fpk scrapbook

4
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, mayarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. VISI PENDIDIKAN KHAS Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. MISI PENDIDIKAN KHAS Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-

Upload: jia-chyi-tan

Post on 25-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

FPK

TRANSCRIPT

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, mayarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHASPendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI PENDIDIKAN KHASMenyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI PENDIDIKAN KHASMenyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Sejarah Perkembangan Pendidikan KhasMinat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.Perakuan ini menyebut, "Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya padamasa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan."Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:Pendidikan Masalah Penglihatan1926Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka

1931SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang

1948Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat diJohor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

1953Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)

1958Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)

1962Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengahbiasa yang dipilih diperkenalkan

1963Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengahbiasa yang dipilih, diperkenalkan

1977Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan SistemKod Braille Bahasa Melayu

1983Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, SetapakPengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh

1984Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkanSistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks danpenyenggaraan alatan Braille

Pendidikan Masalah Pendengaran1954Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang

1954Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang

1963Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan

1979Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan

1985Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod TanganPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal

1987Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif1962Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatandimulakan

1988Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran

1993Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), KualaLumpur

1994Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara

1995Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

MISIMembangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:- Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik Perkembangan diri potensi ke tahap optimum Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran Nilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawab Perkongsian pintar dengan pelbagai pihakVISIPendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras Dengan Sistem Pendidikan KebangsaanObjektif1. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.2. Meyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas.3. Menyediakan peluang untuk mengambangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas.4. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.5. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.Fungsi Utama1. Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Khas dilaksanakan bertepatan serta selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Khas.2. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah murid pendidikan khas.3. Merancang, mengurus dan mengawal sumber dengan sempurna bagi memastikan pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.4. Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Pendidikan Khas.5. Merancang dan mengurus persediaan pengoperasian institusi baru di bawah Bahagian Pendidikan Khas.6. Menjadikan Bahagian Pendidikan Khas sebagai penanda aras pendidikan khas dalam dan luar negara.7. Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang mantap dan berkualiti dengan pelbagai agensi luar di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian Pelajaran.