fungsi kesusasteraan

4
FUNGSI KESUSASTERAAN Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap-melengkapi. Apa jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca dianggap tidak berjaya. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa kumpulan sasaran sesebuah karya ialah khalayak. Sehubungan itu, pengarang menetapkan tujuan sebelum menulis. Di sinilah bermulanya penelitian tentang peranan dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat tradisional dan moden. Peranan sastera kepada masyarakat tradisional dan moden salah satunya ialah sebagai bahan pendidikan bagi masyarakat itu sendiri. Melalui pendidikan sastera Melayu diterapkan kepada pelajar atau rakyat Malaysia khususnya menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Dengan adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu. Selain itu sastera juga berfungsi sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Sastera secara umumnya dapat dikatakan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Melalui cerita rakyat umpamanya, anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Misalnya,

Upload: hasrul-hafiz

Post on 02-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sastera

TRANSCRIPT

FUNGSI KESUSASTERAAN Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap-melengkapi. Apa jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca dianggap tidak berjaya. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa kumpulan sasaran sesebuah karya ialah khalayak. Sehubungan itu, pengarang menetapkan tujuan sebelum menulis. Di sinilah bermulanya penelitian tentang peranan dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat tradisional dan moden. Peranan sastera kepada masyarakat tradisional dan moden salah satunya ialah sebagai bahan pendidikan bagi masyarakat itu sendiri. Melalui pendidikan sastera Melayu diterapkan kepada pelajar atau rakyat Malaysia khususnya menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Dengan adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu.Selain itu sastera juga berfungsi sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Sastera secara umumnya dapat dikatakan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Melalui cerita rakyat umpamanya, anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Misalnya, jika derhaka kepada ibu bapa, seseorang itu akan mendapat malapetaka sebagaimana yang diterima oleh Si Tenggang. Jika berangan-angan tinggi tanpa berusaha akan menjadi seperti Mat Jenin. Malah, anak-anak harus bijak sebagaimana Sang Kancil dalam cerita-cerita binatang. Cerita rakyat juga dirujuk untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Perlakuan yang baik seperti yang terdapat dalam cerita rakyat dijadikan ikutan. Dalam cerita-cerita legenda pula, terdapat tokoh yang menjadi sanjungan satu-satu masyarakat. Tokoh-tokoh tersebut mungkin sahaja tokoh agama, pahlawan, peneroka satu-satu tempat atau seumpamanya. Melalui gambaran keistimewaan, tokoh dipaparkan mempunyai semangat perjuangan yang gigih, mempunyai kekuatan yang luar biasa, berjasa dan sebagainya. Kesemua ini dapat menanam semangat tidak putus asa dikalangan pendengar selain menanamkan semangat cinta akan tanah air yang tidak berbelah bahagi. Segala sikap, cara berfikir, pengorbanan watak dalam cerita legenda itu cepat meresap di hati para pendengarnya. Walaupun perkembangan masyarakat dipengaruhi oleh segala macam perubahan namun nilai moral yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat tetap sesuai dengan anggota masyarakat itu baik dalam era mana sekalipun. Pengalaman individu dalam masyarakat tersebut cepat sahaja diasosiasikan dengan gambaran yang terdapat dalam cerita-cerita yang mereka dengar.Di samping itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai hiburan dan mengisi masa lapang. Kesusasteraan digunakan bagi mengisi masa lapang dan dijadikan hobi. Karya-karya sastera seperti Seloka Pak Pandir bukan saja memberi pengajaran tetapi juga menyeronokkan untuk dibaca. Malah jika pada zaman dahulu, cerita-cerita rakyat akan diceritakan pada waktu-waktu lapang bagi menghilangkan kebosanan dan anggota masyarakat dapat berkumpul pada malam hari setelah sibuk mencari nafkah pada siangnya. Pada waktu malam itulah, mereka berkumpul untuk berhibur sambil belajar melalui cerita rakyat. Secara tidak langsung dapat memenangkan atau menggirangkan hati serta kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni.Seterusnya ialah sastera juga berperanan sebagai usaha pengayaan khazanh ilmu dan persuratan bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usia pembelajaran dan pengajaran. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanah negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik mungkin. Proses pengayaan ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agenda utama dasar pentadbiran negara. Setiap karya yang tercipta, sedikit sebanyak mendekatkan insan seni itu kepada sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, di samping menggarapkannya dengan sesam makhluk yang sama-sama mencari dan sama-sama menikmati dan sama-sama terhukum oleh getir-getar kehidupan. Selain itu, sastera Melayu dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina modal insan yang diharap-harapkan oleh pemimpin negara. Kita tidak mahu melahirkan satu bangsa seperti robot yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil keputusan. Apa yang kita boleh lihat sekarang, ramai bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi tetapi sayang mereka gagal dalam usaha melahirkan pemimpin yang bermoral, berjati diri dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Pemimpin yang tidak berjiwa seperti di atas, merupakan manusia yang hilang pertimbangan ketika bertindak. Akibat daripada itu, masalah rasuah, keruntuhan moral sehingga membawa kepada kemusnahan alam dan manyusahkan masyarakat. Justeru mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera.