forum

5
Salam sejahtera saya ucapkan, Kerajaan Melayu Melaka didirikan oleh Raja Iskandar Syah atau dikenali sebagai Parameswara sejak abad ke-15 Masihi lagi. Melaka merupakan sebuah empayar Melayu di Alam Melayu, selepas kejatuhan empayar Melayu Srivijaya dan Majapahit. Raja Iskandar membangunkan Melaka sehingga berkembang menjadi sebuah empayar yang kukuh. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pengukuhan ini. Salah satu faktor ini ialah, Raja Iskandar menyelaras dan menyusun sistem pentadbiran yang sistematik untuk melicinkan sistem pentadbiran. Buktinya, baginda mengamalkan sistem pembesar empat lipatan dan melantik pengikutnya menjadi pegawai, pentadbir atau para bangsawan. Adanya sistem ini dapat memantapkan dan mengukuhkan kerajaan kesultanan Melayu Melaka kerana semua urusan pentadbiran dapat dijalankan dengan lancar dengan bantuan Temenggung, Laksamana dan Bendahara yang dilantik. Seterusnya, penerimaan agama Islam turut menjadi penyumbang kepada pengukuhan Melaka. Hal ini demikian kerana Sikap Raja Iskandar yang mengalu-alukan pedagang-pedagang Islam ke Melaka untuk berdagang. Islam yang dibawa oleh para pedagang dari Arab dan Gujerat menarik minat penduduk tempatan. Kedatangan pedagang ini ke Melaka membantu memakmur, memasyhurkan dan mengukuhkan Melaka.Pengislaman Raja itu sendiri turut mempengaruhi perkembangan perdagangan, tetapi juga menjadi pusat pendakwahan dan perkembangan agama Islam. Selain itu, hubungan diplomatik antara Melaka dan China mengukuhkan lagi kesultanan Melayu Melaka. Buktinya, Melaka menerima banyak tentangan daripada kerajaan-kerajaan luar seperti Majapahit dan Siam. China merupakan sebuah kerajaan besar yang sangat disegani oleh banyak negara termasuk Siam. Ini terbukti apabila Siam terpaksa akur dengan arahan China agar Siam dan Melaka harus hidup bersama secara baik kerana China menganggap bahawa Melaka adalah sebuah kerajaan yang berada di bawah naungannya. Perkara ini telah membantu Melaka untuk mengukuhkan dan memantapkan keduduka nnya sehingga

Upload: melania-a-dingkim

Post on 21-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Forum

Salam sejahtera saya ucapkan,

Kerajaan Melayu Melaka didirikan oleh Raja Iskandar Syah atau dikenali sebagai Parameswara sejak abad ke-15 Masihi lagi. Melaka merupakan sebuah empayar Melayu di Alam Melayu, selepas kejatuhan empayar Melayu Srivijaya dan Majapahit. Raja Iskandar membangunkan Melaka sehingga berkembang menjadi sebuah empayar yang kukuh. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pengukuhan ini.

Salah satu faktor ini ialah, Raja Iskandar menyelaras dan menyusun sistem pentadbiran yang sistematik untuk melicinkan sistem pentadbiran. Buktinya, baginda mengamalkan sistem pembesar empat lipatan dan melantik pengikutnya menjadi pegawai, pentadbir atau para bangsawan. Adanya sistem ini dapat memantapkan dan mengukuhkan kerajaan kesultanan Melayu Melaka kerana semua urusan pentadbiran dapat dijalankan dengan lancar dengan bantuan Temenggung, Laksamana dan Bendahara yang dilantik.

Seterusnya, penerimaan agama Islam turut menjadi penyumbang kepada pengukuhan Melaka. Hal ini demikian kerana Sikap Raja Iskandar yang mengalu-alukan pedagang-pedagang Islam ke Melaka untuk berdagang. Islam yang dibawa oleh para pedagang dari Arab dan Gujerat menarik minat penduduk tempatan. Kedatangan pedagang ini ke Melaka membantu memakmur, memasyhurkan dan mengukuhkan Melaka.Pengislaman Raja itu sendiri turut mempengaruhi perkembangan perdagangan, tetapi juga menjadi pusat pendakwahan dan perkembangan agama Islam.

Selain itu, hubungan diplomatik antara Melaka dan China mengukuhkan lagi kesultanan Melayu Melaka. Buktinya, Melaka menerima banyak tentangan daripada kerajaan-kerajaan luar seperti Majapahit dan Siam. China merupakan sebuah kerajaan besar yang sangat disegani oleh banyak negara termasuk Siam. Ini terbukti apabila Siam terpaksa akur dengan arahan China agar Siam dan Melaka harus hidup bersama secara baik kerana China menganggap bahawa Melaka adalah sebuah kerajaan yang berada di bawah naungannya. Perkara ini telah membantu Melaka untuk mengukuhkan dan memantapkan kedudukannya sehingga berjaya menjadi sebuah pelabuhan entrepot yang sangat terkenal pada waktu itu.

Kesimpulannya, kekukuhan dan kekuatan sesebuah empayar itu bergantung kepada kepimpinan dan kebijaksanaan seseorang pemerintah dalam mengekalkan kegemilangannya.

Page 2: Forum

Forum 4

Masyarakat Bugis di Tanah Melayu dapat dikesan sejak abad ke 17 lagi, khasnya di johor dan

Selanggor. Namun, pengaruh Bugis amat ketara pada abad ke 18, apabila mereka mendapat

undangan daripada pemerintah dan pembesar Tanah Melayu untuk membantu mereka dalam

perang Saudara yang sekian lama berlarutan. Pengaruh Bugis terserlah melalui peranan

Daeng Lima Bersaudara yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan di Tanah

Melayu. Daeng Lima Bersaudara ini ialah Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng

Marewah, Daeng Cellak dan Daeng Kemasi.

Daeng Lima Bersaudara ini memberi banyak sumbangan terutamanya dalam bidang

politik iaitu dalam pemerintahan dan pentadbiran Tanah Melayu khususnya di Johor. Orang

Bugis membantu Sultan Sulaiman mengusir Raja Kechil dari Johor. Di samping itu, Daeng

lima bersaudara ini telah membantu Raja Sulaiman dalam mempertahankan kedudukan atau

takhta baginda. Buktinya, dalam usaha menghalang orang Minangkabau daripada menakluki

Riau, orang Bugis telah membiarkan sahaja kawasan-kawasan yang jauh seperti Muar dan

Padang yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Raja Kechil. Hal ini,

dapat mengekalkan takhta kerajaan yang dipegang oleh Raja Sulaiman ketika itu.

Sumbangan Daeng ini turut dilihat dalam bidang politik di negeri Kedah. Upu-upu

Bugis ini telah membantu Raja Kedah yang Tua mengalahkan saudaranya, Yang Dipertuan

Kedah dalam perang Kedah yang pertama. Upu-upu Bugis menolong Raja Kedah Tua

sehingga Berjaya menjadi yang Dipertuan Kedah menggantikan saudaranya yang muda.

Oleh itu, jelaslah bahawa sumbangan Bugis dalam bidang politik dalam

perkembangan di Tanah Melayu ini tidak dapat dinafikan sehingga Johor mencapai

kegemilangannya.

Page 3: Forum

Forum 5

Salam sejahtera,

Abad ke-18 menyaksikan penubuhan empat buah kerajaan Melayu Baru di Tanah Melayu

iaitu negeri Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan. Pengasas kerajaan ini

bukan berasal dari negeri sendiri

Antara ciri-ciri penting dalam pembentukan kerajaan Melayu Baru di Tanah Melayu

ialah pengasas kerajaan ini bukan berasal dari anak tempatan negeri tersebut. Buktinya,

pengasas kerajaan negeri Terengganu berasal dari Johor; Selangor dari Bugis; Negeri

Sembilan dari Pagar Ruyung dan Kelantan dari Patani. Pemerintah di negeri-negeri ini sudah

ada sebelum tertubuhnya kerajaan baru ini.

Seterusnya, kerajaan yang ditubuhkan ini mendapat pengiktirafan atau kedaulatan dari

negeri-negeri yang berlainan. Ini dapat dilihat melalui kerajaan Negeri Terengganu yang

mendapat kedaulatan dari Patani; Selangor dari Perak; Negeri Sembilan dari Johor dan

Kelantan dari Terengganu.

Kesimpulannya, pembentukan kerajaan negeri-negeri Melayu ini telah diasaskan dan

diterajui oleh keluarga baru yang bukan berasal dari negeri sendiri. Di samping itu, kerajaan

Melayu ini juga mendapat pengiktirafan dan kedaulatan dari negeri yang berlainan.

Page 4: Forum