7. fpk & fpg falsafah pend awal kanak kanak

93
4. Falsafah Pendidikan di Malaysia Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) Falsafah Pendidikan Guru (FPG) - Model Konseptual Pendidikan Guru Falsafah Pendidikan Awal Kanak- Kanak NGUI GEOK KIM JABATAN ILMU PENDIDIKAN EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEM 2 Amb Jun 2015 KULIAH 7

Upload: nor-atikah-mohamad

Post on 08-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

perkembangan kanak kanak

TRANSCRIPT

4. Falsafah Pendidikan di Malaysia Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) Falsafah Pendidikan Guru (FPG) - Model Konseptual Pendidikan Guru Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

NGUI GEOK KIM JABATAN ILMU PENDIDIKANEDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEM 2 Amb Jun 2015KULIAH 7

2

FPK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

usaha berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh & bersepadu

melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis

berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan.

Pendidikan di Malaysia

3

FPKFalsafah Pendidikan Negara (1988) ditukarkan kepada

FPK (1996)Menggariskan istilah, pemikiran & prinsip

berkaitan dengan bidang pendidikan.

Berlandaskan ideologi kebangsaan yang

menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru & Dasar

Pendidikan Kebangsaan.4

Rukunegara DEB Dasar Pendidikan Kebangsaan

• De facto Malaysian pledge of allegiance

• Mewujudkan perpaduan negara dgn mengurangkan perbezaan dlm bdg ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dsb.

• Satu dokumen yg mengandungi pernyataan dasar & strategi untuk mencapai matlamat pendidikan kebangsaan

• 31 Ogos 1970 • Strategi serampang dua mata:

i. Mengurang & membasmi kemiskinan

ii. Menyusun semula masyarakat

• Memupuk perpaduan rakyat

• 5 prinsip

5

Cabang FalsafahCABANG

FALSAFAHCIRI-CIRI

FPKIMPLIKASI

Metafizik Menyeluruh & bersepadu

Potensi individu perlu dikembangkan.

Epistemologi Usaha yang berterusan

Pembelajaran sepanjang hayat (mengikut perkembangan semasa)

6

Cabang FalsafahCABANG

FALSAFAHCIRI-CIRI FPK IMPLIKASI

Aksiologi Kepercayaan & kepatuhan kpd Tuhan.

Hubungan vertikal (individu vs Tuhan) & mendatar (individu vs individu lain)

Berakhlak mulia & bertanggungjawab

Pengajaran moral & agama.

Logik Berketerampilan Prosedur kerja yg sistematik & betulPemupukan kompetensi diri

7

Elemen FPK

Pendidikan suatu usaha berterusan

Perkembangan individu secara

menyeluruh & bersepadu

Unsur intelekInsan yang seimbang

& harmonis

Perkembangan potensi individu

Dapat membantu individu

menyesuaikan diri dalam pelbagai

perubahan.Bakat akan terjelma melalui interaksi sosial.

Merangkumi intelek, rohani,

jasmani, emosi.

Berkemahiran 3M (membaca,

menulis, mengira) , kreatif

& reflektif.

Individu sedemikian

sanggup berhadapan dgn

apa juga masalah.

8

Elemen FPK

Unsur rohani Rakyat M’sia

yang berketrampila

n

Rakyat M’sia yg berilmu

pengetahuan

Kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan.

Unsur jasmani

Unsur emosi

Percaya & bersyukur

kpd Tuhan.

Amalkan segala ajaran

agama yg dianuti.

Sedar akan kepentingan

kesihatan fizikal.

Matang, mempunyai

kasih sayang, bersifat

kekitaan.

Cekap, berpandangan

jauh, berkompetens

i diri.

Berfikiran luas & terbuka.

9

Elemen FPK

Rakyat M’sia yg berakhlak

mulia Sumbangan terhadap

keharmonian & kemakmuran

keluarga, msyrkt, ngr.

. Berkeupayaan

mencapai kesejahteraan

diriRakyat M’sia yg dapat memberi

sumbangan terhadap

keharmonian & kemakmuran mayakt & ngr.

Rakyat M’sia yg berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri

Rakyat M’sia yg bertanggungjawab

Pegang kpd nilai-nilai murni Rukunegara

amalan hidup

Berdaya tahan tinggi

Pertahankan maruah diri, agama, bangsa & ngr.

Berfikiran waras, berjiwa tenang.

Amanah, bersih, cekap, patuhi

peraturan

10

Permainan!!!(Dalam kumpulan 3 orang, senaraikan sebanyak mungkin

elemen dalam FPK yang anda boleh dalam masa 5

minit!)11

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Tujuan: jadi panduan kpd guru utk merealisasikan FPK

Matlamat: 1. Mewujudkan guru yg mempunyai akauntabiliti

yg tinggi untuk memastikan penyampaian ilmu, kemahiran & nilai yg berkesan.

2. Guru jadi teladan (bersahsiah baik) & mempengaruhi tingkah laku murid.

Elemen-elemen FPG

Analisis

Berpekerti mulia Sahsiah guru yg baik

Berpandangan saintifik & progresif

Berkembang ikut peredaran zaman (sains & teknologi), tidak ketinggalan dr segi profesional

Bersedia menjunjung aspirasi ngr

Berusaha menyumbang ke arah pencapaian aspirasi ngr.

Apakah aspirasi negara kita?• menjadikan Malaysia sebuah negara

maju (Wawasan 2020)

Bagaimana?

-melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Modal insan yang dibangunkan perlu mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul.

Elemen-elemen FPG

Analisis

Serta menyanjung warisan kebudayaan negara.

Menyemai sifat patriotisme, Memupuk sifat bangga terhdp kepelbagaian budaya.

Menjamin perkembangan individu

Peranan untuk perkembangan diri & murid (JERI).

Memelihara msyrkt yg bersatu padu, demokratik, progresif & berdisiplin.

Berusaha agar msyrkt memenuhi hasrat ngr.

Model Konseptual Pendidikan Guru

Ketuhanan--peningkatan ilmu & amalan berteraskan kepercayaan & kepatuhan kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan—penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan

agen perubahan.

Kendiri--pembinaan daya kefahaman & patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah

murni & berpekerti mulia.

RRar

RRRR

Rajah 1: Model Konseptual Pendidikan Guru

Nilai Guru

Ramah Adil

Dinamik

Kreatif

Sabar

BerkepimpinanBerke

ya-kinan tinggi

Komited

Berpandang-

an luas

Toleransi

Dedikasi

Mudah

lentur

Tegas

Rajah 2: Nilai-nilai yang perlu ada pada seorang guru

Peranan Guru dalam merealisasikan FPK

1.Guru melengkapkan diri dgn pengetahuan am & kandungan mata pelajaran.

2. Mengamalkan P&P yg dpt

mengembangkan potensi

individu secara menyeluruh.

(selitkan unsur-unsur jasmani, emosi, rohani &

sosial)

3. Mempelbagaikan

strategi, kaedah &

teknik P&P (supaya

pelajar berfikir secara

kritis & kreatif).

4. Menyemai minat

membaca di kalangan pelajar (beri sokongan, peluang & galakan).

5. Memberi tugasan / peluang kpd pelajar utk memupuk sifat bertanggungjawab.

Peranan Guru dalam merealisasikan FPG

1. Guru yang baik mestilah mempunyai minat yang mendalam, sentiasa bersedia, suka berjenaka, adil, mampu melayan murid secara individu dan memeriksa kerja murid tanpa bertangguh.

2. Guru perlu bangga dengan profesion tersebut serta menyakini

kebolehan diri untuk memikul amanah mendidik generasi muda.

3. Guru juga perlu mempunyai penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sesuai dengan penekanan

negara terhadap pendidikan yang holistik.

4. Memiliki sifat tekun dan sederhana,

sikap baik hati dan

tidak berat sebelah.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

29

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak3.0  Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Kanak-kanak hari ini adalah bakal pemimpin dan juga ahli masyarakat pada

masa hadapan. Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kerana ia memainkan peranan utama dalam usaha memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamatkan menuju sebuah negara yang seimbang dan harmoni.

• Menurut Jean-Jacques Rosseau, pendidikan ialah suatu proses yang berterusan dan bermula sejak seseorang individu itu masih kecil. Selain itu, pendidikan juga merupakan suatu hak asasi yang perlu diperolehi bagi setiap manusia. Pendidikan di Malaysia, berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, memberikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan seperti ini iaitu yang bersepadu, menurut Muhammad Qutb pula akan cenderung mewujudkan keseimbangan dan keharmonian di dalam diri setiap manusia.

 

30

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak3.0  Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Oleh yang demikian, pelbagai program telah diwujudkan hasil kepekaan

negara serta masyarakat terhadap keperluan pendidikan yang perlu diberikan kepada kanak-kanak sejak usia awal lagi. Program ini dirancang dan dilaksanakan agar membolehkan kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang sesuai untuk pembentukan peribadi dan perwatakan yang sempurna supaya di usia dewasa kelak dapat menjadi warganegara Malaysia yang baik.

• Antara ciri-ciri yang ingin dicapai hasil daripada program pendidikan awal kanak-kanak ini adalah seperti menghasilkan kanak-kanak yang cerdik dan pandai, yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi dan baik, dan juga kanak-kanak yang sihat dan cergas baik dari segi jasmani mahupun rohani. Ciri-ciri ini yang sudah diterapkan di Malaysia hasil daripada penggubalan sistem yang akhirnya diharapkan dapat menghasilkan masyarakat yang seimbang dan harmoni bagi menjamin ketenteraman negara.

 

31

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• 4.0  Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa

Kritik Keatasnya. 

• Mengikut sejarah, pendidikan prasekolah secara berinstitusi bermula di Malaysia pada tahun 1950an. Sebelum itu, permintaan bagi mewujudkan institusi pendidikan prasekolah diwujudkan bersamaan dengan pembukaan ladang-ladang getah dan kawasan perlombongan semasa pemerintahan kolonial British. Sesetengah pendapat telah mengatakan bahawa pembukaan institusi pendidikan awal kanak-kanak pada waktu itu adalah untuk menyediakan  kanak-kanak itu dengan pengetahuan asas seperti membaca, mengira, dan menulis supaya dapat bekerja dikawasan ladang dan perlombongan dibawah pemerintahan British. (Wan Mohd Nor Wan Daud, 1997). 

32

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• 4.0  Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa

Kritik Keatasnya. 

• Satu perubahan berlaku pada tahun 1969 apabila Yayasan Asia telah menyumbangkan peruntukan kewangan kepada pertubuhan pekerja Malaysia bagi membiayai penubuhan model institusi prasekolah yang mirip kepada projek "Headstart" di Amerika. Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor dipilih dan sasarannya pada kanak-kanak dari golongan yang kurang berada daripada keturunan Melayu, Cina dan India. Kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghadiri projek  Headstart telah mencapai tahap pelajaran dan sikap yang lebih baik untuk jangka masa yang panjang dibandingkan dengan pelajar yang tidak menghadirinya. Hasil daripada kajian dilaporkan terdapat korelasi positif diantara kehadiran di tadika dengan pencapaian prestasi kanak-kanak apabila masuk ke tahap sekolah rendah.

33

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• 4.0  Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa

Kritik Keatasnya. 

• Melalui Akta Pendidikan 1996, program pendidikan prasekolah telah dimartabatkan sebagai satu Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dengan pemartabatan ini juga ia menunjukkan bahawa program pendidikan prasekolah merupakan satu usaha nasional yang perlu difikirkan oleh semua pihak secara bersama. Biarpun kepentingan terhadap pendidikan prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak telah diketahui penting secara umumnya. Namun begitu, masih terdapat banyak lagi halangan yang harus ditempuhi untuk menuju ke tahap kesempurnaannya. Masih wujud lagi segelintir ibubapa, guru, mahupun agensi kerajaan yang belum mampu untuk memahami secara tuntas kepentingan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti harus diberikan kepada mereka. Contoh yang terdekat adalah permasalahan yang timbul akibat kurangnya persefahaman antara guru di sekolah elementari dan guru di prasekolah.

34

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• 4.0  Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa

Kritik Keatasnya. 

• Memang tidak dinafikan bahawa guru besar dan penolong kanan tidaklah diharapkan untuk memberi perhatian atau sokongan yang lebih kepada kelas-kelas prasekolah berbanding kelas  di gred yang lain. Namun apa yang diperlukan dan diharapkan kepada guru besar dan juga penolong kanan di sekolah sepatutnya mereka harus mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai program prasekolah sama seperti pengetahuan yang mereka ada tentang kelas elementari.

 • Akibat kurangnya pengetahuan dan juga perhatian yang diberikan,

pendidikan yang diberikan di prasekolah amat jarang mendapat kesinambungan yang memberangsangkan apabila kanak-kanak memasuki ke persekolahan di tahun satu. Hal ini ternyata merupakan satu kerugian besar buat pendidikan di negara kita.

 

35

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• 4.0  Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa

Kritik Keatasnya. • Apabila di alam persekolahan telah timbulnya tidak kesefahaman antara

para guru elementari dan juga prasekolah, efeknya nya juga turut dirasa oleh para ibubapa. Telah terdapat ibubapa di negara kita yang berpendapat bahawa pendidikan awal kanak-kanak yang diberikan melalui institusi seperti tadika adalah membazir semata-mata. Pendapat ibubapa seperti ini bukanlah salah dan juga bukanlah benar kesemuanya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa adalah suatu fakta dapat ditunjukkan biarpun terdapat ibubapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah tadika namun ia tidak merencatkan perkembangan anak-anak mereka ke tahap yang baik sebanding dengan para ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah tadika.

• Namun begitu, kita juga tak dapat menafikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke tadika, perkembangan kanak-kanak dapat dilakukan dengan sistematik berlandaskan sistem pendidikan yang teratur yang digunakan didalam silibus pendidikan di sekolah. Hal ini hakikatnya bergantung kepada kualiti pendidikan yang diberikan oleh guru mahupun ibubapa yang memilih samaada untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah ataupun dengan memilih pendekatan “homeschooling” iaitu di rumah.  36

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• 4.0  Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa

Kritik Keatasnya. 

• Begitu juga terhadap sesetengah agensi kerajaan yang lebih memikirkan untuk memberikan pendidikan demi melegitimasikan lagi idealogi negara berbanding untuk menyerapkan kanak-kanak dengan pengetahuan murni supaya dapat menjadi manusia yang bermandiri di dewasa kelak. Pendidikan yang sepatutnya diberikan untuk memproduksikan struktur sosial yang baru telah dinafikan sebaliknya hanya difokuskan untuk mere-produksikan struktur sosial yang ada. Menurut Ivan Illich didalam karyanya yang terkenal iaitu Deschooling Society menyatakan bahawa “Anak yang bersekolah tidak semestinya anak yang berpendidikan”. Sekolah pada hari ini hanyalah perpanjangan daripada sistem negara atau idealogi negara yang dipaksakan. (Shaharom TM Sulaiman, 2004).

 

37

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• 4.0  Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa

Kritik Keatasnya. 

• Anak-anak diajar atau dididik demi memenuhi acuan idealogi yang ditetapkan. Untuk anak-anak yang berjaya akan ditempatkan di sektor pekerjaan yang mendapat ganjaran yang sedikit menguntungkan, manakala buat anak-anak yang “gagal”, akan menerima nasib yang buruk iaitu dilahirkan untuk bekerja keras mengikut sistem yang diterima secara umum oleh masyarakat. Kedua-duanya pada hakikatnya adalah sama iaitu dilahirkan sebagai “buruh” demi menguntungkan perut kaum kapitalis iaitu kaum elit di atas. Perkara ini bertentangan dengan pendapat bahawa pendidikan adalah dilakukan seumur hidup yang disarankan oleh Jean Jacques Rosseau.            

• Namun begitu, Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau prasekolah tentu saja memberikan peranan yang besar dalam menentukan segala pencapaian dan kemajuan yang dikecapi oleh negara pada zaman kini. Pendidikan masih lagi dipercayai sebagai agen pengubah taraf sosial yang paling berkesan dan telah dibuktikan berjaya hampir di seluruh dunia. Telah terdapat pelbagai model pendekatan pendidikan awal kanak-kanak diwujudkan diatas kepercayaan itu antaranya seperti Head Start, Bank Street dan juga Reggio Emilia.  38

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak4.1  Program Head Start

 • Program model pembelajaran Head Start mula diperkenalkan pada tahun

1964 dibawah Head Start Bureau dan disokong oleh Admin for Children and families. Program ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik seperti golongan miskin dan yang berpendapatan rendah. Dengan bermatlamatkan demi membantu membasmi kemiskinan melalui memberi pendidikan, program Head Start memberi pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat bayi dan pra-sekolah di antara umur 4-5 tahun.

 • Di dalam program Head Start, teori pembelajaran yang digunakan adalah

teori perkembangan atau juga dikenali sebagai teori behaviouris. Ini dapat dibuktikan apabila kanak-kanak yang mengikuti program ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang didalam akademik apabila telah melangkah ke dalam alam persekolahan darjah satu. Antara komponen penting di dalam program Head Start adalah pendidikan, kesihatan, penglibatan ibubapa, dan perkhidmatan sosial.

 

39

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• 4.2  Program Bank Street • Program Bank Street diperkembangkan oleh Sprague Mitchell, Carroline

Pratt dan Harrier Johnson. Ketiga tokoh atau pendiri program ini telah mewujudkan Play School sebagai sekolah pengasuhan pertama di Amerika Syarikat. Dengan menjadikan kanak-kanak sebagai pembelajar, pencuba, dan penjelajah yang aktif dalam model pendekatannya, kanak-kanak didalam program Bank Street ini akan memperolehi lebih banyak pelajaran melalui interaksi kanak-kanak itu sendiri bersama lingkungannya. Menurut program Bank Street, perkembangan kanak-kanak tidak terjadi secara terpisah tetapi adalah saling berhubungan.

• Didalam program Bank Street, seluruh aspek perkembangan kanak-kanak akan difokuskan secara bersepadu. Antaranya selain pendidikan yang diberikan didalam ruang bilik darjah, program Bank Street juga akan melibatkan kanak-kanak secara terus dengan masyarakat sekeliling. Pendidikan seperti ini secara tidak langsung akan melatih sikap empati kanak-kanak tersebut terhadap masyarakat sekelilingnya berbanding pendidikan gaya lama yang hanya memfokuskan kepada hal akademik sahaja. 

40

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Selain itu juga, kurikulum didalam Bank Street telah direka melalui idea

bahawa kanak-kanak akan dapat belajar tentang alam sekitar dan dunia melalui apa yang mereka temui akan memperkembangkan lagi daya kreativiti kanak-kanak. Oleh yang demikian, matapelajaran seperti antropologi, sejarah, ilmu politik, ekonomi dan ilmu bumi akan cuba diintegrasikan didalam aktiviti kelas dan diharapkan bakal membuatkan kanak-kanak menjadi lebih kritis dalam menemukan makna akan dunia disekelilingnya. Didalam program Bank Street, peranan guru adalah penting supaya dapat menciptakan lingkungan pembelajaran yang aktif seperti itu. Guru memainkan peranan yang penting untuk membangunkan suasana saling mempercayai antara guru dan murid, dan juga memupuk sikap saling berkasih sayang sesama murid.

 • Program Bank Street adalah amat sesuai dijadikan model pembelajaran

bagi perkembangan awal kanak-kanak. Ini kerana dengan penekanan pembelajaran melalui permainan yang penuh bermakna, konsep model Bank Street ini juga berperanan aktif dalam memberikan kanak-kanak membina pemahaman yang positif tentang dunia melalui interaksi secara terus dengan alam dan objek disekelilingnya.

41

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• 4.3  Program Reggio Emilia

 • Dengan berslogankan “Niente Senza Gioia” yang bererti “Tiada hari tanpa

kegembiraan”, pendekatan model Reggio Emilia menawarkan kegembiraan kepada kanak-kanak dalam setiap proses pembelajarannya. Sejarah dan pendekatan program Reggio Emilia adalah unik. Dicipta oleh Loris Malaguzzi dan beberapa rakannya di daerah sekitar Reggio Emilia di bahagian utara Itali. Mereka berfikir bahawa pada awal tahun perkembangan kanak-kanaklah sepatutnya diusahakan satu pendekatan untuk membentuk diri kanak-kanak sebagai seorang individu.

• Berangkat daripada sini lalu diciptakan sebuah program yang berprinsip rasa hormat, tanggungjawab dan kebersamaan diantara kanak-kanak dan orang dewasa yang sentiasa suportif dalam usaha memperkayakan lagi minat kanak-kanak terhadap penemuan dirinya agar mampu menjadi insan yang berguna. Oleh kerana itu, boleh dirumuskan di dalam pendekatan Reggio Emilia bahawa kanak-kanak akan menjadi lebih aktif serta lebih bijak sekiranya dapat belajar bersama dengan orang dewasa dalam membangun pemahaman yang lebih luas tentang dunia.

42

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Tidak seperti disekolah lain yang banyak menghabiskan waktu didalam bilik

darjah sambil menyelesaikan tugas akademik, pendekatan Reggio Emilia pula banyak menghabiskan waktu diluar seperti mengunjungi taman bunga sehinggalah ke tempat-tempat yang menarik agar kanak-kanak dapat mengetahui banyak perkara yang menarik di alam sekelilingnya. Oleh kerana itulah, boleh dikatakan kurikulum di Reggio Emilia adalah tidak tersusun sebaliknya minat kanak-kanak secara tiba-tiba juga boleh dijadikan sebagai kurikulum di Reggio Emilia.

• Sebagai contoh, apabila kelas mengusulkan untuk melawat ke taman bunga. Maka guru akan mebawa kanak-kanak ini melawat ke taman bunga dan membiarkan kanak-kanak ini bermain sepuas-puasnya bersama penjaga masing-masing. Di situ para guru akan memainkan peranan penting dengan mulakan perancangan untuk berfikir serta mereka aktiviti pembelajaran seperti menyarankan kanak-kanak melakukan mural atau sebagainya setelah pulang daripada lawatan di taman bunga kelak.

43

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Di Reggio Emilia, proses adalah sama pentingnya dengan hasil. Malah

boleh dikatakan bahawa pendekatan Reggio Emilia ini lebih menekankan proses terlebih dahulu sebelum mendapatkan hasilnya. Proses yang dilakukan pula lebih kepada aktiviti yang menyeronokkan. Kanak-kanak melalui model ini akan diajar menjadi seniman, saintis, ahli sejarah dan lain-lain demi mencungkil bakat serta kebijaksanaan mereka. Mereka percaya bahawa ilmu pengetahuan boleh diajarkan tetapi apa yang lebih penting adalah kebijaksanaan, dan kebijaksanaan tidak dapat datang melalui pengajaran sebaliknya melalui pengalaman.  Maka, peranan guru di Reggio Emilia adalah sangat penting yang berperanan untuk mendengarkan, mengamati, dan juga memahami strategi yang digunakan oleh kanak-kanak dalam pembelajaran.

• Guru di program Reggio Emilia ini juga perlu menjadi seseorang yang bijak mengajukan persoalan dan sekaligus mampu merefleksikan respon untuk mengetahui bahan dan idea yang digunakan untuk mengembangkan pemahaman kanak-kanak. Selain daripada itu, guru di Reggio Emilia juga secara rutin harus membuat catatan serta merakam segala aktiviti kanak-kanak dan seterusnya akan dibincangkan sesama pihak guru, ibubapa dan para pemikir untuk ditemukan lagi pelbagai pendekatan baru bagi memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak.

  44

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• 5.0  Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak • Didalam Akta Kanak-Kanak 2001, secara umumnya kanak-kanak dapat

didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun. Di dalam akta tersebut kanak-kanak turut diiktiraf tarafnya sama seperti orang dewasa agar dapat memperolehi hak serta status sebagai manusia di atas muka bumi ini. Oleh kerana keadaan mereka yang masih belum matang dan sukar untuk membuat keputusan dengan sendiri, maka  Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak telah diwujudkan atas dasar supaya orang dewasa dapat melindungi kanak-kanak daripada anasir jahat serta perkara yang tidak baik terhadap golongan kecil ini. 

• Konvensyen Mengenai Kanak-Kana mula diterima pakai pada Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 telah menuntut agar masyarakat terutama golongan dewasa menjadi peka terhadap keperluan kanak-kanak dengan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang. Selain itu, konvensyen ini juga telah menggariskan beberapa hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama, bangsa dan kefahaman serta perbezaan diantara mereka. Antara hak yang terkandung didalam konvensyen ini adalah seperti hak untuk kanak-kanak memiliki kehidupan yang harmoni, hak untuk memperolehi perkembangan, hak untuk perlindungan dan juga hak untuk mendapatkan penyertaan didalam masyarakat.

 

45

TOKOH

Maria MontessoriFriedrich Froebel

Tokoh Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2

FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)

Anak bongsu dari 5 beradik

Ibunya meninggal sewaktu dia berumur 9 bulan

Beliau tidak gembira semasa zaman kanak-kanaknya.

Seorang tokoh pendidikan dari Jerman.

Beliau digelar sebagai “father of kindergarten”.

Latar Belakang Tokoh

Beliau telah memulakan sekolah untuk kanak-kanak di Blakenburg, Jerman pada tahun 1837

Beliau berpendapat bahawa semua yang terdapat di alam ini berfungsi kerana Tuhan dan setiap orang mempunyai tujuan tertentu untuk dipenuhi dalam kehidupan ini.

Latar Belakang Tokoh (sambungan)

Menurut beliau " kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak.“

Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui bermain

Latar Belakang Tokoh (sambungan)

Idea-idea Froebel

Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak.

Idea-idea Froebel

Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.

Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.

Idea-idea Froebel

Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.

Idea-idea Froebel

kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.

menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.

mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya

Foto Galeri

Rumah tempat beliau dilahirkanTugu Peringatan di Froebel Kindergarden

Anak muda bermain dirumah Froebel

Rumah Froebel Permainan FroebelFriedrich Froebel

Tokoh Pendidikan Awal Kanak-Kanak 1

Maria Montessori(1870 – 1952) 

Latar Belakang Tokoh• Lahir : 31 Ogos, 1870(1870-08-31)

Chiaravalle (Ancona), Itali• Meninggal Dunia : Mei 6, 1952 (81 tahun)

Noordwijk, Netherlands • Tempat tinggal: Noordwijk, Netherlands Nationality

Italian • Pendidikan: University of Rome La Sapienza Medical

School • Pekerjaan : Pakar perubatan & Pendidik • Dikenali sebagai pengasas : Kaedah Montessori dalam

pendidikan • Agama : Katolik• Anak : Mario Montessori Sr.

Latar Belakang Tokoh (sambungan)

• Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Italy dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal.

• Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome.

• Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.

• Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.                          

Pendapat Maria Montessori Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

• mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya• prinsip penting - persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan• pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani

Konsep Asas dalam Pembentukan Kurikulum

Minda yang mudah menyerap

Persekitaran yang tersedia

Didikan diri

Bahan pembelajaran

Tempohsensitif

Konsep Asas dalam Pembentukan Kurikulum

a. Minda yang mudah menyerap• melalui deria, sebelum mereka bersedia untuk

diajarkan konsep • mula menyerap kejadian yang berlaku di

sekelilingnya• menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran

lagib. Persekitaran yang tersedia• persekitaran yang lengkap dengan

pelbagai bahan akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan

c. Didikan diri• pembelajaran berbentuk 'betul diri'-

meniru dan mengulang

d. Bahan pembelajaran• Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul”

bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.

e.Tempohsensitif• Sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. • Dikesan - menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran

Prinsip dalam Kaedah Montessori

1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.

2. Konsep kebebasan

3. Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

4. Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.

6. Pentingnya disiplin diri.

7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.

8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya.

9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.

10. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang

disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara

sendiri

Kesimpulan1. Ibu bapa diberi latihan dalam membimbing anak mereka.

2. Tempoh sensitif berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.

3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.

4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.

5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.

6. Pengetahuan guru bertambah melalui pengalaman bersama kanak-kanak.

7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.

8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas.

9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

Foto Galeri

Maria Montessori

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

67

1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak- Kanak 2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak 3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak 4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak 5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989. 6.0 Akta 308 dan Akta 550 7.0 Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak

• Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:

• Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di luar negara

• Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”.Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama “The Infant School”.

68

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh

Carl Schruz. Seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal.

• Program Headstart telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanak- kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempat kan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.

69

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Ciri-ciri Program Headstart

• a) Penglibatan Ibu bapa Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan

program dan pengurusan prasekolah.

• b) Kesihatan Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan,

pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

• c) Pemakanan Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk

menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.

• d) Pendidikan Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk

memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi. 70

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• e) Perkhidmatan Sosial Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk

meningkatkan kualiti kehidupan.

• f) Ketidakupayaan Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah

kanak- kanak kurang upaya atau keperluan khas.

• g) Kesihatan Mental Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah

dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

71

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia

• Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.

• Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

72

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika?• Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak • Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-

kanak • Konsep Pertumbuhan: • Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara

kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).

• Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).

73

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Konsep Perkembangan Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini

tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewas

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development, the orderly, durable change in a learner resulting from a combination of learning, experience, and maturation.” Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000). Aktiviti 2. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanak- kanak ? 7 Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah “ Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime.” (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000). 74

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan

secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat

• Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.

2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.

3. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.

4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu.

5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan hingga akhir hayat.

6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.

7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat tertentu.

8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak

9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.

(Mok Soon Sang, 2001) 75

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia Zaman Sebelum Merdeka Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka

oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.

76

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Zaman Selepas Merdeka • Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada

Pertubuhan Pekerja- Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

• Pada tahun 1970, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

• KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

77

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di

Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah.

• Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari setahun ke setahun.

78

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Status Masa kini • Program pendidikan awal kanak-kanak pada masa ini telah diusahakan oleh

pelbagai badan agensi sama ada kerajaan, swasta, persendirian dan sukarela. Setiap agensi memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak dan dapat menjamin perlindungan kanak-kanak

• Agensi Kerajaan • Agensi kerajaan telah memainkan peranan penting dalam pendidikan awal

kanak-kanak. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

79

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Status Masa kini • Kementerian Pelajaran Kepentingan pendidikan prasekolah mula diambil perhatian yang serius oleh pihak

Kementerian Pendidikan bertujuan untuk menyeragamkan kurikulum dengan menyediakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah.

Langkah seterunya Kementerian Pendidikan menjalankan satu percubaan di beberapa buah sekolah rendah yang dipilih untuk tujuan melakasanakan program prasekolah yang berkesan

Program rintis itu dikenali sebagai ‘Prasekolah Annex’. Program Sekolah Annex ini melibatkan sebanyak 1105 kelas di sekolah rendah dan

26 buah kelas di Maktab Perguruan Malaysia Guru besar sekolah rendah merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pentabiran sekolah dan prasekolah.

Guru prasekolah dibantu oleh pembantu guru untuk mengendalikan kelas prasekolah

Selepas penggubalan Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran meneruskan dan membuat pengunjuran supaya semua sekolah rendah bantuan kerajaan mengadakan kelas prasekolah.

Memandangkan tidak semua kanak-kanak menghadiri kelas tadika, pihak Pusat Perkembangan Kurikulum Menyediakan program transisi bagi kanak-kanak yang memasuki darjah satu yang dimulakan pada tahun 2000.

80

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pada tahun 2002 perluasan kelas prasekolah Kementerian Pelajaran

sebanyak 100 buah kelas. Perluasan pada tahun 2003 meningkat sebanyak 1500 buah kelas

prasekolah Kementerian Pelajaran. Pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diwajibkan kepada

semua tadika sama kerajaan mahupun bukan kerajaan. Pada tahun 2004 perluasan sebanyak 400 buah kelas prasekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2005 perluasan sebanyak 700 buah prasekolah Kementerian

Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2006 perluasan sebanyak 493 buah prasekolah Kementerian

Pelajaran 18 Malaysia. Jumlah keseluruhan prasekolah sehingga Januari 2006 iaitu 4424 buah

prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Mengikut prancangan Kementerian Pelajaran pada akhir Rancangan

Malaysia ke 9 (2010) semua sekolah rendah bantuan kerajaan mempunyai kelas prasekolah.

Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak mulai tahun 1987 di sekolah menengah vokasional dan tahun 2004 di sekolah menengah akademik untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.

81

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak • Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 • Hak Asasi Kanak-Kanak • Konvensyen ini telah diterima pada tahun 1989, menandakan kemuncak

kerja advokasi selama lebih enam dekad beberapa kumpulan orang tertentu dan konsensus kerajaan-kerajaan dunia. Konvensyen ini adalah dokumen paling komprehensif yang menetapkan prinsip-prinsip etika dan norma-norma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak adalah lahir dengan hak asasi semua manusia

82

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550

• Akta 308

• Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Akta 308) merupakan satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak- kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Akta Taman Asuhan kanak-kanak adalah termaktub di dalam undang-undang Malaysia

Akta ini merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi sama ada untuk pendaftaran, pengawalan dan pemantauan.

Semua taman asuhan kanak-kanak sama ada di tempat kerja, persendirian, institusi adalah tertakluk kepada akta

Akta diwujudkan bertujuan untuk menjamin kualiti perkhidmatan kanak-kanak.

Sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan yang telah ditetapkan boleh akan didawka di mahkamah.

83

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Akta 550 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi

mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia? 45

“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya.

Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.

Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Dan

Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia.

84

85

Guru Orang dewasa yang membimbing dan mendidik kanak-kanak di tadika

dipanggil guru. Guru tadika membimbing kanak-kanak sekurang-kurangnya 3 jam sahaja

dalam satu hari. Kanak- kanak taska telah banyak mendapat pengalaman dan pembelajaran ketika berada di taska.

Oleh itu, bagi meneruskan pembelajaran yang bermakna berlaku, guru tadika perlu memberi perhatian kepada perkara berikut:

(a) Mengetahui program dan kaedah pengajaran yang dijalankan di taska. (b) Mendapat beberapa maklumat dari ibu dan bapa seperti: (i) Status pencapaian dan perkembangan yang terkini. ( (ii) Latarbelakang keluarga. (iii) Potensi dan minat anak. (iv) Agama dan budaya keluarga. (c) Mendapatkan maklumat kanak-kanak dari pengasuh di taska: (i) Tingkah laku dan peribadi. (ii) Pergaulan dengan rakan. (iii) Rekod kemajuan dan tindakan susulan. (iv) Laporan perkembangan fizikal dan kesihatan. (d) Mengamalkan: (i) Sifat mesra dan profesional. (ii) Kesopanan dan berbudi bahasa. (iii) Nilai murni.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Institusi • Perkhidmatan yang disediakan oleh institusi tadika adalah untuk kanak-

kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun. • Istilah murid digunakan untuk kanak-kanak yang menghadiri tadika. Institusi

tadika ini dikendalikan oleh berbagai pihak agensi seperti agensi kerajaan, swasta dan persendirian.

• Pentadbiran tadika perlu beri perhatian pada pengalaman kanak-kanak yang telah menghadiri taska.

• Berikut adalah beberapa perkara yang wajar dipertimbangkan untuk mewujudkan kesinambungan yang selesa kepada kanak-kanak:

Menyediakan persekitaran yang mempunyai persamaan seperti di taska. • Mempelbagaikan alat permainan yang lebih mencabar dan sesuai dengan

peringkat umur. Meneruskan konsep mesra kanak-kanak. Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak. Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa.

86

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• Ibu Bapa • Kesungguhan dan kesediaan anak yang telah mencecah umur 4 tahun

mahukan pengalaman baru ke tadika.

• Oleh itu ibu bapa perlu memberi perhatian aspek seperti berikut: Melawat ke tadika baru Berkenalan dengan guru tadika. Memahami kehendak dan keperluan anak mengikut umur. Memaklumkan perkembangan dan kemajuan anak kepada guru. Bersedia memberi bimbingan pembelajaran kepada anak.

87

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• DARI TASKA KE TADIKA Setelah kanak-kanak menyambut hari jadi yang ke empat, ibu bapa

hendaklah menghantar mereka ke institusi tadika pula. Kanak-kanak ini sudah bersedia diberikan unsur pendidikan dalam pembelajaran mereka. Terdapat sedikit perbezaan pengalaman dan rutin harian di taska dengan tadika.

Di antaranya ialah; Keadaan di taska:

Berada di taska selama ibu dan bapa bekerja iaitu dari pagi hingga petang. Menikmati hidangan tengah hari dan minum petang bersama rakan-rakan. Tidur selepas makan tengah hari. Mandi dan menukar pakaian. Keadaan di tadika: Aktiviti yang dijalankan mengguna Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Tempoh pengajian ialah sekurangnya 3 jam sehari. Menggunakan jadual persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia. Menggunakan gelaran guru bagi orang dewasa yang mendidik di tadika. •

Terdapat pembantu guru yang membantu guru.

88

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak• TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH • Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu

keadaan kepada satu keadaan yang lain. Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:

* Transisi rumah ke prasekolah

* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah.

Tujuan program Transisi: Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan

kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan

jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.

Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak masalah

89

Kesimpulan

Guru memainkan peranan yg sangat penting dalam merealisasikan FPK & FPG.

Jika guru tidak menghayati elemen-elemen FPK & FPG dan sebaliknya mengajar murid-murid dgn sambil lewa sahaja, apakah yg akan terjadi pd mereka pada masa depan?

Fikirkanlah…

Tutorial 7 • Dalam kumpulan, pelajar dikehendaki

membentangkan falsafah pendidikan di Malaysia berkenaan :

• FPK, • FPG

- Model Konseptual Pendidikan Guru• Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

dengan menggunakan peta pemikiran

i-Think.91

ISL 7• Mencari bahan melalui internet dan

perpustakaan mengenai:

4. Falsafah Pendidikan di Malaysia Peranan Guru dalam merealisasikan

FPK dan FPG. Implikasi FPK dan FPG terhadap sistem

pendidikan di Malaysia dengan menggunakan peta pemikiran i-Think. Pelajar dikehendaki membuat nota mengenainya.

• Pelajar memuat turun klip video “Teacher make a difference” daripada internet menunjukkan ciri-ciri keguruan yang boleh dicontohi. 92

Sekian, Terima Kasih