fonem suprasegmental slide full

37
FONEM SUPRASEGMENTAL OLEH: SITI AISYAH BT MUHAMAD SITI NORKHADILA BT AHMAD FATIN IZZANTI BT SANUSI M.FAEZ IKMAL BIN IBRAHIM

Upload: princess-sakura

Post on 30-Jun-2015

2.582 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fonem suprasegmental slide full

FONEMSUPRASEGMENTAL

OLEH:SITI AISYAH BT MUHAMAD

SITI NORKHADILA BT AHMADFATIN IZZANTI BT SANUSI

M.FAEZ IKMAL BIN IBRAHIM

Page 2: Fonem suprasegmental slide full

Dikenali juga sebagai suprapenggalan.

Ciri atau sifat bunyi yang menindihi atau

menumpangi sesuatu fonem.

Ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental.

Bukannya bunyi segmental atau bunyi

penggalan.

Terdiri daripada tekanan, kepanjangan,

jeda, tona dan intonasi.

Page 3: Fonem suprasegmental slide full

TEKANAN

Page 4: Fonem suprasegmental slide full

ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata

tekanan biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan

tekanan ditandakan dengan tanda ( ’ )

dalam bahasa Melayu, tekanan berlaku pada vokal

Page 5: Fonem suprasegmental slide full

bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh

dipanjangkan

dalam bahasa asing (bahasa Inggeris), tekanan boleh

membezakan makna perkataan

dalam bahasa Melayu, tekanan berlaku pada suku

kata yang kedua seperti dalam perkataan ki ta, ba pa,

sa tu, dan seumpamanya

Page 6: Fonem suprasegmental slide full

pro’gress bermaksud “memajukan” (kata kerja)

‘progress bermaksud “kemajuan” (kata nama)‘ export bermaksud “barang yang

dieksportkan” (kata nama) ex’port bermaksud “melakukan kerja

eksport” (kata kerja)

CONTOH…

( ‘ )- melambangkan tekanan

sesetengah perkataan dalam bahasa Inggeris boleh membawa maksud yang

berbeza apabila dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza

Page 7: Fonem suprasegmental slide full

KEPANJANGAN

Page 8: Fonem suprasegmental slide full

kepanjangan atau disebut panjang pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam

bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris atau Arab

kepanjangan tidak terdapat dalam bahasa Melayu

ciri panjang pendek ini ditandakan dengan tanda titik yang dipanggil

mora

Page 9: Fonem suprasegmental slide full

satu titik . Kepanjangan bunyinya ialah setengah mora ;

dua titik : kepanjangannya ialah satu mora

empat titik :: kepanjangannya ialah dua mora

Contoh perkataansit bermakna “duduk”, si:t

bermakna “tempat duduk”ship bermakna “kapal”, shi:p

bermakna “kambing biri-biri”

TANDA MORA

Page 10: Fonem suprasegmental slide full

JEDA

Page 11: Fonem suprasegmental slide full

Jeda yang juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian (senyap) dalam sebutan atau ujaran yang berfungsi sebagai tanda memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata.

Persendian ini dilambangkan dengan tanda +.

Dalam bahasa Inggeris unsur jeda ini boleh membezakan makna. Contohnya, sebutan I scream, “saya menjerit” dan ice-cream, “aiskrim”.

Page 12: Fonem suprasegmental slide full

I scream / ai + skri:m / “saya menjerit”

ice cream / ais + kri:m / “aiskrim”

Bunyi sebutannya sama dan

sukar untuk dibezakan maknanya

sekiranya kita tidak

membezakan dengan jeda

seperti berikut :

Page 13: Fonem suprasegmental slide full

Manakala dalam bahasa Melayu juga terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukan makna sekiranya tidak menggunakan jeda.

Contohnya sebutan belikantin ( belikan tin) dan belikantin (beli kantin).

Untuk membezakan makna sebutan, rangkai kata itu perlu ditandai dengan tanda jeda seperti berikut :

1. belikan + tin “membelikan tin = tin yang dibeli”2. beli + kantin “membeli kantin = kantin yang dibeli”

Jeda merupakan unsur pembeza dalam bahasa.Ia juga digunakan bagi membezakan makna sesuatu ayat.

Page 14: Fonem suprasegmental slide full

TONA

Page 15: Fonem suprasegmental slide full

Tona merupakan naik atau turunnya suara dalam pengucapan perkataan

Terdapat dua jenis tanda atau lambang

yang berbeza digunakan untuk

membezakan tinggi rendahnya bunyi

bagi satu-satu perkataan itu.

menggunakan lambang tona

mendatar, tona meninggi, tona turun-

naik dan tona menurun

menggunakan tanda nombor 1 hingga 4 bagi menunjukkan

perbezaan tona.

Page 16: Fonem suprasegmental slide full

CONTOH…

Walau bagaimanapun, setengah pengarang mengggunakan tona 4 untuk tona tinggi (sangat keras),

3 untuk tona sederhana tinggi (keras), 2 untuk tona rendah

(lemah) dan 1 untuk tona sangat rendah (sangat lemah).

Tona tinggi (sangat keras) 1

Tona sederhana tinggi (keras 2

Tona rendah (lemah) 3

Tona sangat rendah (sangat lemah) 4

Page 17: Fonem suprasegmental slide full

INTONASI

Page 18: Fonem suprasegmental slide full

Turun naik atau tinggi rendah nada suara

semasa bercakap

Dikenali sebagai lagu bahasa

Intonasi dan lagu bahasa berbeza-

beza apabila dituturkan

Intonasi dan lagu bahasa

terdapat dalam ayat

Page 19: Fonem suprasegmental slide full

Intonasi pada ayat-ayat bahasa Melayu

Ayat penyata Ayat tanya

Ayat terbalik atau songsang

Ayat pasif

Ayat perintah

Page 20: Fonem suprasegmental slide full

Pelajar i tu peng awas2

4

2

3

Frasa subjek pelajar itu ditandai dengan tingkat nada 2-4, manakala frasa predikat pengawas ditandai denagn tingkat 2-3.

Pemisahan frasa subjek daripada predikat menjadi jelas disebabkan nada suara turun daripada tingkat 4 pada subjek pelajar itu ke tingkat nada 2, iaitu nada permulaan bagi frasa predikat pengawas.

Tingkat nada 3 pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat pengawas.

Ayat Penyata Biasa

Page 21: Fonem suprasegmental slide full

Ayat Tanya

Pelajar i tu pengawas?2

4 3 4

Intonasi ayat tanya dalam bahasa Melayu, biasanya ditandai dengan tingkat nada 2-42-3.

Tingkat nada 3 pada suku kata akhir ayat naik semula ke nada 4 sebagai tanda selesainya pengucapan ayat.

Intonasi ayat tanya seperti contoh di atas digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seorang pendengar untuk dijawab oleh pendengar berkenaan.

Page 22: Fonem suprasegmental slide full

Ayat Tanya

Penga was kah pelajar i tu?2

3

1

4

Ayat tanya dapat juga dibentuk dengan meletakkan partikel-kah pada bahagian predikat ayat.

Melalui keadaan ini, oleh sebab predikat yang disertai partikel-kah dipentingkan, maka predikat dipindahkan ke bahagian hadapan ayat menjadi:

Pengawaskah pelajar itu?

Page 23: Fonem suprasegmental slide full

Ayat Perintah

Per gi!2

3

Dalam ayat perintah, bahagian predikat lebih dipentingkan berbanding bahagian subjek.

Sebagai contoh, ayat Pergi! Sebenarnya terbit daripada ayat Awak pergi! Kata ganti nama diri kedua, iaitu awak digugurkan dan meninggalkan predikat pergi.

Frasa predikat pergi dilafazkan dengan tingkat nada 2-3

Page 24: Fonem suprasegmental slide full

Ayat Perintah

Per gi lah2

3

1

Bagi melembutkan perintah dalam ayat perintah di atas, partikel-lah dapat disertakan bagi membentuk ayat.

Page 25: Fonem suprasegmental slide full

Ayat bahasa Melayu dalam bentuk susunan biasa ialah Subjek + Predikat.

Walau bagaimanapun, dalam percakapan atau pertuturan seharian, kerap berlaku susunan ayat yang berlawanan dengan pola biasa tersebut, iaitu bahagian predikat ayat mendahului bahagian subjek.

Ayat yang mempunyai susunan sedemikian disebut ayat terbalik atau ayat songsang. 

Ayat Terbalik/Ayat Songsang

Page 26: Fonem suprasegmental slide full

Susunan biasa

Ayat songsang

Adik saya + pandai Pandai + adik saya

Pelajar itu + pengawas

Pengawas + pelajar itu

Page 27: Fonem suprasegmental slide full

Susunan biasa

Ayat songsang

Adik sa ya pan dai2

4

2

3

Pan dai adik saya2

3

1

Pelajar i tu penga was2 2

4 3

Penga was pelajar itu

2

3

1

Page 28: Fonem suprasegmental slide full

Selain partikel-kah,-lah juga menandakan bahawa bahagian predikat diberi penekanan.

Oleh sebab kedua-dua partikel ini berfungsi hanya sebagai tanda bahawa bahagian predikat ayat dipentingkan, maka nada untuk –kah dan –lah

menurun kepada tingkat 1, bersama-sama keseluruhan subjek ayat berkenaan yang tidak

lagi dipentingkan.

sb

ss

Page 29: Fonem suprasegmental slide full

Ayat Pasif Ayat aktif

Ayat pasif

Dalam ayat-ayat di atas, bahagian pertama yang mempunyai tingkat nada 2-4 merupakan

subjek, manakala bahagian kedua yang mempunyai tingkat nada 2-3 pula merupakan

bahagian predikat ayat.

Page 30: Fonem suprasegmental slide full

Ayat tanya pasif biasa

Ayat tanya aktif biasa

Page 31: Fonem suprasegmental slide full

Walau bagaimanapun, tingkat nada intonasi berbeza, jika ayat pasif berkenaan merupakan ayat pasif bagi orang pertama

dan kedua.

Sebagai contoh:(a)Saya membuka bungkusan itu(b)Saya buka bungkusan itu

Dalam contoh di atas, ayat (a) merupakan ayat aktif biasa, manakala ayat (b) merupakan ayat pasif songsang. Ayat (b) berasal daripada ayat:

(c)Bungkusan itu saya buka

Dalam ayat (c) di atas, bahagian predikat ayat ialah saya buka. Predikat sesuatu ayat mempunyai tingkat intonasi 2-3. Oleh itu, intonasi bagi ayat (b) di atas adalah 2-3-1, seperti

yang berikut:

Page 32: Fonem suprasegmental slide full

Saya bu ka bungkusan itu

2

3

1B

A Sa ya membuka bungkusan i tu

3

2

4

2

C bungkusan i tu saya bu ka2

43

2

Page 33: Fonem suprasegmental slide full

Ayat yang Panjang

Perlu diingat bahawa nada turun naiknya suara disesuaikan dengan unit-unit frasa. Oleh sebab itu, walau bagaimana panjang sekalipun sesuatu ayat, nada intonasinya tetap mempunyai pola yang sama. Justeru, fungsi intonasi adalah sebagai pemisah frasa-frasa dalam ayat, seperti dalam contoh yang berikut:

Para pelajar itu menelaah pelajaran di perpustakaan

Page 34: Fonem suprasegmental slide full

Ayat di atas boleh dibahagikan kepada tiga frasa intonasi

utama, iaitu frasa subjek, frasa predikat dan keterangan.

Seperti yang telah dijelaskan, pola intonasi bagi ayat biasa ialah 2-4-2-3. Oleh hal yang demikian, pola intonasi bagi

ayat di atas, tanpa keterangan adalah seperti berikut:

Page 35: Fonem suprasegmental slide full

Pelajar i tu menelaah pelaja ran2

4

2

3

Dalam ayat di atas, frasa di perpustakaan merupakan keterangan

tambahan dan tidak begitu penting. Oleh yang demikian, nada yang diterima ialah nada 1. Maka intonasi bagi keseluruhan

ayat tersebut ialah 2-4-3-1 seperti berikut:

Page 36: Fonem suprasegmental slide full

Ayat di atas berkemungkinan diucapkan dengan nada 2-3 pada bahagian frasa tambahan yang

menjadi keterangan sekiranya frasa tambahan itu dipentingkan dan perlu ditegaskan seperti tang

berikut:

Page 37: Fonem suprasegmental slide full

KESIMPULANSecara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa

untuk mewujudkan fonem suprasegmental, elemen-elemen seperti tekanan, kepanjangan, jeda, tona, dan intonasi mesti hadir bersama

malah elemen inilah yang akan menyokong dan mengukuhkan fonem suprasegmental. Setiap elemen mempunyai fungsi-fungsi tertentu dan akan memberi maksud sesuatu perkataan yang

disebut.