidak diangkat atau diayun terlalu tinggi.
3 Yang manakah simbol yang digunakan bagi atlet jalankaki yang melakukan kesalahan
lutut bengkok?
A
B
C
D
4 Jurulatih lumba jalan kaki menghadapi masalah atlet berjalan terlampau condong ke
belakang. Bagaimanakah tindakan jurulatih untuk mengatasinya ?
A Pastikan lutut kaki hadapan diluruskan
B Pastikan atlet tersebut bergerak di atas satu garisan lurus
C Pastikan otot belakang badan dan otot abdominal ditegangkan.
D Pastikan bahu dan tangan tidak diangkat atau diayun terlalu tinggi
7 Dalam pertandingan lumba jalan kaki, berapakah jumlah amaran akan diberi sebelum
penyertaan dibatalkan ?
A Satu kali
B Dua kali
C Tiga kali
D Empat Kali
8 Apakah tujuan berjalan di atas garisan lurus dalam latihan ansur maju lumba
jalan kaki ?
A Membentuk putaran pinggul yang betul
B Membentuk dan meningkatkan kekuatan daya tolakan kaki belakang
C Membentuk dan meningkatkan fleksibiliti bahagian bahu dan pinggul
D Mengadaptasikan teknik yang dipelajari dengan pelbagai tahap kelajuan
Tajuk
: SOALAN PJPK TINGKATAN 3
Tunjang : OLAHRAGA - LEMPAR CAKERA
1 Fasa manakah keadaan badan berada dalam posisi kuasa (power position) dalam acara lempar cakera ?
A. Fasa putaran
B. Fasa ikut lajak
C. Fasa lemparan
D. Fasa persediaan
2 Jari yang terakhir menyentuh cakera selepas fasa lemparan ialah
A jari hantu
B jari manis
C jari telunjuk
D jari kelingking
3 Antara berikut, yang manakah pergerakan cakera yang betul ?
A Kaku
B Statik
C Melawan arah jam
D Mengikut arah jam.
4 Apakah faktor-faktor yang menentukan jarak lemparan cakera ?
I Kelajuan
II Ketinggian atlet
III Sudut pelepasan
IV Teknik pegangan cakera
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV.
5 Berapakah masa yang diperuntukkan untuk melakukan lemparan cakera selepas sahaja masuk ke dalam bulatan melempar ?
A 30 saat
B 60 saat
C 90 saat
D 120 saat
6 Lemparan cakera dibatalkan apabila
I cakera tidak berputar
II cakera jatuh di luar kawasan sektor
III atlet keluar dari bulatan sebelum cakera menyentuh tanah
IV atlet keluar dari bulatan melalui bahagian hadapan atau sisi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV.
8 Aktiviti di atas terdapat dalam
A. fasa lemparan
B. fasa putaran
C. fasa ikut lajak
D. fasa persediaan.
9 Dalam kejohanan olahraga peringkat negeri, cakera 1.0 kg digunakan untuk
kategori umur
I lelaki bawah 18 tahun
II lelaki bawah 15 tahun
III perempuan bawah 18 tahun
IV perempuan bawah 15 tahun
A I, II dan III
B I