forum 7 krp tmk

Upload: harda-mgs

Post on 06-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

upsi

TRANSCRIPT

Assalammualaikum dan salam sejahteraPenggunaan Teknologi dan Komunikasi ( ICT ) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) ini.

Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran.Terdapat beberapa prinsip dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama, murid mesti menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka mengendalikan perkakasan dan perisian. Kedua, dengan memperolehi kemahiran ini, murid akan mengaplikasikan dan mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran mereka. Untuk menjayakan perkara ini, murid perlu belajar TMK secara kaedah amali ( hands-on ) dan memperoleh kemahiran TMK yang boleh dikuasai dalam konteks pembelajaran.STRATEGI TMK DALAM KURIKULUM

Strategi yang digunakan dalam merealisasikan TMK dalam kurikulum adalah secara pengintegrasian merentasi kurikulum dan juga sebagai mata pelajaran. Bagi Tahap 1, TMK dilaksanakan secara integrasi merentas kurikulum dan sebagai elemen dalam Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi. Bagi Tahap 11, TMK dilaksanakan sebagai mata pelajaran.INTEGRASI TMK DALAM KURIKULUM

Pengintegrasian TMK merentasi kurikulum membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak diajar oleh guru. Murid boleh mengguna dan memanipulasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan atau tugasan mereka. Melalui penggunaan TMK, murid boleh mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan.

TMK SEBAGAI MATA PELAJARAN

Murid perlu didedahkan kepada TMK sebagai satu mata pelajaran yang menjurus kepada aspek belajar mengenai TMK. Ini membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran TMK bagi mengendalikan perkakasan dan perisian TMK. Murid diberi pengalaman dalam mengendalikan perkakasan seperti mengoperasi sistem komputer, mesin cetak, pengimbas, kamera dan video digital serta projector LCD. Mereka juga belajar menggunakan perisian aplikasi seperti perisian pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data, grafik dan pengaturcaraan.Pengintegrasian TMK boleh dilaksanakan ke dalam semua tunjang dalam kurikulum KSSR. Contohnya strategi pembelajaran bagi tunjang Komunikasi, murid boleh menulis karangan menggunakan perisian pemprosesan perkataan seperti MS Word. Murid boleh memasukan imej untuk mengukuhkan karangan mereka supaya menjadi lebih menarik. Malahan murid juga boleh memuat turun perisian computer secara percuma seperti Go Mouse dan Animated Typing Skill bagi aktiviti kemahiran menggunakan tetikus dan menaip serta mengenal abjad. Murid akan merasa seronok untuk mempelajarinya.Dalam tunjang Keterampilan Diri dan Kemanusiaan pula keyakinan murid akan ditingkatkan semasa pembentangan idea atau laporan melalui perisian pemprosesan perkataan, perisian persembahan, perisian pangkalan data dan perisian grafik ( MS Word, MS PowerPoint, MS Excel, MS Access dan Paint ), kamera atau video kamera digital dan Internet. Penggunaan e-mel dan laman sosial web juga dapat menggalakkan interaksi sosial antara rakan sebaya dari dalam dan luar negara.