gci assignment

7
1 TUGASAN A Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru pendidikan Isu keganasan antarabangsa Isu pemerdag angan manusia Kemiskinan Dunia Ketiga Isu pemakanan dan kesihatan Isu alam sekitar ISU KONFLIK DUNIA

Upload: vincent-ho

Post on 12-Oct-2015

1.848 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

GCI

TRANSCRIPT

TUGASAN AISU KONFLIK DUNIA

TUGASAN BImpak Konflik Dunia terhadap Peluang Pendididkan1. PengenalanPendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancar dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing yang memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan.Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat telah mentafsirkan konflik bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu. Konflik dunia pula bermakna pertentangan antara Negara. Terdapat beberapa isu goblal yang telah menyebabkan konflik dunia pada masa kini. Contohnya, isu keganasan antarabangsa, isu pemerdagangan manusia, kemiskinan Dunia Ketiga, isu pemakanan dan kesihatan, dan isu alam sekitar. Isu-isu global yang beraku secara giat ini telah mendatangkan kesan-kesan yang negatif terhadap sistem pendidikan. Persoalan di sini, apakah implikasi konflik dunia terhadap sistem pendidikan? Tepuk dada tanya selera.

2. Isu-isu konflik dunia2.1 Isu keganasan antarabangsaKeganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan. Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ini juga menyebabkan peperangan selalu berlaku. Kadang kali, banyak sekolah akan diroboh akibat berlakunya peperangan. Hal ini juga bermakna banyak pelajar tidak dapat pergi ke sekolah untuk menerima pendidikan. Apabila peperangan berlaku, suasana di sekeliling akan menjadi huru-hara dan bising. Suasana yang sebegini tidak sesuai untuk belajar. Jadi, jelaslah bahawa berlakunya isu keganasan antarabangsa telah menyebabkan penurunan peluang pendidikan.

2.2 Isu pemerdagangan manusiaPemerdagangan manusiaadalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuanperhambaan,pelacuran, danburuh paksa(termasuk melalui ikatan hutang). Pada masa kini, banyak kanak telah diculik. Banyak daripada mereka diculik untuk tujuanperhambaan,pelacuran, danburuh paksa. Ini telah menjejaskan masa depan mereka kerena mereka tidak mendapat peluang pendidikan sejak kecil lagi. Ini juga menyebabkan berlakunya masalah kekurangan murid atau dipanggil SKM(sekolah yang kurang daripada 250 orang). Banyak sekolah telah dipaksa ditutup kerana kekurangan murid. Hal ini bermakna peluang pendidikan akan merosot.

2.3 Kemiskinan Dunia KetigaDunia ketiga ialah Negara yang mundur dan tidak maju. Negara-negara tersebut lemah dari segi politik, sosial dan ekonomi. Umumnya kemiskinan dirujuk kepada tingkat pendapatan mutlak rendah. Kemiskinan merupakan problematika kemanusiaan yang telah mendunia dan hingga kini masih menjadi isu sentral di belahan bumi manapun. Selain bersifat laten dan aktual, kemiskinan adalah penyakit sosial ekonomi yang tidak hanya dialami oleh Negara-negara berkembang melainkan negara maju sepeti Inggeris dan Amerika Serikat. Oleh sebab Negara yang mundur dan tidak maju, masyarakat di situ biasanya terdiri daripada keluarga yang miskin. Ibu bapa tidak berupaya membayar yuran pembelajaran anak-anak mereka. Pihak kerajaan juga tidak berupaya mengupah banyak guru di sekolah dan menyebabkan kekurangan guru di sekolah. Pihak sekolah juga tidak berupaya membekalkan kemudahan asas untuk pendidikan kerana kekurangan wang. Oleh itu, masyarakat tidak dapat mempunyai peluang pendidikan yang tinggi.

2.4 Isu pemakanan dan kesihatanHari ini, banyak kes kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan masyarakat. Beberapa jenis penyakit atau masalah kesihatan utama yang dihadapi masyarakat masa kini termasuklah masalah jantung, diabetes atau kencing manis dan tekanan.Isu pemakanan dan kesihatan telah menjejaskan tahap kesihatan masyarakat. Masyarakat yang kurang sihat tidak dapat pergi ke sekolah untuk belaar kerana mereka perlu menerima rawatan di hospital pada masa yang singkat atau panjang. Oleh hal demikian, mereka tidak dapat melibatkan diri dalam apa-apa yang dianjurkan oleh pihak sekolah, seperti bidang sukan. Peluang pendidikan juga berkurangan.

2.5 Isu alam sekitarAlam sekitar bermaksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Dalam usaha mengejar kemodenan negara, mengabaikan masalah-masalah alam sekitar ini telah mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kesan yg negetif kepada kesihatan manusia dan juga sistem pendidikan negara. Banyak negara maju dan membangun mementingkan kemajuan dan pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat, namun sedikit demi sedikit telah merosakkan alam sekitar. Pancaran matahari yang terik telah menyebabkan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dalam suasana tang terlalu panas. Selain itu, pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Ini akan menjejaskan pendidikan mereka.

REFLEKSISecara keseluruhannya, tugasan ini amat memberikan impak yang positif dan membina kepada diri saya mahupun rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sebagai bakal guru, pengetahuan dalam isu semasa pada peringkat tempatan mahupun global perlu dan wajar diketahui untuk dijadikan nilai tambah kepada diri sendiri. Hal ini demikian kerana, banyak kemajuan yang positif yang telah dicapai oleh negara-negara yang lain di dunia ini, dan masyarakat Malaysia khususnya warga pendidik harus mengambil iktibar daripada perkara berikut demi untuk menstransformasikan agenda pendidikan negara kearah yang lebih efektif.Sebelum saya menerima kerja kursus GCI 1022, saya amat bimbang kerana ilmu pengetahuan saya tentang subjek ini adalah sedikit. Namun begitu, saya selalu meminta ajar daripada pensyarah saya dan rakan-rakan saya. Sesungguhnya, banyak input-input penting yang perlu diberi perhatian khusus daripada tugasan ini. Walaupun mengalami kekangan dari aspek masa semasa menyiapkan tugasan ini, namun perkara ini telah mendidik saya supaya berkebolehan untuk mengurus masa dengan baik. Selain itu, kekangan yang lain seperti kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan telah mengajar saya dan rakan-rakan untuk berusaha mencari alternative yang lain. Kesimpulannya, tugasan ini telah menggerakkan saya untuk menjadi seorang individu yang multifungsi dan berfikiran kritikal.Selepas melaksanakan tugasan ini, saya lebih yakin kepada subjek ini dan saya percaya semangat kerjasama antara rakan-rakan adalah penting dalam menghasilkan sesuatu projek.

RUJUKAN InternetIsu keganasan antarabangsa, turun 12 SEPT 2013,dari http://stpm-pengajian.blogspot.com/2011/07/karangan-keganasan-antarabangsa.htmlIsu pemerdagangan manusia, turun 12 SEPT 2013,dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerdagangan_manusiaKemiskinan Dunia Ketiga, turun 12 SEPT 2013,dari http://lasonearth.wordpress.com/makalah/makalah-kewarganegaraan-kemiskinan/Isu alam sekitar, turun 12 SEPT 2013,dari http://tatiuc.edu.my/syahrul/isu_alam_sekitar.htmKausar kreatif (2009) . Nasihat Online Untuk Masalah Kesihatan Anda. Muat turun 12 SEPT 2013, dari http://kausarkreatif-kp.blogspot.com/2009/10/nasihat-online-untuk-masalah-kesihatan.htmlSYED AZWAN SYED ALI (2011). 15 Jenis Makanan dijual di sekolah. Muat turun 12 SEPT 2013, dari http://www.smktebobon.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=127&Itemid=82

BukuMohmadisa Hashim. (1998). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Perak Darul Ridzuan,Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

6