final book selangorkini 6 – 13 januari 2017

23
Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 6 - 13 Januari 2017, 7 - 14 Rabiulakhir 1438 Pantai Remis berubah wajah BERITA PENUH MUKA � Mari kita bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan terbaik, sekali gus menjadikan kerajaan yang bersih, bertanggung- jawab, adil dan dinamik Mari kita bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan terbaik, sekali gus menjadikan kerajaan yang bersih, bertanggung- jawab, adil dan dinamik 17 5 � lagi terima tawaran Rumah Selangorku Negeri bebas plastik, polisterin 14 2017 2017 2017 SEMANGAT BARU SEMANGAT BARU SEMANGAT BARU SEMANGAT BARU DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI Dato’ Menteri Besar

Upload: lykiet

Post on 28-Jan-2017

261 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 6 - 13 Januari 2017, 7 - 14 Rabiulakhir 1438

Pantai Remis berubah wajah

BERITA PENUH MUKA �

Mari kita bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan terbaik, sekali gus menjadikan kerajaan

yang bersih, bertanggung- jawab, adil dan dinamik

Mari kita bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan terbaik, sekali gus menjadikan kerajaan

yang bersih, bertanggung- jawab, adil dan dinamik

17

5

�� lagi terima tawaran Rumah Selangorku

Negeri bebas plastik, polisterin

14

201720172017SEMANGAT

BARUSEMANGAT

BARUSEMANGAT

BARUSEMANGAT

BARU

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALIDato’ Menteri Besar

Page 2: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Utama2 SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Harga barang terus meningkat

'Hadiah' tahun baru kerajaan NajibOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Ketika rakyat Ma-laysia mengharapkan kehidupan lebih sempurna menjelang 2017, keadaan berlaku sebaliknya apa-bila harga barangan di pasaran terus meningkat dan menekan kebajikan mereka.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, G Manivannan berka-ta, kenaikan kadar barangan teru-tama harga ikan dan minyak kini disifatkan sebagai hadiah seng-sara 2017 Kerajaan Umno-Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia.

Beliau percaya, peningkatan itu berpunca daripada pelaksa-naan dasar sedia ada menerusi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang terus menekan rakyat.

"Sebelum GST dilaksanakan, kita sudah tegaskan bahawa har-ga barang akan naik mendadak dan sekarang ia menjadi realiti.

Lebih ��% rakyat tak ada simpanan mencukupiKUALA LUMPUR - Lebih 30 ke 40 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencu-kupi, sekali gus bakal memberi kesan kepada mereka sekiranya berdepan situasi sukar sama ada berpunca daripada kegawatan ekonomi atau kecelakaan tidak diduga.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rah-man berkata, tidak ramai rakyat negara ini bersedia daripada segi kewangan bagi menampung per-belanjaan jangka pendek seki-ranya hilang pekerjaan.

“Ini menyebabkan mer-eka kehabisan wang simpa-nan dalam tempoh singkat. Saya ingat dalam 30 sehing-ga 40 peratus memang tidak langsung membuat persiap- an menghadapi keadaan kece-masan seperti persiapan untuk persaraan atau persiapan kece-masan.

“Ini adalah kajian yang pernah dibuat FOMCA dan turut dibuat pihak lain”, katanya lapor Astro Awani, baru-baru ini.

Katanya, rakyat di negara ini juga disaran menguruskan hal kewangan dengan baik bagi mengelakkan keadaan bertam-bah buruk.

“Antaranya membuat simpa-nan bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga enam

Dulu, mereka kata harga bara-ngan akan menurun tapi apa su-dah jadi sekarang?

"Untuk 2017, saya yakin situ-asi ekonomi negara akan ber- ada pada tahap lebih kritikal dan Kerajaan Najib akan mencipta lebih banyak kejutan serta rekod baru untuk terus mengsengsara-kan rakyat," katanya kepada Se-langorkini, di sini, pada 3 Januari lalu.

Memetik laporan Sinar Online pada 2 Januari lalu, harga ikan di pasar meningkat sehingga RM2 setiap sekilo susulan kekura- ngan bahan bekalan sumber, pada musim tengkujuh yang di-dakwa menjadi faktor kenaikan harga terbabit.

Keadaan lebih parah apabila, kadar petrol di pasaran mening-kat RM0.20 sen bermula awal Januari lalu selepas pemansuhan subsidi dibuat Putrajaya, sebe-lum ini.

Sehubungan itu, Manivannan yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, penarikan pelbagai sub-sidi harga barangan di pasaran juga didakwa menjadi punca ber-lakunya peningkatan harga.

"Inilah yang dinamakan hadiah tahun baru perdana men-teri untuk rakyat. Kalau mereka prihatin, subsidi akan diberikan kepada rakyat sebagai asas untuk membantu mereka.

"Tetapi sebaliknya berlaku apabila tahap kesengsaraan un-tuk tahun baru ini sudah berada pada tahap maksima dan me-merlukan perhatian seluruh rak-yat untuk lakukan perubahan," katanya.

bulan. Setiap bulan bila kita menerima pendapatan gaji, se-harusnya memperuntukkan lima sehingga 10 peratus daripada pendapatan untuk simpanan.

“Daripada situ, kita bahagikan iaitu lima peratus simpanan untuk dana kecemasan juga lima pera-tus lagi untuk jangka masa seder-hana dan jika wang itu disimpan, maka ia membolehkan kita sela-mat”, katanya.

Saya ingat dalam 30 sehingga 40 peratus memang tidak langsung membuat persiapan menghadapi keadaan kecemasan

MOHD YUSOFTimbalan Presiden FOMCA

Untuk 2017, saya yakin situasi ekonomi negara akan berada pada tahap lebih kritikal dan Kerajaan Najib akan mencipta lebih banyak kejutan serta rekod baru untuk terus mengsengsarakan rakyat

G MANIVANNANPengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN

RON�� naik lagi �� sen � JanuariKUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel naik 20 sen, manakala RON97 meningkat 15 sen, bermula tengah malam 1 Januari lalu.

Kadar baharu bagi RON95 adalah RM2.10 seli-ter, berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember, lapor Astro Awani.

Harga RON97 adalah RM2.40 berbanding RM2.25 seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85, pada bulan sama.

Perkara itu disahkan Persatuan Pengusaha Ste-sen Minyak Malaysia (PDAM).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Ko-perasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember 2015 ekoran pe-nyingkiran subsidi bahan api.

Diesel

RON 95

RON 97

Harga Minyak 2016

0.50

1.85

2.25

2.05 2.05 2.05 2.05 2.10 2.102.05

2.15

2.30 2.30

1.95

1.751.60 1.70 1.70 1.70 1.75 1.75 1.80

1.95 1.90

1.00

1.50

2.00

2.50

0Jan Feb Mac April Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis

RM/ liter

1.601.60

1.35 1.35

1.55 1.55 1.551.55

1.70 1.70

1.901.85

Harga Jan 2017RON 95 - RM2.10RON 97 - RM 2.40Diesel - RM 2.05

Page 3: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Utama3SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Perkhidmatan terbaik

Ke arah kerajaan adil, dinamikOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Semua pimpinan dan kakitangan Kerajaan Negeri disaran bekerja lebih keras ke arah pentadbiran bersih, ber-tanggungjawab, adil dan dina-mik sempena melangkah ke ta-hun baru.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semangat baru itu bagi menja-dikan Malaysia lebih baik, sekali gus memberi perkhidmatan ter-baik kepada rakyat di negara ini.

“Mari kita bergerak ke hada-pan pada tahun ini dengan se-mangat baru dan keyakinan un-tuk Malaysia yang lebih baik.

“Kita juga perlu bekerja lebih keras untuk memberi perkhid-matan terbaik kepada rakyat, sekali gus menjadi kerajaan ber-

sih, bertanggungjawab, adil dan dinamik,” tulisnya di Twitter.

Pada masa sama, beliau ber-kata, kerajaan yang baik akan terus membawa kestabilan, ke-makmuran juga keharmonian kepada semua rakyat.

Terdahulu, Laporan Ketua Au-dit Negara 2015 Siri 2 mende-dahkan Selangor berjaya men-catat peningkatan RM57.71 juta berbanding tahun sebelumnya, RM3.2 bilion.

Pada 2015, Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangannya dengan surplus RM393.24 juta, berbanding RM111.94 juta, pada 2014.

Jumlah itu merangkumi nilai keseluruhan penyata kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun ber- akhir, sehingga 31 Disember 2015.

BRIM sogok, HIJRAH berdaya ekonomi SHAH ALAM - Program pembia- yaan perniagaan HIJRAH Se-langor ternyata lebih berkesan memberdaya ekonomi rakyat berbanding pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian BR1M sekitar RM600 yang bertahan kira-kira dua hari tidak mampu mengembangkan ekonomi rakyat, malahan tidak ubah seperti sogokan politik.

“Ini adalah salah satu cara sogokan yang boleh dibuat dalam pelbagai bentuk kerana kalau BR1M dikatakan bantuan untuk ekonomi, ia jelas tidak memberdaya rakyat.

“Tidak seperti di Selangor, kita tidak sogok rakyat dengan wang tunai. Apa yang kita buat adalah

memberdaya rakyat melalui HIJ-RAH,” katanya

Menerusi pembiayaan pernia-gaan HIJRAH, peminjam boleh mengembangkan perniagaan de- ngan bantuan antara RM5,000 hingga RM50,000 tanpa faedah.

Sementara itu, mengulas ke-nyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menganggap BR1M bukan rasuah, Mohamed Azmin berkata, tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada Presiden KEADILAN itu.

“Kita kena lihat kenyataan itu dalam konteks apa. Tidak adil un-tuk meletakkan kesalahan kepa-da presiden.

“Saya sudah nyatakan ini adalah salah satu bentuk sogok-an dan rasuah yang diamalkan Putrajaya,” katanya.

Salahkah gesa polis siasat anak KPN?SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kesal apabila dipanggil mem-beri keterangan hanya kerana meminta siasatan dilakukan ter-hadap anak Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memiliki lesen pen-jualan senjata api.

Beliau berkata, kenyataan itu dibuat ekoran Khalid dalam laporan media memaklumkan anaknya mendapat lesen ter-babit sebelum beliau dilantik sebagai ketua polis negara.

“Kami amat kecewa dengan tindakan polis yang merakam keterangan atas satu pertuduh-an bahawa saya mengkritik anak ketua polis negara.

“Sebenarnya, rakaman di-berikan itu adalah ucapan saya yang meminta anak beliau (Khalid) disiasat apabila dilapor-kan mendapat lesen penjualan

senjata api.“Saya sekadar minta siasat.

Adakah sistem hari ini, perdana menteri atau ketua polis negara tidak boleh disiasat sedangkan saya rujuk laporan media,” ka-tanya.

Pada masa sama, beliau ber-kata, pihaknya bersedia terhadap sebarang kemungkinan kerana menekankan proses perolehan telus, terbuka dan bertanggung-jawab.

Pada 29 Disember lalu, Mo-hamed Azmin disoal siasat po-lis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Shah Alam, pada jam 5 petang dengan ditemani peguam, N Surendran dan Latheefa Koya.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Suru-hanjaya Komunikasi dan Multi-media Malaysia.

Sebenarnya, rakaman diberikan itu adalah ucapan saya yang meminta anak beliau (Khalid) disiasat apabila dilaporkan mendapat lesen penjualan senjata api

MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Page 4: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Utama4 SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Sita pusat judi

Kuasa mutlak polis persekutuanSHAH ALAM - Kuasa mutlak un-tuk menutup atau menyita pusat perjudian terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa polis perse-kutuan memandangkan ia ter-golong dalam kes jenayah.

Exco Kerajaan Tempatan, Pem-bangunan Kampung Baru dan Pe-mutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, Kerajaan Ne-geri pula hanya diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen komersial bukan membuat serbuan.

"Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk menentukan sama ada mereka terlibat dalam aktiviti perjudian kerana skop penguat-kuasaan kami hanya tertumpu kepada operasi perniagaan tanpa lesen," katanya lapor Malaysiakini.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan di Selangor bersedia untuk bekerjasama dengan polis dalam membanteras aktiviti per-judian haram.

Namun, katanya, kekurangan anggota penguatkuasaan majlis tempatan menyukarkan mereka bertindak.

"Saya mencadangkan Kerajaan Persekutuan mengagihkan kuasa dan membenarkan Kerajaan Ne- geri membentuk pasukan pe-nguatkuasaan sendiri untuk me-negakkan undang-undang," ka-tanya.

Mengulas tindakan Ketua Ge-rakan Baju Merah, Datuk Seri Ja-mal Md Yunos yang membidas Kerajaan Negeri ekoran didakwa

gagal membendung pusat perju-dian, Hian Wah sekali lagi mene-gaskan ia berada di bawah bidang kuasa polis.

Justeru, beliau berkata, Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Be-sar tidak boleh melepaskan tang-gungjawab berkenaan kepada Kerajaan Negeri.

"Saya gesa Jamal jangan ber-tindak tanpa mematuhi undang-undang.

"Jika ada sebarang maklumat berkenaan pusat judi haram, be-liau perlu menyerahkannya kepa-da polis," katanya.

Terdahulu, Jamal bersama kira-kira 100 penyokongnya me-nyerbu beberapa pusat perjudi-an di Ampang Jaya.

Polis Selangor rampas lebih ��,��� set komputerSHAH ALAM - Polis Selangor merampas lebih 60,000 set kom-puter bernilai hampir RM48.5 juta menerusi 4,828 serbuan, se-jak awal tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, ope-rasi itu menyaksikan 4,438 indi-vidu yang bertindak sebagai pe-ngurus pusat perjudian ditahan bagi tujuan pendakwaan selain RM424,118 wang tunai turut di-rampas.

Katanya, 1,473 kaki judi tu-rut ditahan dalam tempoh itu bagi siasatan selanjutnya selepas pihaknya melakukan 34,109 pemeriksaan.

“Ada pihak mempertikaikan

mengapa pemeriksaan dilaku-kan lebih banyak berbanding ke-jayaan membanteras perjudian. Sindiket perjudian mempunyai rangkaian bukan sahaja di selu-ruh daerah, namun di setiap ne-geri seluruh negara.

“Apabila operasi dibuat, rang-kaian mereka pantas menyalur-kan maklumat dan dalam bebe-rapa minit premis judi dihentikan operasi seketika,” katanya meme-tik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelupusan Barang Kes Me-sin Perjudian Komputer IPD Su-bang Jaya di Depoh Tunda Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) TP2, Subang Jaya, baru-baru ini.

Pada masa sama, Abdul Sa-mah turut menggesa penambah-baikan ke atas undang-undang sedia ada dilakukan atau yang dikhususkan untuk menangani perjudian dalam talian.

“Hukuman penjara mandatori bukan sahaja perlu dikenakan ter-hadap pihak menjalankan ope- rasi tetapi juga pemilik premis kerana mereka tahu ia disalah guna, namun gelap mata dengan peratus keuntungan dijanjikan penyewa.

“Jika terbukti bersalah, premis akan disita dan saya yakin jika ini dilaksanakan, tiada pemilik be-rani menyewakan premis untuk kegiatan perjudian,” katanya.

Food Mega Karnival pamer fenomena hipsterSHAH ALAM - Konsep hipster dan 'food truck' diketengahkan sempena penganjuran Food Mega Karnival di tapak letak ken-deraan, Stadium Melawati, di sini.

Tampil dengan citarasa lebih mesra golongan belia, konsep itu dilihat menjadi tarikan lebih 10,000 pengunjung ke tapak kar-

nival, pada 31 Disember lalu.Exco Pembangunan Generasi

Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-rudin Shari berkata, karnival itu adalah sebahagian daripada ini-siatif Kerajaan Negeri mengga-lakkan golongan muda terlibat dalam bidang keusahawanan.

“Ini adalah inisiatif baru Kerajaan Negeri memberi dorongan dan ga-lakan supaya lebih ramai golongan muda menyertai bidang keusa-hawanan untuk menjana lebihan pendapatan masing-masing.

“Karnival seumpama ini mam-pu menjadi titik tolak kepada golongan muda untuk lebih ber-

jaya, pada masa akan datang,” ka-tanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Food Mega.

Menerusi karnival itu, lebih 30 ‘food truck’ dan gerai jualan pel-bagai jenis makanan ala hipster dan moden mengambil baha-gian, bersesuaian dengan tema karnival berkenaan.

Sementara itu, hasil pemer-

hatian SelangorKini mendapati kebanyakan peniaga menjual makanan jenis barat seperti pasta, grill dan sejuk beku serendah RM6 satu set.

Karnival itu turut dimeriahkan dengan persembahan pemuzik gig dan busker yang memainkan lagu terkini, seiring selera dan ke-hendak golongan belia.

Page 5: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Utama5SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Rumah Selangorku Antara Gapi

�� terima surat tawaranOLEH LIZAWATI MADFA

HULU SELANGOR - Seramai 42 pemohon Rumah Selangorku Idaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mene-rima surat tawaran projek berke-naan, pada 29 Disember lalu.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim ber-kata, me-reka adalah sebaha-

gian daripada 80 bakal pemilik projek rumah mampu milik di Antara Gapi itu.

“Semua pemohon ini melalui proses saringan awal Lembaga Perumahan dan Hartanah Se-langor (LPHS), manakala PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang diperakukan Jawatankuasa Pe-milihan Senarai Nama Pembeli

Rumah Mampu Milik,” katanya dalam kenyataan.

Projek Rumah Selangorku Idaman PKNS Antara Gapi menawarkan 80 unit rumah teres dua tingkat yang dijual, pada harga RM250,000 hingga RM293,500 dengan keluasan 1200 kaki persegi.

Ishak berkata, ia dibina ber-asaskan reka bentuk moden dengan persekitaran selesa dan mudah dihubungi meneru-si Lebuhraya Utara Selatan

(PLUS), laluan alternatif serta Stesen Komuter Serendah.

“Dengan kemudahan moden dan taman rekreasi, projek ke-diaman ini pastinya menjanji-kan potensi pelaburan bergan-da,” katanya.

Projek dengan pegangan tanah berstatus pajakan 99 ta-hun itu juga terletak berdeka-tan institusi pendidikan seperti Sekolah Antarabangsa Antara Gapi, Sekolah Agama Serendah Retail, Maktab Rendah Sains

Mara (MRSM) Hulu Selangor dan Universiti Pendidikan Sul-tan Idris (UPSI).

Antara Gapi mula dimaju-kan pada 1997 dan merupakan salah satu pusat pertumbuhan baru dibangunkan PKNS.

Pusat pertumbuhan lain termasuk Petaling Jaya, Shah Alam, Kelana Jaya, Bandar Baru Bangi, Kota Damansara, Kota Puteri, Bandar Sultan Suleiman, Bernam Jaya dan Selangor Cy-ber Valley.

Rezeki rumah pertama pelbagai peringkat usiaHULU SELANGOR - Memasuki usia awal 40-an, Hazana Hasan dan suami angat bertuah apabi-la terpilih antara 80 pemilik unit rumah mampu milik, Rumah Se-langor Idaman PKNS di Antara Gapi, di sini.

Bekerja sebagai pembantu tadbir, ibu kepada empat anak itu berkata, faktor harga rumah yang sentiasa melambung memban-tutkan keinginan mereka sekelu-arga memiliki kediaman sendiri, sebelum ini.

Katanya, banyak program dan skim perumahan juga sudah dicu-ba, namun rezeki masih belum ber-pihak kepadanya anak-beranak.

“Menerusi dalam talian, pada Ogos lalu kami mengisi borang

di LPHS dan akhirnya usaha itu membuahkan hasil apabila nama kami terpilih. Kami mohon rumah satu setengah tingkat tetapi ber-tuah apabila ditawarkan rumah teres dua tingkat.

“Terima kasih Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Ne-geri Selangor (PKNS),” katanya.

Lebih bertuah, juruteknik, Azizi Abdul Ghani, 26, menerima tawaran hanya selepas kira-kira dua minggu menghantar borang permohonan di LPHS.

“Tidak sangka tawaran datang seawal ini menjadikan kami teru-ja, pada masa sama bersyukur atas peluang diberikan.

“Ini adalah hadiah istimewa untuk kami suami isteri yang

baru mendirikan rumah tangga, pada Ogos lalu,” kata anak jati Serendah itu yang ditemani isteri.

Perasaan teruja turut dikongsi guru bahasa, Lai Foo Fat, 33, yang menyifatkan ia sebagai program Kerajaan Negeri yang wajib dire-but anak muda Selangor.

“Saya berharap supaya belia Selangor tidak melepaskan pelu-ang ini demi masa depan mereka terutama dengan nilai hartanah yang semakin melambung.

“Mereka hanya perlu mengisi borang secara dalam talian dan mengikuti arahan mudah. Sia-pa tahu inisiatif itu menjanjikan rumah pertama mereka,” katanya yang kini tinggal di Rawang ber-sama keluarga.

Hazana Hasan Lai Foo Fat

Sasar margin rizab simpanan air ��%SHAH ALAM - Margin rizab air Selangor kini bera-da pada tahap kira-kira empat peratus dan bukan negatif seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, perkara itu adalah selari de-ngan kenyataan dikeluarkan Exco Infrastruktur, Ke-mudahan Awam, Permodenan Pertanian dan In-dustri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

“Margin rizab sering turun naik apabila terdapat permintaan air dan apabila permintaan sangat tinggi pada suatu masa tertentu, rizab itu akan jatuh,” katanya lapor MStar Online.

Ditanya sama ada Selangor sudah mengeluar-

kan air terawat melebihi kapasiti loji rawatan sedia ada, Amin berkata, hampir semua loji rawatan se-dang membuat penghasilan di luar kemampuan.

Beliau berkata, keadaan itu mendorong Kera-jaan Negeri membina dua lagi loji rawatan air se-bagai alternatif tambahan.

“Kami sedang membina loji rawatan air Seme-nyih 2 dan Labohan Dagang untuk meningkatkan pengeluaran air bagi menampung permintaan yang semakin meningkat,” katanya.

Pada masa sama, Amin berkata, sasaran Kera-jaan Negeri adalah untuk mencapai margin rizab air 15 peratus dalam jangka masa panjang.

Page 6: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Utama6 SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Selangor Job Fair

Bantu cari peluang pekerjaanOLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAh ALAM - Dianggarkan lebih 10,000 pencari kerja menghadiri Karnival Selangor Job Fair 2016 yang berlangsung di Dataran Ke-merdekaan, di sini, pada 31 Di-sember lalu.

Pegawai Penyelaras Program, Abdul Majid Abdul Hamid ber-kata, karnival itu bertujuan mem-bantu belia yang menganggur juga pencari kerja yang mahukan pekerjaan lebih baik.

“Penganjuran kali ini lebih ra-mai dan mendapat sambutan

hangat daripada belia juga pen-cari kerja kerana 10,000 borang yang disediakan habis sejak awal pagi.

“Sebelum ini, kita laksanakan empat kali mini karnival antara-nya di Kolej Universiti Islam Se-langor (KUIS) dan INPENS,” kata-nya kepada SelangorKini.

Katanya, lebih menarik, pen-cari kerja di karnival itu berpoten-si besar diserap terus ke syarikat selepas selesai sesi temu duga, pada hari sama.

Program siri kedua anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidik-

an Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi de-ngan kerjasama Job Malaysia ser-ta Jabatan Tenaga Kerja Selangor itu memperuntukkan RM90,000.

Difahamkan, lebih 35 syari-kat swasta dan agensi peker-jaan yang beroperasi di Selangor menawarkan pelbagai kekoso-ngan jawatan dalam pelbagai bi-dang profesional juga kemahiran.

Antara syarikat terlibat adalah Pos Malaysia, Aeon Berhad, Kum-pulan Naza serta syarikat GLC mi-lik Kerajaan Negeri untuk jawatan tetap dan kontrak.

Kos hidup naik, rakyatmahu gaji selesa

SHAH ALAM - Peningkatan kos sara hidup, pada masa kini me-nyebabkan kebanyakan rakyat mahu mencari pekerjaan de-ngan gaji lebih lumayan walau-pun mempunyai kerja semasa.

Kakitangan swasta, Eliza Aini Ahmad, 27, berkata ia memberi tekanan kepada rakyat apabila pekerjaan dimiliki masih tidak mampu menanggung perbe-lanjaan harian yang tinggi.

“Pendapatan masa kini wa-laupun nilai tinggi lebih dari za-man dahulu tetapi masih terbe-ban apabila barangan semakin mahal, apatah lagi saya mem-punyai dua anak kecil yang per-lu dihantar ke rumah pengasuh.

“Walaupun saya dan suami bekerja tetapi kami perlu fikir untuk menambah pendapatan lain apabila anak semakin mem-besar dan bersekolah," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Muhammad Zulaiman Aziz, 27, berkata, be-liau menyertai Selangor Job Fair untuk mendapat tawaran peker-jaan lebih baik dengan gaji lebih tinggi berbanding sedia ada.

“Zaman sekarang susah un-tuk mencari pekerjaan yang sama dengan bidang dipelajari

ketika di universiti dulu, malah-an kerja saya sendiri sudah lari bidang.

“Pendapatan juga tidak lu-mayan walaupun hidup bujang, sebab itu ramai yang mahu pe-kerjaan lebih baik,” katanya.

Bagi Mohammad Faris Sale-hen, 24, beliau berharap karni-val itu akan membuka peluang kepadanya untuk diterima be-kerja di mana-mana syarikat di Selangor.

“Sudah hampir tiga bulan saya menganggur, justeru saya berharap karnival ini membuka rezeki kerana kita juga perlu pendapatan untuk menampung kehidupan seharian,” katanya.

Bantuan banjir: PANTAS sedia digerakkan jika perluSHAH ALAM - Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) akan bertindak meng-gerakkan bantuan segera ke ne-geri di pantai timur yang dilanda banjir, jika keadaan memerlu-kan.

Bagaimanapun, Pengerusi-nya, Hamsah Djabir berkata, situasi ketika ini tidak mendesak dan usaha ke arah itu masih be-lum dijalankan.

“Setakat ini, kejadian banjir berlaku di Kelantan dan Tereng-ganu terkawal dan tidak memer-lukan kita bertindak sedemikian.

“Namun, kita akan terus me-mantau perkara ini dan pastinya PANTAS bersedia dengan misi bantuan jika diperlukan,” kata-nya kepada SelangorKini, di sini,

pada 1 Januari lalu.Ketika ini, Kelantan dan

Terengganu mengalami banjir dengan lebih 3,700 orang dipin-dahkan di dua negeri berkenaan.

Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 3,764 orang iaitu 2,538 di Terengganu dan 1,226 (Kelantan) sudah di-pindahkan ke pusat penempa-tan sementara.

PANTAS pernah terbabit dalam misi bantuan ketika ke-jadian banjir, pada 2014 di be-berapa negeri seperti Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak.

Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan itu turut menyalurkan bantuan sama ke Sarawak keti-ka bumi Kenyalang mengalami musibah sama, pada Mac 2016.

Eliza Aini Faris Salehen

Muhammad Zulaiman

Page 7: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Utama7SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Singkap formula hijrah Rasulullah

Lahir generasi takwaOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Masyarakat per-lu mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muham-mad SAW ke arah pembentu-kan insan yang lebih takwa, seiring tuntutan dan ajaran Is-lam.

Pendakwah bebas, Elyas Is-mail berkata, kisah itu wajar di-jadikan pedoman masyarakat khususnya golongan muda se-bagai landasan untuk mengu-kuhkan institusi kekeluargaan dan perpaduan ummah.

“Formula yang dibawa Nabi Muhammad SAW sewaktu

peristiwa hijrah itu wajar dija-dikan renungan setiap anggota masyarakat.

“Ketika peristiwa hijrah, perkara pertama yang dilaku-kan Nabi Muhammad SAW adalah membina masjid," ka-tanya ketika sesi bual santai ketika Malam GeMS Ambang

2017 di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 31 Disember lalu.

Elyas berkata, masjid adalah tempat untuk melahirkan ge-nerasi takwa, sekali gus mem-bentuk amalan mahmudah.

Pada masa sama, katanya, ia turut bergantung kepada pengukuhan institusi kekeluar-

gaan yang dimainkan peranan sepenuhnya oleh ibu bapa.

“Peranan ibu dan bapa juga penting ke arah melahirkan individu takwa kerana jika ibu bapa cakna terhadap amalan solat, terlahirlah institusi ke- luarga yang takwa dan harmo-ni,” katanya.

Konsert kemanusiaan warnai GeMS Ambang ����SHAH ALAM - GeMS Ambang 2017 di-semarakkan dengan persembahan Kon-sert Kemanusiaan tujuh artis tempatan, pada 31 Disember lalu.

Bertempat di Dataran Kemerdekaan, ia diacarakan penyanyi, Heliza Helmi dan pe-nyampai radio IKIM FM, Suffian Amrin de-ngan persembahan dimulakan kumpulan nasyid, Inteam.

Turut menghiburkan, Ainan Tasneem, Muadz Dzulkefly, Rabbani dan Hafiz Hami-dun.

Kemuncak konsert disempurnakan artis pemenang lagu terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM), baru-baru ini, Faizal Tahir.

Kemunculannya menarik penonton

untuk berpusu-pusu di hadapan pentas bagi menyaksikan secara dekat penyanyi yang turut aktif dengan aktiviti kemanu-siaan itu.

GeMS Ambang 2017 yang bermu-la pada 29 Disember lalu menutup ti-rainya sempena sambutan tahun baru membabitkan ramai penceramah bebas dan artis popular menerusi sembang san-tai dan persembahan.

Antaranya, Don Daniyal, Elyas Is-mail, Haslin Baharin dan Abdullah Khairi, manakala artis yang terlibat termasuk kumpulan Bocey, Fahrin Ahmad, Yana Samsudin, Aiman Tino dan Sufian Su-haimi.

Setiap saat perlu berazamSHAH ALAM - Perubahan sifat peribadi yang lebih positif dalam kalangan diri setiap insan tidak bersandarkan niat dan azam individu menjelang tahun baru sa-haja, kata pendakwah bebas, Elyas Ismail.

Sebaliknya, beliau berkata, tumpuan ke arah perubahan positif perlu kekal dalam diri setiap insan ke arah menjadi individu lebih baik dan diredhai.

“Tidak semestinya kita perlu ada azam baru untuk timbul rasa keinsafan dan ke-mudian baru hendak berubah tetapi sen-tiasalah bersedia serta mengharapkan Husnul Khatimah jika waktunya tiba.

“Setiap saat kita perlu berazam dengan melakukan amalan soleh demi mendapat keberkatan dariNya,” katanya ketika sesi bual santai Malam GeMS Ambang 2017 di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 31

Disember lalu.Hadir sama, Exco Pendidikan, Pemba-

ngunan, Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Yaakob Sapari.

Sambutan tahun baru peringkat negeri dijayakan penuh istiqamah dengan pe-ngisian program ilmu yang mengangkat tema kemanusiaan.

Pengisiannya turut tertumpu kepada tayangan video kesengsaraan masyara-kat Rohingya dan penduduk Aleppo Syria yang dizalimi.

Selain itu, sambutan turut dimeriahkan dengan program bual santai dan persem-bahan lagu kemanusiaan juga keagamaan oleh Aiman Tino, Ali XPDC, Abdullah Khai-ri dan Don Daniyal.

Page 8: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Nasional8 SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Kempen #BebasAnwar

KEADILAN minta henti intimidasiSHAH ALAM - KEADILAN me-ngutuk sekeras-kerasnya tindak-an Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menangkap petugas dan menghalang kerja pemasangan papan tanda sempena Himpun-an Solidariti #BebasAnwar di Pulau Pinang, pada 9 hingga 12 Januari ini.

Timbalan Angkatan Muda KE-ADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, tindakan menahan me-reka daripada melaksanakan tu-gas adalah intimidasi terhadap gerak kerja parti itu dalam usaha mengajak rakyat menyokong usaha membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami dengan ini menuntut PDRM menghentikan sebarang bentuk gangguan dan intimidasi terhadap program kami meman-dangkan segala pemakluman dan pemberitahuan berkenaan-

nya sudah dimulakan, sejak 21 Disember lalu.

"Kami juga komited untuk tetap meneruskan usaha promo-si dan hebahan berkenaan pro-gram solidariti #BebasAnwar me-mandangkan beliau akan berada di Pulau Pinang, dari 8 hingga 12 Januari ini," katanya.

Dr Afif berkata, pihaknya juga akan berada di hadapan Penjara Jawi, Nibong Tebal, pada malam 8 Januari untuk menyatakan so-kongan kepada Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang.

Sementara itu, Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengutuk siasatan polis di bawah Akta Ha-sutan 1948 terhadap tiga lelaki yang meletakkan papan iklan terbabit.

Penyelarasnya, Amir Abd Hadi berkata, polis bertindak mena-han mereka atas alasan ‘mengha-

sut rakyat untuk berhimpun dan mencetuskan kekecohan’.

"GHAH menyeru pihak berkua-sa berhenti menggunakan akta ini dengan alasan yang hanya di-andaikan mereka sendiri.

"Akta lapuk ini sepatutnya di-mansuhkan dan tidak boleh di-gunakan sewenang-wenangnya ke atas rakyat Malaysia, lebih-le- bih lagi untuk melenyapkan kritik- an juga meneruskan kekuasaan kerajaan pemerintah," katanya.

PAS nafi bakal sertai UmnoSHAH ALAM - PAS Selangor menafikan dakwaan media ko-nonnya parti itu akan menja-linkan kerjasama gabungan bersama Umno menjelang Pilih-an Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Naib Presidennya, Dato’ Is-kandar Abdul Samad berkata, kenyataan dipaparkan akhbar Sin Chiew Daily itu diputar belit, sekali gus menimbulkan keke-liruan umum.

“Saya tidak pernah menyebut PAS akan menyertai gabungan bersama Umno selepas pilihan raya.

“Secara jelas, saya me-nyatakan bahawa PAS menerusi Majlis Syura Ulama' pada 2015 menegaskan tidak akan bersa-ma UMNO.

“Saya tegaskan jika PAS ingin membuat kerjasama itu, PAS dan Umno sudah tentunya akan ber-gabung, pada 2008 terutama di Selangor tetapi perkara itu tidak terjadi,” katanya yang juga Pesu-ruhjaya PAS Selangor.

Bagaimanapun, beliau dalam kenyataannya turut

KUALA LUMPUR - Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malay-sia (GPBSM) mengakui terpaksa menaikkan tambang bas sekolah ekoran peningkatan kos petrol.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan yang bakal berlaku dijangka tidak me-lebihi RM10 bagi setiap pelajar dan setiap bulan.

“Selain memberi perkhidmatan bas sekolah, kami sebenarnya juga berniaga dan saya jangka ke-

naikan akan berlaku tetapi tidak banyak.

“Untuk makluman ibu bapa, tambang itu sudah diregulasi, maka ia bukan satu isu lagi dan ibu bapa boleh berbincang de- ngan pengusaha untuk mendapat-kan caj yang dipersetujui bersa-ma,” katanya lapor Astro Awani.

Isu terbabit timbul ekoran ke-naikan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen, berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Laksana pembaharuan agensiSHAH ALAM - Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Mustafa Ali digesa untuk tidak membenar-kan berlakunya sebarang ben-tuk tekanan politik dan melak-sanakan tanggungjawab badan itu secara telus.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, Mustafa per-lu melaksanakan pembaharuan pentadbiran lebih telus ke arah memastikan tidak wujudnya ke-giatan salah laku penjawat awam.

“Beliau perlu melaksanakan pembaharuan kritikal iaitu meng-kaji semula semua kontrak syari-kat swasta dengan Jabatan Imi-gresen, sejak Januari 2015. Tender terbuka perlu dilaksanakan untuk semua kontrak selepas ini.

“Selain itu, imigresen disaran menubuhkan pasukan siasatan peringkat tinggi pelbagai jabatan yang diketuai Suruhanjaya Inte- griti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

“Cadangan ini supaya kita

dapat memastikan imigresen benar-benar komited untuk menghapuskan sindiket orang dalam yang menjalankan akti- viti penyeludupan dan pemerda-gangan orang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Mustafa juga disaran membentuk Su-ruhanjaya Diraja Pembaharuan Imigresen bagi membersihkan sepenuhnya seluruh jabatan yang terpalit dengan salah laku anggotanya, tahun lalu.

“Tahun baru ini, adakah Ke-tua Pengarah Jabatan Imigresen akan melawan tekanan poli-tik dan menyertai kami untuk mendedahkan kepincangan dan memberhentikan aktiviti kartel?” soalnya.

Mustafa sebelum ini pernah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum di- pindahkan ke Jabatan Imi-gresen, pada 1 Ogos lalu.

Beliau mengambil alih jawatan daripada Datuk Seri Sakib Kusmi.

Cadangan ini supaya kita dapat memastikan Imigresen benar-benar komited untuk menghapuskan sindiket orang dalaman yang menjalankan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan orang

STEVEN SIMAhli Parlimen Bukit Mertajam

menegaskan, PAS tidak meno-lak kemungkinan untuk men-jalin kerjasama bersama parti lain bagi mengukuhkan soko-ngan dan undi, pada PRU akan datang.

“Apabila saya jelaskan baha-wa sebarang keputusan boleh dibuat selepas tempoh pilihan raya lalu, ia bukan bermakna PAS akan bergabung bersama Umno.

“Tetapi ia adalah berkaitan gabungan dan kerjasama de-ngan parti lain selain Umno,” katanya.

GPBSM akui terpaksa naik tambang bas sekolah

Page 9: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Nasional9SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Kos sara hidup meningkat

Tangguh naik harga barang

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan perlu menangguhkan kenaikan harga barang juga tarif perkhidmatan ekoran kos sara hidup yang semakin mening-kat, tahun ini.

Timbalan Presiden Gabungan Per-satuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, keadaan lebih sukar apabila nilai mata wang negara yang semakin mero-sot, sekali gus memberi kesan kepada pengguna.

“Sebagaimana laporan persatuan majikan, mereka turut menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhenti-kan, jadi rakyat perlu bersedia.

“Biasanya apa yang dikaitkan de-

ngan peningkatan kos sara hidup adalah daripada segi peningkatan har-ga, tidak kira barangan atau perkhid-matan,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Yusof berkata, kerajaan seha-rusnya menyelesaikan isu itu daripada terus berlaku bagi memastikan rak-yat tidak terbeban seperti nilai ringgit yang masih rendah.

Pada masa sama, beliau turut mena-sihatkan semua pihak supaya mengu-ruskan kewangan dengan baik sebagai langkah bersiap sedia.

“Rakyat perlu berbelanja secara ber-sederhana dengan hanya membeli ba-rangan keperluan tertentu, manakala selebihnya disimpan kerana kita tidak dapat meramal apa yang berlaku, pada masa hadapan,” katanya.

Mahasiswa kutuk kekejaman rejim Bashar AssadKUALA LUMPUR - Kumpulan maha-siswa membentuk gabungan dikenali sebagai Mahasiswa Bersama Syria bagi menggerakkan advokasi berkenaan isu kemanusiaan di negara itu.

Timbalan Presiden Persatuan Kebang-saan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Iman Abdul Khudus berkata, mahasiswa mengecam sekerasnya kekejaman rejim Bashar Assad dan sekutunya yang me-ngorbankan banyak nyawa tidak berdosa.

“Kami berhasrat menyebarkan kefa-haman dan kesedaran berkenaan krisis di Syria ini secara lebih meluas dengan turun ke kampus di seluruh negara.

“Isu Syria bukanlah keagamaan juga perkauman, sebaliknya merentas latar ideologi serta perbezaan warna kulit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), baru-baru ini.

Pada masa sama, Iman berkata, kem-pen akan bermula di peringkat univer-siti awam, pada Febuari ini apabila sesi pembelajaran bermula selepas cuti se-mester.

Katanya, mahasiswa di Malaysia te-rus komited membantu mengurangkan penderitaan ditanggung rakyat dan pelarian Syria menerusi badan bukan kerajaan kemanusiaan seperti Malaysian Lifeline For Syria (MLLFS).

"Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada MLLFS menerusi akaun Maybank (564810513971) dan Bank Islam (14210010009882)," katanya.

KKM siasat prosedur sunat KUALA LUMPUR - Siasatan dalaman ter-hadap semua prosedur sunat dikenda-likan klinik di seluruh negara di-laksanakan supaya kes kepala kemaluan kanak-kanak ter-putus ketika pembeda-han tidak berulang.

Ketua Pengarah Ke-menterian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdul-lah berkata, pihaknya me-mandang serius dua kes komplikasi sunat membabit-kan klinik perubatan swasta, baru-baru ini.

“Sunat adalah prosedur kecil, namun komplikasi yang mungkin tercetus dari-pada proses pembedahannya mampu mengancam nyawa pesakit.

“Pegawai perubatan sama ada swasta atau kerajaan sepatutnya perlu menjalani latihan mencukupi bagi memastikan me- reka berkemampuan untuk melak-sanakan prosedur pembedahan secara

cekap dan selamat,” katanya dalam ke-nyataan media.

Mengulas perkembangan kedua-dua pesakit berkenaan, Noor

Hisham berkata, kanak-kanak yang masing-masing beru-sia sembilan dan 10 tahun itu kini boleh membuang air seperti biasa, namun sukar menjangkakan ke-san psikologi apabila me-

reka menjengah usia remaja kelak.Katanya, tempoh dua pesakit

itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mempunyai kepakaran untuk merawat kes sedemikian penting kerana peluang semakin tipis jika mereka lewat dirujuk ke pakar perubatan.

“Kes berkenaan dikendalikan perun-ding berpengalaman iaitu pasukan yang terdiri daripada pakar bedah plastik dan pembentukan semula, urologi (fisiologi dan rawatan salur kencing) serta psikia-trik kanak-kanak,” katanya.

Page 10: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

10Ekonomi

SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Peruntukan RM2 juta

Tambah baik Uptown Shah AlamSHAH ALAM - Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan RM2 juta bagi menambah baik infrastruktur Up-town Shah Alam, di Seksyen 24, di sini.

Pengurus Besar PKNS, Noraida Mohd Yusof berkata, jumlah itu membabitkan kos penyusunan semula kedudukan kedai dan pendawaian elektrik di kawasan berkenaan.

Katanya, PKNS mula mengam-bil alih pengurusan bazar berke-naan yang mempunyai kira-kira 450 lot kedai, pada Ogos 2015.

“Segala kerja pembaikan mendapat sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Tenaga Nasional Berhad.

“Mereka juga ada memberi khidmat nasihat keselamatan kepada kami terutama dari-

KOHIJRAH bantu jana pendapatan

pada segi susun atur kedai dan pendawaian,” katanya lapor BER-NAMA.

Terdahulu, ribuan warga ban-dar raya Shah Alam hadir meme-riahkan sambutan ambang tahun baharu 2017, di situ,

Noraida berkata, PKNS memilih bazar itu se-bagai lokasi s a m b u t a n

berkenaan bagi mempromosi-kannya kepada orang ramai.

“PKNS menyasarkan bazar ini akan menjadi ikon pelancongan bagi Shah Alam dan Selangor dalam tempoh dua tahun,” ka-tanya.

BANTING - Hijrah Selangor (HIJ-RAH) merancang membuka 22 cawangan bazar perniagaan di pasar raya seluruh negeri dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Pembangunan Usa-hawan Koperasi Warga HIJRAH Selangor (KOHIJRAH), Mohd Syukri Ismail berkata, inisiatif itu mendapat kerjasama baik dari beberapa pasar raya dalam usa-ha membantu peserta mening-katkan pendapatan.

Katanya, Bazar KOHIJRAH Mar-

ket berkonsepkan 'free market' itu mula dibuka di pasar raya Gi-ant Banting untuk tempoh per-cubaan selama dua bulan, sejak 1 November lalu.

“Kekangan sewa tinggi mem-buka bazar ini, namun kita ber-terima kasih dengan pasar raya Segi Fresh dan Giant kerana sudi berkerjasama.

“Permit Majlis Daerah Kua-la Langat (MDKL) menetapkan RM7 dan sewa serendah RM20 seminggu, di samping penyedia-

an tapak perniagaan,” katanya.Pada Belanjawan 2017 lalu,

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengu-mumkan HIJRAH bakal menye-diakan dana pusingan RM185 juta dengan meletakkan dua kumpulan sasar baru iaitu veter-an angkatan tentera dan wanita ladang.

Sehingga 31 Disember lalu, seramai 31,035 peserta sudah mendapat manfaat HIJRAH ber-jumlah RM163,092,000.

Peserta sambut baik peluang berniagaBANTING - Penyediaan tapak perniagaan di Pasaraya Giant, di sini, membuka ruang besar buat peminjam mikrokedit HIJRAH Selangor (HIJRAH) menambah pendapatan.

Peniaga makanan, Jumaah Robani, 35, berkata pembukaan bazar itu berjaya meningkat-kan pendapatan bulanan beliau walaupun membuat pinjaman RM4,000.

“Pendapatan adalah di luar jangkaan dan adakala mencecah RM800, pada hujung minggu.

“Sebelum ini, ada karnival kita masuk dan berniaga tetapi dengan HIJRAH selain daripada modal, mereka juga memberi latihan perniagaan,” katanya.

Katanya, pinjaman kecil dit-ambah dengan kadar faedah dikenakan bank mengakibat-kan mereka lebih selesa memi-lih HIJRAH.

Bagi Fatmayunis Abdullah Rafani, 61, ia adalah tahun ke-empat beliau melakukan pinja-man HIJRAH

Bermula dengan modal RM3,000, jumlah pinjaman me-ningkat kepada RM5,000 dan RM10,000 hingga memboleh-kan beliau memiliki dua cawa-ngan sehingga kini.

“Selama tiga tahun, pinjaman itu saya buat modal pusingan. Kita tiada pengalaman bernia-ga, HIJRAH hantar kita kursus berniaga.

“Ada masa turun naik dalam

Noryatimah Ramdzan

Sebelum ini, ada karnival kita masuk dan berniaga tetapi dengan HIJRAH selain daripada modal, mereka juga memberi latihan perniagaan

JUMAAH ROBANIPeniaga makanan

perniagaan tetapi paling pen-ting jangan mengalah,” katanya.

Bagi Noryatimah Ramdzan, 30, beliau mengusahakan pernia- gaan makanan dan membuat pinjaman RM3,000 bagi mem-besarkan perniagaan.

"Saya buat pinjaman HIJRAH kerana amaun modal yang di-perlukan kecil berbanding pin-jaman bank untuk mengem-bangkan perniagaan,” katanya.

Fatmayunis

Page 11: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

11SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

JAMINAN RASMI PENYERAHAN HADIAH UTAMA WANG TUNAI RM150,000:

Pihak Pengurusan Best Products secara rasminya menjamin penyerahan wang tunai RM150,000 kepada pemenang yang layak. Kelayakan ini akan

ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Best Products.

Page 12: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Album12 SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Album13SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

ADN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran menyampaikan bantuan Hijrah kepada peserta di DUN beliau

ADN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif turun padang menghadiri Program Hari Terbuka Kem PLKN Paya Indah, Sepang

Ahli Parlimen

Kuala Selangor, Dr

Irmohizam Ibrahim

turun padang

menyantuni pelajar

sekolah sekitar

Kuala Selangor

ADN Sijangkang,

Ahmad Yunus Hairi turun

padang melawat Sekolah Rendah

Integrasi Teras Islam

(SRITI) yang pertama

di DUN berkenaan

ADN Kota Anggerik, Yaakob Sapari turun padang menyampaikan kalendar 2017 kepada pengunjung dan peniaga di Pasar Seksyen6 Shah Alam

ADN Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan menyampaikan hadiah di penutup Karnival Kampung Hulu Teris 2016

ADN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan hadiah kepada juara Kejohanan Futsal AMK Setiawangsa di Sports Futsal Centre

ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong menyam-paikan sumbangan SMUE kepada penerima yang layak

Ahli Parlimen Ampang,

Zuraida Kamaruddin

menziarahi keluarga

arwah Pengerusi

Gabungan Persatuan Penduduk

Bukit Antarabangsa

(CoBara) di kawasan

beliau

Page 13: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

OLEH MOHD EZLI MASHUT

APA? Tiada beg plastik hari ini? Ten-tu ramai yang mengalami 'keju-tan budaya' apabila kali pertama mengalami keadaan penggu-

naan plastik diharamkan. Ia ekoran sudah lama pengguna dibiasakan dengan peng-gunaan plastik untuk membeli-belah, sejak 'trend' itu bermula 1970-an.

Tahukah kita bahawa hampir satu tri-lion beg plastik digunakan setiap tahun di seluruh dunia dengan mengambil masa lebih 1,000 tahun untuk ia terurai. Dengan hanya menggunakan beg plastik kira-kira 12 minit sahaja menyebabkan kesannya berpanjangan terhadap alam sekitar.

Kajian dilakukan Forum Ekonomi Dunia dan Ellen MacArthur Foundation menjang-kakan jika 'trend' penggunaan beg plastik tidak berubah, maka jumlah berat plastik tidak diguna lebih tinggi daripada ikan se-luruh dunia, pada 2050.

Menyedari realiti menggerunkan ini, bermula 1 Januari 2017, Hari Tanpa Beg Plastik yang sebelum ini hanya diadakan setiap hari Sabtu di Selangor dipanjangkan kepada tujuh hari seminggu. Ini bermakna peniaga di Selangor tidak lagi membekal-kan beg plastik secara percuma.

Selangor mula mengharamkan peng-gunaan beg plastik pada setiap hari Sabtu sejak tahun 2009. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan se-bagai tabiat harian.

Kempen ini diharap memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malahan untuk masa de-pan buat anak cucu kita. Kajian menunjuk-kan 71 peratus rakyat Selangor merasakan kempen 'Bebas Beg Plastik' pada hari Sabtu sahaja tidak memadai.

Fakta bahaya beg plastik

Lebih kurang 500 billion ke satu trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion beg ini akan men-jadi sampah.

Apakah yang membimbangkan ten-tang plastik? Plastik merupakan bahan diperbuat daripada sumber yang amat berharga iaitu minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, maka akan berkuranglah bekalan minyak kita, pada masa hadapan.

Ketika beg plastik dihasilkan, satu ba-han karsinogen iaitu benzen dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari bumi. Jika kita mengurangkan penggunaan beg plastik dari sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik sudah sedia ter-kumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan. Seki-ranya dibakar, ia membebaskan karsi- nogen iaitu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita.

Binatang yang menyangka beg plas-tik adalah makanan boleh mati apabila memakannya. Selain itu, beg plastik juga menyebabkan berlaku peresapan air yang mangakibatkan banjir dan me-rosakkan kesuburan tanah.

Malah, satu juta hidupan laut terkor-ban setiap hari akibat termakan atau tertelan sampah plastik yang dibuang setiap hari. Itu belum lagi kesannya ter-hadap udara apabila dibakar menyebab-kan gas berbahaya terbebas.

Fakta ini sudah cukup untuk mem-buatkan kita takut akan masa hadapan dunia jika sikap penggunaan beg plastik tidak berubah.

Rakyat Selangor cintai alam sekitar

Lebih dari 90 peratus penduduk Sela-ngor sedar bahawa beg plastik merupakan penyumbang terbesar terhadap pencema-ran alam sekitar.

Berikutan kejayaan kempen lepas un-tuk mengurangkan penggunaan beg plas-tik pakai buang dan polistirena, Kerajaan Selangor memutuskan semua peruncit tidak akan membekalkan beg plastik se-cara percuma serta melarang penggunaan polistirena, bermula 2017.

Bagi peruncit yang memohon atau memperbaharui lesen perniagaan, antara syarat ditetapkan adalah larangan peng-gunaan polistirena dan beg plastik pakai buang. Jika pengguna masih perlukan beg plastik, maka caj minima dikenakan perun-cit.

Tahukah anda yang secara purata, beg plastik hanya digunakan untuk 12 minit? Lebih mudah untuk bertukar kepada beg yang diperbuat daripada bahan yang bo-leh diguna semula.

Kebergantungan anda kepada beg plastik boleh menghantui anda! Beg plas-tik dan bekas polistirena yang anda guna sekejap akan kekal seumur hidup.

Sudah tentu anda mempunyai beberapa beg yang boleh diguna semula di rumah. Simpan di dalam kereta atau berdekatan pintu rumah anda. Simpan juga di dalam beg tangan atau beg galas yang anda gu-nakan setiap hari.

Jika ma-sih terlupa, boleh dapatkan kotak kadbod dari-

pada peruncit atau minta mereka untuk memberikan diskaun jika membawa beg yang boleh diguna semula.

Kesedaran perlu bermula sekarang

Jadi, sekiranya anda ditawarkan beg plastik dengan harga 20 sen selepas ini, jangan ragu-ragu untuk menolak. Jadikan amalan membawa beg kitar semula jika anda pergi berbelanja.

Jika hanya satu daripada lima orang di Malaysia mengamalkannya dan bersama kempen ini, kita dapat mengurangkan 110,822,400,000 beg sepanjang umur.

Tanamkan kesedaran untuk menjaga alam sekiar. Ayuh, jom sertai kempen ini dengan menandatangani ikrar untuk hidup tanpa plastik dan polistirena pakai buang! Jom klik: http://www.bebasplastik.my.

*Mohd Ezli Mashut adalah Penolong Pengarang SelangorKini

14Rencana

SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Tiada plastik hari ini?Ramai alami 'kejutan budaya'

#BEBASPLASTIK

7 HARI SEMINGGU!

Page 14: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

15SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

ADN

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Penantian 19 penduduk DUN Taman Templer berkenaan status milikan Pang-sapuri Topaz yang tertangguh se-jak 12 tahun lalu terjawab selepas pemeteraian perjanjian persefa-haman (MoU) antara penduduk dan Syarikat SSL Capital Sdn Bhd dibuat, pada 28 Disember lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Ta-man Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, penduduk bersetuju menerima wang sagu hati bagi mengurangkan bebanan mereka menyewa kediaman, sementara menanti tawaran Rumah Sela-ngorku.

“Selepas persetujuan harmo-ni ini dicapai antara kedua-dua pihak, maka selepas ini tiada lagi tuntutan daripada penduduk juga SSL,” katanya dalam ke-nyataan.

Terdahulu, Zaidy mengadakan

Capai persefahaman

Selesai kemelut �� tahun

perbincangan bersama syarikat pemaju, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

Malahan, perbincangan bersa-

ma Pejabat Pengerusi Jawatankua-sa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar juga Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut dibuat bagi mem-

bincangkan penyelesaian masalah itu.

“Perbincangan dibuat dan agensi terbabit bersetuju mem-beri keutamaan kepada 19 pen-duduk mengikut spkesifkasi

SHAH ALAM - Orang ramai di-minta tidak menuding jari ke-pada wakil rakyat berkenaan isu longgokan sampah yang mem-belenggu penduduk di Pangsa-puri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Subang Jaya.

Sebaliknya, Ahli Dewan Ne-geri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Is-mail berkata, Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu lebih ber-tanggungjawab menyelesaikan masalah itu memandangkan ia sudah lama berlarutan.

Katanya, penduduk juga per-lu memainkan peranan sama dengan menjaga kebersihan ka-wasan sekitar untuk memastikan mereka hidup dalam keadaan se-lesa.

"Sejak sekian lama, saya dan MPSJ berusaha memperbaikinya dengan melakukan lawatan juga pembersihan secara berkala ter-masuk mengadakan mesyuarat khas, pada 29 Disember lalu.

"Namun, JMB masih meman-

dang ringan perkara itu walau-pun beberapa kali ditegur, malah- an gagal menghadirkan diri dalam mesyuarat diadakan," ka-tanya di Facebook.

Rodziah berkata, selain keko-toran, terdapat pelbagai isu lain yang perlu diberi perhatian dan MPSJ memberi jaminan akan mengambil tindakan segera.

Pada masa sama, beliau turut meminta media kawalan Umno supaya menyiasat perkara berke-naan dengan lebih telus tanpa memutar-belitkan fakta.

"Pihak yang timbulkan perkara ini sengaja mahu bermain politik. Saya mahu bertanya, jika rumah kita kotor, adakah ia salah wakil rakyat?

"Cuba tanya JMB, apa tindakan yang sudah diambil? Pihak TV3, sudah-sudahlah siarkan cerita begini, kenapa tidak didedahkan isu 1Malaysia Development Ber-had (1MDB) yang lebih besar?" katanya.

Isu sampah, JMB perlu bertanggungjawab

SHAH ALAM - Pembangunan wanita khususnya di Selangor kekal inklusif dan holistik dalam mengharungi cabaran men-datang dengan memperkaya nilai kemanusiaan serta men-cipta persekitaran hidup ber-daya saing.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Ta-man Medan, Haniza Talha berka-ta, perancangan itu dizahirkan Kerajaan Negeri untuk tempoh 2017 ke arah memastikan golo-ngan berkenaan terus mendapat manfaat berpanjangan.

“Pada masa ini, keperluan pembangunan modal insan dan penguasaan ilmu menjadi me-

kanisme terpenting menjamin kelangsungan masyarakat khu-susnya wanita untuk menyum-bang ke arah kesejahteraan.

“Pemberdayaan wanita seba-gai aset pembangunan manu-siawi negara tidak wajar seka-dar dinukil di dalam dasar dan polisi kerajaan semata-mata.

“Sebaliknya, ia harus diter-jemah melalui pelaksanaan se-cara konsisten dan komprehen-sif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tumpuan itu dibuktikan menerusi komit-men pentadbiran Selangor yang mengamalkan prinsip kesamarataan tanpa mengam-

bil kira perbezaan jantina.Katanya, hal itu diterjemah-

kan dengan pelantikan dua wanita sebagai Hakim Mahka-mah Syariah, sekali gus menja-dikan Selangor sebagai negeri pertama berbuat demikian.

“Begitu juga dengan perlan-tikan Noraida Mohd Yusof se-laku Pengurus Besar Perbadan-an Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), pada 7 Oktober lalu,” katanya.

Terdahulu, dalam Belan-jawan 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta un-tuk menjayakan Institut Wanita Berdaya.

Amal prinsip kesamarataan jantina

ditetapkan Kerajaan Negeri un-tuk penawaran Rumah Sela-ngorku,” katanya.

Sebelumnya, penduduk ter-babit yang juga penghuni Pang-sapuri Transit Nilam adalah pen-duduk setinggan Bukit Botak, Selayang Baru yang diarah ber-pindah selepas menerima ta-waran rumah kos rendah, Pang-sapuri Topaz, pada 2004.

Bagaimanapun, syarikat pemaju terdahulu, Delpuri Cor-poration Sdn Bhd gagal menyi-apkan projek perumahan ter-babit serta diisytihar muflis dan tidak diketahui status pemaju baru yang bakal mengambil alih projek berkenaan.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengeluarkan notis mengarahkan penduduk mengo-songkan pangsapuri dalam tem-poh 14 hari selepas pengambil-alihan oleh pemaju baru, Syarikat SSL Capital Sdn Bhd yang dilantik.

Page 15: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

16Rencana

SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

Selaras perkembangan teknologi informasi dan perhubungan (ICT), Lembaga Zakat Selangor (LZS) ti-dak ketinggalan memanfaatkan-

nya bagi mempermudah sistem kutipan zakat di negeri itu.

Sentiasa bergerak maju, LZS ternyata bi-jak menggunakan pengaruh media sosial, gajet terkini serta pelbagai aplikasi cang-gih dan mesra pengguna.

Dengan inisiatif itu, urusan bagi pelang-gan zakat iaitu asnaf dan pengeluar zakat dapat dijalankan dengan lebih mudah ser-ta cepat.

Bayar zakat di hujung jari

Pembayaran terus bukan sahaja boleh dilakukan di kaunter bayaran tetapi bo-leh dilakukan secara dalam talian di laman sesawang www.zakatselangor.com.my/e-zakatpay.

Aplikasi e-Zakat turut diperkenal dan boleh dimuat turun secara percuma di ‘Google Play Store’ atau ‘Apple Store’.

al’ seperti penyediaan ‘listing’ dan cek.Selain itu, pencarum bulanan zakat juga

tidak perlu lagi bersusah payah mengisi borang potongan gaji.

Sebaliknya, mereka boleh manfaatkan e-SPG dengan hanya menyertakan mak-lumat dikehendaki di www.zakatselangor.com.my/espg dan semua urusan selesai.

Tidak perlu wang tunai

Terbaru, LZS turut melancarkan ‘Cash-less ATM’ yang disediakan di empat cawa-ngan LZS iaitu di Ibu Pejabat Shah Alam, Kajang, Bandar Baru Bangi dan Petaling Jaya.

Dengan adanya perkhidmatan terbaru itu, pengeluar zakat tidak perlu lagi mem-bawa wang tunai atau bersesak beratur di kaunter.

Sebaliknya, mereka hanya perlu mema-sukkan kad debit, mengisi maklumat di-

Ia dilengkapi kemudahan bayaran, ak-ses kepada media sosial, maklumat kiraan, berita semasa dan lapor asnaf.

Dengan kemudahan sebegitu, maka ti-dak hairanlah kutipan zakat menerusi ejen khususnya perbankan internet dilihat me-ningkat melebihi 20 peratus.

Apatah lagi, terdapat 18 bank dan pos yang turut menyediakan pelbagai ‘plat-form’ dalam talian untuk kemudahan orang awam.

Pada masa sama, LZS turut menye-diakan sistem e-majikan bagi memas-tikan majikan membuat potongan gaji

kakitangan untuk zakat beralih kepada sistem dalam talian termasuk bayaran tanpa cek.

Sistem ini diakui an-tara saluran lebih mu-dah jika dibandingkan dengan urusan ‘manu-

perlukan, mengikut arahan seterusnya dan pembayaran zakat selesai semudah ABC.

Sehubungan itu, untuk kemudahan pengeluar zakat Selangor, semua digesa mengambil bahagian dalam inisiatif dan perkhidmatan disediakan LZS ini.

Bermula 2017, LZS tidak akan menge-luarkan ataupun menghantar penyata bayaran zakat kepada pengeluar zakat.

Ini kerana, segala urusan berkaitan pe-nyata atau kemas kini maklumat diri hanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja.

Pelanggan digalakkan untuk mendaftar sistem elektronik zakat (e-Zakat Online) di ezo.zakatselangor.com.my.

Sesungguhnya segala usaha LZS me-manfaatkan teknologi maklumat ini berte-patan dengan Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 9 Mei 2002; bahawa ia adalah HARUS jika transaksi zakat di-lakukan dengan menggunakan medium dalam talian.

Untuk kemudahan pengeluar zakatSelangor, semuadigesa mengambilbahagian dalam inisiatif dan perkhidmatan disediakan LZS ini

Lembaga Zakat Selangor terokai ICT

Permudah urusan zakat

Page 16: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

17SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Pelancongan

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR - Pantai Remis kini me-nampilkan wajah baru termasuk pembi-naan empat medan selera dalam usaha me-ningkatkan imej pantai berkenaan sebagai tarikan pelancongan di daerah itu.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Se-langor (MDKS), Noraini Roslan berkata, ia adalah sebahagian daripada pembangu-nan Pantai Remis fasa dua yang menelan belanja RM800,000.

Katanya, pembangunan lain termasuk menaik taraf jalan dan tempat letak kereta serta benteng batu.

“Dengan usaha ini, kita dapat melihat kesan mendadak terhadap masyarakat se-tempat termasuk kegiatan ekonomi pelan-congan semakin rancak.

“Begitu juga nilai hartanah yang difa-hamkan seekar kini mencecah RM350,000 berbanding RM120,000 sebelum ini,” ka-tanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Medan Selera Fasa Dua Pusat Pelancongan Pantai Remis, Jeram, pada 28 Disember lalu.

Seawal 2013, fasa satu mula dilaksanakan antara lain membabitkan kerja pemindah-an penjaja sedia ada ke tapak baru, menaik

KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri di-saran mewartakan Pantai Remis sepan-jang kira-kira dua kilometer (km) sebagai pantai awam bagi tujuan rekreasi dan pelancongan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Se-langor (MDKS), Noraini Roslan berkata, sebahagian pantai itu kini berstatus rizab hutan, manakala sebahagian lagi adalah rizab sungai.

Katanya, tindakan itu bagi melindungi pantai berkenaan untuk manfaat masyara-kat.

“Kita tidak mahu Pantai Remis menga-lami nasib seperti sesetengah pantai yang diberikan hak milik kepada pihak lain.

“Dengan adanya rizab pantai awam, ia akan terpelihara untuk kegunaan awam dan terus dinikmati masyarakat umum,” katanya.

Noraini berkata, usaha pembangunan Pantai Remis melonjakkan peluang eko-nomi di kawasan sekitar termasuk pem-binaan restoran makanan laut, chalet dan homestay.

Tarikan pelancong ke Selangor

Pantai Remis berwajah baru

taraf kemudahan infrastruktur dan rekreasi, membina gelanggang bola tampar pantai serta membersihkan kawasan.

Cadangan fasa tiga pula membabitkan

kerja membina benteng batu (rock revert-ment) di pesisir pantai, menaik taraf infra-struktur dan kemudahan juga lanskap serta rekreasi.

Warta jadi pantai awam

KUALA SELANGOR - Kuala Selangor menerima lebih sejuta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang 2016, kata Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan.

Beliau berkata, jumlah kunjungan itu meliputi dua destinasi pelancongan utama iaitu Bukit Melawati dan kelip-kelip Kampung Kuantan.

Katanya, ia meningkat sekitar 10 hingga 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Jumlah pengunjung kebiasaannya meningkat dari tahun ke tahun dan kita dapat lihat jumlah pelancong dari luar negara juga meningkat terutama pelancong Korea Selatan.

“Dengan kunjungan yang semakin memberangsangkan, MDKS komited untuk menaik taraf kemudahan supaya ia selari dengan ‘standard’ antarabang-sa,” katanya.

Pada masa sama, Noraini berkata, Kampung Kuantan masih menawarkan

jumlah kelip-kelip yang banyak untuk tatapan dan kepuasan pelancong.

“Terdapat dakwaan kelip-kelip se-makin berkurangan tetapi yang dimak-sudkan itu bukan di Kampung Kuantan sebaliknya lokasi sebelum Bukit Be-limbing.

“Bagaimanapun, kita juga tidak dapat menerima kunjungan melebihi 40 bot disediakan kerana dikhuatiri menganggu habitat kelip-kelip yang unik,” katanya.

Kuala Selangor terima lebih sejuta pelancong

“Bagaimanapun, kita menggesa pihak berkenaan supaya mengikut saluran betul untuk memastikan perniagaan mereka ti-dak dicop haram.

“Jadi, kita galakkan mereka merujuk ke-pada MDKS berkenaan segala urusan se-terusnya menjadikan perniagaan itu sah daripada segi undang-undang,” katanya.

Kita tidak mahu Pantai Remis mengalami nasib seperti sesetengah pantai yang diberikan hak milik kepada pihak lain. Dengan adanya rizab pantai awam, ia akan terpelihara untuk kegunaan awam dan terus dinikmati masyarakat umum

NORAINI ROSLANYang Dipertua MDKS

Pembinaan Kos

4 Medan Selera RM322,560

Naik TarafJalan & Pakir RM115,025

Naik TarafBenteng Batu RM245,550

Page 17: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

18PBT

SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Laporkan maklumat menerusi

03-551-5133

email : intergiriti@mbsa.

gov.my

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperke-nalkan sistem Saluran Aduan Integriti sebagai panduan ma-syarakat awam mengemukakan sebarang aduan terhadap salah laku warga kerjanya.

MBSA berkata, skop aduan merangkumi beberapa kesalahan utama antaranya salah guna kuasa dan penyelewengan, budaya ra-

suah, pelanggaran undang-un-dang, pengurusan kewangan tidak cekap dan ketidakjujuran.

Selain itu, ia termasuk aduan berkait kesalahan pembaziran sum-ber kerajaan, pembocoran dan pe-nyalahgunaan rahsia kerajaan serta kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Jangan kuatir, pemberi mak-lumat dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya dalam kenyataan.

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyangkal dakwaan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengaitkan pihak berkuasa tempatan itu sebagai pusat tumpuan perjudian di Selangor.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, berdasarkan statistik dikeluarkan NGO terbabit, jum-lahnya terlalu tinggi sedangkan MPK ti-dak pernah berkompromi dalam isu itu.

“Bagaimanapun, MPK mengalu-alu-kan sebarang info berkenaan dakwaan itu dan tampil kepada kami bagi mem-berikan maklumat terperinci,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, 118 operasi ke pre-mis perjudian dijalankan setakat ini dan 168 premis disita dari Januari hing-ga Disember lalu, manakala 7,067 pera-latan disita termasuk peralatan kom-puter.

“MPK turut menyita 142 unit kom-puter sekitar Bandar Parklands dalam operasi, baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, peniaga yang mahu dikenali sebagai Yusof berkata, statistik yang dikeluarkan NGO terbabit diang-gap tidak profesional.

“Tiada lokasi hotspot dari daerah Klang, malahan statistik itu tidak profe-sional dan caca marba,” katanya.

SELAYANG - Sebanyak 29,318 waran tahanan dikeluarkan Maj- lis Perbandaran Selayang (MPS) kepada pemilik harta yang mem-punyai tunggakan cukai RM200 ke atas, sejak 6 Oktober lalu.

Yang Dipertua MPS, Suliman Abd Rahman berkata, pihaknya mengambil tindakan sita ke atas harta alih, pada setiap ming- gu kepada pemilik yang masih ga-gal melunaskan tunggakan cukai dalam tempoh tujuh hari selepas waran dikeluarkan.

“Jabatan Perbendaharaan mengeluarkan 198,274 bil cukai taksiran untuk penggal pertama,

pada 2017.“Sehingga 30 November lalu, ku-

tipan cukai taksiran semasa adalah RM83.25 juta iaitu 86.24 peratus dari RM96.53 juta, manakala MPS mengutip RM7.35 juta tunggakan dari RM11.04 juta jumlah keselu-ruhan,” katanya ketika Mesyuarat Penuh MPS, pada 28 Disember lalu.

Pada masa sama, Suliman ber-kata, pihaknya menyediakan pelbagai kemudahan bayaran bagi memudahkan orang ramai menjelaskan cukai taksiran anta-ranya ibu pejabat MPS, cawangan bank terpilih serta perbankan in-ternet.

Tolak budaya rasuah

Saluran Aduan Integriti diperkenalOrang awam juga boleh hadir

ke kaunter Unit Integriti MBSA dan berjumpa terus dengan pegawai bertugas untuk memberi ketera-ngan berkenaan aduan yang ingin dikemukakan.

MBSA terus komited mem-beri perkhidmatan terbaik ke-pada masyarakat di bawah pen-tadbirannya ke arah menjadikan organisasi itu cemerlang dengan melahirkan penjawat awam telus dan berdedikasi.

Klang bukan lokasi tumpuan judi

MPS keluarkan ��,��� waran tahanan

MPKj sokong haram guna plastikdan polisterina SHAH ALAM - Majlis Perbanda-ran Kajang (MPKj) menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan penggu-naan polisterina dan plastik di kawasan pentadbirannya.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan berkata, pelaksanaan dasar baru berke-naan turut dibuat menerusi Kempen Tanpa Polisterin dan Plastik di dalam kawasan dan pusat riadah di Taman Eko Rim-ba Chongkang, bermula 1 Ja-nuari lalu.

“Pihak pengurusan akan melaksanakan kempen tanpa polisterin dan plastik di ka-

wasan perkelahan ini.“Sehubungan itu, pengun-

jung ke Taman Eko Rimba Chongkak tidak dibenarkan membawa sebarang bekas makanan, botol minuman dan beg diperbuat daripada polis-terin dan plastik ke dalam ta-man ini,” katanya menerusi ke-nyataan dipaparkan di laman sesawang MPKj.

Kempen terbabit turut mendapat sokongan Tour-ism Selangor ke arah memas-tikan pelaksanaan dasar baru itu dapat dijayakan di seluruh pentabdiran MPKj.

Kerajaan Negeri memperke-

nalkan dasar itu sebagai komit-men memelihara alam sekitar dengan melaksanakan polisi memerangi pembuangan sam-pah berleluasa membabitkan isu pemanasan global.

Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plas-tik”, pada 2010 dengan soko-ngan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.

Pengguna dikenakan ba-yaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Page 18: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

19SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

PBT

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat sepenuhnya insiden letupan ke-tika pertunjukkan bunga api sempena sambutan tahun baru di Kompleks Sukan Pendamaran, di sini.

Yang Dipertua Majlis Perban-daran Klang (MPK), Dato’ Mo-hamad Yasid Bidin berkata, pi-haknya memohon maaf kepada mangsa dan pengunjung atas ke-jadian luar jangka itu.

“Pertunjukan bunga api diada-kan sebagai salah satu acara sem-pena tahun baru, malahan polis,

SHAH ALAM - Permohonan dan pembaharuan lesen anjing Maj- lis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi 2017 akan dilak-sanakan sepenuhnya secara dalam talian.

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, inisiatif terbaru itu bertu-juan memudahkan pemilik anjing untuk memperbaharui lesen de-ngan lebih mudah.

“Pemohon berkaitan digalak-kan membuat semakan berke-naan prosedur sebelum melak-sanakan permohonan dan pembaharuan lesen anjing

“Jika permohonan diluluskan, pemohon perlu mencetak sijil lesen sendiri dan mengambil len-cana lesen anjing di tempat dise-diakan,” katanya dalam kenyataan.

Lencana lesen boleh diam-bil di Jabatan Kesihatan MPSJ, Tingkat 6, No. 22-6 Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre, Subang Jaya.

Pada hari Isnin hingga Khamis, lesen boleh diambil bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan bersambung semula, pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Sementara itu, waktu operasi hari Jumaat pula adalah 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 pe-tang hingga 4.30 petang.

Untuk membuat permoho-nan dan pembaharuan lesen berkenaan, pemohon diwajibkan mendaftar sebagai ahli @MPSJ terlebih dahulu dengan melayari laman sesawang MPSJ di @www.mpsj.gov.my.

SHAH ALAM - Lebih 150 peserta menyertai Program Pembersihan Sungai yang julung kali dianjur-kan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, peserta terdiri daripada wakil badan bu-kan kerajaan (NGO) dan sukare-lawan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam serta Management and Science Uni-versity (MSU).

Katanya, semua peserta adalah mereka yang aktif dalam program berkaitan pengindahan dan pembersihan sungai.

“Kita mahu memberi pende-dahan meluas kepada peserta terhadap kepentingan sungai se-bagai salah satu aset alam semu-la jadi.

“Selain itu, MBSA berharap program ini dapat meningkat-kan kesedaran dalam kalangan peserta dan komuniti Shah Alam berkenaan usaha pemeliharaan juga pemuliharaan sungai yang boleh dilaksanakan,” katanya.

Bertempat di Sungai Daman-sara (kawasan perumahan TTDI), Seksyen 13, program disempur-nakan Ahli Majlis MBSA, Tan Ah Kow dan dihadiri Pengarah Ja-batan MBSA.

Antara pengisian program itu adalah membersihkan sampah di pesisiran sungai serta penana-man pokok di kawasan rizab su-ngai.

Selain itu, peserta turut did-edahkan dengan pengetahuan dan teknik mengurus sungai ser-ta kawasan tadahan.

Siasat insiden letupan bunga api

MPK tubuhpasukan khas

Patuhi prosedurperbaharui lesen anjing

��� sertai programpembersihan sungai

MPK menanggung kos rawatan dan pemantauan susulan terhadap mangsa sehingga mereka sembuh sepenuhnya

bomba, hospital dan pertahanan awam turut berada di situ sepan-jang program berlangsung demi memastikan keselamatan pe-ngunjung.

“Bagaimanapun, berlaku letu-pan di luar jangkaan dan meng-akibatkan kecederaan kepada 14 pengunjung yang terdiri dari 10 dewasa dan empat kanak-kanak,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Yasid berka-ta, MPK turut menanggung kos rawatan dan pemantauan susu-lan terhadap mangsa sehingga mereka sembuh sepenuhnya.

Mangsa dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

apabila pertunjukan bunga api, pada malam tahun baru tidak meletup di udara.

Keadaan menjadi kelam-ka-but apabila percikan api ter-kena penonton yang menyak-sikannya.

Prihatin kebajikan pekerjaSELAYANG - Majlis Perbandar-an Selayang (MPS) meman-dang serius kebajikan pekerja di bawah seliaannya bagi memasti-kan prestasi serta perkhidmatan mereka kepada orang awam berjalan baik.

Yang Dipertuanya, Suliman Abd Rahman berkata, bebera-pa langkah serta inisiatif dilak-sanakan bagi memastikan ke-bajikan pekerja MPS sentiasa terbela, sekali gus meningkat-kan semangat serta produktiviti.

"Kita memberi bantuan RM50 secara ‘one off ’ kepada anak pekerja berumur enam tahun ke bawah bagi kumpul-an C dan D, selain menambah tuntutan perubatan daripada RM800 ke RM1,000,” katanya ketika Mesyuarat Penuh MPS di Bilik Siantan, di sini, pada 28 Disember lalu.

Katanya, MPS juga melak-

sanakan program ceria kembali ke sekolah de-ngan memberi bantuan baju serta peralatan kepada anak pekerja yang memerlukan.

Selain itu, kata-nya, pertubuhan kesatuan pe-kerja (Anu-lae Cawa-ngan MPS) p e n t i n g dalam men-jaga kepentingan pekerja, maji-kan dan kerajaan.

“Tahun ini, Anulae men-jalankan pelbagai aktiviti ber-orientasikan kebajikan kaki-tangan seperti lawatan serta bengkel pemantapan kesatu-an, sumbangan kepada ahli di- timpa musibah dan dermasiswa untuk anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan.

Kita memberi bantuan RM50 secara ‘one off’ kepada anak pekerja berumur

enam tahun ke bawah bagi kumpulan C dan

D, selain menambah tuntutan perubatan daripada RM800 ke RM1,000

“Saya berharap pertubuhan ini akan terus bergerak aktif dan komitmed, selain 100 peratus jumlah keahlian dapat diterus-kan,” katanya.

Page 19: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

20Seni

SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Usaha memulih-kan persekitaran sungai Klang terus dirancakkan menerusi penganjuran program 'Revive Klang River' yang mengete-ngahkan seni jalanan untuk tari-kan pelancong.

Yang Dipertua Majlis Perban-daran Klang (MPK), Dato' Moha-mad Yasid Bidin berkata, pro-gram dengan kerjasama Kelab Warisan Sungai Klang itu bertu-juan menaikkan daerah terbabit melalui penganjuran aktiviti menarik, pada tahun ini.

Katanya, MPK turut meneri-ma tajaan RM100,000 daripada pasar raya 99 Speedmart untuk menjayakannya.

"99 Speedmart melulus-kan tajaan RM500,000 keselu-ruhannya dengan RM100,000 digunakan untuk memulakan program pembangunan.

"Untuk program ini, RM30,000 diperuntukkan bagi membaik pulih Jambatan Kota dengan mengetengahkan uki-ran lukisan graviti pada din-ding di bawah jambatan yang menggambarkan bangunan lama serta sejarah bandar Klang dari awal pertubuhannya," ka-tanya.

Yasid berkata, pelajar ke-senian dari Universiti Teknolo-gi Mara (UiTM) dibawa untuk menghidupkan kawasan ter-babit melalui penghasilan karya masing-masing.

'Revive Klang River'

Seni jalanan hiasi Jambatan Kota

SHAH ALAM - Seni lukisan mampu menjadi kerjaya yang menjamin masa depan cerah jika karya dihasilkan lebih kreatif dan inovatif.

Pelukis, Mohammad Faizal Abd Samad, 32, berkata keputusannya memilih seni sebagai kerjaya sepenuh masa bukan sesuatu yang di-sesali kerana tidak semua mampu menghasil-kan karya unik.

Katanya, bidang itu juga mampu menjana pendapatan lumayan jika pandai membawa seni terbabit ke dunia komersial tetap.

"Selepas tamat belajar dalam bidang seni di Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya memu-lakan kerjaya sebagai pelukis perabot Perancis yang mendapat perhatian klien hingga saya di-tawarkan pengajian di sana.

"Di sana, saya banyak didedahkan berkenaan teknik seni lukis dan pemasaran yang baik,

sekali gus menguatkan keyakinan bahawa seni juga boleh memajukan hidup," katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang itu.

Faizal berkata, anak muda yang ingin me-ngorak langkah ke bidang seni perlu mem-punyai semangat jitu dan bakat unik selain mendapat sokongan keluarga.

"Walaupun kakak dan abang saya lebih kepa-da bidang kejuruteraan, namun ibu bapa saya tetap memberi sokongan dengan pilihan saya, malahan berjaya membuktikan kepada mereka bahawa lukisan juga mampu membuat kita ber-jaya," katanya.

Beliau kini menerima tajaan mini galeri dari-pada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendedahkan bakatnya kepada pelancong luar negara.

Seni lukisan mampu jadi kerjaya

SHAH ALAM - Orang ramai terma-suk peminat seni disaran tidak me-lepaskan peluang menyaksikan Pa-meran Lakar Wanita 2016 di Galeri Shah Alam, di sini, mulai 5 Disember hingga 13 Januari ini.

Hasil karya tujuh artis wanita itu ditampilkan buat tatapan umum bagi membolehkan orang ramai menghayati serta menikmati keis-timewaannya.

Tujuh artis itu ialah Zuriati Mo-hamed Shaari, Noor Hidawati Mo-hamed Amin, Elliza Hashim, Siti Hajar Abd Rahman, Noriza Arzain, Norwani Md Nawawi dan Suhairi Marlina Shamsudin Kurator pa-meran, Mohd Azhar Abd Manan berkata, ia bertujuan memberi ru-ang kepada golongan itu menonjol-kan bakat dan keboleh-an sebenar berbanding kebiasaan mereka yang lebih banyak dipaparkan sebagai subjek dalam karya catan di atas kan-vas atau arca figura.

“Mereka lebih banyak dijadikan sebagai model dalam karya berban-ding menonjolkannya sebagai pelukis agung dan lebih malang lagi wanita dijadikan ‘objek’ tontonan dalam iklan yang tiada kaitan de-ngan produk dipasar-kan.

“Pameran ini me-nyajikan idea dan lua-han rasa tujuh artis wanita dalam bentuk dan pentafsiran yang peribadi sifatnya, na-mun sifat kewanitaan jelas terpapar dalam

setiap karya,” katanya.Katanya, pameran itu diharap

menjadi rujukan peminat dan peng-kaji sejarah seni moden seterusnya meletakkan mereka tersenarai artis wanita dalam perkembangan seni rupa moden Malaysia abad ke-21.

“Selain mempamerkan karya sendiri dalam pelbagai genre dan rupa, mereka juga membawa ber-sama hasil seni anak didik untuk di-pamerkan bagi mencipta kelainan serta memberi pengalaman dan landasan supaya golongan itu le-bih meminati dan mengenali dunia seni,” katanya.

Majlis perasmian pameran di-sempurnakan Pengerusi Yayasan Budi Penyayang, Nori Abdullah, pada 14 Disember lalu.

Tujuh artis wanita pamer bakat

Page 20: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

21SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Agama

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Hanya 26 peratus tanah wakaf di Selangor boleh dibangunkan untuk projek pembangunan setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Per-badanan Wakaf Selangor (PWS), Abu Bakar Yang.

Beliau berkata, tujuh projek pem-bangunan berpusat di Klang terdiri daripada lima projek melalui anak syarikat PWS, manakala dua lagi me-lalui kerjasama pemaju luar.

“Manakala, 45.9 peratus tanah wakaf bagi niat khas iaitu pembinaan surau, masjid dan sekolah, sementara 14 peratus dikenal pasti tidak dapat

dimanfaatkan kerana terlalu kecil dan tidak strategik.

“Selebihnya adalah tanah yang memerlukan pecahan sempadan,” ka-tanya ketika taklimat Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC), di sini, pada 29 Disember lalu.

Pada masa sama, Abu Bakar ber-kata, PWS kini dalam usaha menyele-saikan masalah tanah wakaf yang di-salah guna beberapa pihak sehingga mendapat keuntungan atas angin.

Katanya, beberapa siri perbinca-ngan turut diadakan bagi mewujud-kan perjanjian baru supaya masalah itu dapat diatasi.

“PWS menyelesaikan perkara ini se-

cara berhemah kerana ia membabit-kan tanah wakaf, namun ada bebera-pa pihak menyalahgunakannya demi kepentingan sendiri.

“Kita akan menyelesaikan perkara ini dengan baik, malahan beberapa siri perbincangan sudah diadakan dan masih berjalan,” katanya.

Tahun lalu, PWS merintis usaha membangunkan projek perumahan di atas tapak tanah yang diwakafkan di Seksyen 30, di sini, sejak 1972.

Projek tanah wakaf yang diba-ngunkan hanya lima peratus dari 700 lot tanah yang diperuntukkan untuk membina masjid, surau, sekolah dan pusat tahfiz.

SHAH ALAM - Syarikat Berkaitan Kera-jaan Negeri (GLC) diminta membantu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) membangunkan tanah wakaf terbiar di negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Rodziah Ismail berkata, hal itu kerana PWS tidak mempu- nyai dana mencukupi untuk memba-ngunkan tanah wakaf secara bersen-dirian.

Katanya, masyarakat Islam mendapat manfaat dan faedah be-sar terutama bagi golongan kurang berkemampuan menerusi pembangu-nan itu.

“Mereka boleh bekerjasama dengan PWS untuk mengenal pasti tanah ter-biar yang tidak digunakan atau tiada perancangan sama ada berstatus per-tanian juga pembangunan untuk me-maksimumkan kegunaan tanah itu,”

katanya ketika taklimat PAC berkenaan PWS di Bangunan Annexe, pada 29 Di-sember lalu.

Pada masa sama, Rodziah berkata, satu kajian terperinci antara organi-sasi itu perlu dijalankan bagi menge-nal pasti cara efektif membangun dan

menguruskan tanah wakaf terbabit.“Jika tanah wakaf dan baitulmal ini

dapat dibangunkan, ia akan memberi banyak manfaat dan meningkatkan sosioekonomi umat Islam khususnya di negeri ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga.

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) me-merlukan RM1.019 bilion wang zakat bagi tahun 2017, berdasarkan kajian Pusat Pengajian Sains Aktu-ari, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali ber-kata, pihaknya bagaimanapun hanya mensasarkan jumlah mampu dikumpul RM675 juta, pada tahun ini.

Katanya, kajian UiTM juga mengunjurkan jumlah diperlukan, pada 2016 adalah RM826 juta sedangkan LZS menjangkakan kutipan zakat RM645 juta.

“Persoalannya bagaimana kami di LZS hendak memenuhi keperluan RM826 juta dan RM1.019 bili-on, pada tahun ini? Inilah cabaran dan kekangan LZS demi memajukan ummah di Selangor,” katanya.

Sebelum ini, UiTM menawarkan perkhidmatan percuma bagi menjalankan kajian ke atas LZS untuk melihat jumlah zakat diperlukan berdasarkan peng-kalan data asnaf dan ‘trend’ agihan.

Justeru, Hussin berkata, kerjasama orang ramai untuk mengeluar zakat diperlukan bagi menampung keperluan asnaf di Selangor.

“Jangan bayar kepada ejen tidak bertauliah dan ka-lau boleh pastikan wang zakat itu kepada amil dilantik serta elakkan mengagih sendiri kerana dikhuatiri tidak sampai kepada mereka yang layak,” katanya.

Hapus untung atas angin

LZS sasar kutipan zakat RM��� juta

Bantu PWS bangun tanah wakaf

Selesai isu tanah wakaf

WAKTU SOLAT SELANGOR6 - 13 Januari 2017

7 - 14 Rabiulakhir 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

06 Jumaat 5:50 6:00 7:20 1:22 4:44 7:18 8:3307 Sabtu 5:51 6:01 7:20 1:22 4:45 7:19 8:3308 Ahad 5:51 6:01 7:21 1:23 4:45 7:19 8:3309 Isnin 5:52 6:02 7:21 1:23 4:46 7:20 8:3410 Selasa 5:52 6:02 7:22 1:24 4:46 7:20 8:3411 Rabu 5:53 6:03 7:22 1:24 4:46 7:20 8:3412 Khamis 5:53 6:03 7:22 1:24 4:47 7:21 8:3513 Jumaat 5:53 6:03 7:23 1:25 4:47 7:21 8:35

06 Jumaat 5:03 6:03 7:22 1:24 4:47 7:20 8:3507 Sabtu 5:53 6:03 7:23 1:24 4:47 7:21 8:3508 Ahad 5:54 6:04 7:23 1:25 4:47 7:21 8:3509 Isnin 5:54 6:04 7:24 1:25 4:48 7:22 8:3610 Selasa 5:54 6:04 7:24 1:26 4:48 7:22 8:3611 Rabu 5:55 6:05 7:24 1:26 4:49 7:23 8:3712 Khamis 5:55 6:05 7:25 1:27 4:49 7:23 8:3713 Jumaat 5:56 6:06 7:25 1:27 4:49 7:23 8:37

Page 21: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

22Belia

SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Golongan belia di Selangor disarankan untuk lebih bersedia mendepani sebarang cabaran yang bakal dilalui sepan-jang 2017, kata Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-rudin Shari.

Mengakui 2017 bakal mem-beri cabaran lebih getir buat golongan terbabit, Amirudin menjangkakan belia di negeri itu turut terkesan dengan kemelut dan situasi ekonomi negara yang kian meruncing.

“Golongan muda dan belia perlu bersedia untuk lebih kuat menghadapi pelbagai cabaran mendatang yang dijangkakan lebih sukar, pada 2017.

“Namun, kita tetap optimis cabaran itu mampu ditangani ber-dasarkan prinsip dan asas pentad-biran Kerajaan Negeri yang kukuh serta budaya kerja ditunjukkan

SHAH ALAM - Tumpuan terhadap isu semasa perlu diberi perhatian segenap generasi muda supaya golongan itu lebih memahami perkembangan persekitaran, pada masa kini.

Exco Pendidikan, Pembangunan, Mo-dal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, generasi muda juga disarankan untuk mencintai peruba-han yang berlaku.

“Harapan saya buat generasi muda khususnya belia di Selangor, pada 2017 ini supaya menjadi generasi peka terhadap persekitaran berkenaan isu semasa.

“Selain itu, jadilah generasi muda yang cintakan perubahan positif,” katanya ke-tika Malam Sambutan Tahun Baru sempe-

na penganjuran Karnival GeMS Ambang 2017, pada 31 Disember lalu.

Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, Kerajaan Negeri terus konsisten menerus-kan dasar sedia ada bagi membantu ge-nerasi muda untuk tempoh 2017.

Beliau berkata, tumpuan itu termasuk penambahbaikan dasar sedia ada demi kelangsungan rakyat Selangor.

“Seperti kita maklum, generasi muda di Selangor terlibat dalam pelbagai sektor melalui pelaksanaan Skim Tunas, program bantuan sekolah, Biasiswa SelangorKu dan biasiswa PhD yang disediakan.

“Selain itu, Skim Peduli Siswa yang baru diperkenalkan dan pelbagai perancangan lain untuk manfaat rakyat,” katanya.

SHAH ALAM - Penerapan nilai kemanu-siaan dalam diri golongan belia dipupuk menerusi penganjuran pertandingan dan aktiviti riadah yang mengangkat tema kemanusiaan sempena program Generasi Idaman Selangor (GeMS) Ambang 2017.

Pengarah program, Mohd Azreen ber-kata, tema berkenaan dipilih bagi mewu-judkan sentimen kesedaran dalam ka-langan belia di negeri itu terhadap isu kemanusiaan tempatan dan global.

“Mengambil kira konflik kemanusiaan yang berlaku di luar negara seperti keme-lut Rohingya dan peperangan di Syria me-nimbulkan kesedaran kepada masyarakat awam terhadap penderitaan dialami di sana.

“Justeru, golongan belia khususnya remaja Selangor perlu mendapat pemaha-man jelas terhadap isu global yang wajar menjadi iktibar, sekali gus menyuntik ke-sedaran menerusi pelbagai aktiviti dalam GeMS.

“Pastinya, nilai kemanusiaan itu perlu diisi dan diterapkan dalam diri mereka su-paya keprihatinan juga kesedaran terha-dap konflik kemanusiaan difahami secara jelas serta berkesan,” katanya ketika dite-

Cabaran getir 2017

Belia perlu bersediarakyat Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmi-an Karnival Food Mega di perka-rangan Stadium Melawati, di sini, pada 31 Disember lalu.

Kerajaan Negeri sentiasa kon-sisten memastikan golongan belia di Selangor tidak tercicir menerima pelbagai bentuk ke-majuan menerusi inisiatif dan bantuan terhadap golongan itu.

Malah untuk tempoh 2017, Dato Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut me-ngumumkan peruntukan RM5 juta bagi menumpukan prospek pembangunan belia menerusi program PROGRESS.

Jangan lalai, tumpu isu semasa

GeMS Ambang ���� singkap nilai kemanusiaan

mui selepas penganjuran pertandingan stompers di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 29 Disember lalu.

Dalam program itu, lebih 10 pasukan dari kolej komuniti seluruh negeri me-

ngambil bahagian dalam program ter-babit yang kebanyakannya dianggotai golongan belia bawah 23 tahun.

GeMS Ambang 2017 dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pem-

bangunan, Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor dengan usahasama Kolej INPENS, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Page 22: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

23SelangorKini 6 - 13 Januari 2017

Sukan

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANG - Siri ketiga program pembangu-nan sepak takraw TRIO Impian Perangsang Selangor 2016 bagi daerah Sepang berjaya menarik hampir 80 peserta seawal 12 hing-ga 60 tahun, pada 24 dan 25 Disember lalu.

Program dimulakan dengan simu-lasi perlawanan liga 13 regu bertujuan merapatkan ukhuwah antara peserta selain menguji keserasian regu.

Kelab Sepak takraw Salak (KESS) di-

pilih sebagai gelanggang tumpuan bagi Sepang, sekali gus bertanggungjawab meneruskan program pembangunan itu demi merealisasikan impian mengang-kat kembali Selangor dalam arena sepak takraw kebangsaan.

Ia dikendalikan sepenuhnya ketua juru-latih yang juga tenaga pengendali Sekolah Sukan Selangor, Seksyen 11, Shah Alam, Syarudin Nazir dengan dibantu pembim-bing MSSD Sepang, Najib Hussin dan bekas apit kiri skuad negara, Mohd Hafizie Manap.

SHAH ALAM - Afiq Azmi tampil de-ngan tekad baharu apabila mema-sang impian muncul penjaring tem-patan terbaik seperti musim lalu.

Afiq, 27, yang pernah mencipta sensasi bersama The Red Giants dengan beberapa kali melakar hatrik muncul penjaring terba-nyak pasukan ingin mengulangi sentuhan berbisanya sebaik saing- an Liga Super 2017 membuka gelanggang, pada 20 Januari ini.

Katanya, memori indah ketika membantu Merah Kuning men-julang Piala Malaysia musim lalu membuatkan dia tekad untuk kem-bali menyarung jersi pasukan itu.

“Saya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) apabila sudi memanggil saya semula untuk musim depan.

“Beraksi dengan Selangor me-mang cukup istimewa, lebih-lebih lagi musim lalu saya antara ang-gota skuad yang menjayakan

‘Misi-33’ apabila memenangi Piala Malaysia.

“Dengan kembalinya ke pang-kuan pasukan, saya sudah mene-tapkan misi peribadi mahu men-jaringkan seberapa banyak gol,” katanya lapor Harian Metro.

Memiliki fizikal yang tegap membolehkan pemain berasal dari Perlis itu berkemampuan menjaringkan gol menerusi tan-dukan yang dianggap senjata ter-baik Afiq.

Sementara itu, ketika mengu-las berkenaan kemelut dalaman FAS ketika ini, Afiq berkata, isu menghantui badan induk itu tidak mengganggu fokusnya tehadap pasukan.

“Saya ada dengar isu membabit-kan pihak pengurusan sebelum bersetuju menandatangani kon-trak untuk semusim, namun tum-puan hanya untuk persiapan pasu-kan,” katanya.

BANTING - Masyarakat kini lebih cenderung me-milih sukan berasaskan komuniti selain berbasikal untuk mengekalkan keharmonian setempat dan kesihatan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Ke-budayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiru-din Shari berkata, perkembangan gaya hidup sihat masyarakat disambut baik Kerajaan Negeri dengan menganjurkan lebih banyak acara berkaitan.

“Sebab itu kita anjurkan GP Larian Selangor Plus ini bersama beberapa majlis daerah bagi memenuhi permintaan yang ada.

“Ia diharapkan menjadi landasan mencari bakat atlet buat Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Morib Fun Run & GP Larian Selangor Plus 2016 anjuran Majlis Dae-rah Kuala Langat (MDKL), pada 31 Disember lalu.

Acara yang mula diperkenalkan sejak 2011 itu menyaksikan 1,530 peserta mendaftar membabit-kan tujuh kategori larian.

SHAH ALAM - Kelab Ragbi Marlins Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasa-ma Pusat Jaringan Komuniti UNISEL menganjurkan Klinik Ragbi Selangor 2016, baru-ba-ru ini.

Bertempat di Pusat Sukan IPIS Kampus Bestari Jaya, sera-mai 80 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Selangor

mengambil bahagian dalam program terbabit.

Bertujuan memberi pende-dahan awal kepada peserta, penganjurannya juga diisi de-ngan sesi perkongsian pe-ngalaman, bengkel formasi dan drill kendalian pemain Kelab Ragbi Marlins UNISEL.

Lebih menarik, jurulatih dari England, Andrew Pritchard had-ir memeriahkan program latih-

an di padang bagi memberi peluang kepada pelajar mem-praktikkan ilmu dipelajari.

Majlis perasmian diha-diri Timbalan Naib Canselor UNISEL, Profesor Dr Shaharud-din Badaruddin; Dekan HEP, Amidi Abdul Manan; Pengarah COMNET, Izwan Suhadak Ishak serta penasihat Kelab Ragbi Marlins UNISEL, Ezwan Shah Abd Majid.

Ragbi Marlins UNISEL turun ilmu

TRIO Impian Perangsang Selangor 2016

Terokai bakat sepak takraw

“Saya amat gembira diberi peluang berkongsi pengalaman secara langsung dengan bakat berpotensi, sekali gus merangsang mereka mengharumkan nama negara, pada masa akan datang,” kata Hafizie.

Dalam program itu, beberapa bakat muda berpotensi besar seperti Firdaus

Abdulnan, 21, yang beraksi di posisi apit kanan dikesan, malahan video beliau ber-aksi dimuat naik ke laman sosial men-capai tontonan melebihi 30,000 hanya dalam tempoh kurang 24 jam.

Kepada yang berminat dengan pro-gram itu boleh melayari www.bolarotan.com atau ke Facebook Bolarotan.

Afiq Azmi sasarpenjaring terbaik

Sukan komunitipilihan masyarakat

Page 23: FINAL BOOK Selangorkini 6 – 13 Januari 2017

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Se-langor (FAS) diminta tidak mengingkari titah DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Id-ris Shah yang mahu badan itu dirombak semula.

Presiden Gabungan Kelab Penyokong Selangor (GABUNGAN), Mohd Faizal Wahid berkata, tindakan FAS mengenepikan titah itu disifatkan sebagai derhaka dan mem-perkecilkan Raja Muda.

“DYTM Raja Muda Selangor berkelulu-san Sandhurst Royal Military College iaitu satu kolej strategi ketenteraan terbaik di United Kingdom, justeru baginda pasti

tahu apa yang dikritik.“Jangan bercakap seperti Tengku Amir

Shah memberi pandangan tanpa asas se-hingga sampai ke tahap anda tergamak bertindak mengingkari dan memperke-cilkan titah Raja Muda Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Faizal berkata, FAS perlu menggunakan akal waras sebelum menjawab titah Raja Muda sebelum ini kerana memberi fakta mengelirukan adalah perbuatan derhaka dan khianat yang tidak wajar dimaafkan.

Beliau turut menyifatkan kemelut me-landa FAS adalah kemunduran tahap pe-mikiran Exco FAS dan menjadikan orang

lain sebagai kambing hitam.“Umum tahu siapa Dato’ Subahan Ka-

mal dan Rauf Ahmad iaitu pengurus baru merangkap Exco FAS. Sila gunakan akal waras sebelum menjawab titah ditujukan kepada FAS.

“Jangan tenggelam dalam senario sin-drom penafian dan berlagak seolah pe-ngurusan anda diterima baik semua pihak,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, flash-mob di hadapan Pejabat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Kelana Jaya, pada 27 Disember lalu adalah permulaan kecil tekanan yang diberikan.

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-sama Exco Pembangunan Genera-si Muda dan Sukan, Amirudin Shari melepaskan jawatan sebagai Pre-siden Persatuan Bola Sepak Sela-ngor (FAS) dan pengurus Pasukan, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan media ber-sama, pada 30 Disember lalu, mereka mengumumkan pe-ngunduran ekoran keengganan barisan Exco FAS komited ter-hadap agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak Selangor.

“Saya dan Amirudin me-ngambil keputusan untuk tidak lagi bersama organisasi serta pe-ngurusan tidak berwibawa

juga komited dengan agenda perubahan demi menjamin ke-gemilangan bola sepak Sela-ngor,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, be-liau dilantik sebagai Presiden FAS menerusi Kongres Luar Biasa, pada Disember 2014 dengan harapan untuk melakukan perubahan dalam pengurusan FAS juga pem-bangunan bola sepak Selangor.

Bagaimanapun, katanya, be-liau tidak melihat kesediaan Exco FAS mendukung perubahan selepas hampir dua tahun bersa-ma organisasi berkenaan.

“Exco FAS sedia ada masih kekal dengan sikap dan buda-ya lama iaitu politik berlebihan serta terlalu bergantung kepada mentaliti subsidi, malahan gagal mengemukakan pelan strate-

gik pengurusan bola sepak Sela-ngor seperti disarankan Persa-tuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menjelang 2018.

“Mereka juga terus bergelu-mang dengan budaya politik tidak bertanggungjawab serta mengecewakan penyokong dan rakyat Selangor,” katanya.

Walaupun tidak lagi meme-gang jawatan, Mohamed Azmin memberi jaminan Kerajaan Ne-geri akan terus menyokong ke-majuan sukan bola sepak Sela-ngor melalui kaedah baru yang akan diputuskan kelak.

“Kami memberi jaminan ke-pada penyokong bola sepak Se-langor bahawa kegemilangan sukan ini akan dijulang melalui pengurusan bersih dan ber-integriti,” katanya.

Turuti titah Raja Muda Selangor

Exco FAS sediaada masih kekal dengan sikap dan budaya lama iaitu politik berlebihan serta terlalu bergantung kepada mentaliti subsidi, malahan gagal mengemuka-kan pelan strategik pengurusan bola sepak Selangor seperti disarankan FAM menjelang 2018

Saya dan Amirudin Shari mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama organisasi dan pengurusan tidak berwibawa juga komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak Selangor

MOHAMED AZMINPresiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)

Katanya, ‘perang’ itu hanya akan dihen-tikan sehingga FAS dibersihkan dan me-ngakui kumpulan penyokongnya semakin meningkat.

FAS tidak komited laksana perubahan

MB, Amirudin letak jawatan