folio kerjaya doktor perubatan mrsm serting

17

Upload: farhan-hanif-norman

Post on 12-Apr-2017

2.238 views

Category:

Health & Medicine


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

PENGENALAN

Page 2: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1SYARAT-SYARAT

KEMASUKAN KE

UNIVERSITI AWAM

2-3

SYARAT-SYARAT

KEMASUKAN KE

UNIVERSITI SWASTA

4-5

BIDANG KERJAYA YANG

DIKAJI6

SENARAI IPT YANG

MENAWARKAN KURSUS

PERUBATAN

7

SKOP BIDANG KERJAYA 8KESIMPULAN 9

LAMPIRAN 10

PENGENALAN

Page 3: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan

mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk

mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak

digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah.

Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat

pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama

seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem

badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan

manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat

penyakit.

Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem

rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina

Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).

Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai

sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam

konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik,

penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.

Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat di mana

terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanya

mereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam Sijil

Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di

peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempat

di universiti-universiti tempatan.

1

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM

Page 4: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

Syarat-syarat Penerimaan Masuk

o Keperluan Pelajaran Asas

o Sijil Pelajaran Malaysia

Calon-calon mestilah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang

setaraf dengannya serta lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa

Malaysia atau Bahasa Melayu/Bahasa  Malaysia Kertas Julai dan;

o Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau yang setaraf

o Calon-calon mestilah lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya

PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya :

Gred C (NGMP 2.00) dalam matapelajaran Pengajian Am ; dan

Gred C (NGMP 2.00) dalam dua matapelajaran lain dan mendapat sekurang

kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Peperiksaan Malaysian University English

Test (MUET)

o Calon-calon yang memohon masuk ke Fakulti Perubatan mestilah lulus sekurang-

kurangnya Gred B (NGMP 3.00) matapelajaran berikut :

• Matematik T/Matematik Lanjutan T

• Kimia

• Biologi

Calon-calon mestilah juga telah lulus Malaysian University English Test (MUET) dengan

mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3).

2

Page 5: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

ATAU :

Sijil Matrikulasi

Bagi kemasukan ke mana-mana program IPTA di Malaysia, umumnya calon-calon mestilah

lulus kursus Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Asasi Sains UM/ Asasi Sains UiTM

dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3

(Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon-calon yang memohon masuk ke Fakulti Perubatan mestilah lulus semua matapelajaran

peng-khususan dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.50) dalam setiap

matapelajaran berikut;

                                   • Biologi

                                   • Kimia

                                   • Matematik

3

Page 6: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI SWASTA

Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)

Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam tiga

(3) mata pelajaran berikut: • Biology • Chemistry • Physics/Mathematics T/Further

Mathematics T

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam tiga (3) mata

pelajaran berikut: • Biologi • Fizik • Kimia dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET.

(Kelulusan Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berkenaan

boleh diterima sebagai gant i kepada Kepujian dalam mata pelajaran yang sama pada

peringkat SPM)

Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan

Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- (NGMP 3.67) pada peringkat STPM dalam tiga

(3) mata pelajaran berikut: • Biology • Chemistry • Physics/Mathematics T/Further

Mathematics T

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam tiga (3) mata

pelajaran berikut: • Biologi • Fizik; dan • Kimia dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET.

(Kelulusan Gred B+ (NGMP 3.33) dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat STPM

boleh diterima sebagai ganti kepada kepujian dalam mata pelajaran yang sama pada

peringkat SPM)

4

PROGRAM PENGAJIAN KELAYAKAN MINIMUM STPM

Sarjana Muda Sains Bioperubatan

Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Page 7: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam dua (2) mata pelajaran dan

Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran pada peringkat STPM dalam

kombinasi mata pelajaran berikut: • Biology • Chemistry • Physics • Mathematics T •

Further Mathematics T dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam tiga (3) mata

pelajaran berikut: • Biologi • Fizik • Kimia

(Kelulusan Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pe lajaran berkenaan

boleh diterima sebagai ganti kepada kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran

yang sama)

Sarjana Muda Pengimejan Perubatan

Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam

kombinasi dua (2) mata pelajaran berikut: • Biology/Physics • Chemistry/Mathematics

T/Further Mathematics T

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (4B) pada peringkat SPM/Setaraf dalam tiga (3)

mata pelajaran berikut: • Biologi • Fizik • Kimia/Matematik/Matematik Tambahan

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM/Setaraf dalam mata

pelajaran berikut: • Bahasa Inggeris

5

Page 8: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

BIDANG KERJAYA YANG DIKAJI

Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan

perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat

pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda

yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal

untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat

berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika

perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang

cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod

pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas

1. Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;

2.Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;

3.Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah

didiagnosis;

4.Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau

kecederaan yang tertentu;

5.Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;

6.Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan

kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum;

7.Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan

profesional kesihatan yang lain;

8.Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;

6

Page 9: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

Senarai IPT yang menawarkan kursus perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Universiti Malaya (UM),

Universiti Sains Malaysia (USM),

Universiti Putra Malaysia (UPM),

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

7

Page 10: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

Skop Bidang Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.Di sektor

swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang

telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.Seorang Doktor

Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang

tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain

Doktor (am, bedah, gigi, mata, pakar)

Doktor Haiwan

Jururawat

Pembantu Makmal/Pembantu Perubatan

Juru Radiologi

Saintis

Ahli Biologi/ Kimia

Pakar Nuklear

Ahli Geologi/ Giofizik

8

Page 11: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

KESIMPULAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya

menyiapkan folio kerjaya ini.

Secara keseluruhannya, Folio Kerjaya ini telah banyak membantu saya dalam memilih

bidang kerjaya dan kursus yang bersesuaian dan bertepatan dengan personaliti saya. Selain itu,

tugasan ini juga turut memberi rangsangan kepada saya untuk meneruskan cita-cita yang saya

idam-idamkan sejak kecil lagi sehingga saya berjaya mendapatkannya.

Oleh yang demikian, saya akan memastikan saya berusaha bersungguh-sungguh untuk

mencapai tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi membuka peluang kepada saya untuk

melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Selain itu, tugasan ini juga telah membuka mata

saya menyiapkan diri saya untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan ke universiti bagi

meneruskan cita-cita saya dalam bidang perubatan dan seterusnya mengecapi matlamat hidup

saya.

Page 12: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

9

LAMPIRAN

.

https://bualbicarailmu.wordpress.com/2014/01/01/peluang-pengajian-perubatan-farmasi-pergigian-ulum-islamiah-di-mesir-untuk-pelajar-lepasan-spm/

.

http://www.saljuhumairah.com/2012/02/syarat-syarat-am-permohonan-ke.html

.

http://kaunselingkmph.blogspot.my/p/bidang-kerjaya.html

.

http://documents.tips/documents/57508442-folio-kerjaya.html

.

http://www.slideshare.net/adlihakimi6/folio-kerjaya-38516725

10

.

Page 13: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
Page 14: Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting