forum 2 bacaan

2
Salah satu peringkat pengajaran bacaan yang penting ialah peringkat kesediaan membaca seperti yang saudari katakan. Peringkat ini merupakan peringkat yang penting kerana ianya akan menentukan minat dan kefahaman murid terhadap kemahiran membaca. Persediaan mental murid perlu diberi perhatian oleh guru, contohnya guru perlu memilih bahan-bahan pelajarannya, buku-buku bacaannya, kaedah mengajar dan sebagainya supaya akan dapat menarik minat murid untuk membaca. Apabila murid minat membaca, maka mudah bagi guru untuk mengajar mereka untuk menguasai kemahiran membaca. Di samping itu, guru-guru juga perlu memastikan murid-murid bersedia untuk menerima pengajaran pada hari tersebut. Pada peringkat ini, guru perlu memberi perhaatian kepada dua aspek penting iaitu perasaan murid dan bahasa murid-murid. Salam 1 Malaysia. Terima kasih atas respon yang cikgu berikan. Memang benar, peringkat kesediaan membaca merupakan peringkat bacaan yang sangat penting. Ini adalah kerana, pada peringkat ini, setiap murid harus diberikan keyakinan dan motivasi yang tinggi supaya asas bacaan yang kukuh dapat disemaikan ke dalam setiap murid. Pada peringkat kesediaan membaca ini, guru harus memastikan setiap murid disediakan dengan pengalaman yang bermakna sebagai asas kepada kesediaan mereka dalam membaca. Keyakinan murid dapat dipupuk dengan mengetengahkan bahan-bahan asas membaca yang mudah dan sesuai dengan tahap umur seseorang murid. Di samping itu, minat dan kecenderungan seseorang murid juga harus diambil kira. Sebagai contoh, murid perempuan mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu yang berbeza dengan murid-murid lelaki. PERINGKAT MENDIRIKAN ASAS 2.1 Guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar pada peringkat ini 2.2 Bahan bacaan hendaklah ringkas , menarik , dan bermakna 2.3 Bacaan bermula dengan mengenal abjad , suku kata ,

Upload: liching-ching

Post on 07-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

forum

TRANSCRIPT

Salah satu peringkat pengajaran bacaan yang penting ialah peringkat kesediaan membaca seperti yang saudari katakan. Peringkat ini merupakan peringkat yang penting kerana ianya akan menentukan minat dan kefahaman murid terhadap kemahiran membaca. Persediaan mental murid perlu diberi perhatian oleh guru, contohnya guru perlu memilih bahan-bahan pelajarannya, buku-buku bacaannya, kaedah mengajar dan sebagainya supaya akan dapat menarik minat murid untuk membaca. Apabila murid minat membaca, maka mudah bagi guru untuk mengajar mereka untuk menguasai kemahiran membaca. Di samping itu, guru-guru juga perlu memastikan murid-murid bersedia untuk menerima pengajaran pada hari tersebut. Pada peringkat ini, guru perlu memberi perhaatian kepada dua aspek penting iaitu perasaan murid dan bahasa murid-murid.

Salam 1 Malaysia.Terima kasih atas respon yang cikgu berikan. Memang benar, peringkat kesediaan membaca merupakan peringkat bacaan yang sangat penting. Ini adalah kerana, pada peringkat ini, setiap murid harus diberikan keyakinan dan motivasi yang tinggi supaya asas bacaan yang kukuh dapat disemaikan ke dalam setiap murid. Pada peringkat kesediaan membaca ini, guru harus memastikan setiap murid disediakan dengan pengalaman yang bermakna sebagai asas kepada kesediaan mereka dalam membaca. Keyakinan murid dapat dipupuk dengan mengetengahkan bahan-bahan asas membaca yang mudah dan sesuai dengan tahap umur seseorang murid. Di samping itu, minat dan kecenderungan seseorang murid juga harus diambil kira. Sebagai contoh, murid perempuan mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu yang berbeza dengan murid-murid lelaki.

PERINGKAT MENDIRIKAN ASAS

2.1 Guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar pada peringkat ini

2.2 Bahan bacaan hendaklah ringkas , menarik , dan bermakna

2.3 Bacaan bermula dengan mengenal abjad , suku kata , frasa dan seterusnya ayat

2.4 Murid perlu diberikan galakkan dan dorongan secara berterusan

Salam 1Malaysia. Saya tertarik dengan pendapat cikgu mengenai peringkat mendirikan asas. Peringkat mendirikan asas bacaan ini juga mungkin kita boleh samakan dengan peringkat pra bacaan. Pada peringkat ini, setiap murid memerlukan bimbingan dan dorongan yang kuat sama ada daripadaa guru, mahupun ibu bapa. Setiap murid perlu dibimbing untuk menyebut benda-benda dalam sesuatu gambar dengan nada dan intonasi yang beul. Mereka harus diajar untuk menamakan gambar tanpa huruf atau perkataan agar mereka mula menanamkan minat terhadap bacaan seperti mana yang cikgu nyatakan. Ini disusuli dengan pengenalan abjad, suku kata, frasa dan ayat-ayat tunggal yang pendek dan mudah.