selangorkini 6 - 13 disember 2013

15
Selangor Kini KENALI ADUN ANDA TENG CHANG KHIM N.44 Sungai Pinang muka 3 PERCUMA 6 - 13 Disember 2013, 3 - 10 Safar 1435 21 - 22 Disember 2013 muka 6-7 Kenaikan gaji mantapkan sistem pentadbiran Purata kenaikan gaji: 13 peratus atau 300 peratus? KERJASAMA... Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bersama barisan panel yang mengendalikan forum Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) bertema ‘Selangor The Gateway to AEC’ bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Forum anjuran Selangor State Investment Centre (SSIC), bertujuan memberi maklumat dan pengetahuan berkenaan AEC SHAH ALAM - Kenaikan gaji Menteri Be- sar, Timbalan Speaker, Speaker, Exco dan Adun, bakal memantapkan lagi sistem pentadbiran kerajaan Selangor yang be- bas rasuah. Apatah lagi, Kerajaan Negeri memiliki rizab simpanan bernilai hampir RM3 bil- ion, manakala kekayaan hasil negeri di- agih kepada rakyat melalui pelbagai skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Badan pemantau antarabangsa, Trans- parency International (TI) Malaysia pu- la percaya kenaikan itu menjadi faktor pendesak kepada wakil rakyat untuk le- bih bertanggungjawab kepada pemba- yar cukai. Gabungan Persatuan-Persatuan Peng- guna Malaysia (Fomca) juga yakin ia menjadi strategi penting untuk menarik golongan intelektual menyertai politik. Ia juga bertepatan dengan syariat Is- lam yang menekankan peri pentingnya dalam merencana dan melaksanakan usaha untuk mengatasi amalan rasuah. “Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaik- kan gaji sebagai satu lagi langkah meng- angkat akauntabiliti, tidak mengapa," ka- ta bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Sebenarnya, ia suatu langkah terkede- pan, susulan pelbagai langkah Kerajaan Negeri sebelum ini yang menutup ruang dan peluang penyalahgunaan kuasa ter- masuk larangan dalam urusan tender dan kontrak. Malah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ada mengumumkan be- berapa langkah untuk memastikan setiap wang ringgit diurus dengan cermat dan bertanggungjawab. Antaranya, penubuhan jawatankuasa bebas memantau penggunaan wang rizab negeri; semak semula proses dan prose- dur jentera pentadbiran awam, agensi dan syarikat milik kerajaan; semakan per- belanjaan melalui penilaian perbelanjaan pertengahan tahun. Selain itu, mengkaji semula atau mem- batal perjanjian konsesi dan usahasama yang merugikan agensi awam dan anak syarikat; serta mengarah pembekal dan kontraktor memeterai Aku Janji tidak memberi sogokan kepada kakitangan dan pegawai Kerajaan Negeri. Di kalangan wakil rakyat pula, kenaik- an menjadikan mereka lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat dan perca- ya kenaikan itu bakal memudahkan usa- ha membela rakyat. Ia berikutan kenaikan itu mengambil kira keperluan semasa wakil rakyat, me- mandangkan Pakatan Rakyat menutup rapat peluang mendapatkan projek ma- hupun sogokan. Sebelum ini, gaji lama bagi seseorang Adun mungkin berbaki RM500 sahaja untuk menampung keperluan keluarga, sekali gus boleh menjejaskan tumpuan kerja. "Adun bergaji RM6,000. Hampir se- tiap minggu perlu dibelanjakan RM500 untuk sumbangan orang kahwin, orang datang pejabat, orang meninggal dunia yang mencecah RM2,000. “Bayar kereta, rumah dan lain-lain mencecah RM2,000. Beri kepada par- ti RM1,000. Beli baju, kalau yang me- mentingkan gaya sudah RM500, tinggal RM500 untuk anak sekolah dan perbe- lanjaan keluarga," kata Abdul Khalid. Beliau berharap semua wakil rakyat tidak perlu meminta-minta darpada pihak lain yang mungkin cuba mengam- bil kesempatan. "Saya tidak mahu Adun kekurangan duit untuk jaga masyarakat setempat," katanya. Di kalangan wakil rakyat pula, kenaikan menjadikan mereka lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat dan percaya kenaikan itu bakal memudahkan usaha membela rakyat.

Upload: hakhuong

Post on 28-Jan-2017

253 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Selangor KiniKENALI ADUN ANDA

TENG CHANG KHIMN.44 Sungai Pinang

muka 3

PERCUMA 6 - 13 Disember 2013, 3 - 10 Safar 1435

21 - 22 Disember 2013muka 6-7

Kenaikan gaji mantapkan sistem pentadbiran

Purata kenaikan gaji: 13 peratus atau 300 peratus?

KERJASAMA... Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bersama barisan panel yang mengendalikan forum Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) bertema ‘Selangor The Gateway to AEC’ bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Forum anjuran Selangor State Investment Centre (SSIC), bertujuan memberi maklumat dan pengetahuan berkenaan AEC

SHAH ALAM - Kenaikan gaji Menteri Be-sar, Timbalan Speaker, Speaker, Exco dan Adun, bakal memantapkan lagi sistem pentadbiran kerajaan Selangor yang be-bas rasuah.

Apatah lagi, Kerajaan Negeri memiliki rizab simpanan bernilai hampir RM3 bil-ion, manakala kekayaan hasil negeri di-agih kepada rakyat melalui pelbagai skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Badan pemantau antarabangsa, Trans-parency International (TI) Malaysia pu-la percaya kenaikan itu menjadi faktor pendesak kepada wakil rakyat untuk le- bih bertanggungjawab kepada pemba-yar cukai.

Gabungan Persatuan-Persatuan Peng-guna Malaysia (Fomca) juga yakin ia menjadi strategi penting untuk menarik golongan intelektual menyertai politik.

Ia juga bertepatan dengan syariat Is-lam yang menekankan peri pentingnya dalam merencana dan melaksanakan usaha untuk mengatasi amalan rasuah.

“Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaik- kan gaji sebagai satu lagi langkah meng-angkat akauntabiliti, tidak mengapa," ka-

ta bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sebenarnya, ia suatu langkah terkede-pan, susulan pelbagai langkah Kerajaan Negeri sebelum ini yang menutup ruang dan peluang penyalahgunaan kuasa ter-masuk larangan dalam urusan tender dan kontrak.

Malah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ada mengumumkan be-berapa langkah untuk memastikan setiap wang ringgit diurus dengan cermat dan bertanggungjawab.

Antaranya, penubuhan jawatankuasa bebas memantau penggunaan wang rizab negeri; semak semula proses dan prose-dur jentera pentadbiran awam, agensi dan syarikat milik kerajaan; semakan per-belanjaan melalui penilaian perbelanjaan pertengahan tahun.

Selain itu, mengkaji semula atau mem-batal perjanjian konsesi dan usahasama yang merugikan agensi awam dan anak syarikat; serta mengarah pembekal dan kontraktor memeterai Aku Janji tidak memberi sogokan kepada kakitangan dan pegawai Kerajaan Negeri.

Di kalangan wakil rakyat pula, kenaik-an menjadikan mereka lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat dan perca-ya kenaikan itu bakal memudahkan usa-ha membela rakyat.

Ia berikutan kenaikan itu mengambil kira keperluan semasa wakil rakyat, me-mandangkan Pakatan Rakyat menutup rapat peluang mendapatkan projek ma-hupun sogokan.

Sebelum ini, gaji lama bagi seseorang Adun mungkin berbaki RM500 sahaja untuk menampung keperluan keluarga,

sekali gus boleh menjejaskan tumpuan kerja.

"Adun bergaji RM6,000. Hampir se-tiap minggu perlu dibelanjakan RM500 untuk sumbangan orang kahwin, orang datang pejabat, orang meninggal dunia yang mencecah RM2,000.

“Bayar kereta, rumah dan lain-lain mencecah RM2,000. Beri kepada par-ti RM1,000. Beli baju, kalau yang me-mentingkan gaya sudah RM500, tinggal RM500 untuk anak sekolah dan perbe-lanjaan keluarga," kata Abdul Khalid.

Beliau berharap semua wakil rakyat tidak perlu meminta-minta darpada pihak lain yang mungkin cuba mengam-bil kesempatan.

"Saya tidak mahu Adun kekurangan duit untuk jaga masyarakat setempat," katanya.

Di kalangan wakil rakyat pula, kenaikan menjadikan mereka lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat dan percaya kenaikan itu bakal memudahkan usaha membela rakyat.

Page 2: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Selangorkini 6 - 13 Disember 2013 2Utama

BADAN pemantau antara-bangsa, Transparency Interna-tional (TI) Malaysia, mengalu- alukan pelarasan gaji wakil-wakil rakyat Selangor kerana ia mendesak mereka menjadi lebih produktif.

Setiausaha Agung TI-Malay-sia, Dr Loi Kheng Min, dengan pelarasan ini wakil-wakil rakyat perlu membuktikan prestasi mereka adalah setimpal dengan gaji yang rakyat berikan.

“Jika kamu dibayar dengan tinggi, kamu perlu buktikan yang kamu layak terima gaji seperti ini dan melaksanakan kerja dengan baik,” tegas be-

TI-Malaysia: Wakil rakyat perlu lebih produktif

liau, seperti yang dilaporkan media.

TI-Malaysia bersetuju pelarasan ini membantu me-ngatasi gejala sogokan di ka- langan wakil rakyat. Dr Kheng Min menambah, buda-ya rasuah dapat ditangani lagi melalui dasar ketelusan yang berterusan.

Perlaksanaan dasar telus dan integriti sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih urus tad-bir Kerajaan Negeri Selangor mendapat pujian daripada pel-bagai pihak.

Antara langkah yang dilak-sanakan adalah perubahan sistem tender di semua agensi dan anak-anak syarikat negeri dan penubuhan unit integriti bersama Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM) di semua jabatan.

“Yang lebih utama adalah dasar urus tadbir yang telus, termasuklah deklarasi aset,” ka- tanya.

DALAM perkembangan sama, blok pembangkang Selangor menyokong pelasaran gaji para Adun dan jemaah Exco kerana ia banyak membantu wakil rakyat menggiatkan pe-nyampaian khidmat kepada masyarakat.

Ketua Pembangkang Negeri Selangor, Datuk Mohd Sham-suddin Lias, berkata pelarasan itu adalah wajar memandang langkah tersebut turut dica-dangkan di peringkat nasional.

“Perlarasan ini wajar dan memberi peluang kepada para Adun yang selama ini berkhid- mat di peringkat kawasan un-

Pembangkang sokong pelarasan gaji

tuk memberi perkhidmatan yang intensif kepada rakyat di negeri ini,” tegas beliau.

Menjawab soalan media, BN Selangor menegaskan Kera-jaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) mampu melaksanakan pelarasan ini berdasarkan kepada hasil ku-tipan yang diperoleh.

Sebelum ini, Kerajaan Ne-geri menaikkan gaji Ketua Pembangkang Negeri Selangor kepada RM8,620 berserta keistimewaan-keistimewaan tertentu sebagai pengiktirafan kepada peranan jawatan itu dalam demokrasi.

Oleh NAzLI IBrAHIM

SHAH ALAM - Anggota pentad-biran kerajaan yang mengamal-kan dasar kebertanggungjawa-ban, dengan usaha pembasmian rasuah yang berterusan, serta memiliki kemampuan kewang-an kukuh, layak menerima pela-rasan gaji, tegas cendekiawan Is-lam, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar).

Beliau berpendapat langkah itu boleh membantu usaha mem-bendung Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, anggota Exco dan Adun, daripada me- nyalahgunakan kedudukan me-reka untuk menagih sogokan.

“Ada laporan 300 peratus ke-naikan gaji di Selangor, memang-lah. Saya mula-mula terkejut, tetapi bila teliti gaji lama me-mang sangat rendah,

“Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaikkan gaji sebagai satu lagi langkah mengangkat akauntabiliti, tidak mengapa.

“Tidak kira Menteri Besar,

Dr Asri: Kerajaan jujur, bersih rasuah seperti Selangor layak dapat kenaikan

Adun atau Ahli Parlimen seka-lipun boleh naik gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil apa-apa keun-tungan, selain gaji mereka semata-mata, katanya.

Beliau yang juga merupakan Profesor Madya Pusat Pengaji-an Ilmu Kemanusian di Universiti Sains Malaysia (USM), me-ngingatkan kenaikan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak adil kepada rakyat jika gejala rasuah dan salah urus wang berlaku dalam pentadbiran negeri.

“Selangor ada beberapa ke-lebihan. Pertama, duit banyak. (Tapi) sebab Selangor negeri Pa-katan Rakyat, jadi banyak mata tertumpu. Ini bagus sebab jadi-kan mereka lebih berhati-hati.

“Selangor sebuah negeri yang efisyen dari sudut laporan audit dan sebagainya. Tiada kes rasuah disabitkan dan penda- patan tinggi. Cuma kena fikir-

kan bagaimana nak belanjakan duit yang banyak itu kepada rakyat,” katanya.

Mengulas dakwa-an sesetengah pihak, pelarasan gaji itu ti-dak wajar kerana ada rakyat yang masih be-rada di bawah paras ke- miskinan, Dr Asri ber-kata, pelasaran ini se-benarnya memudah-kan wakil rakyat untuk bantu golongan sede-mikian.

“Dalam kerangka politik Ma-laysia, perbelanjaan ahli politik besar sebab ramai rakyat datang minta duit. Walaupun bukan wa-jib diberi, tetapi dalam pengu-rusan politik selalunya bagi juga, tidak banyak, sedikit.

“Bukan YB sahaja, tokoh lain seperti tokoh agama, selebriti pun begitu, orang jumpa orang minta. Kalau gaji rendah, untuk keluarga sendiri tak lepas. Sebab RM10,000 bukan besar untuk seorang tokoh yang ke sana ke mari,” katanya.

Faktor gaji dorong minat profesional kepada politikSHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Penggu-na Malaysia (Fomca) berpan-dangan pelarasan gaji ang-gota pentadbiran Kerajaan Selangor sebagai berpatutan dengan keadaan semasa se-terusnya menimbulkan minat golongan muda profesional untuk menyertai politik.

Timbalan Presidennya, Mohd Shani Abdullah, yakin pelarasan ini mampu menarik golongan yang berkebolehan dan berbakat untuk menawar diri berkhidmat dalam arena politik yang mencabar.

"Elaun RM6,000 sebulan satu kadar yang begitu ren-dah bagi golongan profesional yang mempunyai kemampuan untuk menyumbang kepada pembangunan negara,

"Kalau dibandingkan, gaji RM6,000 itu hampir sepa-ruh daripada gaji penjawat Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa)," katanya.

Beliau mengakui terkejut dengan elaun rendah bagi jawatan Timbalan Speaker (RM3,327.50) berbanding Adun (RM6,000) meskipun menggalas dua tugas yang berat.

"Mungkin daripada kadar

kenaikan menunjukkan satu lonjakan tinggi, tetapi mengi-kut kos sara hidup, sewa ru-mah dan keperluan lain, ka-dar yang diluluskan kerajaan Selangor adalah sesuatu yang berpatutan.

"Bagi ketua-ketua Kera-jaan Negeri, mereka boleh bertindak tanpa perlu ber-gantung dengan pihak lain secara bebas dan mereka mesti berkedudukan ke-wangan bebas (dengan kadar pendapatan berpatutan)," katanya.

Mungkin daripada kadar kenaikan menunjukkan satu lonjakan tinggi tetapi mengikut kos sara hidup, sewa rumah dan keperluan lain, kadar yang diluluskan Kerajaan Selangor adalah sesuatu yang berpatutan

Mohd Shani Timbalan Presiden Fomca

Page 3: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

3Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Oleh NorMAN G

SAyA terpanggil mengulas perihal kenaik-an gaji badan eksekutif (Menteri Besar dan Exco) dan perundangan Selangor (Adun) yang mendapat tentangan ramai walau-pun agak terlewat.

Ini kerana saya menunggu Laporan Penyata Kewangan dan Pengurusan Ke-wangan Negeri Selangor yang baru sahaja dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Saya hanya mengulas kenaikan gaji ber-dasarkan pendapat dengan berlandaskan angka dan fakta daripada kerajaan.

Dewan Negeri Selangor (DNS) melu-luskan kenaikan gaji Menteri Besar (MB), Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Nege-ri (MMKN) (Exco), Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Nege-ri (Adun) berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Implikasi kewangan ke atas perbelan-jaan Kerajaan Negeri disebabkan kenaik-an itu membabitkan seorang Menteri Be-sar, seorang Speaker, seorang Timbalan Speaker, 10 Exco dan 56 Adun.

Keseluruhan perbelanjaan gaji mereka bermula 2014 ialah RM900,000 sebulan atau RM10.8 juta setahun iaitu kenaikan purata 114 peratus berbanding jumlah keseluruhan peruntukan gaji sekarang RM5,048,412 setahun.

Jika dibanding dengan jumlah keselu-ruhan perbelanjaan 2014 bernilai RM1.85 bilion, peruntukan gaji kepada MB, Exco, Speaker dan Adun hanya 0.58 peratus dari keseluruhan peruntukan.

Terpulang kepada anda untuk menilai sama ada jumlah dan peratusan itu wajar atau tidak.

Mengikut media, kali terakhir kenaikan pada 2011 hanya melibatkan gaji Adun sahaja dan tidak melibatkan MB, Exco, Speaker mahupun Timbalan Speaker.

Kenaikan dari RM4,112.79 kepada

Purata kenaikan gaji: 13 peratus atau 300 peratus?

RM6,000 sebulan untuk semua Adun tertera dalam hansard DNS ke-12, peng-gal ke-4, mesyuarat pertama pada 31 Mac 2011:

Bagaimana pula kenaikan terakhir gaji MB, Speaker dan Exco Selangor?

Mengikut portal berita, kali terakhir ke-naikan gaji MB dan lain-lain dibuat pada 2005.

Dengan mengganggap kenaikan tera-khir pada 2005, bermakna sudah lapan ta-hun gaji MB dan Exco tidak naik.

Berdasarkan kenaikan 106 peratus ba-ru-baru ini, kenaikan purata tahunan sejak 2005 ialah 13.25 peratus dan Exco (28.875 peratus).

Adakah ini juga melampau bagi penda-pat anda?

Kadar pertumbuhan purata kenaikan gaji MB dan Exco lebih tinggi daripada kadar kenaikan pertambahan pendapatan seisi rumah Selangor iaitu 5.5 peratus dari 2009 hingga 2012.

Untuk kenaikan gaji Speaker dan Tim-balan Speaker yang masing-masing me-libatkan 268 peratus dan 373 peratus - tertinggi dalam kenaikan itu, ia untuk

pengukuhan institusi demokrasi, iaitu DNS yang mengiktiraf Speaker, Timbalan Speaker dan Ketua Pembangkang.

Ia hanya melibatkan dua individu, bu-kannya ramai seperti 10 Exco dan 56 Adun. Jadi tidak adil jika marah-marah kenaikan melebihi 300 peratus sedangkan ia hanya melibatkan Speaker dan Timbalan Spea-ker sahaja.

Baru-baru ini, seorang menteri kabinet bertanya: Apa yang dicapai kerajaan Se-langor sehingga menaikkan gaji pada ka-dar tidak munasabah?

Jika ada yang berkata, pertumbuhan ekonomi Selangor disebabkan program Kerajaan Persekutuan seperti ETP, GTP dan sebagainya, mengapa pertumbuhan ekonomi Sarawak menurun dan Selangor meningkat pada 2012?

Jika menuduh MB mengurangkan perbelanjaan dan ‘kedekut’, ia salah kerana perbelanjaan mengurus dan 2012 2011

0.0% 3.0% 6.0% 9.0% 12.0% 15.0% 0.0% 3.0% 6.0% 9.0% 12.0% 15.0%

Pertumbuhan Ekonomi mengikut Negeri 2011 & 2012

Pembahagian Peratus KDNK mengikut Negeri, 2012Negeri

Selangor 23.5WP Kuala Lumpur 15.2Sarawak 9.6Johor 9.2Pulau Pinang 7.0Sabah 5.9Perak 5.3Pahang 4.1Negeri Sembilan 3.7Kedah 3.4Melaka 2.9Terengganu 2.6Kelantan 1.8Perlis 0.5WP Labuan 0.4Supra 5.1

*Termasuk WP Putrajaya

Sumbangan %

Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2013

pembangunan Kerajaan Negeri mening- kat setiap tahun.

Pencapaian itu dibuktikan melalui La-poran Ketua Audit Negara oleh Jabatan Audit Negara, Laporan Pendapatan Seisi Rumah dan Insiden Kemiskinan oleh Ja-batan Statistik Negara dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, banyak lagi yang boleh kerajaan Selangor pertingkatkan dan tidak harus selesa dengan keadaan dan kema-juan prestasi ekonomi negeri.

Pasti masih ada rakyat Selangor yang ketinggalan dan terperangkap da-lam kemiskinan. Seiring kenaikan gaji pemimpin peringkat negeri, kebajikan rakyat juga harus dilipat ganda.

Bantuan program tunai, bantuan untuk usahawan, bantuan kemiskinan dan seba-gainya, juga harus dinaikkan supaya ke-makmuran ekonomi dan hasil negeri boleh dinikmati setiap lapisan masyarakat.

Isu kenaikan gaji sepatutnya tidak menjadi tumpuan berat. Masih banyak isu yang menekan seperti isu kutipan sampah, bekalan air seluruh Selangor, penerokaan tanah secara haram dan lain-lain.

Sepatutnya, kita mendesak kerajaan Selangor menambah baik program Me-rakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pem-basmian kemiskinan, bantuan perniagaan, bantuan pendidikan, program membu-dayakan ilmu dan sebagainya.

Usaha merapatkan jurang pendapatan perlu diganda kerana kita tidak mahu yang kaya, semakin kaya dan yang miskin, se-makin miskin.

Norman G ialah pengundi di Selangor P140 Shah Alam dan DUN N40 Kota Anggerik. Artikel ini disunting darioskortos.blogspot.com

Fokus Isu

Jadi, saya terpanggil untuk mem-beritahu menteri berkenaan mengenai pencapaian kerajaan Selangor.

Kenaikan kutipan hasil sejak 2010 Hutang Kerajaan Negeri

kepada Kerajaan Perseku- tuan menyusut sejak 2008 Kumpulan Wang Disatukan

(rizab negeri) meningkat sejak 2009 Surplus atau lebihan dalam

Laporan Prestasi Kewang- an setiap tahun Pertumbuhan ekonomi

negeri lebih tinggi berban- ding Sarawak Penyumbang tertinggi ke-

pada ekonomi negara: Penurunan insiden kemis-

kinan dan kemiskinan tegar

Page 4: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Selangorkini 6 - 13 Disember 2013 4Fokus MES

Tunas: Hadiah istimewa untuk rakyat Selangor

Oleh HAFIzAN TAIB

SKIM Bantuan Tadika Selangor (Tunas) ada-lah salah satu program di bawah agenda Me-

rakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang mengkhususkan bantuan yuran kepada anak berusia lima dan enam tahun yang dihantar ke tadika dan pra sekolah seluruh Selangor mulai 1 Julai tahun lalu.

Eksekutif Operasinya, Abdul Mutalib Islan, berkata skim Tu-nas itu memberi fokus bantuan kepada keluarga berpendapat-an RM2,500 ke bawah di se-luruh Selangor tanpa mengira kaum, bangsa, agama, ekono-mi dan fahaman politik.

"Semua anak berusia lima dan enam tahun daripada ka-langan keluarga sasaran yang dihantar ke tadika berdaf-

Jumlah Pembayaran kepada Anak (RM)TUNAS mengikut Daerah sehingga 30/11/2013

Pendaftaran Tadika mengikut kategori sehingga 31/11/2013

tar sama ada Pra Sekolah Kemente-rian Pelajaran Ma-laysia (KPM), Pra Sekolah Jabatan Agama Islam Se-langor (Jais), Tadi-ka Perpaduan, Tadi-ka Kemas, Tadika Rakyat, Pasti, Abim, Hira', Pertim, PTM dan semua jenis tadika yang terdapat di seluruh Selangor, layak untuk mohon bagi mendapatkan manfaat Tunas.

"Tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM1,016,600 yang diluluskan di bawah Geran Selangorku, se-ramai 1,247 daripada 1,903 pelajar didaf-tarkan di bawah skim Tunas serta sebanyak 217 buah tadika dan pra sekolah membuat pendaftaran dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) untuk dapatkan manfaatnya," katanya.

Abdul Mutalib berkata, pada tahun ini pula dengan perun-tukan RM3 juta menjadikan skim ini lebih berjaya meneru-si pendaftaran sebanyak 3,073 daripada 4,247 yang berjaya.

Beliau berkata, pendaftaran gagal iaitu 622 pada tahun lalu dan 1,174 (tahun ini) ada-lah berikutan beberapa krite-ria yang tidak dipenuhi seperti had kelayakan isi rumah kelu-arga, status pemohon dan se-bagainya.

"Pada tahun depan kita me-nyasarkan pendaftaran peserta sehingga 5,000 atau lebih di seluruh Selangor dengan pe-runtukan RM3 juta disediakan Kerajaan Negeri.

"Kita akan menggiatkan sesi promosi dan penerangan ke seluruh negeri supaya rakyat mendapat maklumat lebih jelas

dan lengkap mengenai progam ini," katanya.

Abdul Mutalib berkata, se-mua tadika dan pra sekolah yang ingin menyertai program itu dimestikan mendaftar dengan MPTS bagi memudahkan pe- nyaluran bantuan berkenaan.

Katanya, MPTS iaitu jawa-tankuasa bernaung di bawah Jawayankuasa Tetap Pendi-dikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dipengerusikan Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali.

"MPTS bertindak seba-gai badan pemantau tadika dan pra sekolah di seluruh Selangor bagi memastikan kualiti dan silibus disediakan memenuhi keperluan serta memacu misi negeri ini dalam mengehsankan insan di Se-langor, melalui program me-rakyatkan ilmu dan mengil-mukan rakyat," katanya.

Tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM1,016,600 yang diluluskan di bawah Geran Selangorku, seramai 1,247 daripada 1,903 pelajar didaftarkan di bawah skim Tunas serta sebanyak 217 buah tadika dan pra sekolah membuat pendaftaran dengan Majlis Permuafaka-tan Tadika Selangor (MPTS) untuk dapatkan manfaatnya

Abdul MuTAlibEksekutif Operasi Tunas

Pejabat Daerah Jumlah

Sabak Bernam 284,600.00Klang 375,510.00Kuala Langat 177,595.00Sepang 17,500.00Petaling 328,400.00Gombak 62,650.00Hulu Selangor 17,850.00Hulu Langat 79,570.00Kuala Selangor 155,557.00Jumlah 1,499,232.00

Status Jumlah Yang Berdaftar Dengan Skim Tunas

Abim 12Pasti 212Hira' 0Haluan 1Jim 0Pertim 33Kemas 0Perpaduan 48Prasekolah Jais 12Prasekolah KPM 6Tadika Swasta 165Jumlah 489

Page 5: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Selangorkini 6 - 13 Disember 2013 5Fokus MES

Dr Halimah bersama Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, sewaktu menyerahkan cek Tunas kepada wakil tadika

Tadika Ceria Az-Zahrah, antara tadika yang mendaftar di bawah Bantuan Tadika Selangor

Perlukan kerjasama daripada semua pihakKErAjAAN Negeri berharap semua pihak bekerjasama da-lam menjayakan program Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang semakin menda-pat perhatian masyarakat Sela-ngor.

Exco Pendidikan dan Pen-didikan Tinggi; Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dijalan-kan mulai 1 Julai tahun lalu adalah satu lagi usaha Kera-jaan Negeri ke arah memba-ngunkan masyarakat berilmu di Selangor.

"Kita harapkan kerjasama semua pihak demi menjaya-kan program ini. Mungkin ada campur tangan dari segi politik, tetapi Kerajaan Negeri tidak ki-sah kerana skim Tunas ini hak ibu bapa.

"Jika ibu bapa hantar anak mereka ke Tadika Perpaduan dan sebagainya, serta layak mendapat bantuan Tunas,

Ringankan beban keluarga berpendapatan rendahPENGUSAHA tadika dan pusat asuhan di seluruh Se-langor menyambut baik dan menyokong langkah Kera-jaan Negeri menjayakan Skim Bantuan Tadika Se-langor (Tunas) yang banyak membantu meringankan be-banan keluarga berpenda-patan rendah.

Pengetua Tadika Ceria Az-Zahrah, Klang, Zaharah Awang berkata, program terb-abit wajar diteruskan dan ya-kin akan mendapat sambut-

an menggalakkan daripada rakyat Selangor.

"Program dilaksanakan ini memberi kesan positif kepa-da keluarga sasaran dengan bebanan mereka dapat di-kurangkan.

"Ia beri peluang kepada ibu bapa menghantar anak mer-eka ke tadika atau pusat asu-han swasta yang mempunyai kemudahan lebih lengkap untuk dapatkan pendidikan lebih sempurna dan selesa," katanya kepada SelangorKi-

ni, di sini baru-baru ini.Pengurus Pasti Ikhwan,

maka mereka layak. Maksud-nya saya harap pihak berkaitan bersikap rasional dan terbuka menerima skim ini," katanya kepada SelangorKini.

Dr Halimah berkata, Kera-jaan Negeri menyediakan pe-runtukan RM3 juta untuk pro-gram itu pada tahun depan dan Rantaiam Mesra Sdn Bhd (RMSB) akan menjalankan sesi promosi dan penerangan berterusan di seluruh Selangor.

Beliau berkata, RMSB juga akan bekerjasama dengan se-mua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM, termasuk pendaftaran tadika dan taska di bawah Maj-lis Permuafakatan Tadika Se-langor (MPTS).

Katanya, Kerajaan Negeri menggalakkan ibu bapa yang layak, supaya mendaftar anak mereka berusia lima dan enam tahun agar bantuan dapat disa-lurkan kepada mereka.

"Ia adalah usaha Kerajaan Negeri bagi meringankan be-ban ibu bapa berpendapatan

rendah dalam memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak," katanya.

Tunas adalah program ban-tuan yuran RM50 sebulan ke-pada anak-anak dari keluarga

berpendapatan RM2,500 ke bawah yang dihantar ke tadika dan pra sekolah yang berdaftar dengan MPTS.

Pada 1 Mei lalu, Kerajaan Negeri menaikkan had kelaya-

kan dari pendapatan isi rumah RM1,500 kepada RM2,500 su-paya lebih ramai rakyat dapat menyertainya dan menikmati manfaat daripada program berkenaan.

Sungai Delek, Klang, Mohd Ismail berkata, Tunas mem-beri lebih peluang kepada ibu bapa kurang berkemampuan untuk menghantar anak me-reka ke pusat asuhan.

Katanya, ia langkah bijak Kerajaan Negeri dalam men-jaga kebajikan rakyat di Se-langor.

"Ia pastinya mendapat so-kongan, terutama ibu bapa yang memerlukan bantuan dan saya menyokong ia dite-ruskan dengan penambah-baikan untuk manfaat semua pihak," katanya.

Siti Hajar Min dari Sabak Bernam berkata, selain mem-bantu kalangan ibu bapa kurang berkemampuan, Tu-

nas juga mampu mengatasi masalah pengusaha pusat asuhan dalam urusan ba-yaran yuran bulanan.

"Ada kalanya kita hadapi masalah untuk mengutip yu-ran bulanan terutama pada hujung tahun dan saya dapati Tunas sedikit sebanyak mem-bantu dalam perkara ini.

"Ia memang membantu go-longan ibu bapa dalam uru-san menempatkan anak mer-eka di pusat asuhan. Harapan saya selepas ini Kerajaan Negeri boleh buat program untuk kalangan guru tadika dan pusat asuhan pula," kata Pengetua Taski Abim Al-Hi-dayah, As-Sakinah, At-Taufiq dan As-Saadah itu.

Zaharah Awang Mohd Ismail Siti Hajar Min

Page 6: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Pemimpin6 Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

PROFILTarikh Lahir: 2 Jun 1963Isteri: Datin So Soh KoonAnak : 4 orang

KelayaKan aKademiK LLB (Hons) Unversitiy of LondonCertificate of Legal Practice, Malaysia

KelayaKan profesional Peguambela & peguamcara Mahkamah Tinggi Malaysia

pengalaman Kerjaya Menjalankan amalan guaman dari 1995-2008Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Parlimen (1990 - 1994)Jurubahasa, Jabatan Kehakiman Malaysia (1984-1990)

pengalama politiK 2004-2008: Adun Sungai Pinang, Ketua Pembangkang DNS2008 -2013: Tuan Speaker Dewan Negeri SelangorAdun Sungai Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan, DNS (Selcat)2013: Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco), Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan Adun Sungai Pinang

teng CHang KHim

Teng Chang Khim sinonim dengan Sungai PinangOleh HAFIzAN TAIB

KLANG - Nama Datuk Teng Chang Khim, sinonim dengan warga Sungai Pi-nang. Beliau berkhidmat sebagai Adun di wilayah itu empat penggal lamanya.

Sokongan kepada beliau ternyata me-rentasi kaum.

"Dari tahun 1999 sampai sekarang, iaitu lebih kurang 13 tahun, bererti bila sebut Sungai Pinang sahaja orang akan teringatkan saya, rasanya sampai tahap itulah," katanya yang juga Exco Kera-jaan Tempatan, Kajian dan Penyeli- dikan.

Sebelum berpindah ke Sungai Pinang, Chang Kim ialah Adun bagi DUN Bukit Gasing apabila dia memenanginya dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1995.

Beliau berkata, bagi mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat di situ, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Pinang banyak menganjur-kan aktiviti melibatkan penyertaan orang ramai.

Katanya, sesi bertemu rakyat juga se-ring dilakukan pada setiap Rabu dan ja-rang menolak undangan diterima me-lainkan berlaku pertindihan dengan

MES rapatkan hubungan Adun dan rakyatAGENDA Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bukan setakat menjaga kebajikan rakyat Sela-ngor, malah mewujudkan hubung-an mesra antara pemimpin dan masyarakat di sesuatu DUN di ne-geri ini.

Datuk Teng Chang Kim ber-

kata, pelbagai program dijalan-kan menerusi MES menyebabkan perjumpaan Adun dan pemimpin masyarakat bersama orang ramai menjadi lebih kerap dan akrab.

"MES satu program yang sa-ngat baik kerana ia beri peluang untuk saya bertemu dan bersalam

jadual kerja."Sepanjang menjadi Adun, saya dan

PKM banyak menganjurkan program dan aktiviti untuk keperluan penduduk di sini seperti program kemasyarakat, gotong royong, derma darah, sukan, majlis dialog dan sebagainya.

"Ini tidak termasuk program per-ayaan seperti Aidilfitri, Aidiladha, Ta-hun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan yang lain," katanya.

Keyakinan rakyat kepada perkh-idmatan beliau, mengizinkan Chang Khim untuk turun membantu kempen

rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) da-lam PRU lalu.

"Kita tidak perlu berkempen lebih-lebih. Itu kelebihannya bila kita selalu mengadakan perjumpaan dan aktif de- ngan pelbagai aktiviti di kawasan diwa-kili," katanya.

dengan beribu orang yang hadir di DUN Sungai Pinang ini," katanya yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Chang Kim berkata, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Jom Shopping antara program yang mendapat sambutan dan lebih 5,000 orang menyertainya.

Begitu juga program lain seperti Ha-diah Anak Masuk Universiti dan Pusat Tuisyen Rakyat (PTR) yang banyak membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Syarat kelayakan isi rumah yang di-naikkan dari RM1,500 ke RM3,000 un-tuk Hadiah Anak Masuk Universiti ba-gus supaya lebih ramai layak dan dapat bantuan daripadanya.

"Begitu juga PTR yang dijalankan sepanjang tahun yang mana ia meri-ngankan bebanan keluarga yang tidak mampu menghantar anak mereka ke kelas tuisyen berbayar," katanya.

Chang Kim berkata, MES banyak merubah kehidupan rakyat di DUN Su-ngai Pinang serta seluruh Selangor dan langkah Kerajaan Negeri menganjurkan program itu adalah bertepatan dengan keperluan rakyat negeri itu.Beri duit raya pada Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri

dari tahun 1999 sampai sekarang, iaitu lebih kurang 13 tahun, bererti bila sebut Sungai Pinang sahaja orang akan teringatkan saya, rasanya sampai tahap itulah

Page 7: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

PemimpinSelangorkini 6 - 13 Disember 2013 7

Pelbagai program aktifkan beliaGoLoNGAN belia di DUN Sungai Pinang tidak dipinggirkan melalui pelba-gai program yang diatur Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim berkata, pihaknya memberi perhatian terhadap pembangunan golon-gan muda kerana mereka adalah generasi masa depan yang akan memacu kema-juan Selangor.

Kemudahan infrasturktur seperti ge-langgang sukan juga disediakan di ka-wasan tumpuan awam.

"Saya banyak buat program untuk be-lia seperti menganjurkan sukan, persem-bahan seni kebudayaan dan beberapa aktiviti lain. Sukan antaranya bola keran-jang, futsal, badminton, bola jaring, bo- ling, ping pong dan bola sepak.

"Selain itu saya juga jayakan program lain termasuk menggalakkan dan menaja silat, kumpulan kompang, nasyid, selain bantu kumpulan orkestra musik Cina dan memberi sokongan kepada kumpulan permainan tradisi India," katanya.

Chang Kim berkata, golongan belia perlu digalakkan untuk bergerak aktif da-lam aktiviti sebegitu kerana ia akan me-mupuk kemahiran dalam diri mereka.

Katanya, dia akan terus memberikan sokongan kepada anak muda dan belia di kawasannya bagi menceburi pelbagai bidang demi kemajuan, selain menge- kalkan identiti dimiliki.

"Saya rasa ini adalah kemahiran yang kalau kita tidak beri galakan maka ia akan hilang begitu sahaja. Bila itu berlaku maka hilanglah dari segi identiti seni pelbagai bangsa dalam kawasan saya," katanya.

Keluarga dan politik penting dalam hidupDATUK Teng Chang Kim, mengakui pembabitan dalam politik dan menjadi wakil rakyat sejak sekian lama menyebab-kan masanya bersama keluarga terhad.

Bagaimanapun, katanya, faktor itu bukan penghalang untuk beliau meng-habiskan masa terluang bersama kelu-arga ke-rana apa yang pasti isteri dan anak serta ahli keluarga adalah tulang belakang kejayaannya.

"Kalau ikutkan memang saya sibuk dan masa bersama keluarga terhad, berbanding orang lain, tidak kira se-masa jadi pembangkang mahupun Exco Kerajaan Negeri.

"Memang kita kena pandai atur masa untuk bersama keluarga. Kalau kita nak kata itu pengorbanan, maka itulah seba-hagian daripada pengorbanan.

“Mungkin dalam tempoh 15 tahun lalu saya ada bawa keluarga melancong sekali, sebabnya kalau tidak melancong tiada pe-luang untuk berehat. Jika melancong pun elok ke luar negara kerana tiada yang ke-nal,” kata Exco Kerajaan Tempatan, Ka-

jian dan Penyelidikan itu. Chang Kim berkata, di sebabkan poli-

tik yang disertai sejak lebih 20 tahun lalu melalui DAP, menyebabkan beliau tidak mempunyai kegemaran atau hobi khusus dan ia sentiasa berubah mengi-kut peredaran masa.

Katanya, dia senang menghabiskan masa dengan membaca bagi menambah pengetahuan serta mengetahui perkem-bangan semasa.

"Cuma baru-baru ini saya cuba bangun awal pagi untuk berbasikal kerana saya rasa ia boleh dilakukan dalam waktu yang fleksibel," katanya.

Mengenai pembabitan keluarga dalam politik, Chang Kim berkata, keluarganya antara contoh terbaik disebabkan faha-man politik berlainan dan pembabitan ahli keluarga dalam parti politik berbeza.

Beliau berkata, keluarganya juga men-catat sejarah tersendiri kerana dia dan dua yang lain pernah menyandang jawatan di dalam Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

"Saya mula pegang jawatan dalam Ke-

rajaan Negeri sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 2008. Sebe-lum itu adik saya (Datuk Teng Chang Yeow) daripada Gerakan menjadi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2004, manakala bapa saudara saya (Datuk Teng Boon Soon) daripada MCA pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri (Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).

"Ini bererti dalam keluarga saya ada wakil dalam tiga parti berbeza yang per-nah menjawat jawatan dalam kerajaan," katanya.

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & SuitesNo 1, Persiaran Akuatik 13/43,

Seksyen 13, 40100, Shah Alam, SelangorTel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856

Emel: [email protected]

PENASIHAT: Faekah Husin

Arfa’eza Abdul Aziz

KETUA PENGARANG: Fazallah Pit

PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar

PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim

WARTAWAN: Afeeqa Afeera: [email protected],

Hafizan Taib: [email protected],

Lizawati Madfa, Norhayati Umor:

[email protected] Siraj Mohd Zaini,

Naeem Raffi:[email protected]

JURU GAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Selangor Kini

'Padang Cergas' jadi model untuk SelangorProjEK Padang Cergas yang berjaya diwujudkan di seluruh kawasan peru-mahan di DUN Sungai Pinang akan di- gerakkan di seluruh Selangor dalam tempoh lima tahun akan datang.

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim, berkata projek Padang Cer-gas dimulakan sejak 2008 dengan me-naik taraf kawasan padang di kampung dan taman perumahan menjadi ka-wasan rekreasi awam.

Beliau berkata, kawasan rekreasi itu di-lengkapi kemudahan asas, iaitu alat per-mainan kanak-kanak, peralatan gim, lam-pu solar, pondok wakaf dan bangku rehat.

"Dalam tempoh lima tahun lalu saya

guna peruntukan Adun untuk bina dan menaik taraf padang di kawasan peru-mahan di sini dan usaha ini berjaya.

"Berikutan itu saya cadangkan untuk jadikannya sebagai sebahagian program Kerajaan Negeri yang mana ia diakui dan kita sasarkan membina 500 ka-wasan rekreasi dikenali Padang Cergas di seluruh Selangor dalam tempoh lima tahun ini," katanya.

Chang Kim berkata, pembinaan Pa-dang Cergas itu akan dijayakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor.

Pembinaannya meliputi semua pa-dang di kawasan perumahan dengan

keutamaan taman perumahan lama ke- rana kebanyakan taman perumahan baru sudah ada kemudahan sebegitu.

"Mana yang rosak kita gantikan de-ngan baru. Rakyat akan nampak usaha dilakukan PBT untuk ceriakan kawasan kediaman mereka.

"Kawasan yang ada kelengkapan ini jelas akan menarik ramai penduduknya keluar waktu pagi dan petang untuk bersenam, bersama keluarga, dengan melakukan pelbagai aktiviti di padang ini. Ia juga jadi tempat pertemuan penduduk dan mengeratkan silaturrahim," katanya.

Selain itu, Chang Kim berkata, pi-haknya akan mengadakan perbincang-

Teng Chang Khim sewaktu melancarkan Kempen Gempur Aedes MPK, di Dataran Seni, Klang

“Memang kita kena pandai atur masa untuk bersama keluarga. Kalau kita nak kata itu pengorbanan, maka itu-lah sebahagian daripada pengorbanan

an dengan PBT untuk menjalankan pembinaan lorong berbasikal di DUN Sungai Pinang bermula tahun hadapan.

Katanya, dengan kewujudan kemudah-an itu dia bercadang memberikan basikal percuma kepada penduduk kampung dan pelajar yang sekolahnya berada dalam ka-wasan perumahan sebagai galakan.

"Saya nak galakkan orang kampung gunakan basikal berbanding motosikal. Ini dalam perancangan, sebagai satu usaha menggalakkan orang ramai ber-basikal selain dapat sentiasa bersenam.

“Selain itu ia juga kurangkan pencema-ran udara dan bumi. Itu yang akan saya laksanakan di kawasan saya,” katanya.

Page 8: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Selangorkini 6 - 13 Disember 2013 9

8 Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Tempatan

Oleh AFEEqA AFEErA

SHAH ALAM - Tiada rancangan untuk menaikkan kadar cukai pintu di Selangor, tegas Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim.

Tambahnya, Kerajaan Negeri belum menerima sebarang per-mintaan atau cadangan daripada mana-mana PBT untuk menaik-kan kadar cukai setakat ini.

“Kita akan lihat situasi mereka (PBT), kalau tiada permintaan kami tidak akan kaji,” katanya.

Mengulas lanjut, Chang Khim berkata kadar cukai pintu di Se-langor kekal tidak berubah sejak 20 tahun.

Walaupun nilai hartanah di

kawasan kediaman dan pernia-gaan meningkat mengikut nilai pasaran semasa, namun kadar cukai taksiran yang diguna pakai di kesemua 12 PBT tidak pernah dinaikkan.

“Kita prihatin terhadap go-longan berpendapatan rendah, maka kita beri diskaun kepada pemilik pangsapuri kos rendah dan golongan yang tidak berke-mampuan,”

“Kerajaan negeri sudah melak-sanakan dasar pengurangan cu-kai taksiran sebanyak 25 peratus bagi pemilik pangsapuri kos ren-dah seluruh Selangor bermula penggal kedua tahun 2013 bertu-juan meringankan beban rakyat ekoran nilai hartanah melam-bung tinggi," jelas beliau.

Tiada rancangan naikkan cukai pintu

PETALING jAyA - Jabatan Pem-bangunan Bandar dan Desa Selangor (JPBDS) sedang me-nyediakan pelan Pem-bangunan Berorientasi Transit (TOD) bagi memudahkan perg-erakan dalam bandar, mengurangkan kes-esakan lalu lintas dan menangani pencemar-an udara.

Exco Kerajaan Tem-patan, Kajian dan Pe-nyelidikan, Datuk Teng Chang Khim (gambar), berkata beber-apa kawasan tertentu akan dike-

nal pasti untuk ditandai sebagai tumpuan pembangunan campur, lengkap dengan prasarana berse-

padu pelbagai moda."Kita ambil ilham

daripada model yang dilihat di negara luar seperti Hong Kong, Melbourne, dan Rio de Janeiro yang ber-jaya melaksanakan sistem TOD," kata Chang Khim ketika merasmikan, 'Semi-

nar Urban Transportation In PJ' yang diadakan di Dewan Ban-quet, Majlis Bandaraya Peta-ling

Jaya (MBPJ).TOD adalah rancangan pem-

bangunan perumahan dan ko-mersil bercampur yang direka khusus untuk memaksimakan capaian pengguna kepada pen-gangkutan awam, melalui ciri-ciri pembangunan yang meng-galakkan pengunaan transit.

Pusat kejiranan TOD ada-lah hentian atau stesen tran-sit seperti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ri- ngan (LRT), terminal bas atau hentian bas, dikelilingi pem-bangunan berkepadatan tinggi disusuli dengan pembangunan

berkepadatan rendah.TOD secara umumnya terle-

tak dalam lingkungan 400 meter hingga 800 meter daripada hen-tian transit, seraya memudahkan pejalan kaki.

Chang Khim, berkata MBPJ akan menjadi perintis kepada pembangunan berasaskan TOD di Selangor kerana kepadatan penduduknya yang tinggi selain faktor sistem transit sedia ada di bandar itu.

Projek TOD di PJ yang di-mulakan awal tahun ini mene-lan peruntukan kira-kira RM9 juta dan dijangka siap dua tahun

lagi.Sebelum ini, Menteri Besar,

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Unit Perancang Ekono-mi Negeri (UPEN) bersama Su-ruhanjaya Pengangkut-an Awam Darat (Spad) akan menubuhkan jawatankuasa merancang sistem pengangkut-an awam di Selan-gor.

Satu draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, disedia-kan JPBD Selangor bagi mening-katkan penggunaan pengangkut-an awam dan memperluaskan lingkungan perkhidmatan awam secara bersepadu.

Pelan pembangunan berorientasi transit

Kita prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah, maka kita beri diskaun kepada pemilik pangsapuri kos rendah dan golongan yang tidak berkemampuan

Teng Chang KhimExco Kerajaan Tempatan

Kadar cukai pintu setiap PBT

MBSA Kediaman 4 Perniagaan 7MBPJ Kediaman 7 Perniagaan. 8MPK Kediaman 6.5 Perniagaan 7.5MPSJ Kediaman 5 Perniagaan 8MPS Kediaman 8.6 Perniagaan 10.8MPKj Kediaman 7.7 Perniagaan 8.8

PBT Kadar Cukai % PBT Kadar Cukai %

MPAJ Kediaman 5.5 Perniagaan 6.6MPSP Kediaman 7.35 Perniagaan 8.45MDHS Kediaman 9 Perniagaan 11MDKS Kediaman 7 Perniagaan 8MDKL Kediaman 5.5 Perniagaan 11MDSB Kediaman 11.8 Perniagaan 12

KENAIKAN gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Exco dan Adun, tiba-tiba menja-di isu panas ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hampir melabuhkan tirai.

Macam-macam kedengaran, baik daripada pemimpin politik, rakyat biasa, hinggalah golongan opurtunis. Polemik itu pula lam-bat surut dari media tempatan sedangkan kenaikan sama di Sa-rawak tidak pula diambil hirau.

Pertikaian lebih terarah kepa-da peratusan kenaikan walaupun rata-rata bersetuju. Banyak mata 'silau' dengan angka 300 peratus sedangkan ia cuma membabit-kan dua individu sahaja.

Benar, kenaikan tidak seha-rusnya terlalu tinggi, tetapi jika diperhalusi ia sebenarnya tidak seberapa. Malangnya, persepsi lebih pantas mengaburi fakta.

Jika dihitung secara purata, kenaikan gaji itu hanya antara 13 hingga 29 peratus dengan mengambil kira sembilan tahun tiada kenaikan.

Prestasi kewangan kerajaan Selangor pula sangat baik - pu-nya rizab simpanan hampir RM3 bilion, meninggalkan Sarawak yang serba ketinggalan seka-lipun kenaikan gaji mereka jauh lebih besar.

Sebetulnya, isu sebenar bukan soal kenaikan gaji, tetapi sejauh-mana ia mampu memperbaiki

sistem yang sekian lama rosak di tangan pemimpin Umno-BN terdahulu.

Pada era Umno BN, gaji ha-nya soal enteng kerana imbuhan lain membusut tinggi.

Secara mudah, dulu lain, sekarang lain.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim giat berusaha mencorak sistem yang menjadikan amalan rasuah sangat sukar, bahkan hampir mustahil.

Semua ini dicapai dengan ce-pat - tidak berapa lama selepas pendedahan 'Istana Bali' yang mungkin menjadi penanda aras amalan rasuah Umno-BN di Se-langor.

Dan, sepanjang lima tahun pentadbiran, tiada seorang pun - baik Menteri Besar, Exco ma-hupun Adun, memperoleh kuota rumah PPRT, apatah lagi tanah walau seinci.

Kini, Adun tidak lagi punya 'telunjuk' menentukan tender projek, tidak lagi menikmati kerusi empuk ahli majlis mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sedangkan pada masa sama, Adun Pakatan tetap perlu meng-hulur bantuan, termasuk berbentuk tunai kepada setiap rakyat yang kesusahan pada se-tiap masa, pada kadar segera.

Ketua Pengarang

Persepsi kaburi kenaikan gaji

Page 9: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

10 Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT MENERAJUI MASA DEPAN PJ

Pendekatan proaktif TOD dalam menangani masalah kesesakan trafik

telah mengesyorkan supaya kera-jaan negeri memperuntukkan RM1 juta dalam menyediakan perkhid-matan bas komuniti secara per-cuma.

“Perkhidmatan terbabit me-libatkan laluan antara pusat ban-dar, pusat kesihatan, pejabat ke-bajikan, pejabat kerajaan dan institusi pendidikan dengan ter-

minal pengangkutan awam serta laluan pejalan kaki sebagai tam-bahan kepada perkhidmatan bas komuniti. Kami juga turut menye-diakan van transit Orang Kurang Upaya (OKU),” kongsi Datin Padu-ka Alinah lagi.

Demi meningkatkan kecekapan pengurusan trafik dan prasarana, Belanjawan Petaling Jaya 2014 telah memperuntukkan RM4.67 juta bagi menyediakan kemudah-an Park n Ride yang menawar-kan 1,911 tempat letak kereta di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Asia Jaya, Taman Paramount, Taman Bahagia dan Kelana Jaya serta RM6.09 juta bagi pembi-naan laluan basikal dan pejalan kaki yang selamat, selesa dan mampuguna dengan iltizam men-capai modal split pengangkutan kepada 60:40 menjelang tahun 2030.

Pembangunan berorientasikan transit adalah pemba-ngunan ber-

Petaling Jaya – Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) me-nerajui usaha menangani masalah kesesakan trafik dengan Pem-bangunan Berorientasikan Tran-sit atau Transit Oriented Develop-ment (TOD). Kebanyakan bandar raya besar di dunia berhadapan dengan masalah yang sama, dan Bandaraya Petaling Jaya tidak terkecuali. Kelemahan sistem peng-angkutan awam di bandar-ban-dar memburukkan keadaan ke- sesakan lalulintas.

“Menyedari pertumbuhan ka-wasan bandar dan penduduk yang pesat, MBPJ telah mengkaji kejayaan pelaksanaan TOD di pelbagai negara seperti di Ame-rika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia,” kata Datuk Bandar Pe-taling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

“Kami turut menganjurkan sesi Master Class yang melihat pem-bentangan pakar-pakar dari Hong Kong dan Australia. Dengan inisiatif ini, kami akan menghasil-kan satu acuan TOD yang boleh diaplikasikan dan digalakkan di kawasan Petaling Jaya.”

Untuk memulakan TOD, MBPJ dalam Belanjawan Selangor 2014

campur, kediaman dan komersil yang direkabentuk untuk memak-simakan aksesibiliti kepada pen-gangkutan awam.

Kawasan kejiranan TOD la-zimnya, akan mempunyai sebuah stesen transit (keretapi, tram atau bas) yang dikelilingi oleh pemba-ngunan berdensiti tinggi di dalam radius 400 hingga 800 meter dari stesen transit iaitu jarak pejalan kaki yang bersesuaian.

Selain itu, MBPJ juga telah me-nyediakan jaringan laluan basikal dengan jarak lima kilometer meli-puti seluruh kawasan Majlis yang dibina sebagai tambahan daripa-da 5.6 kilometer sedia ada.

Dengan pelaksanaan TOD, MBPJ berhasrat agar ia mampu mengekalkan kecekapan tinggi dalam ruang jalan yang terhad, memenuhi keperluan

kecekapan sosial dan ekonomi, menyepadukan pelbagai kaedah sistem pengangkutan awam untuk menggalakkan akses dan pertu-karan destinasi dalam bandar yang mudah serta memperting-katkan penggunaan transit untuk mengurangkan trafik kenderaan di Petaling Jaya.

Konsep TOD telah mula diperkenalkan oleh arkitek dan jururancang bandar yang ber-pengkalan di San Francisco, iaitu Peter Calthorpe. Beliau mela-hirkan dan mempraktikkan idea kualiti hidup komuniti sesuatu ke-jiranan akan dapat diperting-katkan melalui pengurangan kos pengangkutan, pengurangan ke-san alam sekitar dan alternatif kepada penyelesaian masalah kesesakan lalulintas.

Pelan pelaksanaan TOD akan diperlihatkan dengan lebih lanjut di Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2013: Gaya Hidup Lestari dan Kehidupan Hijau bagi pen-duduk di Petaling Jaya dan orang ramai.

Festival ini akan berlangsung di Jalan Yong Shook Lin, Pusat Bandar Seksyen 52 Petaling Jaya pada 21-22 Disember 2013, 8 pagi hingga 12 tengah malam. Pelbagai aktiviti yang dirancang menggalakkan penyertaan ke- luarga dalam pembelajaran dan keseronokan di festival yang penuh dengan maklumat itu.

Para penduduk di Petaling Jaya dan orang ramai dijemput hadir beramai-ramai. Masuk ada-lah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mbpj.gov.my

Page 10: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

11Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Page 11: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Selangorkini 6 - 13 Disember 2013 12

Selangor merupakan penyumbang utama hasil pertanian negaraSHAH ALAM - Selangor penyumbang ha-sil pertanian yang tertinggi dengan pengelu-aran 42.7 peratus, atau RM32 juta, daripada jumlah keseluruhaan keluaran pertanian negara.

Selain itu, Selangor juga pengeluar padi tertinggi dengan rekod hasil purata pengelu-aran 6.15 tan setiap hektar, berbanding pen-geluaran padi Malaysia 4.49 tan setahun.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibra-him menyampaikan penghargaan Kerajaan Negeri kepada golongan petani dan jaba-tanjabatan bertanggungjawab diatas usaha gigih mereka.

“Hasil yang tinggi dapat dicapai de- ngan setiap ruang kawasan tanah digunakan sepenuhnya dengan bantuan penggunaan teknologi dan inovasi pertanian terkini,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian ketika merasmi-kan Pesta Agrofest Selangor 2013 di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam, baru-baru ini. Menteri Besar melawat gerai pameran hasil pertanian di Pesta Agrofest Selangor 2013

Amalan demokrasi terus berkembang sihatPETALING jAyA - Penyertaan Adun BN sepanjang persidang-an Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini dilihat se-bagai perkembangan sihat yang dinantikan, sejak 2008.

Dalam perkembangan yang sama, Pakatan Rakyat (PR) ber-hasrat untuk memastikan re-formasi sistem Kerajaan Negeri diperkasakan melalui pindaan mewajibkan Ketua Pembang-kang mempengerusikan Jawa-tankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Selangor.

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata jawatan Ketua Pem-bangkang sebagai elemen semak dan imbang tidak boleh diambil mudah.

Di sidang DNS ke-12 dan ke-13 sebelum ini, dua usul men-jemput Ketua Pembangkang mempengerusikan PAC Sela-ngor ditolak oleh Ketua Pem-bangkang pada masa itu.

"Usul ini akan mengikat pen-tadbiran sedia ada dan masa hadapan kepada sistem urus tadbir yang tidak tertakluk kepa-da tabiat pemerintah atau Spea- ker semasa. Kita mahu pastikan reformasi ini berkekalan, bu-kan sahaja sekadar iltizam yang

Kita mahu pastikan reformasi ini berke-kalan, bukan sahaja sekadar iltizam yang murni, tetapi dikanunkan sebagai undang-undang

HANNAH YEOHSpeaker dNS

murni, tetapi dikanun-kan seba-gai undang-undang," tegas Han-nah.

Sementara itu, Exco Kanan, Datuk Teng Chang Khim, ber-kata penyertaan wakil rakyat BN membuktikan usaha menyubur demokrasi di Selangor mem-buahkan hasil.

“Pada penggal kedua ini, nampaknya pembangkang terg-erak hati untuk lebih aktif dan proaktif dalam usaha mereka memastikan pentadbiran Kera-jaan Negeri sentiasa dikawal, diselia dan dipantau dewan," ka-tanya.

Page 12: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Selangorkini 6 - 13 Disember 2013 13

Anda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor?Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera di bawah.

majlis perbandaran ampang jaya (mpaj)Tel : 03-4296 8000;Hotline : 1 -800-22-8100Laman Web: www.mpaj.gov.my

majlis daeraH Hulu selangor (mdHs)Tel : 03-6064 1331SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888Laman Web: www.mdhs.gov.my

majlis perbandaran Klang (mpK)Kutipan SampahKlang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif )Pembersihan awam (Jalan dan Longkang)Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan)Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free)Laman web: www.mpklang.gov.my

majlis daeraH Kuala langat (mdKl)Tel: 03-3187 2825SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888.Laman web: www.mdkl.gov.my

majlis daeraH Kuala selangor (mdKs)Tel: 03-3289 1439Laman web: www.mdks.gov.my

majlis daeraH sabaK bernam (mdsb)Tel: 03-3224 1655 / 1000Laman web: www.mdsb.gov.my

majlis perbandaran selayang (mps)Tel: 03-6126 5800 / 6120 4903 / 04 / 05 / 06Laman web: www.mps.gov.my

majlis perbandaran sepang (mpsp)Tel: 03-8319 0200 / 0300Laman web: www.mpsepang.gov.my

majlis bandaraya sHaH alam (mbsa)Tel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878Website: www.mbsa.gov.my

majlis perbandaran subang jaya (mpsj)Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545Laman web: www.mpsj.gov.my

majlis bandaraya petaling jaya (mbpj)Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am)SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213Laman web: www.mbpj.gov.my

majlis perbandaran Kajang (mpKj)Tel: 87377899

Hotline: 1-800-88-6755Emel: [email protected] Web: www.mpkj.gov.

my

Talian Hotline Kutipan Sampah

Oleh MoHD EzLI MASHUT

SHAH ALAM - Lorong belakang premis bangunan yang selama ini si-nonim dengan imej buruk, negatif dan bahaya untuk dilalui, kini semuanya berubah wajah.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan, berkata projek Laman Seni Shah Alam di Seksyen 2 bakal merubah tanggapan negatif itu de-ngan projek kecerian dan bersih, se-lain menyediakan peluang kepada komuniti, khususnya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyerlahkan bakat.

“Laman Seni Shah Alam itu akan menjadi lokasi tumpuan orang ramai,

‘Lorong belakang’ ubahpersepsi masyarakat

khususnya karyawan dan para pelajar untuk mengadakan persembahan se-cara santai dan kesenian.

“Ia juga beri ruang kepada pelajar untuk mempamerkan hasil kerja se-perti lukisan dan produk untuk tata-pan orang ramai,” kata beliau.

Jaafar berkata demikian dalam Ma-jlis Perasmian Laman Seni Shah Alam di Sekyen 2, di sini.

Melalui inisiatif ini para pelajar bekerjasama dengan MBSA untuk menceria dan memperindahkan lagi dinding lorong belakang melalui lukisan mural dengan pelbagai corak dan motif yang kreatif.

Laman seni itu akan dibuka untuk aktiviti muzik jalanan (basking) untuk

menghidupkan suasana di kawasan ini dengan pelbagai bentuk aktiviti seni dan kreativiti, sekaligus dapat memperkembangkan bakat.

Beliau berkata, masyarakat perlu merubah tanggapan bahawa lorong-lorong belakang rumah dan premis per-niagaan adalah hanya tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja.

Tambah beliau, projek itu berjaya direalisasikan melalui perkongsian pintar antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan syarikat korpo-rat Bank Muamalat Malaysia Berhad yang memberikan sumbangan seba-nyak RM20,000 untuk melaksanakan projek yang keseluruhannya berjum-lah RM30,000.

Beri ruang anak muda serlah bakat seniSHAH ALAM - Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran mengambil contoh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), yang memberi ruang kepa-da anak muda menunjukkan bakat dan kreati-viti dalam lukisan mural atau graviti bagi men-ceriakan sesuatu kawasan.

Pelajar Universiti Teknologi Mara Malaysia (UITM), Sabrina Suhaimi, 19, berkata aktiviti melukis mural atau graviti ini perlu digalakkan bagi mengubah tanggapan orang ramai bahawa aktiviti itu sering dikaitkan dengan kegiatan yang tidak berfaedah dan membuang masa.

Katanya, melalui aktiviti ini maka individu berbakat dapat menyerlahkan hasil kreativiti mereka dengan melukis lukisan yang bermotif dan mempunyai mesej bagi memperindah se-suatu kawasan.

“MBSA perlu promosikan bahawa aktiviti lukisan mural ini adalah bagus kerana ia akan menyerlahkan bakat pelajar. Pihak lain juga di-

harap dapat mencontohi usaha MBSA ini yang memberikan peluang kepada pelajar menun-jukkan bakat inovasi mereka,” kata beliau ke-tika ditemui Selangor Kini.

Menurut peniaga, Maz Aiefa Mohd Mazli , 24, usaha MBSA menukar imej lorong belakang di Seksyen 2 Shah Alam dengan kawasan kese-nian adalah satu idea baik kerana mampu me-naik taraf kawasan itu menjadi lokasi tumpuan orang ramai.

“Ia bagus kerana orang ramai dapat bersantai di sini dan secara tidak langsung peniaga dapat menjual barangan mereka dan sekaligus men-jadikan kawasan ini sebuah kawasan komersil,” katanya.

Projek Laman Seni Shah Alam itu di Sek-syen 2 menyediakan peluang kepada komuniti, khususnya pelajar sekolah dan institusi penga-jian tinggi awam (IPTA) menyerlahkan bakat dan kreativiti dalam kesenian dan kebudayaan.

Sabrina Suhaimi

Maz Aiefa Mohd Mazli

Laman Seni di Seksyen 2 diubah wajah menjadi tempat anak muda berkumpul dan serlahkan bakat seni

Page 13: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Tempatan14 Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Menteri Besar menyampaikan Anugerah Pengurusan Masjid kepada masjid terpilih

Jadikan masjid ‘universiti terbuka’Oleh NorHAyATI UMor

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam usaha menjadikan masjid di negeri itu sebagai ‘universiti terbuka’ bagi memu-dahkan masyarakat mendapat kefahaman berkenaan agama.

Pemangku Pengarah Jais, Zaki Arshad, berkata pihaknya akan meneliti beberapa modul terbaik untuk dijadikan bahan kepada masjid yang terpilih di negeri itu bagi menjalankan kuliah dan program.

Katanya, program itu dili-hat akan memberikan kefaha-

man yang menyeluruh kepada orang ramai, di samping da-pat mengimarahkan masjid sebagai institusi pendidikan agama.

“Kita mahu bina kefaham-an rakyat dan perlu mengorak langkah untuk lebih jauh ke hadapan. Kita juga mahu me-mindahkan institusi pondok kepada masjid.

“Hal ini kerana institusi pondok kurang mendapat sambutan dan kita boleh lak-sanakannya di masjid nege-ri Selangor,” katanya ketika membincangkan prosiding pengurusan masjid peringkat kebangsaan 2013, di Audito-rium Datuk Yahya Ahmad, SIRIM, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Menteri Besar,

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.

Sementara itu, Sallehin berkata, Kerajaan Negeri akan melantik jawatankuasa masjid yang akan mengenda-likan tabung dan kebajikan golongan mualaf bermula ta-hun depan.

Katanya, jawatankuasa tersebut akan mengendali-kan hal kebajikan golongan itu termasuk mengajar ilmu agama dan fardu ain.

Beliau berkata, pendekatan itu akan dilaksanakan kerana terdapat 93 permohonan go-longan mualaf yang mahu ke-luar daripada Islam.

“Mereka ini masuk Islam disebabkan mahu dapatkan duit dan kita tidak mahu faktor ini menjadi punca masalah murtad. Kita mahu jawatankuasa ini membim- bing mereka dengan cara yang terbaik selepas memeluk Islam,” katanya.

Program terbabit anjuran Jais dengan kerjasama Ja-batan Agama Islam Malay-sia (Jakim), Universiti Ke-bangsaan Malaysia (UKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menghimpunkan pentadbir masjid, imam be-sar, jabatan agama islam neg-eri dan pegawai takmir bagi membincangkan fungsi serta pelaksanaan pengimarahan masjid.

Kita mahu bina kefahaman rakyat dan perlu mengorak langkah untuk lebih jauh ke hadapan. Kita juga mahu memindahkan institusi pondok kepada masjid

ZAKi ARSHAdPemangku Pengarah Jais

Page 14: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Selangorkini 6 - 13 Disember 2013 15Tempatan

Oleh LIzAwATI MADFA

SHAH ALAM - Negeri lain diseru mengi-kut pendekatan kerajaan Selangor dalam menggalakkan golongan belia mendi-rikan rumah tangga dengan kos yang sederhana, tanpa membebankan mana-mana pihak.

Hakeemullah Ismail 23, berkata pen-ganjuran Program Perkahwinan Perdana Belia yang dianjurkan kerajaan Selangor merupakan inisiatif yang dinanti-nanti-kan memandangkan taraf hidup yang se-makin menghimpit golongan belia, teru-tama yang baru bekerja sepertinya.

“Hasil perbualan dengan rakan-rakan, ramai yang menantikan program seperti ini kerana inilah peluang untuk mendi-rikan rumah tangga dengan cara seder-hana, tetapi sempurna dari segi syariat.

“Program yang baik seperti ini boleh diperkembangkan lagi, bukan setakat di Selangor, malah seluruh Malaysia bagi menggalakkan perkahwinan awal usia bagi golongan muda,” kata Hakeemullah

Dirikan rumah tanggadengan kos sederhana

SHAH ALAM - Majlis Perkahwinan Perdana Belia anjuran Kerajaan Sela-ngor memberi peluang kepada belia pel-bagai kaum di negeri itu untuk merasai nikmat mendirikan rumah tangga de-ngan sambutan sederhana tetapi me-riah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata program itu diharap dapat mengurangkan bebanan kos per-belanjaan perkahwinan kerana seba-hagiannya di tanggung Kerajaan Negeri dan syarikat korporat

“Di samping itu, kita juga dapat mem-pamerkan adat resam perkahwinan ma-syarakat berbilang bangsa yang tidak menyalahi syariat Islam.

“Malah pasangan pengantin dapat kenal-mengenal dan hormat-menghor-mati antara rakyat pelbagai kaum yang berlainan agama, budaya serta kefaha-man parti,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian ketika me-nyampaikan ucapan perasmian Maj-lis Perkahwinan Perdana Belia 2013 yang diadakan di tapak Selangor Agro Fest 2013 di pekarangan Stadium Shah Alam, di sini.

Turut hadir barisan Exco Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali Rodziah Ismail, dan Dr Daroyah Alwi, serta Pengarah Eksekutif Majlis Su-kan Negeri Selangor (MSNS), Shamsul

Majlis Perkahwinan Perdana Belia anjuran Kerajaan Negeri Selangor

45 pasangan pengantin dirai penuh meriah

Hakeemullah dan Nurul Izzari

Pasangan pengantin baru ini kelihatan gembira sewaktu diraikan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri

Raymond Hui dan Jess Heng

S. Kanesan dan pasangan

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTU SOLATSelangor

6 - 13 Dis 20133 - 10 Safar 1435H

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

06 Jumaat 5:35 5:45 7:08 1:07 4:30 7:03 8:1807 Sabtu 5:36 5:46 7:08 1:07 4:30 7:04 8:1808 Ahad 5:36 5:46 7:08 1:08 4:30 7:04 8:1909 Isnin 5:37 5:47 7:09 1:08 4:31 7:05 8:1910 Selasa 5:37 5:47 7:09 1:09 4:31 7:05 8:2011 Rabu 5:38 5:48 7:10 1:09 4:32 7:05 8:2012 Khamis 5:38 5:48 7:10 1:10 4:32 7:06 8:2113 Jumaat 5:38 5:48 7:11 1:10 4:33 7:06 8:21

06 Jumaat 5:38 5:48 7:10 1:09 4:32 7:05 8:2007 Sabtu 5:38 5:48 7:10 1:09 4:32 7:06 8:2008 Ahad 5:38 5:48 7:11 1:10 4:32 7:06 8:2109 Isnin 5:39 5:49 7:11 1:10 4:33 7:07 8:2110 Selasa 5:39 5:49 7:11 1:11 4:33 7:07 8:2211 Rabu 5:40 5:50 7:12 1:11 4:34 7:07 8:2212 Khamis 5:40 5:50 7:12 1:12 4:34 7:08 8:2313 Jumaat 5:40 5:50 7:13 1:12 4:35 7:08 8:23

Shahril Badliza Mohd Noor.Seramai 45 pasangan pengantin (Me-

layu 40, Cina 1, India 4) daripada 23 DUN di seluruh Selangor diraikan da-lam majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu.

Majlis turut menyaksikan lima dari-pada pasangan yang beragama Islam

dinikahkan di atas pentas dengan disak-sikan kaum keluarga, tetamu kehormat dan tetamu-tetamu lain.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri melu-luskan tambahan pemberian insentif perkahwinan belia daripada RM200 se-orang kepada RM250 dan akan mula di-laksanakan pada Januari tahun depan.

dari Meru,Klang.Beliau dan pasangannya, Nurul Izzari

Anuar, antara 45 pasangan dari 23 DUN yang diraikan dalam Majlis Perkahwin-an Perdana Belia 2013 di pekarangan Stadium Shah Alam.

Sementara itu, seorang lagi peserta, S. Kanesan 29, memuji inisiatif kerajaan Selangor yang sentiasa memikirkan ke-perluan rakyat, terutama golongan belia sepertinya.

“Saya harap negeri lain dapat buka

mata dan ikut kebaikan yang dianjur-kan Kerajaan Negeri untuk kepenting-an rakyat secara keseluruhannya,” kata Kanesan.

Pendapat sama turut diberikan, Ray-mond Hui, 35, dan pasangannya, Jess Heng, 34, yang nyatakan gembira bila mana dapat menyertai program sebe-gini.

“Dalam program ini, kami bukan sa-haja dapat berkenalan dengan pasangan daripada bangsa lain, malah turut teruja

menikmati pengalaman baru ini,” kata Raymond.

Mereka yang ingin memohon Insen-tif Perkahwinan Belia, perlu berumur tidak melebihi 35 tahun, berpendapatan kurang RM1,500, perkahwinan kali per-tama dan anak Selangor atau menetap melebihi sepuluh tahun di Selangor.

Page 15: Selangorkini 6 - 13 Disember 2013

Selangor Kini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

MENARIK... Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBSA) memberi ruang dan peluang kepada generasi muda menunjukkan bakat dan kreativiti seni dalam lukisan dinding yang dikenali sebagai Projek Laman Seni Shah Alam, di Seksyen 2. BERITA LANJUT MUKA 13

Kenaikan tarif elektrik bebankan rakyat

MB: Kaji semula industri tenaga!

SHAH ALAM - Penghuni rumah dan pengusaha perniagaan dijangka terus dihimpit dengan kenaikan kadar inflasi nasional kepada 3.0%, tahun hadapan.

Walaupun Bank Negara berkata, ke-san daripada inflasi kali ini bersifat se-mentara, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sudah sampai masanya Kerajaan Pusat mengkaji se-mula operasi dan semua perjanjian da-lam industri tenaga, khususnya antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Penjana Tenaga Bebas (IPP).

"Kenaikan tarif elektrik berlaku pada masa yang salah dan kita perlu kaji sifat industri tenaga," tegas beliau, selepas merasmikan Forum Komuniti Ekono-mi Asean (AEC) di Hotel Concorde Shah Alam, baru-baru ini.

Berkuatkuasa 1 Januari 2014, Men-teri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, mengu-mumkan kenaikan tarif elektrik seba-nyak 14.89 peratus atau RM4.99 sen se-tiap kilowatt-jam (kWh) kepada 38.53 sen bagi pengguna di Semenanjung ta-nah air, dan kenaikan 16.9 peratus atau lima sen setiap kWh kepada 34.52 sen bagi pengguna di Sabah dan Labuan.

Bagi sektor industri, purata tarif naik 16.85 peratus kepada 36.15 sen setiap kWh, manakala sektor komersil me-nyaksikan peningkatan kepada 47.92 sen daripada 41.01 sen.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Ze-ti Akhtar Aziz, mengingatkan Kerajaan Pusat supaya memastikan rangkaian pembekalan dan penghasilan bergerak lancar bagi mengelakkan kenaikan har-ga keperluan.

"Kerajaan harus meningkatkan kecekapan dalam pengedaran dan penghasilan makanan, antara lain-nya, supaya bekalan yang memadai

Sudah sampai masanya Kerajaan Pusat mengkaji semula operasi dan semua perjanjian dalam industri tenaga, khususnya antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Penjana Tenaga Bebas (IPP)

tidak membawa kepada harga yang le- bih tinggi," kata Zeti selepas berucap di persidangan Iclif's Leadership Energy Summit di Sasana Kijang, ibu negara, baru-baru ini.

Pakatan bimbang kenaikan akan me-nyebabkan perusahaan kecil dan seder-hana bergelut untuk mengekalkan ope-rasi, dan akhirnya perlu menaikkan kos perkhidmatan atau barangan.

"Lebih membimbangkan, perniagaan kecil-kecilan dalam kategori komersil dan industri yang tidak menggunakan

lebih daripada 200 kWh sebulan akan menanggung kenaikan 10 peratus pada bil elektrik mereka," kata Ketua Men-teri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media.

Di Parlimen, Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen mempersoalkan men-gapa TNB menikmati pampasan kos ba-han bakar dari pemerintah, dan dalam masa yang sama meraih keuntungan daripada kenaik-an tarif elektrik itu.

Menurut beliau, keuntungan TNB bagi tahun hadapan dijangka melonjak

RM402 juta, daripada RM4.614 bilion tahun ini kepada RM5.016 bilion. Keun-tungan ini termasuk pampasan kos ba-han bakar RM1.12 bilion tahun ini.

Subsidi yang diperuntukkan untuk gas petroleum cecair (LPG), diesel dan petrol, pula dijangka naik kepada RM22 bilion tahun hadapan.

“Nampaknya yang menerima man-faat daripada langkah ‘rasionalisasi subsidi’ masih IPP dan TNB, manakala rakyat yang sedia merana perlu ikat pe-rut,” kata Dr Ko kepada media.