tariff book malay

Upload: shaharani1967

Post on 09-Jul-2015

312 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BUKU TARIF BUKU TARIFTARIFF BOOKSabah & W.P. Labuan Sabah & W.P. Labuan

Pengguna yang dihargai, Penstrukturan semula tarif elektrik bagi Sabah dan W.P. Labuan telah pun diluluskan oleh Kerajaan, dan ini sememangnya wajar memandangkan kajian terakhir adalah pada tahun 1986. Tarif bagi W.P. Labuan akan disamakan semula dengan tanah besar Sabah, memandangkan bekalan elektrik W.P. Labuan diambil daripada sistem rangkaian Sabah,maka adalah lebih wajar tertakluk kepada struktur kos pembekalan Sabah daripada Semenanjung Malaysia. Penstrukturan ini akan membolehkan SESB mendapatkan hasil yang amat diperlukan untuk meneruskan operasi, oleh sebab kos pembekalan elektrik telah melambung naik sepanjang tempoh tersebut. Lebih penting lagi, ia akan membantu dalam menampung belanjawan modal yang diperlukan untuk mempertingkatkan kualiti dan kedayaharapan bekalan elektrik di Sabah secara berterusan. Dengan penstrukturan ini, tarif baru di Sabah dan W.P. Labuan kini sehalatuju dengan objektif Negara dalam menggalakkan penggunaan tenaga dengan efisyen dan mampan, demi memelihara sumber asli yang kian berkurang serta menyumbang kepada usaha global dalam menangani permasalahan perubahan iklim. Langkah-langkah cermat telah diambil untuk memastikan golongan pengguna kediaman berpendapatan rendah dan peniaga-peniaga kecil dilindungi dalam penstrukturan tarif ini, manakala pihak umum akan mendapati tarif baru tersebut dalam kemampuan mereka. Pada masa yang sama, pengguna dengan isu/masalah khusus akan ditangani secara berasingan. Beberapa ciri-ciri istimewa tarif baru ini adalah seperti berikut:- Pengguna domestik berpendapatan rendah dan peniaga-peniaga kecil akan mengalami impak yang minima, malahan ramai yang akan nampak penurunan dalam bil (bagi penggunaan di bawah 200 unit) - Tarif struktur yang menggalakkan penggunaan tenaga secara efisyen, iaitu penggunaan tenaga yang makin tinggi akan dikenakan kadar yang lebih tinggi (lebih menghampiri kos pembekalan yang sebenar) - Kadar lampu jalan awam yang lebih murah untuk menerangi Sabah pada waktu malam - Kelas tarif baru dengan Puncak/Luar-Puncak dan caj sambungan pengguna yang lebih murah untuk menggalakkan pengeluaran produk dan perkhidmatan yang lebih berdaya saing - 10% diskaun bagi badan amal/kebajikan, tempat beribadat yang diiktiraf dan institusi pendidikan awam demi membangunkan masyarakat penyayang Kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan bekalan elektrik yang berdayaharap dan memperbaiki lagi mutu perkhidmatan kami kepada para pengguna yang dihargai. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan/puan.

Datuk Ir. Baharin bin Din Pengarah Urusan

1

Kandungan

Muka Surat

1. Definisi 2. Maklumat Am 3. Tarif Elektrik 4. Memahami Bil Elektrik Anda 5. Saluran Pembayaran Bil 6. Pelbagai

3 5 6 10 11 13 14 15 16 17 18 19

2

1. DEFINISIDefinisi berikut hendaklah digunapakai : (a) PENGGUNA bererti seseorang dan/atau entiti yang menerima bekalan elektrik melalui talian-talian bekalan SESB dari mana-mana satu punca bekalan dengan syarat bahawa jika seseorang dan/atau entiti menerima bekalan lebih dari satu punca bekalan, orang dan/atau entiti itu akan dianggap sebagai pengguna berasingan bagi setiap punca bekalan tersebut. PENGGUNA KEDIAMAN bererti pengguna yang menduduki rumah kediaman persendirian yang tidak digunakan sebagai hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan atau untuk sebarang bentuk aktiviti atau perkhidmatan perniagaan, perdagangan dan profesional. JALURAN PENGGUNAAN ASAS KEDIAMAN (LIFELINE BAND DOMESTIC) bererti penggunaan elektrik untuk 200 kWj pertama sebulan bagi pengguna Kediaman. PENGGUNA PERDAGANGAN bererti, tetapi tidak terhad kepada, pengguna yang menduduki atau mengendalikan blok pejabat, hotel, pangsapuri khidmat, rumah penginapan, kompleks beli-belah, rumah kedai, tempat letak kereta, gudang, bengkel, restoran, estet, ladang, ladang ternakan, pelabuhan, lapangan terbang, pepasangan keretapi, pepasangan telekomunikasi, pepasangan penyiaran, padang golf, pusat hiburan/rekreasi/sukan, sekolah/institusi pengajian, organisasi agama/kebajikan, pepasangan kerajaan dan angkatan tentera, hospital, loji sistem pendingin lingkungan, penyimpandingin, dan sebarang perniagaan lain atau aktiviti perdagangan yang mana aktiviti utamanya tidak terlibat di dalam perusahaan pembuatan, kuari atau perlombongan. PENGGUNA PERINDUSTRIAN bererti pengguna yang menjalankan perusahaan pembuatan barangan dan produk. Aktiviti pembuatan ertinya pertukaran sesuatu bahan mentah atau komponen kepada produk akhir seperti membuat, mengubah, mencampur, menghias, menyempurna atau merawat, mengubahsuai apa-apa bahan untuk tujuan penggunaan, penjualan, pengangkutan, penyerahan atau pelupusan; juga termasuk pemasangan alat-alat dan pemprosesan makanan tetapi hendaklah tidak termasuk sebarang aktiviti yang kebiasaannya dikaitkan dengan perniagaan runcit atau borong. Aktiviti kuari galian, batu dan sumber asli yang lain dan pengepaman bagi loji rawatan air juga diklasifikasi sebagai Pengguna Perindustrian. Di3

(b)

(c)

(d)

(e)

samping itu, jumlah kuasa (watt) untuk lampu dan sistem hawa dingin yang terpasang untuk kegunaan pejabat hendaklah tidak melebihi 20% daripada jumlah kuasa (watt) kesemua peralatan elektrik yang dipasang. Definisi (f) PENGGUNA LAMPU JALANRAYA bererti pengguna yang menggunakan tenaga elektrik untuk tujuan menerangi jalan-jalan, lebuhraya-lebuhraya, jambatan-jambatan awam, dan juga jalan atau jambatan di kawasan kampung. (g) CO-GENERATOR bererti penjana yang menggunakan satu sumber tenaga utama untuk menjana secara berturutan dua bentuk tenaga berlainan yang berguna pada kadar kecekapan yang melebihi 70%. VOLTAN RENDAH dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan yang tidak melebihi 1,000 volt. VOLTAN SEDERHANA dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan dari 11,000 volt hingga 33,000 volt. VOLTAN TINGGI dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan dari 66,000 volt dan ke atas. KILOWATT KEHENDAK MAKSIMA bagi mana-mana bulan hendaklah dikira sebagai dua kali ganda kilowatt-jam tertinggi yang dibekalkan dalam mana-mana tempoh tiga puluh minit berturutan dalam bulan tersebut. kWj bererti kilowatt-jam. ANGKADAR KUASA PURATA bererti sudutkosinus yang mana tangen didapati dengan membahagikan jumlah reaktif kilovolt-ampiar-jam oleh jumlah kilowatt-jam yang direkodkan dalam mana-mana bulan oleh meter SESB. KILOVOLT-AMPIAR REAKTIF KEHENDAK MAKSIMA bagi mana-mana bulan hendaklah dikira sebagai dua kali ganda kilovolt-ampiar-jam reaktif tertinggi yang dibekalkan didalam mana-mana tempoh tiga puluh minit berturutan dalam bulan tersebut. BULAN bererti tempoh di antara dua masa bacaan meter berturutan. Meter lazimnya dibaca lebih kurang setiap tiga puluh hari. TEMPOH PUNCAK bererti tempoh di antara jam 0800 hingga jam 2200.4

(h)

(i)

(j)

(k)

(l) (m)

(n)

(o)

(p)

(q)

TEMPOH LUAR-PUNCAK bererti tempoh di antara jam 2200 hingga jam 0800. CAJ MINIMA BULANAN (CMB) bererti caj minima bulanan yangdikenakan ke atas pengguna di mana bil bulanan elektrik (kW dan/atau kWj) adalah kurang daripada jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual 1. CAJ SAMBUNGAN BEBANbererti caj yang akan dikenakan sekiranya Kehendak Maksima (KM) sebenar yang direkodkan/diukur dalam satu bulan tidak mencapai 75% daripada jumlah KM yang diisytiharkan. CAJ SAMBUNGAN bererti pembayaran oleh pengguna yang memerlukan infrastruktur untuk bekalan elektrik baru dan/atau untuk menaik taraf infrastruktur sedia ada bagi mendapat bekalan elektrik tambahan. KANUN GRID bererti kanun berkaitan dengan peruntukanperuntukan dan garis panduan-garis panduan untuk perancangan, penjadualan dan penghantaran, operasi sistem dan penyambungan elektrik di Sabah & W.P. Labuan yang sedang berkuatkuasa, tertakluk kepada pindaan atau perubahan dari masa ke semasa.

(r)

(s)

(t)

(u)

5

2. MAKLUMAT AM2.1 SYARAT-SYARAT AM BEKALAN ELEKTRIK Tenaga elektrik adalah dibekalkan mengikut peruntukan-peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 dan Peraturan- Peraturan Elektrik 1994 dan semua pindaan yang dibuat ke atasnya. 2.2 VOLTAN Voltan-voltan SESB yang diisytiharkan adalah seperti berikut:

Paras Voltan Voltan Rendah Satu Fasa Tiga Fasa Voltan Sederhana

Voltan Bekalan

Voltan Tinggi

230V 400V 11,000V 22,000V 33,000V 66,000V 132,000V 275,000V

2.3

FREKUENSI Frekuensi bekalan ialah 50Hz 1% .

2.4 (a)

METER Semua meter yang perlu akan disediakan oleh SESB untuk menyukat penggunaan elektrik. Pengguna-pengguna dikehendaki membayar caj untuk pemasangan meter tambahan yang diminta oleh mereka dan boleh dikenakan caj bagi sebarang fasiliti meter khas yang dipasang oleh SESB. Pengguna tidak boleh mengganggu peralatan dan meter SESB, atau membenarkan sesiapa selain daripada pekerja SESB yang diberi kuasa untuk menjalankan kerja pada peralatan dan meter SESB.

(b)

6

(c)

Jika meter hilang, musnah atau rosak, pengguna hendaklah membayar kos sepenuhnya kepada SESB bagi membaiki atau menggantinya sepertimana yang ditetapkan oleh SESB. Gangguan secara sengaja pada mana-mana aspek sistem meter dan pembekalan SESB adalah satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan membawa kepada hukuman penjara dan/atau denda. Jika pengguna menyangka yang meternya tidak memberi bacaan dengan tepat, pengguna tersebut boleh meminta supaya meternya diuji oleh SESB. Bayaran ujian akan dikenakan dan bayaran ini hanya akan dipulangkan sekiranya ketidaktepatan meter berkenaan didapati melebihi 3% . KEBENARAN MASUK KE PREMIS PENGGUNA Pekerja-pekerja SESB yang diberi kuasa dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 untuk memasuki mana-mana premis pengguna pada bila-bila masa yang patut untuk maksud-maksud yang berkaitan dengan bekalan elektrik, termasuk memeriksa, memantau peralatan, radas atau pemasangan yang berkenaan dengan tujuan tersebut, atau pun yang berkenaan dengan merekod, menghitung pembeklaan elektrik tersebut.

(d)

(e)

2.5

2.6 (a)

AKAUN Pengguna dikehendaki membayar Caj Minima Bulanan (CMB) untuk tiap-tiap bekalan yang disambungkan. CMB adalah jumlah bayaran minima yang perlu dibayar oleh pengguna setiap bulan. Setiap pengguna dikehendaki membayar wang cagaran yang dikira berdasarkan anggaran dua bulan penggunaan elektrik. Wang cagaran itu, selepas ditolak tunggakan bil, akan dipulangkan apabila pengguna itu berhenti menerima bekalan elektrik. Wang cagaran tidak boleh dipindah milik kepada pengguna lain. Semua wang cagaran tunai akan melayakkan pengguna untuk diberi rebet tahunan oleh SESB dan akan dikredit ke dalam akaun pengguna. Akaun-akaun hendaklah dijelaskan pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan di dalam bil elektrik. Bekalan elektrik boleh dipotong jika akaun-akaun tidak dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan. Surcaj sebanyak 1% sebulan akan dikenakan untuk setiap hari atau sebahagian daripadanya selama tempoh kelewatan bayaran bagi7

(b)

(c)

(d)

pengguna yang gagal membayar bil mereka sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan mengenakan surcaj ini, SESB tidak melepaskan haknya untuk memotong bekalan pengguna tersebut. 2.7 (a) PEMBAYARAN WANG TERHUTANG KEPADA SESB Pengguna akan dimaklumkan mengenai kesemua yuran dan caj di atas melalui bil rasmi. Pembayaran hanya boleh dibuat kepada juruwang di premis SESB atau agen kutipan/ saluran pembayaran yang diberikuasa oleh SESB. Pembayaran hendaklah diakuterima sama ada oleh SESB atau agen kutipan/ saluran pembayaran yang diberikuasa oleh SESB. NOTIS UNTUK MENAMATKAN PENERIMAAN BEKALAN Pengguna hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya 3 hari bekerja kepada pejabat SESB setempat untuk menamatkan bekalan. Sekiranya notis tersebut tidak diberi, pengguna bertanggungjawab membayar semua caj berkaitan sehingga tarikh bacaan meter terakhir. 2.9 ANGKADAR KUASA Pengguna hendaklah berusaha untuk mendapatkan Angkadar Kuasa seberapa tinggi di dalam pengendalian sebarang pemasangan elektriknya. Pengguna hendaklah mencapai Angkadar Kuasa minima sebanyak 0.90 untuk pengguna voltan tinggi yang mengambil bekalan pada 132kV atau ke atas,dan 0.85 untuk pengguna-pengguna lain. Penalti akan dikenakan sekiranya Angkadar Kuasa minima tersebut tidak tercapai. Penalti tersebut adalah dikira seperti berikut:Jika Angkadar Kuasa purata dalam mana-mana bulan didapati:(a) Kurang dari 0.85 [0.90] hingga 0.75 [0.80] susul, bayaran surcaj sebanyak 1.5% dari bil bulan itu bagi tiap-tiap satu-per-seratus bahagian (0.01) kurang dari Angkadar Kuasa 0.85 [0.90] hingga 0.75 [0.80] susul akan ditambah pada bil bulan itu; dan Kurang dari 0.75 [0.80] susul, selain dari bayaran surcaj di bawah perenggan (a) di atas, surcaj sebanyak 3% dari bil bulan itu bagi tiaptiap satu-per-seratus bahagian (0.01) kurang dari Angkadar Kuasa 0.75 [0.80] susul akan ditambah pada bil bulan itu.

(b)

(c)

2.8

(b)

8

Nota: Angka Angkadar Kuasa yang ditunjukkan dalam kurungan segiempat adalah untuk semua pengguna voltan tinggi yang mengambil bekalan pada 132kV dan ke atas. Angka Angkadar Kuasa tanpa kurungan segiempat adalah untuk pengguna-pengguna lain. Angkadar Kuasa minima 0.85 [0.90] adalah tertakluk kepada pindaan untuk memenuhi keperluan-keperluan Kanun Grid yang berkuatkuasa. Lingkungan Angkadar Kuasa yang disebutkan di (a) dan (b) untuk mengira penalti Angkadar Kuasa akan diselaraskan sewajarnya untuk menunjukkan Angkadar Kuasa minima baru yang dinyatakan di dalam kanun-kanun yang berkenaan. 2.10 BEKALAN SEMENTARA Pengguna-pengguna yang memohon untuk bekalan sementara akan dikenakan kadar tarif yang sesuai dengan kategori mereka, serta ditambah surcaj 33% atas jumlah bil bulanan. Kontrak bekalan bagi beban sementara adalah terhad tempohnya dan pengguna akan dikenakan Caj Sambungan bagi keseluruhan kos pemasangan untuk tujuan memberi bekalan sementara ini dan pembukaan infrastruktur SESB kemudiannya apabila bekalan ditamatkan. 2.11 CAJ SAMBUNGAN BEBAN Pengguna perlu membayar Caj Sambungan Beban bulanan dengan kadar RM8.50 setiap kW bagi perbezaan Kehendak Maksima (KM)di antara KM sebenar yang direkodkan/ diukur dalam sesuatu bulan dengan 75% daripada jumlah KM yang diisytiharkan. Caj ini adalah dikenakan selepas tempoh pengecualian (grace period) selama setahun (1) daripada tarikh bekalan dimula tugaskan. 2.12 PENGGUNA YANG MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI PERNIAGAAN Pengguna yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan yang melibatkan lebih dari satu kategori tarif, hendaklah:(a) mengisytiharkan kepada SESB aktiviti utama perniagaan mereka seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat atau seperti yang dinyatakan di dalam laporan tahunan terbaru yang dimajukan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia;

9

(b)

memasang kemudahan meter berasingan untuk setiap aktiviti bagi melayakkan pengguna mendapat tarif yang berkaitan. Jika tidak, SESB akan mengenakan tarif yang berdasarkan klasifikasi tarif yang bersesuaian; dan menanggung kos keseluruhan bagi pemasangan kemudahan meter yang berasingan.

(c)

10

3.

TARIF ELEKTRIK

3.1

MAKLUMAT TARIF Tarif seperti di Jadual 1, telah diluluskan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia mengikut Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.

3.2

PERUNTUKAN PERJANJIAN KHAS DI BAWAH SEKSYEN 29 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Seksyen 29 Akta Bekalan Elektrik 1990 memperuntukkan, antara lainnya, perjanjian khas boleh dibuat di antara SESB dengan pihak pengguna yang menetapkan terma-terma dan syarat-syarat khas bekalan termasuk kadar-kadar tarif. Bekalan Pukal untuk Pemegang Lesen Pengagihan dan Tarif Khas seperti untuk penggunaan bekalan secara Top Up dan Standbyadalah antara terma-terma perjanjian khas.

11

3.3

JADUAL TARIF

3.3.1 Jadual 1 Kadar-kadar tarif SESB adalah seperti berikut:KATEGORI TARIF 1. Tarif DM Tariff Kediaman 100kWj pertama (1-100 kWj) sebulan 100kWjberikutnya (101-200 kWj) sebulan 300kWj berikutnya (201- 500 kWj) sebulan SetiapkWjberikutnya (501 kWjkeatas) sebulan CajminimabulananialahRM 5.00 2. Tarif CM1 TarifPerdanganganVoltanRendah 200kWj pertama (1 - 200 kWj) sebulan Setiap kWj berikutnya (201 kWj ke atas) sebulan Caj minima bulanan ialahRM 15.00 3. Tarif CM2 Tarif Perdagangan Am Voltan Sederhana Bagi setiap kilowatt kehendak maksima sebulan Bagi semua kWj Caj minima bulanan ialahRM1,000.00 4. Tarif CM3 Tarif Perdagangan Puncak/LuarPuncak Voltan Sederhana Bagi setiap kilowatt kehendak maksima sebulan dalam tempoh Puncak Bagi semua kWj dalam tempoh Puncak Bagi semua kWj dalam tempoh Luar-Puncak Caj minima bulanan ialah RM1,000.00 5. Tarif ID1 Tarif Perindustrian Voltan Rendah Bagi semua kWj Caj minima bulanan ialah RM15.0012

KADAR

UNIT

17.5 18.5 33.0 34.5

Sen/kWj Sen/kWj Sen/kWj Sen/kWj

33.0 33.5

Sen/kWj Sen/kWj

18.50 28.0

RM/kW Sen/kWj

24.00 28.8 17.6

RM/kW Sen/kWj Sen/kWj

32.0

Sen/kWj

DULES

KATEGORI TARIF 6. Tariff ID2 Tarif Perindustrian Am Voltan Sederhana Bagi setiap kilowatt kehendak maksima sebulan Bagi semua kWj Caj minima bulanan ialahRM1,000.00 7. Tariff ID3 Tarif Perindustrian Puncak/Luar-Puncak Voltan Sederhana Bagi setiap kilowatt kehendak maksima sebulan dalam tempoh Puncak Bagi semua kWj dalam tempoh Puncak Bagi semua kWj dalam tempoh Luar-Puncak Caj minima bulanan ialah RM1,000.00 8. Tariff PL Tarif Lampu Jalanraya Bagi semua kWj (tidak termasuk senggaraan) Bagi semua kWj (termasuk senggaraan) Caj minima bulanan ialah RM15.00

KADAR

UNIT

18.50 22.8

RM/kW Sen/kWj

21.40 26.5 15.6

RM/kW Sen/kWj Sen/kWj

16.0

Sen/kWj

31.0

Sen/kWj

13

4. MEMAHAMI BIL ELEKTRIK ANDABil Elektrik anda dikira seperti berikut:(a) CAJ ELEKTRIK Caj elektrik dikira berdasarkan bacaan meter yang merekodkan jumlah penggunaan elektrik berdasarkan tarif yang berkaitan. (b) LAIN-LAIN ITEM CAJ SESB boleh mengenakan caj dan/atau surcaj untuk kelewatan bayaran, Angkadar Kuasa, caj sambungan, alat kimpalan, bekalan sementara dan lain-lain caj yang boleh dikenakan di bawah undang-undang Malaysia yang berkaitan.

14

Contoh bil Pengguna KediamaniNOMBORAKAUN (2) KOD STESEN (1) NAMA DAN (4) ALAMAT BERDARTAR PENGGUNA (3) CAGARAN

BAYARAN (6) DITERIMA YANG TERBARU

(5) KOD TARIF

TARIKH BACAAN METER DAN BIL (8) DIKELUARKAN BACAAN METER (9) TERDAHULU BACAAN METER (10) TERBARU

KOD BACAAN METER (7) UNTUK BACAAN TERKINI N NORMAL S SPECIAL READING A AVERAGE E ESTIMATE

(11) UNIT PENGGUNAAN ELEKTRIK (kWj)

(12) JUMLAH PENGGUNAAN ELEKTRIK (RM) NOMBOR TALIAN TELEFON UNTUK ADUAN KEROSAKAN DAN (14) PERTANYAAN BIL

(13) JUMLAH YANG PERLU USED (RM) DIBAYAR

ALAMAT PEJABAT (15) SESB TERDEKAT YANG MENGELUARKAN BIL

(16) TARIKH AKHIR PEMBAYARAN

15

5. SALURAN PEMBAYARAN BILUntuk kemudahan anda, pembayaran bil buat masa ini boleh dilakukan melalui saluran-saluran berikut: 1. KAUNTER KUTIPAN SESB (Sila kemukakan bil elektrik anda) o Semua kaunter Pejabat Kawasan SESB o Kaunter Wisma SESB Tingkat bawah o Kaunter SESB di Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) o Pekan Sikuati (TAMU), Kudat KAUNTERPANDU LALU Wisma SESB AUTOMATED TELLER MACHINE (ATM) o Bank Simpanan Nasional o Maybank MELALUI TALIAN TELEFON MBF CALL & PAY di talian 088-246633 (untuk pemegang MBF dan MasterCard sahaja, bukan pemegang MBF dikehendaki mendaftar untuk menggunakan kemudahan ini) 5. INTERNET BANKING /WEBSITES o Maybank o HSBC o CIMB o Public Bank o Am Bank o Alliance Bank o Pos Malaysia Berhad o MBF Click n Pay

2.

3.

4.

www.maybank2u.com.my www.hsbc.com.my www.cimb.com.my www.publicbank.com.my www.ambank.com.my www.alliance.com.my www.posonline.com.my www.mbfcards.com.my

6.

SISTEM BAYARAN PUKAL(Jabatan Pengurusan Kredit)

16

7.

LAIN-LAIN PUSAT KUTIPAN1 o Pejabat Pos Malaysia Berhad (POS)2 o Bank Simpanan Nasional (BSN)2 o Alliance Bank2 o Agro Bank (BPM)2 o CIMB Bank2 o Bank Islam2 o Ibu Pejabat DBKK o Jabatan Air, Gaya Park Penampang o Telekom Malaysia Berhad (TMpoint) Sadong Jaya, Kota Kinabalu o Jabatan Kerja Raya (JKR) Sembulan o Bandar Kinarut Nota: 1 Semua Pembayaran diatas mesti dibayar dalam TUNAI sahaja 2 Di Sabah & W. P. Labuan sahaja

8.

KEMUDAHAN LAIN3 SESB sebagai Agen Kutipan untuk: o Bil Air - Kaunter SESB Kota Kinabalu Sahaja o Bil TM - Kaunter SESB Kota Kinabalu Sahaja o Assessment/Quit Rent - Kaunter SESB KotaKinabalu Sahaja Nota: 3 Semua Pembayaran di atas mesti dibayar dalam TUNAI sahaja

Sila rujuk www.sesb.com.my atau pejabat SESB yang terdekat untuk maklumat terkini mengenai kemudahan pembayaran bil. M

17

6. PELBAGAI6.1 UNDANG-UNDANG TERPAKAI Buku Tarif ini tertakluk dan ditafsirkan selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya termasuk sebarang pindaan dan perubahan yang dibuat dari masa ke semasa. 6.2 KESERAGAMAN Jika terdapat sebarang percanggahan atau perbezaan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam Buku Tarif ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunapakai. 6.3 APLIKASI

Buku Tarif ini adalah untuk digunapakai oleh pengguna SESB di Sabah dan W.P. Labuan sahaja. 6. Pelbagai PUSAT PERKHIDMATAN DAN KHIDMAT NASIHAT SESB PUSAT PENGURUSAN PANGGILAN 15454 Pusat Pengurusan Panggilan (Call Management Centre CMC) disediakan oleh SESB untuk memberi maklumbalas yang lebih cepat kepada panggilan telefon pengguna yang mengalami gangguan bekalan elektrik. Pusat ini dikendalikan oleh pembantu perkhidmatan pengguna yang terlatih dan boleh dihubungi melalui talian 15454. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Setempat atau One Stop Customer Centre (OSCC) di talian 088-282500. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Jabatan Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran Bahagian Pembahagian Sabah Electricity Sendirian Berhad Wisma SESB, Jalan Tunku Abdul Rahman 88673 Kota Kinabalu, Sabah Talian Am: 088-282489 Telefax: 088-282252 www.sesb.com.my18

ALAMAT PERHUBUNGAN ZON/KAWASAN/JABATAN SESB DI SELURUH SABAHPEJABAT ZON:ZON TENGAH / KENDALIAN PEMBAHAGIAN KOTA KINABALU Sabah Electricity Sdn. Bhd. Off Jalan Kepayan, Tanjung Aru 88100 Kota Kinabalu Talian Am: 088-282630Telefax: 088-282631 ZON TIMUR / SANDAKAN Sabah Electricity Sdn. Bhd. Beg Berkunci 67 90009 Sandakan Talian Am : 089-619600 Telefax: 089-611987 ZON BARAT / BEAUFORT Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 93 89807 Beaufort Talian Am: 087-211587 Telefax: 087-225364 ZON UTARA / KOTA BELUD Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 73 89157 KotaBelud Talian Am: 088-972507 Telefax: 088-972532 ZON SELATAN / TAWAU Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 126 91007 Tawau Talian Am: 089-714020 Telefax: 089-713919 ZON PEDALAMAN / KENINGAU Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 41 89007 Keningau Talian Am: 087-335467 Telefax: 087-334846 KAWASAN PAPAR Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 126 89608 Papar Talian Am: 088-913100 Telefax: 088-914794 KAWASAN KUALA PENYU Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 39 89747 Kuala Penyu Talian Am: 087-884805 Telefax: 087-885603 KAWASAN SIPITANG Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 94 89857 Sipitang Talian Am: 087-821527 Telefax: 087-821739 JABATANPENGURUSAN KREDIT Tingkat 2, Wisma SESB JalanTunku Abdul Rahman 88673 KotaKinabalu Talian Am: 088-282332Telefax: 088-259434 ZON WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 52 87008 W.P. Labuan Talian Am: 087-412020 Telefax: 087-416088

PEJABAT KAWASAN:KAWASAN KOTA KINABALU Sabah Electricity Sdn. Bhd. 2.4 km Jln Tuaran Karamunsing 88100 Kota Kinabalu Talian Am: 088-282123 Telefax: 088-237544 KAWASAN TUARAN Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 165 89208 Tuaran Talian Am: 088-788187 Telefax: 088-792316 KAWASAN RANAU Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 47 89307 Ranau Talian Am: 088-870532 Telefax: 088-876443 KAWASAN KUDAT Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 146 89057 Kudat Talian Am: 088-624208 Telefax: 088-611692 KAWASAN KOTA MARUDU Sabah Electricity Sdn. Bhd. W.D.T. 15 89109 KotaMarudu Talian Am: 088-661430 Telefax: 088-661020 KAWASAN TENOM Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 84 89907 Tenom Talian Am: 087-733154 Telefax: 087-733202 KAWASAN BELURAN Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 60 90107 Beluran Talian Am: 089-511137 Telefax: 089-511220 KAWASAN TELUPID Sabah Electricity Sdn. Bhd. W.D.T. 15 89300 Telupid Talian Am: 089-521927 Telefax: 089-521736 KAWASAN KOTA KINABATANGAN Sabah Electricity Sdn. Bhd. W.D.T. 11 90200 Kota Kinabatangan Talian Am: 089-562802 Telefax: 089-562544 KAWASAN LAHAD DATU Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 60094 JalanKastamBaru 91110 Lahad Datu Talian Am: 089-889231 Telefax: 089-889142 KAWASAN PITAS KAWASAN KUNAK Sabah Electricity Sdn. Bhd. Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 422 PetiSurat 5 89108 Pitas 91207 Kunak Talian Am: 088-612875 Telefax: 088-615810 Talian Am: 089-851255 Telefax: 089-851388 KAWASAN TAMBUNAN KAWASAN SEMPORNA Sabah Electricity Sdn. Bhd. Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 238 PetiSurat 103 89657 Tambunan 91308 Semporna Talian Am: 087-774949 Telefax: 087-773426 Talian Am: 089-781218 Telefax: 089-781216

19