folio kerjaya pegawai tadbir dan diplomatik

10
FOLIO KERJAYA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK Nama : Muhammad Musaddiq Bin Abd Manap Kelas : 4 Duke University No Maktab : 094001 Homeroom : Dynamic Kod Kerjaya : S E A T.T Guru : ....................... ( )

Upload: muhammad-musaddiq

Post on 16-Jun-2015

1.843 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

FOLIO KERJAYA

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

Nama : Muhammad Musaddiq Bin Abd Manap

Kelas : 4 Duke University

No Maktab : 094001

Homeroom : Dynamic

Kod Kerjaya : S E A

T.T Guru : ....................... ( )

Page 2: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan

Pendahuluan

Lampiran

- Pengenalan

- Syarat dan Kelayakan

- Carta Proses PTD

Rujukan

Page 3: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Wani , Cikgu Suriyani dan En.Farid Kamil yang telah mencurahkan ilmu serta bimbingan dalam menyiapkan folio kerjaya ini .Tanpa bantuan mereka tidak dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

Di samping itu, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada kedua ibubapa saya iaitu En.Abd Manap bin Othman dan Puan Khairani binti Ismail yang sentiasa memberi sokongan dam bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Selain itu , jutaan terima kasih kepada abang saya, Muhammad Nuruddin bin Abd Manap yang telah memberi banyak maklumat mengenai isi-isi folio ini.

Tidak lupa juga kepada rakan saya iaitu Aida binti Azinudin yang turut membantu saya dalam membuat tugasan ini.

Akhir sekali , terima kasih kepada En.Zulkhairi yang sudi menjawab soalan saya dan juga memberi galakan serta bimbingan dalam menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang berkaliber.

Page 4: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

PENDAHULUAN

Saya telah diwajibkan untuk menyiapkan sebuah folio mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Saya menyiapkan tugasan ini kurang dari seminggu.

Melalui folio ini , saya dapat mengetahui pelbagai info mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Saya juga dapat mengetahui sejarah dan pengenalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Selain itu , saya juga dpt mengetahui info mengenai kelayakan dan institusi berkaitan.Saya juga dapat mengetahui mengenai peluang kerjaya dan bidang tugas sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Di samping itu , saya dapat mengetahui organisasi berkaitan dan juga cabaran sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Akhir sekali , saya dapatmengetahui maklumat tambahan mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Page 5: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

LAMPIRAN

Pengenalan

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi

iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali

lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.

Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara

(1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan

pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.

Bagi kebanyakan orang, tugas utama bagi penjawat dalam perkhidmatan ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat dimana-mana

kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing. Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila

ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Ini merupakan suatu tanggapan cetek dan terlalu sempit sedangkan

bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai

peringkat jawatan

Page 6: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan

Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan

Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha

Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan

antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai

Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.

Page 7: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Syarat dan Kelayakan

i)  Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada       institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang

    diiktiraf setaraf dengannya;

atau

ii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi        pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf 

   dengannya.    [Gaji permulaan ialah pada Gred M41: P1T4 RM2269.15];

atau

iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada       institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang

    diiktiraf setaraf dengannya.     [Gaji permulaan ialah pada Gred M41: P1T7 RM2544.67);

dan

iv) lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang      ditetapkan;

dan

v) kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau      kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Page 8: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Carta Proses Pemilihan dan Pelantikan PTD

Page 9: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

MOOI WAH KIAN

Jawatan :

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

Gelaran Jawatan :

TIMBALAN PENGARAH

Gred :

M54

Bahagian :

BAHAGIAN INSPEKTORAT DAN PENGIKTIRAFAN

Seksyen :

SEKSYEN PENGIKTIRAFAN

Page 10: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

RUJUKAN

Internet : www.ptdportal.com

www.spa.gov.my

www.tipsptd.com

Buku :

:

Page 11: Folio Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik