tmk faezah.doc

23
Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai perubahan dan inovasi telah tercipta dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan kini. Kemajuan dalam pelbagai bidang kini membawa suatu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara kita. Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi pendidikan dan komunikasi telah memungkinkan perubahan dalam bidang pendidikan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diaplikasikan dengan meluas kini. Aplikasi pengajaran berbantukan komputer bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan ICT dan penggunaan perisian yang sedia terbina ataupun yang dibina sendiri oleh guru mengikut kredibiliti masing-masing mengikut sukatan pelajaran bahasa Melayu. Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer dalam sistem pendidikan kini menjadi suatu yang penting dan sangat efektif. Dengan penggunaan pengajaran berbantukan komputer ini dilihat lebih memudahkan dalam melakukan sesuatu kerja. Penggunaan pengajaran berbantukan komputer mulai mendapat perhatian selari dengan projek mega kerajaan iaitu projek sekolah bestari

Upload: sazaniy-1

Post on 06-Sep-2015

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pelbagai perubahan dan inovasi telah tercipta dalamkaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan kini. Kemajuan dalam pelbagai bidang kini membawa suatu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara kita. Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi pendidikan dan komunikasi telah memungkinkan perubahan dalam bidang pendidikan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diaplikasikan dengan meluas kini.

Aplikasi pengajaran berbantukan komputer bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan ICT dan penggunaan perisian yang sedia terbina ataupun yang dibina sendiri oleh guru mengikut kredibiliti masing-masing mengikut sukatan pelajaran bahasa Melayu.

Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer dalam sistem pendidikan kini menjadi suatu yang penting dan sangat efektif. Dengan penggunaan pengajaran berbantukan komputer ini dilihat lebih memudahkan dalam melakukan sesuatu kerja. Penggunaan pengajaran berbantukan komputer mulai mendapat perhatian selari dengan projek mega kerajaan iaitu projek sekolah bestari yang direka bentuk semula berdasarkan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Projek ini diharapkan stail dan kaedah pengajaran bahasa Melayu akan berubah daripada kaedah konvensional yang kurang berkesan berbanding kaedah pengajaran berbantukan komputer. Pengajaran bahasa yang membosankankan sebelum ini dapat diubah dengan penggunaan kaedah berbantukan komputer ini.Kini, prasarana sekolah dengan segala kemudahan teknologi multimedia dibekalkan oleh kerajaan bagi tujuan meningkatkan penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer. Usaha ini perlu digembleng secara berterusan dan tekal agar niat murni kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu akan tercapai.

Menurut Hjetland (1995) dalam Norizan Abdul Razak, menyatakan bahawa, penggunaan komputer dapat memudahkan tugas dan meningkatkan prestasi guru di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Daripada pernyataan itu, penggunaan komputer dalam sistem pendidikan kini menjadi semakin dominan dan efektif. Segala maklumat akan mudah dicapai hanya dihujung jari sahaja. Para guru mudah mendapatkan maklumat mengenai kontents dan cara mengajar bahasa Melayu dengan hanya mendapatkan maklumat berbantukan komputer. Di samping itu, murid juga lebih mudah mengakses maklumat yang diperlukan oleh guru dengan hanya berbantukan komputer tanpa ada batasan masa dan tempat.

Cita-cita murni ini memerlukan komitmen semua pihak termasuk kerajaan, kementerian pelajaran, sekolah, guru-guru, waris termasuk juga para pelajar amnya. Proses untuk mencapai kejayaan ini memerlukan gandingan antara gemblengan keseluruhan institusi yang terlibat dalam alam pendidikan. Di sekolah contohnya, guru-guru perlu yakin tentang kebaikan dan efektifnya penggunakan pengajaran berbantukan komputer. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah sentiasa berusaha dalam meningkatkan pengetahuan dan kepakaran terhadap dunia teknologi ini. Kepakaran seseorang guru dalam mengendalikan peralatan komputer di samping perisiannya dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Keupayaan seseorang guru menggabungkan kaedah pengajaran berbantukan komputer di dalam pengajaran bukanlah dapat dilakukan secara mudah tanpa perlu mendalaminya tetapi memerlukan kesungguhan dan iltizam tinggi yang berterusan untuk menjamin kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah pengajaran yang disampaikan menggunakan gabungan antara komputer, pakej perisian, sistem talian dalam mengakses kemudahan internet. Penggunaan kaedah ini terutama dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah dan afektif memerlukan penggunaan aplikasi perisian komputer, mengakses maklumat melalui internet dan aplikasi persembahan elektronik seperti perisian Power point. Aplikasi komputer ini penting untuk tujuan menyampaikan persembahan dengan lebih menarik dan berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik serta menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik.Tambahan kini perisian komputer dapat berinteraksi secara terus kepada pengguna. Kecanggihan penggunaan komputer ini mendatangkan kebaikan dan keburukan jika tidak diaplikasi secara berkesan.

Kaedah pengajaran berbantukan komputer ini hanyalah merupakan suatu bahan bantu kepada guru dan tidak merubah fungsi guru di dalam kelas. Komputer yang digunakan sebagai bahan bantu dalam pengajaran bahasa perlu digunakan secara terancang dan pelbagai aspek hendaklah diteliti dan diambil kira untuk mencapai cita-cita murni yang diharapkan. Pengajaran berbantukan komputer perlu digunakan secara terancang dan kesesuaian perlu diteliti agar dapat meningkatkan penguasaan kemahiran komputer dan kemahiran berbahasa berbantukan komputer.Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Dalam era globalisai kini penggunaan teknologi semakin meluas terutamanya di dalam bidang teknologi media. Sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, pelbagai aplikasi multimedia yang telah digunakan seperti dalam bidang pendidikan hiburan, belian atas talian, pengiklanan, penerbitan elektronik, perubatan,politik dan kerajaan Multimedia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat media seperti teks, grafik, bunyi dan sebagainyaSistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbentukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam mengubah cara seseorang belajar. Cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebaginya. Ia juga memberi peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran. Sumber maklumat serta rujukan bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu.

Kewujudan teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam berbentukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategik persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan dengan menggunakan media-media yang lebih menarik.

Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan, pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang.Media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melalui penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat itu disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video. Media inilah yang menjadi sumber pengajaran. Filem video ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, guru bertindak sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut.

Rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar atau menyentuh objek yang menjadi isi pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran.Penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan televisyen.Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelasPenggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan.

Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat.Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran.

Sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut.Misalnya semasa melawat ke ladang getah, murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut. Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid tersebut.

Strategi Pengajaran Sastera Berbantukan Komputer

Walaupun banyak kaedah boleh digunakan dengan menggunakan ICT dalam P&P, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) mencadangkan pengajaran dan pembelajaran melalui empat kategori: 1. Tutorial 2. Penerokaan 3. Aplikasi 4. Komunikasi

TutorialMelalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan seperti MS Power Point, multimedia, program dan sebagainya untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Sastera Melayu. Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan. ICT dalam P&P mata pelajaran Sastera Melayu Boleh menggunakan kaedah tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan topik yang telah ditetapkan. Kaedah tutorial merangkumi :

1. pembelajaran ekspositori.2. ,demonstrasi sesuatu fenomena yang dikawal urutannya.3. latihan atau latih tubi yang dikawal dan disampai oleh sistem.Melalui kaedah ini guru akan menerangkan dengan teliti cara penggunaan komputer dan perisian yang terdapat di dalam CD ROM, cakera keras ataupun laman web. Dengan itu pelajar boleh menggunakan bahan dengan panduan daripada guru. Situasi ini menjadi lebih mudah disebabkan semua perisian yang ada kini menggunakan aspek multimedia. Kaedah ini sesuai digunakan apabila terdapat perbezaan kemampuan penggunaan alat ICT di kalangan pelajar dan bilangan pelajar sangat ramai di dalam sesebuah kelas. Penyediaan bahan melalui courseware akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru misalnya guru terbabit terlibat dalam aturcara di luar sekolah. Malah latihan pelbagai peringkat memberi ruang pelajar yang berbeza kemampuan untuk menguji keupayaan mereka sesuai dengan tahap yang disediakan.

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampai kandungan pelajaran Sastera Melayu berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ICT dalam Pengajaran Sastera Melayu ialah satu pembelajaran ekspositori. Demonstrasi sesuatu perkara itu dikawal oleh sistem komputer serta latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem. Guru berperanan mengawal tingkahlaku pelajar dengan menggunakan ICT. Kesan yang nyata ialah meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Di samping itu motivasi pelajar dalam menguasai ilmu sastera akan meningkat jika timbul keseronokan dan sikap ingin mencuba apabila menggunakan ICT. Peranan guru juga menjadikan pelajar boleh belajar kendiri melalui akses kepada maklumat yang sukar diperolehi terutama di internet melalui laman web. Selain itu pelajar akan lebih seronok dan meningkatkan daya imaginasi pelajar.

Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer

dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Komputer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat khas untuk digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama ada dalam bentuk cakera liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran bantuan komputer atau CAI. Komputer Assisted Learning, Komputer Assisted Instruction,Komputer Based Instruction ,Komputer Aided Learning dan Komputer Based Learning merupakan nama-nama yang biasa didengari. Pebezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi nama. Apa yang penting ialah fungsinya tetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk

perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan perkembangan ICT,perisian kursus dalam Sastera Melayu yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan Sastera Melayu mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan/memberi latihan dan menilai pencapaian. Perisian pendidikan Sastera Melayu yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan pelajar sebagai penerima.Perisian pendidikan Sastera Melayu seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif, menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu. Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh pelajar. Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian, ada kemahiran mengendali peralatan ICT. Dan ada keperluan untuk mengguna ICT .Contoh perlaksanaan aplikasi Pedagogi Berbantukan ICT bagi kaedah Tutorial berkaitan pengajaran dan pembelajaran Sastera Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah seperti guru mesti memastikan keperluan sewaktu proses P&P. Antaranya ialah seperti perisian ICT yang sesuai disertakan dengan perkakasan ICT yang sesuai dengan bahan dan objektif yang ingin dicapai. Perancangan masa, tempat sama ada dalam kelas, luar kelas atau di makmal computer. Guru juga perlu mengambikira mod penggunaan iaitu bersendirian ataupun berpasangan.

Guru boleh melaksanakan perancangan sebelum mengajar kaedah tutorial ini. Penilaian dilakukan untuk memastikan murid mampu menguasai dan melakukan aktiviti yang disediakan oleh guru. Guru boleh memuat turun bahan Sastera Melayu melalui laman web dan mana-mana sahaja bahan ICT yang releven dengan tajuk. Pelajar pula boleh didedahkan dan diberi taklimat untuk menguasai literasi computer supaya tidak berlaku rasa canggung ketika pelajar menggunakan ICT. Pelajar akan dapat memahami matlamat penggunaan ICT yang jelas mampu membantu mereka mengalami P&P dalam kelas. Guru-guru boleh menggunakan cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah tutorial.

Penerokaan

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan ICT seterusnya ialah melalui pembelajaraan penerokaan. Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), perkataan penerokaan bermaksud perihal (perbuatan, usaha, penjelajahan) dilakukan berdasarkan pengalaman. Ini bermaksud penggunaan multimedia untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila multimedia digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya. Selain daripada itu, pelajar mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh pelajar. Dalam pembelajaran penerokaan, pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial, di mana pelajar hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

Pembelajaran berbentuk penerokaa n melalui laman web diperkenalkan oleh

Jack Thorpe dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertujuan melatih tentera Amerika dalam melakukan sesuatu operasi. Malah kaedah simulasi berasaskan laman web merupakan salah satu cara untuk meluaskan kaedah simulasi dalam pendidikan disebabkan sifat internet yang lebih mudah diakses melalui pelbagai sistem operasi komputer. Simulasi boleh menjadi alat dan model yang boleh digunakan oleh pelajar malah ia bersifat global disebabkan ciri yang mudah diakses.Contoh perlaksanaan aplikasi bagi kaedah Penerokaan berkaitan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah. Guru perlu masatikan keperluan bahan dan ICT sebelum memulakan kaedah penerokaan ini. Bahan yang disediakan merupakan bahan atau sumber yang terbuka atau sumber yang tertutup. Guru perlu mengambilkira sama ada perkakasan ICT yang sesuai atau tidak dengan perancangan yang dilakukan. Apabila sudah mencukupi bahan dan peralatan guru boleh memulakan P&P Sastera Melayu. Guru juga mesti menilai kejayaan, kelemahan dan kekuatan proses P&P.

Berkaitan dengan perisian yang digunakan boleh dibeli, dimuat turun,membangunkan program komputer sendiri serta melalui bahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Pelajar juga pelu didedahkan dengan apa yang mereka sepatutnya lakukan terutama sekali berkaitan dengan penggunaan seperi Internet, Laman Web, Face book, program CD-Rom dan sebagainya. Pelajar mesti berkebolehan untuk kendali perkakasan dan perisian serta mampu mengatasi masalah pada peringkat asas supaya proses P&P berjalan lancar. Guru-guru boleh menggunakan cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah penerokaan.

Aplikasi

Peranan guru juga boleh menjadikan ICT sebagai alat aplikasi terutama dalam proses pembelajaran Sastera Melayu. Guru boleh mendedahkan penggunaan perisian ICT kepada pelajar seperti pemprosesan perkataan, persembahan multimedia dan sebagainya sebagai satu cara untuk menimbulkan sikap ingin mencuba pelajar disamping dapat mengelakkan kebosanan pelajar menguasai aspek Sastera Melayu. Guru berperanan untuk mengajar pelajar supaya menggunakan ICT secara aplikasi dalam kehidupan seharian mereka kerana ICT mampu membantu dan meudahkan urusan pelajar menguasai aspek Sastera Melayu. Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan.Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998) Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, pelajar akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan,pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah.

Mungkin banyak graf perlu diplot supaya perkaitan antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan pelajar daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai bolehdigunakan untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah tersebut.Satu lagi situasi ialah seorang pelajar (dalam apa juga subjek yang berkaitan) mungkin perlu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak untuk melihat sesuatu trenda dalam data itu. ICT ialah alat yang ideal untuk diguna untuk tugas yang tidak autentik (iaitu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak) manakala pelajar itu boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan berkenaan trenda yang ada dalam data itu).

Komunikasi

Peranan guru juga boleh menjadikan ICT sebagai alat pemudah komunikasi antara guru dengan pelajar dan antara sesama pelajar supaya proses komunikasi mereka dapat dijalankan dengan baik. ICT dikatakan alat pemudah komunikasi antara guru dan pelajar walau dimana mereka berada. Antara peranan guru ialah mendedahkan pelajar dengan teks, grafik, audio, video dan kombonasi pelbagai program.Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupayaan ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif. Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan pelajar bertukar maklumat berhubung budaya, dan geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan dengan pengalaman mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak pelajar mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan pelajar bertanya terlalu banyak atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai mengganggu pembelajaran. Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki pelajar menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahran yang berupaya meningkatkan keyakinan pelajar terhadap diri mereka dan seterusnya membantu pembelajaran.Internet boleh diintegrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan cara-cara berikut: Mel Eletronik atau E-MelKumpulan diskusi Internet. Pangkalan Data Katalog Perpustakaan Gopher dan Laman Web (World Wide Web) Pemindahan Fail. Guru boleh menggunakan cara di atas untuk berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu bapa murid dan sebagainya. Murid boleh berkongsi pengalaman mengenai pelbagai isu terutama sekali melibatkan pembelajaran Sastera Melayu disamping itu boleh menggunakan kaedah penyelesaqian sesuatu masalah berkaitan pelajaran secara on-line.Contoh perlaksanaan aplikasi bagi kaedah komunikasi berkaitan pengajaran dan pembelajaran Sastera Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah. Kaedah ini juga perlu merancang aktiviti supaya menepati kurikulum dan sukatan mata pelajaran Sastera Melayu. Begitu juga dengan mod penggunaan. Guru perlu laksanakan perancangan serta menilai kembali perlaksanaan sama ada berjaya ataupun perlu ditambahbaikan. Guru perlu memastikan mereka mahir dalam penggunaan ICT begitu juga dengan murid.KesimpulanUsaha berterusan perlu digembleng oleh semua pihak dalam merealisasikan hasrat kerajaan dan kementerian pelajaran dalam usaha peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa terutama bahasa Melayu. Kejayaan sesuatu kaedah pengajaran seharusnya bertunjangkan kejituan pengetahuan, komitmen yang berterusan dan mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran.Usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa telah, sedang dan akan diteruskan dengan giat. Ini bertujuan memberi dan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan generasi pelajar bagi persediaan masa depan dalam arus globalisasi teknologi maklumat.Selaras dengan hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, diharapkan para guru mengambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer untuk diaplikasikan ke dalam kaedah pengajaran mereka.Pengajaran bahasa berbantukan komputer wajar dijadikan suatu kaedah pengajaran kerana kaedah ini dilihat mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, aktif, kreatif, menarik, afektif seterusnya akan mencapai objektif yang disasarkan.RujukanAllee, V. (1997). The knowledge evolution: Expanding organizational intelligence.

Boston: Butterworth-Heinemann.

Bates, A.W. (1995). Technology, Open learning and Distance education. London:

Routledge.

Bloom, B.S. (1965) Taxonomy of educational objectives. Handbook 1: The cognitive

domain. London: Longmans.

Brown, J.S. (1986). A Personal perspective on collaborative tools. Austin, Texas:

Computer-supported Cooperative Work Conference. Disember 1985.

Clark, R.E. (1992). Reconsidering research on learning and media. Review of

Educational Research, 53, 445-459.

Clark, R.E. (1994). Media will never influence learning. Educational Technology

Research and Development, 42, 21-29.

Driscoll, M.P. (1994). Psychology of learning for instruction. Boston, Mass: Allyn &

Bacon.Harasim, L. (1989).Online Education: A New Domainh dlm. Mason, R. Dan Kaye, A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance Education. Oxford: Pergamon Press.Laudon K.C. dan Laudon J.P. (1996). Management Information System. Edisi 4. New

Jersey: Prentice Hall International.

Laudon. K.C., Traver. C. G. Dan Laudon, J.P. (1996). Information Technology and

Society (Edisi2). Cambridge: Course Technology, Inc.

Mason (1989).An Evaluation of Cosy an Open University Courseh dlm. Mason, R. Dan Kaye, A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance Education. Oxford: Pergamon Press.Norizan Abdul Razak (1998). CALL: Some Pedagogical Issues. Bangi: Siri Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa UKM

Norizan Abdul Razak (2000). Komunikasi di Alam Siber: Paradigma Baru Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.Siti Saniah Abu Bakar (2002). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa

Melayu. Dalam Abdullah Hassan Prosiding Persidangan Antarabangsa

Pengajian Melayu Beijing Ke-2 (Jilid 2, m.s. 1027-1037). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.