gimnastik artistik

Upload: nurul-ain-doris

Post on 14-Oct-2015

144 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Gimnastik artistik

Gimnastik artistik

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastikartistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya than otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:

Pendaratan

Statik

Gerak edar

Putaran

Hamburan

Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik, ialah:

Keuapayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol.

Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melomboldalam satu pergerakan.

Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar.

Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan.

Keupayaan untuk menguasai kemahiran supayakeindahan pergerakan dapat dihasilkan

Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

[sunting] Aspek KeselamatanAspek keselamatan amat dititikberatkan ketika menjalankan aktiviti gimnastik. Kita mestilah memahami penjelasan konsep-konsep penting pergerakan dan aspek biomekanik seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat graviti. Kamu juga mesti mengamalkan beberapa perkara berikut untuk mengelakkan risiko kecederaan.

Gunakan alatan yang sempurna, sesuai dan selamat

Lakukan aktiviti memanaskan badan, kelonggaran dan regangan yang secukupnya pada bahagian-bahagian otot dan sendi utama bagi mengelakkan risiko kecederaan

Lakukan aktiviti setelah menerima arahan guru dengan jelas

Lakukan aktiviti yang sukar dengan bantuan penyokong

Lakukan aktiviti di kawasan berumput atau bertilam

[sunting] Kemahiran1.Lombol Tegak Lalu

Teknik lakuan lombol tegak lalu

Lari dua atau 3 langkah

Lonjak dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan. Seterusnya lompat dan angkat pingul dengan meletakkan tangan seluas bahu atas peti lombol. Mata padang ke hadapan.

Bawa kedua-dua belah kaki melalui kedua-dua celah tangan. Tolakkan kaki.

Luruskan lutut semasa layangan sebelum mendarat. Mata padang ke hadapan.

Serap daya ketika mendarat.

Penyokong Berdiri di bahagian kiri pelaku.

Tangan kiri memegang bahu pelaku. Kaki dibuka luas untuk sokongan yang baik

Penyokong berdiri rapat dan memegang secepat yang boleh

Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri pelaku

Tangan kanan kekal memegang pelaku untuk memastikan pelaku tidak tersungkur.

2. Lombol kangkang

Teknik lakuan lombol kangkang

Lari dengan hujung kaki ke arah peti lombol dalam kelajuan terkawal. Lonjak dengan kedua-dua belah kaki dengan tangan diluruskan ke arah peti lombol

Letakkan tangan pada tempat yang telah difokuskan di atas peti lombol

Kangkang seluas yang boleh, lutut diluruskan dan pengelangan kaki difleksibelkan

Mata pandang ke hadapan

Mendarat dengan dua belah kaki dirapatkan

Lutut dibengkokkan sedikit ketika mendarat untuk menyerap daya

3. Hambur Kepala

Teknik lakuan hambur kepala

Duduk separa cangkung, gerakkan badan ke hadapan dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan

Sebaik sahaja tangan mencecah tilam, letakkan dahi di hadapan tangan.

Gerakkan kedua-dua belah kaki lurus dalam lakuan dirian kepala bersudut

Gerakkan pinggul terus ke belakang melepasi kepala dan ayunkan kedua-dua belah kaki dengan pantas ke belakang untuk lentikkan badan

Kedua-dua tangan membantu menolak badan ke atas dan mendarat dengan kedudukan berdiri. Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.

Penyokong

Tangan kiri di bahagian tengah belakang. Tangan kanan memegang bahagian bahu pelaku.

Siku rapat dengan badan pelaku.

Bantu menaikan badan pelaku.

Pastikan tangan kanan membetulkan badan pelaku.

Bantu hingga pelaku berdiri

Tangan kanan kekal hingga pelaku berdiri betul

Ansur maju aktiviti hambur kepala

Dirian kepala statik di atas tilam dan turunkan kaki lurus separas pinggul

Dirian kepala di atas tilam, turunkan kaki lurus ke paras pinggul dan hambur dengan bantuan penyokong

Duduk separa cangkung melompat dan membuat dirian kepala di atas tilam dan terus hambur dengan bantuan penyokong.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gimnastik_artistik"

Pendahuluan

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan , pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan, kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya than otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah: Pendaratan Statik Gerak edar Putaran Hamburan Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik, ialah: Keuapayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol. Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melomboldalam satu pergerakan. Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar. Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan. Keupayaan untuk menguasai kemahiran supayakeindahan pergerakan dapat dihasilkan Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.1.0 Sejarah Gimnastik Artistik

Sukan Gimnastik telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Aktiviti senaman bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradapan Cina 2000 tahun dahulu. Manakala tamadun India dan Persia dikatakan telah menggunakan senaman beramai awal seratus tahun daripada itu. Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini dikenali sebagai gymnasium. Ahli Falsafah Greek terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan sahaja sebagai seni , malahan merupakan ilmu sains kemasyarakatan.Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum sama ada lelaki mahupun wanita.

Tidak seperti sukan-sukan yang lain seperti bola sepak ataupun badminton, sukan jenis ini memerlukan (required) para peserta membuat persembahan di hadapan para penonton. Sukan ini juga memerlukan daya ketahanan fi zikal dan kemahiran (skill) yang cukup tinggi walaupun ketika membuat persembahan di peringkat asas. Latihan yang lebih diperlukan berbanding (compared) sukan jenis lain untuk memantapkan ketahanan fizikal dan kemahiran diri.

Walaupun begitu, masih belum ramai lagi yang menceburi sukan ini kerana sukan ini dikenali sebagai sukan yang mahal. Manakan tidaknya, perbelanjaan (expenses) untuk membeli sut pakaian sahaja boleh menelan sehingga ribuan ringgit sehelai. Walaupun begitu, penyertaan peserta di dalam sukan gimnastik ini pada asasnya lebih menjurus kepada keseronokan dan kesihatan (fitness) berbanding kemenangan.

2.0 Aspek KeselamatanAspek keselamatan amat dititikberatkan ketika menjalankan aktiviti gimnastik. Kita mestilah memahami penjelasan konsep-konsep penting pergerakan dan aspek biomekanik seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat graviti. Kamu juga mesti mengamalkan beberapa perkara berikut untuk mengelakkan risiko kecederaan. Gunakan alatan yang sempurna, sesuai dan selamat Lakukan aktiviti memanaskan badan, kelonggaran dan regangan yang secukupnya pada bahagian-bahagian otot dan sendi utama bagi mengelakkan risiko kecederaan Lakukan aktiviti setelah menerima arahan guru dengan jelas Lakukan aktiviti yang sukar dengan bantuan penyokong Lakukan aktiviti di kawasan berumput atau bertilam

3.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lompat Kangkang

Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan Rancangan Mengajar Tahun 5 di bawah Tunjang Gimnastik Artistik memfokuskan kepada Pola Pergerakan seperti gerak edar dan putaran. Gerak edar bermaksud pergerakan badan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Putaran pula bermaksud pergerakan memusingkan keseluruhan anggota badan. Dalam kemahiran Grak edar terdapat 3 bahagian gerakan badan iaitu lompat tegak ke hadapan , gelongsor kaki ke sisi bersilang dan lompat kangkang.

Dalam Gimnastik Artistik pola pergerakan Gerak edar di bawah tajuk kemahiran Lompat Kangkang , pelajar-pelajar di dedahkah dengan pendedahan aktiviti berikut :- Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi- Langkah kaki kanan ke hadapan- Rapat kaki kiri pada kaki kanan- Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki.- Cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.- Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.- Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.

3.1 Kemahiran berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi.

Sebelum memulakan larian untuk Pola Gerak Edar Lompat Kangkang pelajar-pelajar perlu memahirkan diri dengan kemahiran berdiri tegak ini supaya mereka dapat memfokuskan penumpuan dan keseimbangan terhadap kemahiran Lompat Kangkang ini.

3.2 Kemahiran Langkah kaki kanan ke hadapanLangkah kaki kanan ke hadapan untuk memulakan Pola Gerak Edar kemahiran Lompat Kangkang memberikan momentum dan kuasa pergerakan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat melakukan kekuatan gerakan otot dan kuasa hayunan untuk kemahiran Lompat Kangkang ini.

3.3 Kemahiran aktiviti Rapat kaki kiri pada kaki kananPelajar perlu memahirkan diri untuk menguasai kemahiran ini supaya tumpuan otot - otot utama yang terlibat contohnya Gasteriod dan Quadreceps dapat memberikan hayunan tenaga untuk membuat lompat kangkang.

3.4 Kemahiran Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki.

3.5 Cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.3.6 Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.3.7 Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.4.0 Ansur Maju aktiviti Lompat Kangkang

Ansur Maju amat penting sebelum aktiviti kemahiran dijalankan untuk memberikan keyakinan kepada pelajar-pelajar supaya kemahiran yang diajar dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

4.1 Ansur maju melalui aktiviti lompat ke hadapan dengan pendaratan Sebelah Kaki - Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi. - Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki melepasi gulungan tilam.- Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas.- Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas- Aktiviti dilakukan dengan mendarat dengan sebelah kaki.

4.2 Ansur maju melalui aktiviti lompat ke hadapan dengan pendaratan Dua belah kaki Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi. - Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki melepasi gulungan tilam.- Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas.- Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas- Aktiviti dilakukan dengan mendarat dengan dua belah kaki4.2 Ansur Maju Fasa Layangan dan Fasa Pendaratan

- Secara berpasangan , pelajar akan cuba melompat kangkang melepasi rakannya yang membongkok dan cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan. - Hayun kaki bebas dengan pantas- Paha pada posisi horizontal dan kekalkan posisi- Fasa lonjakan kaki bebas dibawa ke hadapan- Badan dinaikkan kehadapan- Kaki lonjak dibawa ke hadapan menyertai kaki bebas- Tangan dihayun ke atas cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.- Semasa menghala ke kawasan mendarat, tangan dihayun ke hadapan dan menghala ke bawah untuk bantu sasaran kaki- Kedua kaki dibawa ke hadapan dan diluruskan untuk mendarat- Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.- Mata pandang ke hadapan

5.0 RINGKASAN MENGAJAR TAHUN 5 2007

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Seberang PerakTarikh : 22 Oktober 2007Hari : SelasaMasa : 07:45-08.15 ( 30 minit )Tahun : 5 Bilangan Murid : Lelaki =15 Perempuan =16 Umur : + 11 Tahun

Tunjang pembelajaran : Kemahiran Gimnastik ArtistikTajuk : Gimnastik ArtistikKemahiran : 6.1 Pergerakan dalam Gimnastik ArtistikKemahiran yang diajar : Lompat KangkangPengetahuan sedia ada1. Murid pernah melakukan lompat tegak ke hadapan dan gelongsor kaki ke sisi bersilangdengan teknik yang betul semasa pembelajaran terdahulu.2. Murid pernah melakukan pergerakan gerak edar , lompat tegak ke hadapan dan gelongsor kaki ke sisi bersilang dengan tema dan fasa yang betul 3. Murid pernah melakukan pergerakan gerak edar, lompat tegak ke hadapan dan gelongsor kaki ke sisi bersilang dengan teknik yang betul.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

PSIKOMOTOR : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Melakukan aktiviti pergerakan Lompat Kangkang dengan menggunakan keseluruhan anggota badan pada tahap kemampuan diri pelajar tersebut serta melakukan 3 percubaan Lompat Kangkang dengan teknik yang betul sekurang- kurangnya 3 kali

KOGNITIF : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Menyatakan dengan betul tiga dari empat soalan-soalan yang berkaitan dengan Lompat Kangkang

AFEKTIF : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Mendisiplinkan diri ketika melakukan aktiviti penilaian kendiri dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kumpulan ketika melakukan aktiviti berkumpulan.

Pengabung jalinan :Bahasa Melayu dan Matematik

Nilai-nilai Murni : Keberanian , Keyakinan dan Kerjasama

ABM / BBM : Carta Bergambar Lompat KangkangSkital . Gulungan tilam alas dan tali

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATANSet Induksi3 minit 1.1 Memanaskan badan :a. slow jogb. Lari skip

1.2 Regangan dan kelonggaran1.2.1 Quadriceps stretch1.2.2 Adductor stretch1.2.3 Lateral flexor stretch ( berpasangan ) - Lari perlahan dalam kawasan yang di tetapkan.

- Lari lutut tinggi sambil hayun tangan tinggi.

1.2.1 Tarik kaki dari belakang. Cuba luruskan kaki tersebut, lakukan 6 10 saat. Kurangkan ketegangan, kemudian tarik kaki berkenaan sekali lagi dengan lebih kuat. Lakukan prosedur untuk kedua-dua belah kaki.

1.2.2 Luruskan kaki ke sisi badan dan paksakan ke arah lantai dan kekalkan 6 10 saat. Kurangkan tekanan dan tekan kaki berkenaan dengan kuat dan ulang untuk kaki berikutnya.

Tolak menentang daya rakan;iaitu cuba menegakkan badan, lakukan 6-10 saat. Lari mengelilingi kawasan 20m x 20m

Dalam formasi bulatan

1.2.1 1.2.21.2.3

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATANPerkembanganLangkah 1( 10 minit )

Memperkenalkan Lompat KangkangMelalui penggunaan Carta.

Ansur majuLompat ke hadapan

a. Sebelah Kakib. Dua belah kaki

Guru memperkenalkan Lompat Kangkang kepada pelajar dengan menggunakan carta berkenaan teknik lompatan dan otot-otot yang terlibat.

1. Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi2. Langkah kaki kanan ke hadapan3. Rapat kaki kiri pada kaki kanan4. Lompat sambil mengangkangkan kedua- dua belah kaki.- Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi.- Kedudukan kepada menghala ke hadapan. Dagu tinggi- Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas.- Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas- Mendarat dengan sebelah kaki- Mendarat dengan dua belah kaki

Carta Gambar teknik Lompat KangkangGulungan Tilam

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATANPerkembanganLangkah 2

10 minit

Ansur Maju :

c. Fasa layangand. Fasa Pendaratan 5. Cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.6. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

- Hayun kaki bebas dengan pantas- Paha pada posisi horizontal dan kekalkan posisi- Fasa lonjakan kaki bebas dibawa ke hadapan- Badan dinaikkan kehadapan- Kaki lonjak dibawa ke hadapan menyertai kaki bebas- Tangan dihayun ke atas cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.- Semasa menghala ke kawasan mendarat, tangan dihayun ke hadapan dan menghala ke bawah untuk bantu sasaran kaki- Kedua kaki dibawa ke hadapan dan diluruskan untuk mendarat- Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.- Mata pandang ke hadapanOtot utama yang terlibat :i. Gasteriodii. Hamstring group & rektus femorisiii. Quadreceps

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATANPerkembanganLangkah 3

4 minitPertandingan Lompat Kangkang ( dengan 2 belah kaki )Dua kumpulan A dan B

Lompatan Kangkang -Pemenang kumpulan dinilai melalui Pendaratan dua belah kaki, berdiri tegak dengan mendepangkan ke dua belah tangan berdasarkan jumlah kejayaan ahli kumpulanPenutup

3 minit Menyejukkan badan

1.2.4 Quadriceps stretch1.2.5 Adductor stretch1.2.6 Lateral flexor stretch ( berpasangan) - Tarik kaki dari belakang. Cuba luruskan kaki tersebut, lakukan 6 10 saat.

- Kurangkan ketegangan, kemudian tarik kaki berkenaan sekali lagi dengan lebih kuat. Lakukan prosedur untuk kedua-dua belah kaki.

- Luruskan kaki ke sisi badan dan paksakan ke arah lantai dan kekalkan 6 10 saat. Kurangkan tekanan dan tekan kaki berkenaan dengan kuat dan ulang untuk kaki berikutnya.

- Tolak menentang daya rakan;iaitu cuba menegakkan badan, lakukan 6-10 saat.

Dalam formasi bulatan

1.2.41.2.51.2.6

LAMPIRAN RUMUSAN

Gimnastik Artistik merupakan salah satu komponen dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( PJK ). Gimnastik Artistik adalah kemahiran dan aktiviti yang mengandungi unsur-unsur dan disiplin ilmu yang disampaikan melalui aktiviti-aktiviti yang berunsur pendidikan yang akan mempengaruhi dan membina sifat-sifat fizikal, sosial dan emosi yang sihat.Gimnastik Artistik bertujuan memberi peluang kepada para pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyegarkan dan membantu perkembangan pertumbuhan serta kecergasan fizikal mereka. Dengan erti kata lain, ianya membawa maksud tujuan untuk memupuk perkembangan yang optima kepada para pelajar dari aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. Melalui aktiviti fizikal, ianya dapat membentuk nilai-nilai personaliti yang sihat yang akan mencorakkan warganegara yang sihat, cergas dan produktif. .Misalnya terdapat sikap mematuhi undang-undang, berdisiplin, berkerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur, bersatu padu dan sebagainya. Sifat-sifat yang berkualiti ini memang dikehendaki oleh semua negara khususnya di negara kita ini.

Pembelajaran yang berkualiti sebenarnya bergantung kepada kebolehan pendidik menggunakan pendekatan pengajaran yang dapat memenuhi kehendak, minat serta kebolehan pelajar agar proses pengajaran ini dapat menepati objektifnya. Guru yang terlibat dalam pengajaran pendidikan jasmani hendaklah dapat menggalakkan pelajar menguasai kemahiran berfikir supaya setiap tugasan pelajaran dapat difahami dan dinilai untuk dilaksanakan. Penglibatan dalam aktiviti dan tugasan yang terancang ini memberi peluang kepada pelajar mencuba dan merasai keadaan yang sebenar. Percubaan ini secara tidak langsung memberikan satu bentuk pengalaman baru selaras dengan konsep belajar melalui aktiviti fizikal dalam pembelajaran pendidikan jasmani di sekolah yang meliputi aspek kecergasan fizikal, psikomotor, kognitif, afektif dan sosial.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran 2020. KualaLumpur: Nurin Enterprise.

Borhannuddin, Abdul Razak, & Hamizon (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Mohd.Sofian, Omar Fauzee (2002). Pendekatan Psikologi dalam Menangani Masalah Atlit. Shah Alam : Karisma Pub;lications Sdn.Bhd.

Shaharudin Abd.Aziz. (2001). Mengaplikasi Teori Psikologi dalam Sukan.Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Vasudevan T.Arasoo (1991). Psikologi Sosial dalam Penddikan Jasmani dan Sukan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia : Satu Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia . Universiti Utara Malaysia , Kedah , Ogos , 18 20 .

Saifol Bahary & Hasnul Faizal(2007). Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan.; Kuala Lumpur : Open University (OUM).

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

http://www.msn.gov.com.my/gimnastik/artistik. (21 Oktober 2007)http://www.moe.gov.edu.my/huraian (21 Oktober 2007)

Gimnastik Artistik

Gimnastik artistik

menekankan tiga aktiviti

utama iaitu imbangan,

ketangkasan dan lombol.

Strategi pengajaran dan

pembelajaran adalah formal

dan terancang. Teknik dan

gaya pelaksanaan sesuatu

kemahiran pergerakan

adalah khusus.

(i) Pola Pergerakan:

Pola pergerakan 5

- Hambur

Pola pergerakan 6

- Hayunan

Pola pergerakan 7

- Rangkaian

(ii) Aspek-Aspek

Keselamatan

Latihan yang