folio pendidikan jasmani dan pendidikan kesihat93

20
Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Nama:Amirah Adriana Bt Haris Nazri Kelas:5Seri Cahaya Tajuk:Gaya Hidup Sihat

Upload: nurul-afiqah

Post on 30-Jul-2015

171 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan

Kesihatan

Nama:Amirah Adriana Bt Haris Nazri

Kelas:5Seri Cahaya

Tajuk:Gaya Hidup Sihat

Page 2: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Biodata SayaNama:Amirah Adriana Binti Haris Nazri

Kelas:5 Seri Cahaya

Sekolah:S.K Convent Green Lane

Hobi:Bermain badminton

Cita-cita:Peguam

Page 3: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Isi KandunganUnit 5-Gaya Hidup Sihat m/s

A.Pemakanan Sihat 1-2

-Pentingnya makanan seimbang 3

-Gurindam cara hidup sihat 4

-Pilihan makanan sihat 5-6

B.Penyalahgunaan Bahan 7

-Hidup sihat tanpa alkohol 8

-Otak cerdas tanpa bahan hidu 9

Page 4: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

-Keburukan merokok,mengambil alkohol

& dadah,serta menghidu bahan tertentu 10-11

-Panduan mengelak daripada merokok,

mengambil alkohol & dadah serta

menghidu bahan-bahan tertentu 12-13

Pemakanan sihat

Kumpulan &jenis makanan

-Makanan boleh dikelompokkan mengikut kumpulan karbohidrat,protein,lemak, serta vitamin dan mineral. Kita perlu tahu jenis-jenis makanan dalam setiap kumpulan ini. Pengetahuan ini dapat membantu kita memilih dan seterusnya mengambil makanan seimbang.

1.Karbohidrat

Bijirin-beras,gandum,oat,dan jagung.Hasil bijirin-roti,mi,dan bijirin sarapan.Ubi-ubian-kentang,keledek,dan keladi.

Page 5: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

2.Protein

Daging,ayam,ikan,dan kekacang. Susu dan hasil tenusu seperti keju dan dadih.

3.Lemak

o Minyak.o Marjerin atau mentega.o Susu tinggi lemak dan santan.

4.Vitamin dan mineral

Buah-buahan-betik,jambu batu,dan nanas. Sayur-sayuran-kangkung dan lobak merah.

Page 6: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Pentingnya makanan seimbang

-Makanan seimbang mengandungi karbohidrat, protein,lemak,serta vitamin dan mineral. Karbohidrat memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan akitiviti harian. Protein pula membekalkan nutrein supaya tubuh kita dapat membesar dengan sempurna. Lemak diperlukan sedikit sahaja untuk membekalkan haba kepada tubuh kita. Vitamin dan mineral juga diperlukan untuk memelihara fungsi tubuh dan melindungi kita daripada penyakit.

Page 7: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Gurindam cara hidup sihat

Membeli makanan hendaklah beratur, Pilihan selera bubur dan pengat;Makan mengikut waktu teratur, Hidup sihat sepanjang hayat.

Lemak ,gula,garam, dan minyak, Bahan utama masakan kita;Jika dimakan terlalu banyak, Badan obes jantung derita.

Karbohidrat,protein,lemak,dan vitamin, Hidangan disaji setiap hari;Makanan seimbang kesihatan terjamin, Banyak penyakit dapat dihindari.

Budu,cencaluk,tempoyak,belacan,

Page 8: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Rasanya masin berlebih-lebih;Aiskrim dan gula-gula cuba kurangkan, Badan gemuk dan cepat letih.

Pilihan makanan sihat

-Kita memerlukan makanan yang kaya dengan nutrien untuk membesar dengan baik, bertenaga,dan sentiasa sihat. Untuk memastikan kita mendapat semua nutrien tersebut setiap hari, kita hendaklah mengambil:

Sarapan: o 1 cawan bubur nasi kosong atau ½ cawan

bijirin sarapan atau 1 keping roti.o 1 biji pisang bersaiz sederhana atau 1 hiris

betik, nanas atau tembikai.o 1 gelas susu atau minuman bersusu.

Sajian makan tengah hari:o1 cawan nasi atau 1 cawan bihun atau 2 keping

roti.

Page 9: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

o½ cawan sayur berdaun hijau atau ½ cawan terung atau tomato.

o1 ketul paha ayam atau 1 ekor ikan kembung.o½ biji jambu batu atau 1 biji oren, pir, atau

epalo2 ketul daging tanpa lemak.o1 gelas air.

Sajian makan malamo ½ cawan nasi atau ½ cawan mi/bihuno ½ cawan sayuran/buah barubio 1 biji pisang bersaiz sederhanao 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepalao 2 keping tauhuo 1 gelas air

Page 10: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Penyalahgunaan bahan

-Penyalahgunaan bahan bermaksud menggunakan bahan-bahan seperti dadah, alkohol, atau gam dengan tidak mengikut fungsi sebenarnya.

Hidup bahagia tanpa dadah

-Dadah wujud dalam bentuk pil, serbuk, dan bahan mentah. Jenis-jenis dadah adalah seperti kokain, candu, ganja, dan pil khayal. Penyalahgunaan dadah boleh mengubah cara berfikir, perasaan, dan perlakuan seseorang, serta mengakibatkan kematian. Oleh itu, kita perlu mengelakkan diri kita daripada dadah supaya hidup kita bahagia.

Hidup sejahtera tanpa rokok

-Rokok mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon monosikda, dan tar. Bahan ini menyebabkan perokok mendapat penyakit

Page 11: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

jantung, barah paru-paru, dan penyakit saluran penafasan yang teruk. Asap rokok ini juga boleh menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok. Dengan kemudaratan-kemudaratan ini,kita patut mengelak daripada merokok agar hidup kita lebih sejahtera.

Hidup sihat tanpa alkohol

-Minuman beralkohol juga dikenali sebagai minuman keras atau arak. Contohnya ialah bir, wain, dan samsu. Minuman beralkohol boleh memabukkan dan menyebabkan peminum tidak dapat berfikir dengan waras dan mengawal perlakuan mereka. Kita tidak sepatutnya mengambil minuman ini kerana terdapat banyak minuman ini kerana terdapat banyak minuman lain yang lebih berkhasiat. Hidup kita tentu lebih sihat tanpa mengambil minuman beralkohol.

Page 12: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Otak cerdas tanpa bahan hidu

-Gam, cat, minyak petrol, dan thinner ialah contoh beberapa bahan yang disalahgunakan sebagai bahan hidu. Ruapan daripada bahan ini boleh mengganggu fungsi system saraf dam merosakkan organ-organ tubuh. Kita hendaklah menjaga kesihatan dengan mengelak daripada menghidu bahan-bahan tersebut. Otak yang cerdas lahir daripada tubuh yang sihat dan cergas.

Page 13: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Keburukan merokok,mengambil alkohol & dadah,serta menghidu

bahan tertentu

1.Perbuatan perokok membuangpuntung rokok yang masih menyala boleh menyebabkan kebakaran.

2.Bahan kimia yang terkandungdalam rokok, alkohol, dadah,dan

Page 14: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

bahan yang dihidu boleh menjejaskan kesihatan.

3.Individu yang terlibat tidak dapat mengawal diri danfikiran apabila mengalamiketagihan. Mereka sanggup menjatuhkan maruah diri dan memalukan masyarakat.

4.Kandungan rokok,alkohol,dadah dan bahan hidu bolehmenyebabkan ketagihan jikadiambil berulang kali. Ketagihan ini akan menyebabkan penagihmenghabiskan banyak wanguntuk mendapatkan bahan-bahanini.

5.Individu yang terlibat dalampenyalahgunaan bahan-bahan ini sering menimbulkanmasalh dan mengakibatkan keruntuhan keluarga.

Page 15: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Panduan mengelak daripada merokok, mengambil alkohol, dadah serta

menghidu bahan tertentu

1.Libatkan diri kita denganaktiviti berfaedah sepertimemancing.

2.Elakkan diri kita daripadaterpengaruh. Kita mestiberani menolak ajakan untuk mencuba atau mengambil bahan-bahantersebut. Plih rakan yang bermoral

Page 16: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

3.Amalkan meneliti kandungansesuatu bahan. Baca labelnyasebelum kita membeli.

Penghargaan

Saya amat berterima kasih kepada ibubapa saya yang telah membantu saya untuk membuat folio ini. Selain itu,saya juga ingin berterima kasih kepada guru saya kerana memberi ajaran dan panduan kepada saya. Saya amat bersyukur kepada Illahi kerana saya dapat menyiapkan folio ini dengan sempurna.

Page 17: Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihat93

Sekian,terima kasih

Tamat….