kgt geo 2011

Upload: neshan-anantha-rajah

Post on 14-Jul-2015

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN S.E.A, PETALING JAYA, 46300 KUALA LUMPUR

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN SS3, 47300 PETALING JAYA, SELANGOR

Nama Murid : Tingkatan : Angka Giliran : Nama Guru :

......................... T.Tangan Murid

......................... T.Tangan Guru

1

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN SS3, 47300 PETALING JAYA, SELANGOR

SENARAI KANDUNGAN2

Penghargaan

10 Pendahuluan

20 Objektif Kajian

30 Kawasan Kajian

40 Kaedah Kajian

50 Dapatan Kajian

60 Bahan Grafik

70 Rumusan

80 Lampiran

90

Rujukan

PENGHARGAAN

3

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Anatha Rajah dan Susila Munisamy yang telah memberikan buah fikiran dan sokongan moral bagi membantu saya menjayakan projek ini Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi saya, Cik Suhaida binti Ayub telah membimbing saya untuk menghasilkan kerja kursus yang bermutu dan lengkap. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Karen Tan Song Ling dan Stanley Khoo Zhen Shen yang telah membantu saya mendapatkan dan memuat turun maklumat berkaitan dengan kerja kursus ini.

10

PENDAHULUAN

4

Saya telah memilih tajuk kajian Pencemaran Alam Sekitar di SS3, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Saya telah memilih kawasan kajian ini sebab ia berdekatan dengan tempat kediaman saya dan memudahkan kerja kajian yang perlu saya buat. Sebab seterusnya merupakan kos kajian yang murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian. Sebaliknya, saya hanya berjalan kaki sahaja. Saya telah menjalankan kajiansaya selepas waktu persekolahan dalam tempoh masa 4 minggu.

20

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:i)

Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor

ii)

Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor

iii)

Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor

iv)

Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor

v)

Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor

vi)

Menerapkan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

10

KAWASAN KAJIAN

Nama Kawasan Kajian5

SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor merupakan kawasan kajian saya. Latar Belakang/Sejarah Kawasan Kajian Petaling Jaya atau PJ, diwujudkan pada tahun 1952 sebagai sebuah bandar satelit bagi bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan PJ adalah kira-kira 97.2 km2, menjadikannya bandar paling pesat di Selangor. Petaling Jaya terletak di daerah Petaling yang merupakan daerah terbesar dan termaju di negeri Selangor. Pada 20 Jun 2006 Petaling Jaya dinaikkan taraf menjadi sebuah bandaraya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada bandaraya Kuala Lumpur. Petaling Jaya asalnya sebuah ladang getah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, Effingham Estate. Petaling Jaya wujud sejak zaman darurat lagi iaitu dengan pemindahan penduduk ke Kampung Petaling yang diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Sir Gerald Templer. Ia dibangunkan oleh Kerajaan British. Pada tahun 1965 Kawasan Perdagangan Bebas Sungai Way di Petaling Jaya telah dibangunkan bagi kawasan perindustrian yang semakin diperlukan di Malaysia. Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) mentadbir bandar Petaling Jaya. Pada Ogos 2005, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) telah memohon kepada kerajaan pusat status bandaraya. Pada 16 Mac 2006, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo mengumumkan Petaling Jaya sebagai bandar kedua di Selangor yang diberikan status bandaraya selepas Shah Alam. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya diberi status Bandaraya dan mula ditadbir oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Maka, Petaling Jaya adalah bandaraya ke2 di Selangor selepas Shah Alam dan bandaraya ke-11 di Malaysia. Petaling Jaya dibahagikan kepada beberapa seksyen. Beberapa seksyen pula dibahagi kepada kejiranan yang lebig kecil misalnya SS5D dan SS3. Beberapa bahagian mempunyai nama tersendiri misalnya SS1 ialah Kampung Tunku.

6

Tumpuan pembangunan Petaling Jaya bertempat di "Old Town Petaling" yang telah wujud sebelum 1952 lagi. Sebuah jalan utama diberi nama sempena nama Sir Gerald Templer iaitu Jalan Templer. Kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara. Kawasan yang diperuntukkan tidak dapat menampung pertumbuhan kawasan perindustrian yang pesat mendorong kerajaan meneroka kawasan baru di utara Petaling Jaya seluas 120 hektar dibangunkan sebagai kawasan perindustrian. Sambutan yang sangat baik dari pelabur-pelabur telah memberi ruang kepada penubuhan Zon Perdagangan Bebas di kawasan Sungai Way. Antara pelabur asing termasuklah dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan dan Korea. Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Tumpuan perusahaan adalah terhadap sektor pembuatan, elektronik, pemprosesan bahan mentah, produk pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan. Antara kilang yang beroperasi di Petaling Jaya adalah Panasonic, Matsushita, Omron, Motorola dan Western Digital. Lokasi Kawasan Kajian SS3 berada di bandaraya Petaling Jaya yang terletak di daerah Petaling. Kedudukannya adalah di antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang. Petaling Jaya bertempat di Selangor, Malaysia. Koordinat geografinya ialah 3 5' 0" Utara, 101 39' 0" Timur. Pandangan Darat Fizikal Kawasan Kajian SS3, Petaling Jaya terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan terdiri daripada banyak kawasan perumahan dan dikelilingi oleh kawasan perindustrian seperti Zon Industri Bebas Sungei Way dan kilang-kilang Panasonic, Matsushita, Omron, Motorola dan Western Digital. Pelbagai kemudahan prasarana telah dibina bagi kemudahan penduduk. Antaranya ialah7

bekalan elektrik, jalan raya, bekalan air, telefon, balai raya, perumahan dan sistem pengangkutan. Bolehlah dikatakan Petaling Jaya sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya. Jarak Dari Bandar/Pekan Terdekat Bandar terdekat dengan SS3, Petaling Jaya ialah Bandar Sunway dengan jarak 5km.

Peta Daerah

Carta 1: Peta Daerah Petaling Jaya

8

Peta Kawasan Kajian

9

10

KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, saya telah menggunakan beberapa kaedah iaitu: a) Kaedah pemerhatian: Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan dan persekolahan di SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor dengan melihat system pembuangan sampah. Saya juga telah mengambil beberapa keping gambar untuk membuktikan bahawa kaedah ini telah diguna. b) Kaedah soal selidik Saya juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang tinggal di kawasan kajian ini.10

c) Kaedah temu bual Kaedah ini juga digunakan semasa menjalani kerja kursus ini. Saya telah menemubual beberapa orang penduduk yang tinggal di kawasan kajian ini. d) Kaedah rujukan Kaedah rujukan merupakan salah satu kaedah yang telah digunakan. Saya mendapat maklumat daripada beberapa sumber, contohnya, buku teks, surat khabar, internet dan sebagainya.

10

DAPATAN KAJIAN

5.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran ialah kemasukan kontaminan dalam alam sekitar yang menyebabkan ketidakstabilan, gangguan, kerosakan atau ketidakselesaan kepada ekosistem. Misalnya, hidupan akuatik yang meninggal akibat tumpahan minyak di Teluk Mexico. Seterusnya, jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia. 5.2 Jenis Pencemaran di Kawasan SS3, 47300 Petaling Jaya, Selangor Antara jenis pencemaran alam sekitar di kawasan SS3, 47300 Petaling Jaya, Selangor adalah pencemaran udara dan bunyi. Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.

11

5.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan SS3, 47300 Petaling Jaya, Selangor Di SS3, punca pencemaran alam sekitar di kawasan SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor terdiri daripada: a) Kenderaan Bilangan kenderaan yang meningkat di kawasan kajian telah banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap pembuangan kenderaan iaitu karbon monoksida adalah penyebab pemanasan udara. b) Pembakaran terbuka Pembakaran terbuka yang kerap dilakukan oleh penduduk yang tinggal di kawasan kajian tersebut telah menyebabkan pembebasan gas-gas karbon dioksida dan penaikan suhu bumi. c) Perniagaan Pusat perniagaan dan restoran yang mempunyai sistem pembuangan yang tidak teratur turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. d) Pembinaan Sisa pepejal yang dibuang di merata-rata tempat berikutan pembinaan ataupun dalam proses pengubahsuaian rumah telah banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

12

e) Petempatan Petempatan juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar. Tong sampah telah disediakan di petempatan bandar tidak diguna sepenuhnya. Contohnya, sampah sarap yang berkategori besar dibuang di tempat-tempat yang tersorok. Ini kerana almari, perabot lama dan barangan elektrik dikenakan kos pengangkutan kerana saiznya terlalu besar untuk muat dalam tong sampah yang telah disediakan lalu dikena kos pengangkutan. Penduduk tidak rela membayar kos ini. f) Sampah sarap Sebilangan masyarakat membuang sampah-sarap di merata-rata tempat terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan kawasan SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak ingin membuang sampah di dalam tong sampah walaupun telah disediakan. Penerapan nilai atau unsur patriotisme Masyarakat setempat haruslah peka terhadap isu-isu alam sekitar dan prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berussaha menyelesaikannya. Saya berharap bahawa penduduk di sekitar SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor tidak mementing diri sendiri tetapi mencintai alam sekitar.

5.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan SS3, 47300 Petaling Jaya, Selangor

13

Hujan asid Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu dari aspek kesihatan, kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan bangunan serta peralatan bangunan. Kesan terhadap kesihatan: Memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit athsma, bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selesema. Gas sulfur dioksida adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara. Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanakkanak, gangguan saraf dan membahayakan otak. Aluminium pula boleh menyebabkan penyakit alzheimer (berkait dengan hilang ingatan) Kesan terhadap tanah dan tumbuhan: Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid; eg. 70% hutan di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini. Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah. Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya. Memusnahkan fungsi daun: Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.

14

Kesan terhadap ekosistem akuatik: Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik (kurang daripada 5), ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia. Ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan ini. Air sungai dan laut menjadi berasid pada pH 5 membunuh hidupan akuatik seperti ikan (atau mana-mana binatang yang bergantung kepada ikan akan mati juga eg. burung laut); berlaku di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik di situ. Kesan terhadap bangunan dan peralatan bangunan: Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemndapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Meluntur dan merosakkan cat kereta: Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.

Udara tercemar Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

15

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam. Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi. Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunanbangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya. Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.16

Jerebu Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap negara kita.

Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada kesihatan orang ramai.

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat17

dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di negara kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat ganda daripada kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan kurang daripada yang biasa. Hal ini akan menyebabkan tanaman akan mengambil masa yang lebih lama untuk membesar. Kualiti dan hasil tanaman juga akan merosot. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan penyerapan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil masa yang lebih panjang untuk matang. Secara tegasnya, hasil dan kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30 peratus. Sumber petani akan turut terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian turut terjejas. Bagi fauna pula, hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan oksigen yang terlarut dalam air pula akan berkurang dan hidupan akuatik seperti ikan-ikan tidak akan mendapat oksigen yang secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu akan menjejaskan flora dan fauna negara.

Penyakit

18

Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit. Suhu meningkat Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

Penerapan nilai atau unsur patriotisme Semua orang diseru menjaga alam sekitar dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Ini kerana keharmonian antara manusia dan alam sekitar amatlah penting supaya kualiti kehidupan manusia sejahtera dan kehidupan alam sekeliling yang terpelihara.

19

5.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor

Kempen cintai alam sekitar Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang. Petrol tanpa plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan. Kuat kuasa undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya. Penapis udara20

Serombong asap hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

Pendidikan alam sekitar Program kitaran semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahanbahan yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun inimelibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam. Penerapan nilai atau unsur patriotisme Sebagai rakyat kita haruslah mengamalkan nilai manyayangi dan menghargai alam sekitar dengan sentiasa memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Usaha yang beteruskan harus wujud bagi pengimplementasian cadangan ini.

21

10

BAHAN GRAFIKPeta Minda

PEMBINAAN

PETEMPATAN Punca SAMPAH SARAPAlam Sekitar di Kawasan SS3, 47300 Petaling Jaya, Selangor Pencemaran

PERNIAGAAN

PEMBAKARAN TERBUKA

KENDERAAN

Carta 2: Peta Minda

Jadual Jenis Pencemaran Pencemaran Udara Pencemaran Air Pencemaran Tanih Bilangan 20 14 322

Pencemaran Bunyi Pencemaran Bau

15 14

Jadual 1: Jenis Pencemaran di Kawasan SS3, 47300 Petaling Jaya, Selangor Sumber: Borang soal selidik Graf

Carta 3: Jenis Pencemaran di Kawasan SS3, 47300 Petaling Jaya, Selangor Sumber: Borang soal selidik

7.0 RUMUSANMalaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah sistem pembuangan sampah yang tidak teratur dan bilangan kenderaan di jalan yang terlalu banyak di kawasan kajian. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik turut menyebabkan pencemaran. Terdapat pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah inim seperti mengadakan kempen dan memberi pendidikan yang berkaitan dengan alam sekitar. Jika penduduk-penduduk tempatan dapat berganding bahu dengan pihak tempatan bagi membendung masalah ini, sudah tentu SS3, 47300, Petaling Jaya, Selangor akan bersih dan mencerminkan sebuah masyarakat yang harmonis dan sihat.

Penerapan nilai atau unsur patriotisme

23

Tuhan telah mencipta dunia ini kepada kita, dan kita. Oleh itu, kita haruslah berterima kasih dan menghargai segala kurniaanya dengan bersama-sama menjaga alam sekitar agar kita dapat hidup secara aman dan selesa dengan alam sekeliling yang bersih bagi kesejahteraan semua.

9.0 RUJUKAN

Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran http://maps.google.com.my/maps/ms? ie=UTF8&oe=UTF8&msa=0&msid=103906025281904914022.00046a1c9ffd074caf6a0

Orang Sumber Puan Susila Munisamy, 45 tahun, No 11, SS3/52, Taman Universiti, 57300, Selangor.

Buku teks Abdul Rahim Md. Nor, 2004. Geografi Buku Teks KBSM Tingkatan 3. Percetakan Cerdik: Shah Alam. Buku Rujukan Chong Mui Sen, 2009. Buku Rujukan Geografi PMR Tingkatan 1,2 dan 3. Percetakan Sabadi, Petaling Jaya.24

25