folio kerjaya-kejuruteraan kimia

38
Tajuk: Kejuruteraan Kimia Nama: Amir Azri B.Azami No.Maktab: 10533 Kelas: 407

Upload: ir-amir-azami

Post on 26-Jun-2015

13.856 views

Category:

Documents


31 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Tajuk: Kejuruteraan Kimia

Nama: Amir Azri B.Azami

No.Maktab: 10533

Kelas: 407

Page 2: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Penghargaan

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Alhamdulillah kerana ALLAH telah member saya

kekuatan untuk melaksanakan folio kerjaya ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan

folio kerjaya ini.Ibu dan bapa saya banyak membantu seperti mengeluarkan modal untuk saya

pergi ke tempat-tempat yang berkaitan dengan folio kerjaya saya ini.Mereka jugalah yang

membenarkan saya tidur lewat malam kerana mereka inginkan saya menyiapkan folio

tersebut dengan lengkap dan kemas.

Seterusnya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan saya

yang sanggup meluangkan masa bersama saya menyiapkan folio ini walaupun mereka juga

sibuk menyiapkan folio mereka tersendiri.Mereka juga telah menemani saya sewaktu saya

pergi mencari maklumat.

Akhirnya,folio kerjaya saya telah siap hasil daripada usaha-usaha mereka yang sudi

membantu saya menyiapkan.Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Page 3: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

PendahuluanSaya telah diwajibkan untuk menyiapkan folio berkenaan kejuruteraan kimia.Saya dapat

hasilkan folio ini kurang daripada seminggu.Saya mendapat bahan tentang projek ini melalui

laman web dan juga majalah-majalah dan artikel.

Saya memilih kerjaya kejuruteraan kimia kerana saya amat meminati subjek yang berkaitan

kimia,matematik,dan subjek kira-kira yang lain.

Melalui folio ini saya dapat ketahui banyak maklumat tentang kejuruteraan kimia yang bakal

saya terajui setelah tamat pengajian nanti.Saya juga dapat mengetahui tentang sejarah

kejuruteraan kimia.Tanpa membuat folio ini sudah tentu sukar untuk saya memahami apa

sebenarnya kejuruteraan kimia tersebut.

Di samping itu,saya juga dapat mengetahui tentang cabaran dan dugaan yang bakal menimpa

seseorang jurutera kimia itu yang mana setiap hari mereka berhadapan dengan maut.Akhir

sekali,saya dapat tahu tentang kelebihan seorang pekerja kejuruteraan kimia tersebut.

Page 4: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Bidangkerjaya(kejuruteraan kimia)

Apakah Kejuruteraan Kimia sebenarnya?

Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan

kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan,

kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus

mengikut spesifikasi.

Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan

tahap pengeluarannya.

Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk

mencipta proses-proses baru.

Memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran.

Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi

tujuan komersial.

Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon,

pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan

untuk membuatnya.

Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai,

penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahan-

Page 5: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan proses-

proses lain.

Kejuruteraan kimia merupakan applikasi sains, mathematik, dan ekonomi kepada proses

menukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga.

Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proses kimia untuk pengilangan

besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal (misnomer) disebabkan kerja jurutera

kimia termasuk lebih kepada pengatahuan fizikal berbanding kimia. Disebabkan gelaran

'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia digaji di bawah

gelaran 'jurutera proses'.

Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat contoh

proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat dan

menjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalah

memotong buah oren kepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus manual.

Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren untuk

mendapatkan jus.

Sesebuah syarikat kemudiannya akan menggaji jurutera kimia untuk mereka kilang untuk

menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan menyiasat semua cara

yang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara tersebut mengikut daya

ekonomi (economical viability). Jadi, walaupun kaedah jus secara manual adalah mudah, ia

tidak ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk menghasilkan jus oren secara

manual. Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan (kemungkinannya teknik kupas dan

gelek.) Kaedah termudah bagi penghasilan di dalam makmal tidak semestinya cara paling

ekonomi untuk sesebuah kilang.

Page 6: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Proses yang digunakan oleh jurutera kimia (contoh. penyulingan atau penambahan klorin)

dikenali sebagai operasi unit dan mengandungi reaksi kimia dan/atau proses pemisahan.

Dua hukum fizik yang menjadi asas reka bentuk kejuruteraan kimia adalah pemeliharaan

jisim ( Conservation of mass ) dan pemeliharaan tenaga ( Conservation of energy ) . Pergerakan

jisim dan tenaga melalui proses kimia dipertimbangkan menggunakan imbangan jisim dan

tenaga yang menggunakan hukum ini pada keseluruhan kilang, unit operasi, atau bahagian

peralatan tertentu. Dalam melakukan ini, jurutera kimia menggunakan prinsip termodinamik

( thermodynamics ) , reaksi kinetik ( reaction kinetics ) dan fenomena pengangkutan ( transport

phenomena ) . Kerja melakukan tugasan ini pada masa kini dibantu oleh simulator proses,

yang merupakan model aturcara rumit yang mampu menyelesaikan imbangan jisim dan

tenaga, dan biasanya mempunyai model dalaman untuk simulasi unit operasi biasa.

Cabang-cabang bidang Kejuruteraan Kimia

Page 7: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Kejuruteraan kimia merupakan bidang yang paling luas pada masa kini yang merangkumi

bidang bioteknologi dan nanoteknologi sehingga pemprosesan mineral.

Kejuruteraan biokimia Kejuruteraan bioperubatan ( Biomedical Engineering ) Bioteknologi ( Biotechnology ) Seramik Alam sekitar Dinamik cecair ( Fluid Dynamics ) Pemindahan haba ( heat transfer ) Sejarah kejuruteraan kimia Pemindahan jisim ( Mass transfer ) Sains mineral Teknologi nano Reaktor Proses penceraian ( separation processes ) (lihat juga: Penceraian campuran

( Separation of mixture ) ) o Proses membrane ( Membrane Processes ) o Proses penyulingan ( Distillation Processes ) o Proses pengkristalan ( Crystallization Processes )

termodinamik Teknologi partikel ( particle technology ) Polymer Kawalan proses ( process control ) Rekabentuk proses ( process design ) Pulp dan kertas ( Pulp and Paper )

Perkara yang perlu dilakukan untuk menceburi bidang tersebut

Sebelum menceburi bidang kejuruteraan kimia saya perlulah belajar bersungguh-sungguh

dan harus mendapat gred tertinggi dalam subjek yang berkaitan bidang kejuruteraan

kimia iaitu kimia,fizik,matematik dan matematik tambahan.Subjek-subjek ini merupakan

subjek yang perlu di kuasai oleh saya dan harus diberi penekanan kerana subjek ini

membantu saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.Subjek

yang perlu saya dapat A untuk membolehkan saya mengambil bidang ini.Tambahan

pula,untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di luar negara.

Page 8: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Subjek yang perlu dapat gred A:

-Matematik

-Matematik tambahan

-Bahasa Melayu

-Bahasa Inggeris

-Fizik

-Kimia(Wajib)

-Sejarah

-Pendidikan Islam

-Subjek-subjek lain seperti (Reka cipta)

Keterangan Tugas

Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk proses

dan peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang

lain;

Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk

makanan, minuman, ubat atau bahan sintetik;

Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia;

Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras

dengan spesifikasi;

Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan keselamatan,

Page 9: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan;

Mengesan dan membaiki kerosakan;

Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan pembaikan

peralatan yang sedia ada;

Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta proses-

proses berkaitan;

Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan;

Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan

Ciri-ciri personaliti seorang jurutera kimia

-Meminati bidang kejuruteraan kimia.

-Tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan

-Memahami masalah yang timbul dan selesaikannya dengan cara yang mudah.

-Sering membuat research tentang kandungan kimia dalam sesuatu peralatan itu.

-Sanggup menerima tomahan apabila membuat kesilapan yang besar ataupun kecil.

-Sentiasa mengambil peluang untuk mendapat projek yang lebih besar.

- Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa

-Mempunyai kemahiran komputer

-Tekun dan bekerja keras

-Mempunyai keinginan untuk berjaya

Page 10: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

- Seorang yang dinamik

- Dapat bekerja secara berkumpulan

Prospek pada masa hadapan

Syarikat yang terbabit dalam industri petroleum, gas, petrokimia, pulpa dan kertas paling

banyak menggaji Jurutera Kimia. Pengeluaran bahan kimia dan produk kimia juga

memerlukan Jurutera Kimia.

Ramai jurutera bekerja di bahagian penyelidikan dan pembangunan, namun mereka juga

diambil bekerja dalam indutri yang berkaitan dengan pengeluaran makanan, tenaga, plastic,

fiber sintetik, farmaseutikal dan logam.

Sektor kerajaan menggaji Jurutera Kimia untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan

dan menguatkuasakan piawai dan peraturan Syarikat-syarikat kimia menggaji Jurutera Kimia

dalam bidang pemasaran atau pengurusan. Universiti dan kolej pula menawarkan kerjaya

pensyarah kepada Jurutera Kimia yang mempunyai kelayakan yang tinggi.

Pelajar lepasan Kejuruteraan Kimia mula bekerj sebagai jurutera rendah, ditempatkan bekerja

di samping jurutera berpengalaman. Jurutera Kimia yang mempunyai pengalaman dan

pendedahan dapat naik kapada kedudukan pengurusan dalam kerja penyelidikan, rekaan,

pengeluaran, pembinaan, jualan dan rundingan.

Oleh kerana pengambilan kerja Jurutera Kimia berkait rapat dengan pembangunan sumber

dan sector tenaga, peluang kerja lebih banyak berubah mengikut keadaan oekonomi

Page 11: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

berbanding kejuruteraan pengkhususan lain. Pengembangan ke bidang baru boiteknologi dan

bahan-bahan yang lebih maju mungkain meningkatkan pengambilan kerja Jurutera

Kimia.Kerumitan dan penggunaan jenyetra yang semakin bertambah dalam proses kimia

akan beransur-ansur meningkatkan keperluan lebih ramai Jurutera Kimia untuk mereka,

menjaga dan menguruskan kilang-kilang yang prnting itu.

Kejuruteraan Kimia ialah profession yang sentiasa berubah. Peranan tradisional Jurutera

Kimia berkembang ke dalam sains biologi, sains komputer, elektronik dan botani. Ini

bermakna profesion ini menjadi semakin luas. Jurutera Kimia akan dating hendaklah peka

dalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Sebagai kesimpulannya peluang kerja untuk Jurutera Kimia sungguhpun terhad buat masa ini,

namun ia menunjukkan trend untuk bertambah pada masa depan akibat pertambahan

penduduk, penggantian jurutera yang meninggalkan kerjaya ini, peralihan negara kepada

perindustrian dan ekonomi yang berkembang pesat.

Anggaran Pendapatan:

Walaupun kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan kepada mereka.

Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar

untuk menceburi kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera kimia

ialah di antara RM 2000.00 hingga RM 2500.00 sebulan

Page 12: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Kerjaya sebagai seorang Jurutera kimia sangat mencabar kerana sebagai

seorang Jurutera kimia anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dan

cabaran yang berlainan setiap hari. Setiap tugasan adalah unik kerana anda akan

berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang.

Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang

kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu

menjadi ahli :

Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of

Engineers Malaysia (BEM).

Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam

bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera

kimia profesional.

Tempat Pengajian di Dalam Negara

dan luar negara

Institusi pengajian tinggi dalam negara:

Page 13: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

-Diploma Kejuruteraan Kimia(Loji proses),UMP(Universiti Malaysia Pahang)

-Diploma Kejuruteraan Kimia,UiTm(Universiti Teknologi Mara)

-UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia)

-USM(Universiti Sains Malaysia)

-Universiti Malaya

Program Luar Negara:

Di luar negara pula, kursus ini banyak ditawarkan oleh universiti-universiti di sana seperti

di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Jerman, Jepun,

Korea dan Singapura. Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis

Amanah Rakyat (MARA)—untuk pelajar lepasan SPM/SPMV. Ia merupakan program

prauniversiti dan ijazah pertama di universiti-universiti di Amerika Syanikat, United

Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman, Jepun dan Korea. Program-program

yang dimaksudkan ialah American Associate Degree (AAD), American Degree Programme

(ADP), A-Level, Program Australian Matriculation (AUSMAT) dan International

Baccalaureate (IB).

Langkah-Langkah menuju ke arah seorang jurutera

kimia:

Page 14: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Syarat Kemasukan

Syarat kelayakan bagi diploma:

Page 15: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIAMemenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program

BIL

KODPROGRAM DAN TEMPOH

PENGAJIAN SYARAT MINIMUM

 UiTMUPU

TERBUKA KEPADA ALIRAN

NAMA PROGRAMTEMPOH PENGAJIAN

Untuk Bumiputera Sahaja

SYARAT AM UNIVERSITI  

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

  1.

   EH110E2440

Terbuka kepada pemohon aliran Sains/Teknikal  Diploma Kejuruteraan Kimia(3 tahun / 6 Semester ) Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.  

GRED SPMsebelum

2010mulai 2010

- A+1A A2A A-3B B+4B B5C C+6C C7D D8E E9G G

  SYARAT KHAS PROGRAM   1. LEPASAN SPM DAN SETARAF

 Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

   

 

Matematik Matematik Tambahan Fizik Kimia / Biologi / Pengajian

Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Reka Cipta

   DAN

  Lulus Bahasa Inggeris

   ATAU 

2. LEPASAN SIJIL POLITEKNIK/IKM/INSTITUSI

LAIN   Lulus Sijil Politeknik / IKM / Institusi

lain yang diiktiraf setaraf   dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat gred B ke atas dalam mata

Page 16: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

pelajaran Matematik dan Sains Kejuruteraan dan EMPAT (4) mata pelajaran lain.

     DAN   

  Lulus Bahasa Inggeris

   ATAU3. LEPASAN PRA DIPLOMA UiTM

   

 

Lulus program Pra Diploma Sains (PD008) dari UiTM dengan keputusan  (semester 1 :  HPNG 3.00  atau semester  2 :  HPNG 2.50).

     Nota:

 

Bagi lulusan sijil sahaja, salinan permohonan dan salinan sijil yang telah disahkan perlu dihantar kepada Dekan, Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM, 40450 Shah Alam (selewat-lewatnya satu minggu selepas tarikh tutup permohonan).

   

Syarat Kelayakan untuk Ijazah Sarjana Muda:

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIAMemenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program

BIL

Nama Program / Kod UiTM / Kod UPU /

Tempoh Pengajian / Syarat Am Universiti

Syarat Khas Program

Minimum CGPA/PNG

KLepasan / Syarat Khas

Lepasan Diploma UiTM

Page 17: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

1   2    3                       

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia) KepujianEH220/ EK008 Semester  Sarjana MudaKejuruteraan (Kimia dan Proses) KepujianEH221/ EK648 semester Sarjana Muda Kejuruteraan (Minyak dan Gas) KepujianEH223/ EK888 semester  Syarat Am Universiti 

Lulus SPM / setaraf dengan baik.

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

Lulus Diploma dari IPT Lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Malaysian University English Test (MUET) Band 1

  

2.50

  Diploma Kejuruteraan Kimia     DAN   

 

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

   

2.75

  Diploma Sains     DAN   

 

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

   Lepasan Diploma Institusi Pengajian Tinggi Lain Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia

3.00

  Diploma Kejuruteraan Kimia     DAN     Lulus SPM / Setaraf     DAN     Lulus Bahasa Inggeris     DAN   

 

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

   Lepasan Asasi UiTM/ PASUM / Matrikulasi

2.75  Dua (2) Gred B- (2.67) dalam dua (2)

Page 18: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

mata pelajaran dan satu (1) Gred C (2.00) dalam mana-mana mata pelajaran berikut:

 

Mathematics / Engineering Mathematics

Physics / Engineering Physics / Biology

Chemistry / Engineering Chemistry

  DAN   

 Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam matapelajaran berikut:

  Fizik Kimia

  DAN      Lulus Bahasa Inggeris   

 

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

Lepasan STPM/ Setaraf2.75

 

Gred B- (NGMP 2.67) dalam dua (2) mata dan Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran dari mata pelajaran berikut:

   

 

Mathematics T / Further Mathematics T

Physics / Biology Chemistry

  DAN

  Fizik Kimia

 Lulus SPM / Setaraf denga n kepujian dalam mata pelajaran berikut:

     DAN

Page 19: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

   

 

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

BIL

Nama Program / Kod UiTM / Kod UPU /

Tempoh Pengajian / Syarat Am Universiti

Minimum CGPA/PNG

KLepasan / Syarat Khas

4                              

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia dan Bioproses) KepujianEH222/ EK938 semester  Syarat Am Universiti 

Lulus SPM / setaraf dengan baik.

Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

Lulus Diploma dari IPT Lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Malaysian University English Test (MUET) Band 1

  

Lepasan Diploma UiTM

2.50

  Diploma Kejuruteraan Kimia     DAN   

 

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

   

2.75

  Diploma Sains     DAN   

 Mendapat kepujian dalam matapelajaran Biologi dalam SPM

     DAN   

 

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

   Lepasan Diploma Institusi Pengajian Tinggi Lain Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia

3.00  Diploma Kejuruteraan Kimia     DAN   

Page 20: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

 Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian mata pelajaran Biologi

     DAN     Lulus Bahasa Inggeris     DAN   

 

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

   Lepasan Asasi UiTM/ PASUM / Matrikulasi

2.75

 

Dua (2) Gred B- (2.67) dalam dua (2) mata pelajaran dan satu (1) Gred C (2.00) dalam mana-mana mata pelajaran berikut:

 

Mathematics / Engineering Mathematics

Physics / Engineering Physics / Biology

Chemistry / Engineering Chemistry

  DAN   

 Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam matapelajaran berikut:

 

Fizik Kimia Biologi

  DAN     Lulus Bahasa Inggeris   

 

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

Lepasan STPM/ Setaraf

Page 21: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

2.75

 

Gred B- (NGMP 2.67) dalam dua (2) mata dan Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran dari mata pelajaran berikut:

   

 

Mathematics T / Further Mathematics T

Physics / Biology Chemistry

  DAN

 

Fizik Kimia Biologi

 Lulus SPM / Setaraf denga n kepujian dalam mata pelajaran berikut:

     DAN   

 

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

Page 22: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Suasana tempat kerja

Persekitaran tempat kerja:

-Haruslah sentiasa bersih

-tidak mempunyai dokumen-dokumen yang berselerak kerana akan menyebabkan pekerjaan

menjadi bercelaru dan sukar untuk siap dengan lengkap

-terhindar daripada gangguan kanak-kanak kecil kerana takut bahan kimia terjatuh atas

kanak-kanak tersebut.

-harus dilakukan dengan cermat.

Tempat untuk bekerja:

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang

berkaitan.

Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan

Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar.

Page 23: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi

pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau

Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik.

Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian.

Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian

Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus

Besar.

Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi

atau lain-lain badan berkanun.

Page 24: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Penutup

Pada pandangan saya,kejuruteraan kimia bukanlah satu bidang yang sukar untuk dikecapi

kerana bak kata pepatah,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Mahu tak mahu haruslah

saya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya itu.Tanpa usaha tiadalah

kejayaan.Saya juga akan cuba mempertingkatkan subjek yang penting untuk pengajian

kejuruteraan kimia walaupun saya tahu saya amat lemah dalam subjek-subjek yang

dikehendaki untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.Kejuruteraan

kimia sememangnya satu bidang yang menyeronokkan bagi saya kerana kita bekerja dengan

mengkaji lantas menolong dunia untuk memudahkan proses mendapatkan bahan kimia.

Page 25: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Lampiran

Jurutera Kimia

Page 26: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Tempat Galian

Minyak

Jurutera Kimia ini sedang melakukan kajian ke atas

bahan kimia tersebut

Page 28: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia

Tajuk Muka suratPenghargaan 3

Pengenalan 4

Penerangan Bidang Kerjaya 5-12

Tempat Pengajian 13-14

Syarat Kemasukan/Kelayakan 15-22

Suasana tempat kerja 23-24

Penutup 25Bibliografi 26-28

29

Page 29: Folio Kerjaya-Kejuruteraan Kimia