36846080 tugasan 2 folio kaunseling kerjaya

Download 36846080 Tugasan 2 Folio Kaunseling Kerjaya

Post on 29-Oct-2015

239 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIMFAKULTI SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNAN MANUSIASARJANA BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSEMESTER 1 SESI 2010/2011_____________________________________________________Nama Kursus:KAUNSELING KERJAYA

Kod Kursus : KKC 6013 Pensyarah

:Dr. Noraini binti Ismail

Nama Ahli

:Nurul Aida binti Jaafar (M20091000388)

Siti Huzaimah binti Roghibin (M20091000386)

Rowena Ak Dunsin

(M20091000382)

Tajuk

: FOLIO KERJAYA (REALISTIK dan SOSIAL) KAUNSELING KERJAYA PENGENALAN Terdapat beberapa pandangan oleh pakar kerjaya terhadap pertumbuhnan dan perkembangan kerjaya yang akan dilalui oleh seseorang individu. Menurut Super (Osipow, 1973) terdapt 3 unsur penting dalam pembentukan konsep kendiri yang memberi kesan kepada perkembangan kerjaya seseorang individu iaitu ;

Pembentukan konsep kendiri iaitu satu proses apabila seseorang itu melihat perbezaan dirinya dengan orang lain.

Menterjemah konsep kendiri ke dalam istilah pekerjaan, mengenal pasti peranan orang-orang yang signifikan dan sedar akan kebolehan diri tentang sesuatu pekerjaan.

Pelaksanaan konsep kendiri iaitu keperluan latihan professional bagi satu-satu kerjaya yang dipilih.

2.0 DEFINISI KERJAYA Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas ( Rohany & Fatimah (1987).

Satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti ( Super (1981).

Merupakan penglibatan yang berterusan dan perkembangan serta kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan/bidang (profesiona, kegiatan dan sebagainya).

Aktiviti berterusan yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang berkaitan dengan ekonomi seperti pendapatan tetap untuk keperluan seharian. 3.0 PERSEDIAAN KERJAYAPersediaan kerjaya perlu dimulakan dari awal persekolahan lagi kerana kerjaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Antara aspek yang ditekan dalam persediaan kerjaya ialah ;

Akademik

Kemahiran

Mental

Emosi

Sosial

DokumentasiBahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya http://www.ums.edu.my/hep/index.php/laman/index/9PENGENALANBahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya pada asalnya dikenali sebagai Unit Bimbingan dan Kaunseling. Namun menjelang tahun 2006, Unit ini dipisahkan kepada dua unit yang berbeza iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Kerjaya telah diberikan nama baru iaitu Pusat Kerjaya dan Alumni dan ditadbir oleh seorang Pengarah. Bahagian ini turut mengalami pertambahan Pegawai Psikologi dan seorang ke lima orang Pegawai psikologi (Seorang di UMS-KAL) dan dibantu oleh tiga orang Pembantu Tadbir (Seorang di UMS-KAL). Namun pada tahun 2009, unit ini telah digabungkan semula menjadi Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya.

Pertambahan Pegawai Psikologi dan perubahan secara spesifikasi adalah satu perkara yang penting dalam menjalankan tugas hakiki sebagai seorang Pegawai Psikologi di Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya. Perubahan ini menjadikan khidmat bimbingan dan kaunseling semakin meluas dan menyeluruh dengan iltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus. Kini bahagian ini memainkan peranan yang penting dalam aktiviti pencegahan, pembangunan dan pemulihan. Peranan bahagian ini kini juga semakin meluas, bukan sahaja kepada para pelajar malah juga kepada staf dan alumni.

Walaupun mempunyai kakitangan yang kecil jumlahnya, namun ia bukan halangan bagi Bahagian Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya membuat atau menganjurkan pelbagai aktiviti kepada pelajar sama ada berbentuk akademik, sosial dan kerjaya.

FUNGSIBahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya berfungsi merancang, melaksana dan menyelaras sesi motivasi, kaunseling, khidmat nasihat dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peningkatan mutu perhubungan mahasiswa. Selain itu ia juga membantu membina jati diri pelajar ke arah kecemerlangan dan mampu menangani cabaran kehidupan di kampus.

PERKHIDMATANPerkhidmatan Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya adalah meliputi perkara-perkara seperti berikut:

1) Kaunseling akademik Strategi Belajar

Pengurusan Masa

Maklumat Tentang Pemilihan Dan Pertukaran Kursus

Permasalahan Lulus Bersyarat, Mengulang dan Jam Kredit

Peraturan Pengijazahan

Menghadapi Peperiksaan

Teknik Mendapatkan Nota Di Bilik Kuliah

Kaedah Membuat Rujukan Dan Temujanji Dengan Penysarah

2)Kaunseling Psikososial Memahami Diri Sendiri, Orang Lain Dan Masyarakat

Hubungan Dalam Keluarga

Hubungan Antara Lelaki Dan Perempuan

Kesihatan (Pemakanan Dan Gaya Hidup)

Personaliti Dan Ketrampilan Yang Sesuai

Adab Sopan Dan Etika Berpakaian

Kemahiran Sosial

Perancangan Kewangan

3) Ujian Psikologi Inventori Kerjaya Dan Personaliti Holland

TAJMA

Inventori Warna

Inventori Minat Kerjaya

Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI)

Attitude Adjustment Scale

Ujian Minat Dr. Peter Shephard

Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS

Ujian Kecenderungan Personaliti Jenis A dan B

Kenali Kecenderungan Kerjaya Melalui Personaliti Anda

Inventori Pemiliharan Kerjaya (UPI)

Skala Konsep Kendiri Tennessee - TSCS

Senarai Semak Masalah Mooney - MPCL

Tajma Personaliti Profile (TPP)

Human Figure Drawing Test

Skala Konsep Kendiri Tennessee Dan Ujian Kecerdasan IASK

Developing Leadership Skills

Panduan Perancangan Kerjaya

The Keirsey Temperament Sorter

Ujian Minat Kerjaya Rothwell-Miller

4) Perundingan dan Bimbingan Memberikan khidmat bimbingan bagi mengendalikan program diperingkat kolej dan persatuan pelajar

Memberikan khidmat komuniti setempat

Memenuhi undangan ceramah, bengkel, pameran dan seminar daripada pihak luar

Program sekolah angkat bagi sekolah-sekolah setempat

Menjalankan promosi perkhidmatan Bahagian Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya

Membuat Kajian berkenaan program yang melibatkan pembangunan sahsiah pelajar

4.0 SUMBER MAKLUMAT KERJAYA 4.1 MENGENAL PASTI MINAT KERJAYA~ Menurut Sidek Mohd Noah (1992) untuk memastikan ciri-ciri personal individu selaras dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu bidang kerjaya yang diceburi, 5 fasa telah dikenalpasti dan perlu dilalui supaya individu mencapai kepuasan di samping memberi sumbangan kepada produktiviti yang tinggi.

~ 5 Fasa tersebut ialah ;

Fasa 1 - Mengenal pasti kekuatan & kelemahan diri Teknik psikometrik adalah satu teknik saintifik yang boleh digunakan oleh para kaunselor kerjaya dalam membantu para pelajar mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya memilih kerjaya yang selaras dengan diri & personaliti mereka.

Antara alat psikometrik yang boleh pelajar gunakan ialah Ujian Personaliti (Inventori Personaliti Sidek-IPS), Ujian Minat Kerjaya (Selt Directed Search-SDS), Ujian Nilai (Inventori Nilai Pekerjaan Sidek-INPS) - Bagi medapatkan ujian-ujian tersebu, sila rujuk Kaunselor di institusi anda.

Fasa 2 - Membina matlamat berasaskan potensi diri Pelajar perlu merangka matlamat hidup berdasarkan maklumat yang mereka perolehi dalam Fasa 1.

Pelajar perlu merangka tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

Para pelajar atau pencari kerja boleh mendapat maklumat-maklumat berkaitan kerjayayang diminati di ;

a) IKLAN DI MEDIA MASA

- Pencari kerja perlu peka dan mengikuti maklumat semasa di media masa

- Media popular: akhbar dan buletin serta majalah, radio dan tv

b) AGENSI PEKERJAAN

- Membantu majikan mendapatkan pekerja dari IPT dan pusat latihan kemahiran

- Ada yang menggunakan internet untuk dihubungi seperti www. JenJOBS.com

c) TEMUDUGA TERBUKA

- 'Walk-In Interview ini mudah dan cepat bagi majikan

- Pencari kerja berbaris untuk temmuduga dengan membawa segala dokumen perlu

d) JABATAN TENAGA KERJA

- Ibu Pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya (www.jtksm.mohr.gov.my)

- Cawangan di seluruh negara

- Boleh terus daftar dengan mana-mana JTK dan menunggu jawapan

e) MAKLUMAT RAKAN

- Rakan-rakan yang sedang bekerja

- Maklumat lebih jelas tentang pekerjaan yang diminati

- Rakan menjadi orang tengah

- Banyak laman web berkaitan seperti www.jobsmalaysia.com , http://www.jobdb.com.my/, http://www.graduan.com.my/ dan jobstreet.com.my

- Permohonan terus melalui borang dalam laman web

f) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

- Boleh mendaftar terus ( http:// www.spa@gov.com.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it /)

- Maklumat yang diberi betul dan tepat

- Borang SPA8 perlu diisi

g) TEMUDUGA DI KAMPUS

- Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej

- Temuduga di Universiti atau Kolej

- Biasanya di akhir pengajian Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej

h) PROGRAM LATIHAN INDUSTRI

- Disediakan oleh IPT atau Pusat kemahiran

- Syarikat atau badan tempat LI akan menerima bekerja dengannya

i) HARI KERJAYA

- Hari Kerjaya anjuran IPT dan sekolah

- Melibatkan banyak syarikat dan IPT

- Terus mengisi borang di tempat pameran

Tip Kerjaya: Antara potensi diri dan kerjaya pilihanOleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffinmohdyma@um.edu.my2010/07/08

INDIVIDU yang tiada kebolehan membuat ke