gaya hidup sihat

18
Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, “Tak Nak Merokok”, makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan http://prauniversiti6.blogspot.com

Upload: one-piece

Post on 19-Jun-2015

22.094 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya hidup sihat

Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, “Tak Nak Merokok”, makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 2: Gaya hidup sihat

“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas” sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum

seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Kesihatan diri sebagai mahkota hidup kita.Sekiranya kita sakit,semestinya kita tidak bermaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Oleh itu,kita mestilah

menajaga kesihatan diri kita supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang bebas tanpa penyakit.Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani,

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 3: Gaya hidup sihat

akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu

diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita.

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 4: Gaya hidup sihat

Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda. Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan

yang konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna

dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat. Aktiviti ini lebih menyeronokan

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 5: Gaya hidup sihat

sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hubungan yang erat sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang harmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja.

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 6: Gaya hidup sihat

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 7: Gaya hidup sihat

. Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan

berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau

meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang............Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari

bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan

sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 8: Gaya hidup sihat

membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini

dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara

demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat............Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga.

Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini............Pada masa yang sama sikap atau

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 9: Gaya hidup sihat

mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

.

..........

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-

ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 10: Gaya hidup sihat

kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan tidak mengamalkan pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat, terdedah kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi kepada masalah kesihatan dan juga tidak menitikberatkan soal kesihatan rohani.. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.

1. http://www.scribd.com/ 2. http://www.docstoc.com/docs/9154817/Gaya-

Hidup-Sihat3. http://digg.com/health/Amalan_gaya_hidup_sihat 4. http://fitmall.blogspot.com/ 5. http://pmr.penerangan.gov.my/

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 11: Gaya hidup sihat

6. http://anizyn.blogspot.com/2009/06/tip-gaya-hidup- sihat.html

7. http://kongsiilmu.21.forumer.com/a/gaya-hidup- sihat_post14.html

8. http://www.kck.usm.my/index.php/Laporan- Aktiviti-HUSM/kempen-gaya-hidup-sihat.html

9. http://pendita.com/2008/gaya-hidup-sihat/

Peta Minda

Pendahuluan

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 13: Gaya hidup sihat