semua pulang dengan selamat - sarawakenergy.com · program orientasi hse - ini merangkumi pelbagai...

1
Power to Grow www.sarawakenergy.com.my Semua Pulang Dengan Selamat Meningkatkan Tahap Keselamatan Pelancaran Minggu Keselamatan HSE 2017 EVERYBODY GOES HOME SAFELY BOLT Safety Mascot e aware pen your mind ook at your surroundings ake care of yourself and your co-workers B O L T Peralatan keselamatan dan perlindungan diri amat penng Sarawak Energy melancarkan Peraturan Keselamatan Nyawa (LSR) dan menjadikan Kecemerlangan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) sebagai salah satu daripada lima fokus utamanya awal tahun ini. Matlamatnya supaya semua pekerja serta kontraktor mengubah keutamaan ini menjadi satu nilai yang terpahat dalam ha dan minda masing-masing. Budaya keselamatan yang kukuh berupaya memisahkan kedudukan sesebuah organisasi korporat berbanding yang lain. Selain meningkatkan nilai jenama, ia juga penng dalam mengukuhkan keyakinan rakan kongsi perniagaan, pelabur serta pelanggan Sarawak Energy kerana hakikatnya, ada siapa yang mahu bekerjasama dengan organisasi yang dak selamat. Keselamatan Sebagai Keutamaan Ternggi Insiden melibatkan keselamatan yang direkod kontraktor Sarawak Energy merupakan kebimbangan utama. Justeru, sebuah inisiaf sedang akf dijalankan untuk mengubah pemikiran dan menjadikan pengurusan HSE yang fokus terhadap Kecemerlangan dan Disiplin Operasi HSE sebagai satu amalan dalam diri seseorang kontraktor. Inisiaf ini juga selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DOSH) untuk dicapai pada 2020. Tidak lupa, Usaha Perkongsian Strategik sudah tersedia untuk membimbing kontraktor menguasai HSE. Antara peralatan yang digunakan termasuk Analisis Jurang, yang dilakukan melalui Soal Jawab Keupayaan HSE bagi mengenal pas sejauh mana perbezaan dalam pemahaman mereka. Jabatan HSSE Sarawak Energy komited dalam membantu kontraktor melaksanakan sistem Pengurusan HSE, berpandukan OSHAS 18001 sebagai plaorm. Ini sebahagian daripada inisiaf di bawah fokus utama Sarawak Energy. Sarawak Energy juga sedang berusaha untuk lebih memahami elemen ergonomik yang mendorong kepada suasana bekerja yang produkf dan kondusif, dalam menerapkan pegangan bahawa “pekerja adalah aset paling berharga kami”. Inisiaf utama termasuk: Minggu HSE – Acara tahunan Sarawak Energy ini merupakan plaorm penng untuk menggalakkan perkongsian tanggungjawab, meningkatkan kesedaran serta menyemai budaya keselamatan yang kukuh. Tahun ini, syarikat ini telah memperkenalkan mascot keselamatan BOLT – gabungan akronim Be aware (peka), Open your mind (buka minda), Look at your surroundings (perhakan sekeliling), dan Take care of yourself and your co-workers (Jaga diri sendiri serta rakan sejawat anda). Peraturan Keselamatan Nyawa (LSR) – LSR ini direka khas untuk mewujudkan pendekatan yang lebih fokus terhadap mencapai sifar kemalangan, memaskan tugas dilaksanakan dengan selamat, juga memperbaiki prestasi Sarawak Energy secara keseluruhan. Kesemua kakitangan Sarawak Energy, serta anak syarikat dan kontraktor perlu mematuhi LSR pada seap masa, dak kira di mana sahaja mereka berada keka menjalankan akvi syarikat. Proses Keselamatan – Program lahan yang bertumpu kepada Proses Keselamatan, sebuah rangka kerja berdisiplin bagi menguruskan bahaya kemalangan besar yang melibatkan pelepasan bahan atau tenaga merbahaya (sm, cecair, hasil kondensasi, kimia, elektrik dan sebarang bahan merbahaya lain). Program Orientasi HSE - Ini merangkumi pelbagai aspek keselamatan penng dalam operasi seharian. Program Orientasi HSE yang komprehensif ini bagi memaskan pekerja mematuhi garis panduan yang ditetapkan, prosedur syarikat dan melaksanakan amalan keselamatan terbaik keka menjalankan tugas. Tumpuan Program: Langkah yang diambil dalam mengenal pas dan mengurangkan bahaya, membantu mengelak kemalangan, serta memperbaiki keadaan persekitaran bekerja yang dak selamat. Menggalakkan pekerja lebih pro-akf dalam mengutarakan sebarang isu berkaitan HSE demi kesejahteraan rakan sejawat, insan di sekeliling, juga diri sendiri. Mewujudkan sikap peribadi yang posif terhadap keselamatan. PERATURAN KESELAMATAN NYAWA SARAWAK ENERGY (LSR) KESELAMATAN TAPAK & LAPANGAN KESELAMATAN UMUM PERMIT SYSTEM OVERRIDE 2M Bekerja dengan Permit Kerja (PTW) yang diluluskan dan sah Sahkan dan mengesahkan semula Pengasingan Tenaga (Proses LOTO) sebelum menjalankan sebarang kerja melibatkan tenaga berbahaya Dapatkan kebenaran sebelum mematikan atau mengatasi peralatan keselamatan kritikal termasuk menukar dan mengubahsuai Dilarang bekerja berhampiran atau di bawah talian atas elektrik jika jarak selamat diragui Dilarang berjalan dan bekerja di bawah muatan tergantung Dapatkan kebenaran sebelum memasuki ruang terkurung Lindungi diri anda daripada terjatuh ketika bekerja di tempat tinggi Pakai dan jaga Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang sesuai Dilarang merokok di luar kawasan yang dikhaskan Dilarang mengambil alkohol atau dadah semasa bekerja atau memandu Pakai tali pinggang keledar, jangan menggunakan telefon bimbit dan jangan melebihi had laju semasa memandu

Upload: vuongdan

Post on 15-Apr-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Semua Pulang Dengan Selamat - sarawakenergy.com · Program Orientasi HSE - Ini merangkumi pelbagai aspek keselamatan penting dalam operasi seharian. Program Orientasi HSE yang komprehensif

Power to Growwww.sarawakenergy.com.my

Semua Pulang Dengan SelamatMeningkatkan Tahap Keselamatan

Pelancaran Minggu Keselamatan HSE 2017

EVERYBODY GOES HOME SAFELY

BOLTSafety Mascot

e awarepen your mindook at your surroundingsake care of yourself and your co-workers

BOLT

Peralatan keselamatan dan perlindungan diri amat penting

Sarawak Energy melancarkan Peraturan Keselamatan Nyawa (LSR) dan menjadikan Kecemerlangan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) sebagai salah satu daripada lima fokus utamanya awal tahun ini. Matlamatnya supaya semua pekerja serta kontraktor mengubah keutamaan ini menjadi satu nilai yang terpahat dalam hati dan minda masing-masing.

Budaya keselamatan yang kukuh berupaya memisahkan kedudukan sesebuah organisasi korporat berbanding yang lain. Selain meningkatkan nilai jenama, ia juga penting dalam mengukuhkan keyakinan rakan kongsi perniagaan, pelabur serta pelanggan Sarawak Energy kerana hakikatnya, tiada siapa yang mahu bekerjasama dengan organisasi yang tidak selamat.

Keselamatan Sebagai Keutamaan TertinggiInsiden melibatkan keselamatan yang direkod kontraktor Sarawak Energy merupakan kebimbangan utama. Justeru, sebuah inisiatif sedang aktif dijalankan untuk mengubah pemikiran dan menjadikan pengurusan HSE yang fokus terhadap Kecemerlangan dan Disiplin Operasi HSE sebagai satu amalan dalam diri seseorang kontraktor. Inisiatif ini juga selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DOSH) untuk dicapai pada 2020.

Tidak lupa, Usaha Perkongsian Strategik sudah tersedia untuk membimbing kontraktor menguasai HSE. Antara peralatan yang digunakan termasuk Analisis Jurang, yang dilakukan melalui Soal Jawab Keupayaan HSE bagi mengenal pasti sejauh mana perbezaan dalam pemahaman mereka.

Jabatan HSSE Sarawak Energy komited dalam membantu kontraktor melaksanakan sistem Pengurusan HSE, berpandukan OSHAS 18001 sebagai platform. Ini sebahagian daripada inisiatif di bawah fokus utama Sarawak Energy.

Sarawak Energy juga sedang berusaha untuk lebih memahami elemen ergonomik yang mendorong kepada suasana bekerja yang produktif dan kondusif, dalam menerapkan pegangan bahawa “pekerja adalah aset paling berharga kami”.

Inisiatif utama termasuk:

Minggu HSE – Acara tahunan Sarawak Energy ini merupakan platform penting untuk menggalakkan perkongsian tanggungjawab, meningkatkan kesedaran serta menyemai budaya keselamatan yang kukuh. Tahun ini, syarikat ini telah memperkenalkan mascot keselamatan BOLT – gabungan akronim Be aware (peka), Open your mind (buka minda), Look at your surroundings (perhatikan sekeliling), dan Take care of yourself and your co-workers (Jaga diri sendiri serta rakan sejawat anda).

Peraturan Keselamatan Nyawa (LSR) – LSR ini direka khas untuk mewujudkan pendekatan yang lebih fokus terhadap mencapai sifar kemalangan, memastikan tugas dilaksanakan dengan selamat, juga memperbaiki prestasi Sarawak Energy secara keseluruhan. Kesemua kakitangan Sarawak Energy, serta anak syarikat dan kontraktor perlu mematuhi LSR pada setiap masa, tidak kira di mana sahaja mereka berada ketika menjalankan aktiviti syarikat.

Proses Keselamatan – Program latihan yang bertumpu kepada Proses Keselamatan, sebuah rangka kerja berdisiplin bagi menguruskan bahaya kemalangan besar yang melibatkan pelepasan bahan atau tenaga merbahaya (stim, cecair, hasil kondensasi, kimia, elektrik dan sebarang bahan merbahaya lain).

Program Orientasi HSE - Ini merangkumi pelbagai aspek keselamatan penting dalam operasi seharian. Program Orientasi HSE yang komprehensif ini bagi memastikan pekerja mematuhi garis panduan yang ditetapkan, prosedur syarikat dan melaksanakan amalan keselamatan terbaik ketika menjalankan tugas.

Tumpuan Program:Langkah yang diambil dalam mengenal pasti dan mengurangkan bahaya, membantu mengelak kemalangan, serta memperbaiki keadaan persekitaran bekerja yang tidak selamat.Menggalakkan pekerja lebih pro-aktif dalam mengutarakan sebarang isu berkaitan HSE demi kesejahteraan rakan sejawat, insan di sekeliling, juga diri sendiri.Mewujudkan sikap peribadi yang positif terhadap keselamatan.

PERATURAN KESELAMATAN NYAWASARAWAK ENERGY (LSR)

KESELAMATAN TAPAK & LAPANGAN

KESELAMATAN UMUM

PERMIT

SYSTEMOVERRIDE

2M

Bekerja denganPermit Kerja (PTW)

yang diluluskan dan sah

Sahkan dan mengesahkan semula Pengasingan Tenaga (Proses LOTO)

sebelum menjalankan sebarang kerja melibatkan

tenaga berbahaya

Dapatkan kebenaran sebelum mematikan atau

mengatasi peralatan keselamatan kritikal

termasuk menukar dan mengubahsuai

Dilarang bekerja berhampiran atau di

bawah talian atas elektrik jika jarak selamat diragui

Dilarang berjalan dan bekerja di bawah

muatan tergantung

Dapatkan kebenaran sebelum memasuki

ruang terkurung

Lindungi diri anda daripada terjatuh ketika bekerja di

tempat tinggi

Pakai dan jaga Peralatan

Perlindungan Peribadi (PPE) yang sesuai

Dilarang merokok di luar kawasan yang

dikhaskan

Dilarang mengambil alkohol atau dadah semasa bekerja atau

memandu

Pakai tali pinggang keledar, jangan

menggunakan telefon bimbit dan jangan melebihi had laju semasa memandu