forum view point (catatan jawapan mengenai muslim moderate)

11
FORUM VIEW POINT 4 APRIL 2016 Jawapan oleh: Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim Soalan 1: Definisi Muslim Moderate PENAMBAHAN ADJEKTIF ‘MODERATE’ 1. Secara bahasanya, jika rujuk kamus, moderate itu maksudnya tidak extreme. Jika diumpamakan spectrum, moderate itu adalah yang berada di tengah, tidak ke hujung kanan atau ke hujung kiri. 2. Apabila muncul istilah muslim moderate, perkara itu sesuatu yang asing. Kerana seorang muslim dengan keislamannya sendiri atau dengan nama ‘muslim’ itu sahaja sudah cukup untuk menggambarkan bahawa dia berada di tengah-tengah spectrum berbanding semua yang lain yang ekstrem dan cenderung kepada ekstrem. (ifrat & tafriit, tasaahul & tasyaddud). 3. Jadi tambahan sifat/adjektif ‘moderate’ kepada ‘muslim’ adalah sebenarnya satu pengulangan yang sia-sia. PENGISIAN ATAU TAKRIF ‘MODERATE’ 4. Tetapi katakan kita terima istilah moderate itu sebagai terjemahan kepada frasa ‘ummatan wasata’ seperti yang disebut dalam surah Al-Baqarah, maka kita perlu takrifkan dan beri pengisian kepada istilah ‘moderate’ tersebut sama seperti pengisian yang terdapat dalam frasa ‘ummatan wasata’ di dalam Al- Quran. 5. ‘Wasat’ yang dimaksudkan di dalam ayat itu hanya boleh difahami dengan memahami keseluruhan ayat. Ayat menyatakan umat Islam menjadi saksi ke atas manusia atau umat lain, dan Rasul menjadi saksi ke atas umat Islam. Ar-Razi menyatakan bahawa ‘Wasat’ ini bermakna yang terbaik berbanding semua yang ada. Ini

Upload: syed-ahmad-israa

Post on 10-Jul-2016

220 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Forum mengenai Muslim Moderate

TRANSCRIPT

Page 1: Forum View Point (Catatan Jawapan Mengenai Muslim Moderate)

FORUM VIEW POINT 4 APRIL 2016Jawapan oleh: Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim

Soalan 1: Definisi Muslim Moderate PENAMBAHAN ADJEKTIF ‘MODERATE’1. Secara bahasanya, jika rujuk kamus, moderate itu maksudnya tidak extreme. Jika diumpamakan spectrum, moderate itu adalah yang berada di tengah, tidak ke hujung kanan atau ke hujung kiri.

2. Apabila muncul istilah muslim moderate, perkara itu sesuatu yang asing. Kerana seorang muslim dengan keislamannya sendiri atau dengan nama ‘muslim’ itu sahaja sudah cukup untuk menggambarkan bahawa dia berada di tengah-tengah spectrum berbanding semua yang lain yang ekstrem dan cenderung kepada ekstrem. (ifrat & tafriit, tasaahul & tasyaddud).

3. Jadi tambahan sifat/adjektif ‘moderate’ kepada ‘muslim’ adalah sebenarnya satu pengulangan yang sia-sia.

PENGISIAN ATAU TAKRIF ‘MODERATE’4. Tetapi katakan kita terima istilah moderate itu sebagai terjemahan kepada frasa ‘ummatan wasata’ seperti yang disebut dalam surah Al-Baqarah, maka kita perlu takrifkan dan beri pengisian kepada istilah ‘moderate’ tersebut sama seperti pengisian yang terdapat dalam frasa ‘ummatan wasata’ di dalam Al-Quran.

5. ‘Wasat’ yang dimaksudkan di dalam ayat itu hanya boleh difahami dengan memahami keseluruhan ayat. Ayat menyatakan umat Islam menjadi saksi ke atas manusia atau umat lain, dan Rasul menjadi saksi ke atas umat Islam. Ar-Razi menyatakan bahawa ‘Wasat’ ini bermakna yang terbaik berbanding semua yang ada. Ini selari dengan ayat ‘kuntum khayra ummah’. Kerana Umat Islam ini terbaik, paling adil, paling afdhal berbanding umat-umat yang lain maka umat Islam diberi satu tugas khas iaitu untuk ‘watch over’ (syuhadaa’ alan naas) umat-umat yang lain. Sebab itu disebut ‘ala dan tidak disebut syuhadaa’ linnaas. Nabi pula ‘watch over’ the Muslims.

6. Apa faedah yang boleh diperolehi dari ini? Jika kita ingin menggunakan kalimah ‘moderate’ sebagai equivalent kepada kalimah ‘wasat’ yang ada di dalam Al-Quran, ertinya kita ini mestilah menjadi manusia yang lain dari lain, terbaik, tersendiri, sehingga ada kemampuan untuk in-charge menjaga manusia lain dari tersesat dan termasuk dalam gaung. Ada ciri ‘ketinggian’ pada istilah ‘wasat’ dalam Al-

Page 2: Forum View Point (Catatan Jawapan Mengenai Muslim Moderate)

Quran. Kefahaman ini kalau dilihat dalam pelbagai bidang, maknanya memang menakjubkan. Misalnya jika difahami dalam soal kuasa dunia, bererti Muslim yang ‘moderate’ ialah Muslim yang memegang tampuk kuasa dunia untuk menjalankan keadilan Islam ke atas seluruh manusia.

7. ‘Wasat’ ini menjadi sebegitu hebat konsepnya kerana pengisian dan penganugerahan title itu kepada umat Islam datang daripada Allah s.w.t Yang Maha Tinggi dan Maha Hebat.

8. Jadi umat Islam ialah umat yang wasat/moderate dalam ertikata ia tersendiri, di tengah-tengah, yang tinggi, untuk berinteraksi dan memandu semua umat lain. Umat Islam wujud di tengah-tengah tanpa meleburkan identity dan prinsipnya, atau syariatnya.

PENGISIAN ‘MODERATE’ YANG BARAT MAHUKAN9. Tetapi barat telah memberi pengisian baru kepada istilah ‘moderate’. Secara ringkasnya, pengisian istilah ‘moderate’ yang ditampal kepada kelompok muslim tertentu ini ialah pengisian yang sama yang wujud dalam agama baru ciptaan Barat iaitu humanisme di mana manusia adalah pusat kepada segala-galanya, atau dalam erti kata lain, manusia dan pemikirannya sebagai ‘sumber wahyu’.

10. Misalnya dalam soal hak asasi manusia, yang menjadi ‘sumber’ dalam ‘pensyariatan’ hak asasi ini ialah apa yang difikir baik dan buruk menurut pertimbangan akal ‘tuhan-tuhan manusia’ yang menciptanya. Jadi jika ada Muslim yang mengambil pengisian ini, maka menurut Barat, mereka inilah yang ‘moderate’ manakala yang selainnya ialah ekstrem atau digelar juga ‘radikal’.

11. Saya lebih cenderung untuk tidak bermain atau guna istilah ini kerana jika pun kita faham atau tahu pengisiannya yang betul, belum tentu orang lain yang mendengar kita bercakap dengan istilah ini sama fahamnya dengan kita, kecuali kita jelaskan dengan secerah-cerahnya apa pengisian yang kita maksudkan.

MUSLIM ‘WASAT’ DENGAN ORANG KAFIR12. Makna lain ‘wasat’ menurut ahli tafsir ialah ‘yang paling adil’. Jadi in this sense, Islam meletakkan piawai tersendiri dalam berinteraksi dengan orang bukan Islam. Dengan satu matlamat hujung iaitu membawa seluruh manusia ini memperakui Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai sistem yang benar utk tadbir alam – ini fitrah manusia.

13. Jadi apa yang digelar toleransi itu, di dalam Islam, terbina atas kefahaman

Page 3: Forum View Point (Catatan Jawapan Mengenai Muslim Moderate)

ini. Atas kefahaman ini orang Islam menyampaikan dakwah mereka kepada orang bukan Islam. Ada yang menerima lalu dia menjadi saudara kita, ada yang reserve lalu kita tidak memaksa dan kita terus menyampaikan, dan ada yang menolak dan memusuhi atau melanggar garis merah agama Islam. Dalam hal ini, adil bererti bertindak berdasarkan apa yang sepatutnya menurut syariat, bukan bertindak sama rata/pukul rata semua.

14. Di Malaysia ketiga-tiga kelompok ini wujud. Ada orang Islam (Ahli politik, NGO, etc) yang tidak adil dalam berinteraksi dengan tiga kelompok berbeza ini. Mereka pukul rata dengan semua iaitu kita perlu berlembut dan raikan semua tanpa beda. Ini tindakan yang zalim (lawan adil). Ada kelompok, cara mereka terima Islam ialah dengan cara usap belakang dan kata lembut, ada pula dengan cara diskusi, bincang, atau debat. Dan ada juga yang perlu dimarahi, diberi hujah balas, digertak, baru nak faham bahasa. Sama macam seorang guru yang ajar ramai anak murid. Semua cara di atas valid belaka untuk capai satu tujuan iaitu murid tersebut sedia untuk belajar dan berubah.

Page 4: Forum View Point (Catatan Jawapan Mengenai Muslim Moderate)

Soalan 2: Kajian RAND (Building Moderate Muslim Network)

RAND BERJALAN SEIRING DENGAN PROJEK IMPERIALISME1. Kajian seperti ini bukan perkara baru. Ketika zaman Imperialisme abad ke-19 hingga 20, terdapat kelompok yang sama seperti RAND ini yang dinamakan sebagai Orientalis. Di dalam bukunya ‘Orientalism’, Edward Said menyebut:

1. “from 1815 to 1914 European direct colonial dominion expanded from about 35 percent of the Earth’s surface to about 85 percent of it.”

2. “Orientalism is fundamentally a political doctrine willed over the Orient because the Orient was weaker than the West, which elided the Orient’s difference with its weakness.”

3. “It is rather a distribution of geopolitical awareness into aesthetic, scholarly, economic, sociological, historical and philological texts;”

2. RAND lahir selepas perang dunia ke-2, di awal perang dingin, era US mula mengukuhkan kuasa sebagai sebuah empayar/hegemoni. Tujuan asal/utama ialah serve US Air Force. Setelah Ford Foundation mula beri dana, posisi RAND mula jadi penting kepada US govt. Neocons, (kumpulan perancang hegemoni US utk capai tujuan kuasai dunia - one government), CIA, juga lahir dari benih dan tapak yang sama seperti RAND. Jadi RAND main peranan sama seperti peranan orientalis di zaman imperial, iaitu sebagai pengabsah/peng-akademik kepada kerja kotor imperialis (yang tujuannya hanya satu - pemusatan kuasa dan penguasaan geopolitik).

1. Abdul Sattar Ghazali dalam artikelnya menyebut: “When the European nations began their long campaign to colonize and conquer the rest of the world for their own benefit, they brought their academic and missionary resources to help them with their task. Orientalists and missionaries, whose ranks often overlapped, were the servants of an imperialist government who was using their services as a way to subdue or weaken an enemy.

2. The academic study of the Oriental East by the Occidental West was often motivated and often co-operated hand-in-hand with the imperialistic aims of the European colonial powers. The foundations of Orientalism were in the maxim 'Know thy enemy'. This equally applies to the modern day Orientalists of such semi-official think tanks as the Rand Corporation.

KAJIAN RAND YANG BERMASALAH3. Dalam latarbelakang ini RAND menulis kajian BMMN (March 2007). Ini kajian ke-3 yang keluar tentang Islam/Muslim selepas peristiwa 9/11. Sebelum sentuh tentang isi, baik kita fahami sejauhmana kredibiliti dan ‘kehebatan’ kajian RAND. Seorang pengkritik RAND (Chalmers Johnson, yg menyebut RAND sebagai ‘university of

Page 5: Forum View Point (Catatan Jawapan Mengenai Muslim Moderate)

imperialism’) menyebut:1. “Much of RAND's work was always ideological, designed to support the

American values of individualism and personal gratification as well as to counter Marxism, but its ideological bent was disguised in statistics and equations, which allegedly made its analyses "rational" and "scientific."

2. “Most RAND analyses were formal, deductive, and mathematical but rarely based on concrete research into actually functioning societies. RAND never devoted itself to the ethnographic and linguistic knowledge necessary to do truly empirical research on societies that its administrators and researchers, in any case, thought they already understood.”

4. Melihat kepada isi report tersebut pula, kita dapati apa yang Chalmers sebutkan ketara kelihatan. Dalam satu ulasan oleh Tabah Foundation ttg kajian ini, mereka menyatakan kekeliruan penulis kajian sendiri dengan apa yang mereka kaji. Dalam kajian 2003 (Civil Democratic Islam), kelompok Sufi dilabel sebagai modernis yang sangat terbuka. Dalam kajian 2007 pula, Sufi digroupkan dengan tradisionalists yang dikatakan sebagai konservatif dan hanya pegang apa yang sampai kpd mereka secara tradisi. Dalam mukasurat yang sama, Sufi dikatakan sbg vice versa kepada Salafi dan Modernis. This is what probably happen when you try to wear a shoe that doesn’t fit you.

RAND MELAKAR SEMULA ISLAM UNTUK US5. In summary, RAND bukan sekadar mencarikan rakan strategik baru kepada US. Tetapi yang sebenarnya mereka memprofilekan semula Islam dan Muslim menurut kehendak dan persepsi yang menguntungkan hegemoni US. Kelemahan atau perkara negatif yang disenaraikan pada kelompok ‘radikal Islam’ dijadikan justifikasi untuk US melakukan so-called ‘duty’ kepada Islam & Muslim iaitu penjajahan identiti dan minda (neo-colonialism), dengan mengangkut sekali orang Islam yang termakan dengan profile baru ini.

6. Despite all the blunders yang ada dalam kajian-kajian RAND, kajian mereka lah yang banyak diadopt menjadi strategi dan polisi US govt. Why not? Condoleeza Rice salah seorang bekas trustee, Donald Rumsfeld bekas Chairman - semua orang penting dalam pentadiran Bush Kajian BMMN ini boleh disaksikan rupa bentuknya dalam pelbagai polisi yang diambil oleh US govt di mana US govt menyalurkan dana dan memberikan sokongan/pegiktirafan kepada kumpulan muslim yang sekular dan liberal di pelbagai negara sasaran seperti Mesir, Indonesia, dan khususnya di Malaysia.

Page 6: Forum View Point (Catatan Jawapan Mengenai Muslim Moderate)

7. Terbaru, sampaikan aktivis transgender muslim pun diberi anugerah oleh John Kerry. Banyak contoh boleh diberi tentang Malaysia tetapi cukuplah kita ambil yang signifikan;

1. DS Anwar diberi anugerah Muslim Moderate of the year oleh CSID pada tahun 2005. DS Anwar ketara memberikan sokongan kepada kumpulan seperti SIS dan dalam banyak ucapan menyatakan pandangan-pandangan yang menepati citarasa pluralism Barat dan liberalism Barat.

2. Contoh lain, ketika lawatan Obama ke Malaysia kali pertama, Civil society ‘Islam’ yang dijumpai secara khusus seperti IRF misalnya adalah kelompok yang memang jelas ciri liberalism dan sekularisme dalam agenda mereka, sealiran dengan apa yang dibawa oleh Nurcholis dan Ulil Abshar dari Indonesia (BMMN even mentioned Nurcholis in the book). Jadi kajian ini ialah kajian yang real, wujud, sudah berjalan, terus berjalan, well funded. Bukan hanya satu ‘teori konspirasi’.

APA SEPATUTNYA RESPON ORANG ISLAM8. Ada dua jenis muslim yang akan wujud selepas baca kajian ni:

1. Muslim yang faham profile Islam jelas: Akan kata semua profiling dan grouping dalam kajian ini sebagai satu fallacy yang besar sebab langsung tidak reflect perkara yang betul/yang sebenarnya wujud.

2. Muslim yang naif/jahil: Akan berlaku knee-jerk reaction (melatah) dan segera make sure mereka avoid being labelled as ‘radical’ atau ‘fundamentals’, yg akan menyebabkan mereka adopt profile Islam yang liberal dan ajak orang lain adopt perkara yang sama. Paling senang terkesan ialah ahli politik dan public figure sbb mereka ada cita-cita politik dan popularity, not accepting the ‘moderate’ profile yang RAND/US letakkan bermakna mereka akan hilang populariti hence hilang pengundi dan followers (seen as radicals). Ahli politik dan figure pula sekali tulis dibaca oleh ribuan orang, maka pemikiran ini lagi cepat merebak berbanding tulisan yang menjelaskan dengan betul apa yang sepatutnya. So most muslim yg jahil akan easily fall into this ‘valley of the death’.

9. Dan ada Muslim yang tidak pernah tahu bahawa RAND sebagai sebuah radas kerajaan AS untuk menjajah dunia pernah menulis report begini, atau AS merancang sebegini ke atas dunia Islam. Mereka ini ialah orang kebanyakan, yang akan mengikut samada golongan pertama atau kedua yang lebih kuat menyatakan pandangan mereka di ruangan awam.

10. Muslim sepatutnya sedar dan segera keluar dari kotak permainan. Muslim perlu faham bahawa apa yang dilontar kepada kita melalui usaha yang dirancang oleh

Page 7: Forum View Point (Catatan Jawapan Mengenai Muslim Moderate)

RAND ialah untuk mencaturkan kita dan memasukkan kita ke dalam game yang mereka susun. Akhir sekali hanya mereka yang untung dan mendapat penguasaan dunia. Jika kita kembali semula kepada identiti dan profile asal kita, kita tidak akan sekali-kali rugi kerana kita menjadi tuan kepada diri kita sendiri instead of menjadi hamba kepada permainan AS dan Barat. 11. Muslim yang faham Islam pula perlu bekerja keras untuk bersihkan semula ruangan awam daripada pencemaran yang terjadi. Banyak persoalan yang timbul hasil daripada arus pengisian songsang kepada istilah ‘moderate’ ini perlu dijadikan peluang untuk didik orang ramai dengan kefahaman Islam yang sempurna dan jitu.

Page 8: Forum View Point (Catatan Jawapan Mengenai Muslim Moderate)

Soalan 3: Jihad tidak relevan

KONSEP JIHAD ADALAH LUAS1. Jihad dalam Islam memiliki maksud yang luas. Jihad dengan peperangan dan senjata adalah salah satu daripada method yang terkandung dalam maksud yang luas itu, dan sebenarnya adalah method yang hanya mampu dijalankan setelah method-method dan persiapan lain telah cukup kukuh.

2. Secara ringkas, jihad ini konsepnya ialah ialah sedaya-upaya, bersungguh-sungguh menunaikan tugas umat Islam untuk ‘watch over’ umat lain. Jika kita lihat ayat terakhir surah Al-Hajj ada perkaitan yang sangat rapat dengan jawapan yang saya berikan dalam soalan pertama. Umat Islam sebagai umat yang terpilih perlu mengangkat Islam ini ke kedudukannya yang betul iaitu yang tertinggi untuk membolehkan umat Islam melakukan tugas mengurus dunia dengan syariat Islam. Jadi jihad ialah satu gelora perasaan, passion, kesungguhan, untuk memastikan perkara tersebut terjadi, dengan segala cara yang mungkin yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

3. Jadi kalau ini yang kita fahami, maka tidak timbul persoalan relevan atau tidak jihad di masa kini, atau persoalan jihad ini hanya ketika krisis atau umat Islam diserang sahaja. In fact, kita boleh lihat mana-mana umat yang memiliki agenda dan ideology akan memiliki gelora perasaan dan kesungguhan yang sama. Tengok orang Yahudi, beratus-ratus tahun ber’jihad’ dengan segala cara – ekonomi, media, politik, senjata – sebelum akhirnya mereka berjaya menegak negara haram Israel dan sekarang ini memegang banyak tampuk penting dunia. Hanya manusia yang kosong minda dan jiwa akan duduk senyap, stagnant, makan minum dan mereput. Jadi fenomena tersebut boleh kita katakana sebagai suatu fenomena yang natural bagi makhluk yang bernama manusia kerana mereka diberikan kecerdikan (akal).

4. Di Malaysia misalnya, jihad umat Islam ialah untuk memastikan identity, tanah air dan umat Islam di Malaysia ini tidak tenggelam ditelan arus hegemoni barat yang datang dalam bermacam-macam bentuk (tiada senjata pun digunakan). Media, ekonomi, politik menjadi alat untuk hegemoni Barat ber’jihad’ menegakkan agenda mereka ke atas kita, bagaimana kita pula boleh duduk senyap dan mengatakan jihad ini tidak relevan dan tidak perlu dalam situasi di Malaysia. Mungkin jihad yang melibatkan perang dan senjata belum perlu dan belum ada tetapi jihad lain adalah teramat-amat kritikal dan relevan.

SYED QUTB MENERANGKAN HAKIKAT ISLAM5. Sayyid Qutb sebagai seorang pendakwah Islam menulis tentang kerangka dan tasawwur umum tentang Islam yang sepatutnya difahami oleh semua manusia.

Page 9: Forum View Point (Catatan Jawapan Mengenai Muslim Moderate)

Meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan menjalankan syariat adalah tasawwur yang bersifat permanent dan satu taklif yang kekal ke atas umat Islam hingga hari kiamat. Ini memang beliau tegaskan. Tetapi dari sudut bagaimana ia dilakukan atau dijalankan, SQ menegaskan bahawa tiada perubahan yang boleh berlaku kecuali dengan cara yang tabii iaitu selari dengan Sunnah alam – berperingkat-peringkat (tadarruj) dan mengambil segala asbab yang patut.