final selangorkini 27 mei - 3 jun

23
EKONOMI SEMAKIN KUKUH & MANTAP PERCUMA 27 Mei - 3 Jun 2016, 20 - 27 Syaaban 1437H #SmartSelangor www.selangorku.com MediaSelangorku MediaSelangor tv.selangorku.com BERITA PENUH MUKA � “Setakat hari ini simpanan Kerajaan Negeri melonjak dari RM�.6 bilion kepada RM�. � bilion. Kita menyasarkan unjuran negeri sehingga penghujung tahun adalah jangkaan hasil sekitar RM�.�� bilion.” Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar Pentadbiran Kerajaan Negeri kekal telus dan bersih Terus membangun kemajuan sosioekonomi tanpa berlaku salah guna kuasa dan korupsi Tuduhan mengaitkan amalan rasuah dan ‘permintaan wanita’ dalam proses rundingan tidak berasas dan sengaja dibuat bagi mencemar integriti KERAJAAN NEGERI KONSISTEN PERANGI RASUAH BERITA LANJUT MUKA � 5 Selangor Food Stamp 14 & 15 Bangun negeri berorientasi maqasid syariah PRK Sungai Besar Satu analisis 7 RIZAB SELANGOR MELONJAK RM . BILION

Upload: ngobao

Post on 13-Jan-2017

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EKONOMI SEMAKIN KUKUH & MANTAP

PERCUMA 27 Mei - 3 Jun 2016, 20 - 27 Syaaban 1437H #SmartSelangor

www.selangorku.comMediaSelangorkuMediaSelangor

tv.selangorku.com

BERITA PENUH MUKA �

“Setakat hari ini simpanan Kerajaan Negeri melonjak dari RM�.6 bilion kepada RM�.��� bilion. Kita menyasarkan unjuran negeri sehingga penghujung tahun adalah

jangkaan hasil sekitar RM�.�� bilion.”Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Besar

Pentadbiran Kerajaan Negeri kekal telus dan bersih

Terus membangun kemajuan sosioekonomi tanpa berlaku salah guna kuasa dan korupsi

Tuduhan mengaitkan amalan rasuah dan ‘permintaan wanita’ dalam proses rundingan tidak berasas dan sengaja dibuat bagi mencemar integriti

KERAJAAN NEGERI KONSISTEN PERANGI RASUAH

BERITA LANJUT MUKA �

5

Selangor Food Stamp

14&15

Bangun negeri berorientasimaqasidsyariah

PRK Sungai Besar Satu analisis

7

RIZAB SELANGOR MELONJAK RM�.��� BILION

2Utama

SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Tuduhan me-ngaitkan amalan rasuah dan ‘per-mintaan wanita’ bagi sebarang proses rundingan dalam pentad-biran Kerajaan Negeri adalah ti-dak berasas serta sengaja dibuat bagi mencemar integriti.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata pen-tadbiran Selangor terus kon-sisten membangun kemajuan sosioekonomi tanpa berlaku se-barang amalan salah guna kuasa dan korupsi.

Katanya, ia adalah tuduhan jijik yang tidak disokong seba-rang bukti dan satu kempen fit-nah terancang terhadap kera-jaan serta kakitangan awam di Selangor.

“Orang yang menuduh se-benarnya mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri.

“Sekali gus menafikan sum-bangan majlis eksekutif yang menyumbang dengan cekap dan bertungkus-lumus kepada usaha Kerajaan Negeri mem-

Selangor terus konsisten perangi rasuah

Tuduhan tidak berasas

AMPANG JAYA - Timbalan Presi-den KEADILAN, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali meneruskan proses rundingan dengan PAS dan rakan Pakatan Harapan bagi menentukan calon pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kua-la Kangsar.

Beliau yang juga Menteri Besar optimistik tiada pertembungan tiga penjuru dalam kedua PRK berkenaan.

Katanya, beliau akan bekerja keras untuk mencapai hasrat itu demi memastikan kekalahan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sara-wak tidak berulang.

“Ini adalah tugas sukar. Saya sudah berjumpa dengan pimpi-nan AMANAH, PAS, dan baru-ba-ru ini bercakap dengan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) berkenaan perkara ini.

“Saya dan rakan-rakan dalam kalangan pembangkang perlu memperkukuh barisan untuk menumbangkan BN,” katanya ke-pada pemberita.

Terdahulu, beliau melepas-kan peserta larian King of Ke-mensah Trail 2016 di Kampung Kemensah di sini, 22 Mei lalu.

Mengulas pendirian PAS untuk tetap meletak calon, Mohamed Azmin berkata, ia adalah hak PAS yang sudah bertanding di kedua kerusi se-belum ini.

“Tindakan itu difahami me-mandangkan ini kerusi tradisi mereka.

“Bagaimanapun, senario su-dah berubah dan kita harap kebijaksanaan pimpinan yang ada mampu mencapai kese-pakatan yang baik,” katanya.

Penamaan calon bagi PRK Su-ngai Besar bakal diadakan pada 5 Jun dan pembuangan undi pada 18 Jun.

Ia diadakan ekoran kematian Ahli Parlimennya, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon dalam kemalangan helikopter bersa-ma lima yang lain di Sebuyau, Kuching, Sarawak, 5 Mei lalu.

Pastikan calon PRK tak bertembung tiga penjuru

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa bersikap adil dan tidak memilih dalam siasa-tan mereka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beri-ta serbuan SPRM ke atas rumah Ke-tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menimbulkan rasa curiga.

“Walaupun serbuan itu di-lakukan dengan kehadiran Guan Eng dan isterinya, Betty Chew serta peguam mereka, tindakan sebegini sebena-rnya menimbulkan persoa-lan berkenaan keadilan dan kesaksamaan dalam siasatan SPRM.

“Lebih-lebih lagi usaha tera-mat pantas dan bersungguh-sungguh dalam kes Guan Eng

ini berbeza sama sekali de- ngan tindak balas

SPRM terhadap laporan ke atas

Perdana Men-teri Dato’ Seri Najib Razak – yang hampir

tiada sama sekali,” katanya.

Mohamed Azmin turut menyoal pernahkah

SPRM menyerbu rumah Najib. dan jika tiada, mengapakah siasatan ke atas sebuah banglo memerlukan tindakan drastik sebegitu.

“SPRM juga wajib dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan mereka,” katanya.

Pernahkah SPRM serbu rumah Najib Razak seperti kes Guan Eng?

P93SUNGAIBESAR

SHAH ALAM - Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyambut baik keputusan dibuat Hakim Ibrahim Osman membebaskan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik daripada pertuduhan Akta Hasutan 1948 di Georgetown, Pulau Pinang.

Dalam hebahan media- nya pada 19 Mei lalu, Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, tuduhan terbabit bermotif poli-tik bertujuan menghalang kebe-basan bersuara dalam kalangan pemimpin politik serta orang awam untuk mengkritik kera-jaan seperti kenyataan dibuat sebelum ini.

“Kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

perlu menerima hakikat baha-wa Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara serta mengikut undang-undang, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih diwa-jibkan bersuara atas nama ke-benaran serta keadilan.

“Akta Hasutan yang diguna pakai sejak zaman penjajah itu tidak lagi mempunyai tempat dalam sistem perundangan masa kini kerana demokrasi berperlembagaan terkandung proses dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Keputusan diambil Ibrahim membebaskan Wei Aik daripada pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Puji hakim bebaskan Ahli Parlimen Tanjung

bawakan pembangunan serta kemajuan sosioekonomi pada negeri ini,” katanya dalam ke-nyataan, di sini, pada 20 Mei lalu.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri terus komited memastikan amalan rasuah dan

penyelewengan kuasa diben-dung dalam memastikan pen-tadbiran Selangor terus kekal telus serta bersih daripada kegi-atan terbabit.

“Pentadbiran ini mengalu-alukan pemberi maklumat yang berhasrat untuk melihat kera-jaan bersih dan bebas daripada rasuah. Pada masa sama, mere-ka yang membuat tuduhan ini perlu membawa hatta sekelu-mit bukti kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.

“Menuding jari kepada Kera-jaan Negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudian menjaja tuduhan kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan pihak tidak bertangungjawab kononnya wujud amalan politik wang dan ‘permintaan wanita’ untuk berurusan dengan Kera-jaan Negeri, malah unsur tidak baik itu mendapat perhatian media selepas penyebaran teks aplikasi whatsapp yang diragui kesahihannya.

Menuding jari kepada Kerajaan Negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudian menjaja tuduhan kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertang-gungjawab dan berniat jahat

MOHAMED AZMINMenteri Besar

Akta Hasutan yang diguna pakai sejak zaman penjajah itu tidak lagi mempu-nyai tempat dalam sistem perundangan masa kini kerana demokrasi berperlembagaan terkandung proses dan kedaulatan undang-undang

MOHAMED AZMINMenteri Besar

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Ke-wangan Singapura mengarahkan BSI Bank, yang sedang disiasat berkenaan urusannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya ditutup, lapor REUTERS

Alasan diberikan termasuk “pelanggaran serius atas keperlu-an anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan beberapa kakitangan bank.

Tindakan seumpama itu belum

pernah diambil pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun.

“Ini adalah kali pertama Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menarik semula kelulusan kepada bank saudagar sejak tahun 1984, apabila Jardine Fleming (Singa-pore) Pte Ltd ditutup untuk kesila-pan serius dalam kerja penasihat,” dipetik laporan itu.

Bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseo-rangan.

Pihak Berkuasa Kewangan Si-ngapura berkata, ia juga merujuk enam anggota pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank kepada pendakwa raya.

Pasukan pendakwaan Singa-pura menilai sama ada mereka melakukan sebarang kesalahan.

Laporan itu tidak menyatakan secara khusus sama ada jika BSI Bank diarahkan ditutup kerana urusannya dengan 1MDB tetapi bekas ahli bank berkenaan didak-wa sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.

BSI Bank terbabit skandal �MDB diarah tutup

3SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Utama

Ekonomi semakin kukuh

Rizab melonjak RM�.��� bilionOLEH HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR - Simpanan rizab Kerajaan Negeri terus meningkat sehingga RM4.034 bilion ketika ini yang membuktikan ekonomi Selangor semakin kukuh dan mantap.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata, se-takat ini angka dicatatkan terting-gi pernah dicapai bagi simpanan rizab negeri.

“Setakat hari ini, simpanan Kerajaan Negeri melonjak dari RM3.6 bilion kepada RM4.034 bilion.

“Saya amat bersyukur apabila mendapat fakta ini,” katanya pada majlis pelancaran program ban-tuan makanan asas '#SmartSela-ngor food Stamp' 2016 di Dewan Seri Bernam pada 20 Mei lalu.

Mohamed Azmin berkata, taklimat disampaikan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nor-din Sulaiman jelas membuktikan

Audit: Pejabat MB, SUK capai prestasi pengurusan kewangan terbaik ����

Lapan Jabatan Selangor cemerlang kawal bajet dan perbelanjaanKUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara menyatakan lapan Jabatan Selangor berjaya menca-pai tahap cemerlang bagi Kawa-lan Bajet dan Kawalan Perbelan-jaan berdasarkan analisa Tahap Pematuhan Terhadap Kawalan Utama.

Pengerusinya, Tan Sri Ambrin Buang, berkata lima Jabatan mencatat tahap cemerlang bagi

aspek Kawalan Pengurusan se-mentara satu pada tahap baik dan dua lagi memuaskan.

“Bagi Kawalan Terimaan, enam Jabatan berada pada tahap cemer-lang dan dua jabatan tahap baik.

“Aspek Kawalan Perolehan pula, satu jabatan memperoleh tahap cemerlang, tiga baik, satu memuaskan dan tiga kurang memuaskan,” katanya.

KUALA LUMPUR - Pejabat Men-teri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri muncul jabatan Selangor yang mencapai prestasi penguru-san kewangan terbaik pada 2015.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporan-nya bagi tahun 2015, Siri 1 turut menyenaraikan 13 lagi jabatan di negeri itu memperoleh prestasi pengurusan kewangan yang baik.

“Lima daripada jabatan itu mencapai tahap cemerlang dengan perolehan 90 markah ke atas sementara lapan pada tahap baik dan satu memuaskan.

“Pejabat Menteri Besar Dan Setiausa-ha Kerajaan Negeri memperoleh prestasi terbaik,” katanya dalam laporan penemuan

Pengurusan Aktiviti atau Kewang-an, jabatan atau agensi dan Pe-ngurusan Syarikat Kerajaan Negeri.

Selain Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, empat lagi jabatan iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat turut mencapai tahap ce-merlang.

Beliau berkata, Majlis Su-kan Negeri (MSN) Sela-

ngor memperoleh tahap memuaskan kerana wujud

kelemahan ketara dalam Kawalan Pengurusan, Kawalan Perbelanjaan serta pengesahan pe-nyata kewangan Sijil Ke-tua Audit Negara Berte-guran telah dikeluarkan.

Katanya, hanya tujuh menunjukkan pening-katan prestasi pengu-rusan kewangan baik sementara tujuh yang

lain menurun berbanding markah tertinggi tahun sebelum daripada prestasi pemarkahan 14 jabatan atau agensi negeri itu.

“Pemarkahan bertambah baik berbanding tahun sebelum adalah Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan, Jabatan Pen-gairan Dan Saliran Negeri Selan-gor, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Pejabat Daerah Dan Ta-nah Kuala Langat, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) , Jabatan Pertanian Negeri Selangor serta MSN Selangor," katanya.

Tujuh jabatan atau agensi negeri lain mencatat penurunan prestasi berbanding tahun sebe-lum adalah Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam, Majlis Per-bandaran Klang (MPK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Se-langor, Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor, Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) serta Perbadanan Wakaf Selangor.

sumber kewangan Selangor di-uruskan dengan baik dan berada pada landasan betul.

Katanya, ia berbeza dengan keadaan ekonomi di pering-kat Persekutuan yang sedang bergelumang dengan masalah ekonomi gawat.

"Kerajaan Negeri menyasar-kan unjuran negeri tahun ini sehingga penghujung tahun adalah jangkaan hasil sekitar RM2.25 bilion.

"Dengan kerja kuat pega-wai dan anggota Kerajaan Ne-geri berkhidmat penuh tang-gungjawab dalam tempoh lebih kurang empat bulan ber-jaya mengutip hasil RM1.427 bi-lion," katanya.

Beliau berkata, pencapaian diperoleh Kerajaan Negeri pada masa ini tidak sekadar berkisar pada usahanya sendirian tetapi komitmen semua pihak berkait-an memikul amanah diberikan rakyat.

Setakat hari ini, simpanan Kerajaan Negeri melonjak dari RM3.6 bilion kepada RM4.034 bilion.

MOHAMED AZMINMenteri Besar

BESTARI JAYA - Isu gejala sosial dan jenayah yang berlaku di ne-gara ini perlu ditangani secara bersama dengan pembabitan pel-bagai pihak termasuk masyarakat demi merubah masa depan lebih sempurna.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata permasalahan dihadapi kini memerlukan penyelesaian dengan semua pihak berkaitan memainkan peranan bagi mena-nganinya.

“Di sini kita perlu memahami walaupun pelbagai usaha di-jalankan pelbagai pihak iaitu pihak berkuasa mahupun rakan NGO, tetapi ia bagaikan tidak berkesu-dahan. Di manakah silap kita?

“Ternyata persoalan ini tidak seharusnya dijawab secara eksklu-sif tetapi perlu lebih inklusif yang mana negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk, berbilang kaum, bangsa dan agama.

“Ia adalah permasalahan kema-nusiaan, justeru apa yang perlu diusahakan adalah mendalami isu ini secara kolektif dan sebulat su-

ara,” katanya dalam Majlis Konven-syen Menangani Gejala Sosial dan Jenayah Merentasi Budaya pering-kat Selangor di Universiti Selangor (Unisel), di sini, 24 Mei lalu.

Beliau berkata, tajuk dibincang-kan dalam konvensyen itu mampu memberi sumbangan bermakna kepada usaha menghadapi wa-cana baru dalam pembangunan modal insan diangkat daripada persoalan nilai dan budaya.

Ia menjadi lebih menarik, ka-tanya, dengan penyertaan pel-bagai pihak tidak setakat mereka dalam bidang pengetahuan dan kemahiran tetapi merentasi sem-padan agama dan pelbagai aktiviti dalam masyarakat.

“Jika diperhatikan isu ini berkait rapat dengan sesuatu kaum meyentuh soal budaya dan status ekonomi masyarakat.

“Budaya jika tidak dipupuk dari sudut moral, kesannya juga menju-ruskan masyarakat kepada peng-abaian nilai ehsan mulia manakala ekonomi pula adalah faktor mam-pu mempengaruhi gaya hidup se-tiap individu dalam masyarakat,” katanya.

Bersama tangani gejala sosial dan jenayah

Tahap Jumlah JabatanCemerlang 4Baik 3Kurang memuaskan 1

KAWALAN PENGURUSAN ASET DAN STOR

PENGURUSAN WANG AMANAH ATAU KUMPULAN WANG AMANAH DAN DEPOSIT

PENGURUSAN KENDERAAN

Tahap Jumlah JabatanCemerlang 5Baik 2

Tahap Jumlah JabatanCemerlang 4

4Utama

SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Perkongsian Selangor-Jepun

Bangun industri bioteknologiOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kemajuan in-dustri bioteknologi Jepun memberi keyakinan kepada Se-langor untuk membangunkan industri sama melalui perkong-sian antarabangsa.

Menteri Besar, Dato’ Seri

Mohamed Azmin Ali, berka-ta kemajuan Jepun mampu menawarkan pelbagai teknolo-gi terkini tambahan dengan penubuhan Majlis Bio Sela-ngor, pada Februari lalu men-gukuhkan lagi kesungguhan Selangor membangunkan in-dustri sains hayat.

“Selangor mempunyai 91.4 peratus tahap perbandaran dengan permintaan penggu-na memberangsangkan yang mampu menawarkan pertum-buhan serta perkembangan baik syarikat dari Jepun.

“Tiga daripada lima univer-siti penyelidikan terkemuka

di Malaysia berada di negeri ini,selain itu kita juga mempu-nyai pasukan Pembangunan Bio Bay Selangor,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian dalam ucaptama Seminar Selangor Kuasa Besar Ekonomi Malaysia di Tokyo, Je-pun pada, 16 Mei lalu.

Katanya, Pulau Indah yang menjadi pusat utama pemba-ngunan bio bay menyediakan ekosistem halal kondusif bagi syarikat untuk mengeluarkan produk halal bertaraf dunia un-tuk pasaran global.

Ia juga bakal menjadi pela-buran berimpak tinggi.

Mutu kehidupan desa diangkat setara kemodenanAMPANG JAYA - Kerajaan Negeri komited mengangkat mutu ke-hidupan desa setara kehidupan moden, namun masih kekal de-ngan jati diri dan watak kedesaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata ia an-tara lain mampu menjadi daya tarikan pelancong luar berkun-jung, seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi setempat.

“Seperti Kampung Kemensah ini walaupun terletak di ping-gir bandar, ia masih kekal den-

gan watak dan ciri kedesaannya ditambah dengan keharmonian penduduk.

“Perkara ini menjadi daya tari-kan untuk aktiviti pelancong- an terus berkembang termasuk aktiviti ATV, memancing, dan ria-dah,” katanya.

Beliau ditemui sejurus me-lepaskan lebih 600 peserta la-rian King of Kemensah Trail 2016 di Kampung Kemensah, pada 22 Mei lalu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin ketika Pelancaran Bas Smart Se-

langor di Sungai Besar berkata, pembangunan di Selangor bukan bersifat ‘urban centric’ semata-mata.

“Tetapi kita memakmurkan desa dengan kemudahan pen-ting seperti pendidikan, kesihat-an, komunikasi dan pengangku-tan untuk menjamin kehidupan sejahtera serta maju.

“Masyarakat desa juga mem-punyai hak untuk menikmati kekayaan negeri menerusi pem-bangunan yang mampu member-daya mereka,” katanya.

Sekinchan lebih ‘terkenal’ daripada PutrajayaSEKINCHAN - Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memuji pembangunan berte-rusan dialami Sekinchan yang lebih mempopularkannya dalam kalangan masyarakat termasuk pelancong luar.

Katanya, kawasan diwakili Ahli Dewan Negeri (ADN) Ng Suee Lim itu mengalami pe-rubahan membanggakan bu-kan setakat menghasilkan padi terbaik tetapi menjadi destinasi pelancongan.

“Baru-baru ini, ada pengam-baran filem dari Taiwan dilaku-kan di Sekinchan.

“Hari ini, orang Taiwan lebih kenal Sekinchan daripada Put-rajaya, mereka takut ke Putra-

jaya tetapi berminat ke Sek-inchan kerana pembangunan yang rancak berjalan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan hak

milik tanah Site B Sekinchan dan bantuan SMUE Fasa Kedua di sini, pada 20 Mei lalu.

Dalam majlis itu, 27 keluarga menerima hak milik tanah dis-ampaikan Menteri Besar.

Baru-baru ini ada pengambaran filem dari Taiwan dilakukan di Sekinchan

NG SUEE LIMADN Sekinchan

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Jimat air dapat RM�,���SHAH ALAM - Bagi menggalak-kan rakyat khususnya penduduk pangsapuri menyahut seruan Kerajaan Negeri menjimatkan air, Program Insentif bagi Pang-sapuri Kos Rendah Sempena Kempen Jimat Air Negeri Sela-ngor 2016 dilancarkan.

Exco Perumahan, Penguru-san Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata kempen itu ber-tujuan memberi kesedaran dan galakan masyarakat terutama penduduk di pangsapuri kos rendah supaya lebih peka dan mengambil bahagian menji-matkan air.

“Insentif ini dikaji lagi untuk ditambah nilainya. Dua kali gan-da nilai daripada sekarang juga tidak mengapa,” katanya ketika menyempurnakan majlis itu di Pangsapuri PPR Hicom, Seksyen 26, pada 21 Mei lalu.

Pangsapuri yang mendapat penurunan peratusan terting-gi bakal menerima RM5,000 manakala kedua tertinggi mendapat RM3,500 diiku-ti RM2,500 di tempat ketiga, manakala RM1,000 diberikan sebagai hadiah saguhati.

Terdahulu, beliau merasmi-kan Program Gotong-Royong Perdana di pangsapuri itu ber-tujuan mewujudkan persekita-ran sihat.

Iskandar berkata, sikap segelintir penduduk tidak ber-tanggungjawab membuang sampah menyebabkan perseki-taran kotor dan mengundang jangkitan penyakit seperti deng-gi, malaria dan kencing tikus.

"Walaupun statistik menun-jukkan penurunan jangkitan denggi di Selangor, kita perlu memberi perhatian serius me-mastikan ia dibanteras," ka- tanya.

Beliau berharap program itu memupuk sikap kerjasama ma-syarakat bukan hanya dalam isu keselamatan tetapi kebersihan.

Hadir sama menjayakan pro-gram tersebut, ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Iskandar Abdul Samad

Sumber: FB D

iscovery Sekinchan

5SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Utama

OLEH HAFIZAN TAIB

SEKINCHAN - Pelbagai program ke-bajikan dirangka Kerajaan Negeri ba- nyak membawa manfaat kepada rak-yat terutama dalam situasi kos sara hidup tinggi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia adalah usaha berterusan Kerajaan Negeri yang di-rangka demi memenuhi keperluan golongan sasaran memerlukan.

"Petang ini kita bertemu dari kelu-arga dari Site B Sekinchan dan pewaris

penerima Skim Mesra Usia Emas

( S M U E )

dan sebelumnya kita beri bantuan makanan asas percuma di Sungai Besar.

“Bukan kerana disebabkan sesuatu berlaku di Sungai Besar tetapi Kera-jaan Negeri sudah mengumumkan lebih awal,” katanya dalam majlis pe-nyerahan hak milik tanah Site B Se-kinchan dan bantuan SMUE Fasa Ke-dua pada 20 Mei lalu.

Beliau berkata, program seum-pama itu adalah perancangan Kera-jaan Negeri atas sikap peduli rakyat dengan kos sara hidup tinggi serta ter-beban dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“GST ini bukan kerana kesalah-an dan kecuaian kita tetapi kerana pentadbiran negara hari ini gagal mengurus ekonomi dengan baik,” katanya.

Pelbagai program kebajikan dirangka

Pastikan rakyat terus dibantu

SABAK BERNAM - Sejumlah RM620,000 diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma, Bas Smart Selangor di daerah Sa-bak Bernam.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata ia membuktikan komitmen Kera-jaan Negeri melaksanakan agen-da pembangunan berlandaskan keadilan dan ihsan.

Katanya, pembangunan ti-dak seharusnya tertumpu di ka-wasan perbandaran sahaja.

“Masyarakat desa juga mem-punyai hak ke atas kemudahan dan pembangunan disediakan hasil kekayaan negeri.

“Inisiatif ini bukan semata ke-rana sesuatu akan berlaku tetapi kerana perkhidmatan ini mene-rima sambutan menggalakkan daripada rakyat.

“Jadi kita tidak mahu keluarga di Sungai Besar dan Sabak Ber-nam ketinggalan,” katanya di ha-dapan lebih 300 hadirin.

Beliau berkata demikian ke-tika menyempurnakan Majlis Perasmian Stesen Bas Sungai Be-sar Sentral dan Pelancaran Bas

Smart Selangor pada 18 Mei lalu.Hadir sama, Setiausaha Kera-

jaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Pegawai Kewang-an Negeri, Datuk Noordin Su-laiman dan Exco Negeri, Dr Da-royah Alwi.

Setakat ini, lebih RM13 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi menyediakan 33 bas untuk program perkhidmatan bas per-cuma di seluruh Selangor.

Sementara 22 bas lagi dise-diakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), menjadikan jumlah keseluruhan 55 bas.

Bagi Majlis Daerah Sabak Ber-nam (MDSB), dua bas dijadual beroperasi setiap hari bermula 6 pagi sehingga 10 malam dengan kekerapan sejam sekali.

Mula beroperasi 19 Mei, bas percuma di kawasan itu akan merentasi laluan Sabak ke Su-ngai Besar seterusnya ke pekan Sekinchan.

Seperti perkhidmatan bas percuma di daerah lain, bas itu turut dilengkapi perkhidmatan wifi, tempat duduk mesra OKU dan sistem maklumat penum-pang.

Dua Bas Smart Selangor untuk Sabak Bernam

Bantu �,��� keluarga kurang mampu

Penduduk kurang berkemampuan di Parlimen Sungai Besar melahirkan kesyukuran dengan kewujudan program bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food Stamp” 2016

Program dibuat ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam mem-bantu rayat kurang berkemampuan

Saedah Ishak72, Sungai Panjang

Ternyata usaha itu mem-beri manfaat besar

dalam membantu kami menangani masalah kehidupan dengan kos sara hidup tinggi

Mahmud Senawi 58, Sekinchan

TINJAUANORANG RAMAI

SMART SELANGOR

FOOD STAMP

SUNGAI BESAR - Program ban-tuan makanan asas #SmartSelan-gor Food Stamp 2016 dilancarkan Kerajaan Negeri bagi membantu golongan kurang berkemam-puan di seluruh Selangor.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata program bantuan bulanan itu adalah pertama seumpama di-perkenalkan sebuah Kerajaan Negeri di negara ini.

“Selaras dengan inisiatif Kera-jaan Negeri seperti mana diben-tangkan dalam Belanjawan 2016, kita peruntukkan RM3 juta

membantu 5,600 keluarga di se-luruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Kita mensasarkan program dijalankan mulai Jun ini,” katanya selepas majlis pelancaran bantu-an makanan asas #SmartSelan-gor Food Stamp di Dewan Seri Bernam, pada 20 Mei lalu.

Katanya, setiap bulan Ke-ra-jaan Negeri akan men-yalurkan bantuan bernilai RM50 berben-tuk barang-an keperluan asas kepada 100 keluarga di setiap DUN di negeri itu.

Sebelum ini, dalam Belan-

jawan 2016 sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksa-naan program itu yang mem-fokuskan kepada usaha mem-bantu rakyat termiskin di seluruh negeri.

“Ia bersesuaian dengan rak-yat kini dibebani kos sara hidup tinggi.

“Inisiatif ini disambut baik rakyat Selangor,” katanya.

Dalam majlis itu, Menteri Besar menyampaikan bantuan kepada 100 keluarga dari DUN Sungai Panjang dan 100 kelu-arga (DUN Sekinchan).

6Utama

SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

KLANG - Kegemilangan dan kelazatan hidangan Istana Selangor kini dikongsi menerusi buku masakan diraja, ‘Dapur Ista-na Alam Shah – Resipi Istana oleh Tengku Ampuan Rahimah Selangor’.

Memuatkan lebih 60 resepi, ia dilancar-kan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, pada 15 Mei lalu.

“Beta yakin bahawa semua aspek istana

harus direkodkan dan dikongsi bersama dalam usaha memartabatkan selain tidak melupakan asal usul Institusi Diraja Sela-ngor untuk manfaat generasi masa kini dan akan datang di Malaysia, khususnya di Selangor,” titah baginda.

Buku masakan itu diselia adinda Baginda, Tengku Puteri Nor Zehan dan kompilasi resi-pi yang dimasyhurkan Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah.

‘Dapur Istana Alam Shah – Resipi Istana oleh Tengku Ampuan Rahimah Selangor’

mengambil masa dua tahun untuk dihasil-kan dan memuatkan gambar, ilustrasi serta kaedah memasak.

Ia terbahagi kepada beberapa kategori termasuk hidangan makan tengah hari, minum petang, makan malam, jamuan ne-geri, kegemaran diraja dan resipi istimewa.

Hasil jualan disalurkan kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) bagi membolehkan rumah anak yatim itu kekal mampan di dewan serba-guna yang baru dibina.

SHAH ALAM - Peruntukan bagi kebu-dayaan dan kesenian tahun hadapan di-jangka dipertingkatkan Kerajaan Negeri dalam usaha memartabatkan bidang itu sebagai salah satu sumber ekonomi baru.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudaya-an dan Pembangunan Usahawan, Amiru-din Shari, berkata perancangan aktiviti itu lebih rancak membabitkan tempatan juga luar negara.

“Kita melihat serius perkara ini, sebab itu kita mengisytiharkan Shah Alam dan Petaling Jaya sebagai Kota Seni untuk maju ke hadapan.

“Kita tidak perlu selamanya bergantung kepada industri perkilangan dan perusa-

haan tetapi industri ‘masa lapang’ ini wajar dititik beratkan Kerajaan Negeri sebagai akar ekonomi baru,” katanya pada Majlis Perasmian Pameran ‘Beautiful Handicrafts Of Tohoku, Japan di Galeri Shah Alam.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri tekad meneroka ekonomi baru yang bukan berpaksikan kepada industri atau fizikal tetapi kreativiti berpaksikan asas baru, se-menjak dua tahun.

“Walaupun Kota Seni tidak mempu-nyai rangka baru tetapi tekad asas untuk menjadi model ekonomi baru secara ke-seluruhan akan kita tingkatkan dan kini Shah Alam hampir sempurna ke arah itu,” katanya.

SHAH ALAM - SelangorKini menerima Anugerah Liputan Portal Media Terbaik oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sekali gus membawa pulang wang tunai RM250 dan sijil penghar-gaan pada Majlis Aspresiasi Media MPSJ 2015.

Yang Dipertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata anugerah khas itu adalah pengiktirafan kepada me-dia yang sentiasa berperanan sebagai penyampai, penyebar maklumat dan mesej MPSJ.

“Berlandaskan peranan yang begitu inklusif, sudah tentu impaknya amat be-sar kepada masyarakat seterusnya negeri.

“Melalui pengaruh ini, rakan media adalah tulang belakang yang penting kepada MPSJ. Ia membabitkan tang-gungjawab dan peranan kepada ma-syarakat sebagai suara dan telinga me-reka,” katanya.

Beliau berkata, MPSJ menerima 3,123 liputan iaitu akhbar utama sebanyak 2,218 liputan dan media elektronik 905 liputan menerusi analisa yang dibuat sepanjang 2015.

Katanya, terdapat peningkatan lipu-tan 12.10 peratus bagi tahun 2014 dan ROI liputan berkaitan MPSJ sebanyak RM79,706,648.

“Kami mendapati liputan media berkenaan MPSJ tinggi berbanding pi-hak berkuasa tempatan (PBT) lain,” ka-tanya.

Tujuh anugerah lain turut diberikan kepada SJ Echo dan Reach Out bagi ka-tegori Anugerah Khas Media Komuniti.

Selain itu, Anugerah Liputan Media Terbaik Medium Elektronik dimenangi Antyen Yap (Astro Awani); Farhana Ab-dul Manan (Sinar Harian-Anugerah Lipu-tan Aduan dan Permasalahan Terbaik); Oh Ing Yeew (The Star-Anugerah Lipu-tan Terbaik) dan Kathleen Michael (The Star- Wartawan Terbaik).

Manakala, Anugerah Media Paling Komited dimenangi China Press dan Anugerah Media Terbaik milik The Star.

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen, di sini, menetapkan empat hari, bermula 20 Sep-tember ini untuk perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut terhadap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook miliknya.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Tim-balan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, lapor BERNAMA.

Mohd Dusuki memaklumkan kedua pihak bersetuju supaya kes itu dibicarakan, bermu-la 20 sehingga 23 September ini.

Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa kira-kira 10 saksi pendakwaan akan memberi keterangan menerusi pernyataan

saksi mengikut Seksyen 402B Kanun Prose-dur Jenayah.

Peguam Ahmad Al-Hady Abdul Razak mewakili Abdul Rahim pula memaklumkan pihaknya masih belum memuktamadkan jumlah saksi pembelaan yang akan dipanggil memberi keterangan.

Abdul Rahim, 65, didakwa melakukan kes-alahan itu melalui akaun Facebooknya, Rahim Tamby Chik, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini kira-kira jam 8 pagi, pada 25 Septem-ber 2015.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang mem-peruntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau ke-dua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dimasyhurkan Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah

Kelazatan resipi Istana Alam Shah dibukukan

SelangorKini terima Anugerah Liputan Portal Media Terbaik MPSJ ����

Peruntukan kebudayaan dan kesenian dijangka meningkat

Kes Hasutan Rahim Thamby Chik dibicara �� September

7SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Utama

SHAH ALAM - Inisiatif Institut Da-rul Ehsan (IDE) menubuhkan unit Kajian Maqasid Al-Shariah ber-peranan sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri, selaras gagasan ‘memba- ngun SMART Selangor yang pedu-li’ diperkenalkan Kerajaan Negeri.

Pelaksanaannya bukan hanya retorik tetapi ia menjurus kepada titah DYMM Sultan Selangor, Sul-tan Sharafuddin Idris Shah yang mahu unsur maqasid syariah di-angkat sebagai asas pengguba-lan dasar Kerajaan Negeri.

Menyambut baik titah bag-inda, kajian komprehensif IDE berkenaan pelaksanaan maqasid syariah perlu diperluaskan secara total supaya keberkesanannya berjaya merealisasikan Selangor sebagai sebuah Smart State.

Bagaimanapun, kajian terba-bit perlu mencakupi beberapa aspek utama dengan memberi tumpuan kepada pendekatan (taf`iliy-tawzifiy) terhadap al-maqasid itu sendiri.

Penekanan dalam konteks itu tidak lagi berlegar hanya pada perbahasan konsep tetapi lebih kepada aktualisasi al-maqasid dalam segala aspek kehidupan.

SUNGAI BESAR - Seorang makcik mena-rik perhatian ramai apabila mencadang-kan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Gayanya menghulurkan kertas ke-pada pemimpin nombor satu Selangor itu dalam majlis pelancaran program bantuan makanan asas #SmartSelangor Food Stamp 2016 di Dewan Seri Bernam, di sini, pada 20 Mei lalu, mencuit hati semua yang hadir.

“Ini terus dapat surat, makcik cadang-kan hapuskan GST. GST ini makcik, kita hapuskan bila saya sampai di Putrajaya,” katanya.

Kejadian itu tercetus apabila isu GST disentuh Menteri Besar dan program HIJRAH diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi membantu kalangan usahawan ke-cil di Selangor.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri memperke-nalkan banyak program berbentuk ke-bajikan demi membela nasib rakyat ti-dak seperti Kerajaan Persekutuan yang mengenakan GST.

Katanya, apa berlaku kini adalah sejarah apabila negara menanggung hutang kira-kira RM50 bilion angkara skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rakyat dipaksa membayar hutang berkenaan.

“Apa makna negeri maju kalau rakyat di bawah susah. Banyak negara di dunia hari ini maju, pemimpinnya kaya tetapi rakyatnya miskin.

“Selangor tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana kekayaan negeri milik rakyat,” katanya.

SHAH ALAM - Tawaran yuran pengajian percuma Universiti Selangor (UNISEL) di bawah Skim Dermasiswa menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka menyambung pelajaran.

Kakitangan bank, Zainal Abidin Ali, 53, mencadangkan supaya skim ber-manfaat seperti itu dapat diperluaskan kepada semua pro-gram lain.

“Sebagai langkah awal, pelaksanaan skim ini adalah sangat wajar dan boleh diperluaskan lagi.

“Sangat elok adanya skim seperti ini kerana keadaan ekonomi sekarang yang semakin membebankan skim ini mem-buktikan Kerajaan Negeri prihatin kesusa-han rakyat,” katanya.

Kakitangan kera-jaan, Sharifah En-nizam Syed Ahmad, 49, memuji pembe-rian Kerajaan Negeri itu dalam membantu beliau yang mempu-nyai tiga anak yang masih belajar.

“Sangat bersyukur dapat bantuan ini kerana ia meringankan beban.

“Langkah ini juga adalah pendekatan berkongsi hasil Kerajaan Negeri bersama rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khai-ri Hashim, 48, berkata faktor yuran percuma adalah salah satu sebab beliau memilih un-tuk menghantar anaknya ke UNISEL.

“Selaku kakitangan, saya yakin UNISEL adalah pili-han terbaik untuk merealisasikan impian

Yuran percuma tarikan pelajar ke UNISEL

Inisiatif Institut Darul Ehsan

Bangun negeri berorientasi maqasid syariah

Bagi menjamin fungsi al-maqasid itu berhasil, setiap perinci maqasid itu perlu diap-likasi ke dalam proses pemba-ngunan negeri.

Justeru, beberapa tunjang utama perlu diberi perhatian seperti yang dirumus dalam Al-kulliyyat Al-khamsa (memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta) bagi menjamin keberhasi-lan proses itu.

Prosesnya mudah, tumpuan terhadap pembangunan politik maqasid perlu diberi keutamaan bagi memastikan aspek politik negeri bersih dan bebas, sekali

gus mampu mengukuhkan pen-tadbiran negeri berteraskan tun-tutan syariah.

Lanjutan daripada proses itu, model pengurusan dan pentad-biran Kerajaan Negeri yang cekap perlu diterjemahkan melalui pe-ngurusan Maslahiy-Maqasidy.

Pembetukannya merujuk ke-pada pembinaan sebuah pengu-rusan berpandukan kepada aja-ran nabi dan rasul serta sunnah daripada Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, usaha berke-naan tidak terhenti setakat itu ekoran aspek kemajuan ekonomi rakyat juga perlu diberi perhatian menerusi penekanan terhadap al-maqasid dan ekonomi kerakyatan.

Objektifnya adalah memasti-kan ruang ekonomi segenap ma-syarakat dipelihara secara bersih

dan berkat dengan menekankan objektif hifz al-mah dalam al-maqasid.

Peranannya diharap mampu memelihara dan membangun harta (ekonomi) umat serta ber-orientasi pemberdayaan (em-powerment) rakyat, di sam-ping berorientasi pertumbuhan (growth) dan pemerataan yang adil (distributive justice).

Ke arah membangunkan ne-geri yang sejahtera, aspek pendi-dikan maqasid juga perlu diberi perhatian supaya lebih berteras-kan amal tauhid berpaksikan aja-ran Islam sebenar menjadi pelo-por kepada perkembangan Islam seluruh negeri.

Tumpuan itu juga selari de-ngan penekakan maqasid sya-riah dan dakwah islamiah supaya

seluruh anggota masyarakat ter-hindar daripada melakukan ke-mungkaran dan menuju ke arah kebaikan untuk mencegah sega-la kerosakan dalam masyarakat.

Konklusi kepada percaturan itu, tumpuan perlu disahut se-cara komitmen dan kompetensi keilmuan yang tinggi dalam usa-ha menjayakan gelombang Al-Sahwat Al-Maqasidiyyah.

Tanpa penyatuan semua pi-hak, penelitian terhadap pem-bentukan sebuah negeri yang berorentasikan prinsip maqa-sid syariah itu agak sukar dilak-sanakan.

Justeru, penyatuan ummah di seluruh Selangor perlu digem-beling secara konsisten oleh pen-tadbiran negeri dan rakyat secara amnya.

Makcik serah surat cadang hapus GST pada MB

anaknya kerana saya tahu serba sedikit pembelajaran di sini.

“Skim ini juga memang bagus cuma masih ramai masyarakat di luar sana yang tidak berapa tahu berkenaannya,” kata-nya.

UNISEL memperuntukkan kira-kira RM3.9 juta bagi membiayai 500 pelajar pengajian tahun asas bidang Sains dan Teknologi Maklumat menerusi Skim Der-masiswa.

Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum UNISEL, Dr Hamdan Mohd Salleh, berkata pela-jar layak bakal menerima pembiayaan yuran penga-jian berjumlah RM7,500 hingga RM8,040 setiap pelajar.

Pelajar berminat memohon program

Tahun Asas bagi kemasu-

kan Mei 2016 masih boleh mendaftar sehingga 27 Mei ini dengan melayari la-wan sesawang www.unisel.edu.my atau

menghubungi terus Pejabat Pemasa-ran dan Kemasu-kan di talian 03-5522 3435.

8Nasional

SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Al-lahyarham Said Zahari pernah ditawarkan gelaran Tan Sri bagi memastikan Utusan Melayu mengikut telunjuk Umno dan Parti Perikatan ketika itu.

Perkara terbabit didedahkan salah seorang sahabat baik ketua Mogok Utusan itu, Dr Syed Husin Ali yang juga bekas Senator De-wan Rakyat.

“Dia memberi ruang kepada Umno dan Perikatan sama se-perti pihak pembangkang iaitu Pak Sako dan Ahmad Boestaman untuk menulis dalam akhbar Utusan.

“Kerajaan pada masa itu beru-saha memenangi hati Utusan

dan Said. Salah satu langkah yang mula-mula diambil de-ngan menawarkan gelaran Tan Sri kepada tetapi beliau meno-lak. Jika dia terima, maka Said menjadi wartawan pertama yang mendapat gelaran Tan Sri lebih awal daripada Tan Sri Samad Is-mail,” katanya.

Syed Husin berkata demikian pada Majlis Memperingati Said Zahari di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, di sini, pada 22 Mei lalu.

Katanya, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra bertindak meletakkan bekas Menteri Besar Terengga-nu, Ibrahim Fikri mengendalikan Utusan Melayu selepas melihat reaksi Said terhadap tawaran di-berikan.

Enggan gadai kebebasan media

KUALA LUMPUR - Pengaruh bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Allahyarham Said Zahari ditakuti pemerintah Singapura sehingga sanggup bertindak mendera beliau apabila menge-tahui puisi karyanya berjaya di-seludup keluar dan diterbitkan.

Salah seorang rakan rapat be-liau, Dr Syed Husin Ali berkata, hal itu ekoran puisi karya Said yang ditulis di atas kertas tandas itu mengandungi puisi berte-makan perjuangan.

“Semasa ditahan, Said belajar bahasa Cina dan mengajar kawan dalam tahanan Bahasa Melayu juga Inggeris. Dia menulis sajak bukan di atas kertas biasa tetapi kertas tandas dan Usman Awang, Dr Rajakumar juga saya dapat se-ludup keluar yang kemudiannya buku itu diterbitkan.

“Sebenarnya, ada satu lagi set

Puisi atas kertas tandas penjara diseludup keluar

sajak dikeluarkan tetapi kita tak terbitkan kerana banyak kesu-litan yang berlaku kepada Said dan banyak tekanan kepada kami apabila set pertama diter-bitkan.

“Kami tidak terbitkan bukan kerana tidak tahan tekanan teta-pi tidak mahu Said didera dalam tahanan,” kata Syed Husin pada Majlis Memperingati Said Zahari di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, di sini, pada 22 Mei lalu.

Katanya, buku puisi Said yang mempunyai 55 halaman itu di-susun Usman Awang dan diter-bitkan Penerbitan Setia Murni, pada 1973.

Mengimbas kembali saat Said ditahan, Syed Husin memberita-hu beliau ditahan sebaik sahaja dipilih sebagai Pengerusi Parti Rakyat yang bergerak di Singa-pura.

Said Zahari tolak gelaran Tan Sri

Tindakan itu menyebabkan Said melancarkan Mogok Utu-san yang berlanjutan sehingga lebih 100 hari dan menyebab-kan Said sendiri terbuang di Singapura.

“Mogok ini adalah mogok pekerja terpanjang pernah berlaku,” katanya.

Beliau kemudiannya dita-han di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singa-pura dan hanya dibebaskan selepas 17 tahun.

KUALA LUMPUR - Keluarga Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan permohonan sentuhan fizikal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membenarkan ahli keluarganya bertemu tan-pa sebarang halangan ketika melawat di penjara.

Peguam mewakili keluarga Anwar, N Surendran, berkata tujuan permohonan itu dibuat kerana keluarga dinafikan un-tuk bersalaman dan bertemu secara dekat dengan Anwar, bahkan mereka dipisahkan me-lalui dinding kaca serta per-cakapan melalui penggunaan telefon sahaja.

Katanya, penafian sentuhan

fizikal ketika lawatan penjara ti-dak munasabah serta tidak sah selain melanggar Akta Penjara 1995 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan Artikel 5 dan Artikel 8 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah, anak dan cucunya menfailkan permohonan itu di mahkamah terhadap Pe-ngarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri kerana menghalang keluarga daripada sentuhan fizikal ketika lawatan.

“Kesan penafian ini me-nyebabkan penderitaan dan kesengsaraan mereka. Me- reka dibenarkan melawat dan

berjumpa setiap tiga minggu sekali,” katanya di lobi Mahka-mah Tinggi Kuala Lumpur, pada 18 Mei lalu.

Pemohon itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nu-rul Izzah Anwar, Nurul Nuha Anwar. Nurul Ilham Anwar, Nu-rul Iman Anwar, Raja Nur Safi-yah Raja Ahmad Shahrir Iskan-dar, Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Su-laimaan Mohamad Kahirul dan Yahya Mohamad Khairul.

Manakala responden pula, Pengarah Penjara Sungai Bu-loh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri, Da-tuk Seri Zahid Hamidi.

Keluarga Anwar mohon benar sentuhan fizikal

9SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Nasional

Kejatuhan mendadak getah

KEADILAN gesa tangani segera

Mahkamah Persekutuan tolak permohonanPUTRAJAYA - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil bekas Ke-tua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yu-suff bagi memberi keterang- an insiden ‘mata lebam’ dalam prosiding semakan keputusan kes Fitnah II dito-lak Mahkamah Persekutuan.

Perkara itu diputuskan panel lima hakim diketuai Hakim Tan Sri Zulkefli Ah-

mad Makinuddin.Permohonan itu difailkan

Anwar bagi membuktikan dakwaan konspirasi politik dalam kes berkenaan yang digunakan bagi semakan hukuman ke atas beliau bagi kes itu, pada Jun 2015.

Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Su-ngai Buloh turut hadir pada prosiding itu.

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Perseku-tuan perlu menangani segera ma-salah kejatuhan mendadak harga komiditi getah yang kini membe-lenggu pekebun kecil dan penoreh terutama di Kedah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ber-kata kerajaan perlu menetapkan harga lantai bagi getah skrap ke-pada RM4 sekilogram berbanding RM2 sekilogram ketika ini.

“KEADILAN memandang serius masalah yang dihadapi pekebun kecil dan penoreh khususnya di Kedah yang dilanda kemiskinan akibat harga getah yang turun mendadak dan ia perlu ditangani segera.

“Pada 29 Mei 2015, harga getah skrap di Kedah berada pada tahap RM2.15 sekilogram. Manakala, har-ganya RM2.04 sekilogram, pada 16 Mei lalu.

“Kadar penurunan harga getah sekerap adalah 5.1 peratus dalam tempoh setahun,” katanya dalam kenyataan, pada 18 Mei lalu.

Wan Azizah berkata, penoreh

memperoleh pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari dengan kadar torehan sekitar 10 hingga 15 kilogram berdasarkan harga getah semasa, bahkan lebih teruk jika ke-bun itu dipajak dan pendapatan-nya terbahagi dua.

“Apakah pendapatan sekitar RM500 hingga RM900 sebulan mampu menyara keluarga, pen-didikan dan mendapat makanan berkualiti ditambah dengan kadar inflasi yang terus meningkat selain fenomena El-Nino yang mengu-rangkan hasil getah?

”Langkah perlu diambil bagi menstabilkan harga getah, teru-

tama skrap yang menjadi sumber pendapatan tambahan kepada pe-noreh,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendesak kerajaan mewujudkan mekanisme bayaran tetap kepada penoreh getah sebanyak RM1200 sebulan se-perti dicadangkan Kesatuan Kebangsaan Ladang (NUPW).

Beliau berkata, mekanisme terb-abit perlu diwujudkan bagi mem-bantu penoreh getah mendapat-kan pendapatan minimum walaupun dalam keadaan penge-luaran getah yang merudum.

10Ekonomi

SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

HIJRAH kena syarat minima bantu petani tanaman kontan SHAH ALAM - Hanya dengan syarat minima, petani tanaman kontan juga boleh memohon pembiayaan HIJRAH bagi meng-usahakan projek pertanian ma-sing-masing.

Ketua Pegawai Operasi (COO) HIJRAH Selangor, Roslim Md Akhir, berkata antara syarat dikenakan adalah pemohon perlu memi-liki tanah yang boleh diusahakan sama ada milik sendiri atau tanah yang mendapat kebenaran pemi-lik secara kontrak sah.

“Kita tidak dapat hendak beri pembiaya-an jika tanaman diusa-hakan secara setinggan atau tidak sah kerana kita tidak mahu timbul pelbagai masalah.

“Hanya projek tanaman diusa-hakan di atas tanah sah sahaja bo-leh dikeluarkan pembiayaan dan syaratnya juga mudah. Kalau tidak ada syarikat berdaftar juga kita bo-leh pertimbangkan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Katanya, antara projek tana-man kontan yang boleh memohon pembiayaan HIJRAH seperti tana-man jagung, cili, sayur-sayuran dan pelbagai jenis penanaman fertigasi lain.

“Diseru petani seperti di Sungai Besar yang sesetengahnya mung-kin ada tanah kosong tetapi tidak

PKNS bangunkan tanah rizab Melayu Dengkil SHAH ALAM - PKNS kini sedang memuk-tamadkan proses pembelian sebidang ta-nah berstatus rizab Melayu seluas 150 ekar di Dengkil.

Pengurus Besarnya, Azlan Md Alifiah, berkata tanah itu berpontensi untuk dima-jukan demi manfaat jangka panjang ma-syarakat di kawasan itu.

“Kerajaan Negeri melihat potensi besar tanah rizab Melayu untuk dimajukan, jus-teru PKNS melalui anak syarikat kami ingin mengembangkan fokus membangunkan-nya.

“Sekarang adalah masa tepat memberi-kan tumpuan kepada penyediaan rumah kos sederhana tinggi berdasarkan permin-taan perumahan berkualiti,” katanya.

Ketika ini, kebanyakan tanah rizab Me-layu yang berpotensi untuk dibangunkan bersaiz kecil berskala lima hingga 10 ekar.

Jumlah itu agak terhad untuk memba-ngunkan lebih banyak perumahan yang

mampu dimiliki rakyat berpendapatan sederhana di negeri itu.

Azlan berkata, PKNS terus konsisten mensasarkan pembangunan tanah rizab Melayu dengan mengambil kira harga pasaran daripada tanah rizab bukan Me-layu.

“Matlamat pembangunan tanah rizab Melayu ini dibina khususnya untuk pem-beli Melayu kerana harganya jauh lebih rendah daripada tanah rizab bukan Mela-yu (tanah biasa).

“Mengikut pasaran kini, anggaran ta-nah rizab bukan Melayu (tanah biasa) di-anggarkan sekitar 20 peratus hingga 30 peratus di bawah harga pasaran,” katanya.

Sehingga kini, tiga anak syarikat PKNS terlibat untuk memajukan tanah rizab Me-layu di seluruh iaitu PECB (PKNS Engineer-ing and Construction Sdn Bhd), SIC (Sela- ngor Industrial Corporation), dan PIB (PKNS Infra Bhd).

dapat usahakan kerana berhada-pan masalah modal untuk memu-lakan projek, datang berjumpa kami.

“Kita boleh bincang bagaimana HIJRAH boleh tolong sebab tentu merugikan petani jika ada tanah tapi dibiarkan kosong ,” katanya.

Hanya projek tanaman diusahakan di atas tanah sah sahaja boleh dikeluarkan pembiayaan dan syaratnya juga mudahROSLIM MD AKHIRKetua Pegawai Operasi HIJRAH

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Sebanyak RM750 juta pelaburan di-jangka dapat dijana daripada pelaksanaan Selangor Aeroangkasa.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdaga-ngan serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata 200 pekerja tenaga mahir juga bekerjasama membangunkan industri terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan laman sesawang terbaru In-vest Selangor, pada 24 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Hasan Azhari Idris, berkata kilang penge-luaran selongsong kipas untuk enjin jet Rolls-Royce Trent 1000 dan Trent 7000 dijangka bakal siap hu-

jung tahun ini serta beroperasi sepenuhnya tahun depan.

Katanya, UMW Aerospace yang didirikan di kawasan tanah berkeluasan 12 hektar di Seren-dah itu selaras inisiatif Kerajaan Negeri untuk memfokuskan in-dustri terbabit.

Fasiliti terbabit akan bertin-dak sebagai penyewa utama bagi cadangan Taman Pengelu-aran Logam Keras Aeroangkasa

oleh UMW.“Tumpuan diberikan kerana

62 peratus industri aeroangkasa Malaysia berope-rasi di Selangor. Jadi, kita mengambil inisiatif untuk memfokuskan industri ini di bawah ‘core clusters’ peralatan pengangkutan.

“Di bawah kelompok ini terdapat dua bidang diberi perhatian iaitu automotif dan aeroangkasa. Namun, ketika ini Kerajaan Negeri baru meluluskan ‘Selangor Aerospace Council’ beberapa minggu lalu dan dijangka memulakan mesyuarat pertama sebe-lum atau selepas Aidilfitri,” katanya.

Hassan berkata, kerja pembinaan sedang dilak-sana dan dijangka pengeluaran unit pertama se-longsong kipas enjin jet Trent 1000 pertamanya yang kemudian dihantar ke fasiliti pemasangan Rolls Royce di Seletar Aerospace Park, Singapura selepas menerima pesanan sulung yang disasarkan pada Oktober 2017.

UMW Aerospace sebelum ini menandatangani perjanjian selama 25 tahun dengan pilihan sam-bungan lima tahun dengan Rolls-Royce Plc pada Ogos 2015 bagi pemasangan selongsong kipas en-jin jet Rolls-Royce.

Perjanjian itu meliputi pengetahuan pembuatan dan program perkongsian teknologi dengan pasu-kan kejuruteraan Rolls-Royce di United Kingdom (UK).

Selangor Aeroangkasa

RM��� juta hasil mampu dijana

11SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Album12 SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Album13SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

ADN Paya Jaras, Khairuddin Othman merasmikan Karnival Bola Sepak 7 sebelah bawah 13 tahun di DUN itu

ADN Bangi, Shafie Ngah menghadiri bengkel masakan

untuk wanita di Balairaya Kampung

Sungai Tangkas

ADN Kampung Tunku, Lau Weng San bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menanam pokok sempena Program Mesra Rakyat Kampung Tunku

ADN Morib, Hasnul

Baharuddin melawat

mangsa ribut di Taman Sri Desa

dan Sekolah Kebangsaan

Kanchong Tengah

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin merasmikan Pelancaran Hari Belia Ampang 2016 di kawasan itu

ADN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menghadiri dan merasmikan Pertandingan Debat Yayasan Selangor kali ke-8

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen menyampaikan set mikrofon dan speaker baru untuk kegunaan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Kg. Lindungan Blok 7 dan 8

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo meraikan Hari Wesak di Setenang House, Taman Damai Utama

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim merasmikan Kejohanan Ping Pong berpasukan di DUN berkenaan

14Rencana

SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Pertembungan tiga penjuru mampu sekat kemaraan Pakatan

PRK Sungai Besar suatu analisisOLEH NAZLI IBRAHIM

PENGUNDI di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sekali lagi berpe-

luang menjalankan tanggung-jawab mereka sebagai pemilih dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), pada 18 Jun ini apabila Ahli Parlimen masing-masing maut dalam nahas helikopter di Sara-wak, pada 5 Mei lalu.

Sementara itu, penamaan calon bagi kedua kawasan itu akan diadakan pada 5 Jun dan hari pengundian awal pada 14 Jun ini iaitu empat hari sebe-lum hari pengundian penuh.

PRK yang akan dijalankan ketika umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Rama-dan adalah PRK ke-11 diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada 2013 lalu.

Di Selangor, kerusi P93 Parli-men Sungai Besar kali pertama dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 iaitu tahun 2004 selepas Suruhanja-ya Pilihan Raya (SPR) membuat persempadan semula.

Walaupun dinafikan SPR, tin-dakan persempadanan semula itu dilihat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) apabila parti menerima tenta-ngan sengit pada Pilihan Raya Umum ke-10 ekoran kesan ge-lombang kebangkitan Gerakan Reformasi, pada 1999.

Sama seperti keputusan di tempat lain, kawasan Parlimen Sungai Besar ketika kali perta-ma dipertandingkan pada PRU-11 juga tidak terkecuali mene-rima tempias 'swing' sokongan memihak kepada BN selepas calonnya, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon menang selesa dengan majoriti 7,349 undi.

Noriah memperoleh 13,826

P93 PARLIMEN

SUNGAI BESAR

l Pertama kali dipertandingkan pada 2004 (PRU-11)

l Terbahagi kepada 2 DUN - Sekinchan & Sungai Panjang

KEMEROSOTAN MAJORITI BN (SUNGAI BESAR)

PRU-11CALON UNDIBN - Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon 13,826PAS - Sallehen Muhyi 7,988Majoriti 7,349

PRU-12CALON UNDIBN - Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon 16,069PAS - Osman Sabran 11,069Majoriti 5,009

PRU-13CALON UNDIBN - Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon 18,837PAS - Mohamed Salleh M Husin 18,269Majoriti 399

KEMEROSOTAN MAJORITI BN (SUNGAI PANJANG)

PRU-12CALON UNDIBN - Dr Mohamad Khir Toyo 11,181PAS - Mohd Fadzin Taslim 5,353Majoriti 5,828

PRU-13CALON UNDIBN - Budiman Mod Zohdi 12,606PAS - Mohd Fadzin Taslim 10,423Majoriti 2,183

SUNGAIBESAR

SUNGAIPANJANG

undi berbanding pencabarnya daripada PAS, Sallehen Mukhyi yang mendapat 7,988 undi.

Antara elemen yang di-katakan menyokong kepa-da 'teori swing' pada masa itu, apabila BN seolah-olah mendapat suntikan semangat daripada aura Perdana Men-teri baru ketika itu, Datuk Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, sekali gus BN mencipta rekod kemenangan terbaiknya sepan-jang menyertai PRU.

Bagaimanapun empat tahun kemudiannya, pada 2008 aura Abdullah tidak lagi mampu membantu BN untuk mem-bendung tsunami politik.

Walaupun berjaya mengekal-kan kemenangan di Sungai Be-sar tetapi majoriti kemenangan BN susut kepada 5,009 undi berbanding 7,349 undi majoriti, pada 2004.

Pada PRU yang menyaksikan beberapa pemimpin 'heavy weight' BN tumbang, Noriah memperoleh 16,069 berban-ding calon daripada PAS, Os-man Sabran yang memperolehi 11,069.

Walaupun terdapat 'trend' peralihan sokongan pada masa

itu, kedua calon itu berjaya meningkatkan undi masing-masing disebabkan faktor pertambahan pengundi baru yang ketara berbanding jumlah pengundi pada PRU-11.

Selepas itu, ‘trend’ peralihan sokongan semakin ketara apa-bila undian kepada BN semakin menipis apabila hanya mampu menang dengan majoriti 399 undi sahaja, satu penurunan yang drastik dalam PRU-13 .

Calon 'regular' BN, Noriah cuma memperoleh 18,837 undi dan pencabar tradisi daripada PAS, Mohamed Salleh M Hussin pula memperolehi 18,269 undi.

Antara faktor utama per-tambahan sokongan kepada Pakatan pada masa itu adalah kejayaan Kerajaan Negeri mem-buktikan kemampuan mentad-bir dengan lebih efisien, tatake-lola yang baik tanpa dikaitkan dengan skandal salah guna kuasa atau rasuah.

Mereka juga berjaya mening-katkan sistem penyampaian perkhidmatan mereka kepada masyarakat terbanyak dengan berkesan sekali gus mengu-rangkan karenah dalaman kerajaan.

Peratusan keluar mengundi Parlimen Sungai Besar

Berdasarkan data PRU-12 dan PRU-13, pengundi di Sungai Besar boleh dianggap mempunyai kesedaran tinggi untuk menunaikan tanggung-jawab masing-masing apabila peratusan keluar mengundi agak tinggi dengan 81.96 pera-tus mengundi pada PRU-12 dan meningkat kepada 88.30 pera-tus pada PRU-13.

Bagaimanapun, rekod PRK terdahulu menunjukkan pera-

tusan keluar mengundi pada PRK agak rendah sekitar 70 peratus sahaja dalam keba- nyakan PRK terutama dijalan-kan pada bulan puasa.

‘Trend’ sokongan peringkat DUN di Parlimen Sungai Besar

Manakala, mengikut peca-han kawasan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) pula, kerusi Parlimen Sungai Besar terpecah

kepada dua bahagian iaitu DUN Sekinchan dan Sungai Panjang.

Di DUN Sekinchan, pada PRU-12 kawasan itu dimenangi calon DAP, Ng Suee Lim de-ngan majoriti 190 undi sebelum sekali lagi mempertahankan kerusi dengan majoriti lebih selesa kepada 2,239 undi, pada PRU-13.

Pada PRU-12, Suee Lim memperoleh 5,403 berbanding calon BN, Puah Boon Choon

15SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Rencana

KEMEROSOTAN MAJORITI BN (SUNGAI BESAR)

yang mendapat 5,213 undi dan Suee Lim berjaya memperoleh 8,107 undi berbanding calon BN, Kek Seng Hooi yang memperoleh 5,868 undi, pada PRU-13.

Sementara itu, pada PRU-12 BN ber-jaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Panjang dengan majoriti 5,828 undi sebelum merosot kepada 2,183 pada PRU-13.

Pada PRU-12, calon BN iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo memperoleh 11,181 dan calon PAS, Mohd Fadzin Taslim mem-peroleh 5,353.

Pada PRU-13, calon BN, Budiman Mohd Zohdi memperoleh 12,606 ber-banding calon sama, Mohd Fadzin yang memperoleh 10,423.

Ironinya, statistik undian yang diper-oleh bagi Parlimen Sungai Besar dan dua DUN di dalamnya jelas menunjuk-kan sokongan terhadap BN bagi ketiga kerusi itu semakin merosot dan mula berpindah kepada calon Pakatan.

Faktor penentu sokongan pengundi PRK 2016

Antara faktor utama yang mendo-rong kemerosotan undi yang diterima BN pada 2008 dan 2013 adalah isu peningkatan kos sara hidup yang mem-belenggu semua lapisan masyarakat ketika itu.

Antara langkah kerajaan yang men-jadi perhatian penduduk di situ ter-masuk kegagalan kerajaan mengawal kenaikan mendadak harga runcit beras di pasaran tempatan sedangkan pada masa sama pendapatan pesawah masih berada pada takuk lama.

Selain isu nasional, beberapa isu

tempatan turut memberi kesan mendalam terha-dap pengaruh BN di Su- ngai Besar seperti habuan tanah dan infrastruktur khususnya apabila pe-ngundi mula memban-dingkan kesungguhan dan rekod cemerlang yang ditampilkan Pakatan walaupun baru beberapa tahun menerajui pentad-biran Selangor.

Antara rekod cemer-lang Kerajaan Pakatan yang berjaya menarik

sokongan adalah seperti kemampuan mengagihkan kekayaan negeri kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk dan lebih sistematik.

Pada PRK yang bakal berlangsung beberapa minggu lagi, antara isu na-sional yang dijangka menjadi perhi-tungan pengundi adalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kelemahan Kerajaan Persekutuan menguruskan kewangan negara dalam suasana ekonomi getir pada masa ini dengan mengalihkan bebanan kepada rakyat seperti menaikkan tarif elektrik, memotong peruntukan bantuan terus kepada rakyat seperti biasiswa pendi-dikan sudah semestinya turut menjadi perkiraan pengundi.

Secara umumnya, sehingga kini Kerajaan Persekutuan turut dilihat gagal mengambil langkah sewajarnya untuk membantu rakyat mengharungi peningkatan kos sara hidup.

Keadaan itu diburukkan lagi apabila pada masa sama pengundi masih tidak melihat sebarang perubahan sikap pemimpin Kerajaan Persekutauan yang masih cenderung berbelanja mewah dalam menguruskan pentadbiran negara.

Sama seperti PRU-13, selain menilai prestasi semasa Kerajaan Persekutuan, pengundi Sungai Besar dijangka turut mengambil kira prestasi Kerajaan Ne-geri.

Antaranya, kemampuan Kerajaan Negeri hari ini yang secara berterusan memberi perkhidmatan terbaik dan menyalurkan pelbagai bantuan kepada masyarakat tempatan sepanjang lapan tahun mentadbir seperti Bas Smart Selangor, air percuma, Selangor Food Stamp, Skim Mikro HIJRAH dan pro-

PENINGKATAN MAJORITI PAKATAN

DUN SekinchanPRU-12Calon UndiDAP - Ng Suee Lim 5,403BN - Boon Choon 5,213Majoriti 190

PRU-13Calon UndiDAP - Ng Suee Lim 8,107BN - Kek Seng Hooi 5,868Majoriti 2,239

gram Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bukannya menabur janji di saat menjelang pilihan raya seperti diamal-kan BN.

Apabila dilihat secara perbandingan, Kerajaan Negeri memiliki kelebihan berbanding Kerajaan Persekutuan apabila menjalankan kempen memenangi hati rakyat sepanjang penggal berbanding BN yang lebih gemar berkempen pada saat menjelang pilihan raya.

Bagaimanapun, semua kelebihan yang banyak membantu kemaraan Pakatan sejak 2008 dapat dipadamkan BN dengan mudah jika berlaku per-tembungan sesama sendiri antara parti Pakatan apabila gelanggang PRK Su-ngai Besar dibuka secara rasmi nanti.

Kelemahan Kerajaan Persekutuan menguruskan kewangan negara dalam suasana ekonomi getir pada masa ini dengan mengalihkan bebanan kepada rakyat seperti menaikan tarif elektrik, memotong peruntukan bantuan terus kepada rakyat seperti biasiswa pendidikan sudah semestinya turut menjadi perkiraan pengundi.

16Khutbah Jumaat

SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis

Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

PEMASANGAN SISTEM

SOLAR GRID - CONNECTED

PHOTOVOLTAIC (GCPV) UNTUK

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN

TEMPAT LETAK KERETA DI

PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA (RATU II), FASA 2, SHAH ALAM,

SELANGOR DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)/024/(T)/2016

Terbuka CIBD, PPK, SPKK & UPEN

Gred :

G5/G6/G7

Kategori : ME

Pengkhususan: E02, E04 & E11

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

02/06/2016(Khamis)

Sehingga

16/06/2016(Khamis)

RM300.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama Pengarah

Kerja Raya Negeri

Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri Selangor Tingkat 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

23/06/2016(Khamis)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN pada 30.05.2016 (Isnin) jam 10.00 pagi. Berkumpul di Pejabat Tapak Perpustakaan Raja Tun Uda (Ratu II), Fasa 2, Shah Alam. Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Elektrik, JKR Negeri Selangor. No. Tel: 03-55447736

*Jenis SyarikatTempatan:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% ekuiti Bumiputra milik tempatan (Warganegara)Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara.Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Intisari Khutbah Jumaat: 20 Mei 2016

Bahagiakanlah ibu dan ayahmu

Allah mewajibkan kepada semua manusia untuk mengasihi dan membalas jasa serta pengorbanan

ibu bapa dengan penuh kasih sayang kerana sesungguhnya ia tidak terkira.

Namun kini, jika diperhati-kan di dada akhbar, berita berkenaan anak derhaka, anak mengusir ibu, anak mengacu pisau ke arah ibu, men-jadi satu fenomena biasa.

Benarlah, antara salah satu tanda kiamat adalah ra-mainya golongan manusia menjadi anak derhaka.

Di manakah rasa hormat dan belas kasihan pada ibu bapa yang sanggup bergadai nyawa demi anak-anak?

Betapa luluhnya hati seorang ibu apa-bila diperlakukan sedemikian rupa oleh anak kandungnya sendiri.

MIMBARJUMAAT

Marilah sama-sama kita mem-

buka mata ahli kelu-arga dan masyarakat

supaya mengasihi kedua ibu bapa, renungi-

lah setiap pengorbanan serta titisan peluh mereka yang

mengalir untuk menjaga kita sejak kecil hingga dewasa.

Ibu adalah insan yang mengandung-

kan kita, melahirkan, membesarkan serta mendidik hingga dewasa. Begitu juga ayah yang tidak mengeluh walaupun pe-nat bekerja mencari rezeki demi menyara kehidupan keluarga.

Tanpa ibu bapa, tidak mungkin kita dapat melihat dunia ini. Maka, tanyalah diri kita, wajarkah melukakan hati mere-ka? Wajarkah membiarkan mereka begitu sahaja menghabiskan hari-hari tua?

Oleh sebab itu, Allah memerintah-kan kita supaya mensyukurinya dengan menghargai pengorbanan ibu bapa.

Mentaati ibu bapa dan berbuat baik kepada mereka adalah sebesar-besar kebajikan yang menghampirkan seorang hamba kepada penciptaNya.

Sikap ini akan menambahkan lagi ka-sih sayang terhadap mereka. Benar, ibu bapa tidak mengharapkan balasan wang ringgit serta kemewahan daripada anak-anak, sebaliknya mereka hanya meng-harapkan perhatian dan kasih sayang.

Apabila sempurnanya kasih sayang serta perhatian dalam keluarga, akhirnya akan terbinanya masyarakat yang soleh, penuh kasih sayang dan hormat meng-hormati antara satu sama lain.

Ibulah insan paling banyak berkorban dan bersusah payah memberikan terbaik untuk kita, ibulah yang mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan dan mem-besarkan kita.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya para sahabat yang ber-maksud;

“Apakah tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapanya?” sabda baginda

Mentaati ibu bapa dan berbuat

baik kepada mereka adalah sebesar-besar kebajikan yang menghampirkan

seorang hamba kepada penciptaNya

SAW; Mereka berdua adalah syurgamu ataupun nerakamu”. (Riwayat Ibnu Ma-jah).

Hadis ini menjelaskan tanggungjawab yang perlu digalas dan dilaksanakan ter-hadap ibu bapa kerana sikap kita penetu syurga atau neraka.

Setiap perbuatan ada balasannya. Allah menjanjikan kebaikan tidak ter-kira terhadap ketaatan dan amal bakti dicurahkan seorang anak kepada ibu bapanya.

Antaranya, mentaati ibu bapa dapat menambahkan umur dan meluaskan rezeki, berbakti kepada ibu bapa meng-hapuskan dosa dan jaminan ke syurga.

Islam amat menitikberatkan syariat berbakti kepada ibu bapa melebihi sega-la-galanya sehinggakan ia mestilah dida-hulukan daripada jihad di jalan Allah.

Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah;

1. Mentaati dan mematuhi kedua ibu bapa melebihi segala-galanya selagi mana mereka tidak menderhakai Allah SWT

2. Mengutamakan kasih sayang terhadap ibu bapa dengan menghormati dan membalas jasa mereka

3. Umat Islam dilarang menyakiti hati kerana balasannya adalah neraka Allah SWT

17SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Rencana

Pupuk pembudayaan intelektual dengan membaca

Realisasi gagasan Smart Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

USAHA merealisasikan hasrat Kera-jaan Negeri menjadikan Selangor sebagai 'Smart State' didukung

menerusi kerjasama pelbagai pihak dan agensi kerajaan seluruh negeri.

Antaranya inisiatif digerakkan Insti-tut Darul Ehsan (IDE) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam (PPAS) untuk terus konsisten menganjurkan Pro-gram Ulasan Buku melalui Kluster Pendi-dikan dan Budaya IDE.

Matlamatnya, bagi menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat ke arah pembentukan pembudayaan intelek-tual berkesan di seluruh negeri.

Mula dilancarkan sejak Febuari lalu, enam teras perbincangan buku berkait-an diadakan merungkai idealogi penulis dalam setiap karya penulisan mereka.

Antara buku dibincangkan adalah Seja-rah Matematik, Genesis and Development of a Scientific Fact, Islam dan Kemodenan, The Romantic Economist, Is The Internet Changing the Way You Think? dan Tele-working and Development in Malaysia.

Pengerusi Kluster Pendidikan dan Bu-daya, Prof Emeritus Dr Shaharil Md Zain, menyatakan bahawa proses itu adalah hasil daripada pendapat pembaca untuk membuat penilaian dan memberi mak-lum balas terhadap buku yang dibaca mereka.

JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM ULASAN BUKU 2016

BIL. CADANGAN TARIKH TEMPAT

1 28/05/2016 (Sab) PPAS Daerah Hulu Langat PPAS Perpustakaan Desa Kampung Endah, Kuala Langat2 11/06/2016 (Sab) PPAS Cawangan Pelabuhan Klang3 25/06/2016 (Sab) PPAS Cawangan Kajang4 20/07/2016 (Rab) PPAS Perpustakaan Desa Bukit Bangkong, Sepang5 23/07/2016 (Sab) PPAS Cawangan Rawang6 10/08/2016 (Rab) PPAS Perpustakaan Desa Kuang, Gombak7 17/08/2016 (Rab) PPAS Dataran Sabak Bernam8 27/08/2016 (Sab) PPAS Pekan Semenyih9 10/09/2016 (Sab) PPAS Perpustakaan Desa Parit Mahang, Kuala Selangor PPAS Perpustakaan Desa Kg.Tebuk Mufrad, Sabak Bernam10 24/09/2016 (Sab) PPAS Pekan Hulu Bernam PPAS Perpustakaan Desa Kampung Cheras Bharu, Hulu Langat11 08/10/2016 (Sab) PPAS Komuniti Sri Manja12 22/10/2016 (Sab) PPAS Komuniti Ampang Waterfront13 26/10/2016 (Rab) PPAS Perpustakaan Desa Lembah Jaya, Ampang, Hulu Langat14 12/11/2016 (Sab) PPAS Komuniti Pandan Jaya, Hulu Langat15 26/11/2016 (Sab) PPAS Komuniti Sungai Udang, Klang16 10/12/2016 (Sab) PPAS Perpustakaan Desa Sri Jugra, Kuala Langat PPAS Perpustakaan Desa Kalumpang, Hulu Selangor17 17/12/2016 (Sab) PPAS Perpustakaan Desa Bukit Kapar Meru, Klang

Bagaimanapun, proses terbabit memer-lukan kerjasama secara konsisten daripada semua pihak untuk meningkatkan kese-daran masyarakat terhadap kepentingan membaca sebagai medium menambah ilmu pengetahuan.

Dalam tempoh itu, 30 perpustakaan seluruh negeri terlibat untuk membin-cangkan tema relevan terhadap kupasan sesebuah buku dipilih.

Kaedahnya menetapkan pemben-tang perlu membuat analisa dan ulasan pembentangan berdasar tajuk buku yang dipilih untuk dibahaskan bersama peserta pada sesi diskusi.

Umumnya, pendekatan itu selaras dengan perkembangan intelektual yang ditekankan Menteri Besar, Dato' Seri Mo-hamed Azmin Ali dalam memacu pertum-buhan gagasan Smart Selangor.

Mohamed Azmin berkata, hasil pem-bacaan dengan nilai kritis perlu disemai

dalam ideologi masyarakat dengan mengangkat tokoh ilmuan hebat bermula daripada tamadun Greek dan Parsi.

"Rakyat Selangor perlu mengambil ik-tibar dan pengalaman Baitul Hikmah atau 'House of Wisdom' yang diasaskan Khali-fah Harun Al Rashid di era Abbasiyyah yang merupakan hab intelektual pada zaman keemasan tamadun Islam.

"Baitul Hikmah menjadi pusat pemban-gunan budaya intelektual kosmopolitan yang kemudiannya mempengaruhi seja-rah dunia barat dan menjadi asas kepada kemunculan zaman Renaissance dan pencerahan.

"Baitul Hikmah dan karya yang muncul daripadanya mencetuskan wacana intelek-tual di Baghdad, dipertingkatkan di Andalu-sia dengan kemuncaknya pada Ibnu Rusyd yang mempengaruhi pemikir besar barat seperti Thomas Aquinas," katanya.

Mohamed Azmin percaya pendekat-an sedemikian mampu menjana kepada pembetukan Smart Selangor dengan me-nyuburkan kegiatan membaca, wacana secara kritis dan penulisan.

Bagaimanapun, gagasan tersebut bu-kan hanya mefokuskan kepada kepedu-lian rakyat terhadap aspek pembangunan ekonomi negeri secara maksima.

Namun, pencapaiannya juga meliputi perkembangan nilai intelektual untuk

melahirkan masyarakat berdaya saing di peringkat global.

Sejajar pendekatan itu, program seum-pamanya diharap mampu menarik minat masyarakat untuk turut sama hadir men-yertai program wacana berkenaan dalam usaha melahirkan masyarakat kritis dan kritik membuat penilaian sastera.

Ia termasuk galakan dan penyertaan daripada golongan intelek, profesional, pelajar kolej juga universiti, bahkan pen-yertaan daripada pelajar sekolah menen-gah dan rendah umumnya.

Sebagai 'token' menarik golongan terb-abit menyertai program berkenaan, setiap kehadiran diberikan sijil penyertaan dari-pada pihak penganjur di setiap program ulasan buku di mana-mana perpustakaan.

Namun, sijil penyertaan bukan jaminan kepada penghargaan atas kertas semata-mata kerana matlamat melahirkan golong-an budaya dengan pemikiran kritis tetap menjadi fokus utamanya.

Justeru, program bersifat serampang dua mata itu mampu menjadikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat sebagai tabiat berterusan bukannya dia-dakan secara bermusim.

Diharapkan, proses itu boleh melahir-kan masyarakat cintakan membaca dan mampu membuat penilaian secara kritis untuk mencapai sasaran Smart Selangor.

18PBT

SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Subang Jaya ber-siap sedia ke arah bandar raya dengan mempunyai semua kri-teria menuju kepada pembangu-nan itu.

Yang Dipertua Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ), Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, ber-kata kerjasama pihaknya dengan Daejeon East District City Council Korea Selatan adalah salah satu usaha meyakinkan ke arah pem-bentukan bandar raya.

“Subang Jaya sudah memenuhi semua ciri ditetap-kan untuk mencapai taraf bandar raya.

“Namun, keputusan itu kita serahkan kepada Kerajaan Ne-

geri dan Kerajaan Persekutuan untuk menilai,” katanya ketika Majlis Menandatangai MOF dari Daejeon East District City Council Korea Selatan di Laman Kenanga MPSJ, pada 17 Mei lalu.

Nor Hisham berkata, penilaian dibuat berdasar kemampuan sesebuah PBT memberi per- khidmatan kepada orang awam, jumlah penduduk, pendapatan tahunan dan saiz kawasannya.

“Kita berharap MPSJ berada di landasan betul kerana kita menetapkan dalam Pelan Strate-gik MPSJ bagi mencapai sasaran menjadi 30 PBT terbaik di dunia menjelang 2030.

“Dengan kerjasama semua pi-hak, kita yakin misi berkenaan ti-dak mustahil dicapai,”katanya.

Lengkap semua kriteria

MPSJ ke arah bandar raya

SHAH ALAM - Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) mener-ima kunjungan hormat Daejeon East District City Council Korea Selatan pada 17 Mei lalu bagi memperkukuh kerjasama.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, ber-kata kunjungan rasmi itu bertu-juan menjalankan perkongsian bestari berkenaan hal ekonomi dan perancangan bandar de- ngan bandar Daejeon East Dis-trict menerusi Memorandum Per-sahabatan (MOF).

“Kerjasama ini berlangsung selama tempoh tiga tahun untuk

melihat perancangan bandar an-tara satu sama lain melalui pem-bangungan, inovasi, sosial, eko-nomi dan alam sekitar.

“Kita juga menumpukan dari segi infrastruktur dan ke arah bandar hijau kerana kedua ban-dar ini mempunyai matlamat yang sama,” katanya sewaktu Majlis Menandatangai MOF dari Daejeon East District City Council Korea Selatan, di Laman Kenanga MPSJ, di sini.

Seramai 16 delegasi hadir dalam kunjungan rasmi itu yang diketuai Presidennya, Mr. You Taekho.

Nor Hisham, berkata beliau optimis bahawa hubungan itu mewujudkan nilai positif dari segi sosial dan ekonomi untuk di manfaatkan kedua bandar.

“MPSJ menetapkan usaha dan komitmen tinggi memberi-kan kualiti terbaik dalam per- khidmatan selaras dengan agen-da Smart Selangor dan men-jadi antara 30 pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik di dunia menjelang 2030.

“Saya percaya bahawa kita boleh bekerjasama, berganding bahu bertukar kepakaran dan budaya,” katanya.

Kukuh kerjasama serantau

SUBANG JAYA - Cukai taksiran dengan kadar komersial bagi har-tanah berkonsepkan ‘Small Office Home Office (SOHO), Small Office Versatile/Virtual Office (SOVO) dan Small Office Flexible/Facility Office (SOFO) kekal pada kadar enam peratus.

Yang Dipertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, ber-kata kadar pengenaan cukai itu dikekalkan bagi memastikan ke-seragaman penilaian harta tanah di bawah kategori terbabit.

“Ketiga pegangan ini dikate-gorikan sebagai hartanah komer-sial kerana ia hanya boleh diba-ngunkan di atas tanah berstatus perniagaan bukan tanah dizon-kan sebagai kediaman,” katanya selepas mempengerusikan me-syuarat bulanan pada 19 Mei lalu.

Nor Hisham berkata, penilaian cukai taksiran itu berdasarkan ka-

dar perniagaan selaras dengan kelulusan permohonan kebenar-an merancang MPSJ dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan arkitek dilantik pemaju.

"Pemilik harta terutama jenis SOHO perlu mengambil maklum bahawa walaupun pegangan di-gunakan sebagai kediaman, na-mun MPSJ memutuskan ia tetap dinilai sebagai pegangan komer-sial," katanya.

SOHO adalah perkongsian ruang pejabat dan kediaman, manakala SOFO adalah unit yang menawarkan pemilik fleksibili-ti untuk tujuan kediaman atau komersial atau kedua-duanya.

SOVO pula adalah unit komer-sial yang menyediakan ruang kerja atau membabitkan ruang pejabat atau perniagaan bersaiz kecil.

Cukai taksiran SOVO, SOFO & SOHO kekal 6%

SHAH ALAM - Masyarakat disaran menyokong usaha Majlis Perban-daran Ampang Jaya (MPAJ) mem-erangi sebarang kegiatan kurang sihat di kawasan persekitarannya.

Pegawai Komunikasi Korpo-ratnya, Norhayati Ahmad, ber-kata masyarakat diharap men-jadi 'mata dan telinga’ MPAJ bagi mengenalpasti dan menyalurkan aduan dan permasalahan di ka-wasan mereka.

“Penduduk boleh melayari la-man sesawang MPAJ di www.mpaj.gov.my atau menghubungi talian bebas tol aduan di talian 1800-22-8100 untuk mengajukan sebarang aduan,” katanya.

Jaminan terhadap kesejahte-raan penduduk menjadi keuta-

maan dalam usaha MPAJ menuju kearah perbandaran selamat ke-pada penduduk.

Bagaimanapun, kekangan ter-hadap usaha itu sukar direalisasi-kan jika masyarakat kurang mem-berikan kerjasama dan sokongan terhadap usaha itu.

Sebelum ini, MPAJ terus kon-sisten menjalankan pelbagai pro-gram kemasyarakatan bagi mem-beri kesedaran dan pendidikan awam kepada penduduk sekitar perbandaran itu.

Antaranya, menerusi pengan-juran Program Pencegahan Je-nayah, Dadah dan Vandalisme, Program Pelaksanaan Penguat-kuasaan Selangor dan mesyuarat penuh bersama penduduk.

Jadi ‘mata dan telinga’ MPAJ kekang aktiviti tidak sihat

Nor Hisham dan You Taekho bersalaman selepas Menandatangai MOF dari Daejeon East District City Council Korea Selatan

19SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

PBT

OLEH SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA - Buat julung kali, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancar-kan projek PJ-Ecomobility ke arah bandar raya berkarbon rendah dengan menggal-akkan penduduknya menggunakan ke-mudahan awam.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata projek itu adalah se-bahagian daripada inisiatif Lokal Agenda 21 Petaling Jaya untuk mencapai matla-mat berkarbon rendah iaitu Low Carbon Cities Framework (LCCT) dan rancangan lima tahun Carbon Trust United Kingdom.

“Konsep PJ-Ecomobility ini dapat meng-galakkan masyarakt setempat supaya menggunakan kemudahan awam, ken-deraan hybrid, basikal dan lain-lain yang

menyokong inisiatif ini.“Projek ini juga sesuai dengan sistem

integrasi pengangkutan dan guna tanah di bawah pelan induk pengangkutan Pe-taling Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Taman PJ-Ecomobility di Taman Tasik Jaya, pada 21 Mei lalu.

Katanya, taman tasik itu menjadi salah satu kawasan pilihan menjayakan projek terbabit.

“Taman rekreasi itu adalah yang perta-ma kali diadakan Selangor, Malaysia dan Asia Tenggara secara amnya.

“Kita juga akan kongsikan idea projek ini dengan semua pihak berkuasa tempa-tan (PBT) yang lain di seluruh Malaysia su-paya negara kita menjadi negara rendah karbon,” katanya.

Projek PJ-Ecomobility

Capai bandar raya berkarbon rendah

PETALING JAYA - Sebanyak RM4 juta dipe-runtukkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menjadikan Taman Tasik Jaya sebagai Taman PJ-Ecomobility Centre of En-vironment, Technology and Development Malaysia (CETDEM) menjelang 2017.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata peruntukan itu khusus untuk menaik taraf landskap supaya mesra alam dengan membangunkan kemudahan awam seperti mesra orang kelainan upaya (OKU), mesra pengangkutan awam dan lo-rong basikal di kawasan itu.

“MBPJ turut merancang untuk me- ngadakan tempat letak kereta di taman ini yang mempunyai keluasan tanah 15.4 ekar yang boleh menempatkan sebanyak 326 petak letak kereta.

“Tujuan membina letak kereta itu se-bagai sistem ‘Park n Ride’ untuk mengga-lakkan orang ramai menggunakan pe-ngangkutan awam seperti LRT, PJ City bus

dan bas Smart Selangor. Secara tidak lang-sung dapat mengubah Petaling Jaya kepa-da bandar rendah karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Taman PJ-Ecomobility di Taman Tasik Jaya pada 22 Mei lalu.

Mohd Azizi berkata, tempat kereta itu dilaksanakan MBPJ di stesen LRT Asia Jaya dan Taman Bahagia Fasa Satu manakala di Taman Bahagia Fasa Dua, Taman Jaya dan Taman Paramount sedang dilaksanakan.

“Apabila siap tempat letak kereta berke-naan, hanya lima minit berjalan kaki dari Tasik Jaya ke Stesen LRT Taman Jaya orang ramai dapat menggunakan pengangkutan awam.

“Selain itu, di peringkat antarabangsa, MBPJ dengan kerjasama CETDEM sedang merangka untuk melakukan pemben-tangan bersama projek PJ-Ecomobility ini dalam ‘Ecomobility World Festival’ di Kaoh-siung, Taiwan tahun hadapan,” katanya.

Park n Ride galak warga PJ guna pengangkutan awam

MPAJ serbu premis judi, pusat siber haramSHAH ALAM - Majlis Perbandaran Am-pang Jaya (MPAJ) merampas 21 set kom-puter dan 10 mesin permainan video dalam serbuan di empat premis perju-dian haram sekitar Ampang Jaya, 12 Mei lalu.

Serbuan diketuai Pengarah Penguat-kuasa, Addy Hisham Alias dan Penolong Pegawai Penguatkuasa, Rosli Jaafar ber-sama 12 anggota mensasarkan pusat siber dan premis hiburan disyaki men-jalankan aktiviti perjudian atas talian.

Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata kesemua pre-mis menjalankan aktiviti permainan vi-deo dengan menjadikan pusat hiburan keluarga sebagai modus operandi ke-giatan perjudian mereka.

“Siasatan lanjut mendapat pemilik mengubahsuai komputer menjadi mesin video bagi mengaburi pihak berkuasa, se-olah-olah ia mesin video bagi mendapat-kan lesen pusat hiburan awam.

“Pemerikasaan lanjut mendapati ia

menjalankan aktiviti pusat siber dan kafe siber disyaki menjalankan aktiviti perju-dian atas talian,” katanya.

Dalam serbuan itu, pemilik premis tu-rut menggunakan empat unit kamera pemantau (CCTV) dipasang di laluan tangga dan pintu masuk bagi mengawal kehadiran penguatkuasa.

“Pelanggan ingin masuk ke premis dikehendaki menekan loceng dan hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan ma-suk berdasarkan kepada pemantauan melalui CCTV oleh penjaga premis.

“Anggota terpaksa menyamar bebera-pa hari bagi meyakinkan penjaga premis sebelum dibenarkan masuk,” katanya.

Sehingga April lalu, pihak MPAJ kon-sisten menyerbu pusat hiburan dan pre-mis perjudian tanpa lesen dengan jum-lah rampasan 194 mesin video dan 302 set komputer.

Dalam tempoh itu, sebanyak 54 kom-paun dikeluarkan kepada pemilik premis membabitkan 31 sitaan dibuat.

KENYATAAN TENDER

2. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 23 hb Mei 2016 hingga 13 hb Jun 2016 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 t engahari pada 13 hb Jun 2016.

4. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

Bil. No. Tender Tajuk Kerja Bidang, Sub Bidang &

Pecahan BidangHarga

Dokumen1. MP Sepang

400-10/12-54/2016 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja Berkaitan Di Jalan Persiaran Warisan, Warisan Megah 1/1, 1/2, 1/3, 1/7, 1/8, 1/9

Dan Lorong Sisi, Taman Warisan Megah, Jalan Warisan Permai, 2/1, 2/2, 2/3, 2/4, 2/5, 2/6, 2/7, 2/9, 2/10, 2/11, 2/12, 2/13, Taman Warisan Permai,

Jalan Persiaran Warisan Mulia, Warisan Mulia 4/1, 4/2, 4/3, 4/4, 4/6, 4/7, 4/8, Taman Warisan Mulia Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi

Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

CIDB, SPKK,G4 CE21 &

(UPEN)

RM150.00

2. MP Sepang 400-10/12-

55/2016 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan PP 14, 14/1, 14/2, 14/3, 14/4, 14/4, 14/5, 14/6, 14/7, 14/8, 14/8A,

14/10, 14/11, 14/12, 14/13 Dan 14/14 Taman Putra Perdana Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

CIDB, SPKK,G3 CE21 &

(UPEN)

3. MP Sepang 400-10/12-

56/2016 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan PP 9/1, 9/2, 9/3, 9/4, 9/5, 9/6 Dan 9/7, Taman Putra Perdana, Puchong

Untuk Majlis Perbandaran Sepang.4. MP Sepang

400-10/12-57/2016 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang Sedia Ada Yang Rosak Di Kawasan Jalan Pasar Belakang Grand Union Sungai Pelek

Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Negeri Selangor yang berdaftar dengan CIDB dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut :

20Pendidikan

SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setarafnya mengikuti pe-ngajian di bawah institusi mi-lik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu.

Timbalan Pendaftar Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Halim Mokhtar, berkata 13,000 surat tawaran di-tawarkan kepada lepasan SPM 2015 bagi mengikuti pengajian di KUIS.

Daripada jumlah itu katanya,

4,000 pelajar dijangka mengiku-ti pembelajaran di peringkat Di-ploma dan Ijazah di KUIS untuk kemasukan akan datang.

“Jumlah itu mungkin ada pertambahan atau sebaliknya kerana jumlah sebenar kema-sukan itu subjektif. Tapi setakat ini sambutannya amat mem-berangsangkan.

“Faktor ini didorong atas usaha dan galakan daripada Kerajaan Negeri yang banyak membantu dalam pelbagai pro-gram, antaranya program tahfiz menerusi peruntukan RM5 juta,” katanya kepada SelangorKini.

KUIS menawarkan program

di bawah Fakulti Pengajian Per-adaban Islam, Pengurusan dan Muamalah, Sains dan Teknologi Maklumat dan Pendidikan.

Sebelum ini, KUIS memberi peluang kepada pelajar terbaik-nya menerima biasiswa penga-jian UKSB (Utusan Karyawan Sdn Bhd) bernilai RM50,000 sebagai galakan dalam bidang pendidik-an.

Lebih membanggakan, teras pendidikan KUIS juga menca-kupi bidang penyelidikan dan penerbitan berteraskan pendi-dikan Islam selepas memeterai beberapa MOU di peringkat an-tarabangsa.

13,000 tempat untuk lepasan SPM

KUIS tawar biasiswa lanjut pengajian

SHAH ALAM - Usaha Universiti Selangor (UNISEL) sebagai rakan strategik dalam menjayakan pe-nganjuran kali pertama Pertan-dingan Bicara Berirama Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2016 mendapat pujian daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Dalam ucapan aluan, ketua Pengarah Alam Sekitar, Dato' Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibra-him memuji komitmen UNISEL

yang bersama-sama membantu melancarkan pertandingan ter-babit.

Untuk pertandingan kali ini, seramai 14 sukarelawan UNISEL terdiri daripada staf dan juga pe-lajar menyumbang tenaga serta tajaan untuk peringkat akhir ke-pada para peserta dalam per-tandingan diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

Pertandingan sarat dengan mesej dalam usaha memupuk budaya cintakan alam sekitar itu membabitkan 16 sekolah rendah serta sekolah menengah ber-tanding merebut hadiah wang tunai RM5,000.

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka serta Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur menjuarai kategori masing-masing.

Usaha UNISEL pupuk cinta alam dipuji Jabatan Alam Sekitar Malaysia

SHAH ALAM - Program Jela-jah Exco ke seluruh negeri di-adakan sepanjang tahun ini bagi meninjau perkembangan golongan belia Selangor yang meneruskan pengajian di luar negeri.

Timbalan Pengarah Majlis Sukan Selangor (MSNS), Mohd Najwan Halimi, berkata pro-gram di bawah gerak kerja Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pem-bangunan Usahawan, Amirudin Shari itu diperluaskan ke luar Selangor sejak tahun lalu.

“Program dialog bersama siswa-siswi Selangor di luar ne-geri ini dibuat bagi mendapat-kan maklum balas berkenaan isu semasa mereka.

“Sebelum ini, kita sudah ge-rakkan program ini di Selangor dan Melaka. Selanjutnya, pro-gram akan diteruskan ke Sara-wak untuk meninjau golongan belia kita yang belajar di sana,” katanya kepada SelangorKini.

Program ramah mesra itu di-jalankan bagi membolehkan

agenda pentadbiran Kerajaan Negeri disampaikan secara efisien kepada golongan muda di luar Selangor.

Ini bukan pertama kali pro-gram sedemikian dijalankan di Selangor dalam usaha me-mastikan golongan belia terus mendapat pendedahan luas berkenaan pentadbiran tatake-lola Selangor.

Amirudin sebelum ini menjelaskan, program sedemi-kian mampu menyumbang ke-pada perkembangan idealogi pembangunan generasi muda Selangor.

“Saya berhasrat meneruskan jelajah seumpama ini bagi me-nemui mahasiswa Selangor di perantauan dan menyampaikan perkembangan negeri supaya mereka tahu penambahbaikan dibuat khusus untuk generasi muda.

“Antaranya termasuk dalam bidang keusahawanan dan ke-budayaan iaitu portfolio di bawah kelolaan juga penguru-san saya,” katanya.

Exco lawat mahasiswa Selangor di luar negeri

Pesta Buku tawar diskaun sehingga ��%SHAH ALAM - Diskaun buku se-hingga 50 hingga 70 peratus di-tawarkan kepada pengunjung Bookfest #BIGBOOKWORM an-juran Enigma Event dengan ker-jasama PKNS Real Estate bermula 21 hingga 29 Mei depan.

Bertempat di tempat letak kereta PKNS Bangi, pelbagai koleksi buku terkenal seperti Inteam Publisher, Ana Muslim, Galeri Ilmu Sdn Bhd dan Must-

read Sdn Bhd boleh diperolehi.Lebih menarik terdapat jualan

makanan Foodtruck yang me-nambat hati setiap pengunjung yang hadir.

Majlis perasmian akan di-sempurnakan Pegawai Ekseku-tif PKNS Real Estate Sdn Bhd, Sr Fakru Radzi Ab. Ghani bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Mohd Shafie Ngah.

21SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Agama

WAKTU SOLAT SELANGOR27 Mei - 3 Jun 201620 - 27 Syaban 1437H

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak27 Jumaat 5.29 5:39 7.01 1:13 4:37 7:22 8:3628 Sabtu 5.29 5:39 7.01 1:13 4:38 7:22 8:3629 Ahad 5.29 5:39 7.01 1:13 4:38 7:22 8:3730 Isnin 5.29 5:39 7.01 1:14 4:38 7:22 8:3731 Selasa 5.29 5:39 7.01 1:14 4:38 7:22 8:3701 Rabu 5.29 5:39 7.02 1:14 4:39 7:22 8:3702 Khamis 5.29 5:39 7.02 1:14 4:39 7:23 8:3803 Jumaat 5.29 5:39 7.02 1:14 4:39 7:23 8:38

27 Jumaat 5.31 5:41 7:04 1:15 4:39 7:24 8:3828 Sabtu 5.31 5:41 7:04 1:15 4:40 7:24 8:3829 Ahad 5.31 5:41 7:04 1:15 4:40 7:24 8:3930 Isnin 5.31 5:41 7:04 1:16 4:40 7:24 8:3931 Selasa 5.31 5:41 7:04 1:16 4:40 7:24 8:3901 Rabu 5.31 5:41 7:04 1:16 4:41 7:25 8:3902 Khamis 5.31 5:41 7:04 1:16 4:41 7:25 8:4003 Jumaat 5.31 5:41 7:04 1:16 4:41 7:25 8:40

SHAH ALAM -Lima beradik bersama ibu yang mengalami sakit strok hilang tempat bergantung selepas kematian bapa mereka, Mohd Jais Japaar pada 14 Mei lalu mendapat perhatian Lem-baga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam paparan di Facebook, berkata keluarga terbabit tiada sum-ber pendapatan dan hanya bergan-tung sumbangan daripada saudara mara dan jiran prihatin.

“Mereka tidak pernah memohon sebarang zakat sebelum ini dan ber-ita berkenaan kesusahan mereka dik-etahui LZS melalui media sosial yang mendapat viral di facebook.

“Kami terpanggil untuk menziara-hi keluarga ini di Taman Dato’ Harun untuk melihat keperluan mereka dan bantuan kecemasan dihulurkan,” ka-tanya dalam kenyataan.

Difahamkan, arwah Jais yang beker-ja sebagai buruh binaan mening- galkan seorang isteri, Tolihah Januri, 44 yang menghidap strok separuh badan sejak enam tahun lalu.

Selain itu, beliau menanggung lima orang anaknya iaitu Jasli Mohd

Jais, 20, yang kini sedang menuntut di IPTS dan Muhammad Hanafi, 19, tidak bekerja dan hanya menjaga ibu mereka.

Manakala anaknya yang lain ma-sih bersekolah, berusia antara 10 hingga 16 tahun.

Lebih menyedihkan anak bongsu

arwah iaitu Muhammad Jasman, 6 tahun adalah orangkelainan upaya (OKU), cacat pendengaran.

Pada masa sama, LZS berkata, ins-titusi itu akan turut membantu ke-luarga itu daripada pelbagai aspek setelah dokumen berkenaan disele-saikan.

LZS bantu lima beradik hilang tempat bergantung

Sistem kehakiman syariah Selangor

Tarik perhatian dunia

Ini kerana kebanyakan masyarakat bukan Islam di Amerika Syarikat mempunyai persepsi negatif terhadap kehakiman dan perundangan Islam ekoran mendapat maklumat yang salah dan tidak tepatDATUK DR MOHD NA’IMKetua Hakim Syarie Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Kemajuan sistem kehaki-man syariah di Malaysia khususnya Se-langor menarik perhatian masyarakat an-tarabangsa dalam majlis makan malam anjuran The Trial court of the Common-wealth of Massachusetts, Amerika Syari-kat, baru-baru ini.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata sistem kehakiman syariah dipraktikkan Sela-ngor mendapat maklum balas mem-berangsangkan daripada kalangan ha-kim Mahkamah Keluarga dan Probate Massachusetts.

Pujian diberikan berkenaan sistem pewarisan, bantuan sokongan keluarga serta falsafah dan konsep Islam dalam as-pek prosedur, penghakiman dan pelak-sanaan perintah.

“Daripada maklum balas diperoleh, ucapan saya sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada hakim yang hadir berkenaan Islam sebenar.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat bukan Islam di Amerika Syarikat mem-punyai persepsi negatif terhadap keha-kiman dan perundangan Islam ekoran mendapat maklumat yang salah dan ti-dak tepat,” katanya.

Beliau berkata, mereka turut tertarik dengan keindahan dan keadilan diberi-kan Islam dalam mengiktiraf dan meng-angkat martabat wanita melalui sistem perundangan Islam.

Majlis diadakan di Cranwell Spa and Golf Resort, Lenox, Massachusetts itu bersempena dengan Conferense of Pro-bate and Family Court Judges for the State of Massachusetts, United States of America anjuran Harvard Law School.

Ketua Hakim Mahkamah Bicara Mas-

sachusetts, Paula M Carey turut melahirkan keterujaan terhadap kemajuan sistem keha-kiman syariah di Selangor.

“Ini terutama berkenaan pengurusan data secara digital dan mempercepatkan proses perceraian melalui proses kerja ‘fast track’ bagi kes cerai diperkenalkan sejak No-vember 2014.

“Ia adalah ruang yang boleh Massachu-setts pelajari dari Selangor,” katanya.

Dr Mohd Na’im, mantan felo pelawat Uni-versiti Harvard (UH) dan Universiti Oxford (UO) mengadakan lawatan rasmi ke Massachu-setts, Amerika syarikat atas jemputan UH dan Ketua Hakim, Massachusetts, Paula Carey.

Turut serta, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Dato’ Dr Ah-mad Yunus Hairi dan Ahmad Darul Akmal Mohamed Ali dari Jabatan Agama Islam Se-langor (JAIS).

Antara sesi lawatan itu, Dr Mohd Na’im dan rombongan mengadakan kunjungan

hormat ke pejabat Ketua Hakim Mahkamah Agong dan Ketua Hakim Mahkamah Bicara Massachusetts di John Adam Courthouse, Boston.

Persidangan disertai mereka turut dihadiri prefesor, ahli akademik, hakim dan pengamal undang-undang dari beberapa negara luar.

SHAH ALAM - Bufet Ramadan 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) tampil dengan tema ‘Nikmat Iftar’ akan menyajikan lebih 100 masakan selera minang dengan gabungan selera Malaysia untuk dinikmati orang ramai.

Pengarah F&B SACC, Mohd Rawi Abu Ba-kar, berkata tahun ini SACC mengorak langkah baru dengan program CSR ‘Bubur Lambuk – Nikmat Iftar’.

“Pengagihan bubur lambuk secara percu-ma kepada orang ramai akan diadakan di luar kawasan Westside Bistro berhampiran pintu barat SACC setiap hari Jumaat di bulan Rama-dan, mulai jam 3 petang,” katanya.

Dengan harga baucar RM88.00+ untuk dewasa dan RM44.00 (kanak-kanak 7 hingga 10 tahun), manakala kanak-kanak di bawah enam tahun dijamu secara percuma, SACC menawarkan kepakaran dalam setiap ma-sakan disajikan.

Menariknya, tersedia hidangan kemuncak bufet iaitu Kambing Kebuli, masakan berasal dari Timur Tengah yang biasanya dihidangkan sempena sambutan Maulidur Rasul dan SACC berusaha membawa pengaruh itu kepada ma-syarakat setempat yang memberi sambutan baik hingga diangkat menjadi hidangan rasmi.

Promosi ‘Early Bird’ kini sedang berlang-sung menawarkan baucar Bufet Ramadan dengan harga serendah RM68+ dan bagi mereka merancang untuk berbuka bersama rakan niaga atau kaum keluarga, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan penji-matan tinggi.

Bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat bermula pada harga RM40+ dengan jumlah minima tetamu seramai 50 orang.

Semua pembayaran mesti dibuat pada 31 Mei dan selepas tarikh itu, harga jualan RM88+ akan berkuatkuasa dan pihak yang ingin mem-buat tempahan awal, boleh menghubungi SACC di talian 03-55118813.

SACC meriahkan Ramadan dengan Nikmat Iftar

22Kebajikan

SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM - Kumpulan Se-mesta Sdn Bhd (KSSB) sekali lagi pantas menghulur sumbangan RM30,000 kali ini kepada mangsa kebakaran rumah di Sungai Besar.

Ketua Jabatan, Kualiti, Kesela-matan, Kesihatan dan Persekita-ran KSSB, Muhamad Fadzil Yahya, berkata KSSB sentiasa bersedia membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Sejurus menerima laporan, kita terus menziarahi mangsa pada hari kejadian.

“Jumlah diberikan juga selaras dengan sumbangan pada mangsa kebakaran rumah di Ijok sebelum ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 18 Mei lalu, mangsa, Mas-duki Siam menerima cek sumba-ngan disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, Mohamed Azmin menyempurnakan Majlis Pelan-caran Bas Smart Selangor dan

Bantu mangsa kebakaran

KSSBsumbang RM��,���

Pertandingan tulis surat hiasisambutan Hari Ibu

Jumlah diberikan juga selaras dengan sumbangan pada mangsa kebakaran rumah di Ijoksebelum iniMUHAMAD FADZILKetua Jabatan, Kualiti, Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran KSSB

‘Seorang sekampit beras’sasar bantu �,��� keluargaSHAH ALAM - Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) mensasarkan untuk membantu 8,000 keluarga fakir miskin sempena bulan Ramadan.

Presiden Angkatan Belia Islam Ma-laysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Ra-him, berkata RM600,000 diperlukan bagi merealisasikan sasaran itu.

Katanya, sasaran kali ini hampir seka-li ganda berbanding sumbangan tahun lalu iaitu RM340,000 dengan jumlah penerima 5,000 keluarga.

“Kita menggandakan jumlah sum-bangan dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi teruta-ma di kawasan Lembah Klang.

“Simbolik sekampit beras menggam-barkan keperluan makanan asasi yang perlu ada, sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan hidup teruta-ma kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Memasuki tahun ke-10 penganjuran-nya, KSSB bukan sekadar dilaksanakan di sekitar Lembah Klang tetapi meliputi bantuan ke seluruh negara.

Raimi berkata, ABIM turut berperan-an sebagai agen penyerahan sumbang-an kepada komuniti saudara baru.

“Untuk saudara baru, kita salurkan menerusi Islamic Outreach ABIM (IOA), manakala untuk golongan Muslim Ro-hingnya pula melalui Muslim Minoriti Community-Rohingnya,” katanya.

Kita menggandakan jumlah sumbangan dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi terutama di kawasan Lembah KlangRAIMI AB RAHIMPresiden ABIM

SHAH ALAM - Tidak seperti kebiasaan, sambutan Hari Ibu peringkat DUN Kota Anggerik tampil berbeza apabila me-nganjurkan pertandingan me-nulis surat kepada ibu masing-masing.

Ahli Dewan Negerinya (ADN), Dr Yaakob Sapari, berkata ia bertujuan menggalakkan anak-anak meluahkan perasaan yang mungkin tidak dapat digambar-kan melalui sistem pesanan ring-kas (sms) atau whatsapp.

“Dalam dunia teknologi infor-masi ini, anak anak tidak lagi di-asuh untuk menulis surat kepada ibu bapa.

“Pesanan ringkas sahaja tidak dapat menggambarkan perasaan anak untuk meluahkan kepada kedua ibu bapa,” katanya dalam paparan di Facebook.

Pertandingan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5 (kumpulan A), sementara kumpulan B untuk pe-lajar tingkatan 1, 2 dan 3.

Pemenang kemudiannya di-minta membaca surat masing masing dalam sambutan yang berlangsung di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu.

Turut hadir, isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Sham-shida Taharin.

Pada masa sama, beliau turut menasihati masyarakat supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu masing masing dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Perasmian Stesen Bas Sungai Be-sar Sentral.

Kediaman Masduki di Parit 10 Barat, ranap dijilat api dalam satu kejadian yang dilaporkan ber-punca daripada litar pintas pada 27 April lalu.

Pada tarikh sama, KSSB men-ziarahi dan menyampaikan sum-bangan RM30,000 kepada mang-sa kebakaran rumah, Zuriyana Marjunit di Kampung Batu 4, Ijok.

23SelangorKini 27 Mei - 3 Jun 2016

Sukan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kejohanan Liga Sukan Selangor Plus 2016 dite-ruskan penganjurannya di sekitar Sungai Besar dan Sabak Bernam Julai ini.

Timbalan Pengarah Majlis Su-kan Selangor (MSN), Mohd Naj-wan Halimi, berkata program terbabit diadakan bagi menarik lebih ramai golongan muda meli-batkan diri dalam aktiviti sukan khususnya di kawasan pinggir bandar.

“Penganjurannya juga diada-kan bagi mengenal bakat muda berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Jika mereka berpotensi, kita

akan serapkan mereka dalam program pembangunan sukan untuk kejohanan SUKMA (Sukan Malaysia) dan lain-lain lagi,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Beliau mengulas inisiatif MSN merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri memacu kepada perkem-bangan sosio-ekonomi golongan belia di Selangor.

Mohd Najwan berkata, MSN terus konsisten menyokong usaha Kerajaan Negeri dengan memberi tumpuan terhadap as-pek pembangunan belia Sela-ngor, demi manfaat jangka pan-jang semua pihak.

“Sejak dari awal lagi banyak program pembangunan belia di bawah Exco Amirudin dijalankan.

“Kita jangka banyak lagi pro-gram akan diteruskan untuk jang-ka panjang melalui penambahan peruntukan lebih besar terhadap golongan belia,” katanya.

Sebelum ini, pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali mengumum-kan peruntukan besar bagi mem-perkasa pembangunan modal insan dan belia Selangor ketika pembentangan Belanjawan ne-geri tahun lalu.

Ini termasuklah pemberian RM500,000 bagi penganjuran pembangunan belia membabit-kan pertubuhan dan organisasi bukan kerajaan untuk mengan-jurkan program dan aktiviti selari dengan Dasar Belia Selangor.

SUBANG JAYA - Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan tempat latihan secara percuma seperti peng-gunaan padang bola dan trek balapan kepada kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA).

Yang Dipertuanya, Dato’ Nor Hisham Ah-mad Dahalan, ber-kata sebagai Bapa Angkat kepada pasukan Bola Sepak dan Tenpin Boling, men-jadi tanggungjawab MPSJ me-nyediakan kemudahan.

“Dengan adanya kemudahan, atlet dapat berlatih dengan se-baiknya sekali gus diharap pa-sukan bola sepak dan tempin boling membawa pulang pingat emas bagi Selangor.

“MPSJ dan rakyat negeri ber-harap kontinjen Selangor pada tahun ini dapat menjadi johan keseluruhan SUKMA ke 18 ini,” ka-tanya di majlis Hi Tea Bapa Angkat di Kompleks 3K pada 21 Mei lalu.

Beliau berkata, MPSJ mem-berikan sokongan penuh kepada kedua pasukan yang bertanding di SUKMA itu nan-ti.

SUKMA ke-18 bakal berlang-sung pada 17 Julai hingga 31 Ju-lai ini, di Kuching, Sarawak.

Dalam majlis itu juga, Nor Hisham turut menyediakan sum-bangan beg dan pakaian sukan untuk pegawai atlet yang ber-tanding nanti sebagai tanda so-kongan.

AMPANG JAYA - Lebih 600 peser-ta menyertai acara larian, King of Kemensah Trail 2016 di Kampung Kemensah pada 22 Mei lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbanda-ran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Ha-mid Hussain, berkata pertandin-gan terbuka kepada tiga kategori jarak membabitkan 50 kilometer (KM), 18KM dan 10KM itu berben-tuk ‘hybrid’ dengan setiap peserta perlu melalui jalan tar dan denai.

“Setiap peserta juga diwajib-kan membawa bekas minuman sendiri dan mereka dilarang mem-buang sampah di dalam hutan.

“Langkah ini bagi menjamin kebersihan di samping memu-puk kesedaran sayangi hutan kita dalam kalangan peserta,” katanya.

Terdahulu, beliau mengiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-

hamed Azmin Ali melepaskan peserta ketiga-tiga kategori.

Hadir sama, Ahli Dewan Ne-geri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ketua Kampung Ke-mensah, Razali Samsudin.

Pertandingan ini adalah an-juran bersama JKKK Kampung Kemensah dan PACat Adventure Team (PACAT).

Pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi kategori 50KM menerima wang tunai RM500, RM400 dan RM300.

Manakala tempat pertama hingga ketiga kategori 18KM akan menerima wang tunai RM300, RM250 dan RM200.

Bagi kategori 10KM pula, pemenang tempat pertama (RM200), kedua (RM150) dan ke-tiga (RM100).

Lebih 6�� sertai King Of Kemensah Trail ���6

ULU KLANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjur-kan Program Belia Bersama ATV 2016 melibatkan lebih 10 orga-nisasi dan agensi media di ATV Adventure Park, Kampung Ke-mensah pada 21 Mei lalu.

Antaranya penyertaan agensi media TV Selangor, SelangorKini, Utusan, Sinar Harian, organisasi Pe-jabat Tanah Galian Selangor, wakil penjawat awam negeri, pelajar dan masyarakat setempat.

Peserta diberi peluang menunggang ATV, sejenis ken-deraan permotoran tinggi untuk melalui halangan berbukit curam di sepanjang laluan 2.7KM.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Diper-tua MPAJ, Abdul Hamid Hussain, Ahli Dewan Negeri (ADN) Ulu

Klang, Saari Sungib dan Ahli Maj- lis MPAJ, Hassan Yussof.

Lebih istimewanya, mere-ka tidak melepaskan peluang menunggang ATV dan turut sama menempuh laluan berha-langan dengan catatan masa le-bih kurang 1 jam 20 minit.

Sementara itu, Abd Hamid ketika berucap dalam upacara penutup perasmian berharap aktiviti sedemikian mampu me-ngukuhkan lagi hubungan pen-tadbiran MPAJ dan masyarakat setempat.

“Ini adalah kejayaan MPAJ un-tuk terus konsisten mengeratkan hubungan antara pihak majlis dan masyarakat Ampang Jaya. Program seperti ini akan diterus-kan dan menjadi acara tahunan MPAJ,” katanya.

KELANTAN - Pelumba rookie CP130, Kasma Daniel Kasma-yudin menjuarai perlumbaan akhir CP130 pada Pusingan 4 Ke-juaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Pasir Mas, Kelantan, pada 21 Mei lalu.

Kejayaan itu sekali gus merapatkan jurang pendahulu kepada tiga mata berbanding pendahulu yang juga rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham.

Meskipun bermula agak per-lahan dan sedikit ketinggalan pada peringkat awal perlum-baan, Kasma berjaya menamat-kan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 13’56.822s, ha-nya 0.012s dibezakan dengan Ahmad Fazli selepas aksi pintas memintas antara kedua pelum-ba itu.

Tempat ketiga milik Md

Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang menamat-kan perlumbaan dengan masa 13’58.310s.

“Permulaan saya tidak be-gitu baik ditambah dengan kesilapan di selekoh pertama menyebabkan saya sedikit ke-tinggalan pada peringkat awal perlumbaan.

“Namun pasukan berjaya menyediakan jentera yang be-gitu baik dan membantu saya untuk kekal berada dalam ke-lompok depan,” katanya.

Selepas empat pusingan, pelumba PETRONAS Yamaha

Maju Motor itu kini mengumpul 75 mata hasil tiga ge-laran juara termasuk

pusingan pembu-kaan di Serdang, Selangor dan pu-

singan ketiga di Kangar, Perlis manakala Fazli

di tangga teratas dengan 78 mata sambil Zaqh-wan naik ke tangga ketiga dengan 45

mata.

Liga Sukan Selangor Plus

Cungkil bakat pinggir bandar

MPSJ tawar tempat latihan percuma atlet SUKMA

Program Belia MPAJ, tempuh laluan berbukit ATV

Kasma rapatkan jurang pendahulu

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

OLEH AFIX REDZUAN

KOTA BHARU - Selangor memu-lakan pusingan kedua kempen Liga Super 2016 dengan penuh bergaya selepas berjaya me-newaskan Kelantan 5-2 dalam aksi tegang dicemari layangan kad merah.

Walaupun beraksi tanpa pe-nyerang sensasi, Patrick Ronal-dinho Wleh, Selangor berjaya meranapkan impian pasu-kan tuan rumah mengutip tiga mata penuh di Stadi-um Sultan Mohammad IV pada 21 Mei lalu.

Kelantan terlebih da-hulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 permainan menerusi Blazhe Ilijoski yang ber-jaya melakukan sepakan rendah selepas menyambut umpanan daripada tengah padang walau-pun cuba diasak Mohd Shahrom Kalam.

Selangor tidak menunggu lama untuk bangkit enam minit kemudian hasil jaringan Mohd Hafiz Kamal yang berja-ya menanduk masuk sepakan percuma Andik Ver-mansyah.

The Red Giants nyaris meng-gandakan jaringan pada minit ke-18 menerusi Mauro Olivi yang menanduk masuk bola ke gawa-ng Kelantan, namun ia dibatalkan kerana off-side.

R Gophinathan kembali mele-takkan Selangor di hadapan pada minit ke-21 selepas membuat rembatan lencong ke sebelah ka-nan gawang gol Kelantan bagi menewaskan Khairul Fahmi Che Mat hasil umpanan Mauro Olivi.

Tidak cukup dengan itu, Gopi-nathan hampir menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-33, namun tandukannya tersa-sar selepas membuat percubaan susulan hasul sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal yang terlebih dahulu terkena palang.

KOTA BHARU - Selangor bakal memanfaatkan tempoh rehat saingan Liga Super bagi mem-baiki kelemahan sedia ada sebe-lum menghadapi cabaran Piala Malaysia.

Jurulatihnya, Zainal Abidin Has-san, berkata Selangor bersedia diundi menentang sebarang pa-sukan, namun berharap pemain-nya dapat mengekalkan prestasi cemerlang.

“Bagi saya kita kena berusaha lagi. Pusingan kedua Liga Super baru bermula dan diharap walau-

pun kita diundi dengan mana-ma-na pasukan mereka mengekalkan corak permainan sebegini,” ka- tanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Kelantan.

Katanya, The Red Giants berde-pan cabaran sengit mengekalkan kejuaraan musim lalu dan beliau tidak sesekali memandang ren-dah pasukan bakal diundi bersa-ma Selangor.

Undian kumpulan saingan Piala Malaysia pada Isnin ini menyaksi-kan Selangor selaku juara 33 kali diletakkan dalam Balang 1 bersa-

ma Johor Darul Takzim (JDT), Felda United dan Terengganu T-Team.

Mengulas berkenaan desakan penyokong mutakhir ini disebab-kan kemerosotan persembahan Selangor, beliau mengakui berde-pan sedikit tekanan.

Namun, beliau berharap ke-menangan 5-2 mengatasi Kelan-tan baru-baru ini dapat mereda-kan suasana.

“Saya tidak nafikan terdapat tekanan mengendalikan pasukan besar seperti Selangor.

“Kita tahu Selangor adalah pa-

Selangor siap hadapi Piala Malaysia

Namun, Muham-mad Nazmi Faiz me-mastikan Selangor selesa

masuk ke bilik persalinan de- ngan jaringan ketiga selepas berjaya merembat lencong kaki kiri bagi menewaskan

Khairul Fahmi pada minit ke-35.Bersambung babak kedua,

sepakan percuma Mohd Hafiz Ka-mal sekali lagi membuka ruang buat Mohd Razman Roslan men-jaringkan gol keempat Selangor selepas menampan kemas ke ga-wang The Red Warriors.

Kelantan cuba bangkit pada minit ke-59 hasil jaringan Dramane Traore yang membuat rembatan ke kiri gawang Selangor bagi me-newaskan Norazlan Razali.

Derita buat Kelantan berterus-an yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Wan Zaharulnizam dilayangkan kad merah selepas

mengasari M u h a m a d

Nazmi Faiz pada mi-nit ke-60.

Kelantan terus mengasak ke kubu Selangor bagi mencari gol ketiga menerusi sepakan percuma Indra Putra Mahyudin pada minit ke-84, namun ia terus ke dakapan Norazlan Razali.

Ahmad Hazwan Bakri meleng-kapkan malam cemerlang Sela-ngor dengan gol kelima pada minit ke-88 selepas melepasi perangkap off-side Kelantan sebelum merem-bat kencang menewaskan Khairul Fahmi.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan ke-menangan ini, Selangor yang dibimbing Zainal Abidin Hassan kekal di tangga ketiga dengan 22 mata di belakang Johor Darul Takzim (JDT) dan Felda United.

Baham Kelantan 5-2

Red Giants ‘mengganas’

sukan gergasi satu ketika dahulu dan peminat mahukan yang ter-baik,” katanya.

Walaupun mendapat tekan-

an hebat, Zainal yakin ia mem-berikan yang terbaik selagi khidmatnya diberi kepercayaan pengurusan.

Keputusan Undian Piala Malaysia 2016Kumpulan

ATerengganu FC II

KedahSarawak

JDT II

Kumpulan

BSelangorKelantan

Pahang FC Kuala Lumpur

Kumpulan

DFelda United,

Terengganu FAMelaka United

Negeri Sembilan

Setiap pasukan akan bermain secara liga dua pusingan – tiga perlawanan selaku tuan rumah dan tiga perlawanan sebagai pasukan pelawat, dalam saingan Piala Malaysia, dijangka bermula akhir Julai ini.

Kumpulan

CJDT

PDRMPerak

PKNS FC

Liga Sukan Selangor Plus

Cungkil bakatpinggir bandar