selangorkini 11 – 18 oktober 2013

15
MBSA: Pemilik pangsapuri kos rendah layak terima diskaun 25 peratus muka 12 PERCUMA 11 - 18 Oktober 2013, 6 - 13 Zulhijjah1434 Selangor Kini Penggerak Kemajuan Saksama KENALI ADUN ANDA LEE KEE HIONG N06 Kuala Kubu Bharu muka 6&7 SHAH ALAM - Kerajaan Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pem- bangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) sebagai pengiktirafan ke- pentingan jawatan tersebut dalam kerajaan demokrasi. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah ini merupakan pengiktirafan kepada peranan Ketua Pembangkang seba- gai komponen penting semak dan imbang (check and balance) kepada Demi menyubur demokrasi tulen dan hak sama rata Ketua Pembangkang terima elaun dan keistimewaan Kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan bahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Dato Menteri Besar pada persidangan Dewan Negeri Selangor ABDUL KHALID Menteri Besar kerajaan pemerintah sedia ada. Dengan ini, Ketua Pembang- kang menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun Setiausaha Kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun- elaun lain yang kesemuanya ber- jumlah RM8,620 sebulan. Pem- bayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980. “Kepentingan Ketua Pem- bangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan bahas usul Menjun- jung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Dato Menteri Besar pada persidangan Dewan Negeri Sela- ngor,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media selepas Maj- lis Mesyuarat Kerajaan Negeri Se- langor (MMKN). Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne- geri yang bersidang 9 Oktober itu menimbangkan dan melulus- kan keistimewaan tambahan itu yang akan dilaksanakan di bawah Seksyen 5 Enakmen Anggota Pen- tadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980. Kelulusan ini akan dikuatkuasa- kan selepas ia dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke -13 yang dijangka akan mula bersidang pada 19 No- vember depan. “Ia juga selari dengan hasrat kerajaan Pakatan menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesama- rataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat,” katanya. Kerajaan Negeri selamatkan KUIS muka 4

Upload: lycong

Post on 21-Jan-2017

260 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

MBSA: Pemilik pangsapuri kos rendah layak terima diskaun 25 peratus

muka 12

PERCUMA 11 - 18 Oktober 2013, 6 - 13 Zulhijjah1434

Selangor KiniPenggerak Kemajuan Saksama

KENALI ADUN ANDA LEE KEE HIONG

N06 Kuala Kubu Bharu

muka 6&7

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pem-bangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) sebagai pengiktirafan ke-pentingan jawatan tersebut dalam kerajaan demokrasi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah ini merupakan pengiktirafan kepada peranan Ketua Pembangkang seba-gai komponen penting semak dan imbang (check and balance) kepada

Demi menyubur demokrasi tulen dan hak sama rata

Ketua Pembangkang terima elaun dan keistimewaan

Kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan bahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Dato Menteri Besar pada persidangan Dewan Negeri Selangor

ABDUL KHALIDMenteri Besar

kerajaan pemerintah sedia ada.Dengan ini, Ketua Pembang-

kang menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun Setiausaha Kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang kesemuanya ber-jumlah RM8,620 sebulan. Pem-bayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

“Kepentingan Ketua Pem-bangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan bahas usul Menjun-jung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Dato Menteri Besar pada persidangan Dewan Negeri Sela-ngor,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media selepas Maj-lis Mesyuarat Kerajaan Negeri Se-langor (MMKN).

Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne-geri yang bersidang 9 Oktober itu menimbangkan dan melulus-kan keistimewaan tambahan itu yang akan dilaksanakan di bawah Seksyen 5 Enakmen Anggota Pen-tadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

Kelulusan ini akan dikuatkuasa-kan selepas ia dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke -13 yang dijangka akan mula bersidang pada 19 No-vember depan.

“Ia juga selari dengan hasrat kerajaan Pakatan menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesama-rataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat,” katanya.

Kerajaan Negeriselamatkan KUIS

muka 4

Keua pembangkang teriima elaun Dan keistimewaan

Page 2: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Selangorkini 11 -18 Oktober 2013 2Utama

Oleh AfEEqA AfEErA & NOrHAyAtI UMOr

SHAH ALAM - Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengalu-alukan pengiktirafan ke-pada peranan Ketua Pembangkang Selangor menerusi enakman khas yang akan diben-tangkan nanti.

Keputusan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu disifatkan perubahan yang amat positif untuk perkem-bangan politik dan sistem demokrasi di Se-langor.

“Di negara-negara maju, Ketua Pembangkang sa- ngat dihargai peranan mereka, justeru, Selangor mahu men-dahului langkah itu dengan memberikan pengiktirafan ini supaya kita dapat mendidik masyarakat lebih memaha-mi demokrasi sebenar,” kata

Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei.Manakala Adun Kua-

la Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, turut memuji dan berkata pemerintah sewa-jarnya menunjukkan kesak-samaan dan kesamarataan kepada semua wakil rakyat yang dipilih secara sah.

Beliau berharap supa-ya Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Umno-BN meneladani

kematangan ini dan berhenti meminggirkan wakil rakyat pembangkang.

“Saya menyambut baik usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang mengikti-raf setiap wakil rakyat, baik daripada Pakat- an, mahupun Umno-BN dalam pentadbir-an negeri. Ia patut dicontohi negeri-negeri lain,” katanya.

Sementara itu, Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman berharap dengan inisiatif ini, Ketua Pem-bangkang dapat melaksa-nakan amanahnya dengan berkesan.

“Saya berharap Ketua Pembangkang lebih proaktif mencetus idea untuk membangunkan Selangor secara ber-sama. Kita perlukan pembangkang untuk mengimbangi peranan pemerintah dalam De-wan Negeri Selangor (DNS),” tegas beliau.

Selain itu, bagi Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, langkah ini menjadikan Selangor sebagai ‘role model’ da-lam memperkasakan DNS dan menjadikan sistem demokrasi lebih sihat.

“Nampaknya, syor saya da-lam pembukaan DUN baru-baru ini akhirnya terlaksana. Sebagai Adun, saya menyambut baik langkah Kera-jaan Negeri yang mampu membuat pembaha-ruan ini. Ia sejajar dengan peranan DNS yang dikagumi dan disegani,” tegas beliau.

Adun PR: Pengiktirafan Ketua Pembangkang suburkan demokrasi

Oleh NAzLI IBrAHIM SHAH ALAM - Tokoh Pendak-wah Selangor 2013 menyifatkan perkembangan Islam di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) sebagai menakjub-kan, berikutan kerancakan pe-nganjuran program-program ber-corak keagamaan di negeri ini.

“Alhamdullilah... saya lihat perkembangan Islam di Sela-ngor, khususnya sejak lima tahun ini adalah satu perkembangan yang cukup baik dengan program yang disusun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Mufti dan sebagainya.

“Usaha dakwah dan latihan yang disediakan untuk kader-kader baru sebagai satu program yang menyeluruh, malah mereka mempunyai pelan tindakan un-tuk lima tahun akan datang, apa hasil yang kita boleh perolehi dalam masa 10 tahun, 20 tahun akan datang.

“Program dakwah di Selangor juga dijalankan dengan mempu-nyai wawasannya, bukan sekadar memenuhi syarat, saya amat ter-haru dan gembira dengan perkem-bangan ini,” ujar Shah Kirit yang memeluk Islam pada tahun 1996.

Selain Shah Kirit, Datin Ami-nah Zakaria turut diumumkan sebagai Penerima Anugerah To-koh Pendakwah Wanita, dan Aziz Mahmood sebagai Tokoh Peno-long Pendaftar Nikah Selangor.

Tokoh pendakwah: Perkembangan Islam di Selangor menakjubkan

Program dakwah di Selangor juga dijalankan dengan mempunyai wawasannya, bukan sekadar memenuhi syarat

SHAH KIRITPenerima Anugerah Tokoh Pendakwah Lelaki

Shah Kirit yang mempunyai pengalaman berdakwah di sera-ta dunia merupakan Duta Dak-wah Saba Islamic Media Sdn Bhd dan beliau pernah mene-rima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan 2012, Tokoh Saudara Muslim Muslimin dari- pada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2010 dan Tokoh Saudara Kita Maal Hijrah 2011 Negeri Selangor.

Ketiga-tiga tokoh terbabit masing-masing menerima hadi-ah wang tunai RM10,000, sijil, piala iringan dan sepersalinan pakaian yang disampaikan Exco Hal Ehwal Islam Negeri Sela-ngor, Sallehen Mukhyi.

Program Muzakarah Pendak-wah dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor ini, ber-langsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Aminah gembira menerima anugerah daripada Sallehen Shah Kirit, diumumkan sebagai Tokoh Pendakwah Selangor 2013

Page 3: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013 3Utama

Oleh AfIx rEDzUAN

SHAH ALAM - Ketua Eksekutif Insti-tut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, bersetuju bahawa Malaysia merupakan antara ne-gara yang menawarkan harga kereta yang mahal kepada rakyat disebabkan cukai kenderaan yang tinggi.

Kenyataan ini disokong dengan pa-paran sebuah portal popular, Jalopnik, menyenaraikan Malaysia sebagai negara kedua paling mahal untuk membeli kere-ta, di belakang Singapura dalam artikel bertajuk 10 Tempat Paling Mahal Untuk Beli Kereta.

Berdasarkan pengalaman tinggal di United Kingdom (UK) hampir 18 tahun, Wan Saiful menyatakan kerajaan sepatut-nya menyemak semula cukai kenderaan sedia ada yang dilihat tinggi memandan-gkan kereta merupakan keperluan kehi-dupan rakyat di negara ini.

“Saya sendiri mempunyai pengalaman mengenai kereta ini. Saya pernah tinggal di UK lebih kurang 18 tahun. Dan saya boleh beritahu jika di sana kerja biasa-biasa sahaja sudah mampu membeli con-tohnya Volkswagen Passat.

“Tetapi disini Passat menjadi kereta mewah. Jadi saya rasa memang betul per-bezaan harga memang tinggi disebabkan cukai yang dikenakan oleh kerajaan,” ka-tanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Menurut beliau, meskipun Malaysia

Kereta biasa jadi ‘mewah’ kerana cukai kenderaan

SHAH ALAM - Kenyataan bercanggah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ko-perasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek, berhubung kenaikan harga barangan asas seperti gula dan tepung dibidas keras Pakatan Rakyat.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ah-mad meminta menteri Umno-BN itu supaya tidak berdolak-dalik dan jujur memberitahu rakyat perkara sebenar.

Beliau berkata demikian mengulas la-poran Utusan Malaysia, 20 September lepas yang melaporkan Hasan meminta rakyat Malaysia tidak mempercayai berita bahawa Kerajaan Umno-BN akan mem-perluaskan pengurangan subsidi kepada tepung dan gula.

Tidak lama kemudian, pada 6 Okto-ber, Hasan dilaporkan oleh New Straits Times bahawa kenaikan harga gula dan tepung berkemungkinan naik ekoran daripada usaha pemotongan subsidi Kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Justeru saya ingin bertanya kepada Hasan, adakah subsidi tepung dan gula akan dikurangkan atau tidak?” soal beliau.

Kenaikan harga gula dan tepung

Menteri perlu bersikap jujur

PEtALING JAyA - Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong menyarankan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya melaksa-nakan kaedah ‘Micro Siting’ di bangunan-bangunan kerajaan atau kawasan sekitar sebagai sumber tenaga alternatif dalam kehidupan harian.

Cadangan itu diutarakan selepas TNB mengambil keputusan untuk membina dua loji janakuasa berkuasa arang batu berteknologi tinggi di Perak bagi me-menuhi permintaan elektrik yang se-makin meningkat.

Elizabeth berpendapat keputusan TNB itu mengejutkan pihaknya, sedangkan negara luar kini sedang menumpukan pelaksanaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui antaranya tenaga solar, biomas dan hidro.

“Namun, kita di Malaysia masih menumpukan kepada sumber yang akan habis dalam masa terdekat dan sumber

itu tidak boleh diperbaharui.“Saya mencadangkan, supaya TNB

menggunakan peruntukkan itu untuk menggunakan kaedah ‘Micro Siting’ di bangunan-bangunan kerajaan dan ka-wasan sekitar supaya sasaran untuk mendapatkan tenaga lebih baik dan boleh diperbaharui,” katanya.

Beliau berucap ketika Majlis Menan-datangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya dan Malaysia Green Technology Corporation.

Semalam, TNB mengumumkan akan membina dua loji janakuasa berkuasa arang batu teknologi tinggi berkeupayaan 1,000 MW di Manjung, Perak bagi me-menuhi permintaan elektrik yang se-makin meningkat.

Penggunaan tenaga pada masa ini di-jangka meningkat sebanyak lima peratus setahun dan kedua-dua projek itu dalam perancangan syarikat.

Elizabeth: Arang batu ketinggalan zaman

mempunyai pengeluar kereta nasional terbesar seperti Proton dan Perodua, me-reka turut berhadapan cukai kenderaan seperti syarikat pengeluar kenderaan lain.

Justeru, cukai kenderaan sedia ada ini perlu dihapuskan agar pengguna dapat menikmati kenderaan pada kadar harga yang rendah.

“Cukai yang dikenakan terhadap Pe-rodua dan Proton tidak banyak beza de-ngan kereta lain, cuma disebabkan kos-nya lebih rendah.

“Kereta seperti Proton Preve misal-nya, boleh dijual pada harga RM65,000 ke RM70,000. Jadi dia bersaing dengan kereta lain yang sama kelas dengannya.

“Bukan isu kita ada kereta nasional. Isu sebenar adalah cukai yang dikenakan, yang mana kereta nasional juga kena cu-kai yang sama.

“Sekiranya cukai itu tidak ada atau lebih rendah saya rasa kereta nasional ini jauh lebih rendah pada masa sekarang,” katanya.

Mengapa subsidi untukrakyat sering dikurangkan terlebih dahulu berbanding subsidi korporat?NIK NAZMIAdun Seri Setia

Kedua-dua projek itu akan bermula tidak lama lagi dan akan siap dalam masa empat tahun akan datang.

Malaysia menggunakan kira-kira 15,000 MW hingga 16,000 MW kuasa setiap hari, dan angka itu dijangka me-ningkat setiap tahun.

Kaedah Micro Siting mampu menampung

permintaan yangsemakin meningkat

Laman Web Jalopnik yang menyenaraikan Malaysia antara negara kedua paling mahal untuk membeli kereta

Nik Nazmi, yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Sela-ngor juga meminta Kerajaan Pusat supa-ya menjelaskan mengapa subsidi untuk korporat tidak dikurangkan untuk me-nangani isu ekonomi yang diuar-uarkan.

“Pakatan tidak menolak pengurangan subsidi secara total. Namun yang diper-tikaikan sehingga hari ini ialah mengapa subsidi untuk rakyat sering dikurangkan terlebih dahulu berbanding subsidi kor-porat?” kata beliau.

Pemimpin muda PKR itu juga berkata, rasionalisasi subsidi sepatutnya dilaksa-nakan serentak dengan usaha mengeka-ng aliran keluar wang haram dan rasuah yang semakin parah dan mengakibatkan negara mengalami masalah ekonomi.

“Kerajaan sering memberi alasan de-fisit fiskal untuk mengurangkan subsidi kepada rakyat. Namun yang nyatanya kerajaan berhadapan defisit keyakinan,” tegas beliau.

Page 4: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013 4Fokus

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Poli-tik kepada Menteri Be-

sar Selangor, Faekah Husin (gambar), berkata Kolej Uni-vesiti Islam Antarabangsa Se-langor (Kuis) adalah contoh kepimpinan Umno-BN yang memperniagakan pendidikan; mengakibatkan pelajar dan ke-luarga menanggung kos penga-jian yang tinggi.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, perjanjian konsesi Kuis dengan Redha Resources Sdn. Bhd. (RSSB) mengakibat-kan institut itu menanggung kos yang amat tinggi sehingga di-belit masalah kewangan serius sejak 2010 lagi.

“Disebabkan ‘kesilapan’ pe- mimpin terdahulu memilih pembangunan secara BOT (Bina, Operasi dan Pindah) dan menandatangani perjanji-an konsesi yang berat sebelah, kerajaan Pakatan Selangor di bawah pimpinan Menteri Be-sar, Tan Sri Abdul Khalid Ibra-him, terpaksa mencari jalan menyelamatkan sebuah insti-tusi pendidikan kebanggaan

Kerajaan Negeri selamatkan KUIS

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bercadang mengam-bil alih Kolej Univesiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) bagi menyelamatkan kolej itu daripada terus dilanda masalah kewangan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangu-nan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata usaha pem-belian saham Kuis bersama Kerajaan Negeri itu, ba-gaimanapun masih dalam peringkat rundingan.

“Kuis adalah milik Majlis Agama Islam Selangor (Mais), jadi mustahil Kuis daripada entiti yang berbeza akan memaklumkan semua masalahnya kepada Kera-jaan Negeri seperti mana yang dilakukan Unisel.

“Setelah melihat Kuis berdepan masalah kewangan, ditambah dengan prestasi yang tidak memberangsang-kan, Kerajaan Negeri tampil membantu dengan mem-beli sahamnya,” ujar Dr Halimah ketika dihubungi.

Dr Halimah berkata, dengan adanya pegangan sa-ham itu nanti, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mengemas kini urus tadbir sedia ada, selain menyalur-kan dana untuk menaik taraf kemudahan pendidikan di kolej itu.

Sementara itu, Timbalan Rektor Pengurusan Korpo-rat Kuis, Dr Zulkefli Hamid berkata, pihak pengurusan kolej akan membuat kenyataan mengenai perkara itu da-lam masa terdekat.

Baru-baru ini, Laporan Ketua Audit Negara 2012, memaklumkan prestasi kewangan Kuis didapati kurang memuaskan dengan kerugian sebelum cukai bernilai RM11.30 juta pada tahun 2011.

Atasi kelemahan kewangan

poh 16 tahun pertama, manakala kenaikan 5 peratus bagi setiap 3 tahun sehingga tahun ke 30.

“Analisis audit selanjut-nya juga mendapati bagi ta-hun 2012 hingga 2020, Kuis Sdn. Bhd. dijangka akan terus menanggung sewa asrama se-hingga mencecah RM72.22 juta,” lapor JAN dengan anda-ian Kuis masih mengekalkan ka-pasiti 5,000 pelajar selaras de- ngan kapasiti fasiliti akademik.

rakyat Selangor,” kata Faekah.Menurut Faekah, Kerajaan

Negeri sedang berusaha untuk mengambil alih semua prasara-na dan kos prasarana Kuis supa-ya pentadbiran Kuis tidak terus terbeban, hanya mengurus kos operasi harian, dan menumpu kepada mutu pendidikan dan pembelajaran.

“Syarikat milik penuh ke-rajaan Selangor, Kumpulan Pe-rangsang Selangor (KPS) dimin-ta untuk mengkaji situasi Kuis dan berbincang dengan pihak pengurusan serta pihak-pihak berkenaan mengenai bentuk bantuan yang boleh diberikan, termasuk menyalurkan dana kepada Kuis yang menanggung kerugian sebanyak RM11.30 juta

pada 2011,” kata Faekah.Sebenarnya angka-angka

yang tidak disebutkan oleh Faekah membayangkan kea-daan yang lebih serius, seperti yang dilapor Jabatan Audit Ne- gara (JAN). Kesan dari ‘kesilap-an’ pimpinan terdahulu men-gakibatkan Kuis terpaksa me-nampung baki bayaran sewa sebanyak RM14.24 juta kepada RSSB dan pembiaya konsesi.

Bayaran sewa naIKseTIaP TIGa TaHUn

Kuis memaklumkan komitmen kewangan

yang membeban-

kan ini berpunca daripada klausa perjanjian konsesi yang memberi jaminan pembayaran sewa ber-dasarkan kadar kependudukan 100 peratus dan 300 hari kalen-der akademik.

Bagaimanapun, kadar pengi-napan pelajar di asrama BOT tidak pernah mencapai 100 pera-tus dan kalendar akademik ada-lah kurang dari 280 hari.

JAN seterusnya membong-kar perjanjian konsesi itu. Kuis diikat selama 33 tahun, di mana bayaran sewaan asrama akan meningkat 10 peratus bagi setiap 3 tahun bagi tem-

MENUrUt Setiausaha Politik Ke-pada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Kolej Universiti Islam Sela-ngor Sdn. Bhd. (Kuis) memerlukan sekurang-kurang RM238 juta bagi memulihkan kewangan Kuis.

Dana ini termasuk bayaran ber-jumlah RM152 juta untuk sekali ba-yaran (one-off payment) kepada syarikat konsesi, Redha Resources Sdn. Bhd (RRSB), untuk mengambil alih prasarana berkaitan, manakala selebihnya untuk menaik taraf kemu-dahan pendidikan dan penyelengga-raan bangunan.

“Sekiranya one-off payment ini tidak dibuat, Kuis terpaksa bayar le-bih RM19 juta setahun kepada RSSB selama 33 tahun yang mencecah RM600 juta. Setakat ini, Kuis telah bayar sebanyak RM50 juta kepada RSSB,” jelas beliau.

Perjanjian konsesi antara Kuis dan RRSB ditandatangani pada 7 Mac 2006 untuk membina asrama secara Bina, Operasi dan Pindah (BOT).

Pemiliknya, Sulaiman Abdul Razak, kini Adun Permatang memiliki pe-gangan saham terbesar dalam syarikat itu. Isterinya turut memiliki pegang-an saham yang kecil. Baki pegangan

dimiliki Bina Puri Holdings (Bina Puri), iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan operasi pembinaan dan penyelenggaraan asrama.

Menurut agensi Bernama, Menteri Besar ketika itu, Dr Mo-hamed Khir Toyo, menyaksikan pemeteraian perjanjian pinja-man sebanyak RM125.8 juta antara Kuis, RRSB dan bank-bank pem- biaya, iaitu Bank Pembangunan Ma-laysia Berhad, Bank, Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd dan Bank Mua-malat Malaysia Berhad, pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama untuk 6,000 pelajar itu.

Ketika dihubungi, Sulaiman berka-ta: “Sepatutnya bila laporan dari Audit Negara keluar mengenai kelemahan Kuis, jangan kaitkan dengan saya. Se-patutnya, periksa dengan Kuis dan tanya kenapa jumlah pelajar mereka merundum.”

Beliau menegaskan bahawa pro-jek tersebut telah melalui proses yang betul sebelum ia diluluskan Kerajaan Negeri serta ia melibatkan pembiayaan swasta (Private Fun-ding Initiative) dan bukannya dana Kuis atau Majlis Agama Islam Se-langor (Mais).

“Saya sudah terangkan dalam (sidang) dewan (yang lepas) dan saya dah maafkan orang-orang yang buat dakwaan-dakwaan sebab mereka tidak jelas,” kata beliau dan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang membuat tuduhan tidak tepat.

Menurut Hansard Dewan Ne-geri Selangor 11 Julai 2012, Sulai-man memberitahu Dewan Bahasa kos yang beliau tanggung adalah RM135,188,405.74, dan bukan RM96 juta seperti yang didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ram-li, pada 2 Mei 2012.

Menurut Hansard itu lagi, kadar sewa bilik yang ditawarkan juga di-tentukan pegawai kewangan negeri pada masa itu.

Menyambut penjelasan daripada Adun Umno itu, Abdul Khalid ber-kata, beban kepada Kuis meningkat setiap tahun kerana kos BOT yang sangat tinggi.

Meskipun pihak kontraktor atau swasta turut dibebankan dengan pin-jaman untuk membiayai pembangun-an, namun Kuis tidak sepatutnya dibe-bani, kerana ia akan menjejaskan dana untuk operasi.

Kos pemulihan RM238 juta

Page 5: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013 5

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan merangka konsep Pertanian Ur-ban (UA) dalam siri mesyuarat me-libatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pejabat Exco bertang-gungjawab, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Adun dan penduduk.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata mesyuarat itu nanti mahu men-cari formula untuk menerap dan melak-sanakan Pertanian Dalam Bandar se-cara holistik, berkesan dan cekap.

“Pertanian Urban ini satu konsep yang masih dalam perbincangan. Be-lum ada lagi rancangan yang konkrit untuk dimajukan.

“Saya dan Menteri Besar akan me-ngadakan perjumpaan dan perbincang-an dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Adun, Ahli Majlis dan juga pen-duduk di kawasan berkaitan untuk cari satu formula terbaik supaya apabila dilaksanakan ia akan berjalan lancar,” katanya.

Perlu rangka konsep Pertanian Urban terbaik

TiMbALAN Pengurus besar Pentadbiran dan Pembangunan PKNS, Noraida Mohd Yusof (kiri) melayan pengunjung yang datang ke Program Hari Mesra Pelanggan PKNS 2013 di SACC Mall, sambil diperhatikan Ketua Pegawai integriti, Norita Sidek (dua kiri) dan Kontroler Pembangunan Wilayah Tengah PKNS, Roziah Ahmad (tengah). Program diadakan bertujuan membuka ruang kepada pelanggan dan orang ramai mengemukakan aduan, pandangan dan kehendak mereka mengenai produk PKNS

SHAH ALAM - Pertanian Urban (UA) mampu meningkatkan sosial ekonomi golongan petani dan membangunkan se-suatu kawasan yang akan menjana keun-tungan rakyat dan negeri.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim (gam-bar) berkata, pelaksanaan UA akan mem-berikan kesan positif dalam memenuhi permintaan bahan keperluan makanan semasa yang semakin meningkat sekarang ini.

“Saya sambut baik dan menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri untuk me-neroka UA memandangkan pertanian ada-lah satu perniagaan yang dapat menjana ekonomi setempat.

“Sudah sampai masanya, satu pelan pe- rancangan yang holistik dirangka bagi tu-juan berkenaan. Dengan adanya perancan-gan ini, saya yakin pendapatan petani da- pat dioptimakan,” katanya kepada Sela-ngor Kini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai UA di Majlis Dia-log Belanjawan 2014 di Subang Jaya, baru-baru ini.

Abdul Khalid menyatakan respon ke-pada urbanisasi pesat di Selangor dengan jangkaan 85 peratus kawasan di Selangor akan menjadi bandar menjelang 2020.

Sehubungan itu, Suee Lim berkata, pendedahan tentang skil dan teknologi pertanian yang lebih maju kepada petani harus diberi keutamaan supaya segala ob-jektif yang dikenal pasti dapat mencapai sasaran.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempa-tan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri akan merangka konsep UA dalam siri mesyuarat melibatkan Menteri Besar, Pejabat-Pejabat Exco bertanggungjawab, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Adun dan pen-duduk yang akan diadakan dalam masa terdekat.

UA mampu tingkatkanpendapatan

Tempatan

UA dinyatakan Menteri Besar pada Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Su-bang Jaya pada 23 dan 24 September lalu, sebagai respon kepada urbanisasi pesat di Selangor.

Menjelang 2020, beliau menjang-kakan 85 peratus kawasan di Selangor akan bertukar menjadi bandar.

Didorong keperluan mempertahan-

kan bekalan makanan berterusan, me-mastikan sumber khasiat gizi untuk rakyat tidak terputus, dan membuka peluang pendapatan baru untuk golong- an berpendapatan rendah dan seder-hana, Selangor kini menyertai inisiatif sejagat memetakan UA dalam peran-cangan bandar.

UA meletakkan sistem budidaya, pemprosesan dan pemasaran sayur-sayuran, buah-buahan dan daging se-gar serta produk berasaskan tani dalam zon yang telah dimajukan dan sepanjang lingkaran antarabandar di tanah-tanah milikan awam, milikan peribadi atau ta-nah komuniti.

“Apabila sudah ada konsep, kita akan lihat apa elemen yang akan diletakkan dalam program ini dan daripada elemen ini dimanakah kekangan yang mungkin akan dihadapi dan sebagainya.

“Bagaimanapun ia adalah perancang-an Kerajaan Negeri untuk menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa dan se-jahtera,” tegas Chang Khim.

Teng Chang Khim

Page 6: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Pemimpin6 Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013

PROFILLee Kee HiongAdun Kuala Kubu BharuUmur : 47 tahunTempat Lahir : Muar, JohorSuami : Lee Jenn Huei

PendidiKAn 1987 - 1991 : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber

Universiti Pertanian (kini Universiti Putra Malaysia)

1997 - 2000 : Ijazah Perpustakaan dan Sains Maklumat Universiti Malaysia

KerjAyA dAn PoLitiK Mei 2013 : Adun Kuala Kubu Bharu 1993- 1997 :Pembantu Khas kepada Setiausaha DAP,

Lim Kit Siang 2006- 2008 : Pengurus Besar di Ibu Pejabat DAP Malaysia 2008 - April 2013 : Ahli Majlis di Majlis Perbandaran

Kajang (MPKj) 2003 : Ahli Jawankuasa DAP Selangor 2012 - kini : Timbalan Pengerusi DAP Wanita Selangor 2008- 2012 : Ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan

Awam Selangor 2010 : Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Hulu Langat

PusAt KHidmAt dun KuALA KuBu BHAruno 15, jalan gamelan 1 off jalan Hamzah, taman gamelan, 44000, Kuala Kubu Bharu, selangor

tel/Fax: 03 60645505 Facebook: Lee Kee Hiong twitter: @KeeHiong

Oleh NOrHAyAtI UMOr

Mandat yang diberikan kepada rakyat Kuala Kubu Bharu (KKB)

pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) lalu kepada Lee Kee Hiong akan cuba diguna-kan sebaiknya dalam usaha memperkasakan ekonomi di kawasan itu.

Adun KKB itu berkata, beliau mahu memajukan eko pelan-congan di KKB supaya pen-duduk tempatan mendapat hasil daripada kedatangan pelancong dalam dan luar negara.

Katanya, KKB mempunyai banyak tinggalan sejarah, jus-teru tidak asing bandar itu dike-nali sebagai bandar warisan.

“Segala perancangan untuk menuju ke arah itu dirangka dengan teliti dan pelaksanaan-nya sedang rancak serta bakal direalisasikan bermula tahun depan dan cuba diselesaikan dalam tempoh lima tahun,” ka-tanya pada Selangor Kini.

Antara kawasan yang boleh diangkat menjadi warisan KKB ialah stesen lama Keretapi Ta-nah Melayu (KTM) di Kuala

Eko pelancongan, tingkat ekonomi penduduk KKB

Kubu Road.“Selain itu, kita sedang cari

landasan kereta api lama yang masih tersembunyi, sama ada di Kampung Dagang Setia atau di Taman Gamelan,” katanya.

Lee berkata, Taman Mille-nium juga akan disenaraikan sebagai kawasan warisan kerana di situ terletaknya bandar lama KKB.

Katanya, bandar terbabit da-hulunya tenggelam disebabkan tragedi empangan pecah.

“Bandar lama itu terbenam di bawah tapak Taman Mille- nium, kita akan temui pa-kar atau jabatan sejarah un-tuk menjejaki kesemua tapak dan peninggalan sejarah lama KKB,” katanya.

Malah menurut Lee, beliau sudah pun berbincang dengan Jabatan Perancang Bandar, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Katanya, usaha itu akan me-rancakkan lagi pelan Rancang-an Kawasan Khas (RKK) dalam

Agenda 21 yang dirancang ber-sama dengan MDHS.

Selain itu, Lee juga ber-cadang memperkenalkan ba-ngunan-bangunan sejarah yang didirikan seawal tahun 30an di KKB.

“Ia salah satu bangunan terancang , tidak seperti Taiping, ia dirancang Pejabat Daerah, bu-

kan perancang. Jadi kita mahu selenggara bangunan ini supaya warisannya dijaga,” katanya.

Turut dalam perancangan-nya, memperkenalkan kawasan Bukit Kutu yang mempunyai sejarah peninggalan British di puncak bukit selain memper-giatkan lagi aktiviti ‘water raft-ing’ di KKB.

Segala perancangan untuk menuju ke arah itu dirangka dengan teliti dan pelaksanaannya sedang rancak serta bakal direalisasikan bermula tahun depan dan cuba diselesaikan dalam tempoh lima tahun

Lee meninjau keindahan pemandangan hutan di Kuala Kubu bharu

Page 7: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & SuitesNo 1, Persiaran Akuatik 13/43,

Seksyen 13, 40100, Shah Alam, SelangorTel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856

Emel: [email protected]

PENASIHAT: Faekah HusinArfa’eza Abdul Aziz

KETUA PENGARANG: Fazallah Pit

PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar

PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim

WARTAWAN: Afeeqa Afeera: [email protected],

Hafizan Taib: [email protected], Lizawati Madfa, Norhayati Umor:

[email protected] Siraj Mohd Zaini, Naeem Raffi:[email protected]

JURU GAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Selangor Kini

PemimpinSelangorkini 11 - 18 Oktober 2013 7

Eko pelancongan, tingkat ekonomi penduduk KKB

ADUN Kuala Kubu Bharu (KKB), Lee Kee Hiong mahu merancak-kan beberapa industri di KKB su-paya anak muda KKB tidak perlu berhijrah ke bandar untuk men-cari pekerjaan.

Katanya, pembangunan di KKB perlu dibangunkan me-mandangkan ia termasuk dalam kategori luar bandar dan pem-bangunan itu memerlukan tena-ga anak muda.

“Ketika ini, saya hadapi ma-salah kerana anak muda banyak yang berhijrah ke bandar, yang tinggal ketika ini kebanyakannya golongan warga emas.

“Disebabkan anak muda tia-da, saya hadapi tenaga kerja ber-sama untuk memajukan KKB,” katanya.

Sehubungan itu, pada pering-kat awal, Lee merancang untuk mempergiatkan industri perki-

langan dan eko perlancongan supaya anak muda tidak berhij-rah ke bandar dalam masa yang sama memberi peluang peker-jaan kepada mereka.

Bagaimanapun katanya, sek- tor perkilangan akan dijaga de-ngan baik supaya tiada pence-maran berlaku sehingga me-nyebabkan sektor perlancongan terjejas.

“Peringkat awal ini, saya ja- lankan bebera- pa aktivit anta-ranya pertan-

dingan fotografi, saya akan bawa untuk dipamekan ke Kuala Lum-pur.

“Pada perayaan Tahun Baru Cina ini nanti, saya mahu me-ngadakan karnival selama enam hari, supaya anak-anak muda meluangkan masa lebih bersama keluarga.

“Saya juga mahu infrastruktur di KKB dinaik taraf, antaranya jalan raya dan kemudahan In-ternet. Ini perkara yang penting dalam membangunkan sesuatu kawasan,” katanya.

STATISTIK PROGRAMMES DUN KUALAKUBU BHARU

Skim Mesra : 7335Usia Emas pendaftar

Masih hidup : 2832

Meninggal dunia : 903

Jom 1,368 Shopping : penerima

Tuisyen percuma : 134 orang

WALAUPUN baru lima bulan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lee Kee Hiong berjaya menyelesaikan beberapa masalah, antaranya masalah te-kanan air rendah.

Lee berkata, masalah tekanan air rendah itu dilalui penduduk disebabkan pihak bertanggung-jawab tidak menukar paip uzur dan karat sejak 50 tahun lalu.

Katanya, keadaan paip itu me-nyebabkan saluran paip yang menuju ke setiap rumah menjadi sempit dan kehilangan tekanan.

“Kita sudah mencuba sedaya upaya mengatasi masalah ini, jika tidak penduduk hanya dapat air macam air kencing, perlahan.

“Tetapi atas desakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), bersetuju menukar paip di Kam-pung Pisang itu kepada paip yang baru dan lebih besar saiznya pada Julai baru-baru ini,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga mahu Syabas menukar paip-paip usang secara berperingkat di Kuala Kubu Bharu (KKB) bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya kini sedang menunggu keputusan Kerajaan Negeri untuk menampung kos penukaran dan pemasangan paip baru di kawasan pekerja ladang Kampung Kalum-pang sebanyak RM3.5 juta.

MELIHAt pada kebangkitan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR), Adun Kuala Kubu Bharu (KKB), Lee Kee Hiong, mahu memastikan budaya ker-janya berbeza dengan sentiasa turun pa-dang mendampingi dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya.

Lee berkata, beliau menetapkan hari Rabu setiap minggu sebagai Hari Ber-

temu Rakyat secara beramai-ramai bersama pasukannya yang terdiri daripada Ahli Majlis, Ketua-Ketua Kampung dan penduduk.

“Mandat sudah diberi. Saya da- pat banyak dorongan, sokongan dan kerjasama dengan banyak pihak. Jadi penerimaan mereka terhadap saya sangat jelas.

“Bila tiba hari Rabu, saya akan bertemu rakyat di dua tempat, iaitu pada jam empat hingga enam petang di Pusat Khidmat DUN, manakala bagi lapan hingga 10 malam di Balai Raya JKKK Rasa,” katanya.

Beliau berkata, sebagai Adun yang menjadi pilihan rakyat, sudah tentu masa bersama keluarga perlu dikorbankan.

“Saya memang minat politik, sebab itu saya dapat banyak tawaran daripada pel-bagai parti, tetapi saya lebih cenderung kepada DAP.

“Keluarga saya tidak menghalang dan tidak juga menyokong, tetapi disebabkan minat, saya memilih jalan ini,” katanya.

Lee menganggap politik merupakan satu landasan yang boleh menentukan dasar untuk membela masyarakat.

“Kita hidup bukan berseorangan, kita hidup dalam masyarakat, masyarakat yang membentuk negara, negara memer-lukan orang untuk berkhidmat, bukan saja untuk jaga periuk nasi sendiri.

“Oleh itu, sebagai seorang manusia, kita mesti pentingkan masyarakat dan negara. Jadi, politik adalah satu landasan yang menentukan dasar dalam membela rakyat,” katanya yang mula menyertai politik pada tahun 1993.

Turun padang dekati rakyat

Tekanan air rendahberjaya diatasi

Beri peluang anak muda bekerja

Mandat sudah diberi. Saya dapat banyak dorongan,sokongan dan kerjasamadengan banyak pihak. Jadi penerimaan mereka terhadap saya, sangatjelas

Page 8: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013 8Album

Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013 9Album

AduN Sri Muda, Shuhaimi

Shafiei, memberi sumbangan

sepasang baju dan tudung

kepada 25 ahli kumpulan marhaban Surau

Addin, Seksyen 27, Shah Alam.

KeLuARgA Kia Ola yang tinggal di Kampung Orang Asal Kuala Kerling, menerima wang khairat kematian menerusi Skim Mesra usia emas (SMue) daripada Adun Kuala Kubu bharu, Lee Kee Hiong

KeLiHATAN datuk bandar Petaling Jaya, datin Paduka Alinah Ahmad dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, bersama penghuni Pangsapuri desa Mentari, sewaktuProgram Mesra Rakyat MbPJ bersama penduduk

KiRA-KiRA 50 aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat, berhimpun di pekarangan Parlimen membantah terhadap pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang memperuntuk penahanan individu tanpa bicara

MeSiN menyapu sampah hasil ciptaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, yang dipamerkan pada Majlis Konvensyen Kumpulan inovasi dan Kreativiti Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor, menarik perhatian orang ramai yang hadir. Program

dirasmikan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), datuk Tarmedi Omar

AduN Taman Temple, Zaidy Abd Talib (baju batik), menyerahkan

wang khairat kematian kepada waris peserta

Skim Mesra usia emas (SMue) di Pusat

Khidmat duN Taman Templer

SeLePAS penat mendaki bukit Melawati, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib bersarapan bersama penduduk sambil mendengar pandangan dan bantahan mereka terhadap pembangunan di sekitar bukit Melawati

AduN Taman Medan, Haniza Talha (kiri)dan

unit bahagian Kawalan banganan Majlis

bandaraya Petaling Jaya (MbPJ), melawat

tapak di Pangsapuri impian baiduri Seksyen

51A, Petaling Jaya. bangunan di

Pangsapuri ini mengalami keretakan

di atas bumbung. Akibatnya apabila

hujan, rumah di tingkat paling atas, mengalami

kebocoran teruk. Hadir sama Ahli Majlis MbPJ,

Raja Fairuz Raja Mazlan (hujung kanan)

PeRJuMPAAN mingguan peserta Skim Mikrokredit di Taman Sri bayu. Hadir sama, Adun Morib, Hasnul baharuddin yang memberi kata-kata perangsang kepada peserta program

Page 9: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Tempatan10 Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013

Peniaga menyambut baik program yang diperkenalkan sebagai tanda menghormati azan maghrib

dATuK bandar Shah Alam, datuk Jaafar Atan,

menendang bola ke gawang gol, sebagai simbolik perasmian

Karnival Soccerkids di Padang b, dataran

Kemerdekaan Shah Alam. Karnival

Soccerkids yang berlangsung selama dua

hari itu disertai 72 pasukan yang terdiri daripada 40 pasukan

untuk kategori 12 tahun dan ke bawah, manakala

32 pasukan lagi untuk kategori 9 tahun

dan ke bawah

PEtALING JAyA - Dunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam per-niagaan.

Sehubungan itu, program ‘Jom Tutup Lampu’ diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Ta-man Medan, Haniza Talha, bagi tujuan mengajak umat Islam menunaikan solat Maghrib.

“Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para penia-ga dan pembeli supaya tidak mening-galkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk,” katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya.

Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu

serta-merta ketika azan Maghrib berku-mandang.

“Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim,” katanya.

Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Ab-dullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato’ Harun.

“Saya kemukakan cadangan untuk bina surau di kawasan ini kepada MBPJ dan masih lagi tunggu maklum balas mereka, ” katanya.

‘Jom tutup lampu’ untuk tunaikan solat

Oleh NAEEM rAffI

SHAH ALAM - Syiah ancaman kepada Islam kerana tiada satu pun titik per-temuan yang membuktikan fahaman itu selaras dengan Islam.

Menurut Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara, Sheikh Ismail Omar, pertentangan antara fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah adalah sangat besar dan jelas, teruta-manya dalam al-Quran, al-Hadis dan para Sahabat Rasulullah SAW.

“Pertentangan kedua-dua fahaman itu bukan sahaja melibatkan soal fiqh, malah menyentuh soal akidah sebagai perkara

Sheikh Ismail: Syiah ancaman besar kepada Islam

paling pokok serta asas dalam Islam.“Kesesatan Syiah ini jelas sehingga

mereka berpendapat para sahabat nabi kafir selepas wafatnya Baginda Rasul-lah SAW, kecuali sebilangan kecil.

“Mereka juga meletakkan Saidina Ali di tempat yang terlalu istimewa dan ada pula yang berpendapat Ali diwasiatkan sebagai penganti Rasulullah SAW,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mem-bentangkan Hukum Ulama Islam Ter-hadap Syiah pada Program Penjelasan Bahaya Syiah di Selangor yang berlang-sung di Dewan Pro Canselor Universiti Selangor (UNISEL), baru-baru ini.

Program anjuran bersama bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pusat Islam Unisel itu turut menampilkan Mufti Wilayah Perseku-tuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Ke-tua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ismail Omar serta Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Ne-geri Selangor, Datuk Dr Sidek Baba.

Program tersebut dianjurkan sebagai usaha menggerakkan kesedaran umat Islam di Selangor untuk lebih prihatin terhadap ancaman Syiah.

Sementara itu, dalam program be-rasingan, Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin, berkata Jais akan mengadakan jelajah ke serata Selangor bagi memberi penerangan akan kesan fahaman Syiah kepada masyarakat Islam di negeri ini.

“Kita akan adakan jelajah bermula di Gombak pada 25 Oktober ini dan selepas itu bergerak di seluruh daerah lain di Selangor,” ujar Marzuki.

Kesesatan Syiah ini jelas sehingga mereka berpendapat parasahabat nabi kafir selepas wafatnya Baginda Rasullah SAW, kecuali sebilangan kecil. Mereka juga meletakkan Saidina Ali di tempat yang terlalu istimewa

SHEIKH ISMAIL OMARPengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara

Page 10: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

TempatanSelangorkini 11 - 18 Oktober 2013 11

Oleh AfIx rEDzUAN PEtALING JAyA - Hentian teksi dan bas akan didirikan berhampiran pangsapuri Men-tari Court, selepas Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) mengosongkan satu kawasan lapang yang menempatkan pel-bagai jenis perniagaan haram.

Tinjauan Selangor Kini men-dapati kawasan itu antara tum-puan utama teksi dan merupa-kan laluan utama bas ke Kuala Lumpur, Damansara dan Su-bang Jaya.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika ditemui berkata peniaga yang mahu te-rus berniaga boleh memohon daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Arah kosongkan premis haram

Bangunkan hentian teksi dan bas“Mereka yang mohon akan

ditempatkan di kawasan sela- mat kerana tempat yang di-duduki sekarang terletak di bawah pencawang elektrik Te-naga Nasional Berhad (TNB).

“Kita beri notis dan MBPJ akan kosongkan kawasan itu. Notis sudah dikeluarkan bebe-rapa bulan lalu dan kita mahu semua (pemilik) dapat. Kemu-dian baru kita ambil tindakan.

“Kita akan fokus kawasan besar seperti Mentari Court dan lain-lain. Mentari Court menjadi fokus untuk kawasan teksi dan bas,” kata Nik Nazmi sewaktu merasmikan Program Gotong-royong Kawasan ‘Black Spot’ Desa Mentari.

Lebih seratus orang turut serta dalam program gotong-royong membersihkan Blok 1 hingga Blok 10 itu.

Sementara itu, tinjauan Selangor Kini di Pangsapuri

Desa Mentari, mendapati beberapa kemudahan bagi meningkatkan keselama-

tan penduduk dipertingkatkan, antaranya dengan pembinaan tempat motosikal berkunci.

Menurut wakil Jabatan Pe-rancangan Pembangu-nan MBPJ,

beberapa ke-mudahan lain se-

perti bonggol, lampu dan papan tanda ke-selamatan juga akan

dibangunkan untuk keselesaan pen-duduk setempat melalui perun-tukan berjumlah

RM3.5 juta untuk pembangunan Desa Petaling dan Lembah Su-bang.

“Selama beberapa bulan lif di blok 4, 5, 6 dan 8 tidak ber-fungsi. Kerajaan Negeri perun-

tukan RM100,000 untuk baiki lif tersebut.

“Sekarang sekurang-kurang-nya semua blok ada satu lif ber-fungsi,” kata Nik Nazmi.

Beliau turut mengingatkan

penduduk pangsapuri Desa Mentari supaya bekerjasama menjaga kemudahan sedia ada, terutama lif bagi mengelakkan kesulitan terutama ketika ber-depan kecemasan.

Penduduk desa Mentari, hadir beramai-ramai dalam program gotong-royong membersihkan blok 1 hingga 10

Penduduk bekerjasama membersihkan kaki lima premis

Page 11: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013 12

jAduAL LoKAsi KAunter eZ-PAy mBPj oKtoBer 2013

PJU 10, Damansara Damai, (Berhampiran McDonald’s dan stesen Minyak Shell)Padang Blok 4,5,&6 Desa Mentari, Jln PJS 6/5A, Petaling Jaya

SD 12/1 (Ber-hampiran Mc-Donald’s dan Mobil)

PJU 5 Dataran Sunway

Jalan Cecawi 6/18A PB6 Kota Damansara (Berhampiran McDonald’s dan stesen Minyak Shell)PJU 8 Flora Damansara (Berhampiran pintu masuk Flora Damansara)

Isnin - 30.09.2013 - 10.00 pg - Jumaat 04.10.2013 3.00 ptg

Sabtu 05.10.2013 10.00 pg - 3.00 ptg

Ahad 06.10.2013 8.00 pg - 12.00 t/hari

Isnin - 07.10.2013 - 10.00 pg - Jumaat 11.10.2013 3.00 ptg

Sabtu - 12.10.2013 - 10.00 pg - Ahad 13.10.2013 3.00 ptgRabu - 16.10.2013 - 10.00 pg - Jumaat 18.10. 2013 3.00 ptg

Sabtu - 19.10. 2013 - 10.00 pgAhad 20.10.2013 3.00 ptg

Isnin - 21.10.2013 - 10.00 pg - Jumaat 25.10.2013 3.00 ptg

Sabtu - 26.10.2013 - 10.00 pg - Ahad 27.10.2013 3.00 ptg

Isnin - 28.10.2013 - 10.00 pg - Jumaat 01.11.2013 3.00 ptg

temPAt HAri tAriKH mAsA

Oleh NAEEM rAffI

SHAH ALAM - Pemilik pang-sapuri kos rendah di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) layak menerima diskaun cukai taksiran 25 peratus.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan, berkata pemberian diskaun itu tertak-luk kepada pemilik bermas-tautin atau mendiami sendiri petak/unit di sesebuah pang-sapuri kos rendah berharga bawah RM42,000.

“Pemilik juga perlu kemu-kakan hak milik strata sebagai bukti dokumen pemilikan ru-mah mereka.

“Bagi pemilik, tiada atau masih belum membuat pindah milik hak milik strata, mereka boleh kemukakan surat per-

Pemilik pangsapuri kos rendah layak terima

Diskaun 25 peratus

janjian jual beli sebagai bukti dokumen pemilikan rumah,” jelasnya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Pem-bentangan Belanjawan MBSA 2014.

Beliau berkata, pemilik boleh mendapat perakuan sah pemastautin daripada mana-mana Badan Pengurusan Ber-sama (Pengerusi/Setiausaha sahaja) atau Ahli Majlis.

Jaafar, berkata pemilik per-lu membuat permohonan di-skaun cukai taksiran pada set-iap penggal kerana pemberian diskaun cukai taksiran tidak diperoleh secara automatik.

“Waris pemilik juga layak dapat pengurangan diskaun ini, sama ada pemilik masih hidup atau meninggal dunia,” katanya.

Untuk menyemak senarai

pangsapuri layak memohon, pemilik boleh merujuk kepa-da Bahagian Pesuruhjaya Ba-ngunan atau menghubungi di talian 03-5510513 sambungan 380 / 397 / 532 / 525.

SeMPeNA Karnival Ramah Mesra MPK, Adun Selat Klang, dr Halimah Ali dan Ahli Parlimen Kapar, g. Manivannan, bersama Timbalan Yang di Pertua MPK, ehsan Mukhri, menuang minyak masak ke dalam tong, Sempena Pelancaran Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak bersama Kumpulan River Ranger Sungai Klang - Kampung Sungai udang, di Apartmen Amazing Height, Sungai udang

Waris pemilik juga layak dapat pengurangan diskaun ini, sama ada pemilik masih hidup atau meninggal dunia

Datuk Jaafar AtanDatuk Bandar Shah Alam

LoKAsi KAunter Citta Mall, Ara Damansara The Curve, Mutiara Damansara Ikano Power Center, Mutiara Damansara Amcorp Mall, Petaling Jaya Tropicana City Mall, Petaling Jaya Sunway Giza, Sunway Damansara One Utama, Bandar Utama Paradigm Mall, Kelana Jaya

Gerai Taman Selera Jalan Othman Kompleks Pasar Taman Dato’ Harun Giant Kelana Jaya

Pasar Malam Jalan 8 & 9 Taman Medan Pasar Malam SS2/60 Petaling Jaya Pasar Malam Damansara Damai Pasar Malam PJS6 Kampung Lindungan Pasar Malam SS3/39 Sungai Way Pasar Malam 5C Kelana Jaya

WAKtu oPerAsi9.00 pagi

hingga 4.00

petang

mBPj sediA 18 KAunter BergerAK BAyAr Lesen 6 novemBer - 28 disemBer

Page 12: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013 13

Anda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor?Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera di bawah.

mAjLis PerBAndArAn AmPAng jAyA (mPAj)Tel : 03-4296 8000;Hotline : 1 -800-22-8100Laman Web: www.mpaj.gov.my

mAjLis dAerAH HuLu seLAngor (mdHs)Tel : 03-6064 1331SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888Laman Web: www.mdhs.gov.my

mAjLis PerBAndArAn KLAng (mPK)Kutipan SampahKlang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif )Pembersihan awam (Jalan dan Longkang)Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan)Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free)Laman web: www.mpklang.gov.my

mAjLis dAerAH KuALA LAngAt (mdKL)Tel: 03-3187 2825SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888.Laman web: www.mdkl.gov.my

mAjLis dAerAH KuALA seLAngor (mdKs)Tel: 03-3289 1439Laman web: www.mdks.gov.my

mAjLis dAerAH sABAK BernAm (mdsB)Tel: 03-3224 1655 / 1000Laman web: www.mdsb.gov.my

mAjLis PerBAndArAn seLAyAng (mPs)Tel: 03-6126 5800 / 6120 4903 / 04 / 05 / 06Laman web: www.mps.gov.my

mAjLis PerBAndArAn sePAng (mPsP)Tel: 03-8319 0200 / 0300Laman web: www.mpsepang.gov.my

mAjLis BAndArAyA sHAH ALAm (mBsA)Tel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878Website: www.mbsa.gov.my

mAjLis PerBAndArAn suBAng jAyA (mPsj)Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545Laman web: www.mpsj.gov.my

mAjLis BAndArAyA PetALing jAyA (mBPj)Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am)SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213Laman web: www.mbpj.gov.my

mAjLis PerBAndArAn KAjAng (mPKj)Tel: 87377899

Hotline: 1-800-88-6755Emel: [email protected] Web: www.mpkj.gov.

my

Talian Hotline Kutipan Sampah

PEtALING JAyA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekali lagi me-ngorak langkah dalam usaha menjadi-kan Petaling Jaya sebuah Bandaraya Hijau Berkarbon Rendah.

Bagi merealisasikan hasrat itu, MBPJ menandatangani Memoran-dum Persefahaman (MOU) dengan Malaysia Green Technology Corpo-ration (GreenTech) di Ibu Pejabat MBPJ di sini, baru-baru ini.

MOU itu ditandatangani Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif

GreenTech, Ahmad Hardi Haris sam-bil diperhatikan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Seki-tar, Elizabeth Wong.

Elizabeth dalam ucapannya ber-kata, MBPJ sekali lagi menjadi pe- neraju ‘Low Carbon Cities Framework (LCCF)’ bagi Pihak Berkuasa Tempa-tan (PBT) di Selangor.

“Dengan adanya usahasama ini, sudah tentu pasukan petugas LCCF ini akan dapat dipertingkatkan da-lam menjana idea-idea pembangunan baru yang lebih mesra alam, sekaligus

membantu negara mancapai sasaran pengurangan 40 peratus pelepasan gas karbon dioksida menjelang 2020.

“Saya harap inisiatif ini akan men-jadikan contoh kepada PBT lain di negeri ini dalam memberi fokus ke-pada penduduk dan penjagaan alam sekitar,” katanya.

Elizabeth memaklumkan, beliau juga sudah membentangkan pelan rancangan lima tahun bagi mewujud-kan ‘Renewable Technology’ di Sela-ngor sebagai usaha menjadikan ne-geri ini lebih sihat.

Terajui ‘Bandaraya Hijau Berkarbon Rendah’

PEtALING JAyA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan Seminar Akta 757 Pengurusan Strata 2013, bagi membantu Badan Pengu-rusan Bersama (JMB) dan Perbadan-an Pengurusan (MC) di Petaling Jaya memberi khidmat terbaik kepada war-ga pangsapuri.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata Akta 757 ini memansuhkan Akta 663 yang sebe-lum ini menyebabkan kekeliruan dan ketidakseragaman dalam pengurusan pembangunan strata.

Beliau berharap JMB dan MC da-pat memanfaatkan Akta 757 untuk

menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit sebelum ini.

“Sebelum ini Akta 663 yang digubal pada 2007 banyak kelemahan, terdapat bahagian yang tidak berhubung dengan sesuatu akta lain untuk menyelesaikan masalah penduduk rumah bertingkat.

“Akta 757 ini diwartakan pada Fe-buari lalu digubal bagi melicinkan JMB dan MC menyelesaikan masa-lah penduduk rumah bertingkat,” kata Alinah dalam ucapan perasmian seminar di Dewan Sivik MBPJ, baru-baru ini.

Akta 757 membenarkan JMB, MC dan Persuruhjaya Bangunan (COB) melantik ejen pengurusan bangunan

menyelenggara dan mengurus pem-bangunan berstrata sebagai ejen pe-ngurusan.

Mekanisma penyelesaian konflik juga diperkenalkan untuk pihak berke-pentingan menyuarakan ketidakpuas-an hati, serta bilangan pegawai dan kakitangan di pejabat COB juga ditam-bah dari lima orang kepada 16 orang supaya dapat menyampaikan khidmat dengan proaktif.

Beberapa kaedah penambahbaikan diperuntukan untuk menyelesaikan masalah kutipan caj penyelenggaraan dan kumpulan wang penjelas (sinking fund).

Pertingkat keupayaan JMB, MC

Alinah bertukar memorandum dengan wakil greenTech, Ahmad Hardi, sambil diperhatikan elizabeth

Page 13: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013 14

Page 14: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Selangorkini 11 - 18 Oktober 2013 15Tempatan

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-5521 8740 atau 03-5521 8741, Faks : 03-5521 8742 atau 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMAS Rantaian Mesra Sdn Bhd,Tingkat G, Bangunan DarulEhsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel : 03-55103468 /3472, Faks: 03-55103455emel: [email protected]

HADIAH ANAK MASUK IPT Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S, 40503 Shah Alam Tel: 03-55447385 atau 03-55212275 Faks: 03-55104095 atau 03-55110659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIANKumpulan Semesta Sdn. Bhd. Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, SelangorTel : 03-5518 7735 , Faks : 03-5518 7736 email : [email protected] Laman Web : www.semesta.com.my

TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANGPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan SSAAS, 40503 Shah AlamTel : 03-5544 7306 atau 03-5512 3618. Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan InovasiTel : 03-5519 4346 atau 03-5544 7622. Faks : 5519 3304

SKIM KESIHATAN WANITARantaian Mesra Sdn. Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455Laman Web http://www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Mimbar Selangor, A23, Pusat Perniagaan Jubli 20, Jalan Singa J20/J, Seksyen 20, 40300Shah Alam, SelangorTel: 03-55413616. Faks: 03-55413617Laman Web http://www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGORYayasan Dar al Qard al Hasan Selangor, Tingkat 2,Bangunan SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah, 4000,Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-55447104/ 03-55191692/ 03-55212312 Fax : 03-551055829 Laman Web http://www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYATRantaian Mesra Sdn. Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455 Laman Web http://www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYATUnit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, SelangorTel: 03-5544 7480/7481/7482/7543 Faks: 03-55104095/ 55135564/ 55447391Blog http://tuisyenrakyat.blogspot.com

INSENTIF PERKAHWINAN BELIASeksyen SektoralUnit Perancang Ekonomi Negeri,Tingkat 5, Bangunan SSAAS,40503, Shah AlamTel : 03-5544 7920/7921

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

<< dari muka 16

Beliau berkata, fokus pemba-ngunan pengurusan trafik pula merujuk kepada usaha mening-katkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggu-naan kenderaan persendirian.

MBPJ menjalin kerjasama strategik bersama Syarikat Prasara-na Negara Berhad (Prasarana) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) untuk mewujudkan perkhidmatan bas, hub terminal dan perkhidmatan bas perantara di kawasan pusat bandar.

Bilangan tempat petak parkir akan dikurangkan dan kadar caj parkir di-naikkan bagi mengurangkan kende-raan persendirian dalam bandar.

MBPJ mensasarkan 60 peratus penggunaan pengangkutan awam dan 40 peratus kenderaan persendirian di Pusat Bandar menjelang 2030.

Katanya, di bawah aspek sama, MBPJ turut berhasrat mengadakan sistem kawalan trafik bersepadu dan pemantauan berpusat bagi lam-pu isyarat di kawasan Petaling Jaya.

“Bagi kawasan baru yang se-dang dibangunkan pula, Majlis mensyaratkan pemaju supaya me- masang kamera litar tertutup (CCTV) di lampu isyarat dan lam-pu jalan untuk diserahkan kepada MBPJ dan dipantau pusat kawalan trafik tersebut,” katanya.

Gaya hidup lestari pula merujuk kepada peningkatan keupayaan pe-mantauan dan penguatkuasaan di

lokasi ‘hot spot’ bagi mengurang-kan indeks jenayah.

MBPJ akan meneruskan Pro-gram Keselamatan Kejiranan Peta-ling Jaya (PKKPJ) bagi meronda ka-wasan komuniti masing-masing, dan penubuhan Unit Polis Bantuan di Ja-batan Penguatkuasaan dan Kesela-matan bagi menjalankan kerja-kerja rondaan keselamatan bersama polis.

Sementara itu, di bawah pelan pemerkasaan organisasi, struktur pentadbiran akan disusun semula dengan membentuk 5 jabatan sa-haja (daripada 10 jabatan sedia ada) mengikut aktiviti utama, iaitu Perancang Bandar, Reka Bentuk Bandar, Pembangunan Perkhid-matan & Komuniti, Perniagaan Bandar dan Perniagaan Korporat.

Serentak dengan itu, Unit Integriti diketuai oleh pegawai yang dipinjam-kan daripada Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia akan ditu- buh dan menganggotai Mesyuarat- Mesyuarat Jawatankuasa, Lembaga Tender dan Sebutharga serta Jawa-tankuasa Audit dan Tadbir Urus.

Pengurusan perlesenan juga ditambahbaik melalui kaedah kawal selia diri, antaranya dengan mem-perkenalkan Quick Response Code (QR Code) yang dilekatkan pada premis perniagaan dan kad pekerja. QR ini memaparkan maklumat pe-megang lesen, aktiviti lesen serta tempoh sah lesen dan boleh diakses melalui telefon berinternet.

“Diharap perlaksanaan ini akan meningkatkan kecekapan sistem

penyampaian, mengurangkan adu-an rakyat dan melaksanakan projek dengan lebih efisyen dan efektif,” kata Alinah.

Belanjawan MBPJ yang di-cadangkan bagi tahun 2014 ada-lah RM305 juta (anggaran hasil), manakala anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM278 juta, sementara anggaran perbelanjaan pembangunan pula berjumlah RM46.55 juta.

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTU SOLATSelangor11 - 18 Oktober 2013

6 - 13 Zulhijjah 1434H

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

11 Jumaat 5:33 5:43 6:59 1:03 4:17 7:03 8:1312 Sabtu 5:33 5:43 6:59 1:03 4:17 7:03 8:1213 Ahad 5:32 5:42 6:59 1:02 4:18 7:03 8:1214 Isnin 5:32 5:42 6:59 1:02 4:18 7:02 8:1215 Selasa 5:32 5:42 6:59 1:02 4:18 7:02 8:1116 Rabu 5:32 5:42 6:59 1:02 4:18 7:02 8:1117 Khamis 5:32 5:42 6:58 1:01 4:18 7:01 8:1118 Jumaat 5:31 5:41 6:58 1:01 4:18 7:01 8:11

11 Jumaat 5:35 5:45 7:01 1:05 4:19 7:05 8:1412 Sabtu 5:35 5:45 7:01 1:05 4:19 7:05 8:1413 Ahad 5:34 5:44 7:01 1:04 4:20 7:05 8:1414 Isnin 5:34 5:44 7:01 1:04 4:20 7:04 8:1415 Selasa 5:34 5:44 7:01 1:04 4:20 7:04 8:1316 Rabu 5:34 5:44 7:01 1:04 4:20 7:04 8:1317 Khamis 5:34 5:44 7:00 1:03 4:20 7:03 8:1318 Jumaat 5:33 5:43 7:00 1:03 4:20 7:03 8:13

Petaling Jaya terus membangunAlinah mempengerusikan Pembentangan belanjawan MbPJ 2014 di dewan bunga Tanjung

Page 15: Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Selangor Kini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

Oleh AfEEqA AfEErA

PEtALING JAyA - Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) memberi fokus kepada lima sek-tor pembangunan utama dalam pelan belanjawantahunannya selaras dengan hasrat menjadi-kan kawasan itu sebagai Bandar Lestari (PJ Lestari) pada 2014.

Pelan pembangunan yang dipersetujui melalui bengkel ‘PJ Livable City Strategic Plan 2030’ pada September lalu itu

Transformasi Petaling Jaya melalui Belanjawan 2014

merujuk kepada prasarana les-tari, persekitaran mesra alam, pengurusan trafik, gaya hidup lestari dan memperkasakan or-ganisasi dengan anggaran kos melebihi RM150 juta.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad, berka-ta di bawah prasarana lestari, Majlis akan menumpukan ke-pada pembangunan sistem in-frastruktur hijau, menyelengga-ra jalan raya serta menaik taraf sistem saliran dan perparitan

bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan itu.

“Di bawah sektor ini, MBPJ juga akan menyediakan kemu- dahan pejalan kaki, siar kaki, la-luan orang kelainan upaya (OKU) dan laluan sikal mesra alam serta menyelenggara beberapa kemu-dahan awam lain seperti lam-pu jalan,” katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan MB-PJ 2014 di Dewan Bunga Tan-jung, 8 Oktober lalu

Di bawah fokus persekitaran

mesra alam, MBPJ akan melak-sanakan pelan induk landskap menerusi program Landskap dan Pengindahan serta Pro-gram Pembangunan Koridor Hijau sebagai langkah menjadi-kan Petaling Jaya sebagai ban-daraya dalam taman.

Tidak ketinggalan katanya, MBPJ turut mempertingkat-kan kualiti kerja pembersihan awam dan kutipan sisa pepe-jal dengan menambah bilangan kakitangan dan membeli pera-

latan tambahan bagi mencapai sasaran 30 peratus kerja pem-bersihan awam.

“Bagi menyokong program menjadikan Petaling Jaya seba-gai bandar raya berkarbon ren-dah juga, Majlis akan melanjut-kan program insentif meletak kenderaan secara percuma bagi pembelian kereta hybrid dari-pada enam bulan kepada satu tahun,” katanya.

lihat muka 15 >>