57508442 folio kerjaya

Download 57508442 Folio Kerjaya

Post on 25-Jul-2015

480 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

FOLIO KERJAYA TINGKATAN 5 DOKTOR PERUBATANNAJMI SHAFIZ BIN ROZMAN 5 AL IMRAN (5E) TOPAZ 5 11565

1

ISI KANDUNGAN

2

ISI KANDUNGANHALAMAN

PENDAHULUAN PENGENALAN UMUM KERJAYA SKOP DAN BIDANG TUGAS AMALAN PROFESSIONAL SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK INSTITUSI PENGAJIAN YANG MENAWARKAN KERJAYA INI MASA DEPAN KERJAYA INI SEBAB SEBAB SAYA MEMILIH KERJAYA INI TEMUBUAL KESIMPULAN LAMPIRAN

3 5 9 12 15 22 24 26 29 33 35

3

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN4

A

lhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya

dapat menyiapkan Folio Kerjaya ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja ini. Saya Najmi Shafiz Bin Rozman ingin menjulang sekalung

penghargaan kepada Puan Norhayati dan Puan Mariam Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA Pontian, Johor kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayah saya Encik Rozman Bin Salleh yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan Folio Kerjaya ini dan juga ibu saya Puan Suhana Binti Mohd Saini yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya menyiapkan kerja ini dengan lebih awal. Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada rakan-rakan saya di kelas 5Al Imran yang telah banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses dalam merealisasikan pembuatan Folio Kerjaya ini. Sekian, terima kasih.

5

PENGENALAN UMUM KERJAYA

PENGENALANApa maksud kerjaya yang sebenarnya? Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang gemar bertukar-tukar6

pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi persediaanpersediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan selepas bersara. Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg - Merupakan hasil usaha 4 orang pakar dalam bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi. - Seseorang bergerak mengikut beberapa peringkat yang kait-mengait antara satu sama lain. - Proses pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan menjadi fokus dalam teori ini. - Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan peluang pendidikan serta pencapaian memberi kesan kepada proses pemilihan ini.

Unsur-unsur Teori Ginzberg 1. Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan secara tipikal berlaku dalam satu jangka masa yang lebih daripada 10 tahun. 2. Proses perkembangan ini merupakan proses yang tidak boleh berpatah balik. 3. Proses pemilihan kerjaya berakhir apabila telah berlakunya kompromi antara minat, kebolehan, nilai dengan peluang yang ada. 4. Terdapat 3 peringkat perkembangan kerjaya iaitu peringkat Fantasi (6-11 tahun), peringkat Percubaan (11-18 tahun), dan peringkat Realistik (17-20 tahun). Namun, proses pemilihan kerjaya tidak terhenti setakat umur 20 tahun7

sahaja tetapi proses ini berlaku sepanjang hayat individu.

Pengenalan Kerjaya pilihanDOKTOR PERUBATANDoktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah. Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan

8

mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit. Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat). Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagaibagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan. Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat di mana terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanya mereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempat di universiti-universiti tempatan.

SKOP & BIDANG9

TUGAS KERJAYA

Skop bidang kerjayaDoktor PerubatanDoktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal xray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis10

penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas1. Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit; 2.Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis; 3.Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis; 4.Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu; 5.Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;

11

6.Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum; 7.Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain; 8.Menyediakan dokumen dan laporan saintifik; 9.Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan; 10.Menyelia pekerja lain.

12

AMALAN PROFESSIONAL BIDANG KERJAYA

Amalan Professional Bidang Yang Dipilih

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN13

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii)

Berminat dengan profesion ini Sentiasa membantu pesakit Menguasai bidang sains dan matematik Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris Tidak takut dengan darah Berkeupayaan pembedahan Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik melakukan pemeriksaan dan

Ciri-Ciri Peribadi Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka; Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah; Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan; Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis;14

Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan; Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya; Berkemahiran berkomunikasi; Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup; dan Kemahiran dalam kebolehan pengurusan

15

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

16

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT YANG MENAWARKAN KURSUS PERUBATAN

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripada universiti yang di iktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act. 1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional Registration dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan di hospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon Full Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service).

17

Syarat KemasukanA. Syarat Am 1. 2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di

peringkat SPM/ setaraf3.

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00. ATAU

Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya NGMP 2.00 (Gred C) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata pelajaran lain 4. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

B.

Keperluan Khas Program18

1.

Matrikulasi Sains Hayat Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50; dan Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Kimia di peringkat SPM, dan

a) b)

Biologi

c)

Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Biologi di