folio along

Upload: wa-don

Post on 05-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Folio Along

    1/12

    KAJIAN TEMPATAN

    TAHUN : EMPAT MAJU

    TAJUK : KEMUDAHAN PRASARANA

    NAMA : MOHAMAD IKMAL BIN ZULKEFLI

    NAMA GURU: AHMAD ROSHIDI

    1

  • 7/31/2019 Folio Along

    2/12

    1.0 KEMUDAHAN PRASARANA

    Kemudahan prasarana merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk

    kegunaan dan kemudahan rakyat. Kerajaan negeri turut meningkatkan kemudahan

    prasarana dan infrastruktur bagi menampung keperluan rakyat.Kerajaan telah

    mengeluarkan peruntukan yang begitu besar untuk meningkatkan kemudahan

    prasarana. Kemudahanprasarana juga semakin mudah untuk diperolehi di mana-

    mana di negara kita.Contoh kemudahan prasarana yang disediakan ialah seperti hentian

    keretapi, hentian bas, pili bomba, telefon awam, tandas awam, tempat meletak kenderaan,

    tempat rehat, laluan pejalan kaki dan sebagainya.

    A) MASJID

    Masjid merupakan satu tempat yang amat penting bagi seluruh umat islam. Secara

    amnya masjid digunakan oelh umat Islam untuk bersembahyang. Diantara kegunaan

    masjid yang lain ialah seperti forum Islam, ceramah-ceramah agama, tempat mengaji al

    Quran, pusat pungutan zakat dan sebagainya.

    Masjid yang indah di Negara kita

    2

    http://en.wikipedia.org/wiki/File:Putrajaya_Mosque_2288564202_525ee843c2.jpg
  • 7/31/2019 Folio Along

    3/12

    B) JALAN KERETAPI

    Jalan keretapi merupakan salah satu pengangkutan yang utama di Negara kita

    pada masa ini. Jalan keretapi menghubungkan Bandar-bandar yang utama dinegara

    kita.Oleh itu kegunaanya amatlah banyak sekali kepada kita.Diantara kegunaannya ialah

    seperti untuk mengangkut hasil-hasil pertanian terutama bagi petani yang tinggal di

    kawasan pedalaman. Pada masa kini jaringan jalan keretapi di gunakan untuk mengatasi

    kesesakan jalan raya.

    Jalan keretapi di negara kita

    C) HENTIAN BAS

    Hentian bas merupakan satu tempat yang amat penting dalam mengendalikan system

    pengangkutan bas di Negara kita. Hentian bas adalah tempat di mana pertukaran bas

    dilakukan ataupun tempat untuk rehat dan rawat bas. Hentian bas ini terbahagi kepada

    dua jenis iaitu perhentian negeri ataupun hentian-hentian kecil di tepi-tepi jalan.

    3

    http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020yUeK1Mb1UANh2JzbkF;_ylu=X3oDMTBqNzBoY2J0BHBvcwMxNARzZWMDc3IEdnRpZAM-/SIG=1ieug1ege/EXP=1286523412/**http%3A/images.search.yahoo.com/images/view%3Fback=http%253A%252F%252Fimages.search.yahoo.com%252Fsearch%252Fimages%253Fp%253DGAMBAR%252BJALAN%252BKERETAPI%2526ei%253Dutf-8%2526fr%253Dyfp-t-701%26w=400%26h=300%26imgurl=1.bp.blogspot.com%252F_tc_Vcz4tNEA%252FSXcixB2D9wI%252FAAAAAAAAA-s%252FBGfgR_PSCis%252Fs400%252F26112008433.jpg%26rurl=http%253A%252F%252Fdonribwan.blogspot.com%252F%26size=24KB%26name=Keretapi%2Blama%2Bbe...%26p=GAMBAR%2BJALAN%2BKERETAPI%26oid=0356f86a48af498aa08bac5a5110e922%26fr2=%26no=14%26tt=150%26sigr=10uda2r30%26sigi=12n07rsfe%26sigb=12qksloct
  • 7/31/2019 Folio Along

    4/12

    Hentian bas Putra

    D) JALAN RAYA

    Jalan raya merupakan jaringan pengangkutan terpenting di negara kita. Jalan raya

    menghubungkan di antara satu bandar dengan bandar yang lain. Majunya sesebuah

    negara bergantung kepada keadaan jalan raya di negara tersebut. Negara kita merupakan

    salah satu negara yang mempunyai sistem jaringan jalan raya yang terbaik di dunia.

    Jalan raya mempunyai banyak kegunaannya. Salah satunya ialah untuk mengangkut

    hasil-hasil Negara kita dari kawasan-kawasan yang terpencil ke Bandar.-bandar yang

    besar.

    4

  • 7/31/2019 Folio Along

    5/12

    Jalan raya di negara kita

    E) HOSPITAL

    Hospital mempunyai peranan yang amat penting kepada kita. Negara kita mempunyai

    hospital yang sangat canggih dan cantik. Hospital memainkan peranan yang penting

    dalam menjaga kesihatan penduduk di negara kita. Dengan adanya hospital yang

    canggih di harap dapat memanjangkan lagi umur penduduk di Negara kita.

    Hospital Kuala Lumpur

    5

  • 7/31/2019 Folio Along

    6/12

    F) BALAI RAYA

    Balai raya biasanya banyak terdapat terutama di kawasan penempatan ataupun

    di kawasan-kawasan desa di negara kita. Balairaya banyak kegunaannya terutama

    sekali kepada penduduk di kawasan desa. Di antara kegunaannya ialah sebagai

    tempat penduduk bermesyuarat, tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti

    kampung ataupun digunakan sebagai tempat untuk kanak-kanak mengaji

    al Quran.

    Balai raya kampung

    6

    http://www.mdsubis.sarawak.gov.my/kampung/IMG_1611.jpg
  • 7/31/2019 Folio Along

    7/12

    G) BALAI POLIS

    Balai polis merupakan tempat yang penting untuk pentadbiran keselamatan di

    Negara kita. Di sinilah tempat bagi urusan pentadbiran keselamatan, urusan trafik

    dan juga dalam menanggani jenayah di Negara kita. Ia juga digunakan sebagai

    tempat sementara untuk menyimpan pesalah-pesalah di negara kita sebelum di

    hantar ke penjara.

    Balai polis Kota Bharu

    H) SEKOLAH

    Sekolah merupakan tempat yang amat penting bagi menentukan maju atau

    mundurnya sesebuah negara. Sekolah di gunakan untuk mendidik generasi-

    generasi pemimpin pada masa yang akan datang.Di sini, kanak-kanak di ajar dan

    di didik oleh guru-guru yang bertauliah.

    7

    http://1.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/S12z6MqtVRI/AAAAAAAAEsQ/oWG4ZDsplw0/s400/d1.jpg
  • 7/31/2019 Folio Along

    8/12

    Bangunan sekolah di Malaysia

    I) ELEKTRIK

    Elektrik memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan maju atau

    mundurnya sesebuah Negara. Dengan adanya elektrik, sector perindustrian di

    negara kita dapat berkembang dengan pesat.Boleh dikatakan semua peralatan

    yang kita gunakan pada hari ini menggunakan elektrik. Tanpa elektrik, semua

    kerja yang yang kita jalankan adalah lambat.

    Kabel dasar elektrik

    8

    http://xpvsvista.files.wordpress.com/2008/04/undersea-cable.jpghttp://skcbu.zoom-a.com/img/Gambar-sekolah-4.jpg
  • 7/31/2019 Folio Along

    9/12

    J) PILI AWAM

    Di Negara kita pili awam biasanya di letakkan di pusat-pusat rekreasi,taman-

    taman permainan dan juga di tempat-tempat awam. Pili ini sangat berguna kepada kita

    terutama dalam mementingkan kebersihan kita semasa berada di tempat-tempat awam.

    Pili awam

    K) PILI BOMBA

    Pili bomba adalah merupakan sumber utama Pasukan Bomba untuk mendapatkan

    bekalan air bagi melawan dan memadam kebakaran. Jenis-jenis pili bomba yang terdapat

    di Negara kita ialah seperti pili bertiang yang mempunyai alur air masuk secara

    menegak dan pili berbibir iaitu yang mempunyai alur air masuk melintang.Pili bomba

    amatlah penting terutama sekali dalam menanggani kebakaran di Negara kita.

    9

    http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020wQcr1M8yYADU6jzbkF/SIG=13fap54nr/EXP=1287570320/**http%3A/2.bp.blogspot.com/_8slZml035EM/S0KVRV_8FfI/AAAAAAAAAjI/7484zAYnUz0/s400/PICT0050.JPG
  • 7/31/2019 Folio Along

    10/12

    Pili bomba

    L) TELEFON AWAM

    Telefon awam banyak terdapat di Negara kita.Telefon awam juga dikenali

    sebagai telefon berbayar atau telefon umum. Suatu waktu dulu, telefon awam adalah alat

    perhubungan yang utama bagi penduduk di negara kita. Tapi pada masa kini,

    penggunaannya adalah semakin berkurangan. Ini adalah disebabkan penggunaan telefon

    mudah alih yang berleluasa dan kosnya yang amat murah. Ini membolehkan semua

    penduduk tempatan mampu membelinya.

    Telefon awam

    10

    http://www.kejora.gov.my/html/themes/JHR_LBJT/images/htmlfiles/gdw/Kampung%20Pengerang/Images/PICTURE/tepon.gif
  • 7/31/2019 Folio Along

    11/12

    L) PASAR RAYA

    Pasar raya adalah tempat di mana kita membeli- belah barang keperluan

    harian kita.Kebiasaannya semua barang yang kita nak terdapat di sini. Pada masa

    sekarang terdapat banyak pasar raya-pasar raya baru yang tumbuh bagaikan

    cendawan. Akan tetapi, pada hari ini pasar raya hanya terdapat di kawasan

    bandar sahaja. Mungkin pada masa akan dating kita akan menemui pasar raya di

    kawasan kampung pula.

    Pasar raya Tesco Kota Bharu

    M) TAMAN PERMAINAN

    Taman permainan merupakan tempat yang amat penting kepada kita.

    Biasanya di sinilah tempat kita berehat dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk

    bersama keluarga. Di Negara kita, taman permainan biasanya dilengkapi dengan

    permainan untuk kanak-kanak pada yang terkini.Tempat ini biasanya di penuhi

    dengan kanak-kanak kecil bersama dengan ibubapa.

    11

  • 7/31/2019 Folio Along

    12/12

    Taman permainan kanak-kanak

    12

    http://3.bp.blogspot.com/_3sQbdBunZEs/StyUHf9rVpI/AAAAAAAAAH4/ZkeDykqRbfY/s640/p1.jpg