forum-hse

19
BINCANGKAN USAHA-USAHA KERAJAAN CHINA DALAM MENYEKAT PENGARUH BARAT SEHINGGA PENGHUJUNG ABAD KE-19 Pertengahan abad ke 19, imperialis Barat mula mengasak China yg membuatkan era baharu dalam sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa Barat. Hal demikian membawa kepada kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Namun Kerajaan China masih berbangga dengan menganggap negara mereka Middle Kingdom iaitu mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka keberatan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Barat kerana menggangap orang Barat sebagai Fan Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing). Sistem pemerintahan China juga tidak mempunyai pejabat hal ehwal luar. Maharaja institusi tertinggi diikuti majlis tinggi dan sekretariat tertinggi. Timbul ketegangan hubungan antara kuasa Barat dengan China hingga membawa peperangan kedua belah pihak dan memberi impak besar kepada sejarah perjalanan China. Antara usaha-usaha kerajaan China dalam menyekat pengaruh barat ialah Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895). Menjelang pertengahan abad ke- 19, kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di China. Kerajaan juga menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan Taiping (1851-1864) dan Pemberontakan Nien (1853-1868). Perkembangan ini telah memberi kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah seperti Putera Kung (1833-1898), Tseng Kuo-fan (1811-1872), Li Hung-chang (1823-1901) dan Tso Tsung-tang (1812- 1885) mengenai keperluan untuk memodenkan China. Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang dikenali sebagai Gerakan Menguatkan Diri. Tokoh yang mengasaskan idea Gerakan Menguatkan Diri adalah Feng Kuei-fen. Feng Kuei-fen berpendapat China harus memperoleh ilmu daripada Negara-negara Barat untuk memodenkan China. Gerakan ini telah dilaksanakan mulai tahun 1861 dan berlanjutan hingga tahun 1895. Langkah-langkah yang diambil untuk menguatkan diri mencakupi bidang diplomatik, pendidikan, ketenteraan,ekonomi, pentadbiran serta sistem perhubungan dan pengangkutan. Usaha kedua ialah Pemberontakan Boxer. Menjelang tahun 1899, tercetus pemberontakan yang di kenali sebagai Pemberontakan Boxer di China. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang China yang beragama Kristian. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa- kuasa asing terhadap kerajaan China. Malah anggota gerakan Boxer menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu. Mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada segala kepincangan yang berlaku dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial di China. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap Cina yang di kenali sebagai I Ho Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian). Menjelang tahun 1813, kerajaan mengeluarkan perintah mengharamkan I Ho Chuan kerana pertubuhan ini bersifat antiManchu. Namun anggota persatuan ini bergiat secara sulit di wilayah-wilayah Shantung,Hunan, dan Kiangsu. Menjelang tahun 1818,pengaruh Persatuan I Ho Chuan merebak ke wilayah Chihli. Orang Barat menamakan ahli-ahli kongsi gelap ini sebagai Boxer kerana mereka mengamalkan sejenis tinju Cina yang di sertai

Upload: hafizullurvedieyla

Post on 11-Jul-2016

61 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

UPM

TRANSCRIPT

Page 1: FORUM-HSE

BINCANGKAN USAHA-USAHA KERAJAAN CHINA DALAM MENYEKAT PENGARUH BARAT SEHINGGA PENGHUJUNG ABAD KE-19

Pertengahan abad ke 19, imperialis Barat mula mengasak China yg membuatkan era baharu dalam sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh  oleh kuasa Barat. Hal demikian membawa kepada kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Namun Kerajaan China masih berbangga dengan menganggap negara mereka ‘Middle Kingdom’ iaitu mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka keberatan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Barat kerana menggangap orang Barat sebagai Fan Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing). Sistem pemerintahan China juga tidak mempunyai pejabat hal ehwal luar. Maharaja institusi tertinggi diikuti majlis tinggi dan sekretariat tertinggi. Timbul ketegangan hubungan antara kuasa Barat dengan China hingga membawa peperangan kedua belah   pihak dan memberi impak besar  kepada sejarah perjalanan China. 

Antara usaha-usaha kerajaan China dalam menyekat pengaruh barat ialah Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895). Menjelang pertengahan abad ke-19, kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di China. Kerajaan juga menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan Taiping (1851-1864) dan Pemberontakan Nien (1853-1868). Perkembangan ini telah memberi kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah seperti Putera Kung (1833-1898), Tseng Kuo-fan (1811-1872), Li Hung-chang (1823-1901) dan Tso Tsung-tang (1812-1885) mengenai keperluan untuk memodenkan China. Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang dikenali sebagai Gerakan Menguatkan Diri. Tokoh yang mengasaskan idea Gerakan Menguatkan Diri adalah Feng Kuei-fen. Feng Kuei-fen berpendapat China harus memperoleh ilmu daripada Negara-negara Barat untuk memodenkan China. Gerakan ini telah dilaksanakan mulai tahun 1861 dan berlanjutan hingga tahun 1895. Langkah-langkah yang diambil untuk menguatkan diri mencakupi bidang diplomatik, pendidikan, ketenteraan,ekonomi, pentadbiran serta sistem perhubungan dan pengangkutan.

Usaha kedua ialah Pemberontakan Boxer. Menjelang tahun 1899, tercetus pemberontakan yang di kenali sebagai Pemberontakan Boxer di China. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang China yang beragama Kristian. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan China. Malah anggota gerakan Boxer menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu. Mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada segala kepincangan yang berlaku dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial di China. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap Cina yang di kenali sebagai I Ho Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian). Menjelang tahun 1813, kerajaan mengeluarkan perintah mengharamkan I Ho Chuan kerana pertubuhan ini bersifat antiManchu. Namun anggota persatuan ini bergiat secara sulit di wilayah-wilayah Shantung,Hunan, dan Kiangsu. Menjelang tahun 1818,pengaruh Persatuan I Ho Chuan merebak ke wilayah Chihli. Orang Barat menamakan ahli-ahli kongsi gelap ini sebagai ‘Boxer’ kerana mereka mengamalkan sejenis tinju Cina yang di sertai dengan ilmu sihir. Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerjaan Manchu dan kemunculan kerajaan republik di China.

Page 2: FORUM-HSE

BAHASKAN SISTEM POLITIK DI JEPUN YANG MEMBAWA KEPADA KEMAJUAN EKONOMI KE ARAH MODEN PADA PENGHUJUNG ABAD KE 19

Negara Jepun telah mengubah dasar negara dan sanggup untuk menerima sebarang perubahan untuk kemajuan negara mereka. Hal ini kerana, Maharaja Meiji telah memainkan peranan dengan menaikkan lagi semangat rakyatnya untuk mencapai kemajuan.

Pemerintahan dan pentadbiran negara Jepun turut mengalami pemodenan. Sistem pemerintahan tradisional telah digantikan dengan pemerintahan bercorak Barat. Setelah Maharaja Meiji menakluki pemerintahan Jepun, beliau telah menghapuskan sistem feudalisme bertujuan untuk menguatkan pentadbiran Jepun. Pada tahun 1885, satu sistem kabinet dan jawatan perdana menteri diwujudkan dan diikuti dengan kewujudan Majlis Privy tiga tahun kemudian. Majlis ini berfungsi sebagai penasihat kepada maharaja. Pada 11 Februari 1889 pula, Maharaja Meiji telah mengisytiharkan perlembagaan baru Jepun yang menempatkan maharaja di peringkat tertinggi. Perlembagaan ini juga telah mewujudkan dua buah dewan iaitu Dewan Bangsawan dan Dewan Perwakilan.

Jepun juga telah memberi perhatian khusus dalam bidang perundangan sebagai langkah untuk membangunkan negara. Jepun juga telah mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar perundangan Barat. Maharaja Meiji berjaya menguatkuasakan undang-undang moden dalam menghapuskan perjanjian-perjanjian yang tidak adil antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dan mewujudkan masyarakat industri moden. Pada tahun 1873, seorang peguam Perancis, Gustave Roissonade de Fontarabe telah dilantik sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan di Jepun. Baliau telah ditugaskan menggubal undang-undang jenayah moden yang telah dikuatkuasakan dalam tahun 1882.

Jepun berjaya dengan dasar pembangunan kerana mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Oleh itu, Jepun berjaya membangunkan ekonominya. Jepun telah mengamalkan dasar pintu terbuka menyebabkan sektor pertanian menerima revolusi dari Barat. Revolusi ini telah mendatangkan hasil yang cemerlang. Selain itu, sektor perindustrian yang dianggap penting turut dimajukan. Pada tahun 1865, pusat pembinaan kapal di Yokosuka dibuka. Walaupun Jepun banyak menggunakan sistem yang diamalkan di Barat namun elemen-elemen tradisional masih dikekalkan dan berjalan seiringan dengan sistem Barat.

Dengan perubahan yang dapat diterima oleh semua lapisan penduduk Jepun, kestabilan dan keamanan dalam negara dapat dikekalkan. Semua pihak terutama golongan feudal kehilangan kuasa dan wilayah pentadbiran tetapi mereka tidak menimbulkan sebarang penentangan. Keadaan tersebut disebabkan oleh semangat kebangsaan yang tinggi dalam kalangan mereka. Mereka taat dan setia terhadap maharaja. Pihak asing yang berada di Jepun turut mengiktiraf pemodenan negara Jepun. Malahan pihak Barat telah membuat penyemakan terhadap perjanjianperjanjian mereka untuk mengekalkan hubungan baik dengan Jepun. Contohnya, pada tahun 1894 Britain telah mengiktiraf pemodenan Jepun. Menjelang tahun 1911, Jepun mempunyai taraf yang sama dengan kuasa-kuasa besar Barat.

Page 3: FORUM-HSE

Kesimpulannya, kedatangan Barat di rantau Asia Timur telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat. Menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20, negara Jepun telah berusaha untuk membuat pelbagai pembaharuan untuk memajukan negara masing-masing. Mereka berhasrat untuk memperbaharui sistem politik dan ekonomi supaya lebih berdaya saing dengan kuasa-kuasa Eropah. Walau bagaimanapun, jika ditinjau secara teliti Jepun merupakan salah sebuah negara yang berjaya dengan pembaharuannya. Hal ini terbukti dengan terbinanya sebuah negara yang kukuh dan stabil dalam usaha pemodenan.

BANDINGKAN USAHA-USAHA JEPUN DAN CHINA DALAM MENGHADAPI TEKANAN DARI BARAT

Pada pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh imperialis Barat. Keadaan ini memulakan era baharu dalam sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa barat. Ketidakpuasan hati para pedagang dan pegawai Barat mula memuncak dengan pelbagai insiden yang mereggangkan hubungan antara pihak Barat dan kerajaan China. Kerenggangan hubungan China terhadap kuasa Barat berpunca kepada beberapa isu iaitu isu perdagangan, candu, perundangan, agama Kristian, kawasan petempatan orang asing, dan teknologi Barat. Atas masalah ini, China telah melakukan beberapa tindakan.

Antara usaha-usaha China dalam menghadapi tekanan daripada pihak barat ialah tindakan anti terhadap kuasa asing. Terdapat dua kumpulan anti kuasa asing di China. Kumpulan pertama ialah golongan yang membenci orang asing tetapi tidak bertindak. Kumpulan kedua ialah golongan yang menolak semua kehadiran asing seperti agama Kristian dan teknologi Barat. Agama Kristian yang dibawa oleh orang Barat mengancam kedudukan agama dan kepercayaan tradisi China seperti Confucius, Taoisme dan Buddha. Pada tahun 1870, berlaku gerakan menentang mubaligh Kristian di Tientsin. Orang China berprasangka buruk terhadap aktiviti membaptis yang dijalankan oleh rahib wanita terhadap kanak-kanak China yang sakit.Golongan mubaligh dituduh mencungkil mata kanak-kanak untuk tujuan membuat logam yang berharga. Ada juga tuduhan menyatakan bahawa kanak-kanak China disihir, dipotong badan, diambil hati, dan mata mereka untuk dijadikan ubat.

Usaha yang kedua ialah pemberontakan Boxer Pada tahun 1899, orang China marah dengan tindak-tanduk kuasa asing yag menceroboh wilayah China. Peristiwa ini dikenali sebagai pemberontakan Boxer. Pengikut Boxer mendakwa aktiviti orang asing telah membawa kemarahan Tuhan yang menurunkan bencana kepada penduduk China. Oleh itu, orang China bertanggungjawab untuk menghapuskan oraang asing yang ada dibumi China. Kumpulan Boxer (peninju) medapat restu daripada maharani dan gabenor-gabenor wilayah. Mereka menggalakkan perkembangan kongsi gelap bertujuan memperkuatkan China supaya tidak terjejas oleh kemaraan kuasa-kuasa barat yang semakin berleluasa ketika itu.

Usaha yang ketiga ialah Maharani Dowager juga telah mengisytiharkan perang terhadap kuasa Barat. Tindakan tersebut merupakan akibat rasa terkilan kerana campur tangan Barat dalam

Page 4: FORUM-HSE

urusan Negara China. Keputusan mengisytiharkan perang tidak medapat sokongan daripada pegawai-pegawainya di beberapa wilayah China. Pegawai seperti Chang Chih-tung dan Li Hung-chang telah mengabaikan arahan Maharani Dowager berperang dengan Barat. Ada juga pegawai di wilayah tertentu yang memberi jaminan utuk melindungi warga asing. Oleh itu, kebangkitan Gerakan Boxer hanya meletus di beberapa kawasan sahaja seperti Peking, Shansi, Tientsin, Manchuria, dan Mongolia.

Dalam menghadapi pihak barat, jepun merupakan salah sebuah negara yang berpegang teguh kepada konsep pan-asianisme yang menjurus kepada peranan sebenar Jepun di Asia dan menyebarkan ideologi bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk menyelamatkan Asia daripada pencerobohan kuasa barat seperti Rusia, Jerman, Amerika Syarikat dan lain-lain. Perlindungan ke atas Asia ini memerlukan Jepun untuk menjadi sebuah kuasa yang setaraf dengan Barat sebagai sebuah kuasa dunia. Persamaan akan membolehkan Jepun menangani sebarang ancaman dan memerangi Barat dengan jayanya. Perang Dunia pertama dijadikan sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-citanya termasuklah ingin menjadi sebuah kuasa yang setaraf dengan kuasa Barat dan diiktiraf. Sejak abad ke-19 lagi, Jepun jelas berusaha memodenkan negaranya dari setiap aspek bermodelkan Barat. Jepun menggalakkan pembelajaran sains dan teknologi Barat serta telah terpengaruh dengan konsep dan institusi Barat.

Abad ke-20 memperlihatkan Jepun sebagai sebuah kuasa imperialis yang baru. Jepun menggunapakai konsep Barat iaitu kuasa besar perlu memerintah negara kecil untuk kebaikan negara kecil itu dan kepentingan politik bagi pihak penjajah. Berdasarkan konsep ini, Jepun melihat Korea sebagai kawasan yang sangat strategik untuk kejayaan Jepun. Kemenangan Jepun ke atas Rusia yang menjadikannya kuasa tunggal di Korea telah menjadi punca utama kebangkitan Jepun. Jepun telah diakui sebagai satu kuasa baru di Timur Jauh dan negara Barat terpaksa menerima negara Jepun sebagai setaraf dengan mereka. Jepun menerima pengiktirafan dan diakui sebagai sebuah sebuah kuasa dunia apabila tenteranya memenangi peperangan ke atas Rusia. Sejak daripada itu, Jepun tidak dapat dielakkan daripada melibatkan diri dalam hal ehwal politik dunia. Hal ini termasuklah melibatkan diri dalam perang dunia pertama yang dirasakan oleh rakyat Amerika Syarikat berlaku atas faktor persaingan pertahanan.

Sejak zaman Meiji lagi kerajaan Jepun memberi tumpuan khusus kepada kewujudan sebuah angkatan tentera yang mengikut cara Barat kerana sedar bahawa Jepun hanya dapat berdiri teguh menghadapi ancaman Barat menerusi proses modenisasi angkatan tentera. Selain itu, Jepun akur kepada kemajuan teknologi senjata ketenteraan di negara Barat yang sangat hebat. Maka, Jepun perlu berdiri seiring dengan Barat dalam usaha untuk melindungi diri sekaligus menjadi kuasa yang disegani dunia. Tujuan utama pemodenan Meiji juga adalah untuk

Page 5: FORUM-HSE

meningkatkan kekuatan negara dan mempertahankan kemerdekaan, selain ingin menjadikan Jepun diterima ke dalam masyarakat antarabangsa. Pada abad ke-19, Jepun telah menambahbaik angkatan tenteranya sehingga menjadi sebuah angkatan tentera yang moden dan berkuasa. Mereka berazam untuk menguji kemahiran terhadap Rusia yang diiktiraf sebagai kuasa tentera yang terkuat di dunia. Hasilnya, Jepun menang besar ke atas Rusia dan menggantikan kuasa Rusia di Pasifik. Seterusnya, semasa perangdunia pertama, angkatan tentera semakin hebat dan peralatan ketenteraan menjadi lebih baik. Matlamat untuk cuba menandingi tentera Barat jelas semakin berjaya apabila kapal perang “Nagato” dan “Mutsu” yang digunakan semasa perang dunia pertama merupakan kapal tentera yang paling besar dan mahal di dunia. Maka, menjelang tahun 1921, Jepun semakin berkembang sebagai kuasa tentera laut.

Tamatnya perang dunia pertama menyaksikan Great Britain, Amerika Syarikat dan Jepun terlibat dalam persaingan kekuatan angkatan tentera laut yang besar dan mahal serta jika tidak ditangani akan menyebabkan peperangan. Jelas bahawa ketenteraan Jepun setaraf dengan ketenteraan kuasa Barat. Maka ia berusaha diatasi melalui Persidangan Washington pada 1921 yang antaranya memeterai perjanjian mengurangkan perlumbaan senjata melalui genjatan senjata selama 10 tahun. Jepun menerimanya kerana sedar bahawa Amerika Syarikat yang kuat berkemungkinan akan bermusuh dengan Jepun dan Jepun sendiri tidak yakin mampu untuk menghadapi peperangan dengan A.S dan Britain.

Kesimpulannya, Jepun sememangnya mempunyai agenda yang tersendiri apabila menyertai perang dunia pertama. Perang dunia pertama telah menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa utama dunia dan diiktiraf kekuatannya oleh kuasa Barat. Manakala golongan pemerintah China dan rakyat tempatan pula bersatu hati demi mengusir orang-orang barat dalam negara mereka.

Page 6: FORUM-HSE

PERANG CANDU PERTAMA DI CHINA MEMBERI GAMBARAN KELEMAHAN KERAJAAN MANCHU DALAM MENGHADAPI ANCAMAN BARAT.ANALISISKAN

Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China Pertama kerana ekoran tercetusnya pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan. Dalam pada itu, peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak di China dan ia menandakan dinasti Machu telah mengalami kemerosotan. Perdagangan barat dengan China lebih menyebelahi pihak China. Pihak British cuba membawa barang mereka dari India dengan memperkenalkan barangan tekstil di China tetapi gagal menembusi pasaran China. Mereka amat memerlukan teh dan sutera dari China yang mendapat permintaan tinggi di Eropah. Keengganan China membeli barang dari Britian menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan kerajaan British. Oleh yang demikian bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah itu, pedagang Barat mencari alternatif dengan membawa masuk candu dari India. Candu kemudiannya menjadi barang paling digemari oleh masyarakat China tidak kira golongan bangsawan atau atasan. Kemasukan Candu mengakibatkan pengaliran wang keluar yang banyak. Keadaan ini telah menjejaskan ekonomi China. Pada tahun 1838, Maharaja Tao Kuang telah mengeluarkan perintah yang mengharamkan penggunaan dan perdagangan candu.

Kemasukan candu dan pergolakan yang berlaku telah menjejaskan pemerintahan dinasti Manchu. Perang Candu jelas sekali menunjukkan bahawa dinasti Manchu mengalami kemerosotan yang amat ketara.  Kekalahan kerajaan China dalam peperangan tersebut menunjukkan bahawa dinasti Manchu tidak mempunyai keupayaan untuk menghadapi penentangan kuasa-kuasa Barat. Kelemahan dinasti Manchu menyebabkan rakyat mula menentang kerajaan hingga tercetus Pemberontakan Taiping. Selain itu kelemahan kerajaan Manchu juga kerana tidak mempunyai sistem pentadbiran yg teratur dan sistematik. Hal ini kerana mereka tidak dapat mengawal amalan rasuah & penyelewengan yg berleluasa dalam kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Malahan itu juga pegawai-pegawai yang dilantik juga banyak melalukan penyalahgunakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi melaksanakan program-program.

Selain itu muncul gerakan menguatkankan diri. Perjanjian Nanking menunjukkan kelebihan kuasa-kuasa Barat dalam bidang sains dan teknologi. Perjanjian ini telah menyedarkan masyarakat China tentang kepentingan menguasai ilmu pengetahuan dari Barat. Kesedaran ini telah membangkitkan minat masyarakat China untuk memulakan gerakan menguatkan diri. Malahan itu juga muncul golongan pedagang baru. Penghapusan Co-hong menyebabkan muncul golongan pedagang baharu di China. Golongan ini terlibat dalam penubuhan pelbagai jenis industri dan perusahaan. Perkembangan ini menyebabkan muncul sistem ekonomi moden menggantikan sistem ekonomi tradisional.

Page 7: FORUM-HSE

Disamping itu juga perniagaan candu mula meningkat. Perniagaan candu telah meningkat secara mendadak selepas Perang Candu. Perjanjian Nanking yang menamatkan Perang Candu tidak menyentuh tentang sekatan terhadap perdagangan candu. Perkembangan ini menyebabkan jumlah candu yang dibawa masuk oleh saudagar-saudagar Barat meningkat. Umpamanya import candu meningkat sebanyak 300 peratus pada tahun 1858. Selain daripada itu kegiatan penyebaran agama kristian turut berlaku. Masyarakat China terdedah kepada penyebaran agama Kristian. Mubaligh-mubaligh Kristian bebas menyebarkan agama Kristian di pelabuhan-pelabuhan. Perkembangan agama Kristian menyebabkan kebudayaan dan adat resam masyarakat Cina terjejas. Masyarakat Cina juga terdedah kepada pemikiran dan pengaruh kebudayaan Barat.

Selepas perang candu berlaku juga telah menyebabkan krisis ekonomi di negara China. Perang Candu pertama telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi masalah ekonomi, China telah merayu supaya British mengurangkan ganti rugi. Keengganan British telah menjejaskan hubungan antara mereka

Kesimpulan kemerosotan kerajaan Manchu telah menyebabkan munculnya Kebangkitan Boxer bagi memperbaiki kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Manchu. Kebangkitan Boxer telah meletakkan asas bagi perubahan yang berlaku dalam politik serta masa depan negara China. Gerakan ini telah memberi peluang kepada Dr. Sun Yat Sen untuk melancarkan revolusi bagi memperbaiki kelemahan kerajaan Manchu dan menunubuhkan sebuah kerajaan republik di China.

Page 8: FORUM-HSE

PEMBAHARUAN MEIJI DALAM MENGHADAPI KUASA BARAT.

Masa meiji (1867 – 1912) merupakan salah satu pemerintahan yang paling istimewa dalam sejarah Jepun. Di bawah pimpinan Meiji, Jepun bergerak maju sehingga hanya dalam beberapa dasawarsa mencapai pembentukan suatu bangsa modern yang memiliki perindustrian modern dan pemerintah politik modern. Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 – 1867). Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud “pemerintah yang menerima pencahayaan”, struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan penghujung 20an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun. Namun begitu, atas semangat “Jepun Baru”, banyak pencapaian yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Meiji ialah untuk memodenkan angkatan tentera darat dan laut. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. Sistem ini telah di perkenalkan kepada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas. Mereka akan berkhidmat selama 12 tahun yang boleh di pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun sebagai simpanan. Cara berperang juga di ajar oleh pegawai tentera asing. Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872. Sewaktu penubuhan Angkatan Tentera Laut, Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut. Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di ambil sebagai jurulatih Tentera Laut. Kemudahan tentera laut telah di pertingkatkan tahun demi tahun dengan memperbaiki kemudahan limbungan membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru. Sehingga tahun 1894, Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28 buah kapal moden, 24 buah anak kapal dan juga torpedo. Negara Jepun telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan moden dalam masa kurang dari 30 tahun. Jepun telah berjaya menjadi sebuah negara kuasa besar di rantau Asia ketika itu.

Page 9: FORUM-HSE

Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima hadiah berupa mesin telegraf. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah di modenkan lagi. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya, sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di Jepun.

Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872. Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan sistem pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi. Pada tahun 1872, landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang di bina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880. Landasan itu telah di bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. Pendapat mengatakan sistem komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara-negara barat ketika itu.

Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji. Ianya di anggap sebagai alat tranfsormasi untuk merealisasikan impian Maharaja Meiji. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah di beri pendedahan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Sekolah-sekolah telah di bina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji. Mereka bersependapat mengatakan “pendidikan adalah kunci kecemerlangan”. Walaupun begitu, mereka masih perlu membayar yuran pengajian untuk anak-anak yang bersekolah. Namun, hal itu tidak menjadi masalah kerana mereka (peladang-peladang) percaya kepada pulangan pelaburan yang telah mereka lakukan melalui anak-anak mereka, demi masa depan mereka. Dengan membina sekolah juga, mereka dapat memberi sumbangan ke arah membangunkan negara Jepun.

Kementerian Pelajaran Jepun telah di tubuhkan pada tahun 1871 dengan menyeragamkan sistem pendidikan. Pada tahun berikutnya, kawasan di Jepun telah di pecahkan kepada 8 bahagian. Di setiap bahagian pula di bina sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak Jepun yang mula ke sekolah ketika berumur 6 tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan. Kemudian, pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah di tetapkan kepada 8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun. Selain itu, wujud juga sekolah tinggi yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan dan perikanan.Selain itu, kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka di bayar gaji oleh kerajaan Jepun.Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini

Page 10: FORUM-HSE

merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara. Pelajar-pelajarnya di ajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan moral yang di sadur dari etika Kung Fu Tze.Selain daripada pendidikan dalam negeri, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat.

 Sistem undang-undang moden telah di perkenalkan untuk meyemak semula perjanjian-perjanjian berat sebelah di antara negara Jepun dan negara-negara barat yang di buat sekitar tahun 1850an dan 1860an. Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu. Undang-undang yang telah di gubal ini telah di kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah moden. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah di gubal pada tahun 1888.

Bidang kesusateraan telah berkembang biak dengan adanya penterjemahan buku-buku sastera dari barat. Di antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di terjemahkan ialah karya William Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair. Ini telah meningakatkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Di antara karya mereka yang telah di terjemah kan ialah Romeo and Juliet, Ernest Maltraves dan The Bridge of Cannernoor. Selain itu, ada juga Pilgrim’s Progreess dan The Bible(Old Testament). Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah mendapat pendidikan dari Univesity of Edinburgh (Scotland). Hasil penterjemahan beliau, telah wujud bentuk keusasteraan baru yang yang di namakan gembun itchi dan telah di gunakan dengan meluas oleh penulis-penulis novel Jepun. Melalui penterjemahan-penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun telah terdedah kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Di antara novelis yang terkemuka ketika itu ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahan beliau yang berjudul Rendezvous. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang sangat oenting ketika era pemulihan Meiji.

 

Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat untuk meningkatkan semangat nasionalisma. Ideologi baru di perkenalkan yang di namakan Kokutai secara rasmi. Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap suci. Seterusnya, dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pula konsep Shinto Negara. Shinto negara adalah berasal daripada agama Shintonisme, sebuah agama purba Jepun. Dalam konsep Shintoisme purba, shinto di bahagikan kepada empat bahagian, iaitu Shinto Istana

Page 11: FORUM-HSE

DiRaja (Koshitsu Shinto), Shinto tempat-tempat suci (Jinja Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). Namun, setelah konsep Shinto Negara di perkenalkan, Shinto Istana DiRaja dan Shinto Tempat-tempat Suci telah di satukan dengan menyerap ajaran-ajaran Konfusianisme (Kung Fu Tze). Sebaliknya, agama Buddha telah di asingkan daripada agama Shinto. Sewaktu penghapusan agama Buddha, kesemua harta-harta institusi Buddha telah di ambil dan kitab-kitab suci telah di bakar dan di hanyutkan ke sungai-sungai. Patung-patung Buddha juga tidak terkecuali.

Selain itu, jika sebelum ini di zaman Tokugawa, agama Kristian telah di hamkan. Tetapi, di zaman Meiji, sebalikya pula yang berlaku. Agama Kristian telah di terima masuk semula. Ianya telah berkembang di Jepun dengan pembinaan pusat-pusat keagamaan di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870an. Selain itu, mubaligh-mubaligh Kristian yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah-sekolah agama Kristian dan menerbitkan risalah-risalah agama Kristian. Tetapi, tidak semua rakyat dapat menerima kemasukan semula agama Kristian. Dengan itu, muncul pula beberapa persatuan yang berfahaman nasionalis seperti Nippon – sin (The Japanese) dan Persatuan Cara Agung, Agama Kebangsaan Jepun (Nippon Kokkyo Daido-sha). Peratuan-persatuan ini beranggapan bahawa agama Kristian akan menghapuskan ciri-ciri kebudayaan Jepun. Tidak seperti ajaran-ajaran Buddha dan ajaran Konfusiusme. Matlamat persatuan-persatuan ini adalah untuk meyanjung dan mengangkat martabat tradisi serta warisan negara dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat. Walaupun begitu, Jepun kini telah mempunyai 130 buah gereja di seluruh kepulauan Jepun.

 Ekonomi Jepun telah menerima impak yang agak besar daripada era Pemulihan Meiji. Maharaj Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamatn dan keagungan nasionalisme. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih kurang 600,000.

Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor pertanian telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun pada tahun 1870 – 1880. Selain itu, sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan golongan di Raja. Tetapi, setelah konsep pemilikan tanah di perkenalkan daripada Barat, semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun dia adalah seorang petani. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme.

Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang di bawa masuk untuk meningkatkan lagi taraf teknologi pertanian Jepun. Selain itu juga, penggunaan benih yang di impot dan baja kimia telah di perkenalkan. Tanaman yang di galakkan ketika itu ialah teh dan sutera dan banyak kawasan

Page 12: FORUM-HSE

pertanian yang telah di buka. Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan dengan kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat). Industri ini berperanan dalam industri pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka. Kilang-kilang besi tadi telah di bangunkan dengan meminjam modal daripada golongan-golongan kaya feudal Jepun. Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi daripada negara-negara barat yang berupa pinjaman bank. Kilang-kilang itu juga telah di bangunkan dengan bertujuan untuk memajukan bidang ketenteraan Jepun dalam usaha penaklukan dan pertahanan. Pengetahuan perlatan perang telah di serap dari barat dengan membawa masuk beberapa pakar dari luar.

Kerajaan Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dan senapan di Tokyo dan Osaka. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di Tokyo dan Gumma untuk membuat peluru. Selain daripada kilang pembuatan senjata, kerajaan Jepun juga telah membina kilang sutera, kapas, benang, simen dan juga kaca. Semua pemilikan perindustrian telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda dan lain – lain. Gabungan industri pula telah di kuasai oleh pasukan pemodalan seperti Zaibatsu.

Kerajaan Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai matawang yang di akibatkan daripada perbelanjaan yang melebihi pendapatan. Ini berlaku kerana proses transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera, industri baru, perhubungan dan komunikasi. Selain itu, banyak wang telah di gunakan untuk membayar pampasan kepada tuan feudal dan di gunakan dalam proses menumpaskan pemberontakan samurai. Bank kebangsaan pertama yang telah di tubuhkan dalam tahun 1873 dengan manggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Perdagangan dengan dunia luar juga telah membantu dalam meningkatkan pertukaran matawang asing dan memberi pendapatan kepada negara Jepun. Selain itu, sistem kredit moden juga telah di perkenalkan dengan penubuhan Bank of Japan pada tahun 1882. Pada tahun 1882, sebanyak 143 buah bank telah di wujudkan dan di samping itu juga, kerajaan Jepun telah menubuhkan Biro Mengurus Simpanan untuk pejabat-pejabat kerajaan.

Perlembagaan baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di perkenalkan. Pada tahun 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan bermastautin dan pekerjaan, penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan dengan barat. Untuk melaksanakan carta ini, langkah awal telah di ambil. Iaitu dengan menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam negara. Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga mendapat sambutan yang baik. Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan parlimen baru dibentuk menjelang tahun 1881. Maharaj Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi, selaku peyimpan mohor untuk pergi mempelajari teori politik dari Britain, Belgium, Paris, Vienna dan Berlin. Sehubungan dengan itu, Ito telah mempunyai idolanya tersendiri iaitu Otto Von Bismarck, seorang canselori Jerman yang berjaya menyatukan Jerman pada tahun 1870 dan di gelar “Canselori Waja”.

Page 13: FORUM-HSE

Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Maharaja pada 11 Febuari 1889. Di antara syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujud parlimen dwidewan (Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat). Sementara itu, pilihanaraya pertama telah di adakan pada tahun 1890 yang di sertai oleh berbagai parti politik. Di antara parti yang bertanding ialah Parti Liberal (Jiyuto) yang di tubuhkan pada tahun 1881 di bawah Itagaki dan Parti Progresif (Kaishinto) yang di tubuhkan pada tahun 1882. Namun, kebebasan parti ini di sekat kerana di khuatiri akan menghakis kepimpinan Meiji dan di ganti dengan sistem demokrasi.

Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni lukis, seni muzik, seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun. Banyak pring – piring hitam boleh di dapati dan muncul pula konsep tarian barat. Di antara yang paling terkenal ialah tarian ballroom. Di samping itu juga, konep penggunaan alat muzik tradisional dan gabungan alat muzik moden di perkenalkan. Selain itu, di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Di zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan masyarakat. Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, ‘prop’ dan sebagainya.