folio kerjaya doktor gigi

25
SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN BIODATA DIRI PENGENALAN DIRI PANDANGAN UMUM DEFINISI KERJAYA CIRI-CIRI PERIBADI SYARAT-SYARAT KELULUSAN LATIHAN KEPAKARAN PERSEDIAAN TENTANG KERJAYA . REFLEKSI LAMPIRAN

Upload: arif-azam

Post on 05-Dec-2014

1.394 views

Category:

Documents


65 download

DESCRIPTION

kerjaya

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Kerjaya Doktor Gigi

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

BIODATA DIRI

PENGENALAN DIRI

PANDANGAN UMUM

DEFINISI KERJAYA

CIRI-CIRI PERIBADI

SYARAT-SYARAT KELULUSAN

LATIHAN KEPAKARAN

PERSEDIAAN

TENTANG KERJAYA .

REFLEKSI

LAMPIRAN

Page 2: Folio Kerjaya Doktor Gigi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, atas kurniaan kurnian dan hadrat dari-Nya, folio kerjaya ini

berjaya saya siapkan dengan selengkap-lengkapnya. Banyak kelebihan yang

telah saya dapati sepanjang melakukan folio kerjaya ini. Namun begitu, saya

tidak mungkin mampu menyiapkan folio ini tanpa sokongan dari beberapa

pihak.

Oleh yang demikian, di sini saya ingin memberikan penghargaan ke atas pihak-

pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak. Antaranya, ibu bapa

saya, ………………………… atas dorongan dan sokongan yang diberikan

olehmereka sepanjang saya menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, …………….

saya yang banyak membantu dalam menyediakan informasi-informasi yang

diperlukan untuk dimasuki dalam folio ini. jasa yang telah beliau taburkan

sentiasa terpahat dalam hati ini.

Akhir sekali , saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada ………yang

sudi disoaljawab oleh saya secara online bagi menyempurnakan folio ini

selengkapnya.

Page 3: Folio Kerjaya Doktor Gigi

BIODATA DIRI

Nama : hannan

Tarikh Lahir : 22 Julai 1995

Tempat Lahir : Jitra , Kedah

Nama ibu : …

Pekerjaan : Guru

Nama ayah : .

Pekerjaan : Penolong Pengurus Bank Rakyat

Cita-cita :

Pilihan 1-doktor gigi (perdiatrik)

Pilihan 2-pakar mata (oftalmologi)

Pilihan 3-akauntan

*tertakluk kepada tawakal selepas berusaha

Motto hidup : “You Will When You Believe”

Page 4: Folio Kerjaya Doktor Gigi

PENGENALAN DIRI

Saya telah berazam dan bercita – cita untuk menjadi seorang doctor gigi

(dentist) . Berdasarkan ujian SDS iaitu dikenali jua sebagai Kod Kerjaya Holland

yang telah saya ambil semasa kelas sivik sekolah saya, saya telah mendapati

bahawa saya saya seorang yang cenderung kepada kod Investigation, Social

dan, Artistic. Sememangnya kod-kod ini serba sedikit telah membuktikan

bahawa diri saya sesuai untuk bekerja sebagai seorang doctor gigi pada suatu

hari.

Untuk kod ‘investigation’ menggambarkan bahawa saya seorang yang

mengendalikan persekitaran saya dengan menggunakan kecerdasan yang

memanipulasikan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyiasatan secara

pemerhatian sistematik dan kreatif terhadap fenomena-fenomena

biologi ,fizikal dan budaya.Bagi kod ‘social’ menggambarkan saya seorang yang

mampu berinteraksi dengan golongan yang ramai iaitu dengan mengendalikan

persekitaran saya dengan menggunakan kemahiran-kemahiran perhubungan

individu. Manakala ,kod ‘artistic’ pula menggambarkan bahawa saya seorang

yang lebih cenderung dengan aktiviti yang realistic.

Selain daripada ujian SDS itu juga, dengan sifat-sifat positif yang ada dalam diri

saya membuatkan saya berasa bahawa saya mampu untuk menjadi seorang

doctor gigi yang professional. Antara sifat-sifat positif tersebut adalah

bertanggungjawab, amanah ,penyayang bertimbang rasa dan lain-lain.

Page 5: Folio Kerjaya Doktor Gigi

PANDANGAN UMUM

Saya berasa amat bersyukur kerana apa-apa jua cita-cita saya,ianya disokong

sepenuhnya oleh ibu dan bapa saya. Dalam hal yang sebegini, merekalah yang

banyak member kata-kata motivasi dan kata-kata perangsang agar saya terus

berusha unutk mencapai cita-cita saya ini.

Selain itu, melalui pandangan saudara mara pula, mereka berkeyakinan

bahawa saya mampu mencapai target saya untuk menjadi seorang doctor yang

berkaliber pada suatu hari nanti. Ibu saudara saya , Kamariah Ali ,yang

merupakan doctor gigi yang mempunyai kliniknya sendiri amat berharap

supaya saya boleh menyambung kariernya apabila saya dewasa kelak.

Pada pandangan guru-guru saya pula, mereka mengatakan bahawa saya

mampu mencapai apa-apa jua impian saya asalkan saya gigih berusaha

daripada sekarang agar keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia saya kelak dalam

kategori yang cemerlang. Mereka banyak member tunjuk ajar kepada saya .

Terima kasih cikgu!

Oleh yang demikian, saya berasa bangga untuk mengatakan bahawa saya

mempunyai ramai sokongan dari belakang sama ada dari ahli keluarga saya

sendiri, guru-guru mahupun rakan-rakan saya secara tidak langsung.

Page 6: Folio Kerjaya Doktor Gigi

DEFINISI KERJAYA

Di antara bidang profesional yang penting tetapi masih kurang di negara ini

ialah profesion pergigian. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia,

sehingga Disember 1995, terdapat 1750 doktor pergigian di negara ini.

Daripada jumlah itu, seramai 1002 berkhidmat di sektor swasta sementara 748

berkhidmat di sektor awam.

Jumlah itu memberikan nisbah 1 doktor pergigian kepada kira-kira 12 000

penduduk. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan nisbah doktor

pergigian kepada penduduk ialah pada kadar 1:5000. Kementenian Kesihatan

menetapkan sasaran 1 doktor pergigian kepada 7212 duduk pada tahun 2000.

Untuk mencapai sasaran itu lebih ramai doktor pergigian perlu dilatih sama

ada di dalam atau di luar negara. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan

menyediakan perkhidmatan pergigian yang selesa kepada rakyat di negara ini.

Setiap orang inginkan gigi yang sihat, bersih dan kuat. Kita perlu menjaga 32

khazanah yang berharga itu dengan baik. Tanpa mempunyai gigi sudah tentu

kita tidak makan atau mengunyah makanan dengan sempurna. Untuk

mengekalkan kesihatan gigi, kita memerlukan pemeriksaan rawatan danipada

doktor gigi. Sekurang-kurangnya dalam setahun untuk memeriksa dan menjaga

gigi kita.

Sejarah pengajian akademik di bidang pergigian di negara bermula apabila

kumpulan pertama seramai 32 orang penuntut bagi sesi 1972/73 diterima

masuk ke Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM). Program ini bertujuan

melatih pelajar untuk menjadi doktor pergigian di negara ini seterusnya

meramaikan bilangan mereka.

Pelajar yang mengikuti program ini dididik supaya menganggap pesakit

Page 7: Folio Kerjaya Doktor Gigi

bukannya kes pergigian, bahkan sebagai orang yang layak mendapat tempat

yang sewajarnya dalam masyarakat dan memerlukan rawatan pergigian demi

kesejahteraannya sendiri. Kemudahan rawatan pergigian boleh diberikan

kepada semua yang memerlukan.

Pengajian pada tahun pertama dan kedua dikhususkan kepada pengajian

tentang struktur fungsi yang normal tidak normal terhadap badan manusia

dengan pengkhususan kepada aspek yang berkaitan dengan amalan pergigian.

Sementara pada tahun tiga dan empat pelajar dikehendaki menumpukan

perhatian kepada rawatan pesakit, pengajian rawatan diagnosis dan

pencegahan penyakit pergigian dan mulut. Pelajar juga akan dilatih di klinik-

klinik mana mereka akan merawat pesakit-pesakit di bawah pengawasan rapi

pensyarah.Lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang cukup baik

dan meluas dengan pendapatan yang lumayan dengan gaji permulaan sekitar

RM1,600 serta insentif lain di sektor kesihatan kerajaan seperti hospital dan

klinik. Sementara sektor swastamenawarkan gaji lebih kurang RM2,500.

Mereka juga boleh menjalankan perkhidmatan pergigian dengan membuka

klinik secara persendirian.

Kerjaya sebagai doktor gigi tidak sahaja mencabut dan menampal gigi,

sebaliknya lebih daripada itu. Doktor gigi bertugas merawat dan memeriksa

semua jenis penyakit, kecederaan serta masalah berkaitan mulut dan rahang

gigi. Doktor gigi juga boleh membantu membaiki keadaan gigi yang tidak lurus,

merawat gusi yang berpenyakit, menjalankan pembedahan pada mulut dan

rahang, selain membuat dan memasang gigi palsu.

Page 8: Folio Kerjaya Doktor Gigi

CIRI-CIRI PERIBADI

(i) Berminat dengan profesion ini

(ii) Mempunyai pengetahuan tentang perubatan dan kemahiran klinikal

(iii) Mempunyai minat untuk bekerja dengan orang ramai tanpa mengira

usia dan

latar belakang

(iv) Sihat tubuh badan, mempunyai ketangkasan penglihatan yang baik

serta pintar

(v) Mempunyai kemahiran menjalinkan hubungan dengan orang ramai

(vi) Memiliki sikap yang menyenangkan

(vii) Mempunyai minat di bidang biologi, kimia dan fizik

(viii) Mempunyai kemahiran dan ketangkasan menggunakan tangan

(ix) Bersikap peramah dengan pesakit

Page 9: Folio Kerjaya Doktor Gigi

SYARAT-SYARAT KELULUSAN

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menjadi seorang doktor pergigian, individu itu harus memiliki sekurang-

kurangnya Ijazah Doktor Petama daripada universiti tempatan atau luar

negara yang diiktiraf kerajaan. Mereka juga perlu mendapat pengiktirafan dana

Majlis Pergigian Malaysia terlebih dahulu sebelum mempraktik sebagai doktor

gigi yang sah.

SYARAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Antara universiti tempatan yang menawarkan kursus ini ialah di Universiti

Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains

Malaysia (USM).Selain itu, juga boleh diikuti di universiti-universiti luar negara

seperti di Republik Ireland, England, Australia, New Zealand, Kanada, Amerika

Syarikat, Pakistan, Bangladesh, India dan Taiwan.

SYARAT YANG DIPERLUKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN

Terdapat dua cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini universiti-

universiti tempatan:

Cara pertama: Pelajar perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) aliran sains dengan kepujian dalam bahasa Melayu dan mata

pelajaran lain. Calon akan ditawarkan ke peringkat matrikulasi atau sains

selama satu setengah tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan

Page 10: Folio Kerjaya Doktor Gigi

dipiih mengikuti program pergigian.Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui

program khas negara khususnya di United Kingdom akan memilih pelajr-

pelajar yang mencapai keputusan cemerlang di dalam matrikulasi/asasi sains

dan universiti tempatan melanjutkan pengajian di bidang pergigian di negara

tersebut di atas.

Cara kedua: Pelajar akan ditawarkan terus ke peringkat sarjana pertama.

Pelajar perlu lulus SPM (aliran sains) dengan kepujian dalam bahasa Melayu

serta lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan

sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran pengajian am/kertas am, biologi dan

kimia. Mereka yang memiliki Diploma Sains dan Diploma Mikrobiobogi dari

UiTM juga boleh memohon.

Oleh kerana jumlah pengambilan pelajar oleh universiti tempatan untuk

mengikuti program ini adalah kecil, maka hanya mereka yang mempunyai

kelayakan yang cemerlang sama ada di peringkat STPM atau matrikulasi/asasi

sains atau diploma berpeluang untuk dipilih.Program pergigian yang dijalankan

di universiti tempatan selama lima tahun.Sepanjang tempoh itu, pelajar akan

didedahkan dengan kursus-kursus perubatan pergigian meliputi peringkat

praklinikal dan klinikal.

Selain dari yang di atas,biasanya memang kena masuk matriks dulu baru boleh masuk UM ke UKM ke USM ke etc.Selain dari matriks boleh juga ambil STPM.Lepas SPM sahaja tidak boleh pergi masuk terus universiti.

Untuk mengambil course dentistry, perlu masuk matriks bahagian sains dulu. Untuk qualify, seperti dalam laman web bahagian matrikulasi, syarat minimum ialah:

1) 6C Bahasa Melayu

2) 6C Bahasa Inggeris

Page 11: Folio Kerjaya Doktor Gigi

3) 4B Matematik

4) 6C Matematik Tambahan

5) 6C Kimia

6) 6C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut:

i. Fizik

ii. Biologi

* Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran teknik perlu mendapat 6 C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran daripada berikut:

i. Fizik

ii. Biologi

iii. Mata Pelajaran Teknik (PKA / PKM / PKE / TK)

Selepas masuk matrikulasi, kena lulus dan dapat sekurang-kurangnya Grade B( CGPA 3.0 dalam Biologi dan juga dapat sekurang-kurangnya Grade B dalam mana-mana kombinasi ( Kimia, fizik, matematik).

Jadi, untuk jadi dentist, pertama bahasa inggeris, bahasa melayu, sains subjek kena power. Lepas tu paling penting matriks punya result kena power. Baru boleh masuk dental school di UM, UKM, USM dan sebagainya ( UITM, MMU, USIM semua tu bakal ada ambil pelajar utk jadi dentist)

Page 12: Folio Kerjaya Doktor Gigi

LATIHAN KEPAKARAN

Negara kita masih kekurangan pakar-pakar di bidang pergigian seperti pakar

pergigian kanak-kanak, pembedahan mulut, ortodontik, periodontik, patologi

mulut, kesihatan pergigian dan prostodontik. Untuk melanjutkan ke peringkat

profesional individu perlu mengikuti kursus antara satu hingga tiga tahun.

Bidang-bidang pengkhususan yang boleh diikuti adalah seperti berikut:

1. General dentisrty – yang ni biasanya berkaitan dengan rawatan biasa seperti tampalan, cabutan, pencucucian gigi2. Prosthodontic – yang ini pula ada dua jenis. Yang pertama removable seperti pembuatan gigi palsu penuh dan juga separuh. Yang kedua pula fix seperti crown, bridge, implant3. Periodontic – yang ni berkaitan dengan gusi dan tulang gigi, macamana nak pulihkan tulang yang dah turun, atau macam mana nak baikkan gusi yang dan turun.4. Pedodontic- yang ini berkaitan dengan segala rawatan utk kanak-kanak5. Orthodontic – yang ini berkaitan dengan rawatan nak jadikan gigi tersusun dgn pakai braces6. Oral Surgery – yang ini pula berkaitan dengan pembedahan mulut. Biasanya kita boleh belajar nak membuang gigi secara pembedahan, nak membetulkan rahang, tulang pipi atau apa sahaja tulang pada muka yang patah. Ia juga merangkumi rawatan utk pesakit kanser mulut.7. Oral pathology and oral medicine – yang ini biasanya berkaitan dengan pengkajian peringkat sel. Biasanya ia menentukan apa jenis kanser mulut yang orang itu dapat dan sebagainya. Biasanya bidang ni banyak kerja di lab dan dengan mikroskop.8. Forensik dentistry – yang ni pulak, kaji pasal bahagian muka orang yang dah takde lagi dalam dunia ni. Biasanya utk orang nak kenal pasti umur, jantina dan juga mayat yang tak dikenali

Page 13: Folio Kerjaya Doktor Gigi

PERSEDIAAN

TEMPAT-TEMPAT PENGAJIAN

Di negara kita ini terdapat hanya dua buah universiti yang menawarkan kursus

ijazah di bidang pergigian iaitu Universiti Malaya (UM) , Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)

TEMPOH PENGAJIAN

Pengajian pada tahun pertama dan kedua dikhususkan kepada pengajian

tentang struktur fungsi yang normal tidak normal terhadap badan manusia

dengan pengkhususan kepada aspek yang berkaitan dengan amalan pergigian.

Sementara pada tahun tiga dan empat pelajar dikehendaki menumpukan

perhatian kepada rawatan pesakit, pengajian rawatan diagnosis dan

pencegahan penyakit pergigian dan mulut. Pelajar juga akan dilatih di klinik-

klinik mana mereka akan merawat pesakit-pesakit di bawah pengawasan rapi

pensyarah.

Oleh itu secara keseluruhannya, tempoh pengajian bagi doctor gigi ini adalah

sebanyak 5 tahun. Jika ditambah tempoh pengajian di matriks, maknanya,

selama 6 tahun tempoh mengaji untuk menjadi doctor gigi yang berkaliber.

Page 14: Folio Kerjaya Doktor Gigi

TENTANG KERJAYA

->Hasil soal jawab bersama Dr Leen<-secara online

PENDAPATAN

Gaji bagi doctor gigi biasanya tengok pendapatan klinik. Kalau ramai pesakit,

banyakla yang dapat..kalau sikit..sikit la dapat. Ada klinik beri pendapatan

tetap..biasanya RM4500 ke atas…ada pula yang macam pesakit..yang tu

biasanya dapat 40% daripada pendapatan klinik.

CABARAN-(KELEBIHAN/KESERONOKAN)TANGGUNGJAWAB

Kata Dr Leen :

Pengalaman yang tidak saya lupakan semasa bertugas di sini ialah saya

dikehendaki membuat pemeriksaan gigi ke atas mayat yang tidak dikenali.

Memang termasuk di dalam tugas doktor gigi yang bertugas di hospital untuk

memeriksa mayat yang tidak dikenali untuk mengagak umur mayat tersebut

berdasarkan gigi. Saya memang kecut perut semasa masuk ke dalam bilik

mayat itu. Nasib baik ia hanyalah rangka dan bukannya mayat. Saya mengambil

acuan gigi atas dan bawah dan juga memeriksa gigi tengkorak tersebut dan

mengisi borang yang disediakan. Kita boleh mengagak umur seseorang dari

giginya. Kita biasanya melihat jika gigi geraham bungsu ada atau tiada, selain

itu kita melihat keadaan gigi sama ada ada penyakit gusi atau tidak, keadaan

permukaan gigi samada masih tajam atau telah tumpul dan macam-macam

lagi. Ada rakan saya yang pernah membuat pemeriksaan ke atas mayat yang

terbakar, mayat yang telah reput dan berulat dan sebagainya.

Page 15: Folio Kerjaya Doktor Gigi

Barulah saya tahu yang tugas doktor gigi bukan hanya setakat membuat

rawatan pergigian tetapi banyak lagi. Semasa di Canada, saya tidak didedahkan

sangat tentang tugas di hospital kerana di sana selepas anda menamatkan

pengajian, anda akan terus bekerja di klinik sahaja. Sekiranya anda mahu

menjadi pakar bedah mulut, barulah anda bertugas di hospital. Berlainan pula

di Malaysia, doktor gigi di sektor kerajaan perlu membuat lebih dari itu.

Saya sekarang telah bekerja di klinik swasta. Pengalaman yang saya dapati

semasa bekerja di klinik dan hospital kerajaan amatlah berguna. Mungkin

selepas ini saya akan menceritakan pengalaman bekerja di klinik swasta.

Terdapat banyak benda yang saya tidak sangka akan dibuat tetapi dibuat di

klinik swasta. Jangan sangka semua klinik swasta itu sentiasa bagus, dan klinik

kerajaan itu tidak bagus dan juga sebaliknya. Samada klinik swasta atau

kerajaan ada baik dan ada buruknya…

Cita-Cita Asal Dr Leen

Berminat menjadi guru ataupun doctor . Syukur, cita-cita sebagai doctor

akhirnya tercapai.

PEKERJAAN LAIN yang boleh dilakukan guna KEMAHIRAN YANG SAMA :

Apa dan bagaimana?:

Pekerjaan lain yang menggunakan kemahiran yang sama adalah membuka

perniagaan sendirilah. Misalnya, buka klinik gigi sendiri.Inilah untungnya.

Biasanya apabila rasa sudah bersedia dari segi pengetahuan dan juga duit

boleh buka bila-bila masa sahaja.Biasanya kena kerja dengan kerajaan selama

3 tahun.Bagi yang tiada ikatan apa-apa.Selepas 3 tahun boleh berhenti dan ada

yang buka terus. BIasanya semasa kerja dengan kerajaan tu buatlah

Page 16: Folio Kerjaya Doktor Gigi

locum.Oleh itu dapat banyak experience dan nanti nak buka tiadalah takut

sangat. BIasanya kalau bukak klinik tu masa mula2 pesakit memang tidak

ramai.Jadi ramai juga kawan2 yang tiada gaji masa tu sebab duit cukup2 nak

bayar bill etc. Jadi, kena bersedia dari segi kewangan juga la.Sebenarnya nak

kena berani.Kalau berani bila-bila sahaja boleh buka.

NASIHAT BAGI BERMINAT:

Q: Apa nasihat dr. leen mengenai minat ataupun kecemerlangan yang penting

kerana kalau saya,saya sangat berminat unutk profession ini.

A: Alhamdulillah, memang bagus jika adik berminat utk jadi dr gigi. Bukan senang nak cari orang yang memang berminat. Tetang minat atau kecemerlangan…hmm..sebenarnya dua2 penting. Kecemerlangan tu penting supaya kita dapat tempat dalam course dentistry. Sebab faktor kita diterima atau tidak masuk ke uni bergantung pada result SPM jugak. Jika result kita ok dan melayakkan diri mengikuti course ni then selepas tu minat juga penting. Ada kawan2 saya yang memang pandai..result memang bagus tapi tak berminat dengan course ni, so they all tak dapat mengikuti sepenuhnya dan fail. Jika kita minat sesuatu tu, tentu kita akan berusaha bersungguh2 utk mencapai apa yang kita minat betul tak? Banyak dah bukti yang pelajar2 university yang pandai2 tapi tak grad, terkantoi tengah jalan..tu semua kerana mereka tak berminat utk belajar. Ada pula pelajar yang kira average la..tapi berjaya juga akhirnya menamatkan pelajaran…Paling penting sini ialah jika awak betul2 berminat, teruskan. Banyak universiti yang menawarkan program dentistry ni…kerajaan ada, swasta ada, luar negara pun ada. Usaha je la ye…jangan give up..:)

PELUANG MASA HADAPAN

Peluang sangat cerah pada masa hadapan jika meneruskan profesion dalam bidang doctor

gigi ini. Ini antara bidang profesional yang penting tetapi masih kurang di negara ini ialah

profesion pergigian. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga Disember

1995, terdapat 1750 doktor pergigian di negara ini. Daripada jumlah itu, seramai 1002

berkhidmat di sektor swasta sementara 748 berkhidmat di sektor awam.

Jumlah itu memberikan nisbah 1 doktor pergigian kepada kira-kira 12 000 penduduk.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan nisbah doktor pergigian kepada

penduduk ialah pada kadar 1:5000. Kementenian Kesihatan menetapkan sasaran 1 doktor

Page 17: Folio Kerjaya Doktor Gigi

pergigian kepada 7212 duduk pada tahun 2000.

REFLEKSI

Q : Mengapa pekerjaan ini sesuai untuk saya?

Berdasarkan ujian SDS serta ciri-ciri peribadi yang ada pada saya. Maklumat

lanjut pada muka surat pengenalan diri.

Q: Apakah yang merunsingkan anda untuk menceburi bidang ini?

Saya berasa sedikit risau dengan cabaran-cabaran yang perlu saya hadapi

sepanjang melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Namun saya percaya saya

mampu lakukankannya dengan sokongan dari masyarakat sekeliling saya dan

sokongan Allah swt. Jika nasib saya tidak menyebelahi saya unutk terus

melanjutkan dalam bidang ini saya akan teruskan dengan bidang yang

bersesuaian dengan saya.

Page 18: Folio Kerjaya Doktor Gigi

LAMPIRAN

Siapa Dr Leen?

Dr Leen atau nama penuhnya Dr Mazleen Abdul Rahman ialah seorang doktor gigi yang telah mendapat ijazah doktor gigi (DDS) daripada Dalhousie University, Canada pada tahun 2002. Dr Leen mempunyai pengalaman bekerja sebagai doktor gigi di klinik-klinik kerajaan, hospital-hospital kerajaan dan juga klinik-klinik swasta. Dr leen telah berkahwin

dan mempunyai dua orang anak lelaki yang comel. Dr Leen sekarang telah membuka kliniknya sendiri: Klinik Pergigian Dr. Leen di Reko Sentral, Jalan reko kajang. Anda boleh menghubungi Dr Leen dengan menghantar e-mail ke alamat [email protected]

KLINIK PERGIGIAN DR. LEENNo 27-1, Jalan Reko Sentral 6,Reko Sentral, off Jalan Reko,43000 Kajang.03-87394039 / 014-6345676

Waktu Rawatan:Isnin- Jumaat : 10 pagi -9.30 mlm ( rehat: 1.30 – 2.30, 7.15-7.45)Sabtu : 10 pagi - 6 ptg ( rehat : 1.30-2.30ptg)Ahad dan cuti am : tutupRawatan yang disediakan:Tampalan, scaling (cuci gigi), cabutan, rawatan saraf, crown, bridge, denture, whitening, rawatan kanak-kanak, orthodontic treatment ( braces ) dan implant

Page 19: Folio Kerjaya Doktor Gigi

SOAL JAWAB SECARA ONLINE DI http://drleen.wordpress.com/2007/05/29/kerjaya-

sebagai-doktor-gigi-di-malaysia/