final book selangorkini 24 jun – 1 julai 2016

23
PERCUMA 24 Jun - 1 Julai 2016, 19 - 26 Ramadan 1437H #SmartSelangor www.selangorku.com MediaSelangorku MediaSelangor tv.selangorku.com RPA bantu gadis bermasalah 14 8 RM�� juta atasi NRW P67 KUALA KANGSAR P93 SUNGAI BESAR Pasca PRK: Rancang Strategi Baru 2 Sultan Bersama Rakyat 5 BERITA PENUH MUKA � 1 BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2 RM11.2 JUTA KENAIKAN BARU KOMITMEN PENJAWAT AWAM DIHARGAI Imbuhan tetap Perumahan Penjawat Awam Gred 41 ke bawah RM180 --- > RM300 Bonus 1.5 Bulan Gaji 17,528 penjawat awam 3 2 KENAIKAN GAJI TAHUNAN 2016 Kenaikan Biasa & Khas

Upload: leanh

Post on 19-Jan-2017

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

PERCUMA 24 Jun - 1 Julai 2016, 19 - 26 Ramadan 1437H #SmartSelangor

www.selangorku.comMediaSelangorkuMediaSelangor

tv.selangorku.com

RPA bantu gadis bermasalah

14

8

RM�� jutaatasi NRW

P67KUALA

KANGSAR

P93SUNGAIBESAR

Pasca PRK: Rancang Strategi Baru

2

Sultan Bersama Rakyat

5

BERITA PENUH MUKA �

1BANTUAN KHAS

KEWANGANAIDILFITRI

2RM11.2 JUTA

KENAIKAN BARU

KOMITMEN PENJAWAT

AWAM DIHARGAI

Imbuhan tetap Perumahan

Penjawat Awam Gred 41 ke bawah

RM180 ---> RM300

Bonus 1.5 BulanGaji 17,528

penjawat awam

32 KENAIKAN GAJI

TAHUNAN 2016

Kenaikan Biasa & Khas

Page 2: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

2Utama

SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

SABAK BERNAM - Dianggarkan hampir 2,000 pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di-nafikan hak mengundi apabila nama masing-masing didakwa hilang daripada daftar pengundi.

Ahli Dewan Undangan Nege-ri (Adun) Kuala Semantan, Syed

Hamid Syed Mohamed, berkata perkara itu disedari beberapa hari sebelum tiba hari pengundian.

“Mereka datang pagi untuk mengundi tetapi kecewa kerana nama sudah dipindahkan ke Parli-men lain.

“Mereka orang kampung yang

selama ini mengundi di sini, jadi sudah tentulah mereka akan mengundi di tempat sama.

“Nama yang hilang ini juga semakin bertambah apabila pe-ngundi menyemak nama masing-masing,” katanya.

Katanya, menurut peraturan

pilihan raya, pemindahan Parli-men tidak sepatutnya berlaku seperti mana pemindahan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kalau pindah DUN sekali pun, cuma dalam kawasan Parlimen sama sahaja bukan ditukar hingga ke Parlimen lain seperti yang ber-

laku di sini.SPR kena bertindak adil kepa-

da pengundi, perlu mendapatkan persetujuan pengundi. Mungkin juga terdapat pihak mengguna-kan kad pengenalan mereka un-tuk menukarnya ke Parlimen lain,” katanya.

SHAH ALAM - Kemenangan Bari-san Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan penanda aras kepada kejayaan parti itu mendapat sokongan rakyat.

Penganalisis Politik, Shahbu-din Husin, berkata pola pengun-dian itu didorong tawaran pem-bangunan manifesto BN sebelum tsunami perubahan undi sebenar berlaku pada pilihan raya umum

�,��� kecewa hak mengundi dinafi

‘Senyum’ Najib sementara

Pasca PRK

Masa untuk muhasabah

P93 SUNGAI BESAR

BN: 16,800 (53%)

Amanah: 7,609 (24%)

PAS: 6,902 (21.7%)

Undi Rosak: 379 (1.1%)Majoriti: 9,191

Jumlah Pengundi Berdaftar : 42,655 Jumlah Keluar Mengundi : 31,690 (74.4%)

P67 KUALA KANGSAR

BN : 12,653 (53.8%)

PAS : 5,684 (24.1%)

Amanah : 4,883 (20.7%)

Bebas: 54 (0.2%)

Undi Rosak : 239 (1%)Majoriti: 6,969

Jumlah Pengundi Berdaftar : 32,949 Jumlah Keluar Mengundi : 23,513 (71.4%)

KEPUTUSAN PRK 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Semua parti pem-bangkang perlu bermuhasa-bah dan bersikap terbuka untuk kembali ke meja rundingan bagi membentuk strategi baru meng-hadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sekarang juga bukan masa tepat untuk pembangkang saling menuding jari menyalah-kan satu sama lain.

“Rakyat dan pengundi tidak harus dipersalahkan susulan kekalahan pembangkang dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu.

“Harap ia memberi pengajaran kepada semua parti untuk berbin-cang semula bagi kepentingan rakyat dan negara, katanya sejurus selesai Majlis Rapat Ramadan Ber-sama Perkhidmatan Awam Sela-ngor di SUK, 20 Jun lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata kekalahan itu tidak

Harap ia memberi pengajaran kepada semua parti untuk ber-bincang semula bagi kepentingan rakyat dan negaraMOHAMED AZMINTimbalan Presidenmenjadi kudis ekoran pembang-kang pernah tewas sebelum ini, namun sentiasa bangkit melawan.

“Saya juga dengar dan baca sendiri komen rakyat di media sosial yang mahukan pembang-kang bersatu.

“Jadi kita perlu dengar dan tunduk kepada pandangan rak-yat,” katanya.

PRK pada 18 Jun lalu me-nyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar menewaskan Pakatan Harapan dan PAS.

(PRU) akan datang.“Dengan menunjukkan seolah-

olah (pengundi) mula kembali menyokong BN, pengundi (khu-susnya) Cina akan terus diluma-yankan lagi sehingga 2018 nanti.

“Secara umumnya, kedudukan UMNO dan BN masih belum sela-mat lagi dalam PRU akan datang. Kembalinya sokongan pengundi, baik Melayu atau bukan Melayu kepada BN hanyalah bersifat se-mentara,” katanya.

Beliau berkata, sokongan pe-ngundi khususnya masyarakat Cina pada PRK ini hanya untuk memilih Ahli Parlimen, bukannya bertujuan menukar kerajaan.

“Gambaran menukar kerajaan benar-benar hampir terbayang sebagaimana PRU 2013 lalu, senti-men pengundi Cina akan kembali menjauhi BN.

“Tidak mungkin pengundi Cina gembira dengan Najib yang pa-ling banyak onarnya itu dan se-nyum mereka hanyalah semen-tara,” katanya.

Tidak mungkin pengundi Cina gembira dengan Najib yang paling banyak onarnya itu dan senyum mereka hanyalah sementaraSHAHBUDIN HUSINPenganalisis Politik

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Jabatan Kas-tam perlu mewujudkan garis panduan mewajibkan peniaga tidak memanipulasi penggu-naan satu sen.

Timbalan Presiden Gabu-ngan Persatuan Pengguna Ma-laysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pe-mantauan ketat perlu dilak-sanakan ekoran ramai peniaga mengambil kesempatan me-manipulasi dengan meletakkan angka ganjil dalam harga dike-nakan.

“Sebagai contoh, tanda harga RM2.99 kepada RM2.95 mengikut gandaan lima sen. Kita memang laksanakan penggenapan mengikut sen

FOMCA: Elak manipulasi satu senJika diikutkan harga dikenakan memang sudah dicampur Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), namun strategi itu menyebabkan peniaga membayar lebih akhirnya

MOHD YUSOFTimbalan Presiden FOMCA

terdekat, namun apabila pe-niaga meletakkan sen tertinggi ke atas itu mengelirukan peng-guna.

“Jika diikutkan harga dikena-kan memang sudah dicampur

Cukai Barangan dan Perkhid-matan (GST), namun strategi itu menyebabkan peniaga mem-bayar lebih akhirnya,” katanya kepada SelangorKini.

Yusof berkata, KPDNKK perlu membuat peraturan jelas bagi memastikan peniaga mempa-merkan harga barang, bukan harga selepas GST.

“Harga peniaga juga perlu dipantau supaya lebih telus bukan wujud gimik manipu-lasi sistem yang ada. Apa di-harapkan kalau harga dikena-kan GST biar pada kadar tidak membabitkan RM0.99,” kata-nya.

Justeru, FOMCA mendesak penandaan harga dikenakan kebanyakan peniaga khusus-nya pasar raya digenap kepada lima sen terendah sahaja.

Page 3: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

3SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Utama

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Berita gembira buat pen-jawat awam di Selangor apabila bakal menerima bantuan khas Aidilfitri sebanyak satu bulan setengah gaji pada 1 Julai ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali, berkata seramai 17,528 penjawat awam Selangor layak menerima bantuan itu membabitkan peruntukan RM45.6 juta.

“Tidak wajarlah sekadar uca-

pan terima kasih atas komitmen penjawat awam tanpa sebarang insentif.

“Maka, kita bersetuju memberikan tiga insentif termasuk bantuan kewangan Ai-dilfitri, kenaikan gaji sebanyak dua kali bagi 2016 dan kenaikan imbuhan tetap perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika beru-cap pada Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK, 20 Jun lalu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Ne-

geri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya; Da-tuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Za-harin Mohd Saad dan Exco Negeri.

Mohamed Azmin berkata, penjawat awam bakal menerima dua kenaikan gaji iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas.

“RM6.38 juta sudah disediakan bagi ke-naikan pertama bermula 1 Julai ini, semen-tara peruntukan RM11.2 juta untuk kenaik-an baru imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah, daripa-da RM180 kepada RM300,” katanya.

Hargai komitmen penjawat awam

MB umum tiga berita gembira

SHAH ALAM - Selangor terus cemerlang menarik minat pela-bur asing dalam pelbagai sektor, berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Ma-laysia (MIDA).

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata Se-langor mencatatkan kedudu-

kan di tangga kedua dalam pelaburan sektor perkhidmatan dengan nilai pelaburan RM2.36 bilion.

Katanya, Selangor juga ber-jaya menduduki tempat ketiga dalam pelaburan sektor pem-buatan dengan jumlah pela-buran RM7.96 bilion.

“Lawatan kerja bersama In-vest Selangor ke Jepun bulan lalu menarik Toyota Motor Corp untuk membawa masuk pela-buran baru bernilai RM2 bilion bagi membina kilang di Bukit Raja, Klang.

“Ia adalah pelaburan terbe-sar UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengeluarkan 50,000 unit kere-

ta setahun bagi permintaan

Kita bersetuju memberi- kan tiga insentif termasuk bantuan kewanganAidilfitri, kenaikan gajisebanyak dua kali bagi 2016 dan kenaikanimbuhan tetap perumahanMOHAMED AZMINMenteri Besar

SHAH ALAM - Prestasi kutipan hasil negeri bagi tempoh lima bulan dua minggu mencatatkan RM1.65 bilion.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata penca-paian itu bersamaan 73 peratus daripada RM2.25 bilion diunjur-kan dalam Belanjawan 2016.

Katanya, ia menyumbang ke-pada peningkatan rizab negeri sehingga RM4 bilion, berbanding RM3.23 bilion pada 31 Disember 2015.

“Setakat 16 Jun 2016, perbe-lanjaan mengurus juga men-

catatkan 43.7 peratus manakala perbelanjaan pembangunan pula 28.3 peratus,” katanya pada Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK, 20 Jun lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri akan terus memantau pelaksa-naan perbelanjaan secara ber-hemah dan telus.

“Manakala pelaksanaan pro-jek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual dan menjamin kualiti demi kesejahteraan rak-yat,” katanya.

global, katanya.Pada masa sama, Mohamed

Azmin berkata, Yusen Logis-tics Company Limited menerusi Tasco Berhad pula akan mem-bangunkan kemudahan gudang bertingkat di Seksyen 22, Shah Alam dan di Westport, Pelabu-

han Klang dengan pelaburan RM400 juta.

“Sony Corporation akan mem-bangunkan Pusat R&D di Bangi untuk menempatkan lebih 700 jurutera dan tenaga kerja profe-sional dengan jumlah pelaburan awal RM40 juta,” katanya.

Pelaburan sektor pembuatan RM�.�6 bilion - Mohamed Azmin

lSeramai 891,685 murid Tahun Satu dan Tingka-tan Satu memu-lakan sesi perseko-lahan tahun ini di seluruh negara

TINJAUANORANG RAMAI

TERIMAKASIH

KERAJAANNEGERI

Kami jangkakan sekadar satu bulan se-perti biasa tetapi terkejut apabila Men-teri Besar umum tiga insentif untuk penjawat awam.Terima kasih Kerajaan Negeri. Semoga diteruskan pada masa hadapan.

Mohd Khairul Azwar Abdul Halim, Pereka Grafik, 38

Insentif berkenaan membuktikan Kera-jaan Negeri menghargai kakitangannya.Ini jelas satu bentuk galakan dan usa-ha Kerajaan Negeri memastikan hasil terkumpul diagihkan kepada rakyat terutama penjawat awam sebagai tu-

lang belakang pentadbiran Selangor.

Mohd Hidayat Abdul Rani Penolong Pengarah Kanan, 42

Saya berasa lebih bersemangat untuk memberi perkhidmatan terbaik.Saya rasa bangga dan berkobar-kobar bekerja bersama Kerajaan Negeri menyampaikan yang terbaik untuk rakyat Selangor.

Syaharun Azman Mohd ZainPembantu Tadbir Majlis Perbandaran Selayang (MPS), 34

Penjawat awam di Selangor berbesar hati dan gembira dengan pengumuman tiga insentif daripada Kerajaan Negeri,

pada 20 Jun lalu.

Hasil melonjak kepada RM�.6� bilion

Page 4: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

4Utama

SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Fokus bantu hak nelayan

Tiada cukai jeti RM���OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Tiada seba-rang keputusan dibuat susulan cadangan Lembaga Urus Air Se-langor (LUAS) untuk mengena-kan cukai terhadap jeti nelayan di seluruh negeri.

Sebaliknya, Exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Pemoden-an Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Kerajaan Negeri giat memfokus-kan usaha menyelesaikan isu pendaftaran jeti nelayan.

“Kerajaan Negeri sedang me- rangka proses pengawalan bersifat sistematik supaya pro-ses mengemukakan inventori bagi mengenal pasti lokasi jeti nelayan.

“Sistem ini lebih memudah-kan Kerajaan Negeri memberi sebarang bentuk bantuan atau menambah baik infrastruktur kemudahan di jeti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas dakwaan

sesetengah pihak kononnya Kerajaan Negeri bersedia me-ngenakan cukai jeti RM600 se-tahun kepada nelayan di selu-ruh negeri.

Susulan dakwaan itu, se-kumpulan nelayan di Sungai Besar berkumpul di Sungai Ni-bong bagi membantah ran-cangan terbabit yang dilihat bakal memberi tekanan kepada perolehan pendapatan mereka.

Pada masa sama, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menuntut pendirian Kerajaan Negeri berkenaan cadangan pelaksanaan cukai jeti di Selangor.

Bagaimanapun, Zaidy ber-kata Kerajaan Negeri konsisten memberi tumpuan meningkat-

Tiga insentif langkah tepat demi rakyat

SHAH ALAM - Tiga insentif pen-jawat awam diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali langkah tepat mengimbangi peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini.

Mantan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata hal ini ekoran Cukai Ba-rangan dan Perkhidmatan (GST) dan nilai ringgit lemah menye-babkan kos sara hidup mening-kat lebih cepat berbanding pe- ningkatan pendapatan.

“Syabas kepada Mohamed Azmin yang menunjukkan sim-pati tinggi kepada rakyat yang terhimpit dalam kos sara hidup semakin tinggi,” katanya kepada SelangorKini.

Dr Rosli berkata kedudukan

JAIS tahan lapan individu tak puasaSHAH ALAM - Jabatan Agama Is-lam Selangor (JAIS) kesal apabila masih terdapat segelintir umat Is-lam tidak menghormati Ramadan dengan tidak berpuasa.

Pengarahnya, Datuk Haris Ka-sim, berkata seramai lapan indi-vidu ditahan dengan 46 arahan beredar dikeluarkan sehingga 20 Jun lalu, pada operasi tidak meng-hormati Ramadan dijalankan Ba-

hagian Pengurusan Penguatkua-saan JAIS.

“Ini membuktikan kepada kita bahawa daya ketahanan umat Is-lam masih lemah dan seharusnya kehadiran Ramadan adalah wak-tu tepat memperkukuhkan iman dan akidah serta mengembalikan semula daya ketahanan umat Is-lam,” katanya.

Haris berkata demikian pada

Majlis Berbuka Puasa DYMM Sul-tan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Serta Perasmian Masjid di Seksyen 7 sini, 20 Jun lalu.

Katanya JAIS turut mengambil kesempatan menasihati peniaga makanan supaya memainkan pe-ranan dengan mematuhi waktu jualan dibenarkan dan akur terha-dap semua peraturan ditetapkan.

kan hak pemilikan tanah ke-pada pengusaha jeti.

“Tiada keputusan berke-naannya dan kita tidak lagi

membuat sebarang kata pu-tus kerana keutamaannya adalah urusan pendaftaran itu terlebih dahulu,” katanya.

semasa kewangan Kerajaan Se-langor yang semakin kukuh tu-rut menjadi faktor memboleh-kan Kerajaan Negeri memberi

tiga insentif itu kepada kakita-ngannya.

“Selangor berada dalam ke-adaan kewangan kukuh, kenapa tidak berkongsi dengan rakyat di atas kemakmuran dinikmati Se-langor,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin pada Majlis Rapat Ramadan ber-sama Perkhidmatan Awam Sela-ngor di SUK mengumumkan tiga insentif untuk kakitangan awam Kerajaan Negeri.

Ia meliputi bantuan khas sempena raya sebanyak sebu-lan setengah gaji, dua kenaikan gaji biasa dan khas dan menaik-kan imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah, daripada RM180 kepada RM300.

Dr Rosli Yaakob

MBI dilantik terajui SSDU realisasi Smart SelangorSHAH ALAM - Majlis Mesyu-arat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-13/2016 meluluskan tiga teras mekanisme pelaksanaan program Smart Selangor bagi merealisasi-kan hasrat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Men-teri Besar Selangor Pemerbadan-an (MBI), Raja Shahreen Raja Oth-man, berkata ia terdiri daripada Majlis Perundingan Smart Sela-ngor, jawatankuasa pemandu dan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).

Katanya, MBI dilantik untuk menerajui penubuhan SSDU de-ngan penglibatan bersama agensi utama Kerajaan Negeri termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Ne-geri (SUK), Unit Perancangan Eko-nomi Negeri (UPEN), JPBD dan pi-hak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi terlibat.

Beliau berkata, Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangkan Be-lanjawan 2016 mahu Selangor melakukan anjakan paradigma ke arah Smart State dan pada masa sama memberi perhatian kepada program berpaksikan rakyat.

Raja Shahreen berkata, SSDU adalah sebuah unit khas yang mempunyai struktur tadbir urus tersendiri termasuk pentadbiran, bajet, proses, prosedur serta me-laporkan terus kepada Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, Smart Selangor bermatlamat bagi menambah baik kualiti hidup rakyat serta un-tuk menjadikan Selangor negeri pilihan di rantau Asean.

Katanya, lima keutamaan di-gariskan meliputi peningkatan pertumbuhan ekonomi, perlin-dungan alam sekitar, peningkatan kualiti hidup penciptaan peluang pekerjaan dan kedudukan fiskal negeri yang lebih kukuh.

MBI dilantik untuk menerajui penubuhan SSDU dengan penglibatan bersama agensi utama Kerajaan Negeri termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), JPBD dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi terlibat

RAJA SHAHREENKetua Pegawai Eksekutif MBI

Bagi mencapai hasrat itu, SSDU pada 1 Jun lalu mengadakan Maj-lis Penerangan dan Perancangan Smart Selangor bagi mening-katkan kerjasama dan berkongsi maklumat, pengetahuan dan pe-ngalaman dalam melaksanakan inisiatif Smart Selangor dengan agensi kerajaaan serta PBT.

Dalam Belanjawan 2016, bagi menerajui gagasan Smart Sela-ngor sebanyak RM10 juta diper-untukkan untuk Majlis Perun- dingan Smart Selangor, RM13 juta bagi pemasangan 2,500 hotspot Wifi percuma, RM10 juta untuk Bas Percuma Smart Selangor.

Turut diperuntukkan adalah RM3.8 juta untuk penubuhan Se-langor Information Technology & E-Commerce Centre, RM6.73 juta naik taraf infrastruktur teknologi maklumat dan peningkatan RM53 juta kepada RM373 juta bagi pro-jek pembinaan dan naik taraf infrastruktur dan kemudahan awam.

Page 5: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

5SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Utama

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Tampung 3,000 jemaah

Sultan Selangor rasmi Masjid Seksyen � RM�.� juta

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Mas-jid Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM7.3 juta yang mula beroperasi pada 17 Julai 2014.

Baginda turut berkenan me-namakan masjid hasil sumbang-an Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu sebagai Mas-jid Seksyen 7, seperti nama ka-wasan terbabit.

“Beta berkenan menamakan masjid ini Masjid Seksyen 7, Shah Alam,” titah baginda pada Maj-lis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat dan

Penyampaian Sumbangan Hari Raya Serta Perasmian Masjid di sini, 20 Jun lalu.

Sementara itu, Pengarah Ja-batan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, dalam sembah ucapannya berkata mas-jid terbabit dibina atas kelua-san tapak kira-kira tiga ekar dan mampu menampung 3,000 je-maah pada satu masa.

Katanya, masjid itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pe-jabat pengurusan, bilik mesyua-rat, bilik kuliah, ruang serbaguna, bilik jenazah dan pondok rehat.

“Pembinaan masjid di Seksyen 7, Shah Alam ini direalisasikan pada 15 Ogos 2011 berkonsep-

kan Timur Tengah dan tradisional Melayu,” katanya.

Haris turut mengingatkan pengurusan dan ahli jawatankua-sa masjid supaya tidak menge-hadkan fungsi masjid sebagai tempat ibadah sahaja, malah merangkumi aspek lain seperti sosial, ekonomi dan bidang lain seiring tuntutan dan perkemba-ngan semasa.

Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan me-nyampaikan bantuan raya dari-pada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 287 asnaf fakir dan miskin serta 127 mualaf daripa-da Majis Agama Islam Selangor (MAIS).

Empat syarikat tunai zakat perniagaan RM�.�� jutaSHAH ALAM - DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan RM9.67 juta daripada empat syarikat pada Majlis Ber-buka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Serta Perasmian Masjid di Seksyen 7, di sini, 20 Jun lalu.

Antara pembayar zakat itu termasuklah dua anak syarikat Kerajaan Negeri, Pemerbadan-an Menteri Besar Selangor (MBI) membabitkan pembayaran RM1.34 juta dan Worldwide Hol-dings Berhad sebanyak RM2.23 juta.

Zakat perniagaan kedua syari-kat terbabit diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif masing-ma-sing, Raja Shahreen Raja Othman dan Datin Paduka Norazlina Za-karia kepada Sultan Sharafuddin.

MBI dan Worldwide Holdings membayar zakat perniagaan ma-sing-masing bagi tahun kewa-ngan berakhir 2016.

Syarikat lain yang turut menunaikan zakat perniagaan adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM3.47 juta dan Pertubuhan Peladang Kebang-saan (NAFAS) bernilai RM2.61 juta.

RM�.� juta bina Masjid Bandar Seri Putra BANGI - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan masjid di Bandar Seri Putra, di sini, 15 Jun lalu.

Diwakili anakandanya, DYTM Raja Muda, Tengku Amir Shah, Masjid Bandar Seri Putra bernilai RM9.4 juta itu dirasmikan dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat dan sumbangan Aildifitri di perkarangan masjid berke-naan.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Zul-Kefli @ Zulkefli Khalid, berka-ta pembinaan masjid itu adalah inisiatif penduduk bermula 18 Julai 2008 dan mula digunakan pada 1 Oktober 2014.

Beliau berkata, masjid dibina dengan konsep mesra orang ke-lainan upaya (OKU) dilengkapi pelbagai kemudahan, antaranya pejabat pentadbiran, bilik me-syuarat, bilik kuliah, ruang sufah, sudut bacaan, bilik jamuan dan sebagainya.

“Jawatankuasa masjid juga membina bangunan bagi kedia-man pegawai masjid terletak ber-sebelahannya bernilai RM2.3 juta dengan kerja pembinaan selesai pada Mei lalu.

“Diharapkan pembinaan mas-jid ini akan menarik umat Islam di sekelilingnya untuk beriba-dah sekali gus menggunakannya demi kebaikan masyarakat se-tempat,” katanya ketika berucap.

Page 6: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

6Utama

SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Serah sumbangan Ramadan

Raja Muda dekati rakyatOLEH ERMIZI MUHAMAD

KLANG - 102 golongan memerlu-kan terdiri daripada warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan golongan asnaf menerima sumbangan daripada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Id-ris Shah, 20 Jun lalu.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian, wang tunai dan hamper disampaikan kepada penerima terpilih dari Kampung Perepat dan Kampung Jalan Ne-nas.

Pada majlis itu, Raja Muda berkenan memandu sendiri ken-deraan pacuan empat roda je-nis Toyota Hilux dari rumah ke rumah sejauh lebih 10 kilome-ter (km) menyampaikan sumba-ngan kepada empat penerima di rumah mereka.

Ketika sesi penyerahan sum-bangan dibuat, baginda turut

menzahirkan rasa keprihatinanya terhadap musibah dan kesusah-an dialami penerima sumbangan.

Baginda juga berkenan me-nyampaikan sumbangan kepada penerima terpilih di Surau Al-Muhajirin dan Masjid Kampung Perepat.

Kesemua penerima sumba-ngan disenarai pendek AJK Surau dan Masjid melalui senarai dike-luarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) membabitkan golongan memerlukan.

Sementara itu, Pengarah Pro-gram, Zaiferez Hadzere, berkata program tersebut diperluas-kan ke seluruh negeri bagi me-mastikan golongan sewajarnya mendapat perhatian.

“Gerak kerja ini adalah per-mulaan bagi kita dan diperluas-kan lagi kerana Raja Muda sen- diri mahu program berbentuk su-karela daripada belia digerakkan ke seluruh negeri,” katanya.

��,��� tong sampah percuma seluruh negeriSABAK BERNAM - Program mengedar 15,000 tong sampah percuma kepada penduduk di ta-man perumahan dan kampung seluruh Selangor diteruskan ta-hun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pem-bangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, berkata pro-gram membabitkan peruntukan RM1.27 juta itu dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Ke-rajaan Negeri tahun lalu.

“Satu tong sampah berharga RM85, jauh lebih rendah daripa-da harga pasaran. Kita akan beri 1,000 unit dalam kawasan Sabak Bernam.

“Ia susulan kelulusan Kerajaan Negeri tahun lalu dan tahun ini usaha diteruskan untuk memberi 15,000 tong sampah di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Pengedaran Tong Sampah Percuma di Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung Sen Fak Sua Kong, Bagan Sungai Be-sar di sini, 14 Jun lalu.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut mengedarkan 3,000 tong sampah di beberapa lokasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Antaranya, Majlis Perbanda-ran Kajang (MPKj), Majlis Perban-daran Ampang Jaya (MPAJ) dan lain-lain.

�,��� tong sampah di Sabak BernamSABAK BERNAM - RM85,000 di-peruntukkan bagi mengedarkan 1,000 tong sampah kepada pen-duduk di kampung dan taman perumahan daerah Sabak Ber-nam untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

Exco Kerajaan Tempatan, Pem-bangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, berkata peruntu-kan itu susulan kelulusan dibuat Kerajaan Negeri pada 2015.

“Tong sampah ini adalah sum-bangan Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk menjaga kebersihan di kawasan kampung mereka selaras objektif mahukan Selangor bersih.

“Diharap penduduk jangan simpan tong sampah dalam

rumah sahaja tetapi gunakan ia supaya sampah dapat diuruskan dengan baik.

"Sebelum ini saya dapati ada penduduk membuang merata-

rata termasuk membuangnya di dalam laut yang akhirnya mem-beri impak buruk kepada biologi laut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengedaran Tong Sampah Percuma di Gelanggang Bola Ke-ranjang Berbumbung Sen Fak Sua Kong, Bagan Sungai Besar di sini, 14 Jun lalu.

Hian Wah berkata pemberian 1,000 tong sampah itu termasuk lebih 400 buah diedarkan kepa-da penduduk Bagan Sungai Be-sar ekoran kedudukan geografi kawasan terbabit yang mampu memberi impak besar terhadap biologi laut.

Katanya, tong sampah selebih-nya akan diedarkan Majis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Ean Yong Hian Wah

RM���,��� bangun infrastruktur Kampung Bagan Sungai BesarSABAK BERNAM - Lebih RM700,000 dibelanjakan Kera-jaan Negeri untuk projek pem-bangunan dan menaik taraf in-frastruktur Kampung Bagan di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pem-bangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, berkata langkah itu diambil bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan ma-syarakat di kawasan terlibat.

“Sejak 2009 sehingga kini, Kerajaan Negeri memang priha-tin menaik taraf infrastruktur di

Kampung Bagan khususnya di Kampung Bagan Sungai Besar dan kampung di Sekinchan.

“Di Bagan Sungai Besar, Kerajaan Negeri sudah mem-belanjakan lebih RM700,000 sepanjang tujuh tahun ini, an-taranya bumbung gelanggang bola keranjang, tempat letak kereta, longkang dan sebagai-nya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Penge-daran Tong Sampah Percuma di Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung Sen Fak Sua Kong,

Bagan Sungai Besar di sini, 14 Jun lalu.

Katanya, usaha meningkat-kan infrasruktur itu tidak akan berhenti, malah diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan penduduk di sesuatu kawasan.

Sehingga September 2015, 50 peratus penduduk Kampung Bagan yang menduduki tanah Kerajaan Negeri secara haram sebelum 2008 sudah diberikan hak milik dan Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak Pakatan mentadbir Selangor.

Page 7: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

7SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Utama

Manfaat jangka panjang penduduk

Selesai caj penyelenggaraan tepat pada masa

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUNGAI BULOH - Masyarakat di-saran menjelaskan pembayaran caj penyelenggaran kediaman demi kelangsungan manfaat jang-ka panjang penduduk setempat.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, ber-kata kesedaran itu perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat khu-susnya penduduk di kediaman je-nis strata.

“Kejayaan pentadbiran serta pengurusan pangsapuri tidak terhad kepada pembayaran cas semata-mata, keutamaan juga adalah pegangan dan amalan ter-hadap nilai murni dalam kalangan penduduk.

“Rasa bersalah lebih dirasai jika kita gagal membayar bil air, elek-trik atau lain-lain caj kerana tinda-kan itulah menyebabkan pemo-tongan bekalan air meter pukal dan bekalan elektrik.

“Ini sekali gus menjejaskan semua penduduk termasuk mere-ka yang selama ini melaksanakan tangunggjawab membayar caj tanpa gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian sem-pena Kempen Pangsapuri Kita, Bersih, Ceria dan Harmoni di Pang-

sapuri Iris, Saujana Putra, di sini, 16 Jun lalu.

Pada masa sama, Iskandar turut menyarankan Jawatankuasa Pen-duduk supaya bijak menguruskan hasil pembayaran penyelenggara-an penduduk secara konsisten.

Antaranya, termasuklah cada-ngan membuat caruman insurans sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kes kecemasan dan ben-cana.

“Jika berlaku kecemasan seperti kerosakan bumbung akibat ribut atau kebakaran bangunan, tinda-kan baik pulih segera boleh diambil menerusi pembiayaan insuran.

“Ini boleh dilakukan jika sebaha-gian pembayaran caj diterima dari-pada penduduk dicarumkan secara konsisten kepada syarikat insuran untuk melindungi bangunan dari-pada kes bencana,” katanya.

Amal hidup positif, pangsapuri harmoniSUNGAI BULOH - Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni diwujudkan se-bagai inisiatif menggalakkan masyarakat mengamalkan hi-dup positif dalam kehidupan seharian di pangsapuri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Dato Iskandar Abdul Samad, ber-kata usaha itu seiring matlamat Kerajaan Negeri merealisasikan Selangor Smart State menerusi penyertaan rakyat.

Beliau berkata, usaha itu per-lu diperkukuhkan dengan ama-lan dan sifat tanggungjawab memastikan pentadbiran dan pengurusan pangsapuri dika-wal selia dengan baik.

“Kunci kepada kejayaan pe-ngurusan terletak kepada ker-jasama dan rasa kebertang-

gungjawaban dalam kalangan penduduk di pangsapuri ini.

“Usaha itu perlu disemai de-ngan rasa kebertanggungjawa-ban penduduk untuk memas-tikan pentadbiran ini dibuat secara konsisten bagi memas-tikan segala harta bersama se-perti kemudahan lif disenggara dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Kempen Pangsapuri Kita Bersih Ceria dan Harmoni di Pangsapuri Iris Saujana Utama, Sungai Buloh, di sini, 16 Jun lalu.

Pada masa sama, Iskandar berkata, program itu adalah gerak kerja tahunan ke seluruh negeri melalui penyertaan be-berapa pangsapuri strata dan agensi kerajaan.

“Mungkin selepas ini program kerakyatan itu akan diadakan di

kawasan luar bandar walaupun kita akui ada sedikit cabaran un-tuk melaksanakannya,” katanya.

Kempen siri pertama pro-gram diadakan sejak 2010 itu menerima sambutan mem-berangsangkan dalam kala-ngan penghuni pangsapuri.

Program itu turut membabit-kan pameran Lembaga Perumah-an dan Hartanah Selangor (LPHS), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri Sela-ngor, Jabatan Perpaduan & Inte-grasi Nasional.

Ia juga turut melibatkan pe-nyertaan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Per-badanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Premis sambung bekalan air haram diserbu

SHAH ALAM - Sebuah premis di Telok Pulai, Klang diserbu Suru-hanjaya Perkhidmatan Air Ne-gara (SPAN) dan Syarikat Beka-lan Air Selangor (SYABAS) dalam operasi pengkuatkuasaan kerana disyaki menjalankan aktiviti pe-nyambungan bekalan air secara haram.

Eksekutif Kanan SPAN, Loh Pit Mui, berkata siasatan rekod mendapati premis itu pernah mempunyai akaun bekalan air sah berdaftar dengan Syabas dan ditamatkan pada 2012.

“Premis berkenaan didapati menggunakan saluran paip len-tur bersaiz 14 milimeter (mm) secara tidak sah bagi tujuan ke-giatan curi air untuk kegunaan operasi premis berkenaan.

“Hasil siasatan juga mendapati tindakan penutupan bekalan air pernah dilakukan ke atas premis

ini sebelum ini, namun pemilik membuat penyambungan beka-lan air secara haram,” katanya.

Pit Mui berkata, kesalah beru-lang itu dilakukan selepas pi-haknya membuat serbuan ke atas premis sama sebelum ini.

Pada masa sama, SPAN juga mengadakan serbuan secara ber-asingan ke atas premis makanan di Jalan Dwitasik, Bandar Permai-suri atas kesalahan sama.

Ketika serbuan, SPAN mendapati premis terbabit juga menggunakan paip mudah len-tur secara tidak sah dan menya-lurkan air bersih dibekalkan Sya-bas.

Justeru, Pit Mui berharap orang awam boleh memberi kerjasama dengan membuat aduan kepada pihaknya bagi mengekang sebarang aktiviti curi air di seluruh negeri.

Page 8: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

8Utama

SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - RM50 juta dike-luarkan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kebocoran paip, air tidak berhasil (NRW) di seluruh negeri dan dijangka siap menjelang Disember 2017.

Exco Infrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Perta-nian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata kerja gantian paip lama di 12 hostpot bermula secara berperingkat sepanjang tahun ini.

“Syarikat Bekalan Air Sela-ngor (SYABAS) memperuntukkan

RM50 juta untuk kerja penggan-tian paip lama iaitu di Taman Me-lawati, Gombak Setia, Taman Seri Gombak, Brickfields, Kampung Cheras Baru, Bandar Tun Razak dan Jalan Meru.

“Selain itu di Persiaran Kaya-ngan, Kampung Tasik Permai, Bandar Rinching Seksyen 2, Country Heights dan Bandar Rin-ching Seksyen 5,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian me-ngulas inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan ma-salah NRW di seluruh negeri dapat diatasi.

Sebelum ini, Syabas menang-gung kerugian NRW sebanyak RM1.821 juta ekoran kecurian air dari 1 Januari sehingga 24 Mei.

Jumlah itu diperoleh hasil da-ripada 261 notis dikeluarkan Sya-bas membabitkan kes kecurian air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Pada masa sama, jumlah itu meliputi pengunaan air sebanyak 587,011.67 meter padu sehingga Mei.

Kerajaan Negeri mensasarkan pengurangan NRW sebanyak 25 peratus mampu dicapai tahun ini.

Atasi kebocoran

RM�� juta ganti paip

SHAH ALAM - Premis didapa-ti melakukan penyambungan air menggunakan paip mudah lentur secara haram boleh dikenakan huku-man penjara dan denda maksimum RM100,000.

Eksekutif Kanan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Loh Pit Mui, berkata di bawah peruntu-kan Seksyen 123(1) Akta Perindustri-an Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) jelas tidak membenarkan kegiatan itu.

“Jika disabitkan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000

atau dipenjarakan tidak melebihi se-tahun atau keduanya-duanya.

“Kesalahan ini diperuntukkan di bawah Seksyen 123 (3) dalam Akta sama,” katanya.

Sementara itu, bagi pesalah yang membuat penyambungan selepas SPAN membuat pemotongan, kesala-han berkenaan termaktub di bawah peruntukan Seksyen 89 (9) Akta In-dustri Perkhidmatan Air 2006.

“Selepas bekalan air di premis di-potong pemegang lesen pengagih-an air dan didapati bahawa bekalan itu disambungkan semula tanpa ke-

benaran, ia juga boleh dianggap se-bagai kesalahan.

“Jika disabitkan, tertuduh boleh di-denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Justeru, beliau berkata masyarakat diingatkan supaya tidak membuat penyambungan secara haram untuk tujuan tidak bertangunggjawab.

“Kesedaran awam berkenaan ke-salahan kecurian air dan penyambu-ngan tidak sah adalah diperlukan bagi mencegah kegiatan tidak ber-tangunggjawab ini,” katanya.

Penjara, denda maksimum RM���,��� jika curi air

Page 9: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

9SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Nasional

SHAH ALAM - SUARAM mengecam pelantikan Peguam Umno, Tan Sri Mu-hammad Shafee Abdullah se-bagai Duta Besar Tugas-Tugas Khas Mengenai Hak Asasi Ma-nusia bagi penggal dua, 2016 hingga 2018.

Pengarah Eksekutifnya, Se-van Doraisamy, berkata pe-lantikan itu hanya memperlihatkan komitmen rendah Kerajaan Persekutu-an mempertahankan prinsip hak asasi manusia di negara ini.

“Pencabulan hak asasi manusia berterusan dan sekatan terhadap ke-bebasan bersuara adalah bukti Kera-jaan Malaysia kurang berminat dalam memenuhi tanggungjawabnya mem-pertahankan perkara itu.

“Jika Kerajaan Malaysia ikhlas dalam komitmennya terhadap hak asasi ma-nusia, mereka akan melantik pesuruh-jaya baru dan meningkatkan peruntu-kan kewangan untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam),” katanya dalam kenyataan.

Kementerian Luar dalam kenyataan sebelum ini berkata, pelantikan Mu-hammad Shafee adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk terus memperjuangkan dan melindungi hak asasi manusia.

Bagaimanapun, Sevan berkata Ke-rajaan Malaysia perlu memastikan hak dan prinsip asasi manusia itu dipeliha-

ra dengan melantik individu berkredi-biliti.

Katanya, keputusan itu hanya mem-perdayakan masyarakat antarabangsa sekali gus memburukkan lagi rekod hak asasi manusia negara di peringkat global.

Pencabulan hak asasi manusia berterusan dan sekatan terhadap kebebasan bersuara adalah bukti Kerajaan Malaysia kurang ber-minat dalam memenuhi tanggungjawab-nya mempertahankan perkara itu

SEVAN DORAISAMYPengarah Eksekutif SUARAM

SUARAM kecam Shafee dilantik Duta Besar Hak Asasi Manusia

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengge-sa polis menjalankan siasatan berkenaan aktivis hak tanah adat, mendiang Bill Kayong yang ditem-bak mati pagi tadi.

Dalam laman Facebooknya, Mo-hamed Azmin berkata, mereka terbabit dalam pembunuhan itu perlu diseret ke muka pengadilan dengan segera.

“Saya menggesa polis menyiasat kejadian ini dan penjenayah yang bertanggungjawab diseret ke muka pengadilan dengan segera.

“Takziah buat keluarga mendi-ang Bill Kayong, mantan calon KE-ADILAN bagi kerusi N17 Bekenu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu,” tulisnya yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Mendiang yang dikenali se-bagai penggerak sosial dan akti-

Bawa ke muka pengadilan

Tangkap segera pembunuh kejam Bill Kayong

Mekanisme baru elak naik tol jadi kenyataan

vis hak tanah adat dilaporkan mati ditembak di lampu isyarat di Kuala Baram, 9 pagi ini sewaktu meman-du kenderaan dengan logo parti.

Mengikut laporan awal, beliau mati ditembak di lampu trafik ber-hampiran Emart One-Stop Shop-ping Mall di Senadin, Miri, di dalam kenderaan pacuan empat roda yang ada lambang KEADILAN.

Bill Kayong seorang aktivis dan

anggota KEADILAN yang komited kepada agenda Reformasi.

Beliau sering mengangkat isu dekat di hati rakyat Sarawak, ter-masuklah isu hak tanah adat yang beliau kerap bangkitkan sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu.

Pada ketika ini, motif jenayah pembunuhan ini belum lagi dike-nal pasti.

SHAH ALAM - KEADILAN mencadangkan mekanisme 'first right of refusal' bagi mengekang kenaikan tol daripada menjadi ke-nyataan, kata Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata mekanisme itu memberi keutamaan kepada syari-kat konsesi sebagai jaminan keun-tungan munasabah tanpa perlu membebankan rakyat.

“Mekanisme ini mengetengah-kan bahawa konsesi mendapat keutamaan terlibat dalam projek lebuh raya akan datang sebagai tawaran tidak menaikkan harga tol kepada pengguna lebuh raya.

“Cadangan ini mampu melin-dungi kepentingan rakyat meman-dangkan konsesi tol diberi jaminan keuntungan munasabah,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Izzah berkata perjanjian syarikat konsesi bersifat berat sebelah menjadi punca Kera-

jaan Persekutuan terpaksa mem-bayar pampasan sebanyak RM2.2 bilion untuk tempoh enam tahun.

Beliau turut mempersoalkan perolehan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diku-tip kerajaan tahun lalu sebanyak RM27 bilion.

“Kerajaan sepatutnya meng-gunakan hasil GST sebagai pula- ngan kepada jerih perit rakyat yang membayar cukai dalam ben-tuk menurunkan kadar harga tol,” katanya.

Kerajaan Persekutuan dijangka membuat pengumuman kenaikan kadar tol baru membabitkan be-berapa tol termasuk di lebuh raya utama PLUS dan Link kedua Malay-sia-Singapura, hujung bulan ini.

Selain itu, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Utara-Se-latan Hubungan Tengah (Elite) juga dijangka berlaku peningkatan sehingga lima peratus.

Page 10: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

10Ekonomi

SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

HIJRAH selesai masalah kewangan

��.�% responden setujuOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - 80.4 peratus respon-den di Sungai Besar mengakui Hijrah Selangor mampu menghapuskan hu-tang petani dan nelayan dipinjam daripada peraih (orang tengah).

Berdasarkan tinjauan rawak Insti-tut Darul Ehsan (IDE), konsep, struktur dan kaedah pembayaran ditawarkan skim mikrokredit itu berjaya meri-ngankan beban peserta.

“Seperti sedia maklum, kumpu-lan petani dan nelayan sering meng-hadapi masalah kewangan untuk mengembangkan jualan hasil diusa-hakan.

“Kebergantungan modal daripada peraih pula mengurangkan margin keuntungan jualan petani dan ne-layan hingga menyukarkan Kerajaan Persekutuan menanganinya.

“Justeru, respon positif berkenaan Hijrah mencetuskan mekanisme pe-nyelesaian masalah oleh Kerajaan Pakatan Selangor di bawah kepimpi-nan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya dalam kenyataan.

Laporan IDE dilakukan pada 14 dan 15 Mei lalu di Parlimen Sungai Besar, sejak Hijrah diwujudkan tahun lalu.

Pada masa sama, tinjauan IDE mendapati 9.8 peratus penduduk Sungai Besar menerima manfaat dari-

pada bantuan Hijrah.“Daripada jumlah itu, 78.4 peratus

adalah (peserta) tidak bermajikan, ti-dak mempunyai peluang pencen dan tidak mempunyai jaminan pendapa-tan jika berlaku kemalangan,” katanya.

Sejak ia dilaksanakan, statistik pula mendapati 31.4 peratus peser-ta Hijrah bagi Parlimen Sungai Be-sar adalah mereka yang mempunyai pendapatan tidak stabil atau bekerja sendiri.

Sementara 25.5 peratus terdiri daripada golongan peniaga, 21.6 peratus lain-lain, 19.6 peratus petani dan pen-ternak dan 2.0 peratus nelayan.

Hijrah adalah bantuan pinjaman kewangan ke-pada usahawan bagi tujuan pe-nyaluran modal tambahan secara efisien kepada peniaga kecil di seluruh negeri.

Sehingga kini, lebih 23,000 pemin-jam pembiayaan Hijrah menerima manfaat dari-pada peruntukan RM116 juta dikeluarkan Kerajaan Negeri.

Bekerja Sendiri31.4%

Petani / Penternak19.6%

Peniaga / Penjaja25.5%

Lain-lain21.6%

Nelayan2.0%

Kerjaya Peserta Hijrah Selangor di Parlimen Sungai Besar

Program Hijrah Selangor berpotensi menghapuskan dana dari orang tengah

Kompleks PKNS Shah Alam dinaik tarafSHAH ALAM - RM1.4 juta dibelanjakan Per-badanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menaik taraf kompleks perbadanan itu untuk ke-selesaan maksimum kepada pengunjungnya.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani, berkata penaik- tarafan itu dilakukan memandangkan usia ba-ngunan terbabit mencecah lebih 35 tahun.

Katanya, kerja menaik taraf bermula akhir 2015 dan siap sepenuhnya pada Mei lalu membabit-kan penghawa dingin, 'awning', tangki air, kipas angin dan sistem siar raya.

“Sebagai sebuah bangunan lama, pengubah-suaian serta kerja menaik taraf perlu dilak-sanakan untuk memberi imej baru dan bagi memastikan ia terus bersaing dalam pasaran.

"Selain itu, ia bagi memenuhi keperluan penyewa dan kriteria pengurusan bangunan mengikut perkembang-an semasa,”katanya.

Page 11: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

11SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Tempatan

Permohonan tukar syarat meningkat

Kuala Selangor pilihan pemaju hartanah

Semak status tanah elak ditipuSHAH ALAM - Pembeli rumah tanah lot di daerah Kuala La-ngat dinasihatkan supaya me-nyemak status, syarat nyata ta-nah dan sekatan ke atas tanah bagi mengelak penipuan.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dalam hebahan di Facebook, berkata pihaknya menyarankan pembeli supa-ya bertanya kepada penjual berkenaan permohonan me-nukar syarat pertanian ke-pada syarat bangunan kedia-man.

"Pembeli juga perlu me-nentukan sama ada penjual ada membuat permohonan pecah sempadan selain me-mastikan mendapat kelulu-san kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tem-patan (PBT) seperti diiklankan pemaju tanah.

"Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat turut menggesa penduduk menyemak di Unit Pembangunan Tanah Kuala Langat jika terdapat kera-guan," katanya.

Sebelum ini, Perbadan-an Kemajuan Negeri Sela-ngor (PKNS) berusaha mem-bantu pembeli tanah lot berada di landasan betul bagi mengelakkan berlaku ma-salah.

Terdahulu, Pengurus Be-sar PKNS, Azlan Alifiah, ber-kata beliau terpanggil de-ngan isu pembelian tanah lot yang akhirnya memberi kesan negatif kepada pembeli.

Katanya, keadaan itu bo-leh menyebabkan pelbagai kemudahan tidak dapat di- selenggara dengan baik.

“Pembeli akhirnya terpaksa bekerjasama dengan pem-beli lain untuk menyelesaikan pelbagai perkara, termasuk sistem saliran, laluan jalan, kemudahan prasarana dan sistem elektrik bermasalah.

“Justeru, PKNS mengambil keputusan membina rumah atas tanah berstatus rizab Me-layu bagi membantu orang Melayu mendapat kemuda-han terbaik,” katanya.

PKNS komited melak-sanakan pembangunan di atas tanah Rizab Melayu se-laras hasrat Kerajaan Negeri yang melihat potensi besar rizab itu perlu dibangunkan.

Katanya, PKNS kini dalam proses pembelian tanah rizab Melayu di Dengkil berkeluasan 150 ekar selain melihat poten-si pembangunan di kawasan pinggir bandar seperti Banting, Meru, Kapar, Kajang, Hulu La-ngat dan Kuala Selangor.

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Lapan permoho-nan tukar syarat tanah pertanian kepada pembangunan bercam-pur diluluskan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor sehingga 31 Mei lalu.

Pegawai Daerah Kuala Sela-

ngor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, berkata RM24.75 juta premium diterima daripada per-mohonan berkenaan berbanding RM51 juta bagi 20 kelulusan sama pada 2015.

“Kuala Selangor semakin men-jadi pilihan pemaju hartanah me-mandangkan tahap guna tanah

daerah metropolitan seperti Pe-taling, Klang dan Gombak hampir mencapai tahap maksimum.

“Kebanyakan pemaju memilih untuk membangunkan kawasan kediaman atau komersil,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui ketika meng-hadiri Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sum-bangan Hari Raya di Masjid Pe-kan Jeram, 14 Jun lalu.

Sultan Selangor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah diiringi Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Exco Negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sum-bangan Hari Raya berjumlah RM176,500 kepada 86 asnaf fakir dan miskin serta 67 mualaf.

Sejurus berbuka, baginda menunaikan solat Maghrib dan Isyak disusuli solat sunat tarawih berjemaah sebelum berangkat pulang.

Page 12: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

Album12 SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Album13SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail

menyantuni penerima

sumbangan Program Jom

Shopping di DUN itu

ADN Kota Anggerik, Yaakob Sapari menziarahi pesakit di Hospital Shah Alam bersama Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi

ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada 30 waris warga emas yang meninggal dunia

ADN Taman Medan, Haniza Talha menghadiri Program Singgah Sahur di Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)

ADN Sungai Pinang, Dato’

Teng Chang Khim mengadakan

lawatan di Rumah Warga Emas Chik Sin Thong, Klang

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh mendengar penjelasan ahli bomba berkenaan kebakaran di Pekan Sabak Bernam Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming menyampaikan bantuan Selangor Food Stamp dan sumbangan raya di kawasannya

ADN Sabak Bernam, Sallehen

Mukhyi melakukan tinjauan setempat

termasuk mengunjungi

usahawan kuih raya ketika

aktiviti edaran bubuk lambuk

Page 13: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

14Wawancara

SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Bantu remaja bermasalah teruskan kehidupan

RPA guna pendekatan kasih sayang

Rumah Puteri Arafiah (RPA) di Seksyen 7, Shah Alam dikenali ramai sebagai institusi perlindu-ngan, pemulihan dan bimbingan kepada rema-ja perempuan yang terjebak dengan masalah

sosial, penganiayaan dan pengabaian. Mula beroperasi pada April 2011, RPA memiliki pendekatan sendiri untuk mendekati golongan itu dengan menerapkan nilai ka-sih sayang di samping menganjurkan aktiviti bersifat kerohanian dan keagamaan. Terus komited membantu mereka yang memerlukan perhatian, RPA kian unggul di bawah kelolaan Pengerusinya, DATIN SERI SHAMSHIDA TAHARIN yang juga isteri kepada Menteri Besar Selangor. Wartawan Penyiaran TV Selangor, DEWI ABDUL RAHMAN ada butiran lanjut.

Apakah bentuk program yang dijalankan di Rumah Puteri Arafiah?

Rumah Puteri Arafiah adalah rumah penjagaan remaja wanita dengan misi menjadikannya se-bagai institut pemulihan bagi mereka yang menghadapi pel-bagai masalah berlainan terutama masalah sosial.

Jadi, program yang disediakan juga berasaskan kepada pemuli-han dari segi sosial. Program ha-rian bermula seawal jam 4.30 pagi dan para pelatih yang kita pang-gil anak-anak ini akan mula ba- ngun untuk qiamullail, solat su-buh, baca matsurat, kemudian berehat sebentar dan bersenam.

Begitulah aktiviti mereka se-harian selain kita adakan juga ak-tiviti pembelajaran.

Berapakah lingkungan umur untuk para pelatih di sini?

Di sini kami mengambil pelatih seawal umur 12 tahun sehingga umur 21 tahun.

Bagaimana proses pengambi-lan pelatih dijalankan?

Mereka datang bersama ke-luarga. Jadi kita perlukan pihak yang menjaga sama ada ibu bapa, abang, ataupun keluarga angkat untuk datang ke sini dan mengisi borang akuan bersumpah.

Penjaga juga perlu berjumpa pesuruhjaya sumpah untuk mengambil pe-ngakuan bahawa me-reka yang menghan-tar anak atau jagaan mereka ke sini.

Berapa kerap Datin Seri melaku-kan lawatan ke sini?

Apabila berkelapangan, bo-leh dikatakan setiap minggu saya akan berada di sini. Anak-anak di sini semuanya memerlukan per-hatian, termasuk keluarga dan ibu bapa yang menghadapi masalah emosi apabila melihat keadaan anak-anak mereka sebegini.

Kalau diikutkan, ada antara kakitangan di sini yang bekerja hampir 24 jam kerana kadangkala anak-anak ini kita tidak tahu dia sakit hendak bersalin, malah ada juga ibu bapa yang datang pada tengah malam.

Namun, apabila berlaku kes ke-cemasan, kita akan mempertim-bangkan untuk mereka datang melawat kerana di sini kita lebih kepada memahami dan cuba membantu.

Bagaimana kerjasama daripa-da ibu bapa pelatih sepanjang anak mereka berada di rumah ini?

Setakat ini ibu bapa memberi kerjasama baik dan kita juga me-ngadakan program keibubapaan untuk mereka.

Kita bukan setakat memberi kaunseling kepada para pelatih, kita juga mendapati kaunseling perlu diberikan kepada ibu bapa dan keluarga.

Kepentingan kaunseling ke-pada ibu bapa ini adalah apabila

para pelatih ini keluar, merekalah yang akan menerima anak-anak ini.

Jadi mereka perlu mengetahui cara untuk menerima anak-anak ini. Kita tidak mahu anak-anak ini merasa kecewa apabila kesalahan mereka sering disebut-sebut pa-dahal mereka sudah berubah dan kita tidak mahu mereka kembali ke zaman seperti dilalui sebelum masuk ke sini.

Adakah pemantauan akan tetap dilakukan setelah mereka keluar dari Rumah Puteri Ara-fiah?

Mereka berada di sini selama dua tahun dan ada antara pelatih yang suka dengan cara diterap-kan kepada mereka, ada yang me-minta untuk menjadi pembantu pula di sini.

Kita sentiasa menggalakkan mereka untuk berhubung

kerana kadang-kadang mereka sudah biasa

dengan orang yang mereka per-caya.

Justeru, kita mewujudkan kum-pulan sokongan, kumpulan 'what-sapp' dan apabila ada program untuk pelatih, kita jemput mereka sekali.

Terdapat pelbagai masalah sosial yang berlaku hari ini dan kita cuba sebaik mungkin untuk menanganinya daripada terus berleluasa.

Hampir setiap minggu melawat, bagaimanakah Datin Seri meli-hat perkembangan para pelatih di sini?

Saya agak mesra dengan me-reka. Kadang-kadang saya sen-diri yang menyampaikan ceramah kerana saya lebih percaya kepada konsep mesra.

Saya tidak mahu mereka mera-sa diri sendiri seolah-olah pesalah yang perlu dihukum. Saya lebih suka konsep kasih sayang iaitu memberi kasih sayang kerana rata-rata latar belakang mereka yang datang ini mempunyai ma-salah keluarga.

Adakalanya ibu bapa atau ke-luarga terlepas pandang apakah masalah anak-anak ini. Jadi apabi-la kita kaji semula, kita lihat keba-nyakan anak-anak ini kekurangan kasih sayang dan perhatian.

Namun, kita tidak salahkan ibu bapa kerana adakalanya me-reka sudah berikan yang terbaik tetapi sebagai manusia, kita juga terlepas pandang.

Anak-anak di luar sana juga mempunyai rakan-rakan, apatah lagi sekarang zaman tanpa sem-

Saya tidak mahu mereka merasa diri sendiri seolah-olah pesalah yang perlu dihukum. Saya lebih suka konsep kasih sayang iaitu memberi kasih sayang kerana rata-rata latar belakang mereka yang datang ini mempunyai masalah keluarga

SHAMSHIDA TAHARINPengerusi Rumah Puteri Arafiah

Page 14: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

15SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Wawancara

padan dengan mereka boleh ber-hubung dan orang kata teknologi ini umpama pisau.

Kalau kita salah guna, ia mem-bahayakan. Kalau kita guna de-ngan betul, ia bermanfaat.

Apakah perancangan akan datang untuk Rumah Puteri Arafiah?

Perancangan akan datang adalah cuba mengkaji dulu tahap kejayaan program yang saya lak-sanakan dengan melihat maklum balas ataupun kesan ke atas para pelatih.

Kita sentiasa mahu membuat penambahbaikan. Kalau dulu kita kurang dari segi kerja tangan, se-karang kita ada modul untuk para pelatih ini belajar menjahit secara teratur.

Jadi setelah keluar, mungkin mereka boleh berniaga secara dalam talian. Sekarang anak-anak ini sudah boleh menjahit jubah, tudung dan membuat kardigan.

Mungkin aktiviti sebegini sangat bermanfaat sebab tidak semua anak-anak kita ini kepan-daiannya sama.

Ada lebih dari segi akademik, ada lebih dari segi kerja tangan dan kemahiran. Jadi, kita perlu menanganinya dari semua arah.

Berapakah jumlah penghuni Rumah Puteri Arafiah setakat ini?

Setakat ini ada 26 penghuni dan kita boleh menambah lagi se-hingga 40 orang. Kalau diikutkan, ramai yang sudah keluar masuk dari rumah ini.

Apakah bentuk bantuan yang dihulurkan kepada mereka?

Daripada segi kewangan, kita mendapat bantuan daripada pi-hak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan sum-bangan ibu bapa itu sendiri.

Bagi ibu bapa yang menghan-tar anak-anak mereka ke sini, kita anggap yuran yang diterima se-bagai yuran komitmen supaya ada rasa komited untuk meng-hantar anak ke sini dan tidak dibi-

arkan begitu sahaja. Mereka membayar RM250 teta-

pi ibu bapa yang tidak mampu, kami akan tolong. Sebenarnya anak-anak di sini sangat bertuah kerana segalanya disediakan.

Apabila saya rasa ada aktiviti bermanfaat, saya akan membawa anak-anak ini bersama. Seperti di kediaman rasmi Menteri Besar, setiap bulan diadakan program membaca Al-Quran, Tadabur Quran.

Anak-anak ini akan dibawa ke sana untuk mengikuti program itu dan yang terkini dijalankan adalah pembelajaran Al-Quran, terjemah-an Al-Quran di Pusat Konvensyen Putrajaya pada setiap Ahad.

Sejak ditubuhkan pada 2011, apakah pembaharuan yang su-dah digerakkan Datin seri?

Dari segi pembaharuan itu mungkin cara pendekatan saya dengan mengadakan lebih ba-nyak program untuk pelatih.

Buat masa ini, kami sudah dua kali mengadakan program besar untuk anak-anak bersama Rauda-tul Sakinah.

Kami turut memanggil kaun-selor dari luar dengan memberi kaunseling kepada pelatih, ke-luarga dan ibu bapa termasuk penambahbaikan kepada warden dan kakitangan di sini yang perlu menghadapi masalah emosi.

Kadang-kadang bukan senang menghadapi situasi tertekan. Me-reka juga perlu ditolong dan di-beri ilmu untuk menghadapi situ-asi begini.

Adakah Datin Seri pernah menghadapi situasi luar kawa-lan di Rumah Puteri Arafiah?

Sejak mengambil alih, belum pernah saya menghadapi perma-salahan ini. Mungkin cara kami yang memberi kasih sayang, agaknya.

Mungkin itu kekurangan me-reka selama ini. Namun, di sam-ping memberi kasih sayang, kami juga tegas.

Kami mahu mereka mengikuti program disediakan dan saya juga pernah menyertai mereka di Bukit Cherakah untuk aktiviti flying fox

Nama : Datin Seri Shamshida TaharinTarikh Lahir : 19 Ogos 1965Tempat Lahir : Taiping, PerakStatus : BerkahwinSuami : Dato' Seri Mohamed Azmin AliAnak : Enam orangJawatan : Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Pengerusi Lembaga Pengarah Rumah Puteri Arafiah

PROFIL

dengan saya sendiri menaikinya demi melayan anak-anak ini.

Dengan cara itu, mereka terasa disayangi.

Bagaimana Datin Seri melihat gejala sosial yang berlaku kini, khususnya di Selangor?

Para pelatih yang masuk ke sini bukan sahaja dari Selangor, malah dari seluruh Malaysia. Kita tidak mengambil hanya dari Selangor.

Menurut kajian saya, keba-nyakan yang bermasalah selalu-nya anak sulung atau anak bong-su. Jarang sekali anak tengah.

Jadi saya sedang melihat ke-napa anak yang tengah ini kurang bermasalah tetapi tidaklah semua. Itu secara umum sahaja, daripada apa yang kita lihat.

Gejala sosial adalah sesuatu yang perlu dibendung. Apa yang perlu adalah pendidikan agama yang selalu disalah pandang ma-syarakat.

Pendidikan agama ini bukan hanya ilmu agama, bukan setakat belajar tetapi kena betul-betul memahami kerana kalau hendak ikutkan ramai orang berilmu, na-mun tidak beramal.

Sebab kalau kita tengok, yang masuk ke sini ada daripada seko-lah tahfiz dan mungkin kita terke-jut. Belajar Al-Quran pun masuk ke sini juga? Yang pentingnya be-

lajar Al-Quran ini, kita kena faham apakah mesejnya. Ia bukan se-suatu yang mudah.

Kadang-kadang manusia ini perlu menjalani proses untuk membuatkan dia faham. Ke-luarga juga memainkan peranan yang sangat penting. Kalau anak perempuan, kita tengok, bapa itu sangat penting.

Kadang-kadang mungkin kita rasa kata-kata kita itu tidak mem-beri kesan. Akan tetapi apabila kita temu bual anak-anak ini, se-benarnya ia amat memberi kesan.

Mungkin ada kata-kata yang di-anggap sebagai jenaka, contohnya tidak berapa cantik atau kulit tidak berapa sama, ia sebenarnya sangat memberi kesan.

Sebab itu dalam Islam, ja- ngan merendah-rendahkan orang lain. Jangan membeza-bezakan. Mendidik anak tidak mempunyai formula tertentu. Semua orang mempunyai cara masing-masing tetapi kita perlulah cuba sedaya upaya memberi bimbingan, teru-tamanya dalam aspek agama.

Berkenaan persepsi orang pula, kita tidak boleh mengubah orang atau apa yang mereka ingin kata, tetapi kita cuba ubah masyarakat dengan mengubah diri kita dulu.

Apakah pendekatan digunakan Datin Seri untuk pelatih?

Mungkin sebab saya ada enam orang anak, maka saya saya menggunakan pendekatan lebih kepada kawan dan keibuan.

Macam anak-anak saya, saya mengenali kawan-kawan mere-ka. Kawan-kawan anak saya juga kawan-kawan Facebook saya.

Jadi, saya terapkan perkara sama kepada anak-anak di sini. Saya suka

menyapa mereka macam 'hai'. Jadi mereka tidak rasa takut atau tidak disukai. Saya seorang yang tidak suka menghakimi.

Apakah nasihat Datin Seri untuk golongan remaja di luar sana?

Kita perlu menghargai diri sendiri dan tahu diri kita berhar-ga. Saya selalu cakap pada anak-anak di sini, saya pesan bahawa diri anda berharga.

Anda begitu istimewa. Anda kena tahu bahawa anda istime-wa. Jangan biarkan orang mem-beritahu anda sebaliknya. Kita ada harga diri, kita tahu nilai diri kita.

Kalau kita ada masalah, me-mang orang terbaik yang kita pergi adalah pada keluarga. Kadang-kadang anak lebih ke-pada rakan sebaya. Sebab itulah ibu bapa dan juga keluarga ber-peranan menjadi kawan kepada mereka.

Jangan buat anak-anak takut untuk memberitahu kita. Me-mang ada satu peringkat kita ini ibu tetapi mereka juga perlu tahu yang kita boleh dibawa berbin-cang.

Kasih sayang ibu bapa itu tinggi tetapi kadang-kadang ti-dak tahu mempamerkan. Setiap orang adalah berbeza. Kalau bo-leh dalam keluarga itu mesti ada seseorang anak boleh bawa ber-cakap.

Kalau kedua ibu bapa tidak boleh menjadi rujukan anak-anak, bagaimana mereka hendak memberitahu masalah itu. Kelak, mereka memilih rakan sebaya. Kalau dapat kumpulan yang baik, Alhamdulillah. Kalau tidak, dia akan bawa ke jalan lebih sesat.

Page 15: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

16Khutbah Jumaat

SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

MIMBARJUMAAT

Intisari Khutbah Jumaat: 17 Jun 2016

Ramadan: Apakah pesta atau ibadahKEDATANGAN Ramadan dinanti

dan disambut dengan penuh keinsafan untuk mencari ganja-

ran pahala yang dijanjikan khusus Allah SWT sebagaimana hadis diriwayatkan Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap amalan anak Adam, pahala-nya akan digandakan sepuluh kali gan-da sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: kecuali puasa. Sesung-guhnya ia milik Aku. Akulah yang akan membahagikan ganjaran pahalanya”

Bagi sesetengah masyarakat, ke-datangan Ramadan sebagai peluang keemasan menambah pendapatan sampingan dengan membuka gerai juadah berbuka puasa.

Di samping itu, terdapat pelbagai iklan dan promosi menawarkan pakej berbuka puasa di merata tempat terma-suk hotel serta restoran mewah.

Apakah matlamat kita? Adakah ke-datangan Ramadan disambut sebagai pesta juadah atau ibadah?

Sesungguhnya Ramadan sebagai bulan mendidik jiwa. Kita perlu mening-katkan kesabaran dalam mengurus dan mengawal nafsu daripada perkara yang merosakkan pahala puasa sama ada me-lalui percakapan dan perbuatan seperti mengumpat, memfitnah, adu domba, bergaduh dan sebagainya.

Termasuk dalam konteks mengawal nafsu ialah ketika membeli juadah ber-buka di bazar Ramadan, yang dinanti-nantikan segenap lapisan masyarakat.

Pastinya pelbagai jenis juadah makanan dan minuman boleh diper-olehi sepanjang Ramadan. Justeru, bersederhana dan berpada-padalah ketika berbelanja supaya wang lebihan dapat diperuntukkan kepada golongan memerlukan.

Masyarakat juga diingatkan supaya tidak menjadikan bazar Ramadan se-bagai pesta makanan dan medan untuk membalas dendam seharian menahan lapar dan dahaga.

Kita sepatutnya meletakkan nilai dan hikmah puasa itu lebih tinggi berbanding nafsu makan yang tidak pernah puas.

Janganlah akhirnya nanti bazar Ra-madan menjadi bazir Ramadan yang menyebabkan kita tewas dalam per-

juangan melawan hawa nafsu semasa berbuka puasa.

Kerisauan ini dibuktikan melalui beberapa fakta dinyatakan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, yang me-rekodkan 15,000 tan sisa makanan dibuang setiap hari sepanjang 2015.

Jumlah itu boleh memberi makan kepada 11 juta orang untuk tiga kali hi-dangan sehari. Paling mendukacitakan, jumlah sisa makanan akan meningkat sehingga 15 peratus pada musim pera-yaan termasuk Ramadan.

Sumber sama memaklumkan ba-hawa 1/3 daripada makanan dibazirkan semasa proses penyediaan, pengeluar-an dan penggunaan. Kajian mendapati, satu rumah dihuni lima orang membe-lanjakan secara purata RM1,100 sebu-lan untuk makanan sahaja.

Jika diambil kira 1/3 daripada makan-an dibazirkan semasa proses itu, maka nilai makanan sebanyak RM360 dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan.

Adakah ini cerminan akhlak bagi seorang muslim? Amalan memba-

zir amat ditegah dalam Islam. Sudah pasti kita tidak mahu tergolong sebagai saudara syaitan sepertimana dinyatakan dalam Firman Allah SWT dalam surah al Israa’ ayat 27;

“Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

Sumber daripada portal Kemente-rian Kesihatan Malaysia menasihatkan supaya masyarakat tidak makan secara berlebihan ketika berbuka.

Ini kerana selepas seharian berpua-sa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap minimum dan meningkat ketika berbuka.

Jika kita makan dengan banyak, peningkatan asid akan berlaku dengan mendadak dan boleh mengakibatkan ketidakselesaan serta menjejaskan ke-sihatan.

Akibat kekenyangan, badan akan men-jadi lesu, lantas mengundang rasa malas sehingga menguzurkan diri untuk beriba-dah di malam hari.

Jika begitu setiap hari, bagaimana kita hendak merebut ganjaran di bulan Rama-dan?

Marilah kita mencontohi panduan berbuka puasa Rasululullah SAW den-gan makanan yang mudah dimakan dan dicerna.

Maka, perkara berikut hendaklah diberi perhatian:

1. Umat Islam hendaklah menjalani iba-dah puasa dengan penuh khusyuk dan mempunyai nilai ketakwaan tinggi ke-pada Allah SWT

2. Umat Islam hendaklah tidak menjadi-kan Ramadan sebagai bulan membazir dalam membeli juadah makanan untuk berbuka dan bersahur

3. Umat Islam hendaklah sentiasa ingat bahawa Ramadan adalah bulan untuk meraih sebanyak-banyak pahala dan ke-ampunan disediakan Allah SWT

Page 16: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

17SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Khas Ramadan

AK Pearl serlahkan penampilan Aidilfitri

Koleksi gelang mutiara dijual

serendah RM89.00, kerongsang RM69.00 dan butang baju melayu mutiara

RM69.00

awal 1900 yang dihasilkan secara ternakan dan relevan bagi golongan diraja, atasan dan bangsawan ketika itu.

Bagaimanapun seiring peredaran za-man, penggunaan mutiara kini sinonim juga dalam kalangan masyarakat kebiasaan dengan koleksi mutiara pelbagai jenama di pasaran.

Namun, AK Pearl dihasilkan bagi me-ngubah persepsi masyarakat secara umum-nya terhadap penilaian aksesori berasas-kan mutiara yang dominan bagi golongan berpendapatan tinggi.

“Masyarakat kurang memahami realiti sebenar bahawa terdapat beberapa jenis mutiara yang dijual dengan harga berpa-tutan, namun masih mengekalkan nilai keunikan dan keasliannya.

“Sebagai contohnya produk ini, tum-puan utama adalah nilai keasliannya ke-rana kami masih mengekalkan beberapa teknik utama dalam menghasilkan mutiara berkualiti dan tidak berkarat.

“Untuk proses penghasilannya saja memakan masa sehingga 15 hari untuk proses membersihkan mutiara, rekaan, pemasangan dalam memastikan ia terhasil

dengan penuh gaya elegan dengan kelasnya tersendiri," katanya.

Sehingga kini, beliau berkata pihaknya se-dang giat memasarkan produk AK Pearl ke peringkat lebih luas seiring tuntutan peng-guna di pasaran Malaysia, Singapura dan Bru-nei.

Untuk pelan jangka panjang, katanya AK Barakah optimis mampu menghasilkan ak-sesori mutiara mengikut selera pemakai remaja.

Masyarakat diharap menyambut baik ini-siatif syarikat tempatan untuk lebih berda-

ya saing menerusi penjenamaan AK Pearl menjelang Syawal ini.

Koleksi gelang mutiara dijual serendah RM89.00, kerongsang RM69.00 dan butang baju melayu mutiara RM69.00.

Bagi mendapatkan koleksi mutiara ini, penggemar boleh mendapatkannya melalui pengedar AK Pearl di Level 1A Roshni@Shah Alam, Jalan Plumbum Q7Q, Seksyen 7, Shah Alam (Firdaus 018-211 2834).

Juga boleh didapati menerusi agen di se-luruh negara atau melalui kedai aksesori ke-cantikan perhiasan diri.

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BIDANG keusahawanan negeri diper-lebarkan lagi menerusi inisiatif usaha-wan tempatan meningkatkan jaringan

ekonomi melalui penghasilan produk ber-asaskan mutiara.

AK Barakah Resources sebuah syarikat bumiputera terletak di Kampung Sungai Pusu, Batu 8 Gombak ini tampil menyerlah-kan identiti penggemar aksesori mutiara asli menjelang Syawal.

Sebagai sebuah syarikat bumiputera di Selangor, AK Barakah mewujudkan jenama mutiara eksklusif dikenali sebagai AK Pearl.

Pengurus Operasi dan Pereka Grafik, Hamdan Jamin, berkata idea menghasilkan produk berasaskan mutiara tercetus sei-ring perkembangan dan permintaan tinggi produk terbabit di pasaran.

Beliau berkata, penjenamaan mutiara mampu menyerlahkan gaya elegan sepan-jang zaman dan mampu memberikan ke-lainan penampilan untuk semua golongan.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan den-gan penglibatan usahawan dan anak jati Selangor, syarikat kami terpanggil menye-diakan produk membawa imej dan kema-juan kepada syarikat.

“Tanpa menggunakakan mutiara dari Je-pun, pemilihan mutiara asli dari Sabah se-memangnya ada tarikan keunikan yang mampu menyerlahkan imej pemakai," ka-tanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, mutiara Sabah dipe-ngaruhi pelbagai keunikan semula jadinya merangkumi aspek tekstur kulit, rupa ben-tuk, warna dan nilai ketahanannya.

Di sebalik perincian berkenaan katanya, mutiara Sabah adalah khazanah negara de-ngan nilai estetika yang mampu menyerlah-kan lagi keunikannya.

“AK Barakah optimis untuk menjanjikan kepuasan kepada penggemar mutiara de-ngan menghasilkan aksesori mutiara seperti butang baju, kerongsang dan gelang.

“Tumpuan kami untuk sambutan Aidil-fitri ini kepada golongan pertengahan dan muda terdiri daripada kaum perempuan dan secara terbuka juga untuk pemakai butang baju melayu bagi kaum lelaki," katanya.

Menyingkap trend pemakaian mutiara di Malaysia, ia sudah menjadi tarikan sejak

Page 17: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

18PBT

SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Inisiatif hijau bebas plastik

PBT terima RM��,���OLEH AFIX REDZUAN

SEPANG - Semua pihak berkua-sa tempatan (PBT) di negeri ini menerima RM10,000 daripada Kerajaan Negeri bagi melak-sanakan Pasar Ramadan Mampan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Eliza-beth Wong, berkata ia bagi merealisasikan program inisia-tif hijau baru untuk mendidik masyarakat mengurangkan ke-bergantungan kepada plastik dan polisterin.

“Justeru, PBT perlu memain-kan peranan bagi menggalak-kan pengguna membawa beg atau bekas makanan sendiri,” katanya pada Majlis Pelancaran Pasar Ramadan Mampan 2016

peringkat Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), di sini, 15 Jun lalu.

Hadir sama, Yang Diper-tua MPSepang, Datuk Puasa Md Taib dan Pegawai Daerah Sepang, Roslinah Md Jani.

Elizabeth turut meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga bazar Ramadan di seki-tar Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi.

Pada masa sama, beliau ber-kata Pasar Ramadan Mampan tu-rut menganjurkan program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai (KISMAT) dengan pembayaran RM1 bagi setiap 1 liter minyak.

Katanya, Kerajaan Negeri juga sudah memulakan kempen tiga hari tanpa beg plastik pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

MPK pergiat kempen tanpa plastik dan polisterinKLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) giat melaksanakan kempen ti-dak menggunakan plastik dan polis-terin di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Dato' Mohamad Yasid Bidin, berkata ia selaras hasrat Kerajaan Negeri melaksanakan kem-pen pengurangan penggunaan beg plastik dan bekas makan polisterin.

“Seperti kita sedia maklum, kesan penggunaan bahan ini menjejaskan alam sekitar kerana mengambil masa lama diuraikan dan memberi kesan negatif terhadap persekitaran.

“Ia juga selaras misi Kerajaan Negeri berkenaan pelaksanaan kempen kitar semula serta pengurangan penggu-naan beg plastik dan polisterin bagi menjadikan Selangor Bandar Hijau dan meningkatkan kualiti alam seki-

tar,” katanya dalam kenyataan.Yasid berkata tindakan itu untuk

manfaat semua pihak selaras usaha memelihara alam sekitar dan mem-beri kesedaran berkenaan kelestarian alam.

Meskipun menyedari penggunaan polisterin belum diharamkan di pe-ringkat negeri, namun beliau berkata MPK mengambil pendekatan awal memberi ‘pendidikan kesihatan’ kepa-da masyarakat.

“Antara usaha MPK adalah menge-darkan risalah kepada masyarakat ter-utamanya golongan peniaga, kantin sekolah dan pejabat kerajaan.

"MPK juga memasang papan ke-nyataan peringatan di seluruh gerai supaya peniaga mematuhi syarat dike-nakan,” katanya.

Segera kemas kini harta milikanPETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesa pemilik harta mengemas kini rekod pemilikan harta dalam kadar segera kerana proses mengemas kininya sedang giat dilaksanakan di seluruh kawasan pentadbiran.

Sekretariat Media MBPJ berkata pihaknya mendapati kebanyakan pemilik harta di Peta-ling Jaya Utara (PJU) dengan majoritinya harta jenis kediaman kondominium, pangsapuri dan rumah pangsa masih gagal mengemas kini rekod pemilikan.

Katanya, ia perlu dilakukan bagi mengemas kini rekod sekiranya terdapat pemindahan harta yang belum ditukar nama pemilik baru di dalam bil cukai taksiran.

“Adalah menjadi tanggungjawab pembe-li dan penjual memaklumkan kepada MBPJ berhubung pindahmilik dan pertukaran nama.

“Untuk tujuan ini, pemilik harta hanya perlu melayari laman sesawang MBPJ di ala-mat www.mbpj.gov.my dan memuat turun Borang I,” kata Unit Komunikasi Korporatnya

dalam kenyataan.Untuk kemudahan, pemilik harta juga boleh

datang terus ke kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di Tingkat 11, Menara MBPJ atau ke Pejabata Cawangan MBPJ di No 17 & 19, Jalan Pekaka 8/1D, PJU 5, Prestij Kota Daman-sara, 47310 Petaling Jaya.

Kegagalan pemilik harta berbuat demiki-an boleh didakwa berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 160(6) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) apabila disabit bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

“Sehubungan itu, MBPJ mengharapkan ker-jasama semua pemilik harta di Petaling Jaya mengemas kini agar segala urusan menghan-taran notis dan bil cukai taksiran dapat dihantar kepada pemilik sebenar,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, pihak berkai-tan boleh terus ke kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBPJ atau hubungi 03-79545986 / 03-79545987.

'Shah Alam On Wheel' kini di Seksyen �� SHAH ALAM - Lokasi Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ Ma-jlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berubah ke Pasaraya Giant Seksyen 18, di sini bermula 18 Jun ini.

MBSA menerusi laman Face-booknya, berkata pejabat bergerak itu akan beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga jam 3.00 petang.

Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel itu akan menyediakan kemu-dahan perkhidmatan seperti semak-an dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kom-paun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan se-bagainya.

Orang Kena Kompaun (OKK) juga berpeluang melangsaikan kompaun dengan diskaun sebanyak 50 pera-

tus hingga 5 Julai sahaja.Melalui perkhidmatan ini, pihak

Majlis berharap dapat memantap-kan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel itu akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya

Page 18: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

19SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

PBT

NOTISPEMBERITAHUAN TENTANG PUBLISITI AWAL DI

BAWAH SUBSEKSYEN 12A. AKTA 172 BERKAITAN PENYEDIAAN KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN

KUALA LANGAT 2030 (RTKL 2030)Menurut Subseksyen 12A. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), dengan ini diberitahu bahawa pameran maklumat awal berkenaan penyediaan Kajian Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 tersedia untuk di periksa bermula dari 13hb. Jun – 1hb. Julai, 2016 pada hari bekerja di tempat-tempat seperti yang berikut :-

Segala pandangan/ cadangan berkenaan dengan penyediaan Kajian Rancangan Tempatan tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan, surat ataupun memorandum kepada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan JPBD Selangor sebelum atau pada 1hb. Julai, 2016. Borang pandangan, surat ataupun memorandum itu hendaklah dihantar atau melalui email seperti di bawah :-

Tempat Tarikh Masa

Tingkat 16, Jabatan Perancangan 13hb. Jun – 1hb. Julai, 2016 8.30 pg - 4.30 ptgBandar dan Desa Negeri Selangor, Bangunan Darul Ehsan , Shah Alam

Lobi Majlis Daerah Kuala Langat, 13hb. Jun – 1hb. Julai, 2016 8.30 pg - 4.30 ptgPersiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor

PENGARAHJabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor

Tingkat 15-18, Bangunan Darul EhsanNo.3, Jalan Indah, Seksyen 1440646 Shah AlamSelangor Darul EhsanNo. Tel. : 03-5511 6666No. Faks : 03-5510 5051Email : [email protected] Web : www.jpbdselangor.gov.my

Yang DiPertuaMajlis Daerah Kuala Langat

Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, SelangorSelangor Darul EhsanNo. Tel. : 03-3187 2825 No. Faks : 03-3187 9304Email : [email protected] Web : www.mdkl.gov.my

Beroperasi secara haram

Tiga pusat sembelih ayam ditutup

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Tiga pusat penyembelihan ayam beroperasi secara haram di seki-tar Puchong ditutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Mohamad Azli Miswan, berkata premis terbabit tidak dibenarkan lagi beroperasi malah akan dibawa ke tindakan mahka-mah.

“Pada 14 Jun lalu, MPSJ dengan kekua-tan 28 anggota penguatkuasa membuat pemeriksaan mengejut ke lima premis pusat penyembelihan ayam di sekitar Pu-chong.

“Operasi penguatkuasaan dijalankan

terhadap premis pusat penyembelihan ayam tidak mempunyai lesen perniagaan termasuk premis penyembelihan ayam berlesen tetapi melanggar syarat pele-senan atau menyalahgunakan lesen di-berikan,” katanya dalam kenyataan.

Azli berkata notis tindakan kompaun juga dikenakan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan MPSJ 2007 dengan denda maksimum RM 1,000.

“Manakala dua buah premis lagi di-dapati melanggar syarat pelesenan den-gan melakukan aktiviti penyembelihan dan tindakan notis serta kompaun dike-nakan di bawah peruntukan undang-un-dang sama,” katanya.

Dakwaan rasuah, MPK sedia disiasatKLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedia disiasat ekoran tudu-han salah laku projek pembinaan pe-nyimpanan abu mayat berdekatan kawasan pe-rumahan di Klang.

Yang Dipertuanya, Dato' Mohamad Yasid Bi-din, berkata pihaknya ber-sedia melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar dakwaan dibuat Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah.

“Ada dia bagi sebarang bukti bayaran (rasuah) dan jika ada bagi kepada saya untuk dilaporkan kepada SPRM,” kata-nya dalam kenyataan media.

Yasid berkata dakwaan rasuah terha-dap kakitangan MPK dalam isu berke-naan diambil serius dan siasatan lan-jut akan dijalankan Bahagian Integriti MPK.

Pada masa sama, beliau berkata pi-

haknya ada menerima permohonan pihak pemaju berkenaan pembinaan penyimpanan abu mayat pada 22 Mei

lalu tetapi ia masih belum diluluskan.

“MPK tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kakitangan yang terlibat dengan ra-suah dan akan mengam-bil tindakan tegas jika di-dapati mereka bersalah.

“Kita memang terima permohonan dan akan dipanjangkan ke Jabatan Teknikal untuk memberi ulasan," katanya sam-

bil menambah proses pendengaran awam akan dilakukan bagi mendengar pendapat dan bantahan penduduk.

Sebelum ini, bantahan sama pernah dilakukan di tapak penyimpanan abu mayat berkenaan, malah badan bu-kan kerajaan (NGO) terlibat turut me-nyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha MPK, Adi Faizal Ah-mad Tarmizi.

Pasar raya jual barang tarikh luput diserbuKLANG - Sebuah pasar raya terkenal di daerah ini didapati menjual barangan tamat tarikh luput dan melanggar Akta Makanan 1983 semasa operasi khas Ma-jlis Perbandaran Klang (MPK), baru-baru ini.

Yang Dipertua MPK, Dato' Mohamad Yasid Bidin, berkata pasar raya itu juga didapati melakukan kesalahan berke-naan label makanan, tin makanan kemek dan beberapa kesalahan lain.

“Dalam serbuan itu, beberapa produk makanan turut disita,” katanya dalam ke-nyataan.

Yasid berkata operasi dijalankan Ja-batan Kesihatan MPK itu bertujuan me-lindungi pengguna daripada bahaya

ke-sihatan serta penipuan dalam penye-diaan dan penjualan makanan.

Selain itu, katanya operasi terbabit tu-rut memastikan makanan dijual dalam kawasan pentadbiran MPK sentiasa berkualiti, bersih dan bermutu.

“Orang ramai juga perlu memasti-kan barangan dibeli di dalam tin tidak berkarat, menggelembung atau ke-mek serta mempunyai tarikh luput bagi mengelakkan masalah berkaitan kesihat-an kelak,” katanya.

Yasid berkata premis menjual makan-an sudah tamat tarikh luput, rosak, terce-mar, tidak berlabel dan tidak mempunyai maklumat lengkap akan berdepan tinda-kan tegas termasuk sitaan.

MPSJ wujud akaun TwitterSHAH ALAM - Masyarakat kini boleh berhubung rapat dengan Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) melalui Twit-ter, @JPMasyarakat MPSJ.

Inisiatif itu digerakkan pi-hak berkuasa tempatan (PBT) terbabit sebagai us-aha menambah perkhid-matan dan kemudahan ter-baik kepada warga Subang Jaya.

“Kini Jabatan Pemba-ngunan Masyarakat MPSJ mempunyai (akaun) Twit-ter bagi menyalurkan informa-si kepada warga Subang Jaya

“Jom follow kami di Twitter,” kata MPSJ

menerusi kenyataan di Facebook.Kerajaan Negeri sebelum ini turut

menggalakkan penggunaan teknologi maklumat melalui aplikasi media sosial

supaya lebih responsif terha-dap aduan rakyat.

Pada masa sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawa-

ng, Gan Pei Nei juga pernah mencadangkan penggunaan

media sosial dalam urusan pen-tadbiran ketika membahaskan

Belanjawan Negeri sebelum ini.“Dengan cara ini lebih memudah-

kan rakyat membuat aduan hanya de-ngan PBT membuka Facebook, Twitter atau e-mel pegawai,” katanya.

Mohamad Yasid

Page 19: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

20Pendidikan

SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA - Sekolah Jenis Ke-bangsaan Cina (SJKC) Lick Hung menerima RM50,000 daripada Kerajaan Negeri bagi membaiki infrastruktur sekolah terbabit.

Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Lim Kok Sang, baru-baru ini.

Hannah berkata, peruntukan terbabit adalah tertinggi kepada sekolah itu tahun ini.

“Sekolah ini adalah sekolah yang mempunyai prestasi terbaik di negara.

“Sebagai Adun, saya gembira dapat membantu pelajar dan pi-hak sekolah menyediakan kemu-dahan lebih baik,” katanya.

Selain itu, beberapa SJKC lain di Dun Subang Jaya turut meneri-ma sumbangan iaitu SKJC USJ 1

Tingkat infrastruktur

SJKC Lick Hung terima RM��,���

SHAH ALAM - Kolej Antarabang-sa Inpens (INPENS) menerima enam unit generator sumba-ngan Kumpulan Semesta (SE-MESTA) bagi memudahkan pe-lajar mendalami kursus elektrik.

Pengurus Komunikasi Korpo-rat INPENS, Jefri Mejan, berkata ia ekoran peningkatan pelajar bagi kursus itu kepada 153 pe-lajar sehingga kini.

Katanya, keadaan itu menye-babkan sesi pembelajaran se-dikit terbatas ekoran kelengka-pan tidak mencukupi.

“Atas jasa baik Kumpulan SE-

MESTA meluluskan permoho-nan INPENS, kelengkapan ini memudahkan pelajar meneri-ma pendedahan dengan lebih fokus dan meluas,” katanya ke-tika dihubungi SelangorKini.

Jefri berkata, INPENS mene-rima empat unit generator pada 14 Jun lalu manakala dua unit lagi bakal diterima dalam waktu terdekat.

“Ia penting bagi pelajar elektrik kerana kini mereka bukan sekadar mempelajari pendawaian tetapi sesi pem-belajaran lebih meluas seperti

memperbaiki generator, pam air dan sebagainya.

“Kursus elektrik juga adalah kedua teramai pelajarnya selepas kursus automotif iaitu 165 pelajar,” katanya.

INPENS memberi tumpuan kepada program teknikal dan berpacukan industri dengan kemahiran vokasional berasas-kan National Occupational Skill Standards (NOSS).

Ia juga diperakui Kementeri-an Sumber Manusia dan dika-wal selia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

SEMESTA sumbang generator mudahkan pelajar INPENS

BANGI - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menawarkan tempat penga-jian kepada lepasan Sijil Pelaja-ran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang belum melanjutkan pela-jaran ke institut pengajian tinggi awam dan antarabangsa.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporatnya, Dr Zulkifli Abd Ha-mid, berkata KUIS mengambil langkah proaktif memastikan semua pelajar layak menerus-kan pengajian ke peringkat le-bih tinggi tanpa sebarang alasan

khususnya membabitkan tem-pat atau institusi pengajian.

“Pelbagai bidang pengajian disediakan dengan menawar-kan 53 kursus bermula pada pe-ringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsa-fah (PhD).

“Prasarana yang kondusif tersedia untuk proses pengajian dan pembelajaran berkesan se-lain kemudahan fasiliti dan ke-mudahan kediaman di dalam kampus dengan kebajikan pela-jar menjadi keutamaan,” katanya.

Bagi lepasan SPM yang men-capai keputusan lima kredit la-

yak memohon pengajian Asa-si iaitu Kursus Asas Pengajian Islam, Asasi Pengurusan, Penga-jian Asas Teknologi Maklumat, Pengajian Tahun Asas Bahasa Arab dan Pengajian Asas Komu-nikasi dengan biasiswa melalui Tabung Khas KUIS (TKK) untuk pelajar yang layak.

Semua permohonan bo-leh dibuat secara dalam talian di laman sesawang www.kuis.edu.my atau hubungi Baha-gian Pemasaran dan Komu-nikasi di talian 03-89117072 / 03-89117073 untuk maklumat lanjut.

KUIS tawar pengajian untuk lepasan SPM, STAM, STPM

sebanyak RM30,000, Sekolah Aga-ma Bestari USJ 5 (RM100,000) dan SJKT Tun Sambathan (RM70,000).

Katanya, Kerajaan Negeri mem-peruntukkan RM6 juta bagi Seko-lah Agama Rakyat (SAR), SJKC dan SJKT masing-masing RM4 juta pada tahun ini.

Banyak sekolah perlu mem-baiki kemudahan pelajar, namun peruntukan pendidikan dipotong pihak Kementerian.

"Mereka sepatutnya lebih pri-hatin," katanya.

Sebagai Adun, saya gembira dapat membantu pelajar dan pihak sekolah menyediakan ke- mudahan lebih baik

HANNAH YEOHADN Subang Jaya

Page 20: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

21SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Agama

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - RM708,400 di-belanjakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerusi anak syarikatnya, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bagi meraikan 7,084 anak yatim seluruh Selangor sempena Aidilfitri tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Moha-mad Adzib Mohd Isa, berkata pengagihan duit raya itu dilak-sanakan di 366 masjid melalui nazir dilantik MAIS.

“Ini adalah acara tradisi meraikan asnaf fakir, miskin, mualaf dan anak yatim sepan-jang Ramadan.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu persiapan me-nyambut hari raya dan mence-riakan mereka dalam menjalani ibadah puasa,” katanya yang juga Pengerusi YIDE.

Beliau berucap demikian ke-tika Majlis Penyerahan Sum-bangan Hari Raya kepada Anak-

anak Yatim di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelu-tong, 18 Jun lalu.

Majlis disempurnakan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafud-din Idris Shah yang berkenan menyampaikan sumbangan ke-pada 436 anak yatim.

Sumbangan turut diberikan kepada 183 nazir masjid dari-pada lima daerah iaitu Peta- ling dengan 45 anak yatim, Hulu Langat (45), Klang (42), Kuala Langat (29) dan Sepang (22).

Tengku Amir turut berkenan menerima ‘mock up’ cek bernilai RM60,000 daripada enam pe-nyumbang.

Penyumbang termasuk syari-kat Operasi Jitu Sdn Bhd, SPNB Idaman Sdn Bhd, Perbenda-haraan Negeri Selangor, Lebar Daun Sdn Bhd, Malaysian Elec-tronic Payment System SB dan individu, Badrul Hisham Mohd Isa.

Sumbangan Aidilfitri anak yatim

YIDE belanja RM���,���

SHAH ALAM - Sumbangan Aidilfitri diterima anak yatim tidak sesekali di-belanjakan secara suka-suka, sebaliknya ia akan disimpan sebagai tabungan.

Pelajar Tingkatan 2, Daniel Iskandar Jainan daripada Taman Medan, berkata wang itu hanya akan digunakan jika ke-adaan memerlukan.

"Kami tidak berayah, mak kerja kuat maka kami perlu bijak, tiada istilah suka-suka," katanya yang bercita-cita berge-lar arkitek satu hari nanti.

Beliau yang kehilangan ayah sejak la-pan tahun lalu kini bergantung penuh kepada ibunya yang bekerja sebagai pengasuh.

Berusia 11 tahun, Puteri Fateha Ikma Mohd Jailani daripada Petaling Jaya tu-rut berpandangan sama iaitu berjimat-cermat semahunya.

"Ibu sentiasa berpesan untuk kami empat beradik supaya berjimat dan gunakan untuk perbelanjaan pembela-jaran sahaja," katanya yang turut mem-

Pilih menabung berbanding belanja suka-suka

SHAH ALAM - 26 Rumah Pemulihan Al-Riqab di ne-geri ini menerima bantuan Ramadan RM49,988 beru-pa barangan keperluan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Bantuan terbabit disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Al-Riqab MAIS, Prof Dr Mujaini Tarimin dan Setiausaha MAIS, Datuk Bakhtiar Hussin dalam Majlis Tadarus Perdana dan Program Berbuka Puasa bersama Asnaf Al-Riqab di Laman Kayangan di sini, 19 Jun lalu.

Antara rumah pemulihan yang menerima bantuan adalah Rumah Penawar, Puncak Alam; Rumah PROKIM, Bukit Beruntung; Rumah Pewa-him (Wahidayah), Bukit Beruntung; Rumah Bela In-san, Ampang dan Rumah Darul Ukhwah, Puchong.

Selain itu, sumbangan geran tahunan juga diberi-kan kepada 10 Rumah Pemulihan Al-Riqab.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Rumah Al-Riqab Terbaik dengan kategori Rumah HIV Terbaik dimenangi Rumah Astana Budi, Rawang.

Bagi kategori Rumah Sosial Terbaik dimenangi Rumah Darul Wardah, Jalan Kebun, Klang manaka-la kategori Rumah Kanak-Kanak Terbaik dimenangi Rumah Safiyya, Shah Alam.

�� Rumah Pemulihan Al-Riqab terima sumbangan RM��,���

beritahu ibunya kini bekerja sebagai pe-mandu peribadi.

Bakal menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, Nurul Atiqah Syamsul bersyukur dengan ke-prihatinan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Saya dan adik terima sumbangan.

Dapatlah kurangkan beban ibu yang berniaga serta berpendapatan tidak menentu," katanya yang kehilangan ayah sebagai tempat bergantung.

Ketiga mereka adalah antara 436 penerima sumbangan raya daripada MAIS di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, 18 Jun lalu.

Daniel Iskandar Puteri Fateha

WAKTU SOLAT SELANGOR24 Jun - 1 Julai 2016

19 - 26 Ramadan 1437HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

24 Jumaat 5.33 5:43 7.06 1:18 4:44 7:28 8:4325 Sabtu 5.33 5:43 7.06 1:19 4:45 7:28 8:4326 Ahad 5.33 5:43 7.06 1:19 4:45 7:28 8:4427 Isnin 5.33 5:43 7.06 1:19 4:45 7:28 8:4428 Selasa 5.34 5:44 7.07 1:19 4:45 7:28 8:4429 Rabu 5.34 5:44 7.07 1:20 4:45 7:28 8:4430 Khamis 5.34 5:44 7.07 1:20 4:45 7:29 8:4401 Jumaat 5.34 5:44 7.07 1:20 4:45 7:29 8:44

24 Jumaat 5.35 5:45 7:08 1:20 4:46 7:30 8:4525 Sabtu 5.35 5:45 7:08 1:21 4:47 7:30 8:4526 Ahad 5.35 5:45 7:09 1:21 4:47 7:30 8:4627 Isnin 5.35 5:45 7:09 1:21 4:47 7:30 8:4628 Selasa 5.36 5:46 7:09 1:21 4:47 7:30 8:4629 Rabu 5.36 5:46 7:09 1:22 4:47 7:31 8:4630 Khamis 5.36 5:46 7:10 1:22 4:47 7:31 8:4601 Jumaat 5.36 5:46 7:10 1:22 4:47 7:31 8:46

Page 21: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

22 SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Wanita & Kebajikan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Seramai 100 peserta dari DUN Sementa ter-pilih sebagai kumpulan pertama menerima bantuan Smart Se-langor Food Stamp, pada 17 Jun lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan.

Katanya, usaha itu juga di-harap melenyapkan cerita kelu-arga yang menahan lapar akibat tiada makanan.

“Walaupun tidak dizahirkan

dengan kata-kata, senyuman mereka cukup memperlihatkan kegembiraan.

“Ini menunjukkan penghar-gaan mereka atas kepedulian Kerajaan Negeri di bawah pen-tadbiran Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya dalam ke-nyataan.

Jumaat minggu ketiga setiap bulan dipilih sebagai Hari ‘Smart Selangor Food Stamp’ bermula 17 Jun lalu dengan peruntukan RM3 juta.

Bantuan akan diberikan ke-pada 5,600 keluarga termiskin di seluruh Selangor, bersamaan 100 peserta bagi setiap DUN.

Smart Selangor Food Stamp

��� keluarga terima bantuan

SHAH ALAM - Penerima bantuan Smart Selangor Food Stamp dari DUN Batu Tiga yang menerima bonus tambahan akan didaftar-kan di bawah program kemahi-ran diri bagi menjana pendapa-tan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata ia bertujuan membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara atas talian (online) selama enam bulan sebelum peserta diberikan modal untuk memulakan pernia-

gaan dari rumah.“Kita sudah lakukan kaji seli-

dik ke atas 100 penerima ini dan mendapati mereka mempunyai bakat tetapi tidak tahu tempat yang mampu mengoptimakan potensi diri

“Maka, kita mengambil lang-kah intensif ini bagi memberi pe luang kepada mereka meningkat-kan taraf hidup masing-masing,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, beliau melancar-kan program Smart Selangor

Food Stamp DUN Batu Tiga dan menyampaikan bantuan kepada 100 penerima di Dewan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di sini, 19 Jun lalu.

Selain program kemahiran diri, penerima juga berpeluang memilih dua pasang pakaian hari raya hasil sumbangan orang ra-mai.

“Diharap sumbangan ini mampu mengurangkan beban penerima sempena Ramadan dan Syawal nanti,” katanya.

DUN Batu Tiga dapat ‘bonus’ tambahan

KLANG - Hampir 200 wanita me-nyertai program Diskusi Khas Mus-limat sempena Semarak Ramadan 2016 peringkat daerah, di sini, 15 Jun lalu.

Bertempat di Masjid Ahmadi, majlis perasmian penutup disem-purnakan Exco Kesihatan, Kebaji-kan, Hal Ehwal Wanita dan Keluar-ga, Dr Daroyah Alwi.

Daroyah berkata ia adalah pro-

gram sulung tahun ini sebelum di-laksanakan di kesemua sembilan daerah di Selangor.

“Kita menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan wanita yang dahagakan ilmu se-perti bacaan Al-Quran dan se-bagainya.

“Usaha ini selaras hasrat Kera-jaan Negeri memberdayakan wani-ta dari segi rohani dan jasmani,” ka-

tanya kepada SelangorKini.Bermula jam 8 pagi, program

antara lain meliputi sesi solat sunat dhuha dan tasbih, zikir munajat, majlis tadarus dan penyampaian ceramah.

Program Diskusi Khas Muslimat mula dilaksanakan di seluruh Se-langor pada 2012 dengan kerjasa-ma Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

��� wanita sertai Diskusi Khas Muslimat

Page 22: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

23SelangorKini 24 Jun - 1 Julai 2016

Sukan

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:

Berdaftar dengan CIDB Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Gred: G7Kategori: B04 & CE21

Bayaran Dokumen Tender RM1,500.00

kepadaBAHARUDDIN ALI &

LOW SDN BHD

(Tidak akan Dikembalikan)

21 Jun 2016Sehingga

30 Jun 2016

Di pejabat:BAHARUDDIN ALI & LOW

SDN BHDNo. 217 & 219, Jalan Perkasa Satu,

Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur.

T: 03-9285 3744F: 03-9285 5452

Waktu PejabatIsnin - Jumaat

9.00 pagi -12.30 tengahari dan

2.30 petang - 5.00 petang

Tarikh Tutup Tender:Sebelum atau pada jam 12.00 tengahari, 25 July 2016 (Isnin)

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:

JABATAN PEROLEHANWORLDWIDE HOLDINGS BERHADARAS 4, NO. 1, WORLDWIDE@7

JALAN LAZUARDI 7/2940000 SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSANNo. Tel: 03-5510 2525 No. Faks: 03-5510 4448

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan

Butir-Butir TawaranNo.

A.

Syarat-Syarat Pendaftaran Harga Tarikh dan Tempat Pembelian

Dokumen Tender

No. Tender: WHB/PU/OT/PRO/11/16

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN 90 UNIT RUMAH TERES DUA TINGKAT YANG MENGANDUNGI 76 UNIT JENIS A (20’ X 70’), 14 UNIT JENIS B (20’ X 70’), 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK & 1 UNIT PONDOK PENGAWAL DI ATAS SEBAHAGIAN LOT PT2141 (LOT 3876) HSD 2618, BANDAR PUNCAK ALAM, MUKIM IJOK, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD.

KENYATAAN TENDER

saiz: 14cm x 4col

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Landasan pem-bangunan belia diteruskan menerusi penubuhan organisasi Selangor Youth Community (SAY) oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Id-ris Shah.

Pegawai Projek, Nurul Azwa Rodzi, berkata penubuhannya seiring hasrat Kerajaan Negeri memberdaya pembangunan eko-

Raja Muda teraju SAY

Galak belia sertai khidmat komuniti

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Se-langor (FAS) sudah menerima surat rasmi daripada kelab Johor Darul Takzim (JDT) untuk meneruskan perbincangan berke-

JDT 'pinang' Azrif, FAS sedia berbincang

nomi menerusi penglibatan be-lia dalam khid-mat komuniti selu-ruh negeri.

"SAY berharap dapat mengenalpasti jurang ser-ta permasalahan belia Selangor dengan menyediakan platform untuk menghubungkan belia su-paya dapat menyumbang kepa-da pembangunan negeri.

"Fungsi utamanya untuk me-ngadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkat-kan kesetiaan kepada negara dan mewujudkan kesedaran perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, baginda Raja Muda memfokuskan empat kate-gori utama sebagai inisiatif jang-ka panjang ke arah keberkesanan penubuhannya.

Fokus tersebut mencakupi bi-dang Sukan dan Rekreasi, Kese-nian dan Budaya, Keusahawanan dan Perdagangan serta Muzik dan Seni Persembahan.

Awal Jun lalu, majlis perasmi-an SAY dilancarkan di Project Re-vamp @ Extreme Park di Taman Sukan Lasak, Seksyen 13.

Pada majlis itu, baginda yang juga Penaung Diraja SAY berti-

naan pemain pertahanan, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Pengurus The Red Giants, Amirudin Shari berkata setakat ini FAS kekal de-ngan keputusan menolak penebusan kontrak namun bersedia meneruskan perbincangan bersama JDT bergantung pada keputusan pimpinan atasan.

"Kita sudah dapat surat daripada Per-satuan Bola Sepak Johor, Kelab

JDT, saya akan putuskan segera de-ngan pimpinan tertinggi.

"JDT sudah menulis surat un-tuk memanjangkan runding-an

terhadap pemain terbabit. Kita akan bincang secara

terbaik tetapi saya perlu mendapat pengesahan

pimpinan tertinggi terlebih dahulu," ka-tanya kepada Se-

langorKini.Menyentuh soal jendela per-

pindahan yang mula dibuka 20 Jun, Amirudin menjelaskan pengurusan Se-

langor sudah ada senarai pendek pe-main untuk dibawa masuk.

"Kita sudah ada senarai pendek dan saya sedang lobi untuk pertimbangan pengurusan atas.

"Kalau diluluskan kita akan melihat sedikit perubahan jika tidak kita kekal barisan pemain sedia ada," katanya.

tah supaya usaha pembangunan itu terus diperluaskan ke seluruh negeri demi manfaat belia Sela-ngor.

Antara gerak kerja dan inisia-tif digerakkan organisasi itu ter-masuklah mengadakan pelbagai aktiviti khidmat komuniti dan se-rahan bantuan sumbangan Aidil-fitri, baru-baru ini.

SAY berharap dapat mengenalpasti jurang serta permasalahan belia Selangor dengan menyediakan platform untuk menghubungkan belia

NURUL AZWAPegawai Projek SAY

Page 23: FINAL BOOK Selangorkini 24 Jun – 1 Julai 2016

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

Raja Muda teraju SelangorYouthCommunity

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kontinjen Se-langor mensasarkan 48 emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 di Sarawak, 22 hingga 31 Julai ini.

Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Mohd Najwan Halimi, berkata atlet Renang dijangka mampu memecah dominasi kontinjen negeri lain dengan sasaran tujuh emas.

“407 atlet Selangor mengga-las cabaran ke Sukma Sarawak. MSN mensasarkan 48 pingat emas mampu diraih kontinjen Selangor berdasarkan persia-pan dan rekod atlet kita.

“Kita jangka atlet renang mampu meraih kutipan emas tertinggi pada kejohanan kali ini,” katanya kepada SelangorKini.

Kontijen Sela-ngor beraksi ce-merlang dalam

SHAH ALAM - Exco Pemba-ngunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangu-nan Usahawan, Amirudin Shari memaklumkan pihaknya sudah mempunyai pemenang dalam Peraduan Mencipta Sampul Raya Red Giants 2016.

Katanya, sampul raya ter-pilih itu bakal dicetak 10,000 keping sebelum diedarkan ke-pada peminat.

Menerusi laman Facebook, beliau berkongsi lakaran sam-pul surat dipilih daripada sena-rai pendek lima finalis selain meminta pandangan daripada peminat.

Ketika dihubungi beliau ber-kata, seramai 70 peserta me- nyertai peraduan yang berakhir 17 Jun lalu.

“Terima kasih atas maklum-balas semua pihak, saya me-milih reka bentuk ini sebagai

pemenang Peraduan Mencipta Sampul Raya Red Giants 2016.

“Terima kasih dan penghar-gaan saya buat semua peserta, reka bentuk yang menarik dan membanggakan malangnya cuma satu boleh dipilih se-bagai pemenang,” katanya.

Amirudin berkata, kriteria pemenang dipilih adalah la-karan sampul meletakkan imej melambangkan The Red Giants dan warna bendera Selangor.

Pemenang dan finalis akan dihubungi melalui e-mel untuk penyerahan hadiah wang tu-nai dan barangan Lotto pada 25 Jun ini dalam Majlis Iftar Ra-madan Pemain Selangor Bersa-ma Penyokong dan Anak-Anak Yatim.

Majlis Iftar di Perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam bermula pada jam 6 petang hingga 8 malam.

407 atlet ke Sarawak

SUKMA: Selangor sasar �8 emas

��,��� sampul raya Red Giants buat peminat

kejohanan terdahulu apa-bila muncul sebagai juara la-pan kali, namun agak merosot dalam edisi terakhir apabila sekadar menduduki tempat ke-empat.

Bagaimanapun, persemba-han cemerlang kontinjen Sela-

ngor diyakini mampu meraih pingat lebih besar

pada kejohanan sukan yang mencungkil bakat muda dari

seluruh negara.Dalam perkembangan

sama, pasukan Karate Do bakal memulakan siri kempen mem-

buru emas pertama Selangor sebelum memulakan aksi

pertamanya Julai ini.“Pasukan pertama dari atlet Selangor yang

berlepas ke Sa-rawak 16 Julai ini adalah dari su-kan Karate Do,” katanya.

Pada masa sama, MSN Sela-

ngor kini giat mem-bangunkan potensi

atlet negeri bagi memper-hebatkan aksi untuk mencabar pasukan negeri lain pada SUK-MA kali ini.

Dalam edisi terdahulu, Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan SUKMA Per-lis 2014 dengan 55 pingat emas, 38 perak dan 49 gangsa.

407 atlet Selangor menggalas cabaran ke Sukma Sarawak. MSN mensasarkan 48 pingat emas mampu diraih kontinjen Selangor berdasarkan persiapan danrekod atlet kita.Kita jangka atlet renang mampu meraih kutipan emas tertinggi pada kejohanan kali ini

MOHD NAJWAN HALIMITimbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor

Mohd Najwan Halimi