folio kerjaya

28
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BATU PAHAT JOHOR KERJAYA: NAMA: SYAFIQAH AINUR NELISA BT ABD KARIM NO MAKTAB: 11107 KELAS: 5 ACACIA

Upload: iamnelisa

Post on 25-Dec-2015

143 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Kerjaya

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

BATU PAHAT JOHOR

KERJAYA:

NAMA: SYAFIQAH AINUR NELISA BT ABD KARIM

NO MAKTAB: 11107

KELAS: 5 ACACIA

TAHUN: 2015

Page 2: Folio Kerjaya

ISI KANDUNGAN MUKA SURATPENGHARGAANPENGENALANKERJAYA YANG DIKAJISYARAT-SYARAT KEMASUKAN DAN SENARAI IPT YANG MENAWARKAN KURSUSSKOP BIDANG KERJAYAKESIMPULANLAMPIRAN

Page 3: Folio Kerjaya

PENGHARGAAN

Page 4: Folio Kerjaya

PENGENALAN

Page 5: Folio Kerjaya

KERJAYA YANG DIKAJI

Page 6: Folio Kerjaya

SENARAI IPT YANG MENAWARKAN KURSUS

 

Bil.

No.

IPT

Higher Learning Institution

Program

Programme

1. Universiti Sains Malaysia (USM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

3. Universiti Malaya (UM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

4. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

5.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM)Bachelor of Pharmacy (Hons)*

6. UCSI University Bachelor of Pharmacy (Hons)*

7. International Medical University (IMU)

Master of Pharmacy (twining 2 ½ + 1 with

University Strathclyde, UK)

Master of Pharmacy (twining 2 + 2 with

University Strathclyde, UK)

Bachelor of Pharmacy (Hons)*

8. AIMST University Bachelor of Pharmacy (Hons)*

9.University Nottingham Malaysia

Campus (UNMC)

Master in Pharmacy 2+2 similar programme

of University Nottingham, UK *

10.Cyberjaya University College of

Medical Sciences (CUCMS)Bachelor of Pharmacy (Hons)*

Page 7: Folio Kerjaya

Bil.

No.

IPT

Higher Learning Institution

Program

Programme

11.

Asia Metropolitan University  (AMU)

(dahulu dikenali sebagai Masterskill

University College of Health

Sciences (MUCH)

(formerly known as Masterskill

University College of Health

Sciences (MUCH)

Bachelor of Pharmacy (Hons)

4+0 with University La Trope, Australia

Bachelor of Pharmacy (Hons)

12.Management & Science University

(MSU)Bachelor of Pharmacy (Hons)*

13. SEGI University College

Master of Pharmacy 2+2 twinning with

University of Sunderland, UK

Bachelor of Pharmacy (Honours)

14. Monash University Malaysia CampusBachelor of Pharmacy (Hons) similar

programme of Monash University, Australia

15. MAHSA University Bachelor of Pharmacy (Hons)

16. Taylor’s University

Bachelor of Pharmacy (Hons)

Master of Pharmacy (2+2) in collaboration

with Cardiff University, UK

17. Lincoln University College Bachelor of Pharmacy (Hons)

18.

Universiti Kuala Lumpur - Royal

College of Medicine Perak (UniKL-

RCMP)

Bachelor of Pharmacy (Hons)

19. KPJ Healthcare University College Bachelor of Pharmacy (Hons)

Page 8: Folio Kerjaya

Skop

Peranan Ahli Farmasi Dalam Kesihatan

Dr. Mohamed Izham Mohamed IbrahimPusat Racun Negara, USM

Pengenalan

Keberkesanan bidang perubatan hanya boleh dilihat bilamana pengurusan serta penggunaan ubat-ubatan adalah efisien dan rasional. Fenomena ini penting dan berlaku bukan sahaja di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, malah di negara-negara maju. Di negara-negara maju, aktiviti-aktiviti profesional yang melibatkan pengagihan, pembekalan dan pendispensan ubat-ubatan adalah amat diperlukan sejajar dengan kecanggihan teknologi serta kekompleksan sistem penjagaan kesihatan moden. Di akhir abad ke-20 ini, persoalan ekonomi yang berkaitan dengan kos perbelanjaan kesihatan sangat hangat diperbincangkan. Kajian telah menunjukkan bahawa ubat merupakan salah satu cara yang berkesan serta murah jika dibandingkan dengan kaedah lain dalam menentang penyakit. Oleh yang demikian, ahli farmasi mempunyai peranan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara dan dapat bertindak demi kepentingan pesakit dan masyarakat dalam menentukan ubat-ubat digunakan secara rasional dan berkesan. Peranan ini telah diperluaskan daripada "product-oriented" kepada "patient-oriented".

Kepakaran dan Pengetahuan Ahli Farmasi

Kamus Webster mendefinisikan farmasi sebagai "seni atau praktis penyediaan, pengawalan, pencampuran dan pendispensan ubat-ubatan". Definisi ini tidak tepat. Ia tidak mengaitkan dengan misi profesion farmasi iaitu "memastikan ubat digunakan oleh pesakit secara rasional dan ubat tersebut adalah selamat dan berkesan".

Sumbangan ahli farmasi kepada sistem penjagaan kesihatan dalam sesebuah negara bergantung kepada pengetahuan dan kepakaran yang diperolehi daripada program atau sistem pendidikan di universiti-universiti tempatan (contoh: Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia) ataupun di luar negara (contoh: Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia). Proses ini akan diikuti dengan program latihan "housemanship" atau pra-pendaftaran selama satu tahun. Latihan wajib ini boleh dilakukan di institusi-institusi seperti hospital, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, dan syarikat farmaseutikal atau kedai farmasi komuniti yang dibenarkan oleh Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Latihan "housemanship" ini adalah penting bagi proses pendaftaran ahli farmasi.

Melalui pendidkan asas di peringkat ijazah dan latihan pra-pendaftaran, pelajar-pelajar akan memperolehi kefahaman berkaitan prinsip-prinsip serta teknik-teknik saintifik dalam bidang farmaseutikal seperti kimia farmaseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik dan farmasi klinikal. Selain bidang-bidang ini, pelajar-pelajar farmasi juga didedahkan kepada bidang farmasi sosial yang melibatkan statistik, kemahiran

Page 9: Folio Kerjaya

komunikasi, farmakoekonomi, farmakoepidemiologi, farmakoinformatik, dan perundangan, etika dan polisi farmasi. Di samping itu, pelajar-pelajar digalakkan mengambil kursus-kursus berkaitan dengan pengurusan dan pemasaran. Pengetahuan dan kepakaran yang didapati di peringkat asas merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan mekanisme tindakan, penyediaan, distribusi, dan penggunaan ubat-ubatan. Pengetahuan dan kepakaran yang ahli farmasi boleh dipertingkatkan melalui program-program pendidikan berterusan dan melalui program-program sarjana atau kedoktoran.

Skop Farmasi dan Bidang Tugas Ahli Farmasi

Tanggungjawab yang dipikul oleh ahli farmasi menjadi semakin penting dengan pembangunan ubat-ubat baru hasil penyelidikan oleh para saintis. Tanggungjawab ini khusus berkaitan dengan penggunaan drug secara rasional dan perlindungan masyarakat daripada kemudaratan ubat-ubatan semasa menggunakannya.

Seorang ahli farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti atau Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (sila rujuk Jadual 1). Matlamat utama ahli farmasi di dalam semua organisasi ini ialah memastikan terapi drug yang optimum dan rasional melalui penglibatan mereka di dalam proses penyediaan, distribusi dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal yang lain serta membekalkan maklumat kepada mereka yang mempreskripsi (contoh: doktor dan pembantu perubatan) dan menggunakan (contoh: pesakit) produk farmaseutikal.

1. Farmasi Hospital

Terdapat lebih kurang 300-350 ahli farmasi yang bertugas di hospital-hospital seluruh negara. Farmasi hospital bertanggungjawab membekalkan dan mengurus semua aspek yang berkaitan dengan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar (ambulatori). Ini termasuklah perkhidmatan farmasi klinikal seperti pemonitoran ubat-ubatan terapeutik, penyediaan nutrisi parenteral, kaunseling pesakit dan lain-lain. Misi Jabatan Perkhidmatan Farmasi ialah untuk memastikan seluruh masyarakat memperolehi produk farmaseutikal dan produk pemelihara kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional. Pemberian terapi drug secara optimum kepada semua pesakit dalam dan luar akan memastikan penjagaan kesihatan mereka adalah berkualiti tinggi dan berkesan kos.

Perkhidmatan farmasi yang asas yang dipraktikkan sebelum ini melibatkan perkhidmatan seperti farmasi bekalan wad, farmasi pesakit luar, perolehan dan iventori. Praktis farmasi terutamanya di hospital-hospital kerajaan, telah dipertingkatkan dengan pemberian perkhidmatan farmasi klinikal untuk memperbaiki terapi ubat dan pengurusan semua aspek yang bersangkutan dengan terapi ubat terhadap pesakit. Justeru itu, ahli farmasi harus membuat pengkhususan dalam bidang-bidang farmasi klinikal tertentu seperti yang tercatat dalam Jadual 1. Praktis farmasi di hospital di masa hadapan akan terus berkembang dan adalah dijangkakan ramai ahli farmasi akan memegang peranan sebagai ahli farmasi klinikal atau menghabiskan sebahagian daripada masa mereka membekalkan perkhidmatan penjagaan kesihatan pesakit secara langsung. Penyediaan dan distribusi ubat pula akan dikendalikan oleh mesin berkomputer dan kerja-kerja teknikal akan dilakukan oleh pembantu farmasi.

Page 10: Folio Kerjaya

2. Farmasi Komuniti

Selain klinik, farmasi komuniti merupakan tempat yang paling mudah dikunjungi orang ramai. Ahli farmasi komuniti membekal ubat-ubatan berpreskripsi dan tanpa preskripsi kepada pesakit atau pelanggan. Aktiviti professional ahli farmasi komuniti juga melibatkan kaunseling kepada pesakit semasa mendispenkan ubat- ubatan berpreskripsi dan tanpa preskripsi. Praktis sistem perubatan di kebanyakan negara adalah berlainan dengan Malaysia. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Indonesia dan India, proses mempreskripsi ubat dan pendispensan ubat adalah berasingan. Pesakit akan berjumpa doktor di klinik untuk mendapatkan diagnosis, nasihat serta preskripsi ubat, dan kemudian berjumpa ahli farmasi komuniti untuk mendapatkan ubat yang berkenaan. Di Malaysia proses pengdiagnosan penyakit, mempreskripsi dan pendispensan ubat dilakukan oleh doktor di klinik-klinik. Dalam hal ini, ahli farmasi komuniti hanya menumpukan aktiviti perniagaan mereka kepada penjualan ubat-ubatan tanpa preskripsi. Dalam pada itu, mereka juga menjual ubat-ubatan tradisional dan alternatif, bahan-bahan kosmetik, bahan-bahan penjagaan bayi dan peralatan perubatan (contoh: kerusi roda, termometer).

Aktiviti-aktiviti profesional ahli farmasi komuniti di Malaysia adalah terhad dan berkurangan jika dibandingkan dengan praktis di negara-negara maju. Di negara-negara membangun, aktiviti utama ahli farmasi komuniti adalah:

o memproses preskripsio perkhidmatan farmasi klinikal termasuk kaunselingo pemonitoran pengunaan ubato penyediaan dan memformulasi ubat-ubatan (contoh: sediaan salap, krim)o mempromosi kesihatano perkhidmatan lawatan farmasi (contoh: kaunseling) ke tempat tinggal

(contoh: institusi wargatua)o praktis pertanian dan veterinar

3. Industri Farmaseutikal

Industri farmaseutikal di Malaysia adalah terdiri daripada syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional. Industri farmaseutikal merupakan salah satu industri yang paling banyak menghadapi persaingan perniagaan. Kemampuan untuk bersaing banyak bergantung kepada pembangunan produk-produk baru. Di dalam proses pembangunan produk-produk farmaseutikal, ahli farmasi dengan pengetahuan dan kemahirannya boleh memainkan peranan yang sangat penting. Aktiviti-aktiviti utama ahli farmasi di industri farmaseutikal adalah seperti berikut:

o penyelidikan dan pembangunano pengilangan dan jaminan mutuo pendaftaran ubat dan permohonano kajian klinikal dan pengawasan ubat selepas pasarano penjualan dan pemasarano pengurusan dan pentadbiran

4. Akademia

Ahli farmasi yang berkecimpung dalam bidang akademik akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan.

Page 11: Folio Kerjaya

Program farmasi di peringkat ijazah, lepasan ijazah serta pendidikan berterusan memerlukan pensyarah-pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang farmaseutikal dan sentiasa memastikan matlamat profesional dan vokasional pendidikan farmasi tidak diabaikan. Mereka juga harus tahu kepentingan interaksi antara pendidikan dan penyelidikan dengan perkhidmatan farmasi.

Ahli-ahli farmasi boleh menjadi pensyarah dalam bidang-bidang seperti kimia farmaseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik, farmasi klinikal dan farmasi sosial. Pensyarah-pensyarah dalam disiplin selain farmasi klinikal tidak terlibat secara langsung dengan pesakit. Sebaliknya, bidang sains asas (contoh: kimia farmseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik) hanya mementingkan penyelidikan dalam makmal yang banyak bergantung kepada alat-alat atau mesin-mesin yang canggih, kaedah analitis dan model haiwan. Pensyarah- pensyarah farmasi klinikal mempunyai peranan yang penting terhadap penjagaan pesakit dan perkhidmatan farmasi klinikal. Pensyarah-pensyarah farmasi sosial pula menumpukan pengajaran serta penyelidikan dalam hal-hal yang berkaitan dengan sains tingkahlaku, ekonomi, epidemilogi, polisi, pengurusan dan pemasaran. Penyelidikan farmasi sosial selalu menggunakan kaedah kajian bukan eksperimental dan penganalisisan statistik untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.

5. Lain-lain

Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai satu jabatan yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang bersangkutan dengan farmasi. Pengarah Perkhidmatan Farmasi Malaysia akan mengetuai jabatan ini. Ahli-ahli farmasi yang bertugas di bahagian farmasi ini akan berperanan dalam menjaga soal-soal keprofesionalan farmasi (contoh: pendaftaran ahli farmasi, tenaga manusia, latihan), melibatkan diri dalam membuat perundangan dan polisi ubat-ubatan dan kesihatan. Mereka berkerjasama dengan ahli akademia serta persatuan farmasi dalam hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum program farmasi di universiti. Mereka juga menjalankan program pendidikan berterusan bagi ahli-ahli farmasi.

Ahli-ahli farmasi di Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan mempunyai beberapa bidang tugas yang berkaitan dengan produk farmaseutikal. Mereka menentukan keselamatan, keberkesanan dan mutu ubat-ubat termasuk keselamatan dan mutu ubat -ubat tradisional. Di antara aktiviti yang mereka jalankan ialah:

o menilai dan mendaftar ubat-ubat (racun, bukan racun, entiti kimia baru, tradisional) dan kosmetik sebelum dibenarkan untuk pasaran

o surveilanso farmakovigilanso pelesanan (pengilang, pengimport dan pemborong ubat)o memonitor serta merekod kesan mudarat ubat-ubatan lepas pasarano memeriksa kilang-kilang farmaseutikal (Amalan Pengilangan Baik dan

komplians)o perkhidmatan maklumat ubat dan penerbitano analisis ubat

Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah satu badan yang sangat penting. Unit ini

Page 12: Folio Kerjaya

terdapat di setiap negeri. Di antara aktiviti-aktiviti Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah:

o membuat pemeriksaan mengejut ke atas mana-mana premis yang mempunyai lesen racun

o mengambil bahagian di dalam serbuan ke atas premis-premis yang menjual racun secara haram

o memeriksa dan menapis aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengimportan ubat-ubat/bahan kimia/kosmetik dan bahan-bahan herba

o melakukan pemeriksaan ke atas klinik-klinik dan hospital swasta agar mematuhi kehendak undang-undang

o membuat pemeriksaan ke atas premis yang memohon lesen borong/import

o memeriksa perkara-perkara yang berkaitan denga pengimportan, penjualan dan;

o bertindak sebagai pegawai pendakwa di mahkamah

Perkembangan industri penhagaan kesihatan dan perubahan dari segi sosio- ekonomi, teknologi dan politik negara yang mempengaruhi sektor kesihatan menjadikan organisasi farmasi yang profesional amat penting. Sebuah persatuan farmasi yang dinamik dan progresif akan memberi kesan yang positif kepada ahli- ahlinya dan profesion farmasi secara keseluruhan. Di Malaysia, terdapat hanya satu persatuan yang mewakili semua ahli-ahli farmasi yang dinamakan sebagai Persatuan Farmasi Malaysia. Ia juga mempunyai cawangannya di setiap negeri. Di antara tugas-tugas yang dijalankan oleh ahli-ahli farmasi yang jawatan dalam persatuan tersebut ialah pentadbiran dan pengurusan, penerbitan dan dokumentasi, penglibatan dalam proses penggubalan undang-undang yang berkaitan dengan farmasi, perhubungan awam dan program pendidikan berterusan bagi ahli- ahli farmasi.

Amalan Profesional Farmasi

Amalan profesional ahli farmasi berkait rapat dengan misi profesion iaitu memastikan pesakit menggunakan ubat dengan selamat dan berkesan. Pengetahuan khas dan kemahiran yang sesuai serta sikap yang positif terhadap kebajikan pesakit adalah begitu penting. Perkara-perkara ini diperlukan untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh setiap pesakit dan penting bagi mengetahui keperluan serta perasaan pesakit. Oleh itu, amalan profesional farmasi harus bersandar kepada 3 faktor berikut:

Sains Farmaseutikal Asas Farmasi Klinikal Farmasi Sosial

Oleh itu, amalan profesional farmasi memerlukan kognitif yang diperolehi melalui pendidikan dan pengalaman. Di antara amalan-amalan tersebut ialah:

penglibatan dalam membuat keputusan berkaitan proses penggunaan ubat pemilihan produk ubat yang sesuai pemilihan sumber pembelian dan pembekalan ubat-ubatan penentuan skedul dos dan dosej ubat penyediaan ubat untuk pesakit membekal ubat kepada pesakit membekal maklumat ubat kepada pesakit memastikan komplians pesakit adalah maksimum

Page 13: Folio Kerjaya

mengesan kesan mudarat ubat dan interaksi ubat memastikan keputusan akhir terapi adalah yang terbaik

Kesemua fungsi di atas adalah berorientasikan pesakit dan amalan-amalan tersebut memastikan ubat digunakan secara rasional. Amalan-amalan ini adalah penting bagi masa depan profesion farmasi.

Peraturan dan Perundangan

Ahli farmasi dalam tugas hariannya adalah terikat dengan peraturan dan perundangan yang tertentu. Pertama, peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan mereka sebagai seorang ahli farmasi dan golongan profesional. Kedua, peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan ubat-ubatan (contoh: narkotik), ketiga, peraturan yang bersangkutan dengan kos etika (contoh: persoalan prinsip moral) profesion farmasi yang mengawal aktiviti-aktiviti harian ahli farmasi.

Kesimpulan

Pemberian penjagaan kesihatan adalah satu proses multiprofesional. Kerajaan dan masyarakat sentian menitikberatkan soal-soal yang berkaitan dengan ubat-ubatan. Ahli farmasi dengan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang mereka seharusnya berganding bahu dengan ahli profesional kesihatan yang lain dalam memastikan penjagaan kesihatan terhadap pesakit (contoh: terapi ubat) adalah optimum dan terbaik. Mereka harus memastikan bahawa pesakit-pesakit yang menerima rawatan memperolehi perkhidmatan yang berkonsepkan "Total Pharmaceutical Care".

JADUAL 1: SKOP DAN BIDANG FARMASIBil. Skop dan Bidang Farmasi1 Farmasi Hospital (Hospital Pharmacy)

Hospital Kerajaan, Hospital Swasta, Hospital Universiti

Pentadbiran Farmasi Farmasi Pesakit Luar dan Kaunseling Perkhidmatan Maklumat Ubat Farmasi Bekalan Wad atau Farmasi Satelit Perkhidmatan Farmakokinetik Farmasi Onkologi Perkhidmatan Nutrisi Parenteral Total Perkhidmatan Sediaan Admikstur Intravena Farmasi Perolehan dan Iventori Farmasi Nuklear atau Radiofarmasi

2 Farmasi Komuniti Tersendiri (Idependent Pharmacy)

Farmasi Jualan Secara Runcit Farmasi Jualan Secara Borong Farmasi Francais

Page 14: Folio Kerjaya

3 Farmasi Komuniti Rantaian (Chain Pharmacy)

Staf Pengurusan Kedai Farmasi Pengurusan Daerah/Kawasan Pengurusan Korporat

4 Industri farmaseutikalTempatan dan Multinasional

Penyelidikan dan Pembangunan Pengilangan dan Jaminan Mutu Jualan dan Pemasaran Maklumat Ubat Kajian Klinikal dan Pengawasan Lepas

Pasaran Permohonan Paten dan Pendaftaran Ubat Pengurusan dan Pentadbiran

5 AkademiaInstitut Pengajian Awam dan Swasta

Pengajaran Penyelidikan Perundingan Pendidikan Berterusan Penerbitan

6 Lain-lain

Persatuan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Pertahanan Malaysia Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan Unit Penguatkuasa Farmasi

Page 15: Folio Kerjaya

Syarat

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1.  Jika cara kemasukan melalui keputusan STPM, syaratnya hendaklah CGPA 3 dan ke atas sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia.  Syarat tambahan pula adalah Wajib Lulus Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam SPM atau setara. Wajib lulus MUET dengan mendapatBand 3.

2. Jika cara kemasukan melalui keputusan A-Level, syaratnya hendaklah memperoleh 3A atau 2A1C atau 1A1B1C dalam subjekBiologi, Kimia, Fizik atau Matematik dengan sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia.(Dengan merujuk Sistem Skor Universities and Colleger Admission Services (UCAS) yang dilaksanakan di United Kingdom bagi keputusan A-Level iaitu ketetapan skor A+ = 140, A=120, B=100, C=80). Keperluan 3B dalam subjek kimia seperti yang dicadangkan oleh pihak Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) bersamaan dengan jumlah skor 300).

Page 16: Folio Kerjaya

3. Jika cara kemasukan melalui Matrikulasi atau Pra-Pengajian Farmasi/Perubatan,  syaratnya adalah mendapat GPA 3.0 ke atas dengan sekurang-kurangnya B bagi Kimia.

4. Jika cara kemasukan melalui Foundation of Sciences, syaratnya hendaklah mendapat GPA 3.5 ke atas dengan sekurang-kurang B dalam Kimia.

5. Jika kemasukan melalui Diploma Sains (Kimia, Fizik atau Biologi), syaratnya adalah CGPA 3.75 dan ke atas termasuk Buntuk subjek Kimia. 

Page 17: Folio Kerjaya

6. Jika masuk melalui kelulusan Diploma Farmasi, syaratnya adalah CGPA 3.50 dan ke atas.

7. Jika kemasukan melalui lulusan ijazah pertama dalam sains, syaratnya adalah mendapat CGPA 2.75 (Bersamaan Gred C+) dan ke atas.

8. Bagi para 3,4,5 dan 6 syarat tambahannya adalah perlu mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 5 subjek SPM ini iaitu Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Matematik.  MUET at least Band 3.

Kesimpulannya ialah, sesiapa pun calon yang ingin mengikuti pengajian ijazah farmasi perlulah sediakan mental dan keputusan SPM yang kukuh dan layak agar sebarang permohonan anda ke universiti atau kolej di Malaysia ini tidak ditolak.  Kepada yang dah berjaya masuk ke alam kefarmasian, all the best. 

Syarat-syarat ini berkuatkuasa pada 1 Mac 2013.

*SYARAT KELAYAKAN AHLI FARMASI*Syarat kelayakan ahli farmasi SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu STPM setaraf atau setaraf sekurang-kurangnya Gred E dalam Kertas Am dan 2 subjek lain, atau Gred E & Gred R dalam dua subjek lain  (lulus dalam biologi dan kimia pada peringkat STPM.

Page 18: Folio Kerjaya

Lampiran

Jenis klasifikasi ubat-ubatanTerbahagi kepada 3 :1. Ubatan Piawaian (Standard drugs)

-          diberikan terus dari stor/makmal ubat  -dibahagikan, diedar dan dihantarkan ke hospital.-          Boleh didapati di hospital, wad dan farmasi.

2. Ubat-ubatan bukan piawaian (Non-standard drugs)-          dipesan khas atas arahan pakar/pegawai yang berkuasa.-          Penggunaannya terhad (ubat dalam senarai List A)-          Perlu Local Perchase Order(P/S) e.g antibiotik

3. Ubat/ Dadah merbahaya-          Dalam jadual/Ordinan Dadah Merbahaya 1952.-          Dikawal kerana membawa kepada kesan ketagihan.-          Dipengaruhi oleh peraturan Ordinan Racun dengan kawalan yang lebih ketat. -          E.g :Pethidine, Morphine

Senarai dadah merbahaya di bawah kawalan Akta Dadah Merbahaya 1952 (DDA)1.    Analgesics (Narcotic)i.      Morphine Sulphate 10 mg/ml

Page 19: Folio Kerjaya

ii.    Morphine HCL 10 mg / 5ml Solutioniii.   Pethidine HCL 50 mg /ml

2.    Analgesics mediumi.      Dehydrocodeine Tartrate 30 mg / tab (DF 118)ii.    Nalbuphine HCL 10 mg / ml Inj. (Nubain)

3.    Tranquillisers / Hypnotics / sedativesi.      Midazolam 7.5 mg / tab (Dormicum)ii.    Midazolam  5 mg / ml Inj. (Dormicum)iii.   Diazepam 5 mg / tab (Valium)iv.   Diazepam 10 mg / 2 ml inj. (Valium)v.    Syrup Chloral Hydrate 200 mg / ml

4.    Anticonvulsantsi.      Phenobarbitone 30 mg / tab (Luminal)ii.    Phenobarbitone Sodium 200 mg / ml Inj. (Gardenal)

Penyimpanan ubatan DDA1.    Disimpan dalam almari khas bertanda DDA (berkunci)2.    Ia mesti diasingkan dari ubat lain dan dalam “double lock comparment” untuk menentukan

keselamatannya.3.    Stok ubat dikira setiap hari. Sebarang kerosakan atau kehilangan ubat perlu dicatat dan dilapurkan

dalam rekod DDA. Periksa tarikh luputnya guna yang hampir tempoh luput dahulu.4.    Semua pesanan dan penerimaan ubat DDA perlu diperiksa dan dikira oleh kakitangan yang telatih

contohnya jururawat terlatih. Serahkan bersama dengan buku rekod DDA ke farmasi untuk diperiksa oleh pegawai farmasi sebagai pengesahan pelarasan baki ubat dadah merbahaya.

5.    Ahli farmasi akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa bersama-sama dengan jururawat.

-          Untuk memastikan jururawat menjalankan tanggungjawab mereka terhadap penyimpanan ubatan.6.    Semua ampoule DDA yang kosong perlu dikembalikan kepada farmasi untuk pembekalan ubat

yang baru.7.    Jika ampoule terpecah, ia perlu disimpan kepingan kacanya dan dapatkan saksi untuk sahkan

kejadian itu secara bercatit.8.    Tidak dibenar menggunakan pemadam pada catitan jika berlakunya kesilapan / kesalahan tetapi

hanya lukis garis untuk batalkan dan tandatangan untuk mengesahkan.9.    Dadah merbahaya yang telah luput tarikhnya, perlupusan akan dilakukan oleh pegawai farmasi

dan dicatit dalam buku DDA.

Pemberian ubatan DDA1.    Arahan pemberian ubat hanya boleh dibuat secara bertulis oleh seorang doktor. 

Page 20: Folio Kerjaya

2.    Arahan melalui telefon boleh diterima dalam keadaan kecemasan dan diikuti dengan tandatangan doktor dalam tempoh 24 jam.

3.    Jururawat bertanggungjawab menyemak preskripsi sebelum pemberian untuk memastikan 6 R.-          The Right drug-          In the Right dose-          To the Right patient-          At the Right time-          By the Right route-          Right documentation4.    Setiap pemberian ubat perlukan dilakukan oleh seorang jurarawat dan disemak oleh seorang

jururawat terlatih yang lain.

Cara-cara merekod penggunaan ubatan DDA.Pemberian ubat perlu dicatat dalam ‘Rekod DDA’ yang menyatakan :-

-          Tarikh/Masa-          Nama pesakit-          Nombor pendaftaran pesakit-          Wad-          Nama ubat-          Dosage-          Jumlah baki ubat-          Nama jururawat yang memberi dan saksinya

Rasional : - Rekod yang lengkap dan tepat memudahkan tugas jururawat                 - Mengesan penyalahgunaan dadah.

Farmasi (bahasa Inggeris: pharmacy, berasal daripada perkataan Greekφάρμακον, pharmakov yang bermaksud dadah) merupakan kerjaya kesihatan yang melibatkan penyediaan, peramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat tentang ubat.[1]Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.[2]

Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsi doktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat.

Bidang[sunting | sunting sumber]

Farmasi pula dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu:

Farmaseutik , iaitu kajian tentang penghasilan ubat daripada bahan kimia (entiti kimia baru [1])[3]

Farmakognosi , iaitu kajian tentang penghasilan ubat daripada sumber semula jadi seperti

tumbuh-tumbuhan dan haiwan[4][5]

Page 21: Folio Kerjaya

Kimia perubatan , iaitu kajian tentang penentuan, sintesis dan perkembangan entiti kimia

baru untuk dijadikan ubat[6]

Pengamalan farmasi , iaitu kerja seorang ahli farmasi

Senarai Ubat-Ubat Tradisional Yang Dibatalkan PendaftaranTahun 2009

Bil

Nama produkNo. pendaftaran

Bahan kimia yang dikesan

1 Phyto-Hape MAL05101774T Sibutramine

2 Phyto Shape MAL20051399TE Sibutramine

3 Etumax Eurycoma Active Plus MAL05101707T Sildenafil analogue

4 Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea MAL20001175T Paracetamol

5 Jinglida MAL07031203T Aminotadalafil*

6 BodybeausMAL06030982TCS

Sibutramine

7Eng Luan Codyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm

MAL19992654TC

Diphenhydramine

8 Senna Plus Capsule 400mgMAL06100615TC

Sibutramine

Tahun 2008

Bil Nama produk No. pendaftaran Bahan kimia yang dikesan

1 Ju Purt Jen Chin Yen (Cap Fuu Cheng) MAL19971673T Ephedrine

2 Bionex MAL20041038TC Sibutramine

3 Edoly Kapsul MAL07090970T Chlorpheniramine

4 Pronoton MAL20033871T Sildenafil & analogue

5 Venergy capsule 300mg MAL04125617T Sildenafil analogue

6 ML Spring Returns MAL06121139T Sildenafil analogue

7 ML Viraken capsule MAL05041920T Sildenafil analogue

8 Tribulus Plus capsule 400mg MAL06081348TC Sildenafil analogue

9 Epimedi Plus capsule 400mg MAL06100617T Sildenafil analogue

Page 22: Folio Kerjaya

10 Primalex MAL06121124T Sildenafil analogue

11 Spartan MAL06121203TC Sildenafil analogue

12 Xiao Tang Ling MAL20031850T Glibenclamide

13 Xanthium plus MAL06100693TC Ibuprofen & Budesonide

14 Slimway Herbs MAL19992643T Sibutramine

Senarai Kosmetik Yang Dibatalkan Pendaftaran

Tahun 2010

Bil Nama produk No. notifikasiBahan kimia yang dikesan

1 NV Toner Treatment No 1NOT05010130KE

Hydroquinone & Tretinoin

2 NV Toner Treatment No 2NOT05010129KE

Hydroquinone & Tretinoin

3 Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KE

Hydroquinone

4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream

NOT081201209K

Tretinoin

5 Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745K

Tretinoin

6 De Putih Night CreamNOT05100878KE

Tretinoin

  Tahun 2009

Bil Nama produk No. notifikasiBahan kimia yang dikesan

1 Felisa Gentle Peeling Solution NOT07080210KE Tretinoin

2 Krim Malam Rahsia Rimba NOT080801112K Hydroquinone

3Biocosmet Whitening EssenceCream

NOT07122920KE Hydroquinone

4~H2O+ Waterwhite BrighteningNight Cream

NOT04102838KE Hydroquinone

5 Magixpress Lightening Plus NOT07121009KE Hydroquinone

6 A.Vant Cream NOT05022860KE Tretinoin

7 Eriesya Spa Beauty Cream NOT07122412KE Hydroquinone

8 Natasya Krim Herba NOT07090337KE Hydroquinone &Tretinoin

Page 23: Folio Kerjaya

9 Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya NOT03090150KE Tretinoin

10 Ratna Sari Whitening Night Cream NOT080700826K Tretinoin

11 ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream NOT04082451KE Hydroquinone

12 Chantique - Whitening Night Cream NOT04121404KE Tretinoin

Tahun 2008

Bil Nama produk No. notifikasi Bahan kimia yang dikesan

1Khazanah White PembersihWajah

NOT05040954KE Hydroquinone

2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone

3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone

4Skin Desires Deep WhiteningCleansing Milk

NOT07020213KE Hydroquinone

5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone

6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin

Apakah syarat/keperluan bagi pendaftaran Ahli Farmasi di Malaysia (LFM)?Seseorang yang ingin berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia perlu:

a. Mempunyai kelayakan ijazah farmasi yang diiktiraf oleh LFM

b. Telah menjalani latihan provisional (pupilage) tidak kurang dari tempoh setahun

c. Lulus Peperiksaan Perundangan Farmasi yang dikendalikan oleh LFM

 

Bagi warga negara asing, syarat tambahan yang berikut perlu dipenuhi oleh pemohon:

i. Warga asing yang isteri/suami adalah warganegara Malaysia yang memiliki kelulusan farmasi yang

diiktiraf oleh LFM dan telah mendaftar dengan badan luar negara yang juga diiktiraf oleh LFM ATAU

ii. Warga asing yang isteri/suami bukan warganegara Malaysia tetapi bekerja di Malaysia dengan permit

yang sah, memiliki kelulusan farmasi yang diiktiraf oleh LFM dan telah mendaftar dengan badan luar

negara yang juga diiktiraf oleh LFM ATAU

Page 24: Folio Kerjaya

iii. Warga asing yang memiliki Ph.D dalam bidang farmasi atau Doctor of Pharmacy dan memiliki

kelulusan asas farmasi yang diiktiraf oleh pihak LFM dan telah mendaftar dengan badan luar negara

yang juga diiktiraf oleh LFM sekurang-kurangnya selama 3 tahun.