gerko

5
3.0 LAPORAN KHIDMAT KOMUNITI PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2014 Tajuk : Laporan Khidmat Komuniti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform IPG KPI 2014 Tarikh : 11 September 2014 Masa : 7.00 pagi – 10.00 pagi Tempat : Kem Bina Negara Ulu Sepri,Rembau. 3.1 Pengenalan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam telah diadakan pada 8 sehingga 11 September 2014 bertempat di Kem Bina Negara Ulu Sepri,Rembau.Satu aktiviti khidmat komuniti telah dijalankan didalam Perkhemahan Perdana tersebut. Kesan daripada beberapa aktiviti yang dijalankan menyebabkan berlakunya beberapa keadaan yang tidak sedap mata memandang.Terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan utama aktiviti khidmat komuniti seperti sungai,tandas,kawasan perkhemahan,kawasan memasak,dan lain- lain lagi. Oleh hal demikian,aktiviti khidmat komuniti perlu dijalankan bagi membersihkan dan memastikan keadaan kembali pulih seperti asalnya. 3.2 Objektif Antara Objektif Khidmat Komuniti yang dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar melakukan aktiviti kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat supaya membentuk sifat dan sahsiah terpuji.Selain itu,ianya bertujuan merapatkan perhubungan silaturrahim yang akrab di antara satu sama lain di samping membentuk satu ikatan yang kukuh.Tambahan pula,program ini dapat membentuk kerjasama yang erat di antara pelajar dan menempuh nilai- nilai murni dalam kumpulan dan seterusnya membentuk satu perhubungan baik antara masyarakat setempat dan bakal-bakal guru. 3.3 Laporan Khidmat Komuniti 3.3.1 Sebelum Para peserta berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk mendengar taklimat daripada pengerusi iaitu Saudara Fikri bin Mat Arip dan Pensyarah penasihat iaitu Puan Noreha binti Sarkawi.Didalam taklimat tersebut,Pengerusi telah menyatakan beberapa tempat yang perlu diberi keutamaan iaitu kawasan perkhemahan,kawasan memasak,kawasan

Upload: thilagess-devarajoo

Post on 21-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: gerko

3.0 LAPORAN KHIDMAT KOMUNITI PERKHEMAHAN PERDANA

UNIT BERUNIFORM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2014

Tajuk : Laporan Khidmat Komuniti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform IPG KPI 2014

Tarikh : 11 September 2014

Masa : 7.00 pagi – 10.00 pagi

Tempat : Kem Bina Negara Ulu Sepri,Rembau.

3.1 Pengenalan

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

telah diadakan pada 8 sehingga 11 September 2014 bertempat di Kem Bina Negara Ulu

Sepri,Rembau.Satu aktiviti khidmat komuniti telah dijalankan didalam Perkhemahan

Perdana tersebut. Kesan daripada beberapa aktiviti yang dijalankan menyebabkan

berlakunya beberapa keadaan yang tidak sedap mata memandang.Terdapat beberapa

tempat yang menjadi tumpuan utama aktiviti khidmat komuniti seperti

sungai,tandas,kawasan perkhemahan,kawasan memasak,dan lain-lain lagi. Oleh hal

demikian,aktiviti khidmat komuniti perlu dijalankan bagi membersihkan dan memastikan

keadaan kembali pulih seperti asalnya.

3.2 Objektif

Antara Objektif Khidmat Komuniti yang dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada

pelajar melakukan aktiviti kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat supaya membentuk

sifat dan sahsiah terpuji.Selain itu,ianya bertujuan merapatkan perhubungan silaturrahim

yang akrab di antara satu sama lain di samping membentuk satu ikatan yang

kukuh.Tambahan pula,program ini dapat membentuk kerjasama yang erat di antara pelajar

dan menempuh nilai-nilai murni dalam kumpulan dan seterusnya membentuk satu

perhubungan baik antara masyarakat setempat dan bakal-bakal guru.

3.3 Laporan Khidmat Komuniti

3.3.1 Sebelum

Para peserta berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk mendengar taklimat daripada pengerusi

iaitu Saudara Fikri bin Mat Arip dan Pensyarah penasihat iaitu Puan Noreha binti

Sarkawi.Didalam taklimat tersebut,Pengerusi telah menyatakan beberapa tempat yang perlu

diberi keutamaan iaitu kawasan perkhemahan,kawasan memasak,kawasan

persekitaran,tandas,kelas dan lain-lain lagi. Sebanyak 8 kumpulan besar dan 4 kumpulan

kecil telah dibentuk bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti.Ketua

dilantik untuk setiap kumpulan dan menjadi orang tengah dalam penyampaian maklumat

dan tugasan.Sejurus kemudian,Ketua kumpulan diminta mengambil peralatan yang

diperlukan bagi memudahkan urusan gotong-royong yang dijalankan.Seterusnya,Puan

Noreha memperincikan aspek-aspek yang perlu dijaga semasa melaksanakan aktiviti

gotong –royong seperti keselamatan,kebersihan dan sebagainya.

Page 2: gerko

3.3.2 Semasa

Aktiviti gotong-royong dimulakan tepat jam 8.00 pagi.Setiap kumpulan bergerak ketempat

yang telah ditentukan.Di tapak perkhemahan,kumpulan dipecahkan lagi kepada bahagian

tugasan iaitu mengemas khemah,mengutip sampah,meruntuhkan gadget dan lain-lain

lagi.Khemah yang siap dikemas dimasukkan kedalam beg dan disusun disatu tempat bagi

memudahkan urusan penyimpanan.Gadget yang dihasilkan mengunakkan

buluh,diruntuhkan dan dirombakkan.Buluh-buluh itu kemudian dibawa ketempat yang telah

ditetapkan yang berhampiran dengan kawasan perkhemahan tersebut.Antara peralatan

yang digunakan semasa merombak ikatan ialah parang,pisau,gunting dan

sebagainya.Manakala kumpulan yang ditugaskan membersihkan tandas pula bergabung

dengan wakli unit beruniform yang lain iaitu Pengakap,Pandu Puteri,Kadet Remaja Sekolah

dan Pergerakan Puteri Islam.Dua buah tandas yang dibersihkan iaitu tandas peserta lelaki

dan tandas peserta perempuan.Keadaan tandas yang agak kotor menyebabkan

ketidakselesaan pengguna terutamanya pada bahagian lantai yang tercemar akibat lumpur

dan kesan tapak kasut peserta.Oleh hal demikian,Kumpulan yang bertugas menggunakan

beberapa alatan seperti penyapu,mop, dan pencuci untuk mencuci bahagian lantai

tandas.Selain itu,kolah juga dibersihkan dan diisi dengan air yang bersih untuk kegunaan

ramai.Di kawasan masakan pula,ketua kumpulan membuat pembahagian kerja dengan

efektif lantaran kerja yang berlambak.Antara kerja atau tugasan yang diagihkan ialah

membersihkan periuk dan alatan masakan.Alatan-alatan masakan yang dibasuh dan

dibersihkan dengan baik kemudiannya disusun sebelum diangkut kedalam bas.Bahan

mentah yang masih berbaki pula dimasukkan didalam kotak dan disusun dengan baik.Selain

itu,peserta juga membersihkan longkang yang tercemar oleh sisa-sisa bahan mentah dan

makanan.Kawasan sekitar itu disapu dan dibersihkan dengan sempurna. 

3.3.3 Selepas

Selesai aktiviti gotong-royong dijalankan,Puan Noreha selaku pensyarah penasihat

membuat pemantauan terhadap kawasan yang telah ditetapkan.Beliau membuat penilaian

terhadap tahap hasil kerja para peserta.Beliau mengarahkan supaya para peserta

mengumpulkan beg,barang dan segala alatan pada suatu tempat yang lebih mudah untuk

diangkut kedalam bas.Barangan dan peralatan yang digunakan sepanjang berjalannya

perkhemahan disemak supaya tidak ada yang tertinggal ataupun hilang.Setelah itu,Beliau

berpuas hati dan memberikan peluang kepada peserta untuk menguruskan diri.Hasil

daripada khidmat komuniti yang dijalankan,tapak perkhemahan kelihatan lebih bersih dan

harmoni berbanding sebelum kehadiran peserta kesana.Para peserta kemudian bergerak ke

Dewan untuk Majlis Penutupan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform peringkat IPG

Kampus Pendidikan Islam 2014.

3.4 Rumusan

Aktiviti Khidmat Komuniti ini diharapkan dapat memberi pelbagai manfaat dan faedah

kepada para pelajar dan masyarakat setempat. Semoga matlamat mangadakan aktiviti ini

dapat dicapai sebagaimana yang dihasratkan melalui objektif pelaksanaannya. Justeru

Page 3: gerko

pelajar mampu untuk menjadi seorang guru yang berkualiti sebagaimana yang dihasratkan

melalui Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

4.0   PENUTUP

Sesungguhnya tugasan kerja kursus WAJ 3111 Unit Beruniform PISMP Semester 4 Ambilan

Januari 2013 amatlah bermanfaat dan efektif.Para Pelajar memprolehi pengalaman

menyediakan kertas kerje khususnya kertas kerja Perkhemahan Perdana Unit Beruniform

yang menjadi aset dan pengetahuan yang penting apabila berguru kelak.Penghasilan kertas

kerja membolehkan bakal guru belajar untuk merancang,menyusun dan mengatur sesuatu

perkara.Pengalaman ini mampu menjadikan bakal guru seorang yang bijak dala merancang

sesuatu perkara malahan pengalaman yang sama mampu digunakan untuk menghasilkan

pelbagai lagi jenis kertas kerja.

Kertas Kerja yang berkualiti,terperinci,tepat dan sempurna memudahkan sesuatu kelulusan

daripada pihak tertentu.Ketelitian amat penting didalam menghasilkan sesuatu

perkara.Justeru itu,tugasan ini melatih bakal guru agar teliti dan sentiasa berwaspada

dengan segala perkara.Sifat teliti pasti menjanjikan hasil yang cantik,baik dan sempurna.

Selain itu,aktiviti khidmat komuniti amatlah memberi manfaat yang sangat banyak dalam diri

para peserta.Bakal guru dapat mengenali potensi diri, bangga dengan bakat dan yakin

dengan diri sendiri. Kemahiran yang disediakan dalam program ini amatlah sangat berguna

kepada bakal guru .Nilai kesepaduan dan kerjasama dalam mengharungi kehidupan

sebagai guru diterjemahkan dengan sangat jelas melalui aktiviti-aktiviti seperti menebas,

memasak, membersihkan kawasan dan mengemas peralatan. Program ini memberi

kesempurnaan yang amat jelas dari segi fizikal malahan mental kepada seseorang guru.

Penyediaan laporan membolehkan peserta dapat mengimbas kembali perkara yang

dipelajari semasa aktiviti khidmat komuniti.Bakal guru akan lebih bersedia dan terdedah

dengan amalan kerja guru di sekolah.

Diharapkan agar tugasan ini terus menerus memberi manfaat kepada semua warga

pendidikan samada sebagai bahan rujukan mahupun medium penyampaian

maklumat.Semoga tugasan sebegini akan terus diperkemaskan dengan pelbagai variasi

yang lebih efektif dan seterusnya dapat melahirkan guru yang seimbang selaras dengan

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

5.0   REFLEKSI

Alhamdulillah,Syukur kehadrat Allah S.W.T diatas keizinan-Nya dapat jua saya menyiapkan

tugasan kerja kursus WAJ 3111 Unit Beruniform dengan jayanya.Sebelum menyiapkan

tugasan ini saya seorang yang sangat lemah dalam merancang sesuatu perkara.Setiap

pekerjaan yang saya lakukan kurang teratur dan tidak tersusun.Namun apabila terlibat

dalam menyediakan kertas kerja Perkhemahan Perdana Unit Beruniform,saya mula sedar

bahawa merancang adalah sesuatu perkara yang penting.Perancangan yang rapi dan baik

akan memudahkan setiap urusan yang kita bakal lakukan.Didalam menghasilkan kertas

kerja,pemikiran perlu lebih kehadapan dan membayangkan keadaan yang bakal terjadi.Saya

Page 4: gerko

melihat banyak keadaan yang berkemungkinan terjadi dan perlunya rancangan kedua

ataupun ‘plan B’.Sikap suka merancang membolehkan seseorang itu lebih bersedia

terutamanya dalam kehidupan seorang guru kelak.

Selain itu,saya juga belajar penyelesaian masalah didalam menghasilkan sesuatu kertas

kerja.Melihat kepada beberapa masalah dan kekurangan yang bakal dihadapi,pemikiran

saya lebih terbuka.Antara masalah yang perlu dihadapi ialah pemilihan masa,tempat,dan

anggaran perbelanjaan yang sesuai.Seorang bakal guru seperti saya mestilah berusaha

memilih kesesuaian yang bertepatan dengan masa persekolahan,keselesaan dan

peruntukkan kewangan.Saya sedar bahawa untuk melaksanakan sesuatu program bukanlah

sesuatu yang mudah.Setiap masalah dan cabaran yang dating hendaklah dihadapi dengan

tabah dan teguh.

Selain itu,saya juga dapat belajar cara untuk menyediakan laporan dengan baik.Membuat

semakan format laporan memberikan saya pendedahan terhadap tugasan guru kelak.Sudah

pastinya saya akan berhadapan dengan tugasan yang sama apabila bekerja kelak.Melalui

penulisan laporan khidmat komuniti saya dapat mengingati kembali peristiwa yang berlaku

sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.Nilai kerjasama dan bantu-membantu Berjaya dipupuk

dalam setiap peserta seperti aur dengan tebing.Setiap perkara dilakukan bersama,yang

berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Saya dapat merasakan hubungan yang mesra

didalam melaksanakan aktiviti khidmat komuniti tersebut.

Saya berharap agar tugasan ini akan terus dibuat penambahbaikkan pada masa yang akan

dating.Di sini saya bercadang agar tugasan pada masa hadapan lebih bersifat moden dan

teknologi.Sebagai contohnya,laporan disediakan menggunakan aplikasi web 2.0 yang

membolehkan peserta menayangkan gambar tanpa had dan menjimatkan.Melalui

penggunaan aplikasi web 2.0 juga dapat mengongsikan maklumat secara umum dan dapat

dijadikan sumber rujukan oleh warga pengguna.Antara kebaikan laporan yang disediakan

dengan menggunakan aplikasi web 2.0 ialah perkongsian tanpa had,lebih jelas dan

terperinci serta bukan sahaja dapat menayangkan gambar semata-mata malahan dapat

memuatkan video aktiviti.Selain itu,ianya lebih tahan lama dan dapat diakses oleh semua

pengguna.Selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat,maka wajarlah

tugasan untuk melengkapkan seorang guru mengikut arus pemodenan

Negara.Sekian,terima kasih.