folio sejarah along 2011 latest.docx

52
1. INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN 1.1 Nama Rasmi Institusi pentadbiran tempatan yang dipilih bagi melengkapkan tugasan folio ini ialah Masjid Ubudiyah. 1.2 Lokasi Masjid ini terletak di dalam kawasan kejiranan Taman Ayer Keroh Heights di Lebuh Ayer Keroh, Melaka. 1.3 Matlamat Penubuhan Penubuhan Masjid Ubudiyah ini adalah untuk menenuhi tuntutan dan keperluan umat Islam yang tinggal di sekitar perumahan Ayer Keroh Heights untuk menjalankan kewajipan beribadah secara berjamaah di rumah Allah dalam keadaan selesa dan teratur. Dengan penubuhan masjid ini juga dapatlah nanti ia menjadi pusat perpaduan umat Islam, selain daripada berfungsi untuk menjadi tempat pengembangan ilmu dakwah dan agama Islam bagi penduduk sekitarnya. 1

Upload: roslina-ab-halim

Post on 06-Feb-2016

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

1. INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN

1.1 Nama Rasmi

Institusi pentadbiran tempatan yang dipilih bagi melengkapkan tugasan

folio ini ialah Masjid Ubudiyah.

1.2 Lokasi

Masjid ini terletak di dalam kawasan kejiranan Taman Ayer Keroh

Heights di Lebuh Ayer Keroh, Melaka.

1.3 Matlamat Penubuhan

Penubuhan Masjid Ubudiyah ini adalah untuk menenuhi tuntutan dan

keperluan umat Islam yang tinggal di sekitar perumahan Ayer Keroh Heights

untuk menjalankan kewajipan beribadah secara berjamaah di rumah Allah

dalam keadaan selesa dan teratur. Dengan penubuhan masjid ini juga dapatlah

nanti ia menjadi pusat perpaduan umat Islam, selain daripada berfungsi untuk

menjadi tempat pengembangan ilmu dakwah dan agama Islam bagi penduduk

sekitarnya.

Dengan adanya masjid ini juga, diharapkan ahli kariah dapat

menjadikan ia sebagai tempat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim selain

daripada menjadi tempat rujukan dan merungkai segala permasalahan yang

dihadapi atau pun yang berlaku dalam masyarakat. Adalah juga menjadi

matlamat agar Masjid Ubudiyah ini menjadi pusat maklumat bagi ahli kariah

selain menjadi ‘pusat sehenti’ untuk khidmat masyarakat setempat.

1

Page 2: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

1.4 Carta Organisasi Pentadbir dan Pegawai Syarak Masjid Ubudiyah

PENGERUSIUstaz Hj Saarani B. Hj Daud, PJK

Naib PengerusiTuan Hj Johar Bin Baharom,  BKT, PJK

SetiausahaTuan Hj. Mustapa Bin Hj Mohd Said, BKT,

PMC, PJK

Penolong SetiausahaTuan Hj Yaakub Bin Ahmad,  PJK, PBM

BendahariTuan Hj. Abd.  Hakim Bin Hj. Noordin

AHLI JAWATANKUASA

Tuan Hj Ariffin Bin Mohamad Encik Ismail Bin Othman, PJK

Encik Kamarazan Bin Yusoff Encik Roslan Bin Ya'acob

Puan Hjh Zainon Bti Mohd Ali,  PJK Encik Abd. Hadi Bin Said

Encik Salleh Bin Ahmad, PJK Encik Abdul Aziz Bin Abdullah @ Chin Ah Cheng

PENASIHAT DALAMANTuan Hj Ismail Bin Jaafar, PJK

PENASIHAT DALAMANTuan Hj Mohd Jonid Bin Hj Mohd Said,

DSM, BKT, JP

Pegawai Syarak

IMAM SATUUstaz Hj. Saarani Bin Hj. Daud, PJK

IMAM DUATuan Hj. Mustafa Bin Hj. Alias

IMAM TIGATuan Hj Mustapa B. Hj Mohd Said, BKT,

PMC, PJK

BILALEncik Kharis Bin Bani

NOJAEncik Ismail Bin Mohamad

PENGURUS JENAZAH WANITA 1Puan Hjh. Nen Binti Idris

PENGURUS JENAZAH WANITA 2Puan Hjh. Hamimah Binti Hj Arip

2. LATAR BELAKANG

2

Page 3: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

2.1 Sejarah Penubuhan

Pada tahun 1980, sebuah taman perumahan telah dibuka di Ayer Keroh

dan ditakdirkan Allah S.W.T. berlakulah penghijrahan penduduk Islam ke

taman perumahan Ayer Keroh Heights, Melaka. Yang demikian itu, wujudlah

kesedaran tentang keperluan suatu tempat untuk penduduk Islam berkumpul,

khasnya untuk bersolat jemaah segera timbul.

Atas persetujuan sebulat suara, Lembaga Surau Sementara telah

ditubuhkan dan En. Ismail Bin Jaafar (Seorang Pegawai Kastam DiRaja,

Melaka) telah dilantik sebagai Pengerusi.  Sebuah rumah teres di Lorong Setia

7 telah disewa dan dijadikan surau sementara.

Atas kebenaran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Lembaga Surau

telah bergerak mengutip sumbangan derma ikhlas untuk membina sebuah

surau di atas tapak tanah yang disediakan oleh pemaju Ayer Keroh Heights.

Dengan dana terkumpul sebanyak RM60,000 (Derma: RM30,000 dan

Sumbangan Kerajaan : RM30,000) maka terdirilah sebuah surau di taman ini.

Lembaga Surau meneruskan kegiatan mengumpul dana dengan impian

untuk membesarkan surau (jika boleh menjadi sebuah masjid) memandangkan

penduduk Islam di taman ini semakin bertambah ramai.

Pada tahun 1984, surau berkenaan mula diperbesarkan, dan pada tahun

1985 ia telah dinaiktaraf sebagai sebuah masjid serentak dengan keputusan

3

Page 4: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Jabatan Agama Islam Melaka mewujudkan satu kariah baru iaitu ‘Kariah Ayer

Keroh’. Sebelum itu Ayer Keroh Heights terletak di bawah Kariah Bukit Katil.

Nama 'Masjid Ubudiyah' telah diberi oleh Mufti Negeri Melaka ketika

itu, YBhg Tuan Hj Mohd Yunus Bin Hj Mohd Yatim.Setelah hampir dua

dekad berlalu, penduduk Islam di Kariah Ayer Keroh dianggarkan sudah

mencecah angka  3,500 orang. 

Tuan Hj Ismail B. Jaafar telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Masjid

Ubudiyah sejak masjid ini wujud sehinggalah pada 28 Februari 2009. Terkini,

Ustaz Hj Saarani Bin Hj Daud, PJK (Imam Satu, Masjid Ubudiah) telah

dilantik menjadi Pengerusi, Jawatankuasa Masjid Ubudiah yang baru mulai

dari 1 Mac, 2009.

2.2 Garis panduan penubuhan

Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah memberikan beberapa garis

panduan bagi menubuhkan JAWATANKUASA KARIAH BAGI  MASJID

NEGERI MELAKA antaranya;

4

Page 5: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

a. Tujuan

Adapun tujuan Jawatankuasa Kariah Masjid ditubuhkan ialah untuk

mengawal masjid-masjid, madrasah-madrasah, wakaf-wakaf, tanah-tanah

perkuburan dan harta-harta yang  bersangkutan dengannya di dalam kariah

masjid tersebut mengikut kehendak-kehendak yang termaktub di dalam

Seksyen 92 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka No. 7 Tahun

2002.

Jawatankuasa  ini  akan  menjadi   sebuah  Badan  Tubuh (a corporate

body) yang mempunyai kuasa turun- temurun yang kekal yang mempunyai

cop Jawatankuasa yang boleh ditukar, dipecah, diubah dan dibuat semula dari

suatu masa ke suatu masa, jika  nampak patut diperbuat yang  demikian.

b. Ahli-ahli Jawatankuasa

  Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid hendaklah terdiri daripada :-

a.               Seorang pengerusi

b.               Seorang Naib Pengerusi

c.               Seorang Setiausaha

d.               Seorang Penolong Setiausaha

e.               Seorang Bendahari

f.                 Dua orang Pemeriksa Kira-Kira

5

Page 6: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

g.              Tidak lebih sepuluh (10) orang ahli Jawatankuasa (termasuk

Imam I, Wakil Belia,  Wanita , Pengerusi Madrasah  yang

ada di kariah dan Sidang) .

Pegawai-Pegawai Masjid yang lain-lain sekiranya ada bolehlah

dijemput hadir di dalam  Mesyuarat-Mesyuarat  Jawatankuasa ini, jika

difikirkan perlu.

2.3 Perincian Peranan dan Tanggungjawab Bidang Tugas Pentadbir

Adapun tugas dan  tanggungjawab Jawatankuasa Kariah adalah :-

a. Mengurus Hal Ehwal Pentadbiran dan Kewangan Masjid pada

keseluruhannya;

b.   Mengimarahkan Masjid;

c.    Mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan;

d.    Menganjurkan kelas-kelas Pengajian Agama;

e.    Mempastikan anak-anak kariah menghadiri Sembahyang Berjemaah dan Jumaat;

f.     Mengawasi dari berlakunya ajaran salah dan  amalan-amalan yang menyeleweng

dari   landasan Agama;

g.    Menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di dalam kariah;

h.    Mempastikan Pembinaan dan Pembaikan Masjid Kariah;

i.     Mengadakan aktiviti-aktiviti Amaliah Keagamaan;

j.     Mewujudkan perpaduan di antara anak Kariah; dan

k.    Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Majlis/ Jabatan Agama Islam

dari semasa ke semasa.

6

Page 7: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Manakala tanggungjawab Pegawai-pegawai Syarak adalah;

IMAM 1 

1.  Bertanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Syarak di Peringkat Kariah

2.  Bertugas di masjid kariah mengikut giliran yang ditetapkan oleh Jawatankuasa

Masjid. Antara tugasan ketika berada di masjid adalah seperti berikut:

a.   Melayan ahli kariah dalam urusan keagamaan.

b.   Menyelaras aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid yang tidak

bercanggah dengan syarak.

c. Menyelia kebersihan, kekemasan dan keceriaan ruangan dan persekitaran

masjid.

d.   Mengemaskini perpustakaan dan peralatan masjid.

e.   Mengemaskini maklumat berkaitan pengurusan masjid.

f.    Mengadakan kelas pengajian agama.

3.  Melaksana tugas bersama Imam 2 dan Imam 3 atas untuk aktiviti seperti berikut;

       a.   Imam solat jemaah.

       b.   Membaca khutbah.

       c.   Jurunikah.

       d.   Memimpin majlis tahlil.

       e.   Membaca doa majlis rasmi.

       f.    Membaca talkin jenazah.

4.  Menyelia tugasan pegawai masjid.

5.  Menyelaras agihan tugas amil zakat.

6.  Menerima aduan hal ehwal agama.

7.  Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan hal ehwal agama.

8.  Mengetuai tangkapan kesalahan syariah.

7

Page 8: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

9.  Mengetuai program pengajian agama.

10.Bekerjasama dengan Jawatan Kuasa dan Penyelaras Masjid menjayakan

pelbagai program.

11.Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah.

IMAM 2

1.    Membantu tugasan Imam 1.

2.    Bertugas di masjid kariah mengikut giliran yang ditetapkan oleh Jawatankuasa

Masjid. Antara tugasan ketika berada di masjid adalah seperti berikut:

a.    Melayan ahli kariah dalam urusan keagamaan.

b.    Menyelaras aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid yang tidak

bercanggah dengan syarak.

d. Menyelia kebersihan, kekemasan dan keceriaan ruangan dan persekitaran

masjid.

d.    Mengemaskini perpustakaan dan peralatan masjid.

e.    Mengemaskini maklumat berkaitan pengurusan masjid.

f.     Mengadakan kelas pengajian agama.

3.    Menyelaras pengajian agama.

4.    Mengadakan pengajian Quran selepas Solat.

5.    Menyelenggara maklumat asas.

6.    Mengetuai urusan jenazah.

7.    Bertanggungjawab kepada Imam 1

8

Page 9: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

IMAM 3

1.    Membantu tugasan Imam 1 dan Imam 2.

2.    Bertugas di masjid kariah mengikut giliran yang ditetapkan oleh Jawatankuasa

Masjid.

Antara tugasan ketika berada di masjid adalah seperti berikut:

a.   Melayan ahli kariah dalam urusan keagamaan.

b.   Menyelaras aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid yang tidak

bercanggah dengan syarak.

c.   Menyelia kebersihan, kekemasan dan keceriaan ruangan dan persekitaran

masjid.

d.  Mengemaskini perpustakaan dan peralatan masjid.

e.   Mengemaskini maklumat berkaitan pengurusan masjid.

f.   Mengadakan kelas pengajian agama.

3.    Menyelaras pengajian agama.

4.    Mengadakan pengajian Quran selepas Solat.

5.    Menyelenggara maklumat asas.

6.    Mengetuai urusan jenazah.

7.    Bertanggungjawab kepada Imam 1

9

Page 10: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

BILAL

1.   Azan dan Iqamah solat.

2.   Membantu Imam bertugas di masjid kariah mengikut giliran yang ditetapkan oleh

Jawatankuasa Masjid.

3.   Mengendalikan pembesar suara.

4.    Mengawasi kelas pengajian di Masjid

5.    Membantu tugasan Imam dan Noja.

6.    Bertanggungjawab kepada Imam 1.

NOJA

 1.    Menjaga kebersihan ruang solat, bilik air dan perkarangan masjid.

2.    Membantu Imam bertugas di masjid kariah mengikut giliran yang ditetapkan

Jawatankuasa Masjid.

3.    Menyusun permaidani/sejadah.

4.    Menjaga keselamatan harta masjid.

5.    Membantu tugasan Imam dan Bilal.

6.    Bertanggungjawab kepada Imam 1.

BILAL WANITA

1.    Mengetuai urusan jenazah wanita.

2.    Menguruskan perpustakaan masjid.

3.    Menyelaras aktiviti keagamaan kaum wanita.

4.    Melapurkan permasaalahan sosial wanita kepada Imam 1.

5.    Bertanggungjawab kepada Imam 1.

10

Page 11: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

2.4 Cara pelantikan pentadbir tempatan

  Asas pelantikan  bagi Ahli-Ahli Jawatankuasa ini adalah :-

a.    Ahli-Ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka;

b.   Ahli-Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada berbagai lapisan orang Islam

yang bermastautin di dalam kariah Masjid itu;

c.   Ahli-Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada orang-orang yang tidak pernah 

didapati bersalah kerana sesuatu kesalahan  jenayah; dan

d.   Ahli-Ahli Jawatankuasa dikehendaki berkhidmat bagi tempoh dua (2) tahun.

Sebagai pemimpin ‘de-facto’ kepada suatu komuniti, AJK Masjid dilantik dari

kalangan personaliti yang terpilih dalam satu-satu kawasan. Mereka dilantik dari

kalangan orang-orang yang berintegriti dan berkredibiliti tinggi serta berwibawa dari

segi taraf pendidikan, keluarga, akhlak, amanah dan penerimaan masyarakat setempat.

3. PERANAN (pilih empat):

3.1 Pendidikan

Masjid Ubudiah berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu agama yang

mendidik para kariah ke arah kebaikan, menjalankan kewajipan sebagai

khalifah dengan melaksanakan tuntutan agama dan meninggalkan perkara-

perkara yang menjerumuskan diri ke arah kefasikan dan kemungkaran.

11

Page 12: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Memandangkan kedudukan masjid yang bersempadan dengan sekolah

agama, maka seringkali juga dijalankan aktiviti yang melibatkan kerjasama di

antara kedua-dua belah pihak antaranya majlis sambutan Maulidurrasul.

3.2 Keagamaan

Dari sudut keagamaan, Masjid Ubudiah telah berperanan untuk

menjalankan aktiviti meningkatkan lagi ilmu pengetahuan agama di kalangan

para jemaah.Antara aktiviti-aktiviti keagamaan yang berjalan di masjid ini

ialah;

i. Aktiviti Harian;

a. Solat Berjamaah

b. Tahrim Subuh

c. Bersalaman sambil berselawat setiap selepas solat fardu

ii. Aktiviti Mingguan

a. Kelas Takmir

b. Kelas Mengaji Al Quran

c. Kuliah Subuh

d. Solat Jumaat

iii. Aktiviti Tahunan

a. Sambutan Hari-Hari Kebesaran orang Islam

b. Ceramah Agama / Forum Perdana

c. Mesyuarat Agung Tahunan

12

Page 13: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

iv. Aktiviti Berkala

a. Pengurusan jenazah;

b. Kursus haji;

c. Kursus penyembelihan;

d. Kursus perkahwinan;

e. Kursus rakan muda masjid;

3.3 Kemasyarakatan

Antara aktiviti kemasyarakatan yang telah dapat dijalankan di masjid

ini ialah menjalankan kegiatan gotong royong, mengadakan forum dan

ceramah.

3.4 Perayaan

Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, saban tahun Masjid

Ubudiyah tidak ketinggalan menyambut ketibaan hari-hari kebesaran umat

Islam dengan menjalankan pelbagai kegiatan antaranya;

a. Sambutan Ma‘al Hijrah;

b. Sambutan Maulidur Rasul;

c. Sambutan Isra' Mikraj;

d. Sambutan Nisfu Sya'aban; dan

e. Syiar Ramadhan:

• Tadarus;

13

Page 14: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

• Qiamullail; dan

• Nuzul al-Qur’an.

f. Sambutan Hari Raya Aidil fitri:

• Ziarah rumah ke rumah; rumah terbuka;

• Majlis ‘Idul fitri.

g. Sambutan Hari Raya ‘Idul Adha:

• Ibadat korban;

• Majlis khas sempena korban.

3.4 Kebajikan

Untuk menjaga kebajikan ahli kariah, AJK Masjid akan menziarah ahli kariah

yang uzur di rumah dan di hospital. Bahkan, pihak Masjid Ubudiyah juga telah

menubuhkan Badan Khairat Kematian pada tahun 1989.

Tujuan

i. Memberi wang bantuan khairat kepada ahli atau waris ahli bila berlaku

kematian di antara mereka.

ii. Mengukuhkan persaudaraan dan kerjasama di kalangan umat Islam dalam

urusan kebajikan.

iii. Menyediakan apa jua keperluan berkaitan dengan kematian dalam Kariah

Ayer Keroh.

14

Page 15: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Keahlian

Keahlian Badan ini terbuka kepada orang perseorangan tertakluk kepada syarat-syarat

berikut:

(a) Bermastautin di dalam Kariah Ayer Keroh

(b) Beragama Islam

(c) Telah berumur 18 tahun tetapi tidak lebih 60 tahun

(d) Mempunyai pendapatan

(e) Bersifat siuman.

Syarat (b), (d) & (e) mesti ada pada ahli sepanjang keahliannya.

Yuran Ahli

Pendaftaran:          RM5.00

Yuran Bulanan:      RM2.00

Yuran bulanan hendaklah dibayar kepada Bendahari dalam tempoh satu (1) bulan bila

masuknya tempoh yang patut dibayar.

Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada enam (6) bulan dengan

sendirinya hilang hak-hak keistimewaan sebagai ahli.

15

Page 16: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Bayaran Bantuan

Wang bantuan akan dikeluarkan bila ada kematian seperti berikut:

4. PERKEMBANGAN

4.1 Pembangunan Prasarana/Fizikal

Untuk menampung jamaah yang semakin ramai dari semasa ke semasa,

Masjid Ubudiah telah melalui beberapa peringkat pembesaran dan pengubahsuaian.

Pada bulan Februari 2006, bangunan masjid ini telah berjaya diubahsuai dan

diperbesarkan.  Projek ini telah memakan belanja lebih dari RM1 juta, yang mana

RM300, 000 adalah sumbangan daripada Kerajaan.

Kini Masjid Ubudiah, Ayer Keroh boleh menampung kira-kira 1,000 orang

jemaah pada satu-satu masa di mana Ruang Utama bersolat dilengkapkan dengan

beberapa unit penyaman udara untuk memberikan keselesaan sebaik-baiknya kepada

para jamaah. Pada tahun 2008, Jawatankuasa Masjid telah merancang untuk membina

sebuah bangunan baru bagi menggantikan tempat berwuduk, tandas dan bilik air

16

(a) Atas kematian ahli RM300.00

(b) Isteri atau suami kepada ahli RM300.00

(c) Anak yang berumur 18 tahun  ke atas RM200.00

(d) Anak yang berumur bawah 18 tahun RM150.00

(e) Ibu, bapa kepada ahli RM150.00

Page 17: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

lelaki dan perempuan, bilik setor dan dapur, dan ruang pelbagai guna yang ada

yangmana dirasakan kurang sesuai lagi. Sekali lagi pada tahun 2009, Kerajaan telah

meluluskan sumbangan sebanyak RM450,000 untuk projek yang dirancang ini.  Mulai

Julai 2009 projek ini bermula dan kini telah pun siap untuk digunakan.

4.2 Kelebihan

Istimewanya Masjid Ubudiah ini adalah kerana ia terletak di kawasan

perumahan yang agak padat dan kedudukannya juga sangat berhampiran

dengan Sekolah Rendah Agama (JAIM) Ayer Keroh yang berada di

belakangnya. Dengan kelebihan ini, masjid sentiasa mendapat kunjungan

ramai dan dengan kegigihan ahli jawatankuasa pentadbir masjid, pelbagai

kejayaan dan anugerah telah diterima dalam usia penubuhannya yang masih

muda.

4.3 Pengiktirafan / Penghargaan

Antara Anugerah yang pernah diterima oleh Masjid Ubudiah ialah;

Tarikh Hadiah / Kedudukan /Penerima

Anugerah

Aspek / Bidang Peringkat / Sempena

 2008 JOHAN Pertandingan Pentadbiran Dan Keceriaan Masjid

Peringkat Negeri Melaka – Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H

2007 NAIB JOHAN Pertandingan Kebersihan Tandas

Peringkat Daerah Melaka Tengah

2007 Ustaz Hj Saarani Bin Hj Daud (Imam Satu)

Pingat PJK (Pingat Jasa Kebaktian) daripada TYT Yang DiPertua Negeri Melaka.

Sempena Sambutan Hari Lahir TYT.

2006 Ustaz Hj Saarani Bin Hj Daud (Imam Satu)

Tokoh Maal Hijrah 1428H Bagi Kategori Pegawai Syarak

Peringkat Negeri Melaka – Sempena Sambutan Maal Hijrah 1428H.

2006 Tuan Hj Mustapa Bin Hj Mohd Said (Pen. Setiausaha Masjid)

Bintang BKT (Bintang Kelakuan Terpuji) daripada TYT Yang DiPertua Negeri Melaka

Sempena Sambutan Hari Lahir TYT.

2005 Tuan Hj Ismail Bin Tokoh Maal Hijrah 1426H Peringkat Negeri Melaka –

17

Page 18: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Jaafar (Pengerusi Jawatankuasa Masjid)

Bagi Kategori Pegawai Masjid

Sempena Sambutan Maal Hijrah 1426H

2002 JOHAN Pertandingan Landskap Negeri Melaka.

Peringkat Daerah Melaka Tengah – Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2002

2002 Mendapat 3 set PC daripada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam.

Teknologi Maklumat. Sempena kehadiran YAB menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ubudiyah pada 08 Februari 2002.

2001 Dipilih menyertai Program E- Masjid dan mendapat 1 set PC termasuk internet.

Teknologi Maklumat. Program E-Masjid Peringkat Negeri Melaka anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka.

4.4 Saranan dan harapan

Sungguhpun Masjid Ubudiah, Ayer Keroh, Melaka telah memperolehi

beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan sejak penubuhannya, khasnya

dalam tempoh sedekad yang lalu namun, Jawatankuasa Masjid tidak mahu

bersikap berpuashati dengan apa yang ada. Usaha yang gigih selama ini akan

diteruskan agar masjid ini mampu mengecapi beberapa kejayaan lagi pada

masa akan datang.

Malahan, Jawatankuasa Masjid Ubudiah sentiasa berbincang dan berusaha

dari semasa ke semasa untuk  memajukan masjid ini dalam segala aspek

pembangunan dan kemajuan, khasnya dalam melaksanakan pelbagai kegiatan

yang dapat meningkatkan pengimarahan masjid.

Jawatankuasa dan Pegawai-Pegawai Syarak Masjid juga akan

melipatgandakan usaha dalam aspek ‘pengimarahan masjid’.  Masing-masing

sedar apa gunanya kejayaan-kejayaan fizikal masjid dan individu-individu

pentadbir masjid andainya kehadiran dan penyertaan para jamaah (ahli-ahli

kariah) dalam menunaikan Solat Waktu, khasnya, dan mengikuti majlis-majlis

18

Page 19: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

ilmu dan sambutan hari/peristiwa kebesaran Islam, amnya, dapat

dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

5. RUMUSAN

5.1 Unsur patriotisme yang diperolehi

a. Kesepakatan

Hidup yang muafakat dan bersepakat membolehkan Masjid Ubudiyah

mampu meraih pelbagai anugerah di samping melaksanakan pelbagai

aktiviti bagi mengimarahkan masjid sekali gus menambahkan nilai

pandangan masyarakat terhadap keupayaan Pegawai-pegawai Masjid

dan kolobrasi yang dijalankan bersama Majlis Agama Islam Melaka.

b. Bersyukur dan berterima kasih

Ahli kariah bersyukur dengan kemudahan yang disampaikan melalui

kerajaan yang membolehkan amal ibadat dilaksanakan dalam keadaan

selesa selain sentiasa mendapat pembiayaan yang sewajarnya bagi

menjalankan aktiviti yang dirancang dengan jayanya.

c. Toleransi dan Tolak Ansur

Sikap bertolak ansur sesama penduduk taman yang berbilang kaum

membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid dapat dijalankan

tanpa rasa bimbang mendapat gangguan dari anasir-anasir yang tidak

sihat. Ini mewujudkan semangat muhibbah antara satu sama lain dan

memupuk rasa hormat terhadap hak-hak sesuatu kaum.

19

Page 20: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

5.2 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara

Melihat kepada sumbangan dan keprihatinan kerajaan dalam menjamin

kesejahteraan rakyat dengan menyediakan kemudahan yang seumpamanya

dan menyalurkan sumbangan bagi menaiktaraf segala kemudahan, maka

sangat berpatutan jika semua rakyat menzahirkan rasa berterima kasih kepada

kerajaan dan bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah

swt.

Dengan adanya Majlis Agama Islam Negeri yang menyusun segala

perancangan dengan teratur dan sistematik, membolehkan masjid-masjid di

negara ini beroperasi mengikut ketetapan dan panduan yang telah digariskan

secara seragam. Ini untuk memastikan agar setiap rakyat beragama Islam di

negara ini mendapat hak yang sama rata.

Istimewanya bagi rakyat beragama Islam di bumi bertuah ini kerana

Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.

Sekaligus membolehkan saya menyusuri kedudukan setiap pemimpin dan

tanggungjawab yang dimainkan dalam pentadbiran masjid contohnya peranan

raja sebagai ketua agama Islam dan badan Majlis Agama Islam Negeri yang

menjalankan kuasa raja dalam hal ehwal Islam.

Sebagai negara yang demokrasi dan terdiri daripada pelbagai kaum,

kedudukan istimewa ini tidak pula menghalang kaum lain untuk bebas

mengamalkan agama kepercayaan masing-masing. Keharmonian dan

20

Page 21: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

kesepakatan ini pastinya menambah nilai kecintaan semua terhadap negara

kita yang aman dan damai.

Kesamarataan layanan kerajaan kepada semua rakyat membuktikan

betapa kerajaan mementingkan keperluan rakyat dan prihatin dengan

kehendak rakyat. Dengan itu hendaklah setiap bangsa di negara ini tidak

bertindak di luar batasan yang boleh menyebabkan mana-mana pihak atau

kaum merasa berkecil hati atau terguris perasaan kerana kerajaan tidak

membezakan keperluan beragama dengan menjaga kepentingan hak-hak orang

Melayu bangsa berdaulat di negara ini.

21

Page 22: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

LAMPIRAN

BANGUNAN MASJID UBUDIAH

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang

22

Page 23: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Bersalaman selepas solat Bacaan Yasin setiap malam Jumaat

Ceramah Agama Ceramah Agama

Takbir di malam raya Anak-anak yang menyertai takbir

23

Page 24: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Takbir di pagi Aidil Fitri Muslimah di Aidil Fitri

Korban di Aidil Adha Kaum Ibu yang membantu

Kelas Takmir Jamuan Ringan selepas Kuliah Agama

24

Page 25: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Muslimah yang menghadiri Ceramah Agama

25

Page 26: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

RUJUKAN

Masjid Ubudiah, Ayer Keroh Heights, Melaka

Temubual bersama AJK Masjid Ubudiah, En. Roslan bin Yaakob

Temubual bersama Puan Norzilah binti Marjan, penduduk Taman Ayer Keroh Heights

Laman Web: www.al-azim.com/~ ayerkeroh /Sejarah.htm

Laman Web: http://www.jpnin.gov.my/

26

Page 27: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

TUGASAN 2

INTEGRASI NASIONAL Suatu proses yangmenyatupadukan pelbagaikelompok dalam masyarakatmelalui satu identiti bersamadengan menghilangkan perbezaandan identiti masing-masing.  

Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnyaMajlis Perbandaran dan Ma j l i s Dae rah , memainkan peranan yang  tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Dalampentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demimenyatupadukan rakyat. Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor awam ialah bertolak ansurdan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklahditangani dengan senyuman tanpa  mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlahperpaduan nasional. Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa. Mereka akan menjadicontoh teladan yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini pentingkerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional.

27

Page 28: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

LAMPIRAN

Gambar, peta, dokumen

Rujukan

28

Page 29: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Pemantapan hubungan etnik berteraskan prinsip Islam Hadhari June 13, 2008 10:08 PM 2 comments Views: 882

Share this Article

Twitter Facebook Delicious Digg Stumble Reddit

Author:

Editor

29

Page 30: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Oleh EDITOR HADHARI

KEPELBAGAIAN kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia merupakan sumber kekuatan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setiakawan serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Pemuafakatan formula perkongsian kuasa telah dipersetujui oleh semua pihak sejak daripada dulu lagi.Semangat dan falsafah Islam Hadhari telah terjelma ketika itu lagi dengan adanya sikap bermuafakat, bermusyuawarah dan keadilan dalam menjalani kehidupan secara bersama dengan aman, harmoni, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain walaupun berbilang agama, bangsa dan keturunan.

Keimanan dan Ketakwaan

Hubungan etnik yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin berteraskan ajaran agama bersekali dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Islam sebagai Ad-Din telah secara holistik mengintegrasikan hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan (termasuk komuniti dan hubungan etnik) dengan hubungan manusia-Allah, manusia-makhluk dan hubungan manusia-alam. Justeru, hubungan kemanusiaan dan sosial sudah terkandung dalam ajaran Islam yang mementingkan perpaduan, perdamaian, keharmonian dan keamanan tanpa mengira bangsa, ras, kaum dan etnik. Kesejahteraan hidup hanya akan dapat direalisasikan sekiranya manusia dan masyarakat berpandukan ajaran Allah s.w.t.

Integrasi iman dan takwa serta amal bukan hanya dijuruskan dalam aspek hubungan

30

Page 31: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

etnik tetapi dilihat secara menyeluruh dalam komponen pembangunan insan, komuniti dan negara yang akhirnya menganjak paradigma dalam aspek peningkatan kualiti hidup dan taraf hidup, kehidupan bermasyarakat dan bernegara, kemajuan dan pembangunan negara (emosi, mental, fizikal dan spiritual masyarakat).

Orang yang kuat iman dan takwanya adalah mereka yang menjalin dan memelihara hubungan baik dan beradab sesama manusia walaupun dengan bukan Islam kerana ia adalah ajaran Islam dan suruhan Allah serta Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.Islam mewajibkan penganutnya menjalin hubungan yang baik sama ada sesama Muslim ataupun dengan bukan Muslim. Islam juga mengajarkan penganutnya agar menghindarkan diri daripada mewujudkan permusuhuan, perseteruan, perselisihan faham yang negatif dan fitnah.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kaum secara khusus, (tetapi akan menimpa kaum secara umum).”

Dengan kekuatan imanlah, orang Islam boleh menjalin hubungan dengan orang lain, bukannya dengan dasar keturunan atau pertalian darah atau kewarganegaraan semata-mata.

Allah s.w.t telah menjelaskan dalam Surah Ali Imran ayat 102–103, bahawa takwa adalah asas perpaduan sesama Muslim dan dalam konteks bernegara. Orang Muslim menjadikan takwa sebagai tonggak untuk menjamin hubungan etnik yang baik dengan kaum agama lain. Orang-orang Islam juga tidak dapat bertolak ansur untuk menjalin hubungan dan memperkukuhkannya sesama Muslim. Ia adalah satu kemestian dan kewajipan sepertimana dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Kasih sayang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain bagaikan struktur binaan yang saling mengeratkan.” Dalam sebuah hadis yang lain, baginda menjelaskan, yang bermaksud:”Orang Mukmin, dalam soal kasih sayang, cinta dan belas ihsan sesama mereka, bagaikan badan, jika ada anggota yang sakit, maka seluruh badan itu juga turut berasa sakit, lalu demam dan tidak dapat tidur.”

Kerajaan Adil dan Beramanah

Dasar keadilan dan amanah kerajaan juga telah lama dilaksanakan dalam konteks memantap dan memperkukuhkan hubungan etnik. Kerajaan Malaysia dalam ruang yang ada sejak daripada selepas Peristiwa 13 Mei 1969 berusaha membentuk perpaduan dan keutuhan masyarakat berbilang kaum yang mempunyai identiti nasional dan tidak menghalang hak-hak bukan Islam dalam menjalani semua aktiviti kehidupan. Kepelbagaian budaya dan agama diterima sebagai satu entiti kekuatan, bukannya melemahkan. Kerajaan juga sentiasa berwaspada dan berusaha mengelakkan ketegangan dan pergaduhan etnik walau apapun puncanya.

Respons kerajaan kepada tuntutan etnik minoriti sentiasa adil dan saksama, maka kerana itulah ketegangan dan perbalahan antara etnik dapat diatasi dengan bijak dan saksama. Etnik majoriti merasa selamat dan etnik minoriti pula turut menikmati keamanan, pembangunan dan kemajuan negara secara bersama. Ini mengurangkan rasa tersisih dan kurang selamat di kalangan etnik minoriti. Kita percaya, tidak ada sebuah negarapun yang mampu melahirkan rasa selamat golongan minoriti kecuali dalam kes Malaysia.

Golongan minoriti kadangkala menikmati lebih kelebihan (walaupun kebiasaannya sedikit berkurang) dalam sektor pekerjaan, kemajuan ekonomi dan pembangunan fizikal kerana peluang, dasar dan ruang yang diwujudkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan juga telah secara perlahan-lahan menghapuskan pengkelasan dan identifikasi kelompok etnik

31

Page 32: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

mengikut jenis pekerjaan ataupun aktiviti ekonomi kesan daripada strategi penjajahan British ke atas negara kita dahulu.

Kerajaan telah mengatur pelan dan strategi perpaduan melalui beberapa dasar sedia ada untuk membentuk masyarakat berbilang kaum yang utuh lagi padu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti nasional negara dan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Mengakui kerumitan pelaksanaannya, kerajaan meminta rakyat agar insaf serta faham tentang kepentingan perpaduan antara kaum dan perlunya dihakis kebudayaan kesukuan yang menidakkan kebudayaan nasional. Apa yang lebih penting ialah kerajaan ingin melihat masyarakat berbilang kaum berbudaya keperibadian kebangsaan Malaysia yang lebih ekstensif menjangkau batasan suku kaum sempit dengan Islam dijadikan sebagai komponen utama kebudayaan nasional. Betapa pentingnya perpaduan kaum dan semangat muhibah dipupuk di peringkat awal lagi, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) hasil daripada ilham YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Polisi ”Bersih, Cekap dan Amanah” pula menampilkan integriti tinggi yang dikehendaki kerajaan di kalangan kakitangan awam khususnya.

Rakyat Berjiwa Merdeka

Setiap kelompok etnik menyumbang kepada perjuangan menuntut kemerdekaan. Maka, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menghayati hakikat perjuangan tersebut dan sama-sama memastikan kesinambungan kemerdekaan negara dikecapi oleh generasi masa hadapan.Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi berkisar dalam soal-soal keagamaan (walaupun agama adalah sandaran) tetapi yang lebih penting ialah keadilan kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat yang berbilang agama dan kaum, program-program sosioekonomi untuk meningkatkan status ekonomi mereka yang memerlukan, pembangunan yang lebih ditumpukan di kawasan luar bandar dan desa, pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani dan seumpamanya. Kerajaan terus berusaha membentuk bangsa Malaysia menerusi berbagai-bagai usaha termasuklah pengukuhan konsep perpaduan nasional agar terhasil rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, iaitu yang menyumbang dan berbakti kepada negara serta menumpahkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara di samping bersatu padu, saling menghormati, tolong menolong dan berkongsi masa depan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan pendekatan ’Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian’ dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang kuat. Islam mewajibkan manusia Muslim sentiasa tolong menolong atas dasar kebaikan dan ketaqwaaan dan bukannya atas dasar perlakuan dosa, pencerobohan atau perseteruan. Sebagai warga Malaysia yang berjiwa merdeka, Rukun Negara merupakan teras ke arah mengwujudkan bangsa yang berwibawa dan berprinsip. Rakyat mestilah mendukung kepercayaan kepada Tuhan dan menolak atheisme. Oleh sebab itu, bukanlah seseorang itu dianggap sebagai warganegara Malaysia sekiranya ia mengaku tidak beragama atau tidak mempercayai Tuhan.

Rakyat juga sama-sama tanpa mengira bangsa dan agama menumpahkan kesetiaan kepada Raja dan negara, pemimpin dan pemerintah, menjunjung kedaulatan undang-undang dan menghayati kesopanan dan kesusilaan dalam masyarakat berbilang kaum.Ancaman penjajahan pemikiran, ekonomi, politik dan budaya serta globalisasi negatif adalah dua musuh yang dihadapi oleh semua kelompok etnik di Malaysia. Oleh kerana masalah yang ditimbulkan oleh kedua-duanya sama-sama memberikan kesan buruk kepada setiap kelompok etnik, maka kelompok etnik yang bersatupadu akan lebih kuat menghadapi musuh-musuh ini. Justeru, Islam sentiasa menyuruh umatnya untuk berpegang teguh dengan agama Allah dan jangan berpecah belah. Sepanjang sejarah Islam juga kita akan dapati rekod pemerintahan Islam dan layanan yang baik untuk kelompok agama lain dan dari sudut hubungan diplomatik dan antarabangsa. Begitu juga

32

Page 33: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

rekod pemerintahan negara kita.

Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Kerajaan sentiasa menganjurkan rakyatnya agar sentiasa menguasai ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Dalam konteks Malaysia, jalinan hubungan etnik akan menjadi lebih padu sekiranya masing-masing melihat signifikan hubungan etnik dalam konteks ilmu dan realiti, bukannya emosi, perasaan, dan prasangka. Dialog tamadun atau dialog antara agama akan berlaku dengan wujudnya interaksi individu. Nabi Muhammad s.a.w banyak menggunakan dialog dan hikmah ketika berhujah dengan orang Musyrikin Mekah. Orang Melayu tidak mempunyai masalah dalam interaksi tamadun. Agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian dapat berkembang di Kepulauan Melayu kerana pemahaman orang Islam berasaskan ilmu al-Quran yang mementingkan toleransi dan menerima hakikat kepelbagaian agama dan keturunan dan hidup bersama dalam kerukunan, aman dan damai kecuali pada waktu darurat.

Orang Melayu juga menerima bahasa kelompok etnik lain walaupun bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Pakaian kebangsaan yang berasaskan kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik walaupun setiap kelompok etnik mempunyai pakaian etnik masing-masing. Kerana Islam mengharuskan mengambil makanan yang halallah, orang-orang Melayu boleh menerima makanan orang asing (yang halal) seperti makanan segera Barat (asal daripada Barat), Char Koay Teaw (asal daripada China) dan Tosai (asal daripada India). Semua ini diterima oleh orang Islam berasaskan pemahaman ilmu.Tamadun India yang masyhur dengan falsafah dan matematik, tamadun China dengan ilmu hisab, perpuluhan dan aritmatik dan tamadun Islam yang menampilkan konsep angka dan meletakkan asas dalam matematik moden dan bidang astronomi cerapan telah bersama-sama menjayakan interaksi tamadun hasil daripada penguasaan ilmu pengetahuan.

Maka, kelompok etnik Cina, India dan Melayu dan lain-lain sepatutnya tidak mempunyai masalah memperkukuh hubungan etnik di Malaysia hasil daripada interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya tamadun masing-masing terdahulu. Penguasaan ilmu pengetahuan adalah faktor pembentukan dan kesinambungan kejayaan ketiga-tiga tamadun di atas. Ungkapan Arab, ”Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China” membuktikan dua aspek; pertama interaksi dan dialog tamadun, kedua; transmisi ilmu dan pengejaran ilmu pengetahuan. YAB Perdana Menteri juga telah menawarkan Malaysia sebagai `focal point` untuk mengadakan usaha-usaha perbincangan terbuka berkaitan Islam. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

Maksudnya ialah sebagai pusat dialog antara agama ataupun dialog peradaban. Usaha yang lebih perlu dilipatgandakan oleh berbagai-bagai pihak bermula daripada masyarakat awam, pemimpin masyarakat, pemimpin tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan untuk mengadakan dialog antara Muslim dan bukan Islam. Dialog, perbincangan dan interaksi sebenarnya menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat tentang hakikat kelompok etnik dan agama-agama lain. Ruang-ruang untuk perbincangan mestilah dibuka dan dikendalikan dengan keadaan yang baik dalam suasana dan semangat setiakawan.

YAB Perdana Menteri telah melahirkan keyakinannya, katanya:“ Islam sebenar yang toleran, berkebajikan dan yang utama mengajarkan keamanan antarabangsa, keselamatan dan kerjasama akan melonjak. Orang-orang Islam di mana-mana sahaja bukan sahaja mempunyai kewajipan untuk mengembalikan kegemilangan Islam, bahkan menganjurkan rasa saling bersama antara satu sama lain di kalangan agama-agama di dunia.” [Ucapan YAB Perdana Menteri, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

33

Page 34: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

Apa yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri adalah berlandaskan kepada ajaran Islam yang menganjurkan keamanan, kedamaian, dan kesejahteraan.

Pembangunan Ekonomi yang Komprehensif dan Seimbang

Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum yang sentiasa hidup dalam aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling menghormati dan bertoleransi. YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa perkara ini tercapai bukanlah secara kebetulan tetapi menerusi pengurusan hubungan etnik berlandaskan perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat harus dilihat juga signifikannya dari sudut hubungan etnik. Pencapaian DEB yang diharapkan iaitu 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam semua bidang dan peringkat ekonomi akan memobilasikan Bumiputera untuk bergerak maju dan berdaya saing seiring dengan bukan Bumiputera. Status sosial dan pendapatan Bumiputera diharapkan akan setara dengan bukan Bumiputera. Objektif penyusunan semula masyarakat yang menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik akan dapat direalisasikan. Sebab itu, DEB harus dilihat signifikannya daripada sudut hubungan etnik.

Pelan dan strategi pembangunan jangkamasa pendek dan panjang akan memberi impak yang positif kepada keutuhan perpaduan kaum. Antara dasar berkaitan ialah seperti Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pertanian Nasional Ketiga (1998-2010), Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar, Dasar Urbanisasi Negara (DUN), Dasar Sains dan Teknologi Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Pembentukan dan kejayaan integrasi nasional sepatutnya juga dilihat kepada pelaksanaan dan kejayaan Dasar Sosial Negara, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan secara komprehensif di mana setiap komponen masyarakat majmuk dan kerajaan turut sama menyumbang dan berbakti. Semua dasar negara akan tercapai sekiranya orang Islam memahami bahawa asas keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi adalah pemangkin kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Kehidupan Berkualiti

Hubungan etnik yang baik akan menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti. Berdasarkan kepada Indeks Kualiti Hidup Malaysia, kita dapati hubungan etnik boleh dikaitkan dengan banyak perkara dalam kehidupan kita. Indeks Kualiti Hidup Malaysia merangkumi 11 aspek, iaitu:

(i) Dunia pekerjaan – Hubungan etnik boleh dimantapkan dengan menjalin hubungan yang baik di tempat kerja. Dalam aspek pekerjaan, semua kaum mendapat peluang yang sama rata untuk memberikan tenaga dan bakti dalam apa jua profesion.

(ii) Pengangkutan dan komunikasi – Kemalangan jalan raya kadangkala mengakibatkan perbalahan berasaskan sentimen etnik. Ini perlu dielakkan, biarlah mahkamah menentukan sesiapa yang bersalah ataupun tidak. Berbudi bahasa dan bersopan santun di jalan raya dan ketika menggunakan pengangkutan awam adalah amalan mulia dan amalan kesedaran sivik yang tinggi. Alat telekomunikasi seperti faksimili, telegraf, e-mel dan SMS boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik.

(iii) Kehidupan berkeluarga – Individu yang baik dan beradab akan melahirkan keluarga

34

Page 35: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

yang baik. Keluarga yang baik akan melahirkan komuniti dan masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan negara. Di Malaysia, walaupun keakraban keluarga semakin baik, setiap ahli keluarga perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga kelompok etnik yang lain.

(iv) Keselamatan dan ketenteraman awam – Rakyat pelbagai kaum mestilah sama-sama memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan mengelakkan daripada menjadi pencetus kepada perselisihan faham ataupun konflik etnik, menimbulkan provokasi ataupun isu-isu sensitif.

(v) Pendapatan dan pengagihannya – Kita mendapat tempat untuk mencari rezeki hasil daripada kemakmuran dan kesejahteraan negara yang diusahakan pemerintah dan rakyat dengan izin Allah s.w.t. Tidak lagi timbul rasa cemburu dan iri hati kerana kita sama-sama menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. Wang pembayar cukai digunakan untuk membangunkan keluarga, masyarakat dan juga negara.

(vi) Kesihatan – Isu-isu seperti HIV AIDS, dadah, sakit jantung dan kanser melibatkan semua kaum. Kita mesti bersatu untuk memerangi dan menanganinya.

(vii) Pendidikan – Bidang pendidikan sendiri sama ada di peringkat rendah, menengah dan tinggi adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk menyatupadukan kaum. Secara teorinya, semakin tinggi pendidikan seseorang itu, semakin tinggilah juga kesedaran dan amalan dalam memperkasa hubungan etnik dan intra etnik. (viii) Perumahan – Terdapat kecenderungan pembeli rumah membeli rumah di kawasan kelompok etnik sendiri. Sikap ini perlu dibendung kerana ia boleh mengwujudkan polarisasi kaum. Banyak kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai kelompok etnik. Maka usaha perlu dijalankan untuk memperkukuh hubungan etnik di kawasan kediaman terlebih dahulu.(ix) Alam sekitar – Isu alam sekitar sebaiknya ditangani secara bersama. Kempen gotong royong pembersihan taman perumahan yang melibatkan pelbagai kelompok etnik boleh mengwujudkan semangat dan sikap kerjasama berkumpulan dan tolong menolong.(x) Penglibatan sosial – Kerja-kerja sukarela sama ada di peringkat komuniti dan masyarakat boleh mewujudkan sikap sayang menyayang dalam konteks hubungan etnik. Begitu juga kerja sosial dan pembangunan komuniti dan masyarakat.(xi) Budaya dan hiburan – Program kebudayaan dan hiburan yang melibatkan penyertaan pelbagai kelompok etnik mestilah sentiasa digalakkan kerana ia boleh memperkukuhkan hubungan etnik.Sukan ternyata boleh mewujudkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia sekali gus mempereratkan hubungan kaum dan integrasi nasional. Sudah ada langkah-langkah menggunakan sukan sebagai alat untuk memupuk hubungan kaum yang erat. Orang Cina sudah ada yang bermain sepak takraw yang sebelum ini didominasi oleh orang Melayu. Orang Melayu sudah bermain bola keranjang walaupun sebelum ini sukan ini didominasi oleh orang Cina. Kita perlu sukan yang boleh menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Badminton, hoki, bola sepak dan squasy adalah di antara sukan yang boleh membangkitkan perasaan patriotisme rakyat.Orang boleh menangis kesedihan kalau negara kalah dalam sesuatu jenis sukan, dan begitu juga orang boleh menangis kegembiraan kalau negara menang dalam sesuatu jenis sukan.

Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Islam telah lebih 1400 tahun yang lampau memperjuangkan konsep hubungan etnik dan hak-hak asasi manusia. Islam menjamin hak-hak bukan Islam dan warga dunia. Jaminan ini akan memperkukuhkan hubungan etnik di negara yang diperintah oleh orang Islam. Pengisytiharan Universal Islam Mengenai Hak-hak Asasi Manusia di Paris pada September 1981 antara lain mengiktiraf hak-hak manusia untuk hidup, hak kebebasan manusia, hak persamaan dan larangan diskriminasi terlarang, hak keadilan, hak perbicaraan yang saksama, hak mendapat perlindungan daripada penyalahgunaan kuasa, hak perlindungan daripada penyeksaan, hak perlindungan maruah dan reputasi, hak

35

Page 36: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

pelarian, hak-hak minoriti, hak dan obligasi untuk menyertai pengurusan hal ehwal awam, hak untuk menganut mana-mana agama dan berucap, hak amalan keagamaan, hak untuk berkumpul dan menubuhkan persatuan, hak melakukan aktiviti ekonomi, hak perlindungan harta benda, status dan maruah pekerja, hak keselamatan sosial, hak berkeluarga dan yang berkaitan dengannya, hak wanita yang telah berkahwin, hak pendidikan, hak ‘privacy ‘ dan hak bergerak dan menginap.Kumpulan minoriti terdiri daripada golongan bukan Islam, anak yatim, warga emas, kanak-kanak istimewa, orang kurang upaya, fakir miskin dan ibu tunggal. Prinsip ini menampilkan hak-hak kumpulan minoriti dan wanita akan dijaga dan dibela serta memastikan mereka berada dalam arus perdana kemajuan dan pembangunan negara.

Keutuhan Budaya dan Moral

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah bersama-sama memerangi elemen negatif budaya dan pemikiran Barat yang bertentangan dengan nilai agama dan ketimuran. Budaya dan moral bangsa Malaysia mestilah dipertahankan demi keutuhan budaya kebangsaan dan menghalang ia daripada dicemari oleh budaya yang merosakkan akhlak dan moral serta budi bahasa rakyat Malaysia.Budaya dan moral yang kuat lagi jitu adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju dan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Nilai-nilai murni dan budi bahasa rakyat Malaysia adalah di antara identiti rakyat Malaysia yang mesti dipertahankan walaupun kita sudah moden dan membangun. Ketua keluarga mestilah memastikan keutuhan budaya dan moral ahli keluarga masing-masing. Pemimpin masyarakat pula bertanggungjawab terhadap masyarakat masing-masing. Kerajaan ingin wujudkan masyarakat yang mempunyai personaliti unggul (towering personality) agar bangsa Malaysia dapat duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Personaliti unggul terletak pada diri dengan kekuatan hemah yang tinggi, berilmu pengetahuan tinggi, tinggi pencapaian, ketokohan dan keintelektualan.

Perayaan-perayaan kaum di Malaysia boleh menjadi satu mekanisme memupuk semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum. Bagi orang Islam, amalan kunjung mengunjung ke rumah kaum lain ketika perayaan tertentu bukanlah bermakna merestui sistem kepercayaan agama lain, tetapi lebih sebagai satu amalan mengeratkan perasaan saling menghormati, persefahaman dan persahabatan dengan kawan-kawan lain walaupun yang bukan seagama dengan mereka. Ini patut dijadikan budaya hidup kita.

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Rakyat Malaysia pelbagai kaum mestilah sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar demi kepentingan bersama dan untuk generasi akan datang. Alam sekitar dan persekitaran yang kondusif bersekali denan penjagaan kesihatan yang sempurna akan memastikan masyarakat yang sihat, kuat dan sejahtera.

Rakyat Malaysia mestilah memperjuangkan isu-isu alam sekitar mengikut saluran yang betul dan peraturan dan benar-benar ikhlas demi kepentingan negara, bukannya kepentingan peribadi atau kelompok berkepentingan tersendiri.

Kempen gotong royong kebersihan dan seumpamanya di kawasan penempatan masyarakat berbilang kaum boleh mempupuk perasaan muhibah, kasih sayang dan tolong menolong.

Kekuatan Pertahanan

Program Latihan Khidmat Masyarakat (PLKN) sudah menunjukkan tanda-tanda

36

Page 37: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

penumpuan dan perkembangan integrasi nasional, perpaduan kaum dan semangat patriotisme. Generasi muda perlu disedarkan tentang keperluan mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman musuh. Mungkin sudah ada usaha sedemikian di peringkat pendidikan rendah yang lebih bersifat kekuatan jatidiri.Penyertaan kelompok etnik bukan Melayu dalam pasukan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia masih di tahap yang rendah dan perlu dipertingkatkan.Penyertaan berbagai-bagai kelompok etnik dalam Ikatan Sukarelawan Rakyat (RELA) dan pasukan Pertahanan Awam boleh dibanggakan. Ini juga boleh memantapkan perpaduan kaum. ”Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” adalah pepatah yang melambangkan perpaduan dan kerjasama. Jika dikaitkan dengan kekuatan pertahanan, maka asas kepada persefahaman yang utuh ialah perpaduan yang jitu.Perumpamaan ”bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” menggambarkan signifikan kerjasama berkumpulan, bermesyuwarah dan saling memahami serta tolong menolong. Tanpa muafakat dan terlalu banyak persengketaan akan menyebabkan negara kita mudah untuk ditewaskan oleh musuh.”Menang sorak, kampung tergadai” menggambarkan bahawa yang penting ialah “substance” (isi) bukannya slogan atau cakap-cakap kosong. Kita perlu mengotakan apa yang telah dijanjikan dan konteks sayangnya kita kepada negara dan para pemimpin. Rakyat Malaysia berbilang kaum mestilah menanam dalam diri mereka prinsip ”biar putih mata, jangan putih tulang” dalam konteks pertahanan negara.

Semua bangsa mestilah menanam dalam diri mereka semangat dan sikap sayangkan negara dan sanggup mempertahankannya ke titisan darah terakhir dan sentiasa komited sebagai warganegara yang baik dan berguna. Dalam Islam, orang yang mempertahankan negara dan mati kerana mempertahankan agama dan negara diberi penghormatan tinggi oleh Allah. Iklan TV3 ”Ikan di laut, asam di darat” membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum boleh menjalin hubungan baik dan bersatu padu. Media massa adalah mekanisme paling berkesan untuk memupuk perasaan muhibah dan hubungan etnik yang positif. Sebab itu media massa perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk memupuk integrasi nasional dan perpaduan kaum bukannya perpecahan dan polarisasi.

Bantuan-bantuan kemanusian (humanitarian) terhadap mangsa peperangan atau malapetaka alam menonjolkan ciri terbaru hubungan etnik yang menjangkau batas geografi dan sempadan antarabangsa. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum telah sama-sama menyumbang bagi membantu mangsa gempa bumi di China, taufan di Myanmar, mangsa perang Amerika-Iraq, mangsa gempa bumi di Kashmir dan malapetaka Tsunami, dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan untuk membawa perubahan kepada mentaliti dan sikap masyarakat serta peralihan kepada yang lebih baik dalam konteks kemajuan dan pembangunan negara. Pendekatan ini akan membawa pembaikan dalam semua aspek kehidupan untuk menuju ke arah sebuah masyarakat dan negara maju dan mencapai objektif Wawasan 2020.

Orang bukan Islam tidak perlu bimbang terhadap pendekatan ini kerana ia akan membawa kebaikan kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan agama dan etnik.

37

Page 38: Folio Sejarah Along 2011 latest.docx

4. Tujuan kebangkitan Integratif

Apa yang hendak dicapai kelompok-kelompok kebangkitan Islam dari program-program integrasi? Sebenarnya, tujuan umum perkembangan kebangkitan Islam mengarah pada topik integrasi dan hubungan antarkawasan.

Kebangkitan Islam sendiri pada dasarnya merupakan suatu fenomena yang terbatas. Dalam kaitannya dengan Islam, kebangkitan merupakan fenomena idealisme keagamaan. Agama yang diturunkan oleh Zat yang Maha Absolut (Islam) tentu tidak mengenal batas-batas ruang dan waktu atau etnis dan kelas sosial. Kaum muslimin selalu berusaha menuju pada titik kesatuan umat (terintegrasi) dengan berdasarkan pada keimanan kepada Allah yang Maha Esa, kesatuan prinsip dasar, kesatuan masa depan manusia, kesatuan tujuan hidup, kesatuan syariat, dan kesatuan gerakan persaudaraan dan persekutuan dalam ilmu, harta, dan kekuasaan.

Maka setelah gerakan kebangkitan memercayai kesatuan keagamaan, biasanya mereka kembali kepada kesatuan sejarah yang unsur-unsur pentingnya terdapat di segala penjuru. Di Mesir misalnya, muncul propaganda kebangkitan Islam yang diwakili oleh gerakan al-Ikhwan al-Muslimun dan kebangkitan kesusastraan Islam. Pengaruh berbagai studi, penerbitan, dan distribusinya di Mesir telah menggemuruhkan gema kebangkitan Islam dan membuat gerakan-gerakan Islam di Dunia Arab saling bekerja sama sejak pertengahan abad ke-20.

Tampaknya kebangkitan Islam dewasa ini merupakan gerakan pemikiran keagamaan terbesar yang mengekspresikan rumusan-rumusan, meliputi berbagai kawasan, membentuk kesatuan kaidah, emosi, dan pemikiran sebagai respon terhadap peristiwa-peristiwa di Dunia Islam, serta memiliki satu kesusastraan yang mengkondisikan masyarakat untuk saling mengenal dalam ruang lingkup yang luas.

Meskipun gerakan sosialisme dan nasionalisme, pertukaran buku dan pers Arab, distribusi pengajaran, peraturan-peraturan, dan industri perfilman Mesir begitu gencar, namun kebangkitan Islam merupakan faktor utama terbesar yang mendekatkan generasi muda dan bangsa-bangsa Arab dewasa ini satu sama lain. Tidak berlebihan bila dikatakan bahwa kebangkitan Islam merupakan gejala khusus di kawasan barat dan timur Dunia Arab.

Penulis berpendapat bahwa ide integrasi telah berjuang dan bergelut dengan pemikiran kawasan, terutama Mesir yang bertipe Fir’aunisme dan Sudan yang bertipe Afrikanisme. Kedua negara tersebut lebih cenderung pada deintegrasi. Sedangkan Yaman berdiri sendiri karena membanggakan kekhususannya. Sebelum berdirinya republik dan masuknya negeri ini ke dalam kesatuan Arab, kebangkitan Islam direpresentasikan oleh gerakan keluarga menteri sebagai reaksi terhadap kebangkitan di Mesir.

38