final book selangorkini 2 – 9 dis 2016

23
Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 2 - 9 Disember 2016, 2 - 9 Rabiulawal 1438 BERSIH � tiada kaitan Soros 2 � hari penjara ganggu penguatkuasa 7 15 Nasib mangsa bencana dipeduli BERITA PENUH MUKA �, � & BERITA PENUH MUKA � & �� Belanja besar demi kesihatan rakyat EKONOMI SELANGOR DIYAKINI

Upload: hoangthuan

Post on 09-Dec-2016

285 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 2 - 9 Disember 2016, 2 - 9 Rabiulawal 1438

BERSIH � tiadakaitan Soros

2

�� hari penjara ganggu penguatkuasa

7

15

Nasib mangsa bencana dipeduli

BERITAPENUH MUKA

�,� & �

BERITA PENUH MUKA � & ��

Belanja besar demi kesihatan rakyat

EKONOMI SELANGOR DIYAKINI

Page 2: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

Utama2 SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta mendaftarkan 10 orang yang layak sebagai pengundi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, BERSIH 2.0 juga akan memastikan PRU-14 dijalankan secara bersih dan adil berbanding PRU lalu.

“Saya harap kita akan ber-kerjasama sehingga PRU-14 dengan membawa lebih ramai pengundi baru mendaftar su-paya mereka boleh mengundi

pada PRU-14.“Saya harap anda semua bo-

leh dapatkan 10 orang untuk mendaftar dan mengundi PRU-14. BERSIH 2.0 berjanji akan memastikan PRU-14 diuruskan dengan baik,” katanya di Data-ran Merdeka, pada 28 Novem-ber lalu.

Maria berkata, pelbagai perkara boleh diubah termasuk memansuhkan akta drakonian iaitu Akta Kesalahan Kesela-matan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

‘Soal siasat’ berulang beri tekanan

BERSIH tiada kaitan dengan Soros

Bawa �� pengundi barumenjelang PRU-��

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Maria Chin Abdullah mendedahkan beliau disoal siasat setiap hari berke-naan dakwaan pertubuhan itu menerima wang sumbangan da-ripada Yayasan George Soros.

Mengimbas kejadian ditahan selama 10 hari di bawah Akta Ke-salahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Ma-ria bagaimanapun berkata, beliau tetap dengan pendirian bahawa BERSIH 2.0 tidak menerima dana daripada yayasan terbabit.

“Selepas dua hari ditahan, setiap hari saya dikenakan apa yang mereka panggil soal siasat.

“Sebenarnya itu bukan soal siasat tetapi mereka berulang kali tanya soalan sama supaya mengaku melakukan perkara yang saya tidak buat,” katanya ke-tika berucap di Dataran Merdeka, pada 28 November lalu.

Maria berkata, beliau juga di-tekan supaya mengaku BERSIH 2.0 mempunyai kaitan dengan himpunan BERSIH 5 di luar ne-gara atau Global BERSIH.

Katanya, himpunan baju ku-ning yang berlangsung di luar negara bukan anjuran BERSIH 2.0

tetapi adalah inisiatif rakyat Ma-laysia yang menetap di negara terlibat.

“Tindakan cuba mengaitkan Global BERSIH dengan BERSIH 2.0 jelas hanya percubaan pihak berkuasa memburukkan kebang-kitan rakyat Malaysia di luar neg-ara,” katanya.

Pada masa sama, Maria ber-kata, BERSIH 2.0 turut didakwa memiliki dana RM3.2 bilion yang disifatkan tidak berasas, malahan sukar dipercayai.

“BERSIH 2.0 tidak mengambil satu sen pun duit daripada Yayas-an Sorod dan akaun kita ada di-pamerkan di laman sesawang

untuk diperiksa tetapi mereka tidak percaya kerana sangka kita ada RM3.2 bilion.

“Siapa yang boleh percaya?,” soalnya.

Sementara itu, hujan lebat ti-dak menghalang hampir 1,000 peserta berkumpul di Dataran Merdeka bagi menyambut ke-tibaan Maria yang dibebaskan, pada 28 November lalu.

Sambutan pembebasan Ma-ria itu dimulakan dengan ucapan beberapa aktivis BERSIH 2.0 ter-masuk bekas Pengerusinya, Da-tuk Ambiga Sreenevasan.

Perhimpunan yang sarat de-ngan ucapan penuh bersema-

ngat itu bertambah hangat apabila Maria tiba di tapak per-himpunan kira-kira jam 9.00 malam dengan laungan 'hidup Maria' dan nya-nyian 'Maria Be-bas' juga 'Mansuh SOSMA'.

Maria yang kelihatan berse-mangat turut menyampaikan ucapan sulungnya selepas dibe-baskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Lang-kah-Langkah Khas) 2012 (SOS-MA).

Antara yang hadir, Ahli Parli-men Batu, Tian Chua; Ahli Parli-men Gelang Patah, Lim Kit Siang; Sasterawan Negara, Datuk A Sa-mad Said dan kartunis Zunar.

Bersatu bebas cengkaman Umno-BN KUALA LUMPUR - Rakyat di- ingatkan supaya tidak terus membiarkan negara ditadbir ‘kerajaan kartun’ yang diterajui ‘pemimpin kartun’, sindir kartu-nis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.

Beliau yang lebih dikenali se-bagai Zunar berkata, hal itu dapat dilihat melalui tindakan kerajaan yang tidak boleh diterima akal manusia waras dan bertamadun.

Katanya, Putrajaya dipenuhi karakter kartun yang menyamar sebagai manusia hingga me-ngenakan undang-undang tidak sepatutnya kepada pihak atau in-dividu tidak bersalah.

“Satu hari kalau anda berjalan di mana-mana, ada orang pukul anda tetapi orang itu tidak di-tangkap, sebaliknya anda pula kemungkinan ditangkap. Inilah betapa kartunnya Malaysia ini.

“Tidak ada sejarah di dunia, pa-meran kartun FRU kena datang. Apa jenis kerajaan ini? Mereka ti-dak layak dipanggil Umno tetapi layak dipanggil kartun.

“Relakah anda diperintah kartun? Tidak. Kita suka tengok kartun tetapi jangan benarkan kartun memerintah manusia, itu tidak logik,” katanya.

Pada masa sama, Zunar ber-

kata, usaha membebaskan Ma-laysia daripada cengkaman Umno-Barisan Nasional (BN) me-merlukan penglibatan semua pihak mengikut kepakaran ma-sing-masing.

Katanya, Umno-BN masih mampu bertahan sebagai kera-jaan ekoran rakyat masih tidak bangkit sepenuhnya.

Ketika menyentuh tekanan yang dihadapinya, Zunar yang berhadapan sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan berkata, beliau masih mampu berdiri me-nentang Umno-BN berdasarkan sokongan masyarakat.

KPN, Menteri diheret ke mahkamahSHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menganggap kejayaan mengheret Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perbicara-an penuh kerana memfitnah beliau sebagai satu kemena-ngan moral.

Hal itu ekoran Mahkamah Rayuan pada 23 November lalu memutuskan menolak rayuan Khalid dan Ismail Sabri selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lum-pur (17 Jun lalu) menolak per-mohonan mereka untuk mem-batalkan saman fitnah itu.

“Ini satu permulaan baik ke-menangan moral kepada kami,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Peguam R Sivarasa berkata, Mahkamah Rayuan sudah mengesahkan keputusan dibuat Mahkamah Tinggi sebelum itu adalah te-

pat kerana Nurul Izzah mem-punyai hak untuk meneruskan saman terbabit.

“Saya difahamkan kes ini ditetapkan pada Mei tahun depan dan pada masa itu saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada mahkamah. Khalid dan Ismail Sabri wajib hadir ke mahka-mah nanti.

“Mahkamah menerima hu-jah kami kerana perkataan dikeluarkan kedua-dua mere-ka jelas bersifat fitnah kerana menuduh Nurul Izzah men-derhaka kepada negara de-ngan perkataan menderhaka itu sesuatu yang serius dan berat,” katanya.

Nurul Izzah sebelum ini memfailkan saman itu apa-bila Khalid mengeluarkan ke-nyataan memfitnahnya ketika sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman, pada 22 No-vember 2015.

Page 3: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

Utama3SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Insiden tanah runtuh

Sedia tawar penempatan sementaraOLEH ERMIZI MUHAMAD

SERENDAH - Kerajaan Negeri bersedia menawarkan kemudahan sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mangsa bencana tanah runtuh di Taman Idaman, di sini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, keputusan berkenaan-nya bakal diputuskan selepas laporan teknikal dikeluarkan Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR) dan agensi Kerajaan Ne-geri lain.

“Sudah tentu kita ada perancangan jika laporan teknikal mengesahkan ke-

adaan perumahan tidak selamat didudu-ki, namun saya tidak mahu membuat spe-kulasi memandangkan agensi kita masih berada di tapak lokasi menjalankan kerja pembaikan dan siasatan.

“Jadi, kita tunggu sehingga kajian se-lesai dan langkah lanjut akan diambil selepas laporan teknikal dibuat,” katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak kejadian tanah runtuh, pada 29 Novem-ber lalu.

Sebelum ini, Exco Perumahan, Pengu-rusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, Ke-rajaan Negeri boleh menawarkan penem-

Pengurusan kewangan baik buah hasilSHAH ALAM - Pelbagai penam-bahbaikan dilakukan Kerajaan Se-langor terhadap pengurusan ke-wangan negeri membuahkan hasil apabila disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, baru-baru ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, lapo-ran itu membuktikan Kerajaan Negeri berjaya menguruskannya dengan penuh tanggungjawab

melalui peningkatan hasil yang ce-merlang.

“Kedudukan surplus di Selangor amat kukuh.

“Ini sudah tentu dihasilkan ke-rana kerja kuat semua pihak ter-masuk anggota perkhidmatan awam dan pihak eksekutif yang berpegang kepada prinsip ketelu-san dan kebertanggungjawaban,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan efisiensi dalam pentadbiran untuk penghasilan kerja yang bagus dan memuaskan.

“Kita mengambil kira segala te-guran dibuat Ketua Audit Negara supaya ia tidak berulang.

“Malah, beberapa dapatan daripada teguran ini akan dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa

Kira-Kira Wang Awam (PAC) nege-ri supaya jawatankuasa itu dapat melihat usaha penambahbaikan itu,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 memberi pujian baik terhadap prestasi kewangan Kera-jaan Negeri dan sangat baik bagi prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan Rancangan Malay-sia Ke-10 (RMK10) di Selangor.

Terdahulu, Laporan Ketua Au-dit Negara 2015 Siri 2 mende-dahkan Selangor berjaya men-catat peningkatan RM57.71 juta berbanding tahun sebelumnya, RM3.2 bilion.

Pada 2015, Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangannya dengan surplus RM393.24 juta berbanding RM111.94 juta, pada tahun 2014.

Persekutuan perlu tanggung kos jambatan ketiga KlangSHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengambilalih projek pembinaan jambatan ketiga di Klang daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia ter-tangguh berikutan kekalahan Bari-san Nasional (BN) di Selangor, pada 2008.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kera-jaan Negeri mengambil tanggung-jawab itu kerana menyedari ia amat penting bagi keperluan penduduk dan orang ramai di bandar diraja berkenaan.

“Kita terpaksa menggunakan kedudukan kewangan negeri yang kukuh bagi menyiapkan projek ini demi kepentingan awam.

“Ia kerana kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di bandar itu amat serius dan mereka memer-lukan sebuah jambatan baru,” ka-tanya.

Beliau berkata, biarpun projek itu diambilalih Kerajaan Negeri, perbincangan mengenai kos pem-binaannya pernah dibincangkan bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ketika peringkat awal dirinya dilantik sebagai Dato’ Menteri Besar.

“Saya meminta untuk diper-timbangkan apa jua kos ditang-gung Kerajaan Negeri perlu dibayar semula Kerajaan Persekutuan. Na-mun, saya belum mendapat seba-rang maklum balas,” katanya.

Dilaporkan, pembinaan jam-batan ketiga itu akan dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dengan ma-jlis pelancaran projek turut dijalan-kan ketika Dato’ Seri S Samy Vellu mengetuai Kementerian Kerja Raya.

Bagaimanapun, projek terbabit tertangguh apabila pentadbiran Kerajaan Negeri bertukar tangan.

RAWANG - Pelabur Jepun yakin dengan perkembangan ekonomi negeri sebagai destinasi pelaburan penting, sekali gus mendorong le- bih banyak syarikat negara itu membuka operasinya di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ke-upayaan Selangor sebagai negeri termaju membuka peluang dan minat kepada pelabur asing men-jana pertumbuhan ekonomi.

“Jepun terus mengekalkan Se-langor sebagai destinasi pelaburan mereka sejak beberapa tahun lalu selepas mengambil kira keupa-yaan perkembangan dan pertum-buhan ekonomi Selangor.

“Pelabur Jepun adalah yang tertinggi di Selangor dengan pro-

jek terkini negara itu di Selangor menerusi operasi Toyota yang membuat pelaburan RM2 bilion di Bukit Raja, Klang bagi pembinaan kilang kereta.

“Dianggarkan pembukaan ope-rasi tersebut mampu menghasil-kan kapasiti 50,000 kereta setahun dan memenuhi keperluan domes-tik dan pasaran semasa,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin mengetuai delegasi Kerajaan Negeri ke Jepun bagi membuka peluang usahasama hubungan pelaburan yang lebih mampan antara Jepun dan Selangor.

Sebelum ini, Lembaga Pem-bangunan Pelaburan Malay-sia (MIDA) terus menggalakkan hubungan perniagaan dan usa-

hasama pelaburan dengan nega-ra luar.

Sementara itu, Jepun terus kekal sebagai sumber utama Ma-laysia bagi pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan sejak 1980.

Bagi tempoh lapan bulan per-tama tahun ini, MIDA meluluskan 36 projek pembuatan dari Jepun dengan pelaburan RM1.05 bilion dan ia dijangka mewujudkan tam-bahan 1,280 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Pada 2015, sejumlah 2,602 pro-jek pembuatan dengan penyer-taan syarikat Jepun dilaksanakan dengan pelaburan RM85 bilion dan menjana 342,837 peluang pekerjaan.

patan PPR sementara secara percuma kepada mangsa runtuhan tanah di ka-wasan terbabit.

Beliau berkata, tanggungjawab itu diserahkan melalui bidang kuasa Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN)

serta Perumahan dan Hartanah Sela-ngor Sdn Bhd (PHSSB).

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri memerlukan sedikit masa untuk me-mastikan unit PPR itu sesuai didiami,” katanya.

Jepun yakin ekonomi Selangor kukuh

Page 4: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

4Utama

SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

SERENDAH - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turun padang menziarahi mang-sa runtuhan tanah di Taman Ida-man, pada 29 November lalu.

Mohamed Azmin tiba di Ba-lai Raya Kampung Dato’ Harun Serendah seawal jam 8.00 pagi dan mendengar taklimat dari-pada Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden R Supra-maniam.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut meninjau tapak run-tuhan tanah dan melihat sendiri perkembangan pembaikan tapak yang giat diusahakan Jabatan Kerja Raya Negeri (JKR Selangor).

Prihatin terhadap kebajikan 340 mangsa membabitkan 64 keluarga, Mohamed Azmin tu-rut menyampaikan bantuan sumbangan kewangan daripada Lembaga Zakat Selangor seba- gai inisiatif meringankan beban mangsa dalam insiden runtuhan tanah pada 26 November lalu.

“Saya merakamkan penghar-gaan kepada semua agensi ber-tanggungjawab dan bertungkus lumus 24 jam mencari punca ta-nah runtuh dan memastikan ke-bajikan penduduk di sini.

“Kita mahu aspek teknikal dan keselamatan penduduk diberi keutamaan supaya kawasan ini selamat daripada berlakunya se-barang bencana," katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri turut bersimpa-ti atas musibah ini, namun ber-syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Diharap bantuan diberikan ini dapat membantu meringan-kan beban mangsa, di sini,” ka-tanya.

Terdahulu, dalam kejadian jam 1 pagi itu lalu, berlaku run-tuhan tanah yang memben-tuk lubang besar berkeluasan 150 meter dengan kedalaman mencecah 10-15 meter.

Susulan kejadian itu, Maj-lis Keselamatan Negara (MKN) mengisytiharkan kawasan terse-but sebagai Zon Merah.

340 penduduk membabitkan 64 keluarga diarah berpindah ke Pusat Pemindahan Sekolah Ren-dah Agama Serendah.

Tiada kemalangan jiwa di-laporkan dengan operasi pe-mantauan dan kerja pembaikan dijalankan 24 jam sejak hari ke-jadian.

MB ziarah mangsa tanah runtuh

Hulur sumbangan, ringan beban

SERENDAH - Operasi pembersi-han dan baik pulih kawasan tanah runtuh di Taman Idaman berjalan lancar dan dijangka berakhir dalam masa terdekat bergantung kepada keadaan semasa dan cuaca.

Ketua Polis Daerah Hulu Sela-ngor, Superintendan R Suprama-niam berkata, setakat ini segalanya adalah baik dan kerja baik pulih dijangka dapat dijalankan dengan lancar.

“Daripada segi keselamatan se-galanya terkawal dan setakat ini tiada pergerakan tanah di permu-kaan atas.

“Oleh kerana itu, semua ken-deraan masih di tempat kejadi-an bakal dikeluarkan dan proses pembersihan akan berjalan lancar selepas itu,” katanya.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR), kerja pembaikan

di kawasan itu mengambil masa kira-kira seminggu daripada hari kejadian, pada 26 November lalu.

Pemeriksaan pihak berkuasa se-takat 29 November lalu mendapati tiada pergerakan tanah di baha-gian atas tetapi pemeriksaan lanjut akan dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi menen-tukan tahap keselamatan di situ.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, laporan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat JKR dan JMG bagi menentukan status juga tahap ke-selamatan di kawasan berkenaan.

“Sekiranya ia diisytiharkan se-lamat, maka semua penghuni di-tempatkan di pusat penempatan sementara akan dibenarkan pu-lang ke rumah masing-masing. Jika sebaliknya, kita akan memikirkan alternatif lain,” katanya.

Kerja baik pulih giat dijalankan

RM� juta bina jalanSERENDAH - Sekurang-kurang-nya RM5 juta diperuntukkan bagi tujuan pembaikan keselu-ruhan kejadian runtuhan tanah di Taman Idaman, di sini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembaikan merangkumi kerja pembinaan semula jalan utama di sekitar lokasi kejadian.

“Kerajaan Negeri bersetuju membiayai pembinaan semula jalan raya utama yang melalui ja-

lan dalam dan luar dengan ang-garan kos RM5 juta.

“Pihak perbendaharaan ne-geri menyediakan peruntukan tersebut dan apabila laporan JKR Selangor dikeluarkan, operasi pembinaan jalan baru itu terus disegerakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin memaklum-kan pihaknya dimaklumkan menerima hasil laporan keselu-ruhan kejadian dalam tempoh

48 jam.“Laporan ini tertakluk kepada

keperluan laporan kajian. Na-mun saya menjangkakan dalam keadaan biasa laporan boleh dikeluarkan dalam tempoh 48 jam kepada pihak berkuasa ne-geri.

“Berdasarkan laporan itu juga akan diputuskan sama ada ka-wasan kejadian ini benar-benar selamat untuk didiami atau se-baliknya,” katanya.

Laporan oleh Hafizan Taib & Ermizi Muhamad | Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

Page 5: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

5SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Utama

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

SERENDAH - Paip air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bukan punca berlakunya run-tuhan tanah di Taman Idaman, di sini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata runtuhan ber-punca daripada masalah aliran air dalam tanah yang memben-tuk kawah seluas 150 meter dengan kedalaman hampir 15

meter, pada 26 November lalu. “Pada awalnya kami menjang-

kakan berlakunya paip pecah di kawasan taman perumahan.

“Tetapi apabila AIR Sela- ngor mengambil langkah segera dengan menutup paip pengagihan, kita dapati aliran air bawah tanah masih berlaku.

“Jadi ia bukan disebabkan masalah paip pecah pengagi-

han air Syabas, tapi mungkin ada punca lain yang sedang diteliti JKR (Jabatan Kerja Raya Selangor),” katanya.

Hasil pemerhatian Selangor-Kini, Taman Idaman yang ter-letak lima kilometer dari Pekan Rawang merupakan kawasan perumahan dibina tidak jauh dari kawasan perlombongan lama.

Runtuhan tanah Taman Idaman

Paip air SYABAS bukan punca

SERENDAH - Kejadian tanah run-tuh di Taman Idaman memus-nahkan deretan gerai makanan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di seberang jalan kawasan perumahan berkenaan.

Salah seorang peniaga, Ishak Ali, 48, memaklumkan kejadian pada kira-kira jam 1 pagi itu ber-laku di depan matanya sejurus be-liau sampai di situ, dari Rawang.

“Biasanya kawasan di situ terang tetapi gelap ketika itu dan saya lihat tiang elektrik tumbang.

“Keadaan terjadi pantas de-ngan jalan terbelah, pokok tum-bang, gerai dan semua yang lain jatuh tetapi saya bernasib baik kerana selamat,” katanya.

Beliau ditemui di pusat penem-patan sementara di Sekolah Ren-dah Agama (SRA) Serendah ber-sama beberapa mangsa lain yang turut ditimpa musibah berkenaan.

Ishak yang sudah menetap dan berniaga lebih 10 tahun di situ menjelaskan semua empat ge-rai makanan termasuk yang dis-ewanya daripada MPHS musnah dan sedikit sebanyak menjejaskan mata pencariannya.

Katanya, beliau sekeluarga akan berkampung di sekolah itu sehingga mendapat arahan dibenarkan pulang ke rumah selepas kerja baik pulih selesai.

Manakala, Mohd Fareez Ha-nuddin, 21, pula mengalami kecederaan kecil di bahagian pergelangan tangan dan kaki akibat terseliuh apabila terjatuh di kawasan tanah runtuh berke-naan.

“Saya terjatuh ketika menung-gang motosikal dalam perjalanan pulang dari kerja. Kawasan di situ tidak seperti biasa kerana gelap dan apa berlaku agak pantas dan saya gagal mengelak daripada jatuh ke dalam runtuhan itu,” kata pekerja pusat gimnasium itu.

Gerai runtuh depan mata

Bagaimanapun, Fareez dise-lamatkan orang ramai dengan cepat serta mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang dan hanya motosikal-nya sahaja yang musnah dalam kejadian itu.

Sementara itu, pengusaha bengkel, Azzahar Alif Abdullah, 44, berkata kemudahan di pusat penempatan itu baik, namun beliau dan keluarga tidak pasti berapa lama mereka akan ditem-patkan di situ.

“Pihak berkuasa berkaitan memberikan kerjasama baik, namun kejadian itu agak men-jejaskan kerja saya yang me-ngusahakan bengkel membaiki kenderaan secara sendiri.

“Ini kerana tak pasti berapa lama dan diharap segalanya ber-akhir dengan cepat,” kata bapa tujuh anak itu.

Laporan oleh Hafizan Taib & Ermizi Muhamad | Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

Ishak Ali

Mohd Fareez

LUAS perlu komprehensif lindungi kawasan tadahan airSHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) perlu lebih komprehensif menyediakan langkah berkesan memastikan kawasan tadahan air dilin-dungi sebagai jaminan kuantiti dan kualiti kebersi-han sumber air negeri.

Demikian cadangan dinyatakan Ketua Audit Negara pada pembentangan Laporan Audit Nega-ra 2015 Siri 2 Selangor menerusi kerja pengauditan bermula Oktober 2015 sehingga Mei lalu.

“Bidang kuasa LUAS perlu diperkasakan se-bagai ‘lead agency’ untuk menyelaras dan me-ngurus semua aktiviti pembangunan di dalam ka-wasan tadahan juga lembangan sungai.

“Tujuannya bagi mengawal kuantiti dan kua-liti sumber air negeri selain LUAS perlu memas-tikan program pewartaan kawasan tadahan air dilaksanakan secara komprehensif memastikan ka-wasan tadahan air dilindungi,” kata laporan itu.

LUAS dipertanggungjawabkan mengurus sum-ber air dan sungai di Selangor selaras Enakmen LUAS 1999.

Pada masa sama, laporan Ketua Audit Negara

turut mengenal pasti wujud pelaksanaan aktiviti dan gerak kerja memerlukan penambahbaikan.

Ia termasuk insiden henti tugas ekoran berlaku-nya pencemaran menyebabkan loji rawatan air terpaksa dihentikan.

Selain itu, laporan turut mendapati wujud kelemahan pengurusan lesen, kutipan hasil, pe-mantauan dan penghutang terhadap pemegang lesen yang belum dilaksanakan secara kompre-hensif dan berkesan.

Page 6: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

6Utama

SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri meluluskan lapan projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) membabitkan pembinaan 6,108 unit kediaman di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Ab-dul Samad berkata, kelulusan itu dipersetu-jui dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangor Bil. 8/2016 bersama Ketua Unit PPA1M, Ismail Che Hassan, pada 21 No-vember lalu.

“Mesyuarat hari ini bersetuju meluluskan pemohonan tersebut tertakluk kepada ke-lulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan syarat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat.

“PPA1M disyaratkan membina 20 pera-tus Rumah Selangorku di setiap projek dan

harga jualan maksima rumah PPA1M adalah RM300,000 dan pembeli Rumah Selangorku perlu daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS),” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata, kelulusan itu sekali gus membuktikan sikap keterbukaan Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kerajaan Perse-kutuan dalam isu melibatkan kepentingan rakyat.

“Sebagai pulangan Kerajaan Negeri mem-benarkan kepadatan pembangunan PPA1M menurut kepadatan Rumah Selangorku. Ini bermakna di antara 80 hingga 120 unit se-ekar bergantung kepada PBT.

“Ini boleh berlaku kerana PP1AM bukan di bawah bidang kuasa Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Ban-dar yang mengambil sikap berkonfrontasi terhadap Kerajaan Negeri,” katanya.

Lulus pembinaan PPA1M

Bukti peduli rakyat

PETALING JAYA - Dalam usaha menjadikan Selangor sebagai Smart State, Kerajaan Negeri me-langkah setapak lagi dengan Se-langor Makers and Innovation Carnival (SMIC) 2016.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ah-mad berkata, karnival sulung itu manjadi landasan khusus merai-kan komuniti pereka cipta (ma-kers) dalam kalangan masyarakat.

Katanya, SMIC memberi pe-luang ‘makers’ mempamerkan rekaan, membina jaringan baru selain menggalakkan lebih ramai untuk mula bereksperimen dan menghasilkan produk baru.

“SMIC turut berperanan mendedahkan orang ramai de-ngan teknologi terkini seperti pencetakan 3D, ‘drones’, ‘coding’ dan budaya ‘makers’ yang kini berkembang pesat di seluruh dunia.

“Di Asia Tenggara, Malaysia sebenarnya adalah antara nega-ra yang terkebelakang, berban- ding Singapura, Thailand dan Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika

SMIC semarak agenda Smart Selangor Telusuri keunikan adat perkahwinan Melayu

PAKEJ CATERING & CANOPY SRI PAYUNGKami adalah pakar dalam bidang katering dan memiliki pengalaman yang luas serta mampu menyediakan kehendak anda. Kami juga menyediakan pakej-pakej dan promosi yang semestinya mengikut bajet anda. Jika pakej kami tidak dapat mengikut citarasa anda, usah bimbang, kami boleh melaraskannya mengikut citarasa dan bajet anda. Yang pastinya anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

03-9283 2523 | 013-206 2523013-338 1573

s r i p a y u n g 1 3 2 3 @ y a h o o . c o mRESTORAN & KATERINGw w w . s r i p a y u n g . c o m

SRI PAYUNG

No 5, Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Selangor.PROMOSIPERKAHWINANRM15,000/1000paxPAKEJ LENGKAP KATERING | DEWAN | PELAMINSEPASANG BAJU | MAKEUP | MCJURUFOTO | DOME 2 SET | KEK 3 TINGKAT

DAN LAIN-LAIN

Buka 11.00 pagi - 5.00 ptgJumaat Cuti

RM10.50RM10.50 RM7.50RM7.50

Nasi Beriani Kambing

Nasi Tomato Ayam Merah

RM10.50RM10.50 RM7.50RM7.50

RM10.50RM10.50 RM7.50RM7.50Nasi Minyak

Daging Hitam

Restoran Sri PayungAsam Pedas Istimewa

ucapan perasmian SMIC 2016 di pusat membeli-belah The Strand, di sini, pada 26 November lalu.

Seramai 35 kumpulan ‘mak-ers’ dan pendidik STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik) mengambil bahagian dalam pameran kali ini.

Antara yang menarik adalah

inovasi kerusi roda kawalan min-da, pemanduan tanpa pemandu serta penyertaan ‘makers’ termu-da berusia 11 tahun.

Selain itu, terdapat tiga ru-ang bengkel disediakan bagi tu-juan demonstrasi dan kelas yang berjalan serentak juga percuma sepanjang hari.

SABAK BERNAM - Dalam ke- ghairahan mengecapi status Smart State, Kerajaan Negeri tidak me-ngabaikan usaha mempromosi keunikan dan nilai estetika adat perkahwinan masyarakat Melayu di Selangor.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu dan Warisan, Pembangu-nan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berka-ta, ia penting untuk generasi baru memahami asal usul adat istiadat dan upacara perkahwinan tradisi.

“Melalui program ini, mereka dapat melihat dan mengamati sendiri keistimewaan adat perkah-winan Melayu, sekali gus menerus-kan kelangsungan adat istiadat dengan mudah tanpa berangga-

pan ia sebagai amalan karut.“Pengalaman ini juga diharap

dapat dikongsi bersama masyara-kat kaum lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Adat Perkah-winan dan Warisan Kesenian Mela-yu Selangor di Stadium Sungai Be-sar, pada 27 November lalu.

Program satu hari itu menyaji-kan demonstrasi adat perkahwi-nan Melayu termasuk persemba-han silat, bersanding, menepung tawar dan makan beradab serta makan walimatulurus.

Turut diadakan, pertandingan Gubahan Hantaran Perkahwinan Melayu, Gubahan Sajian Raja Se-hari, Sirih Junjung Tradisional, Jom Ngail dan Kompang Berirama.

Page 7: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

7SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Utama

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengutuk tindakan sepasang suami isteri yang mengasari pe-nguatkuasa wanita Majlis Ban-daraya Shah Alam (MBSA) ketika melaksanakan tugas.

Exco Kerajaan Tempatan, Pe-mutihan Kilang Haram dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, tindakan pasangan itu memberi kesan be-sar kepada tugas penjawat awam dalam melakukan tugas mereka.

“Saya mengutuk perlakuan sebegini dan kerajaan akan me-ngambil pendirian tegas bagi menghadapkan sesiapa yang ber-salah ke muka pengadilan.

“MBSA sedang menimbang un-tuk mengambil tindakan ke atas pelaku berkenaan berdasarkan kepada lunas undang-undang sedia ada kerana perlakuan itu mengganggu dan menghalang tugas penjawat awam,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Hian Wah memuji tindakan pegawai wanita berkenaan kerana komited melak-

Ganggu penguatkuasa jalan tugas

Pesalah berdepan tindakan tegas

SHAH ALAM - Agenda STEM (Science, Technology, Engineer-ing, Mathematics) terus diberi penekanan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Selangor.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknolo-gi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ah-mad berkata, pendidikan STEM mampu mempersiapkan pelajar dengan empat aliran itu sete-rusnya dipraktikkan di dunia se-benar.

“Baru-baru ini, di Selangor Makers and Innovation Carnival (SMIC), anak tempatan yang ber-pengetahuan tinggi dalam sains dan teknologi berupaya mereka cipta produk berkualiti tinggi.

“Inovasi mereka sangat mem-beri inspirasi tetapi tentunya ma-sih banyak lagi yang perlu dibuat.

“Antaranya, kita perlu mening-katkan lagi minat generasi masa hadapan dan pastikan mereka mesra dengan STEM,” katanya ketika merasmikan International Conference On Life Sciences Re-volution (ICLSR) 2016, pada 29 November lalu.

Seminar dua hari itu turut dis-empurnakan Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Professor Datuk Dr Mo-hammad Redzuan Othman.

Seramai 100 penceramah tem-patan dan 18 penceramah anta-rabangsa mengambil bahagian dalam ICLSR kali ini.

STEM pemangkin tenaga kerja berkemahiran tinggi

sanakan tanggungjawab walau-pun berdepan pelbagai cabaran.

“Insiden ini juga sebahagian cabaran penjawat awam dan ia ti-dak akan melemahkan komitmen serta semangat warga kerja MBSA untuk melaksanakan tanggung-jawab.

"Sebaliknya menjadikan me-reka lebih tabah, berdedikasi dan cekap ketika menjalankan tugas-an,” katanya.

Pada masa sama, pasangan suami isteri yang mengasari ang-gota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ke-tika menjalankan tugas di Bukit

Rahman Putra, Sungai Buloh, pada 24 November lalu, dihukum penjara 14 hari.

Hukuman dijatuhkan Majis-tret P Sarulatha selepas pasangan suami isteri itu, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah mengikut Seksyen 353 Kanun Ke-seksaan kerana menggunakan ke-kerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan ke-wajipan yang sah di sisi undang-undang.

Sarulatha turut memerintah-kan tertuduh membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari.

Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai ra-yuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh menggunakan ke-kerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ean Yong Hian Wah

Page 8: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

Nasional8 SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Pendakwaan perlu buktikan elemen niat

Tanda aras keputusan Akta Hasutan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Mahkamah Ra-yuan memutuskan Seksyen 3(3) Akta Hasutan yang me-nyatakan elemen niat tidak perlu dibuktikan adalah tidak mengikut perlembagaan.

Dalam membenarkan ra-yuan saman Ahli Dewan Ne-geri (ADN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk mengisytiharkan perundangan kolonial itu ti-dak sah, panel hakim diketuai Datuk Lim Yee Lan sebulat su-ara memutuskan Seksyen 3(3) melanggar Artikel 10 Perlem-bagaan Persekutuan, pada 25 November lalu.

Hakim lain dalam panel itu ialah Datuk Varghese George dan Harminder Singh Dhaliwal.

Ketika menyampaikan peng-hakiman mahkamah, Varghese

berkata, di bawah Artikel 8, semua individu mesti sama rata di sisi undang-undang.

“Kami mengingatkan diri sendiri berkenaan hal ini. Jelas, Seksyen 3(3) mencipta ‘rejim’ lain yang menjadikan kecen-derungan unsur hasutan. Ia menyimpang daripada ke-biasaan,” katanya.

Beliau berkata, undang-un-dang lain dalam keadaan biasa, beban membuktikan terletak kepada pihak pendakwaan.

“Tetapi di bawah Seksyen 3(3), beban membuktikan bu-kan kepada pihak pendak-waan,” katanya.

Sementara itu, Shuhaimi me-nyifatkan keputusan terbabit akhirnya membawa keadilan dan memberi manfaat besar kepada semua rakyat dituduh di bawah akta zalim itu.

“Cabaran keperlembagaan tehadap Seksyen 3(3), Akta Ha-sutan 1948 yang menyatakan ti-dak perlu membukti niat adalah salah diterima mahkamah dan kini mahkamah memutuskan Seksyen 3(3) dibatalkan.

“Oleh itu, pihak pendakwa perlu membuktikan niat di dalam semua kes membabit-kan akta hasutan yang sedang dibicarakan di mahkamah atau dalam proses rayuan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 7 Februari 2011, Shu-haimi dihadapkan ke Mahka-mah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memuat naik ar-tikel berbaur hasutan dalam blognya berkenaan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu, ketika itu.

Lebih ramai bakal ditangkapSHAH ALAM - Lebih ramai ahli politik dalam kalangan pem-bangkang dijangka akan diheret ke mahkamah sebelum pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, situasi itu merujuk kepada beberapa siri penang-kapan dan siasatan ke atas ahli politik juga aktivis berkenaan himpunan BERSIH 5 untuk me-mastikan parti pemerintah kekal berkuasa.

Ini termasuk penyalahgunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah serta penggunaan berleluasa Seksyen 124C dan 147 Kanun Ke-seksaan untuk menangkap atau menyiasat mereka.

“Tidak mustahil semakin ham-pir kita ke Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), semakin ramai ahli politik Pakatan Harapan (PAKATAN) bakal dihadapkan ke mahkamah,” katanya dalam ke-nyataan.

Mengulas berkenaan pembe-basan Maria, beliau berkata, ia adalah hasil gesaan dan sokon-

gan padu rakyat yang berhim-pun secara aman setiap malam di Dataran Merdeka untuk men-zahirkan rasa tidak puas hati mereka.

“Kerajaan Umno-Barisan Na-sional (BN) yang dahulunya ber-janji untuk hanya menggunakan SOSMA ke atas pengganas kini jelas memungkiri janji mereka.

“Sehingga ke hari ini, tiada seorang menteri mahupun ahli parlimen Umno-BN yang berani mengeluarkan kenyataan baha-wa penahanan Maria di bawah SOSMA adalah wajar dan adil.

“Yang ada cuma alasan ‘ja-ngan tanya saya, sila tanya si po-lan’," katanya.

Dasar baru atasi kenaikan harga makananSHAH ALAM - Gabungan peng-guna-pengguna Malaysia (FOMCA) mahu Kerajaan Persekutuan mewu-judkan dasar baru bagi menangani isu kenaikan harga makanan jika harga gula dinaikkan.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kenaikan harga gula bakal me-nyebabkan peniaga mengam-bil kesempatan menaikkan harga makanan, sekali gus mem-bebankan pengguna.

Katanya, Kementerian Perda-gangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantau pengusaha makanan daripada menaikkan harga sesuka hati.

“Kita menjangkakan kenaikan harga makanan berlaku, justeru diharap KPDNKK ambil tindakan.

Jika peniaga ambil kesempa-tan naik harga harga sewenang-wenangnya, gunakan akta pen-catutan.

“Malah, kerajaan perlu wujud-kan dasar baru kepada peniaga restoran sebagai contoh kenai-kan hanya berlaku pada minu-man yang bergula sahaja,” ka-tanya.

Kerajaan Persekutuan kini sedang mengkaji permintaan pengeluar bagi menaikkan har-ga gula ekoran peningkatan kos gula mentah yang semakin me-ningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepeng-gunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perbincangan berkenaan perkara itu sudah di-lakukan, sejak sebulan lalu.

Maria terima 'hadiah' peluruSHAH ALAM - Selepas dibebas-kan daripada tahanan di bawah Akta Kesala-han Keselamatan ( L a n g k a h - L a n g -kah Khas) 2012 (SOSMA), perka-ra lain menanti Pengerusi BER-SIH, Maria Chin Abdullah.

Beliau yang dita- han selama 10 hari menerima warkah ancaman kematian dan sebutir peluru

daripada salah satu surat yang dikirimkan kepadanya.

"Amaran terakhir, jika tidak RIP (me-

ninggal dunia) Marina (sepa-tutnya Maria) dan keluarga", demikian menu-

rut surat terbabit, lapor Malaysiakini.Bercakap kepa-

da pemberita di Kuala Lumpur, Maria berkata, beliau mendapat sampul surat berke-

naan, pada 29 November lalu.Beliau percaya sampul surat

itu dihantar individu terbabit sendiri ke rumahnya, pada 18 November lalu ketika beliau di-tahan di bawah SOSMA

"Tindakan seperti ini per-lu dikutuk dan mereka yang melakukannya perlu disumbat ke dalam penjara.

"Saya berharap akan ada tindakan diambil polis un-tuk menangkap mereka yang menghantar ancaman seperti ini," katanya.

Page 9: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

Khas Rohingya9SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Tubuh pasukan pengaman negara Islam

Lindungi etnik RohingyaOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Pasukan tentera pengaman negara Islam perlu di-tubuhkan segera bagi melindungi etnik Islam Rohingya di Myanmar daripada terus tertindas.

Naib Presiden PAS, Dato’ Is-kandar Abdul Samad berkata, insiden pembersihan etnik itu sepatutnya membuka mata pe-mimpin negara Islam seluruh dunia.

Beliau berkata, walaupun du-

nia memiliki tentera pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu, namun ia bukan di bawah kawalan ne-gara Islam.

“Hari ini terdapat umat Islam yang merupakan minoriti di negara mereka berhadapan an-caman pembersihan etnik, pem-bunuhan beramai-ramai atau pengusiran dari kampung hala-man mereka.

“Walaupun bilangan tentera pasukan (pengaman) itu kecil pada peringkat awal, namun ia

memberi isyarat kepada dunia bahawa nasib minoriti umat Is-lam akan sentiasa dibela,” kata-nya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Iskandar berkata, tanpa campur tangan pasukan tentera pengaman akan menyebabkan etnik Ro-hingya tidak mendapat pembe-laan sewajarnya.

“Cukuplah dengan pengala-man pembersihan etnik umat Is-lam Bosnia di Balkan, pada awal 90-an,” katanya.

Malaysia perlu kaji hubungan diplomatik MyanmarGOMBAK - Putrajaya disarankan meng-kaji semula hubungan diplomatik de-ngan Kerajaan Myanmar berkait dasar sedia ada sebagai bantahan terhadap kezaliman dilakukan tentera negara itu ke atas etnik Rohingya.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Moha-mad Raimi Ab Rahim berkata, penelitian semula keanggo-taan Myanmar sebagai nega-ra ASEAN juga perlu dikaji ekoran wujud perlanggaran prinsip kemanusiaan seperti tertakluk dalam perjanjian pemeteraian keanggotaaan ASEAN sebelum ini.

“ABIM merujuk kepada prinsip dalam ‘ASEAN Human Rights Declration’ yang turut ditandantangani Kerajaan Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 di Phnom Penh, Kemboja yang menekan-kan prinsip hak asasi manusia secara jelas untuk segenap manusia yang duduk dalam sesebuah negara ASEAN.

“Justeru, ABIM menggesa Kerajaan Ma-laysia dan seluruh negara ASEAN berte-gas menilai semula keanggotaan Myan-mar kerana tindakan kejam mereka amat bercanggah dengan prinsip juga budaya negara serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ke-

nyataan dibacakan Setiausaha Agung pertubuhan itu, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam sidang media di Ibu Pejabat ABIM, pada 24 November lalu.

ABIM sebelum ini pernah membang-kitkan perkara sama, pada 19 September 1996 mendesak Kerajaan Malaysia mengetat-kan dan memperhalusi semula cadangan kemasukan Myan-mar ke dalam ASEAN.

Gesaan itu diterjemahkan dalam satu serahan memoran-dum bersama lebih 30 pertu-buhan badan bukan kerajaan kepada Kementerian Luar.

Tidak lama selepas itu, Myanmar diterima sebagai negara ang-gota ASEAN yang dianggotai beberapa negara lain termasuk Malaysia, Singa-pura, Vietnam, Laos, Indonesia, Kemboja dan Thailand.

Terdahulu, laporan media mendedah-kan, tentera Myanmar melancarkan se-rangan berterusan di penempatan etnik Rohingya di Rakhine yang mengorban-kan 25 mangsa.

Pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi dalam kenyataannya sebelum ini ber-kata, isu masyarakat Rohingya tidak perlu diperbesarkan lantas menimbulkan ke-marahan masyarakat Islam sedunia.

Malaysia digesa putuskan hubungan dengan MyanmarSHAH ALAM - Kerajaan Malaysia digesa mengambil langkah te-gas memutuskan hubungan ber-sama Myanmar sebagai tekanan kepada negara itu.

Pengerusi Amanah Selangor, Izhar Hashim berkata, Malaysia juga wajar mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dilakukan Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya kepada Pertu-buhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Persatuan Nega-ra-negara Asia Tenggara (ASEAN).

“Kita bantah penindasan umat Islam di Bosnia, Syria dan lain-lain

tetapi kita hanya melihat penin-dasan umat Islam Rohingya.

“Kita tak boleh bercakap mu-lut sahaja tetapi kita mahu Ke-rajaan Malaysia ambil langkah drastik untuk menekan Kerajaan Myanmar termasuk menutup hubungan dengan negara itu,” katanya dalam satu demonstrasi selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Negeri, pada 25 Novem-ber lalu.

Izhar berkata, kekejaman ter-hadap 1.5 juta masyarakat Ro-hingya di Arakan bukan hanya membabitkan isu agama dan bangsa tetapi isu kemanu-

siaan yang wajar diperjuangkan semua pihak.

Sementara itu, Ketua Angka-tan Muda KEADILAN (AMK) Se-langor, Afzainizam Abdul Rah-man berkata, AMK konsisten menentang sebarang kegana-san yang berlaku tanpa mengira agama dan bangsa.

“Dahulu, ketika berlaku keke-jaman terhadap masyarakat di Sri Lanka, kami juga mengutuk keganasan yang dilakukan dan kali ini terhadap masyarakat Ro-hingya, sekali lagi kami tegas dengan pendirian supaya keke-jaman ini dihentikan,” katanya.

Page 10: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

10ADN

SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

PETALING JAYA - Sekurang-kurangnya 27 wanita dari Taman Sri Manja dan Medan Pejasa, di sini, menjalani pemeriksaan kesi-hatan Mammogram percuma an-juran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Medan di Hospital Columbia Asia, Petaling Jaya, ba-ru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Ta-man Medan, Haniza Talha ber-kata, pihaknya komited memas-tikan seramai mungkin golongan

wanita di kawasannya menikmati produk kebajikan yang ditawar-kan Kerajaan Negeri.

"Wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri, jadi kita mahu memasti-kan kesihatan mereka terus ter-jaga dalam keadaan optimum. Barah payudara pembunuh se-nyap utama kepada wanita.

"Penganjurannya juga me-nyambut baik hasrat Kerajaan Negeri yang mensasarkan 1 juta

wanita menerima manfaat pro-gram," katanya.

Haniza berkata, wanita beru-mur 35 tahun ke atas berminat menyertai Pemeriksaan Mammo-gram Percuma boleh mendaftar di Pusat Khidmat Masyarakat Ta-man Medan atau hubungi 03-7781 2151 (Cik Fauhan).

Sehingga kini, 22,505 wanita seluruh Selangor sudah meneri-ma manfaat program sejak mula ditubuhkan, pada 2008.

Pemeriksaan Mammogram percuma

Haniza komited mahu wanita sihat

ADN KKB anjur kejohanan martabat SilambamKUALA KUBU BHARU - Bagi me-martabatkan seni memperta-hankan diri masyarakat India, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong me-ngambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Silambam Terbuka (kumpulan) 2016.

Katanya, kejohanan merebut piala pusingan ADN Kuala Kubu Bharu itu antara lain bertujuan menghargai seni silambam yang merupakan salah satu seni mem-pertahankan diri tradisi dalam kalangan India sejak turun te-murun.

Kejohanan bakal berlangsung di Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali pada 11 Disember ini.

Silambam adalah seni mem-pertahankan diri yang ulung dan unggul bagi bangsa Tamil di se-luruh dunia.

Pengkaji berpendapat seni itu wujud lebih 5,000 tahun dahulu sebelum kedatangan kaum Ar-yan ke India.

Justeru, Silambam dianggap sebagai seni mempertahankan diri tertua di dunia.

Bertujuan menghargai seni silambam yang merupakan salah satu seni mempertahankan diri tradisi di kalangan orang India sejak turun kemurun

LEE KEE HIONGADN Kuala Kubu Bharu

BANGI - Di sebalik jadual padat, Ahli De-wan Negeri (ADN) Bangi, Shafie Ngah ti-dak ketinggalan menyertai perlawanan persahabatan bola sepak, pada 26 No-vember lalu.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) mewakili Pilihan Pusat Khidmat ADUN Bangi yang berhadapan dengan Pilihan MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) yang diwakili pega-wai tingginya.

Memakai jersi nombor 11, beliau ber-main di posisi pertahanan sempat meng-kucar-kacirkan pintu gol lawan.

"Walaupun Pilihan MPKj menyenarai-kan lebih ramai pemain, Pilihan Pusat Khidmat ADUN Bangi tetap bertahan dengan 12 pemain sahaja.

"Perlawanan ini lebih kepada mempro-mosi gaya hidup sihat dan mengeratkan silaturrahim. Tahniah kepada kedua-dua pasukan atas semangat kesukanan," ka-tanya.

Perlawanan berkenaan diadakan sem-pena pembukaan semula padang Kom-pleks Sukan Seksyen 15 yang ditutup un-tuk kerja baik pulih sebelum ini.

Berlangsung selama 40 minit, kedua pasukan mempamerkan aksi hampir seimbang dan menghasilkan keputusan seri satu sama.

Selain bola sepak, Shafie sebenarnya aktif menyertai aktiviti berbasikal.

Terbaru, beliau menyertai Bangi Gate-Way Fun Ride yang berlangsung, pada 20 November lalu.

ADN Bangi - MPKj seri � - �

Page 11: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

11SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Ekonomi

Misi pelaburan di Jepun

Kukuh agenda ‘Smart State’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Selangor mening-katkan kerjasama serantau ber-sama Jepun menerusi misi pela-buran Kerajaan Negeri dan Invest Selangor bagi rangka kerja pe-ngukuhan agenda Smart Sela-ngor di Tokyo.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama delegasi Kerajaan Negeri yang turut disertai Exco Pelaburan,

Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, tiba di Tokyo, pada 24 No-vember lalu.

Lawatan kerja dimulakan ke Fujisawa untuk melihat sendiri perkembangan teknologi bandar pintar yang diaplikasikan di ka-wasan itu.

Menulis di Facebook, Mo-hamed Azmin berkata, kemajuan Fujisawa boleh diterjemahkan se-

cara konsisten di Selangor.“Lampu jalan dan penggunaan

alatan pencegahan sebagai kae-dah mengesan jenayah serta me-ningkatkan keamanan komuniti setempat sungguh mengagum-kan yang boleh dipertimbangkan secara serius di Selangor.

“Pelaksanaan kaedah ini de-ngan mengambil inisiatif pelak-sanaan Smart Selangor boleh dilaksanakan secara praktikal di Selangor,” katanya.

Kerajaan Negeri sebelum ini giat merintis pembangunan agenda Smart Selangor meneru-si jalinan kerjasama hubungan pelaburan serantau dengan ne-gara luar.

Keberkesanan itu diyakini

mampu meningkatkan penja-naan ekonomi lebih mampan dan berdaya saing seiring hasrat menjadikan Selangor sebagai negeri pintar berpaksikan caba-ran urbanisasi menggunakan teknologi sebagai ‘key enabler’.

Delegasi Selangor temui pengurusan tertinggi ToyotaJEPUN - Delegasi Kerajaan Selangor di Nagoya, Jepun meneruskan misi pela-buran dua hari terakhir dengan perte-muan bersama pengurusan tertinggi Toyota.

Bermula seawal pagi 27 November lalu, delegasi dibawa ke Toyota Com-memorative Museum of Industry & Technology dan Toyota Automobile Museum.

Delegasi kemudiannya dibawa ke To-yota Ecoful Town untuk melihat pemba-ngunan Smart City dibangunkan Toyota.

Sementara 28 November pula, de-legasi dibawa melihat Toyota Motoma-chi Plant & Toyota Kaikan sebelum per-temuan bersama pengurusan tertinggi Toyota Motor Corporation bagi mem-

bincangkan prospek pelaburan akan datang di Selangor.

Pertemuan diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diraikan Presiden Niaga Unit Toyota, Shinya Kotera; Pengarah Urusan TMAP Jepun, Satora Nakamura dan Timba-lan Pengarah TMAP Jepun, Yoshihito Kawamoto.

Rangka pertemuan tersebut turut di-sertai Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Seder-hana, dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim dan Pengarah Eksekutif UMW Toyota, Ravindran Kurusamy.

Awal tahun lalu, Toyota Motor ber-setuju dengan pelaburan RM2 bilion di Bukit Raja, Klang.

Bantu veterantentera jana pendapatanSHAH ALAM - Kerajaan Negeri tampil dengan inisiatif tersendiri membantu bekas tentera menambah pendapatan menerusi Program Latihan Keusaha-wan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Exco Pendidikan, Pembangunan Mo-dal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, program dengan kerjasama HIJRAH Selangor itu berlangsung dua hari di Hotel De Palma, Shah Alam, pada 21 November lalu.

“Program ini memberi penekanan ke-pada latihan keusahawanan bagi mem-bantu veteran ATM yang banyak berbakti kepada negara untuk mempunyai kesi-nambungan yang baik, di samping dapat memperoleh peluang mencari rezeki melalui perniagaan.

“Ini juga sebagai satu persediaan su-paya mereka dapat menceburkan diri dalam bidang yang mereka minat dan diperkembangkan,” katanya.

Katanya, menjadi harapan Kerajaan Negeri supaya setiap peserta mendapat manfaat yang baik daripada program tersebut dan sokongan padu akan terus diberikan.

Program dengan kerjasama HIJRAH Selangor itu diteruskan di beberapa loka-si lain pada 23 hingga 25 November lalu dan 5 hingga 7 Disember ini.

Page 12: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

Album12 SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Album13SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

ADN Bukit Melawati, Jakiran Jacomah menyampaikan sumbangan kepada peserta program khatan di DUN beliauADN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abd Malik merasmikan Majlis Akhir Tahun Tadika Seri Sofia 2016

ADN Rawang, Gan Pei Nei melawat dan mendengar permasalahan penduduk berhubung isu tanah mendap di Taman Bersatu, Rawang

ADN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyampaikan hadiah kecemerlangan sempena Majlis Graduasi Tahun 6 Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chincin

ADN Sekinchan, Ng Suee Lim

menyerahkan bantuan Selangor

Food Stamp kepada mereka memerlukan

di kawasan beliau

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah meraikan dan menyantuni golongan OKU pendengaran di Dewan Serbaguna Sri Damansara

ADN Meru, Dr Abd Rani Osman turun padang meraikan peserta khatan beramai-ramai di kawasan beliau

ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menghadiri dan menyantuni pelajar ketika Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Klang

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menghadiri dan merasmikan Karnival Gen Y di Seksyen 27 Shah Alam

Page 13: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

14Rencana

SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Transformasi mencorak keupayaan fakulti

Perniagaan dan Perakaunan tarikan utama di UNISELDipetik dan diolah daripada Bu-letin UNISEL Edisi Khas Konvoke-syen 2016

Transformasi merupakan satu proses perubahan ke arah yang lebih baik. Oleh itu menerusi ‘ta-gline’ baharu yang diperkenal-kan Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, iaitu 'Pe-neraju Transformasi', UNISEL ber-hasrat untuk melahirkan lebih ramai graduan cemerlang yang mampu berdaya saing di pering-kat global.

Ikuti temubual bersama Prof Madya Dr Tengku Shahrom Teng-ku Shahdan, Dekan Fakulti Per- niagaan dan Perakaunan UNISEL, mengenai anjakan paradigma yang dilakukan dalam menjadi-kan UNISEL sebagai sebuah uni-versiti pilihan yang terulung.

Soalan: Difahamkan ada be-berapa pendekatan serta strategi terkini yang Dr perke-nalkan. Kongsikan sedikit.

Usaha anjakan paradigma yang saya ingin lakukan adalah mengeluarkan pelajar dari ke-pompong yang menghadkan ke-bolehan dan kredibiliti sebenar mereka. Kita seharusnya berse-dia untuk berdepan dengan apa juga perubahan dalam era pasca perindustrian dan pasca globa-lisasi yang penuh pancaroba ini.

Di UNISEL, saya selalu meng-ingatkan pelajar untuk sentiasa belajar sesuatu yang baharu kerana pendidikan adalah suatu proses yang tiada penamatnya. Saya sendiri pernah berada di situasi menjawat jawatan dekan dalam bidang yang berbeza, na-mun bagi saya ia tidak mustahil untuk dipelajari. Pendekatan kri-tikal terhadap transformasi pen-didikan amat diperlukan oleh pelajar untuk menempuh masa depan mereka yang penuh dengan pancaroba. Ini

kerana pelajar kita merupakan ‘Generasi Z’ iaitu generasi digital yang dibanjiri warga siber.

Cabaran kerja zaman mere-ka sangat berbeza dengan apa yang dialami alumni mereka sebelum ini sama ada dari segi corak atau permintaan produksi. Maka, dalam konteks ini caba-ran utama adalah bagaimana kita perlu mengubah sudut pe-mikiran para pelajar kerana pada saat ini bekalan ilmu mereka ma-sih berada dalam zon selesa dan kondusif.

Di era profesionalisme ini, teori hanya diguna sebagai garis panduan sahaja dalam persedia-an untuk menjadi pemimpin masa hadapan. Tetapi dengan sokongan pensyarah, transfor-masi ini sedang dipergiatkan secara menyeluruh di semua fakulti demi persediaan pelajar berdepan cabaran di masa hada-pan nanti.

Soalan: Pendapat Dr me- ngenai prospek bidang per-niagaan dan pengurusan atas kapasiti seorang dekan.

Bidang bisnes merupakan bi-dang luar biasa kerana kita perlu sentiasa peka dalam apa jua situa- sinya agar tidak ditumbangkan dalam sekelip mata. Kita perlu memahami bahawa teori yang diajar di universiti hanyalah se-bagai asas.

Maka kita tidak boleh bergan-tung semata-mata kepada teori kerana di luar sana kita akan ber-hadapan dengan pelbagai situ-asi berbeza yang memerlukan pemikiran lebih tajam sebagai jalan penyelesaiannya.

Menyediakan pelajar dengan pelbagai tugasan seperti ‘mock’ perniagaan kecil-kecilan, dan kertas projek berteraskan ele-men sesebuah syarikat dengan menggunakan maklumat ‘Annu-

al Report’ mereka. Tugasan ini tidak hanya me-

nyumbang kepada sebahagian markah untuk subjek semester bahkan ia sebagai latihan un-tuk membiasakan mereka ke-pada situasi kerja sebenar.

Ini kerana permintaan dalam aspek bisnes akan sentiasa berubah mengikut pereda-ran masa. Contoh yang dapat diketengahkan adalah situasi syarikat gergasi dalam dunia telefon bimbit, Nokia yang ti-dak lagi mampu untuk berda-ya saing dengan syarikat ger-gasi lain seperti Samsung dan Apple yang mendahului dalam pembuatan telefon pintar.

Kata-kata Stephen Elop, CEO Nokia 'we didn’t do anything wrong, but somehow we lost' ini sememangnya benar kerana mereka tidak melakukan se-barang kesalahan, namun ke-lalaian mereka untuk bertindak

menyebabkan me-reka terkeluar dari-

pada persaingan tersebut. Maka, saya percaya satu-sa-

tunya perkara yang kekal di du-nia ini adalah perubahan dan kami mempersiapkan pelajar kami untuk menghadapi segala cabaran dan kemungkinan.

Soalan: Secara ringkas, Dr mungkin boleh sampaikan sedikit pesanan kepada pela-jar di luar sana.

Pelajar di luar sana perlu bi-jak dalam membuat pilihan karier mereka sebagai jaminan masa hadapan. Tambahan lagi, kita sedang menuju 'Ambang 2020' yang menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang lebih hebat.

Maka, universiti seperti UNISEL boleh dijadikan ‘plat-form’ yang menyediakan segala kemudahan diperlukan untuk seseorang itu berjaya seperti fasiliti dan tenaga pengajar berkaliber.

Di UNISEL, saya selalu mengingatkan pelajar untuk sentiasa belajar sesuatu yang baharu kerana pendidikan adalah suatu proses yang tiada penamatnya. Saya sendiri pernah berada di situasi menjawat jawatan dekan dalam bidang yang berbeza, namun bagi saya ia tidak mustahil untuk dipelajari

Page 14: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

15SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Rencana

Tak kisah berbelanja besar

Janji rakyat sihatOLEH NAEEM RAFFI

Seseorang bertanya kepa-da pengamal perubatan: “ Apakah itu kebahagiaan?”

Pengamal perubatan menjawab: “Anda akan nikmati kebahagiaan bila badan sihat”

Seseorang bertanya pula ke-pada ahli kitab: “ Apakah itu ke-bahagiaan?” Ahli kitab ringkas menjawab: “kesihatan itu nikmat di dunia, sementara keampunan nikmat di akhirat,”

Menikmati hidup yang sihat menjadi impian dan harapan panjang setiap insan. Tanggung-jawab memastikan kesihatan itu bertahan wajar digalas individu, masyarakat dan pemerintah.

Atas amanah besar itu, Kera-jaan Negeri menyambut baik, memperhalusi selanjutnya merangka pelan kesihatan ter-baik untuk rakyat Selangor. Maka terhasilah 'Skim Peduli Sihat'.

Skim Peduli Sihat

Walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan sehebat Putrajaya, namun Selangor memiliki rasa kepedulian yang raksasa.

Ini diterjemahkan Dato' Men-teri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dalam Belanjawan 2017, sekali gus menjadi berita baik untuk rakyat apabila diper-kenalkan dengan skim perlin- dungan perubatan dan kesi-hatan (medical and healthcare coverage) atau Skim Peduli Sihat bagi kumpulan isi rumah ber-pendapatan 40 (B40).

Kelompok ini disantuni me-

MENANGANI DENGGI & ZIKA

RM5JUTA

KERAJAAN KOMITED DENGAN PENCEGAHAN DENGGI & ZIKA

mandangkan mereka paling ter-tekan berikutan kenaikan kos sara hidup yang saban hari men-cengkam.

Menerusinya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta setahun bagi penyediaan per-khidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250,000 ke- luarga atau sejuta rakyat Selan-gor yang mempunyai pendapa-tan isi rumah RM3,000 ke bawah.

Skim Peduli Sihat diurus-kan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Admi-nistrator itu akan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Se-langor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Setiap peserta akan mene-rima kad kesihatan Peduli Si-hat, membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 ta-hun menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi dok-tor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran

ditetapkan Persatuan Peru-batan Malaysia (MMA).

Program Mammogram

Kerajaan Negeri percaya ba-hawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara berikutan sumbangan golongan itu dalam pelbagai sektor pekerjaan selain berusaha menyara keluarga.

Atas kepentingan itulah Kera-jaan Negeri menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor bagi memastikan kesihatan golongan itu terus terjaga dan dalam ke-adaan optimum dengan menye-diakan saringan mammogram percuma bagi mereka berumur 35 tahun ke atas.

Ketika Putrajaya menghapus-kan peruntukan untuk program mammogram, Kerajaan Negeri mencadangkan untuk menerus-kan program ini dengan perun-tukan RM1 juta bagi tahun 2017 dan mensasarkan 5,000 wanita mendapat perkhidmatan ini.

Sehingga kini, 22,505 wanita sudah menerima manfaat pro-gram sejak mula ditubuhkan, pada 2008.

Program Dialisis Rakyat

Kepeduliaan Kerajaan Negeri diteruskan apabila peruntukan bagi Program Dialisis Rakyat di-tingkatkan dari RM1.7 juta seta-hun kepada RM5 juta, bermula 2017.

Ketetapan itu diambil atas kesedaran kos rawatan dialisis amat membebankan pesakit kerana mereka tidak mampu bekerja menampung kos sara hidup keluarga.

National Renal Transplant Registry 2014 melaporkan ter-dapat 6,890 pesakit dialisis di Se-langor dan kelazimannya setiap pesakit perlu menjalani rawatan 13 kali sebulan membabitkan kos hampir RM3,000 sebulan.

Sehingga 24 Oktober lalu, se-ramai 504 pesakit sudah meneri-

ma manfaat program ini dengan kos RM1.45 juta ditanggung Ke-rajaan Negeri.

Early Intervention Programme (EIP)

Tidak cukup dengan itu, Kera-jaan Negeri tampil dengan Pro-gram Intervensi Awal (Early In-tervention Programme) khusus untuk kanak-kanak berkeperlu-an khas dalam hasratnya mewu-judkan masyarakat penyayang dengan peruntukan RM3 juta.

Program ini menyediakan pendidikan dan pelbagai jenis terapi 'physiotherapy', 'occupa-tional therapy', 'speech therapy' dan 'hydrotherapy' bertujuan membantu ibu bapa mengambil langkah awal mengelak berlaku-nya masalah sampingan pada keadaan fizikal anak mereka pada masa akan datang.

Pada masa sama, program ini membantu kanak-kanak berkeperluan khas beradaptasi dalam masyarakat tanpa mera-sa terpisah kerana mereka juga mempunyai kebolehan dan po-tensi yang tersendiri.

Menangani denggi & zika

Komited membasmi denggi dan zika secara holistik, Kerajaan Negeri meningkatkan peruntu-kan kawalan dan pencegahan kepada RM5 juta pada 2017 ber-banding RM1.5 juta, pada 2016.

Sekali lagi, Kerajaan Negeri berbelanja besar dan peruntu-kan ini akan digunakan untuk menambah aktiviti kawalan den-gan menambah penggunaan Pest Controller Operator (PCO) di setiap pihak berkuasa tempatan.

Tidak cukup dengan itu, ke-sungguhan Kerajaan Negeri memberi jaminan hidup sihat kepada rakyatnya dikuatkan lagi dengan mempertingkatkan penguatkuasaan undang-un-dang terhadap pihak tidak ber-tanggungjawab menyumbang kepada penularan wabak ini.

Namun, Kerajaan Negeri menaruh harapan tinggi kepa-da semua pihak untuk bersama memikul tanggungjawab me-mastikan tiada lagi tempat pem-biakan nyamuk Aedes.

Kesimpulan

Tidak kisah berbelanja besar, Kerajaan Negeri ternyata mahu memastikan kesihatan rakyat dapat dipertingkat, sekali gus menjana produktiviti dan modal insan cemerlang yang berupaya mendokong hasrat besar men-jadikan Selangor sebagai negeri pintar.

Percayalah, Kerajaan Negeri bersungguh mencipta 'kebaha-giaan' untuk dinikmati setiap rakyat.

NAEEM RAFFI adalah Penolong Pengarang SelangorKini

Page 15: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

16Rencana

SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Gilap potensi dalam arena sukan

Selangor Champions League kembang bakat beliaOLEH HAFIZAN TAIB

Menyedari potensi anak muda dalam la-pangan sukan khu-susnya bola sepak,

Selangor Champions League (SCL) diwujudkan bagi menjadi landasan perkembangan bakat selain penyatuan pelbagai liga bola sepak sosial di Selangor.

Idea cetusan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi kesan positif dengan sambutan menggalakkan sepan-jang SCL dilangsungkan melalui kerjasama dan penyertaan pel-bagai pihak termasuk pasukan bertanding.

Bersesuaian dengan status sebagai sukan paling popular, bola sepak dilihat mempunyai kelompok pengikut ramai yang mampu menyatukan semua golongan dalam pelbagai perka-

ra terutama pertandingan dan di Selangor sendiri terdapat lebih 20 liga bola sepak sosial yang aktif menganjurkan perlawanan setiap minggu.

Tengku Amir Shah melihat situasi itu sebagai satu peluang bagi menyatukan kebanyakan liga di bawah kepimpinannya dan penganjuran SCL adalah jawapan bagi tujuan tersebut.

"Beta mahu mewujudkan be-lia lebih bertenaga, cergas serta sentiasa berhubung di Sela- ngor. SCL akan menjadi landasan ideal menyatukan semua liga bola sepak yang datang dari-pada latar berbeza di Selangor," titahnya.

Rapat jurang amatur dan profesional

Melalui Selangor Youth Com-munity (SAY) dengan Raja Muda Selangor berperanan sebagai

Pengerusi Eksekutifnya, pengan-juran SCL disokong ke arah me-majukan bola sepak di Selangor serta merapatkan jurang antara amatur sosial dan bola sepak profesional, meningkatkan pelu-ang selain perpaduan dalam ka-langan komuniti bola sepak di negeri itu.

Berdasarkan wawasan Tengku Amir Shah, SAY telah mengenal pasti dan mendekati pengaruh utama dalam bola sepak komuniti untuk menjadi sebahagian dari-pada jawatankuasa pusat yang

menganjurkan SCL membabitkan kerjasama semua pihak berkaitan dengan sokongan pihak berkuasa tempatan dan syarikat korporat yang akan memastikan kemam-panan liga berkenaan untuk ta-hun akan datang.

Penyertaan belia di peringkat akar umbi sebagai pemain, pe-nganjur, pengurus, jurulatih, ahli fisioterapi, pengadil, penganali-sis politik dan wartawan sukan diharap mampu direalisasikan melalui inisiatif itu.

"Masa depan negara terletak di tangan golongan muda. Kita perlu membina asas kukuh di peringkat masyarakat dengan mendidik dan memupuk mereka bergerak ke depan.

"Tidak kira apa jua keadaan, sama ada anda dalam kalangan masyarakat, kerajaan atau apa sahaja. Kita semua boleh me-mainkan peranan dalam mem-perkasakan generasi muda Se-langor.

"Mudah-mudahan kesan posi-tif SCL diterima komuniti bola sepak di Selangor dapat diap-likasikan dalam bidang atau negeri lain di Malaysia," titah baginda.

Lapan liga sertai edisi sulung SCL

Edisi sulung SCL bermula tahun ini dengan penyertaan juara dan naib juara dari lapan liga bola sepak sekitar Selangor iaitu Klang Valley League, Se-tia Alam League, Socialiga KL, The District League, FS League, Malaysian Chinese Football As-sociation (MCFA) League, Liga

Klang dan Gardens League.Manakala pasukan bertan-

ding ialah FCJ Muda, Ingress Tiger, West United, Ultimate FC, Jang's Trooper, SKJ FC, Rasta Ti-gers, Alam Megah FC, Terrapins FC, PIB FC, FC SOB, Naga FC, Southern FC, Rebel FC, KRU FC dan Klasiko FC.

Penyertaan pasukan elit dari-pada kumpulan amatur sosial adalah selaras dengan slogan SCL iaitu 'Earned. Not Given' iaitu menyajikan persembahan berkualiti bola sepak sosial ter-tinggi dan hiburan masyarakat di Selangor.

Peringkat kumpulan kejo-hanan itu diadakan di Ban-dar Utama selama dua bulan, manakala peringkat kalah mati dan pertandingan akhir di Sta-dium Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Aksi akhir mempertemukan Terrapins FC dan Rebel FC di lokasi sama pada 12 November lalu dengan disaksikan Tengku Amir Shah serta tetamu kehor-mat lain seterusnya menyam-paikan piala dan hadiah kepa-da pasukan juara serta semua pemenang.

Terrapins FC muncul juara sulung mengalahkan Rebel FC dengan keputusan 2-1.

Sebelum itu, perlawanan per-sahabatan antara SCL All Stars dan Selangor Elite diadakan membabitkan beberapa bekas pemain negeri.

Penganjur menerima maklum balas positif berhubung SCL di sepanjang kejohanan dan suasa-na itu dirasai melalui sambutan menggalakkan di laman sosial.

Berdasarkan wawasan Tengku Amir Shah, SAY telah mengenal pasti dan mendekati pengaruh utama dalam bola sepak komuniti untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pusat yang menganjurkan SCL membabitkan kerjasama semua pihak berkaitan dengan sokongan pihak berkuasa tempatan dan syarikat korporat yang akan memastikan kemampanan liga berkenaan untuk tahun akan datang

Page 16: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

17SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Pelancongan

Buku ‘Terokai Kehijauan Selangor’

Bongkar keunikan eko-pelancongan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Keunikan dan kehijauan bumi Selangor diterjemahkan kepada umum menerusi penghasilan buku ‘Terokai Kehijauan Selangor’, karya Goh Yong Chuan.

Inisiatif diwujudkan Tou-rism Selangor itu dibuat bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan dan an-tarabangsa untuk mengenali keindahan flora dan fauna di negeri itu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, buku mengan-dungi informasi khusus itu mampu memberi gambaran terbaik kepada pelancong me-ngenai sumber alam semula jadi di Selangor.

“Ia lengkap maklumat botanikal, zoologikal, pantai, perhilitan dan lain-lain kajian berkaitan memberi pelancong pendedahan mengenai sumber alam semula jadi terdapat di Se-langor khasnya.

“Buku ini bukan sahaja mem-buka mata dan minda orang ramai terhadap khazanah alam negeri, tetapi ia juga menjadi panduan serta pendidikan ke-pada pecinta alam semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran buku tersebut di Sky Forest, Acappella Suite Hotel , pada 22 November lalu.

Hadir sama, Pengurus Tou-rism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din dan Ahli Dewan Ne-geri (ADN) Rawang, Gan Pei Nei.

Bercakap pada majlis sama, Noorul Ashikin turut menza-hirkan penghargaan kepada pengarang nashkah berkenaan atas kesudian menterjemahkan keindahan eko pelancongan negeri.

“Penghasilan buku ini wajar diberi penghargaan tinggi un-tuk memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri yang menghargai dan mahu menjadikan Selangor se-bagai negeri hijau,” katanya.

Selain memaparkan ilustrasi berwarna, menariknya, buku berkenaan juga turut tersedia

dalam tiga bahasa utama, iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Buku setebal 200 muka surat itu dijual pada harga RM25.00 yang boleh didapati di kedai buku seluruh negeri.

Sementara itu, penulis buku, Yong Chuan dalam sidang me-dia pelancaran buku tersebut berkata, beliau mengambil masa kira-kira enam bulan me-lihat sendiri keunikan dan ke-hijauan bumi Selangor, sebe-lum menterjemahkannya dalam bentuk penulisan.

“Cabaran terbesar untuk menghasilkan buku ini ten-tunya berkait faktor kekan-gan masa dan ketelitian untuk menghasilkan sebuah karya yang benar-benar boleh difa-hami masyarakat.

“Untuk tempoh enam bulan turun padang melihat keadaan sebenar bumi Selangor, ia pe-ngalaman yang cukup menarik walaupun wujudnya sumber terhad untuk mendapatkan pendedahan dan butiran lan-jut,” katanya.

Sekinchan bagai ‘Pertempuran Red Cliff’SHAH ALAM - Matlamat asal berkun-jung ke Sekinchan awalnya hanya ter-tumpu untuk melihat ekologi kehijau-an sawah padinya.

Namun, selepas menjejakkan kaki buat pertama kali ke kawasan itu, pe-nulis Goh Yong Chuan punya tafsiran-nya sendiri.

Baginya, Sekinchan adalah kawasan Pertempuran Red Cliff ketika Zaman Peperangan Tiga Negara di China.

“Bot nelayan apabila tidak ke laut akan berlabuh di sungai sekitar ka-wasan kampung.

“Bilangan kapal pukat tunda yang

agak banyak dan sungai yang tidak be-gitu luas menyebabkan bot berlabuh berderetan dan merapati satu sama lain.

“Pemandangan ini membuatkan saya mengimbau angkatan tentera laut yang menakjubkan di Pertempuan ‘Red Cliff’ (Chibi) yang berlaku pada za-man peperangan sebelum Zaman Tiga Negara di China.

“Apabila air surut, kelihatan kum-pulan ketam rebab memenuhi ka-wasan pantai lumpur, ia bagaikan pasukan askar yang sedang sibuk berlatih,” tulisnya dalam buku, Tero-

kai Kehijauan Selangor.Cerita Yong Chuan, Sekinchan mem-

berikan dimensi sebuah perkampung-an yang cukup tenang, mendamaikan dengan kehijauan sawah padinya.

“Ketika melalui jalan di perkampung- an nelayan dan ladang kelapa sawit di sini, kelihatan banyak burung bangau yang membuat sarang di atas pokok.

“Pada keesokan harinya, kelihatan banyak burung dari sarang ini berada di atas jalan pasir menuju ke ladang ke-lapa sawit dan ada pula yang berada di atas pokok,” tulisnya mengambarkan kehijauan bumi Sekinchan.

SHAH ALAM - Jumlah kedatangan pelancong tempatan dan asing ke Selangor meningkat 1.5 peratus kepada 4.3 juta bagi tempoh Januari hingga September lalu.

Pengurus Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din ber-kata, jumlah itu mengambil kira tempoh sama tahun lalu de-ngan sasaran pengunjung 7.1 juta, pada tahun ini.

“Kami yakin jumlah ini berjaya dicapai menerusi inisiatif berterusan dijalankan pelbagai agensi,” katanya.

Industri pelancongan negeri mengalami pertumbuhan pesat selepas beberapa kawasan tarikan pelancong terus diberdaya menerusi pelan jangka panjang dan inisiatif dige-rakkan Tourism Selangor.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri giat mempromosikan in-dustri itu menerusi penubuhan Pusat Maklumat Pelancongan Selangor yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Pelancong ke Selangor naik �.�%

Gold Coast Morib destinasi pelancongan terkemukaKUALA LANGAT - Fokus pelan-congan negeri diperluaskan lagi menerusi kepelbagaian tarikan dan tumpuan di Gold Coast Morib.

Selain keunikan Pantai Morib diyakini mampu memberikan ketenangan buat pengunjung, Gold Coast Morib International Resort turut menyediakan kemu-dahan penginapan terbaik buat pengunjung.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Alex Tan berkata, tumpuan-nya kini terarah menjadikan Gold Coast Morib sebagai destinasi pelancongan terkemuka yang boleh dilawati di Selangor.

“Kami menjalinkan kerjasa-ma yang baik bersama Tourism Malaysia dan Tourism Selangor memperkenalkan produk Gold Coast dan Pantai Morib kepada pengunjung di Selangor.

“Untuk tempoh ini sahaja kita menerima pengunjung dan pelancong dari serata negeri ter-masuk pelancong dari luar nega-ra seperti China.

“Ini perspektif yang sangat baik kepada industri pelancong-an negeri dalam usaha mem-perkenalkan Morib kepada pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Gam

bar o

leh

- pho

tosa

fari

Page 17: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

18PBT

SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

HULU LANGAT - Kem Alam Seki-tar 2016 anjuran Majlis Banda-raya Shah Alam (MBSA) berlang-sung selama tiga hari dua malam membabitkan peruntukan RM50,000 di Hutan Lipur Sungai Congkak.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad ber-kata, Kerajaan Negeri menyum-bang RM10,000 sebagai tanda sokongan usaha MBSA bagi menerapkan cinta alam sekitar dalam kalangan pelajar.

“Program ini julung kali diada-kan bertujuan memberi pende-dahan kepada peserta berke-naan kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar.

“Ia juga sebagai inisiatif MBSA dalam memelihara alam seki-tar dan ia adalah aspek penting dalam kehidupan harian,” kata-

nya ketika perasmian majlis berkenaan.

Sementara itu, pengarah pro-gram, Mohd Azmi Amer Khan berkata, kem itu menggunakan kaedah ‘Experiental Learning’ iai-tu proses pembelajaran peserta berdasarkan pengalaman diteri-ma sepanjang program.

“Antara pengisiannya adalah orientasi kawasan, penyediaan modul seperti ‘Nature Games dan Scavenger Hunt’ selain ‘Let’s Talk About Nature’ serta ‘night walk’.

“Peserta juga diberi pendeda-han berkaitan pengurusan kitar semula dan topik berkaitan alam sekitar,” katanya yang juga Ketua Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA.

Sekurang-kurangnya 77 pela-jar sekolah sekitar Shah Alam be-rumur sembilan hingga 14 tahun menyertai kem yang bermula, pada 22 November lalu.

Kem Alam Sekitar MBSA

Dedah pulihara alam sekitar

KLANG - Gelagat 200 peserta program Kayuhan Santai Basikal Klasik Klang Heritage, baru-baru ini menggamit nostalgia orang ramai terhadap suasana semasa negara sebelum mencapai ke-merdekaan.

Program anjuran Majlis Per-bandaran Klang (MPK) bermula seawal 8 pagi itu diadakan sem-pena sambutan ulang tahun Ke-merdekaan Ke-59 di Kompleks Sukan Pandamaran, baru-baru ini.

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, program kali kelima dianjurkan itu ter-tumpu di lokasi bersejarah serta warisan di sekitar bandar Klang.

“Aktiviti diadakan ini juga

dapat mempromosi tempat ber-sejarah di bandar diraja ini selain membina komuniti sihat dan cergas serta pendedahan seja-rah kepada peserta muda.

“Acara ini mendapat sambu-tan luar biasa daripada pelb-agai lapisan masyarakat serta kaum dan secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan rakyat,” katanya.

Adi berkata, pemakaian peserta yang pelbagai dan ber-temakan klasik lebih menarik perhatian orang ramai untuk melihat.

Program kayuhan sejauh 23 kilometer itu juga menampilkan beberapa pertandingan untuk peserta.

Kayuhan santai imbau nostalgia sebelum merdeka

KLANG - Niat 36 pelajar sekolah untuk berseronok dan bermain permainan video tidak kesam-paian apabila dicekup dalam Operasi Ponteng Sekolah sekitar daerah Klang, pada 24 November lalu.

Setiausaha Majlis Perbanda-ran Klang (MPK), Adi Faizal Ah-mad Tarmizi berkata, berdasar-kan pemerhatian pihaknya, dua kafe siber di kawasan itu menjadi tumpuan pelajar sekolah meng-

habiskan masa bermain permain-an video.

“Hasil siasatan di premis per-tama mendapati 19 pelajar beru-mur 14 hingga 17 tahun leka ber-main permainan video.

“Tindakan sitaan dikenakan di bawah Undang-undang Kecil 14 (j) UUK Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007 kerana melanggar syarat iaitu membenarkan mu-rid berpakaian sekolah di dalam premis,” katanya selepas operasi

terbabit.Sementara itu, Adi berka-

ta, serbuan di premis kedua mendapati pelajar berumur an-tara 11 hingga 17 tahun menjadi pelanggan di dalam premis yang tidak mempunyai lesen pernia-gaan sah daripada MPK.

Katanya, MPK turut menyita premis terbabit di bawah UUK 3, Pusat Siber dan Kafe Siber MPK 2007 atas kesalahan tidak mem-punyai lesen sah.

�� pelajar dicekup ponteng sekolah

SHAH ALAM - Majlis Perbanda-ran Ampang Jaya (MPAJ) me- ngadakan Operasi Pemeriksaan Tapak Bina sebagai inisiatif memastikan kontraktor dan pemaju menghapuskan tempat pembiakan denggi di kawasan tapak binaan.

Pegawai Komunikasi Kor-poratnya, Norhayati Ahmad berkata, 90 anggota agensi terbabit dalam operasi dan kawasan operasi dipilih meli-batkan kawasan pentadbiran MPAJ.

"Sepanjang operasi dijalan-kan, 12 tapak binaan diperik-sa melibatkan 14 kontraktor. Daripada jumlah tersebut, tiga tapak binaan tidak beroperasi.

"Manakala tiga kontraktor didakwa di mahkamah dan tiga lagi diarah tutup tapak bi-naan serta didakwa di mahka-mah. Selain itu, tiga kontraktor lagi dikenakan tindakan Notis Seksyen 8," katanya dalam ke-nyataan.

Cegah denggi, MPAJ serbu �� tapak binaan

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dan Akta Kera-jaan Tempatan 1975.

Dalam perkembangan itu, kawasan yang telah dibuat pemeriksaan adalah di tapak binaan di Melawati, Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman

Bukit Segar, Taman Nirwana, Taman Cheras Indah dan Ta-man Keramat.

"Risalah maklumat berkaitan demam denggi turut diagihkan kepada orang ramai sepanjang operasi dijalankan agar kese-daran masyarakat berkenaan penjagaan kebersihan dan ba-haya demam denggi dapat di-tingkatkan," katanya.

Page 18: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

19SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

PBT

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Sekurang-kurang-nya 31 kilang diambil tindakan penguatkuasaan oleh Majlis Per-bandaran Kajang (MPKj) kerana beroperasi secara haram di Su-ngai Semenyih.

Exco Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, menerusi rekod bancian terdapat 58 kilang di sepanjang sungai itu.

Katanya, 27 daripadanya be-rada di kawasan zon industri,

manakala 31 lagi di luar kawasan zon industri.

"MPKj mendapati dari 31 jum-lah kilang itu, lima kilang didiri-kan di atas rizab sungai. Empat kilang yang lain pula didirikan di atas tanah kerajaan dan sebuah kilang di atas tanah individu.

"MPKj telah menyiapkan ker-tas siasatan berhubung kilang haram berikutan tidak mendapat kelulusan daripada pihak ber-wajib dan akan mendapatkan pendakwaan di mahkamah," ka-tanya.

Katanya, MPKj juga akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi me-ngambil tindakan perobohan keatas lima yang dirikan di atas rizab sungai.

Sementara itu, Yang Diper-tua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar berkata, MPKj komited dalam menangani isu tersebut.

"Selain tindakan perobohan dan pendakwaan di mahkamah, MPKj akan melakukan peman-tauan di sepanjang sungai se-cara berkala," katanya.

Tiada kompromi

MPKj kenal pasti �� kilang haram

SHAH ALAM - Majlis Banda-raya Shah Alam (MBSA) berjaya merangkul anugerah 'Com-munity Based Planning Award' 2016 pada Anugerah MIP Plan-ning Excellence Award, pada 25 November lalu.

MBSA dalam kenyataaannya di Facebook memaklumkan, pengiktirafan tersebut diberi-kan menerusi kejayaan peng-hasilan Projek Shah Alam Mini Zee Bee yang diperkenalkan, sejak 2013.

"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya memenangi Anu- gerah 'Community Based Plan-ning Award' 2016 untuk Projek

Shah Alam Mini Zee Bee yang dianjurkan Pertubuhan Peran-cang Malaysia (MIP)," katanya.

Program Mini ZeeBee diwu-judkan sebagai sebagian inisia-tif MBSA memupuk kesedaran terhadap kebersihan melalui penglibatan komuniti serta mengeratkan lagi perpaduan dan permuafakatan dalam ka-langan masyarakat di kawasan pentadbirannya.

Diharap kejayaan tersebut mampu memberi sumbang sa-ran ke arah menjadikan Banda-raya Shah Alam sebagai ban-dar hijau dan bebas karbon menjelang 2030.

MBSA rangkul MIP PEA ����

Senarai hitam pemilik degil

SUBANG JAYA - Projek perintis menggunakan burung Pungguk Jelapang sebagai ejen penga-wal pembiakan tikus di Subang Jaya menunjukkan hasil positif.

Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, pendekatan biologi itu me-nyaksikan lapan pasang Pung-guk Jelapang dilepaskan sekitar Bandar Sunway, SS14 dan SS15, pada Februari lalu.

Katanya, setiap burung di-letakkan alat pengesan dan dipantau menerusi radio trans-mitter.

“Antara pemantauan, kita dapati burung betina lebih konsisten dan dikesan selama 16 malam di Bandar Sunway di 40 lokasi berbeza, malahan gambarnya menangkap dan makan tikus juga berjaya di-rakam.

“Ini menunjukkan petanda baik bahawa mereka akan ting-gal lama di sesuatu kawasan kerana adanya cukup makanan

Pungguk Jelapang ejen kawalan tikus

SUBANG JAYA - Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) mahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengang-kutan Awam Darat (SPAD) me-nyenarai hitam pemilik atau pemandu yang meletakkan kenderaan berat di kawasan pe-rumahan.

Yang DiPertuanya, Dato’ Norhisham Ahmad Dahlan ber-kata, hal itu kerana mereka sering mengingkar arahan MPSJ walaupun dikenakan RM80 un-tuk setiap kesalahan.

Lebih teruk, katanya, mereka bertindak merosakkan pengunci tayar yang dipasang.

“Kita mahu mereka ini dike-nakan denda yang tinggi mencecah ribuan ringgit.

“JPJ dan SPAD juga boleh me-nyenarai hitamkan mereka. De-ngan cara ini, mereka berfikir untuk tidak menyalahi peraturan lagi,” katanya.

Nor Hisham berkata, faktor pelanggaran peraturan itu juga berlaku ekoran tempat letak kenderaan jauh dari kediaman mereka.

Dalam Sidang Dewan Ne-geri baru-baru ini, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan, Kilang Haram dan Pembangunan Kam-pung Baru, Ean Yong Hian Wah mahu mengkaji cadangan pe-nyediaan tempat letak ken-deraan berat di kawasan tanah terbiar atau berhampiran di ka-wasan perumahan.

Mengulas lanjut, Nor Hisham berkata cadangan terbabit tidak sesuai dilaksanakan di kawasan pentadbiran MPSJ.

“Mungkin sesuai di tempat lain tetapi tidak di MPSJ.

“Kawasan kita terhad. Jika ada, kurang sesuai kerana ia akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk di ja-lan utama,” katanya.

iaitu tikus.“Sementara itu, burung jan-

tan dilihat bergerak di kawasan lebih luas, namun kita pasti dia akan kembali kerana burung pungguk hanya mempunyai satu pasangan sahaja seumur hidupnya,” katanya.

Selain UPM, projek berke-naan turut mendapat kerjasa-ma Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Universiti Sains Malaysia (USM) dan SJ Echo.

Pada masa sama, Hafidzi berkata, 10 pasang lagi burung

pungguk dijangka dilepaskan, pada Disember.

“Namun, terlebih dahulu kita mahukan maklum balas orang awam berkenaan projek ini.

“Kita mahukan pandangan mereka sama ada kehadiran Pungguk Jelapang disenangi atau sebaliknya,” katanya.

Lebih kurang 30 pengka-ji dan pelajar UPM juga USM mengedarkan borang kaji seli-dik di sekitar kawasan terlibat bagi mendapatkan maklum balas.

Page 19: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

20Pendidikan

SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

SHAH ALAM - Universiti Se-langor (UNISEL) sekali lagi berjaya mencipta nama di persada antarabangsa apa-bila mengungguli pingat emas di International Expo-sition on Shariah Compliant Idea, Invention, Innovation & Design yang diadakan Bluewave Hotel, Shah Alam, 22 November lalu.

Kejayaan itu diraih menerusi penghasilan Mo-dul Celik Quran Bestari hasil ciptaan Pensyarah Kanan Ja-batan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Ha-yat, Muhammad Nazir Mo-hammed Khalid.

Karya yang mengandungi enam modul iaitu Smart Al-Fatihah, Pin-tar Al-Quran, Celik Doa, Bijak Zi-krullah, Solat Bestari dan Belajar Tajwid mengungguli kategori pro-fesional/akademik dalam pertan-

SHAH ALAM - Universiti Se-langor (UNISEL) menerusi Ins- titut Bio-IT dengan kerjasa-ma Sekolah Islam Al-Farabi, Kg Delek, Klang berjaya me-nubuhkan Taman Mini Bota-nik Al-Quran, baru-baru ini.

Prof Emeritus Dato’ Dr Ab-dul Latif Ibrahim berkata, ta-man botanik itu dapat mewu-judkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai tumbuh-tumbuhan yang ter-dapat dalam Al-Quran dan hadis.

“Taman ini bertujuan mengharmonikan pengeta-huan Islam (Al-Quran) dalam kalangan pelajar selain mewu-judkan kesedaran me-reka mengenai pemuliharaan dan kepentingan tumbuh-tumbu-han serta kepenggunaanya.

“Antara tumbuhan dita-nam atau diperkenalkan di taman ini adalah pokok de-lima, selasih, tamar dan zai-tun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek dan Perasmian Quranic Bo-tanic Garden Al-Farabi, baru-

Karnival Pendidikan Smart Selangor

Terokai hala tuju pengajian lepasan SPMOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Penganjuran Kar-nival Pendidikan Smart Selangor memberi peluang kepada golong-an muda lepasan Sijil Pengajian Ma-laysia (SPM) memilih hala tuju lanju-tan pengajian pendidikan mereka.

Exco Pendidikan, Pembangu-

dingan yang berlangsung dua hari anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dr Anhar Opir.

Taman Mini Botanik Al-Quran pupuk pelajar cinta tumbuhan

baru ini.Majlis turut dihadiri Ahli

Dewan Negeri (ADN) Selat Klang yang juga Penaung Quranic Botanic Garden Al-Farabi, Dr Halimah Ali dan Pengarah Bio-IT UNISEL, Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Latif Ibrahim.

“UNISEL menyerahkan cek bernilai RM6,000 sebagai tanda penghargaan kepada usaha pelajar selama ini,” ka-tanya.

UNISEL raih emas di ISCIIID

Peluang ini jugaboleh digunakan ibu bapa yang bercadang menghantar anak ke sekolah dan ber- peluang menilai sendiri pusat pengajian yang ada di Selangor dengan lebih mudah kerana karnival ini me- ngumpulkan mereka di sini

NIK NAZMIExco Pendidikan

nan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelbagai pendedahan berkaitan maklumat pengajian ke peringkat institut pengajian tinggi awam dan swasta tersedia sepanjang karnival berlangsung.

“Tapak pameran bagi IPT Se-langor pastinya memberi gam-baran lebih baik untuk anda memilih hala tuju seterusnya di peringkat universiti dan kolej.

“Peluang ini juga boleh digu-nakan ibu bapa yang bercadang menghantar anak ke sekolah dan berpeluang menilai sendiri pusat pengajian yang ada di Selangor dengan lebih mudah kerana kar-nival ini mengumpulkan mereka di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnivial Pendidikan Smart Se-langor di Shah Alam Convention Centre (SACC Mall), pada 26 No-vember lalu.

Karnival berlangsung sejak 25 November lalu itu berjaya me- ngumpulkan 10,000 pengunjung dengan penganjuran Pertan-

di-ngan Melukis dan Mewarna, Pencarian Huffaz Cilik bersama Al-Baghdadi, Bazar Cilik, Pertand-ingan Bakat dan Kreativiti Kanak-Kanak Tadika Selangor, Seminar Motivasi dan Pameran Pendidikan.

Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi berkata, Kerajaan Negeri menggalakkan seba-rang usaha ke arah meningkat-kan lagi peluang pendidikan kepada golongan muda di ne-geri ini.

Ini termasuklah komitmen dizahirkan Kerajaan Negeri dengan memperkenalkan pel-bagai insentif kepada maha-siswa di peringkat universiti.

“Inisiatif Kerajaan Negeri ter-masuk Jelajah Generasi Idam-an Selangor (atau “GEMS”) dan program pembangunan modal INSAN, semuanya merupakan usaha ke arah pembangunan yang menyeluruh.

“Kerajaan Selangor turut memberi galakkan dan insen-tif kepada pelajar dengan pro-gram seperti Hadiah Pengajian IPT (HIPT),” katanya.

Taman ini bertujuan mengharmonikan pengetahuan Islam (Al-Quran) dalam kalangan pelajar selain mewujudkan kesedaran mereka mengenai pemuliharaan dan kepentingan tumbuh-tumbuhan serta kepenggunaanya

Page 20: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

21SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Agama

WAKTU SOLAT SELANGOR2 - 9 Disember 2016

2 - 9 Rabiulawal 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

02 Jumaat 5.34 5:44 7.03 1:05 4:28 7:02 8:1603 Sabtu 5.34 5:44 7.04 1:06 4:28 7:02 8:1704 Ahad 5.35 5:45 7.04 1:06 4:29 7:03 8:1705 Isnin 5.35 5:45 7.05 1:07 4:29 7:03 8:1706 Selasa 5.36 5:46 7.05 1:07 4:30 7:03 8:1807 Rabu 5.36 5:46 7.06 1:08 4:30 7:04 8:1808 Khamis 5.36 5:46 7.06 1:08 4:31 7:04 8:1909 Jumaat 5.37 5:47 7.07 1:08 4:31 7:05 8:19

02 Jumaat 5.36 5:46 7:08 1:07 4:30 7:04 8:1803 Sabtu 5.37 5:47 7:08 1:08 4:30 7:04 8:1804 Ahad 5.37 5:47 7:09 1:08 4:31 7:05 8:1905 Isnin 5.37 5:47 7:09 1:09 4:31 7:05 8:1906 Selasa 5.38 5:48 7:10 1:09 4:32 7:05 8:2007 Rabu 5.38 5:48 7:10 1:10 4:32 7:06 8:2008 Khamis 5.38 5:48 7:11 1:10 4:33 7:06 8:2109 Jumaat 5.39 5:49 7:11 1:10 4:33 7:07 8:21

SHAH ALAM - Hukum menunaikan za-kat emas adalah wajib bagi individu memenuhi lima syarat berzakat seperti mana ditetapkan Islam.

Ketua Jabatan Pemasaran Strategik, Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Sela-ngor (LZS), Mohamed Syahril Zainol ber-kata, emas perhiasan iaitu emas dipakai berterusan atau sekali sekala dalam tem-poh setahun perlu dibayar zakat.

Katanya, kaedah pengiraan zakat emas perhiasan berdasarkan baki lebihan uruf.

“Apabila kita dah pakai sekali emas, maka dia dah dikira sebagai emas per-hiasan kera-na niatnya adalah untuk memakai.

“Jika berat k e s e l u r u h a n emas dipakai di badan termasuk disimpan (pernah pakai dalam tempoh setahun) melebihi 800 gram (melebihi kadar uruf Selangor), maka wajib dizakatkan,” ka-tanya.

Contohnya, jika berat keseluruhan emas adalah 900 gram, maka pengiraan-nya adalah (berat emas-uruf ) darab (har-ga emas semasa x 2.5 peratus) atau [(900 800) x RM144.38 = RM14, 438 x 2.5 pera-tus = RM360.95)]

Syahril berkata, emas bukan perhiasan atau emas yang tidak dipakai adalah le-bih kepada emas dengan fizikal besar seperti jongkong emas, emas pelaburan dan koleksi barang kemas.

“Zakat bagi emas bukan perhiasan adalah 2.5 peratus daripada jumlah emas yang ada sekiranya kadar dimiliki itu sama atau melebihi nisab iaitu 85 gram.

“Kaedah pengiraan bagi emas bu-kan perhiasan adalah timbangan emas

darab harga emas semasa dan didarabkan dengan 2.5

peratus (kadar zakat) bagi mendapatkan

jumlah zakat perlu dibayar.

“Emas seperti ‘gold bar’ yang dibuat pela-buran pula diki-ra sebagai zakat emas disimpan sekiranya cukup

setahun dan me-lebihi kadar nisab,

ia wajib dizakatkan,” katanya.Untuk kiraannya, orang

ramai boleh melayari www.za-katselangor.com.my/calkulator-zakat/za-kat-emas-perak/ dan seterusnya mengi-kut arahan diberi.

Orang ramai juga boleh mengunjungi cawangan LZS untuk kemudahan me-sin timbangan emas serta mesin kiraan bagi menentukan nilai zakat emas wajib dibayar.

Zakat Emas: Kilauan berhargaseiring kewajipan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Guru Kelas A-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) menggalas tanggung-jawab penting merealisasikan usaha Kerajaan Negeri memperkasakan insitusi pendidikan Islam sebagai pusat kecemer-langan ilmu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, penganjuran program dilaksanakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) penting bagi mem-beri pencerahan serta menjamin pengu-rusan guru KAFA menjadi lebih efesien.

“Saya percaya harapan dan matlamat JAIS berhubung institusi pendidikan di Selangor sama ada sekolah rendah aga-ma atau institusi lain, kita mahu semua-nya terjamin sebagai pusat kecemerla-ngan ilmu.

“Multaqa ini amat penting mewu-judkan semangat ukhwah dan kekitaan dalam kalangan guru KAFA untuk meng-gilap iltizam meningkatkan mutu pendi-dikan Islam dalam menyampaikan ilmu dan membina sahsiah generasi muda,” kata-nya dalam majlis perasmian Multaqa Guru-Guru KAFA Selangor 2016 (Daerah Petaling), pada 23 November lalu.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pemban-gunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengarah Ja-batan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri komi-

Perhebat institusi pendidikan

Guru KAFA aset penting

ted meningkatkan kualiti pendidikan Islam di Selangor dan JAIS diberi tang-gungjawab besar dengan penyediaan peruntukan RM128.5 juta untuk tahun depan.

“Ia bagi pembangunan baru dan

menaik taraf prasarana juga kemuda-han pendidikan seperti majsid, surau, sekolah dan sebagainya.

“Peruntukan besar ini membukti-kan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan syiar Islam,” katanya.

Page 21: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

22 SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Wanita & Kebajikan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri komited dalam memas-tikan hak kanak-kanak terus dipelihara dan dipenuhi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Ke-luarga, Dr Daroyah Alwi berkata, selaras dengan itu, pel-bagai pameran daripada badan kerajaan dan syarikat swasta disediakan.

“Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan ibu bapa terhadap pelbagai perkara diperlukan dalam memastikan hak perkembangan dan penyertaan kanak-kanak dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika meras-mikan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan, pada 26 November lalu.

Lebih 1,500 kanak-kanak seluruh negeri hadir men-yertai pelbagai acara antaranya Syoknya Jalan, Aktiviti Go Green, perkongsian ilmu dan persembahan kanak-kanak.

Ia disertai oleh kanak-kanak berumur satu hingga 18 tahun mengikut kategori umur.

Daroyah berkata, sambutan terbabit bertujuan memberi peluang kepada setiap lapisan umur kanak-kanak menyertai pelbagai acara selain menambah pe-ngetahuan dan pengalaman mereka.

“Kanak-kanak juga diberi peluang membuat per-sembahan selain memberikan pengalaman beriadah bersama keluarga dan secara tidak langsung mengerat-kan hubungan kekeluargaan,” katanya.

SHAH ALAM - Seramai 97 keluarga mangsa banjir fenomena air laut pasang besar di Dun Sementa, menerima sum-bangan sekurang-kurangnya RM1,000 setiap keluarga.

Sumbangan terbabit disampaikan Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehw-al Wanita, Dr Daroyah Alwi dalam Maj-lis Penyerahan Sumbangan diadakan di Dewan Serbaguna Dato’ Ahmad Razali, Batu 4, Kapar, baru-baru ini.

Selain wang tunai, mangsa dari Kam-pung Tok Muda dan Kampung Batu 4 tu-rut menerima barang keperluan asas dan kipas angin.

Selain sumbangan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa itu be-berapa agensi kerajaan, anak syari-kat kerajaan negeri, syarikat korpo-rat dan badan bukan kerajaan turut

bermurah hati menghulurkan sumba- ngan bagi meringankan beban mangsa.

Antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Per-tubuhan IKRAM Selangor (Klang), SYABAS dan Aerofront City serta Yayasan Islam Da-rul Ehsan.

Terdahulu, fenomena pertama air pa-sang besar berlaku pada Oktober lalu mencecah ketinggian 5.2 meter.

Manakala, pertengahan November lalu, ketinggian air meningkat sehingga paras 5.6 meter dan terus meningkat hingga 5.7 meter.

Kampung Tok Muda dan Kampung Batu 4, Kapar antara kawasan di Selangor yang dilanda banjir menyebabkan harta benda penduduk rosak teruk.

�� keluarga mangsa banjir dibantu

Hak kanak-kanakdipeduli

SHAH ALAM - Seramai 30 anak yatim dan miskin terpilih diraikan dalam satu pro-gram membeli- belah dengan kerjasama Pertubuhan Sahabat Penyayang, pada 28 November lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangu-nan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, inisiatif itu diambil bagi menyan-tuni anak-anak yatim dan miskin di DUN Sementa.

Katanya, mereka dibawa membeli be-lah barangan keperluan di Pasaraya Giant

Klang Sentral. “Program itu khusus diadakan membantu

anak yatim dan miskin bagi DUN Sementa.“Tahniah juga kepada Pertubuhan Sa-

habat Penyayang atas keprihatinan dan in-isiatif baik membantu mereka yang dalam kekurangan,” katanya.

Dalam program sama, peserta juga diba-wa menjamu selera di restoran makanan segera selain menerima cenderahati beru-pa barangan alat tulis sebagai persiapan menjelang sesi persekolahan 2017.

�� anak yatim dirai dalam program beli belah

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2016

Page 22: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

23SelangorKini 2 - 9 Disember 2016

Sukan

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Sempena Hari Ke-puteraan Sultan Selangor ke-71, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dengan kerjasama Persatuan Orang Kuat Ma-laysia menganjurkan Karnival GenS Menjunjung Kasih 2016, pada 10 Disember ini.

Presiden Persatuan Orang Kuat Malaysia, Zainurizzaman Moharam berkata, program ber-tempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu akan dimeriahkan

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500 serta trofi selepas berjaya menduduki tempat kedua dalam kejohanan Liga Hoki TNB-QNET Selangor.

Penganjuran kejohanan bagi sesi Ok-tober dan November itu turut memberi-kan khabar gembira buat MBPJ apabila pasukan itu turut menduduki tempat ketiga bagi kategori keseluruhan Pia-la QNET MBPJ dan meraih wang tunai, RM1,000.

Penganjuran Liga Hoki Selangor TNB-QNET membuka saingan musim lalu melibatkan penyertaan beberapa pasu-kan PBT, NGO, universiti tempatan dan sekolah seluruh Selangor.

Terbuka kepada beberapa kategori, inisiatif kejohanan tersebut merupakan acara tahunan menggalakkan masyara-kat mengamalkan kehidupan positif melalui aktiviti sukan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri sebelum ini giat menyambut

baik usaha memartabatkan sukan hoki di peringkat negeri menerusi bantuan kewangan dan program jangka panjang.

Ini termasuklah perbelanjaan seban-yak RM3.8 juta bagi menaik taraf Sta-dium Hoki Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan projek naik taraf bernilai RM2.9 juta melibatkan menambah baik kemudahan awam dan keselamatan Sta-dium Hoki di Petaling Jaya.

Malah, hasil peruntukkan tersebut juga membolehkan kerja naik tarat dan pe-nukaran karpet padang berukuran 6.928 meter persegi daripada jenis Xtreme Turf NFH13 di stadium berkenaan dibuat.

Antara kerja penambahbaikan lain adalah sistem pengairan, pendawaian elektrik, mengecat serta menggantikan 706 tempat duduk stadium yang di-jalankan, sejak 16 Jun lalu.

Selain itu, tambahan bangunan serta pam mekanikal baru yang kesemuanya mengikut piawaian antarabangsa dan dipantau Persatuan Hoki Malaysia serta Majlis Sukan Negara (MSN).

SHAH ALAM - Mohd Zaqhwan Zai-di perlu mempamer aksi terbaik bagi memenangi kedua-dua perlumbaan akhir untuk membawa pulang gelar-an juara keseluruhan SuperSports 600cc Asia pada pusingan tera-khir Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Anta-rabangsa Chang, Buri-ram, Thailand, 2 hing-ga 4 Disember ini.

Selepas 10 per-lumbaan dari lima pusingan lepas, pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu kini be-rada di kedudukan kedua keseluruhan de- ngan 143 mata, tujuh mata di belakang pendahulu dari Jepun, Tomoyoshi Koyama (T-Pro Yuzy Honda NTS With Wow) yang mengumpul 150 mata.

“Tidak ada jalan lain untuk saya menang gelaran SuperSports 600cc se-lain menang kedua-dua perlumbaan.

“Saya juga perlu pastikan tidak melakukan sebarang kesilapan kerana Koyama mempunyai rekod baik di li-

tar Buriram ini,” kata juara SuperSports 600cc ARRC 2014.

Selain Zaqhwan dan Koyama yang bersaing untuk bergelar juara keselu-

ruhan pada perlumbaan minggu ini, dua pelumba lain turut mengintai

peluang untuk bergelar juara kes-eluruhan termasuk juara ber-

tahan, Yuki Takahashi yang berada di kedudukan keti-

ga dengan 128 mata dan seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Ka-maruzaman di kedudu-kan keempat dengan 116 mata.

Tambah pelumba beru-sia 21 tahun itu, saingan ming-

gu ini juga bertambah sengit dengan kehadiran beberapa pelum-

ba wildcard di grid SuperSports 600cc.“Beberapa pelumba wildcard yang

berpengalaman turut beraksi seperti Hikari Okubo (juara Asia Dream Cup 2012) dan pelumba World SuperSports negara, Zulfahmi Khairuddin selain juara ARRC dan All Japan, Chalermpol Polamai serta Tatsuya Yamaguchi (bekas pelum-ba Moto2),” katanya.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-71

MSNS anjur Karnival GenSMenjunjung Kasih ���6

dengan pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik mengikut trend masa kini.

“Penganjurannya bertujuan

mengubah persepsi negatif se-setengah masyarakat yang men-

ganggap trend terkini sebagai membuang masa.

“Selain itu, ia adalah sebagai salah satu usaha Kerajaan Ne-geri menerapkan rasa cinta anak

muda Selangor terhadap tuanku,” katanya.

Zainurizzaman berkata, kar-nival itu melibatkan beberapa agensi kerajaan, sekali gus mem-beri peluang untuk mendekati generasi muda.

Katanya, karnival itu turut

memberi peluang kepada ge-nerasi muda di Selangor menon-jolkan bakat dengan aktiviti trend terkini, di samping menghidup-kan rasa kasih dan peduli kepada institusi kesultanan di Selangor.

“Sudah tentu aktiviti seum-pama ini akan memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan ge-nerasi muda.

“Kami juga mahu mewujud-kan persekitaran sesuai dan di-namik bagi mempamerkan bakat dan potensi melalui satu karnival tahunan,” katanya.

ARRC: Zawhwan adapeluang muncul juara Asia

MBPJ naib johan hoki TNB-QNET Selangor

Karnival itu turut memberi peluang kepada generasi muda di Selangor menonjolkan bakat dengan aktiviti trend terkini, di samping meng-hidupkan rasa kasih dan peduli kepada institusi kesultanan diSelangor

ZAINURIZZAMAN MOHARAMPresiden PersatuanOrang Kuat Malaysia

Page 23: FINAL BOOK Selangorkini 2 – 9 Dis 2016

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Tanpa bantuan pe-naja atau sumber tajaan kewangan tertentu daripada mana-mana in-dividu, bekas pengadil Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Azhar Nordin menubuhkan Akademi Bola Sepak Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, akademi dina-makan Projek Pembangunan Bo-la Sepak Tunas Kampung Raja Uda (PPBT KRU) itu mula berope-rasi sejak 2 April lalu dengan pe-nyertaan 33 pemain berumur an-tara tujuh hingga 15 tahun.

“PPBT KRU beroperasi sebagai sebuah akademi bola sepak yang mengutamakan pembangunan diri golongan muda dalam sukan itu dengan menggunakan mot-to pintar, aktif dan positif untuk membentuk pemikiran tepat.

“Kami membangkitkan sema-ngat dalaman setiap pemain de-ngan memahami setiap tujuan perkara yang dibuat, menguasai teknik diajar dan melakukan tin-dakan tanpa nanti,” katanya.

Azhar sebelum ini pernah me-miliki lesen awalan jurulatih dan berpengalaman di peringkat akar umbi bola sepak sebagai pe-ngadil tempatan lebih 20 tahun.

Beliau juga adalah penulis buku mini bola sepak magnet kejayaan tentang asas psikologi dalam bola sepak.

Azhar berkata, matlamat uta-ma penubuhan akademi tersebut juga dilaksanakan sebagai medi-um membangunkan modal in-san, selain sebagai inisiatif mem-beri manfaat kepada masyarakat awam.

“Disebabkan bukan semua pe-main berbakat mampu menyertai akademi bola sepak, maka kami

SHAH ALAM - Piala Sultan Selangor edisi ke-16 bakal diadakan di Stadium Nasional Singapura pada 6 Mei 2016.

Pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar, berkata ia menjadikan penan-tian penyokong Selangor selama lima tahun yang mahu penganjuran kejohanan berprestij itu diadakan di Singapura, akhirnya terjawab.

Katanya, pemain serta penyokong kedua-dua pasukan juga berpeluang merasai penga-laman bermain dan duduk di Stadium Nasional Singapura yang baru siap dibina.

“Tahun ini juga menyaksikan terdapat penambahbaikan baharu terhadap pengan-juran Piala Sultan Selangor iaitu dengan mem-perkenalkan perlawanan remaja bawah 15 ta-hun antara Selangor dan Singapura.

“Buat julung kalinya kejohanan yang ma-suk edisi ke-16 ini akan menganjurkan tiga perlawanan iaitu remaja, veteran dan pasukan

pilihan Selangor serta Singapura pada hari dan tempat sama,” katanya lapor BH Online.

Abd Karim berkata, 120 bas penyokong dari Selangor dijangka dibawa menyeberang tam-bak untuk memeriahkan lagi penganjuran itu di stadium yang boleh menempatkan 55,000 penonton.

“Kami juga sudah berbincang untuk mem-bantu semua penyokong menguruskan proses membuat pasport secara kumpulan dengan Ja-batan Imigresen, bagaimanapun ia bergantung kepada siapa dahulu (yang berminat untuk tu-rut serta),” katanya.

Dalam aksi Piala Sultan Selangor edisi ke-15 yang berlangsung 7 Mei lalu, skuad Veteran Se-langor menewaskan Veteran Singapura 2-0.

Namun, kecemerlangan itu gagal diteruskan skuad Pilihan Selangor apabila tewas dalam penentuan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 dalam 90 minit aksi.

Piala Sultan Selangor edisi ke-�6 di Singapura tahun depan

Tanpa penaja

Bekas Pengadil FAS tubuh akademi bola sepak

mengutamakan yang berminat.“Kami bersyukur ada di antara

mereka (pemain) yang menyertai akademi ini benar-benar boleh dilatih dan berbakat.

“Di PPBT KRU pemain bu-kan sahaja didedahkan dengan teknik asas dalam bola sepak tetapi kami menggunakan for-masi bola sepak untuk pemba-

ngunan diri pemain yang se-benar,” katanya.

Dalam perkembangan itu, ibu bapa sekitar Pelabuhan Klang yang berminat untuk menghan-

tar anak-anak untuk menyertai akademi ini boleh menghubu-ngi di talian 019 2657335/011 27003005 atau emel ke [email protected].

Kami membangkitkan semangat dalaman setiap pemain dengan memahami setiap tujuan perkara yang dibuat, menguasai teknik diajar dan melakukan tindakan tanpa nantiAZHAR NORDIN

GenS Menjunjung Kasih ���6peluang tunjuk bakat