book selangorkini 12 – 19 ogos 2016

23
Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my www.selangorkini.my BERITA PENUH MUKA � 3 Selangor negeri contoh #SmartSelangor PERCUMA 12 - 19 Ogos 2016, 9 - 16 Zulkaedah 1437H “Kerajaan Negeri membelanjakan RM�juta untuk membina LRA Semenyih � bagi melaksanakan sumber air baru sementara menantikan Projek Langat �” - Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar “Kerajaan Negeri membelanjakan RM�juta untuk membina LRA Semenyih � bagi melaksanakan sumber air baru sementara menantikan Projek Langat �” - Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar LRA SEMENYIH 2 SALUR 100 JUTA LITER AIR SEHARI INISIATIF BANTU RAKYAT BERITA MUKA � Kerajaan Negeri setuju serah Notis �A kepada � penduduk Desa Timah Langat Bantu golongan kurang berkemampuan miliki aset sendiri Nilai bayaran premium rendah BERAKHIR Penantian lebih � tahun Mampukah perjuangan Hartal berulang? 16 3 & 4 5 & 6 Belajar urus PPR dengan Kerajaan Negeri

Upload: doliem

Post on 17-Jan-2017

288 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

Media_SelangorMediaSelangor

tv.selangorkini.my

www.selangorkini.my

BERITA PENUH MUKA �

3

Selangor negeri contoh

#SmartSelangorPERCUMA 12 - 19 Ogos 2016, 9 - 16 Zulkaedah 1437H

“Kerajaan Negeri membelanjakan RM��� juta untuk membina LRA Semenyih � bagi melaksanakan sumber air baru sementara

menantikan Projek Langat �”

- Dato’ Seri Mohamed Azmin AliMenteri Besar

“Kerajaan Negeri membelanjakan RM��� juta untuk membina LRA Semenyih � bagi melaksanakan sumber air baru sementara

menantikan Projek Langat �”

- Dato’ Seri Mohamed Azmin AliMenteri Besar

LRASEMENYIH 2

SALUR100 JUTA LITER

AIR SEHARI

INISIATIF BANTURAKYAT

BERITA MUKA �

Kerajaan Negerisetuju serahNotis �A kepada�� pendudukDesa Timah Langat

Bantu golongankurangberkemampuanmiliki asetsendiri

Nilai bayaranpremium rendah

BERAKHIRPenantian lebih �� tahun

Mampukah perjuangan Hartal berulang?

16

3&45&6

Belajar urus PPRdenganKerajaan Negeri

Page 2: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

Utama2 SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

OLEH HAFIZAN TAIB

BESTARI JAYA - KEADILAN me-nyokong usaha Gabungan Pili-hanraya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) mengadakan perhimpunan Bersih 5 bagi menuntut siasatan bebas ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, ber-kata usaha ke arah itu perlu didukung demi perubahan baik

serta penyuburan demokrasi di negara ini.

“Kali ini daripada kenyataan Bersih 2.0, untuk mendesak pe-nyiasatan bebas dijalankan ke atas 1MDB kerana ia cuba ditu-tup Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan Putrajaya se-dangkan satu dunia membicara-kan berkenaan skandal kewan-gan terbesar di dunia hari ini.

“Kita tidak mahu Umno-Bari-san Nasional (BN) terus mem-

perbodohkan rakyat. Mereka yang didapati bersalah harus dihadapkan ke muka pengadi-lan,” katanya kepada media di sini, pada 5 Ogos lalu.

Menteri Besar Selangor itu berkata, jika sebelum ini Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya be-bas dan adil, maka gabungan itu merasakan tanggungjawab untuk menghimpunkan rakyat Malaysia bagi tujuan berke-

naan.Katanya, apatah lagi skandal

terbabit mendapat perhatian seluruh dunia dengan paparan berita meluas di luar negara.

“Kita mahu sebuah negara yang gagah dengan pengurusan ekonomi baik. Ia (Bersih 5) matla-mat yang murni harus mendapat sokongan semua pihak dan jan-gan ada mana-mana pihak cuba mengugut dengan pelbagai bentuk undang-undang juga

tindakan yang sebenarnya akan melumpuhkan demokrasi dalam negara,” katanya.

Baru-baru ini, Bersih 2.0 membuat pengumuman bagi mengadakan perhimpunan rakyat besar-besaran kali keli-ma atau disebut Bersih 5 dalam masa terdekat bagi menuntut siasatan sewajarnya diambil ke atas skandal 1MDB yang turut membabitkan 'Malaysian Offi-cial 1'.

Ke arah penyuburan demokrasi

SHAH ALAM - Rakyat digesa turun pada Himpunan Bersih 5 bagi menyatakan bantahan terhadap pemerintah supaya bertindak membersihkan imej negara yang kian tercalar aki-bat dakwaan beberapa skandal kewangan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata rakyat pastinya perlu bangkit menekan pemerintah supaya melakukan perubahan dalam memastikan kualiti hi-dup mereka dipelihara.

"Saya ingat pelbagai cadang-an sudah dibuat dalam bebera-pa isu kebebasan jawatan yang penting itu.

"Isu sekarang kembali ke ta-ngan pemerintah. Kalau mereka tidak mahu laksanakan (peruba-han), rakyat tidak ada pilihan lain selain meneruskan tekanan.

"Kita tidak ada pilihan. Rak-yat sama ada memilih untuk menerima hakikat ini dengan hidup dalam keadaan malu dan membenarkan rasuah berteru-san atau bertindak," katanya ketika diminta mengulas has-rat BERSIH 2.0 yang mahu me-nganjurkan satu lagi himpunan dalam masa terdekat.

Tian Chua berkata, rakyat pastinya bimbang ekonomi akan terus merosot dan hilang daya saing selain imej negara terus tercemar sekiranya lam-bat melakukan perubahan.

Pada 3 Ogos lalu, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengesahkan Bersih 5 akan di-langsungkan, namun pihaknya masih belum menetapkan tarikh dan lokasi penganjuran.

SHAH ALAM - Kenyataan Khairy Jamaluddin berkenaan tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syari-kat (DOJ) ke atas individu berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya menunjuk-kan kejahilan beliau dalam perihal un-dang-undang.

Ketua Angka-tan Muda Ke-adilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata DOJ cuma mem-bentangkan fakta berdasarkan bukti terperinci dan kera-jaan bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat.

“Tetapi kami faham, Khairy mesti mempertahankan Perdana Menteri walaupun digelar macai.

"Justeru, janganlah merun-gut sahaja sebaliknya bentang-

kan fakta jelas, benar dan tidak mungkin disangkal mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno itu menggesa ahli par-

ti supaya berani dan berdiri bersama

Presiden, Da-tuk Seri Najib Razak walau-pun mereka perlu men-jadi balaci dan macai.

Pada masa sama, Nik

Nazmi berkata, DOJ sebagai agensi

kerajaan berdaulat ber-hak mengambil tindakan pelu-cutan juga rampasan ke atas aset berkaitan demi menjaga kepen-tingan AS.

Katanya, Putrajaya juga bo-leh menyangkal fakta terbabit

AMK: Menteri Belia jahil undang-undangMasa zahirkan kebimbangan rakyat

KEADILAN sokong Bersih �

dengan menjelaskan siapa yang dimaksudkan dengan Pegawai Malaysia Nombor 1 (Malaysian Official 1) yang dikaitkan tanpa nama.

“Rakyat Malaysia memang berhak menerima penerangan terperinci dan telus daripada Ke-rajaan Malaysia berkenaan fakta yang berkait dengan kes ter-babit,” katanya.

Tetapi kami faham, Khairy mesti memper-tahankan Perdana Menteri walaupun digelar macai

NIK NAZMIKetua AMK

Page 3: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

Utama3SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Kejayaan dan ke-cemerlangan Selangor menja-dikannya negeri contoh (exam-plary state) kepada negeri lain di Malaysia.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata si-kap profesionalisme, dedikasi, kegigihan dan semangat ber-pasukan pihak eksekutif juga penjawat awam menjadi resepi

pencapaian itu.Katanya, ia turut dibantu

dengan nilai integriti dalam perkhidmatan awam negeri.

“Ada pihak yang cuba ‘under-mine’ negeri ini dengan segala fitnah dan tohmahan tetapi anda buktikan kata-kata mere-ka itu tidak benar juga silap.

“Kita bergerak bersama me-mastikan pertumbuhan ekono-mi mampan, pelaburan bernilai tinggi juga menjamin keadilan

sosial dalam memelihara kes-ejahteraan dan kemakmuran rakyat,” katanya ketika Majlis Jamuan Hari Raya bersama Pen-jawat Awam di Dataran SUK, di sini, pada 3 Ogos lalu.

Turut diadakan Majlis Peng-hargaan kepada Kontinjen SUKMA ke-18 2016 Selangor dan Mohamed Azmin turut me-nyampaikan insentif wang tunai kepada setiap atlet yang berja-ya mendapatkan pingat emas.

Komitmen padu penjawat awam resipi kecemerlangan

'Undermine' ternyata silap

SHAH ALAM - Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan individu tertentu supaya tidak terpengaruh dengan amalan dan budaya politik kotor Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, amalan terse-but hanya akan meruntuhkan prinsip demokrasi yang men-jadi pegangan utuh pentadbiran Pakatan di Selangor.

“Jangan makan dedak,” kata-nya pada Majlis Meraikan Keja-yaan Kontijen Selangor SUKMA dan Jamuan Aidilfitri bersama Penjawat Awam Negeri di Data-ran Dewan Negeri, pada 3 Ogos lalu.

Istilah ‘dedak’ merujuk kepada individu yang patuh kepada pi-hak tertentu selepas menerima manfaat sebagai balasan.

Pada masa, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri sen-tiasa bersikap terbuka ke atas mana-mana tuduhan dilempar-kan, bahkan pentadbiran yang diterajuinya juga tidak pernah mencuba menutup sebarang tuduhan dan sedia memberikan kerjasama.

Katanya, mereka yang mem-buat tuduhan juga bebas mem-buat laporan kepada pihak ber-tanggungjawab untuk tindakan.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengu-las dakwaan kononnya Kerajaan

Negeri menukar status tanah Paya Indah Wetlands.

Terdahulu, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong sebelum ini menafikan dakwaan itu dan memaklumkan bahawa tiada sebarang bentuk penge-zonan semula kegunaan tanah di atas Lot 4827 dan Lot 3974.

Elizabeth berkata, tanah berkeluasan 450.76 ekar itu di-wartakan Jabatan Perhilitan Pusat sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara sejak 1998.

Katanya, Memorandum Perse-fahaman (MoU) di antara Kera-jaan Persekutan dan Kerajaan Negeri berkenaan pengurusan serta pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands turut di-tandatangani pada 1 Ogos 2007 mengesahkan status milikan ta-nah tersebut.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin berkata, dakwaan negatif yang dibuat terhadap pentad-biran Kerajaan Negeri bertujuan untuk menggugat kestabilan dan keharmonian pentadbiran Paka-tan di Selangor.

“Penjelasan Elizabeth itu cu-kup komprehensif dan saya kira jawapan itu lengkap untuk menangkis tohmahan mereka yang memakan dedak selain cuba melemahkan pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya.

Azmin: 'Pengacau' jangan makan dedak

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengiktiraf pemilikan tanah masyarakat Orang Asal di selu-ruh negeri sebagai sebahagian daripada hak masyarakat pribu-mi itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata kaum itu terus menikmati taraf kepen-dudukan seiring kepelbagaian etnik lain di negeri berkenaan.

“Selangor satu-satunya ne-geri memberikan penghor-matan dan pengiktirafan Orang Asal sebahagian keluarga besar rakyat Malaysia.

“Kerajaan Negeri ber-pendirian identiti dan jati Orang Asal adalah sebahagian ciri ke-pelbagaian dan kerencaman rakyat di negeri ini. Keunikan dan kepelbagaian inilah men-jadi aset penting untuk mema-jukan ekonomi negeri,” katanya

Iktiraf hak tanah Orang Asalketika berucap pada program Sambutan Perayaan Orang Asal Sedunia 2016, di Taman Botani Negara, di sini, pada 6 Ogos lalu.

Mohamed Azmin berkata, masyarakat Orang Asal tidak terpinggir menikmati hasil perolehan negeri menerusi pel-bagai program jangka panjang seiring gagasan Smart Selangor yang peduli.

Katanya, ia termasuk insensif program kebajikan dan bantuan pendidikan kepada anak Orang Asal untuk melanjutkan peng-

ajian di peringkat tertinggi.“Ikrar dan tekad Kerajaan

Negeri bahawa kita teruskan dasar memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada masyara-kat Orang Asal di Selangor.

“Pendirian ini diambil kerana kemajuan sesebuah negara dan negeri bukan sahaja berteras-kan pembangunan fizikal. Kita tetap mengambil pendirian ba-hawa pembangunan nilai, bu-daya dan warisan amat kaya dalam kalangan masyarakat Orang Asal,” katanya.

SHAH ALAM - Model pengu-rusan pembersihan sisa pep-ejal tanpa syarikat monopoli diyakini tepat dan terbaik bagi menyelesaikan isu kuti-pan sampah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berka-ta sistem monopoli terbuk-ti mewujudkan persaingan kurang sihat kuasa manipu-lasi oleh kontraktor.

“Kita ada mekanisme dan skim pembersihan yang kita jalankan serta percaya ia bo-leh ditangani.

“Untuk lebih adil kepada Hebat Abadi Sdn Bhd dan pi-hak berkuasa tempatan, ma-salah ini ditangani lebih baik sejak beberapa tahun lalu selepas mengambilalih kon-

trak daripada Alam Flora,” kat-anya di sini, pada 3 Ogos lalu.

Anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mula mengambil alih pengurusan sampah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK), se-jak Julai lalu.

Sebagai ‘project manage-ment company’ (PMC), KDEB-WM melantik 60 sub kontrak-tor untuk seluruh Klang.

“Kita mahu syarikat yang diberi tanggungjawab ini bersaing secara kompetitif dan ada kemampuan mengu-rus hal sampah secara efektif. Inilah agenda utama Kera-jaan Negeri,” kata Mohamed Azmin.

Pengurusan sampah tidak dimonopoli model terbaik

Dapatkan di

Page 4: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

Utama4 SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Biar Kerajaan Negeri urusSELAYANG - Barisan Nasional (BN) digesa mengembalikan semula pengurusan Dewan Orang Ramai di Kampung Lee Kim Sai, di sini, kepada agensi Kerajaan Negeri.

Pegawai Perhubungan Perkam-pungan Daerah Gombak, Chee Chu Sang, berkata parti politik tidak berhak mentadbir dewan yang digazetkan sebagai kegu-naan awam.

Katanya, agensi kerajaan se-perti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) lebih sesuai menguruskan

dewan orang ramai.“Kita mahu MCA serah balik

kepada JKKK supaya penduduk ada tempat sesuai untuk men-jalankan segala aktiviti demi ke-baikan penduduk. Kita bukan mahu menggunakannya untuk tujuan parti dan politik,” katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 5 Ogos lalu.

BN Selangor didakwa menya-lahguna lapan dewan orang ramai di Rawang sebagai ba-ngunan dan cawangan parti komponennya.

Chu Sang berkata, Pejabat

Daerah dan Tanah pernah menu-lis surat supaya menyerahkan kunci dan mengosongkan ba-ngunan, namun diabaikan pihak berkaitan.

“Pengerusi Cawangan MCA per-nah minta kita terima hakikat pili-han raya umum, jadi kita pun mahu dia buat yang sama, terimalah yang Selangor ditadbir Pakatan.

“Serah semula dewan yang memang hak kita. Jika Pakatan tewas dalam pilihan raya nanti, saya pasti kunci dewan akan di-serah balik kepada kerajaan yang berhak,” katanya.

Exco mohon menteri bangun ‘tidur’SHAH ALAM - Pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia gagal menyediakan kemu-dahan terbaik kepada orang awam susulan rungutan ba-nyak pihak tidak dapat mem-perbaharui pasport.

Perkara itu turut dialami Exco Perumahan, Penguru-san Bangunan dan Peneroka Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad apabila gagal cubaan kali ketujuh memperbaharui pasport untuk menunaikan haji.

“Cubaan ketujuh untuk memperbaharui pasport juga gagal. Petang ini (3 Ogos) di Kuala Selangor, mereka mak-lum nombor sudah habis.

“Mereka hanya dibekalkan dengan 100 pasport sehari. Kenapa 100 sahaja? Tolong kejutkan menteri daripada ti-

dur,” sindirnya di Facebook.Sebelum ini, beliau per-

nah cuba memperbaharui pasport miliknya di Puduraya, Keramat untuk kali ketiga, di Sentul dan Shah Alam, na-mun masih gagal.

Hanya setelah lapan kali mencuba, barulah Iskandar berjaya memperbaharui pas-portnya di Pejabat Imigresen Shah Alam, baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun tiba di kaunter pendaftaran lebih awal, jabatan imigresen mengehadkan jumlah nom-bor giliran dan menyebab-kan ramai pengunjung gagal memperbaharui masing-ma-sing.

“Mungkin di Malaysia lebih senang cari pembunuh upah-an daripada 'renew' pasport,” katanya kesal.

Jadikan bangunan atau cawangan parti

BN Selangor salah guna dewan orang ramai

OLEH LIZAWATI MADFA

SELAYANG - Parti komponen pembangkang Selangor didakwa menduduki lapan dewan orang ramai di Rawang secara haram dengan menjadikannya bangu-nan atau cawangan parti politik masing-masing.

Exco Kerajaan Tempatan, Pem-bangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, berkata semak-an menunjukkan semua dewan berkenaan tidak memperoleh kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pe-jabat Daerah dan Tanah berkaitan.

Katanya, rundingan secara budi bicara dan notis juga pernah dikeluarkan, namun tiada ker-jasama parti politik berkenaan.

“Kita terpaksa mengambil tin-dakan sesuai mengikut undang-undang dan secara profesional bagi mengembalikan dewan un-tuk kegunaan orang ramai.

“Tidak timbul isu ambil guna cara tidak sesuai kerana ini se-memangnya didirikan atas tanah kerajaan dan mengikut Kanun Tanah Negara juga, sebarang ba-ngunan atas tanah kerajaan itu milik kerajaan dan harus ditadbir agensi kerajaan,” katanya dalam sidang media, di sini, pada 5 Ogos lalu.

Hadir sama Ahli Dewan Nege-ri Rawang, Gan Pei Nei dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sela-yang (MPS), Suliman Abd Rahman.

Dewan yang dimaksudkan adalah Dewan MCA Desa Kuala Garing, Dewan MIC Kuala Ga-ring, Dewan MCA Bukit Rawang Jaya, Dewan MCA Bandar Coun-try Homes, Dewan MCA Taman Sri Hijau, Dewan Perpustakaan Kampung Sungai Terentang, De-wan MCA Kampung Lee Kim Sai dan Dewan Umno Bandar Coun-try Homes.

Hian Wah berkata, kebanyakan dewan berkenaan berusia lebih 10 tahun dan dibina sebelum 2008.

“Dahulu mungkin mereka bo-leh buat apa sahaja yang disu-kai sebagai kerajaan, namun di bawah Pakatan kita perlu ikut undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Pei Nei, ber-kata lebih menyedihkan apabila persatuan penduduk terpaksa membayar sewa kepada parti politik untuk menggunakan de-wan yang sepatutnya terbuka secara percuma kepada orang awam.

Katanya, tindakan itu ti-dak adil kepada penduduk se-lain memberi bebanan untuk melakukan aktiviti kemasyara-katan.

“Seperti contoh di Bukit Rawa-ng Jaya, Persatuan Penduduk membuat cadangan baik supaya dewan orang ramai diuruskan mereka tetapi masalahnya dewan di situ juga dipegang MCA.

“Kalau dilihat daripada segi undang-undang, itu bukan sepatutnya prosedur yang perlu dilalui kerana dewan dibina di atas tanah kerajaan. Ia milik kera-jaan dan hanya agensi kerajaan berhak untuk tadbir dan uruskan

segala yang berkaitan,” katanya.Pada 15 Oktober 2012, de-

wan berkenaan digazetkan se-bagai suatu tapak untuk tujuan dewan orang ramai dan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Pei Nei berkata, siri runding-an secara baik sehingga kini ti-dak membuahkan hasil, malah-an parti politik berkenaan terus menduduki secara haram De-wan MCA Kampung Lee Kim Sai.

Page 5: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

Utama5SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

LRA Semenyih 2

Tampung keperluan ���,��� penggunaOLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL - Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 di Jenderam Hilir dijangka mampu menyalurkan 100 juta liter air sehari (JLH) bagi me-nampung keperluan 100,000 pengguna di Semenyih.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata ia agenda strategik Kerajaan Ne-geri untuk memastikan indus-tri perkhidmatan air yang lebih efisien buat pengguna.

“Walaupun ia tanggungja-wab Kerajaan Persekutuan tetapi jika ada kerjasama baik dengan Kerajaan Negeri, kita sedia menggunakan rizab demi

pembangunan rakyat.“Ini langkah proaktif untuk

menghadapi perubahan glo-bal dan peningkatan penduduk yang meningkatkan perminta-an penggunaan air,” katanya di sini, 8 Ogos lalu.

Pada masa sama, beliau ber-kata, rakyat Dengkil pastinya mendapat manfaat daripada projek itu yang melangkaui fa-haman politik.

Mohamed Azmin kemudian menaiki jentera untuk melaku-kan simbolik pecah tanah se-bagai tanda perasmian projek pembinaan LRA Semenyih.

LRA Semenyih 2 dibina de-ngan kos RM180 juta melalui Belanjawan 2016 bagi melak-

sanakan sumber air baru, se-mentara menantikan Projek Langat 2 siap sepenuhnya, pada 2019.

Menerusi proses tander ter-buka, ia berjaya mengurang-kan kos keseluruhan 30 peratus daripada kos anggaran jabatan.

Selain Semenyih, sumber air LRA Semenyih 2 itu juga mem-bekalkan air ke kawasan Be-ranang, sebahagian kawasan Hulu Langat dan pembangu-nan baharu di sepanjang Le-buhraya Kajang-Seremban (LE-KAS).

Kerajaan Negeri juga dalam proses pembinaan LRA Labo-han Dagang, Kuala Langat de-ngan kapasiti 400 JLH.

Penduduk Desa Timah Langat terima Notis �ADENGKIL - Penantian lebih 30 tahun penduduk Desa Timah Langat berakhir selepas Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan Notis 5A kepada 24 penduduk.

Penyerahan itu disempur-nakan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kepada 16 penduduk yang hadir.

Bagi Abu Saman Mat Akit, 75, beliau bersama beberapa penduduk sebelum ini pernah mengemukakan permohonan mendapatkan hak milik, na-mun gagal ekoran pelbagai ke- kangan.

“Saya sudah duduk di sini hampir 30 tahun. Dahulu kita beramai-ramai hantar permoho-nan tetapi tidak diluluskan.

“Bila kita memohon sekali lagi, ia diluluskan Kerajaan Ne-geri,” katanya.

Perasaan gembira turut dikongsi Nazirah Awap, 46 yang menerima Notis 5A mewakili ba-panya.

Bagi Abdul Arjis @ Abdul Aziz Rasidi, 71, keluarganya sudah menetap di kampung itu sejak tahun 1976.

Katanya, pemberian Notis 5A itu membantu golongan kurang berkemampuan memiliki aset sendiri.

Sementara itu, Mohamed Az-min dalam ucapannya meng-ingatkan penduduk Desa Timah Langat supaya tidak menjual ta-nah milik mereka demi kelang-sungan generasi akan datang.

Katanya, nilai pembayaran premium rendah yang ditawar-kan kepada penduduk untuk memiliki tanah membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyat.

Dalam majlis sama, beliau tu-rut meluangkan masa menzia-rahi seorang penduduk, Joana Shaari yang terlantar sakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu ser-ta menyampaikan sumbangan peribadi.

Isu PPR: MB ajak menteri datang belajarDENGKIL - Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berbe-sar hati menjemput Menteri Kese-jahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mempelajari selok-belok pengurusan Projek Peruma-han Rakyat (PPR) di Selangor.

Beliau secara sinis menyifatkan Noh sedang ghairah menjuarai isu rakyat kerana baru sahaja dilantik kembali menjadi menteri selain memperoleh gelaran Tan Sri.

“Sudah terlambat, Noh Omar dia baru dapat (gelaran) tan sri, baru jadi menteri, dia baru bela-jar bagaimana nak tolong orang susah. Sudah terlambat.

“Saya fikir mahu jemput Noh Omar datang belajar dengan

Kerajaan Negeri sebelum buat sebarang kenyataan,” katanya ke-tika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkenaan isu PPR di Selangor.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri sudah menyediakan pelbagai ke-mudahan untuk rakyat Selangor memiliki rumah terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Katanya, ia termasuk Program Dana Selangor yang dilancarkan tahun lalu bagi membantu rak-yat yang tiada kapasiti memiliki kediaman sendiri atas sebab ter-tentu.

"Siapa sahaja yang terlibat dalam perumahan kos rendah, yang tiada kapasiti memohon

pinjaman bank, tiada penyata gaji, tiada pekerjaan tetap, tiada penjamin, maka Kerajaan Negeri menyediakan dana RM20 juta.

“Ini bukan perkara baru un-tuk Kerajaan Negeri tetapi terlalu baru untuk Noh Omar,” katanya.

Noh sebelum ini berkata, pi-haknya akan menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri bagi memohon mengambil alih pengurusan dan penyelengga-raan bangunan PPR di Selangor.

Katanya, langkah terbabit ko-nonnya sebahagian daripada transformasi serta pendekatan ba-haru kementerian dalam penguru-san PPR selepas melihat kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan PPR di Lembah Subang 1.

Page 6: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

Utama6 SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Tan Sri Noh Omar mengakui tidak menunaikan janji untuk menurunkan perun-tukan RM1.8 juta bagi membaik pulih kerosakan pendawaian elektrik dan jeriji penghadang laluan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato Iskandar Abdul Samad, berkata Noh menarik semula pe-runtukan itu selepas Kerajaan Negeri mengumumkan akan melaksanakan kerja pembaikian.

Katanya, ia sekali gus ber-

canggah den-gan janji dibuat Noh yang ketika itu Pengeru-si Majlis

T i n d a k a n

SHAH ALAM - Hampir RM8 juta diperuntukkan Kerajaan Sela-ngor bagi membaik pulih Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ne-geri itu, sejak 2008.

Mengambil contoh pada 2011 dan 2012, Exco Perumahan, Pe-ngurusan Bangunan dan Kehidu-pan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata lebih RM3.1 juta dibelanjakan untuk membaik pulih dan menggantikan lif juga pam air di PPR Lembah Subang 1 dan PPR Kota Damansara.

“Manakala tahun ini sahaja, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menanggung kos RM4.7 juta untuk penyelenggaraan PPR Lembah Subang 2 seperti pem-bersihan awam, kutipan sampah dan elektrikal.

“Kos itu tidak termasuk per-untukan RM7.5 juta dalam Belan-jawan Selangor 2015 bagi mem-baik pulih PPR Kota Damansara berjumlah RM5 juta, PPR Kam-pung Baru Hicom (RM1.1 juta) dan PPR Serendah (RM1.4 juta),” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata, kerajaan Pakatan Selangor terpaksa me-warisi PPR yang sarat masalah ke-tika mengambil alih pentadbiran negeri, pada Mac 2008.

Malah, katanya, dakwaan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempa-tan, Tan Sri Noh Omar kononnya Kerajaan Negeri gagal menye-langgara PPR di Selangor juga tidak tepat.

“Serangan Noh terhadap Ke-rajaan Selangor tidak tepat dan menyembunyikan banyak fakta. Noh seharusnya mengurangkan permainan politik dan memberi

tumpuan kepada usaha pembe-laan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Noh berkata, pi-haknya akan menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri bagi memohon mengambil alih pengurusan dan penyelengga-raan bangunan PPR di Selangor.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, langkah terbabit ko-nonnya sebahagian daripada transformasi serta pendekatan ba-haru kementerian dalam penguru-san PPR selepas melihat kegaga-lan Kerajaan Negeri menguruskan PPR di Lembah Subang 1.

Peruntukan RM1.8 juta baik pulih PPR Kota Damansara

Menteri Persekutuan akui mungkir janji?

Pakatan atasi ’beban’ BN sejak ����

Persekutuan Sela-ngor, pada Januari 2015.

“Peruntukan itu memang ter-dapat di dalam Belanjawan Kera-jaan Negeri tetapi kalau begitu alasannya senang sekali untuk mencari publisiti.

“(Noh) umum peruntukan untuk kerja yang memang di-peruntukkan Kerajaan Negeri dan bila kita laksanakan, (Kera-jaan Persekutuan) tarik balik peruntukan dijanjikan,” kata-

nya, di sini, baru-baru ini.Pada masa sama, Iskandar

turut mengulangi gesaan-nya supaya Noh bersikap

seperti negarawan dan bukan ketua cawangan.

Pada 4 Ogos lalu, Noh yang juga Menteri

Kesejahteraan Bandar, Peruma-han dan Kerajaan Tempatan menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan memungkiri janji untuk memberi peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pu-lih kerosakan pendawaian dan jeriji penghadang di PPR Kota Damansara sebelum ini.

“Memandangkan Kerajaan Negeri sudah umumkan hendak beri peruntukan khas, kita tang-guh peruntukan itu tetapi dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan turut membelanjakan RM800,000 untuk pembangunan di kawasan PPR berkenaan.

“Bukan kita tidak tunai janji. Soalnya kenapa mereka (Kera-jaan Negeri) tidak umum (perun-tukan) lebih awal,” katanya.

Serangan Noh terhadap Kerajaan Selangor tidak tepat dan menyembunyi-kan banyak fakta. Noh seharusnya mengurangkan per-mainan politik dan memberi tumpuan kepada usaha pembelaan rakyat

ISKANDAR ABDUL SAMADExco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar

Mazlan ‘hero’ TV� hutang sewa rumah lebih RM��KSHAH ALAM - Individu yang sengaja me-lemparkan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri berkenaan isu pengurusan rumah kos rendah di Petaling Jaya mempunyai rekod dan tunggakan pembayaran lampau.

Hasil semakan Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya (MBPJ), Mazlan Md Yunos yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Lembah Subang didapati ti-dak menjelaskan tunggakan sewa rumah RM23,124.

Ahli Majlis, Ariffin Mahaiyuddin, berkata individu terbabit gagal melunaskan tung-gakan pembayaran walaupun notis sudah dihantar.

"Kalau benar mahu buat aduan dan jadi juara, sepatutnya dia jadi contoh kepada penduduk lain. Tapi bila pihak kami buat se-makan, dia pula yang paling banyak hutang.

"Bayangkan dengan pembayaran RM250 sebulan, sudah berapa lama dia ti-dak bayar hingga tunggakannya mencecah RM24,000?" katanya ketika dihubungi Sela-

Konsep bas percuma tarik minat Korea SelatanSHAH ALAM - Perkhidmatan Bas Smart Selangor bukan sahaja membuka mata Kerajaan Negeri lain untuk menconto-hinya, malahan turut menarik minat negara luar meninjau kemudahan dise-diakan secara percuma kepada rakyat negeri itu.

Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Indus-tri Kecil & Sederhana, IKS dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, ber- kata hal itu dapat dilihat apa-bila Korea Selatan menghantar delegasi meninjau kemudah-an Bas Smart Selangor.

“Korea juga membuat lawatan un-tuk meninjau sendiri Bas Smart Sela-ngor dan sebelum itu perkara ini juga ada dibincangkan pada lawatan dele-

gasi Kerajaan Negeri ke Korea,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini.

Sejak dilancarkan pada Julai 2015, bas percuma itu mendapat sambutan menggalakkan orang ramai ekoran ke-mampuannya memberi perkhidmatan dengan cekap.

Selain mementingkan ketepatan masa perjalan-an, perkhidmatan itu turut menawarkan kemudahan lain seperti kemudahan un-tuk orang kelainan upaya (OKU) dan kemudahan wifi percuma.

Bas Smart Selangor turut menjadi perhatian Kerajaan Negeri lain apabila program seumpamanya mula dilancar-kan di negeri lain.

l Pembersihan Awam - RM700,000l Kutipan Sampah - RM500,000l Penyelenggaraan Lif - RM300,000

*Sumber : Exco Perumahan Selangor

Anggaran Kos Penyelenggaraan Tahunan

PPR Lembah Subang

ngorKini, di sini, pada 9 Ogos lalu.Beliau berkata, sikap individu seperti itu

menjadi penyebab utama MBPJ terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar menye-diakan fasiliti dan penyelenggaraan terbaik ke-pada penduduk.

Mazlan sebelum ini tampil membuat ke-nyataan di media mendakwa MBPJ gagal me-nyediakan fasiliti terbaik yang menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.

Page 7: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

Utama7SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Promosi produk pelbagai medium

Halal Selangor berpotensi ke seluruh duniaOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Halal Internatio-nal Selangor (HIS) yang diwujud-kan bagi mempromosi produk menerusi pelbagai medium ter-masuk urusniaga dalam talian mendapat sambutan menggalak-kan di beberapa negara Asia.

Exco Pelaburan, Perindus-trian dan Perdagangan, Indus-tri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata usaha mempromosi Selangor sebagai hab perniagaan halal diper-tingkatkan ke seluruh dunia.

“Kerajaan Negeri menubuh-kan Majlis Halal International Selangor dipengerusikan Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan ada dua timbalan pengerusi iaitu Dato’ Dr Ahmad Yunus yang mengawal selia isu pematuhan hukum syariah dan saya pula menjaga isu perda-gangan.

“Majlis memanggil mesyua-rat untuk menentukan hala tuju

kepada pembentukan halal antarabangsa bagi diperkem-bangkan ke pasaran antara-bangsa.

“Setakat ini, sambutan dari-pada pelbagai negara amat menggalakkan terutama dari China, Taiwan, Korea, Jepun dan Indonesia,” kata Chang Khim pada Simposium SITEC Menera-jui Amalan Terbaik E-Dagang di The Selangor Digital Creative Centre (SDCC), I-City, di sini, pada 8 Ogos lalu.

Katanya, ketika ini rundingan sedang giat dijalankan dengan pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa dan persatuan muslim di pelbagai negara.

Chang Khim turut berharap HIS dapat dilancarkan sebelum berakhirnya tahun ini, sekali gus merancakkan lagi pertum-buhan ekonomi Selangor khu-susnya dalam industri halal di pasaran e-dagang yang giat di-promosikan Majlis Teknologi In-formasi dan E-dagang Selangor (SITEC).

SITEC bimbing ��� peniaga e-dagangSHAH ALAM - Majlis Teknologi Informasi dan E-dagang Selangor (SITEC) komited meningkatkan lagi pembabitan peniaga dalam e-dagang apabila berjaya mem-bimbing 190 golongan itu, tahun ini.

Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping, berkata hal itu ekoran pasaran dalam talian atau e-dagang kini menjadi satu landasan yang bukan sahaja efisien, malahan semakin berkembang pesat dalam kalangan masyarakat pengguna.

"Tahun ini, kita merekodkan pencapai-an memberangsangkan dengan mem-bimbing 190 pedagang yang kini mence-buri perniagaan dalam talian dengan memperolehi jualan RM1.3 juta.

"Kami rasa ada banyak lagi pedagang yang sedang berkembang dan berjaya. Kami berharap dengan jumlah pedagang yang meningkat ini akan membolehkan

mereka memperoleh jualan yang tinggi," kata Kai Ping kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada Simpo-sium SITEC Menerajui Amalan Terbaik E-Dagang di The Selangor Digital Creative Centre (SDCC), I-City, di sini, pada 8 Ogos lalu.

Katanya, pada masa ini SITEC berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan anta-ra penjual dan pengguna bagi memberi keselesaan kedua pihak ketika melaku-kan urusaniaga dalam talian.

"Kami akan meningkatkan perkhid-matan antara penjual dan penyedia perkhidmatan supaya dapat diletakkan sebagai penanda aras di Asia Tenggara dan dengan standard begini kita dapat memperkembangkan perniagaan dalam talian kita kepada pengguna di negara ji-ran," katanya.

Page 8: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

Nasional8 SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Da-tuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa supaya bersikap ‘gentleman’ untuk me-luluskan permohonan pendaftaran par-ti baru oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga harus menghormati hak mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini adalah sebahagian hak setiap warganegara Malaysia, justeru Zahid perlu ‘gentleman’ meluluskan parti baru pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin,” katanya kepada SelangorKi-ni, di sini, pada 5 Ogos lalu.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberi jaminan pendaftaran parti baru akan di-beri kelulusan segera jika semua syarat dipenuhi.

Sementara itu, Tian Chua berharap parti baru itu mampu memberi nafas baru kepada pembangkang untuk me-numbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) ketika mengulas kesan penubuhan

Luluskan pendaftaran parti baru

Menteri KDN perlu ‘gentleman’

SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh mengelak daripada berkongsi maklumat berkenaan isu ke-wangan antarabangsa sama seperti bank pusat di negara lain.

Mantan Pengarah BNM, Dr Rosli Yaa-kob, berkata hal itu ekoran protokol perkongsian maklumat adalah kerjasama banyak hala antara negara seluruh dunia bagi mengelakkan jenayah antarabang-sa di samping melicinkan urusan pem-bayaran dan pelaburan.

“Bayangkan jika enggan berkongsi maklumat, sudah tentu kita akan berha-dapan tindak balas negara lain yang juga tidak mahu berkerjasama sama ada untuk mendapatkan maklumat atau lebih teruk lagi dipulaukan.

“Kalau BNM dipulaukan, negara akan menghadapi masalah besar untuk me-mindah dana ke luar negara sama ada membayar hutang, menghantar wang

kepada pelajar di luar negara dan urusan lain,” katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Rosli berkata, keadaan itu boleh me-nyebabkan kejatuhan ekonomi sesebuah negara ekoran kesukaran mendapatkan bayaran ke atas eksport dibuat dan keeng-ganan pelabur asing melabur dalam pasa-ran tempatan.

“Lebih merumitkan apabila skandal 1MDB membabitkan negara kuasa be-sar seperti Amerika Syarikat yang turut memiliki pelbagai angensi seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang mampu mengesan sebarang manipulasi kewang-an,” katanya.

Terdahulu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun mendakwa wujud-nya konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menyalurkan maklumat kepada Amerika Syarikat.

Kongsi maklumat bank protokol normal

SHAH ALAM - Gagasan bangsa Malay-sia termaktub dalam dasar Wawasan 2020 yang pernah diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mo-hamad kini semakin sukar dicapai.

Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Dato’ Dr Siddiq Fadzil, berkata pembi-naan gagasan itu berada pada tahap kritikal ekoran pemahaman lemah ma-syarakat berkenaannya.

“Selepas hampir 60 tahun (merde-ka), kita masih berbicara berkenaan perpaduan kaum dan integrasi nasio-nal tetapi belum yakin untuk bicara soal bangsa Malaysia.

“Satu ketika (dulu) kita agak serius bicara berkenaannya dengan Wawasan 2020 menjadi ungkapan sakti, namun kini ia ibarat mantera hilang sakti,” ka-tanya pada program Wacana Kenega-raan Pembinaan Bangsa Malaysia: As-pirasi dan Realiti di Carlton Hotel, di

sini, pada 4 Ogos lalu.Dr Siddiq berkata, masyarakat Ma-

laysia masih tidak memahami konsep sebenar konteks perjuangan bangsa walaupun selepas lebih sedekad nega-ra mencapai kemerdekaan.

Katanya, kegagalan itu mendorong kepada pemahaman sebenar yang per-lu difahami segenap masyarakat ter-hadap pembentukan bangsa Malaysia bersatu.

“Kita ada rakyat Malaysia dan warga Malaysia tetapi kita masih belum wu-jud secara nyata berkenaan lahiriah bangsa Malaysia.

“Kelemahan inilah harus kita tangani kerana dalam dasar wawasan itu disebut sebagai bangsa Malaysia dan sejahtera. Fokusnya memastikan tahap intergrasi dan etniknya menikmati kehidupan se-cara saksama menerusi persamaan hak juga keadilan,” katanya.

Ungkapan ‘mantera’ Wawasan ���� hilang sakti

parti berkenaan terhadap kesepakatan parti pembangkang.

“Saya harap dengan adanya parti baru ini, pembangkang kembali bersatu me-ngumpulkan kekuatan yang ada untuk menumbangkan Umno BN,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan akan mendaftarkan parti barunya de-ngan Pendaftar Pertubuhan (ROS), pada 6 Ogos lalu.

Ini adalah sebahagian hak setiap wargane-gara Malaysia, justeru Zahid perlu ‘gentle-man’ meluluskan parti baru pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin

TIAN CHUAAhli Parlimen Batu

Page 9: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

Nasional9SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Krisis politik kritikal, beri rakyat mandat

Terengganu perlu PRNOLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Persekitaran politik di Terengganu kini berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan pentadbiran baru mengikut proses demokrasi, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali.

Bagaimanapun, katanya, proses terbabit bergantung kepada pendirian yang bakal diambil bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sama ada terus kekal dengan pendiriannya bersama Umno atau sebaliknya.

"Apabila sesebuah kerajaan tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat, ia mesti dia-dakan semula pilihan raya supaya adanya mandat baru dan keadaan di Terengganu itu amat kritikal.

“Apa juga keadaan yang diambil Ahmad Said akan menentukan langkah seterusnya, jadi Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pilihan melainkan memberi mandat kepada rakyat,” katanya ketika dite-mui di Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Ne-geri bersama penjawat awam, di sini, pada 3 Ogos lalu.

Sebelum ini, Ahmad menyuarakan ba-hawa beliau tidak kisah dipecat daripada Umno ekoran kelantangannya mengkritik

pentadbiran Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Kerajaan Negeri itu.

Beliau menyerahkan kepada Majlis Ter-tinggi Umno untuk memutuskan kedudu-kannya dalam parti melayu itu selepas wu-jud desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat.

Pada masa ini, BN menguasai 17 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, manakala PAS mempunyai 14 kerusi dan KEADILAN pula diwakili seorang ADUN.

Jika Ahmad dipecat daripada Umno dan beliau mengadakan sekutu dengan pem-bangkang, DUN Terengganu bakal menyak-sikan bilangan kerusi setara (16-16) antara kerajaan dan pembangkang yang boleh menjurus kepada pilihan raya mengejut.

Jika pilihan raya mengejut itu berlaku, Mohamed Azmin mengingatkan pe-mimpin Pakatan mengambil pengajaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini.

“Kita wajar mendengar kemahuan rakyat.

“Jika kita mengenepikan semua senti-men yang berlaku sebelum ini, saya percaya kita boleh terus maju dengan misi kita,” kata Menteri Besar Selangor itu.

Wacana IDE kupas konflik pembinaan bangsaSHAH ALAM - Institut Darul Ehsan (IDE) menganjurkan wacana kenegaraan me-ngupas konflik pembinaan bangsa Ma-laysia yang lebih komprehensif dan har-moni.

Wacana perbincangan disampaikan Pengerusinya, Dato’ Dr Siddiq Fadzil dan moderator yang juga Timbalan Canselor Universiti Selangor, Profesor Dr Shaha-ruddin Badaruddin.

Diadakan di Dewan Gemilang, Hotel Carlton, di sini, pada 4 Ogos lalu, wacana itu menghimpunkan penggiat ilmu, pela-jar, dan aktivis daripada pelbagai badan bukan kerajaan bertujuan mendapatkan fahaman menyeluruh berkenaan prospek pembinaan bangsa.

Ia disertai lebih 250 hadirin termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Juzi.

Perbincangan wacana itu menjurus

kepada topik keberkesanan dan inisiatif yang perlu dimainkan semua pihak ke arah mendukung sebuah negara bangsa.

Pada masa sama, tumpuan perbincang-an turut menjurus kepada persoalan bu-daya dan latar belakang masyarakat ber-bilang kaum di Malaysia.

Malah, konteks perbincangan turut menyentuh agenda pembinaan bangsa yang perlu menjadi tonggak peneraju pentadbiran negara kini.

Ini adalah inisitif berterusan IDE me-mainkan peranan memberi hebahan il-miah kepada orang awam dalam usaha menerapkan kesedaran berkenaan ke-sederhanaan dan keadilan dalam ma-syarakat majmuk di seluruh negeri.

Mula beroperasi sejak tahun lalu, or-ganisasi ditubuhkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berperanan memberi kefaha-man kepada masyarakat berkenaan isu sosial dan pembangunan bangsa.

SHAH ALAM - Permainan Pokemon Go yang mula menjengah negara sejak 6 Ogos lalu mula menjadi bualan ramai ter-utama penggemar watak Pikachu yang popular penghujung 90-an.

Fenomena itu menarik perhatian Mufti di Malaysia yang menyatakan permainan terbabit tidak dibenarkan untuk umat Is-lam atas faktor ‘maslahah’ dan kemuda-ratan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri antara ilmuan agama terawal di Malay-sia mengeluarkan kenyataan larangan itu hasil mesyuarat Jawatankuasa Perun-dingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu.

“Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa dikeluarkan, kami berpendapat fatwa dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan itu jika membawa kepada mudarat.

“Selain itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu ditambah boleh mem-bawa kepada perjudian, maka kami ber-pendapat hujah dikemukakan berkenaan hukum bermain Pokemon sebagai haram

Pokemon Go dapat reaksi muftidan mempunyai asas kuat.

“Manakala Pokemon Go pula ber-dasarkan kes yang sudah berlaku pengintipan pihak luar; pencerobo-han ruang peribadi; faktor keselamatan seperti kemalangan; kelalaian dan se-bagainya,” katanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula menggesa semua negeri mengisyti-harkan Pokemon Go sebagai haram me-mandangkan ia dibimbangi mempunyai

unsur perjudian selain melalaikan masyarakat termasuk umat

Islam.Setakat ini, keba-

nyakan negeri masih be-lum membuat keputu-san sama ada permainan

itu haram atau sebaliknya.Bagaimanapun, Sarawak

mengambil pendirian berbeza dengan tidak menghalang umat Is-

lam di negeri itu bermainnya.Timbalan Ketua Menterinya, Da-

tuk Amar Abang Johari Openg meng- anggap Pokemon Go tiada ke-na-mengena dengan mana-ma-na agama dan jika memudaratkan, pihaknya yakin Suruhanjaya Komuni-kasi dan Multimedia (SKMM) akan me- ngambil tindakan sewajarnya.

Page 10: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

10Ekonomi

SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Bantu 4,600 projek perkilangan sejak ditubuhkan

Invest Selangor tarik pelaburan RM���.� bilionOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Invest Selangor berjaya menarik pelaburan bernilai RM130.7 bilion bagi sektor pembuatan di ne-geri itu sejak ia ditubuhkan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Selangor menca-pai nilai pelaburan lebih RM7.9 bilion pada 2015 iaitu meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Walaupun amat berbangga de-ngan kejayaan ini tetapi kami ingin memberi jaminan akan terus bekerja keras menambah baik apa yang dita-warkan hari ini.

“Invest Selangor mempunyai rekod prestasi hebat membantu pelabur serta sokongan perniagaan selepas pelaburan dibuat atau lebih tepat lagi berjaya membantu lebih 4,600 projek perkilangan sejak penubuhannya,” ka-tanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di

hadapan kira-kira 1,000 pelabur dalam dan luar negara pada majlis Invest Se-langor Gala Dinner yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, pada 5 Ogos lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri bukan sahaja meletakkan negeri itu sebagai

pusat utama pelaburan di rantau Asia Tenggara, bahkan turut berusaha ke peringkat dunia.

Katanya, Selangor terus diperkenal-kan melalui pelbagai promosi khusus-nya mengadakan ekspo antarabangsa yang dijadikan sebagai acara tahunan.

SIC, PKNS fokus pembangunan Selangor Cyber ValleySHAH ALAM - Selangor Industrial Corporation (SIC) fokus merancakkan lagi program pembangunan RM200 juta di Selangor Cyber Valley, Cyberjaya.

Pengarah Urusannya, Ir Zulkefli Khalid, berkata pi-haknya kini menjalinkan kerjasama bersama Perbadan-an Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk meningkat-kan kemudahan fasiliti di kawasan pinggir bandar.

“Pembangunan Selangor Cyber Valley di bawah PKNS dimajukan menerusi projek pembangunan industri di kawasan itu dengan menyediakan bangunan perusa-haan berteknologi kini.

“Kemudahan ini dipergiat bagi menarik pelabur dari luar untuk datang ke Selangor menggunakan kemuda-han dan prasarana terbaik disediakan SIC. Sehingga kini bagi 2017, untuk perbelanjaan dengan penilaian harga tanah di Selangor Cyber Valley dianggarkan bernilai RM200 juta,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya terus menjalinkan kerjasa-ma bersama PKNS membuat penilaian kos lain jika wu-judnya pertambahan kos pada masa depan.

“Sehingga kini, gerak kerja ini masih di peringkat perbincangan bersama PKNS dan butir pelaksanannya dibuat kemudian,” katanya kepada SelangorKini, pada Majlis Pelancaran Ibu Pejabat Baru SIC di Vista Alam, Seksyen 14, di sini, pada 2 Ogos lalu.

Pada masa sama, beliau berkata, kompleks baru SIC disifatkan lebih komprehensif untuk memainkan pera-nannya menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negeri.

Terletak di Pusat Bandar Shah Alam, kompleks ter-babit menyediakan kemudahan dan fasiliti kepada tenaga kerjanya.

“Ini bukan sekadar perpindahan biasa kerana peng-hijarahan ini menjadikan kami lebih fokus membantu Kerajaan Negeri merealisasikan dasar ekonomi,” katanya.

Page 11: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

11SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Pertanian

Beri bantuan peralatan dan kursus latihan

AGROGEMS galak generasi muda ceburi pertanianOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menggalakkan pembabitan ge-nerasi muda menceburi bidang pertanian khususnya di kawasan bandar menerusi insiatif keber-kesanan program AGROGEMS.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam, Pemodenan Perta-nian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata program itu membuka peluang kepada ge-nerasi muda untuk memulakan projek pertanian.

“Program ini bertujuan me-ngenal pasti generasi muda yang memulakan projek pertanian se-terusnya dibantu daripada segi peralatan atau kursus latihan.

“Tujuannya untuk meningkat-kan lagi produktiviti dan kualiti produk pertanian yang diusa-hakan golongan ini.

“Manakala bagi yang belum

memulakan projek pertani-an tetapi berminat, mereka juga diberikan pendedah-an menerusi seminar dan kursus bersesuaian,” kata-nya, di sini, baru-baru ini.

AGROGEMS adalah singkat-an kepada Program Agro Gene-rasi Muda yang dilaksanakan se-jak 2015 menerusi peruntukan RM500,000 sebagai suntikan awal menjayakannya.

Pada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri juga mewujud-kan Program Ladang #SmartSe-

langor kepada masyarakat untuk mendapatkan kefahaman dalam konteks pertanian negeri.

“Program ini diwujudkan kepa-da semua golongan termasuk ge-nerasi muda yang berpengalaman, berpengetahuan dan berminat menceburi bidang pertanian teta-pi tiada tanah untuk dimajukan.

“Kerajaan Negeri menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keluasan kawasan per-tanian dibuka kepada generasi muda melalui program AGRO-GEMS,” katanya.

Agro Foresty bantu peneroka Hutan Simpan Templer

SELAYANG - Kerajaan Negeri berusaha membantu bebera-pa peneroka di kawasan Hutan Simpan Templer mendapatkan pengesahan taraf pertanian me-mandangkan ketika ini mereka menjalankan aktiviti itu di ka-wasan rizab hutan simpan.

Exco Insfrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Perta-nian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata tanah itu su-dah diteroka sejak 1985 dan lebih 100 ekar daripadanya sudah di-usahakan.

“Kita nak menyelesaikan terus permasalahan rakyat di Hutan Templer atau lebih dikenali se-bagai Hutan Lipur Kanching. Ia hutan simpan kekal dirizabkan pada 1995, sedangkan ia sudah diteroka untuk aktiviti pertanian, sejak 1985.

“Mereka tidak dapat menyele-saikan pemilikan hak milik. Hampir

100 ekar sudah ditanam pelbagai jenis pokok dan kawasan itu masih rizab hutan. Kita tidak galakkan su-paya ia ditarik keluar,” katanya pada Karnival Jelajah Infratani peringkat DUN Taman Templer di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang, pada 6 Ogos lalu.

Beliau berkata, konsep Agro Forestry mungkin diguna pa-kai supaya hutan itu kekal seba-gai rizab Kerajaan Negeri tetapi pada masa sama peneroka masih dibenarkan untuk meneruskan aktiviti pertanian.

Difahamkan, lebih 50 penero-ka terdiri daripada pesara tentera melakukan aktiviti pertanian ser-ta akuakultur di situ, namun latar belakang mereka dinilai terlebih dahulu sebelum sebarang tinda-kan susulan diambil.

Selain itu, beliau menggalak-kan orang ramai yang berminat mengusahakan aktiviti pertanian

mengemukakan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Pada masa sama, Zaidy berka-ta, jelajah itu adalah langkah he-bahan kepada umum berkenaan penganjuran pameran pertanian terbesar iaitu Agrofest Selangor 2016 yang bakal berlangsung di Pantai Morib, pada 20 hingga 23 Oktober ini.

Beliau turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan kepada 100 penerima #SmartSelangor Food Stamp dan Skim Mesra Usia Emas SMUE.

Beliau turut melawat bebe-rapa gerai pameran disediakan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Petanian Negeri Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor.

Kebun Komuniti urus tanah pertanian terbiarSHAH ALAM - Pengurusan ta-nah pertanian terbiar seluruh negeri dibangunkan menerusi program Kebun Komuniti se-cara efektif dan bersistematik.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berka-ta tanah pertanian berpontesi dibangunkan demi manfaat jangka panjang kepada perole-han hasil dan penjanaan eko-nomi negeri.

“Program ini diwujudkan bagi memastikan setiap inci tanah milik Kerajaan Negeri terbiar khususnya di kawasan bandar dapat dibangunkan.

“Tujuannya untuk menge-luarkan hasil tanama makanan secara berkelompok dengan menggunakan teknologi per-tanian yang moden.

“Sebagai contoh tanaman berkonsepkan fertigasi me-mandangkan keluasan tanah di

kawasan bandar amat terhad,” katanya.

Beliau mengulas inisiatif berterusan Kerajaan Negeri membangunkan prospek ta-nah pertanian dilihat berpo-tensi untuk menjana peluang ekonomi negeri.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri konsisten merancakkan pemba-ngunan pertanian negeri meneru-si pelbagai langkah produktif dan pelan jangka panjang.

Ia termasuk pembentangan Belanjanwan 2016 oleh Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang memberi tum-puan kepada industri pertani-an seluruh negeri.

Sehingga kini, sebanyak 156 hektar tanah pertanian seluruh negeri mula dibangunkan un-tuk menanam beberapa jenis tanaman pertanian termasuk di bawah Projek Pertanian Ber-sepadu.

Program ini diwujudkan kepada semua golongan termasuk generasi muda yang ber- pengalaman, ber-pengetahuan dan berminat men- ceburi bidang pertanian tetapi tiada tanah untuk dimajukanZAIDY ABDUL TALIBExco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertaniandan Industri Asas Tani

Page 12: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

Album12 SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Album13SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

ADN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan beriadah bersama penduduk di DUN berkenaan

ADN Bangi, Shafie Ngah membantu penduduk membersihkan sampah di kawasan ituADN Kampung Tunku, Lau Weng San menyampaikan sumbangan Selangor Food Stamp kepada masyarakat berbilang bangsa di DUN itu

ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail

meluangkan masa menyan-

tuni kanak-kanak ketika

menyerahkan sumbangan

kepada Surau Ar Raudah, Padang

Jawa

ADN Dengkil, Shahrum Mohd

Sharif selesai melakukan persediaan

bersama peserta aktiviti

kecergasaan FIT Selangor di SK

Bukit Changgang

Ahli Parlimen Selayang, William Leong melawat rumah mangsa pokok tumbang di kawasan itu bagi meneliti tahap kerosakan akibat kejadian terbabit

ADN Damansara Utama,Yeo Bee Yin bergandingan dengan bekas pemain badminton, Dato’ Yew Cheng Hoe di Kejohanan Badminton SS2

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bersama ADN Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman menyertai program gotong-royong bersama penduduk setempat

ADN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menyampaikan anugerah kepadaorang asal di Indigenous Arts Festival 2016

Page 13: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

14Rencana

SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

60,000 tan sampah dilonggok seakan terkena bom

Tangan kotor jadi penyebabOLEH NORHAYATI UMOR

Kotor..busuk..menjijikkan..Sikap tidak bertanggung-jawab pihak berkaitan me-

nyebabkan keadaan kawasan seluas kira-kira tiga ekar itu keli-hatan seperti terkena bom.

Tetapi bukan bom yang men-jadi punca kawasan itu jadi be-gitu, sebaliknya tangan-tangan mereka yang tidak bertang-gungjawab menjadi penyebab-nya yang secara tidak rasminya menjadikan tempat itu sebagai tapak pembuangan sampah.

Begitulah gambarannya. Ka-wasan perumahan mewah Eme-rald Alam Impian, Seksyen 35 dijadikan tempat pengumpu-lan batu-bata, konkrit mahupun kayu memenuhi kawasan itu bercampur aduk dengan pera-bot lama.

Keadaan lebih buruk kerana sisa domestik turut berlonggok di sana-sini, menimbulkan bau busuk yang meloyakan.

Lebih teruk, ia terletak di tepi sungai. Sampah sarap itu akan dibawa arus sungai jika hujan turun. Sikap tidak bertanggung-jawab sesetengah pengusaha daripada sektor industri berte-rusan menjadikan sungai se-bagai 'mangsa'.

SelangorKini bersama Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangu-nan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dan Pengurus Besar KDEB Waste Management, Ram-li Mohd Tahir serta Pemangku Pengurus Besar Hebat Abadi Sdn Bhd, Muzafar Mohamed menerjah ke tapak pembuan-gan sampah haram, pada 4 Ogos lalu.

Tapak pembuangan terbabit agak tersorok. Banyak pemban-gunan rumah mewah didirikan di kawasan itu menyukarkan un-

tuk kami masuk ke kawasan itu.Mungkin mereka sudah men-

getahui kami akan ke sana, 'penjaga' di laluan masuk uta-ma tiada. Manakala, laluan ma-suk kedua pula ditutup dengan palang besi dan timbunan ba-tu-bata menghalang kami dari-pada masuk. Nampak seperti ia baru sahaja diletakkan.

Terpaksa kami berjalan kaki lebih satu kilometer untuk ke tapak itu. Sepanjang berjalan kaki, banyak sisa binaan terli-hat di kiri kami hingga ke tapak berkenaan.

Tiba di sana, tiada sesiapa di situ. Hanya seekor anjing di bawah pondok yang tersedia bantal, tilam dan radio.

Difahamkan, dua jentera be-rat, sebuah eskavator dan jento-lak di kawasan itu dipindahkan berdasarkan kesan di laluan kelu-ar masuk kawasan itu masih baru.

Hasil siasatan awal dan rakam- an sebelum ini, difahamkan

sekurang-kurangnya 50 hing-ga 100 lori keluar masuk untuk membuang sampah di kawasan itu menyebabkan 60,000 tan sampah terkumpul.

Tindakan pengusaha mem-buang sampah-sarap dan sisa industri ke dalam sungai kerana mahu menjimatkan kos buruh dan perjalanan.

Heret pesalah

Kerajaan Negeri memandang serius isu pembuangan sampah haram oleh segelintir pihak ti-dak bertanggungjawab, sekali gus komited menangani ma-salah itu.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata Kerajaan Negeri akan mengam-bil tindakan tegas untuk mena-han pesalah terbabit.

"Saya tegaskan dan memberi

maklum kepada rakyat di Se-langor bahawa Kerajaan Nege-ri sangat serius dalam perkara ini. Kita akan menyiasat den-gan segera pihak yang bertang-gungjawab untuk diheret ke muka pengadilan.

"Untuk makluman, dalam be-berapa tahun ini, kita berjaya menutup beberapa kawasan yang menjalankan operasi tapak pelupusan sampah ha-ram," katanya.

Hian Wah berkata, pihaknya difahamkan tapak pembuangan sampah itu sudah beroperasi lebih tiga tahun lalu membabit-kan sampah binaan dan industri.

"Lebih teruk lagi, kini ka-wasan itu terdapat hakisan dan apabila hujan turun sampah masuk ke dalam sungai. Itu se-bab Sungai Klang banyak sam-pah terapung masuk ke laut," katanya.

Mahu PBT, JPS lebih peka

Hian Wah mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) di se-luruh Selangor supaya lebih peka dan bekerjasama melak-sanakan pemantauan secara lebih kerap dan peka terhadap permasalahan isu terbabit.

"Isu ini memerlukan kerjasa-ma daripada semua pihak dan agensi. Sama ada PBT mahu-pun Jabatan Pengairan dan Sali-ran Selangor (JPS) juga orang awam.

"Saya sudah menghubungi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam isu ini. Ya, sudah tentu semua pihak perlu peka akan isu seperti ini," katanya.

Beliau juga mengalu-alu-kan maklumat daripada orang awam yang prihatin untuk me-nyalurkan sebarang maklumat tepat dan insentif akan diberi-

Saya tegaskan dan memberi maklum kepada rakyat di Selangor bahawa Kerajaan Negeri sangat serius dalam perkara ini. Kita akan menyiasat dengan segera pihak yang bertanggungjawab untuk diheret ke muka pengadilan

EAN YONG HIAN WAHExco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru

Page 14: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

15SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Rencana

kan melalui PBT kepada mereka.Selain perhatian daripada PBT, JPS

juga bertanggungjawab memantau kualiti air di sungai tersebut yang dira-gui merosot walaupun sisa dibuang itu bukanlah bahan kimia terancam.

Bukan sahaja pemantauan, tetapi perlu disusuli tindakan penguatkua-saan secara berterusan bagi memasti-kan si pelaku benar-benar mendapat pengajaran dan tidak mengulangi per-buatan mereka.

Lebih RM2 juta terbuang

Hebat Abadi Sdn Bhd (HASB) yang ditugaskan untuk membersihkan ka-wasan tapak 60,000 tan sampah haram itu menganggarkan RM2 hingga RM3 juta kos akan 'terbuang' bagi melak-sanakan kerja pembersihan.

Pemangku Pengurus Besar HSAB, Muzafar Mohamed, berkata pihaknya menjangkakan akan memulakan kerja pembersihan dalam tempoh 60 hari selepas menerima kelulusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Kertas cadangan bagi kerja pem-bersihan ini akan dihantar ke Unit Pe-rancangan Negeri minggu ini untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Muzafar berkata, tapak yang ditemui itu merupakan tapak ketiga yang diber-sihkan anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Katanya, sebelum ini, HASB mem-bersihkan tapak perlupusan sampah haram di Semenyih dengan kos RM 1.8 juta membabitkan 30,000 tan sampah dan di Jenderam Hilir pula RM850,000 membabitkan 13,000 tan sampah.

"Penemuan tapak sampah haram itu hasil daripada maklumat orang awam daripada salinan e-mel yang dihan-tar melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI). Pengadu yang membeli rumah di kawasan itu mendakwa sudah meng-hantar beberapa aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Ahli Parlimen Shah Alam.

"Jadi, kita bertindak atas maklumat ini. Sebelum ini, kita meyusuri sungai untuk melihat kawasan ini memandan-gkan tanah itu milik persendirian," ka-tanya.

Muzafar mendakwa, tapak pem-buangan sampah haram itu milik persendirian dan rizab sungai JPS, bah-kan pihaknya juga mendapati terdapat empat lokasi lain di sepanjang Sungai Klang.

"Perkara ini bukan kali pertama ber-laku. Ini kali kedua membabitkan tapak yang besar. Sama juga tiada pemantau-an dari pihak berwajib.

"Ada rangkaian daripada pemaju dan pengusaha yang menghantar sam-pah ini. Kita jangkakan sampah haram ini datang dari Shah Alam, Subang dan Petaling Jaya.

Beliau berkata, mereka bertindak sedemikian kerana jarak tapak pelu-pusan sampah yang dibenarkan agak jauh.

"Antaranya, tapak perlupusan sani-tari Jeram, Tanjung 12, stesen pemin-dahan Seksyen 12 dan milik swasta di Bukit Tagar.

"Manakala, Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sungai Kertas di Gombak, Pulau Ketam, Dengkil," kata-nya.

Muzafar berpendapat, tindakan pen-guatkuasaan secara ketat boleh dilaku-kan jika semua pengusaha berdaftar melalui sistem BLESS.

Katanya, kontraktor Pemungutan Sisa Pepejal Pembinaan (KPSB) Berlesen di Se-langor hanya berdaftar melalui Unit Pe-rancangan Ekonomi Negeri.

"Akta 672 sudah diperkenalkan di be-berapa kawasan antaranya Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Johor.

"Melalui akta ini, anggota Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersih-an Awam (SWCorp) akan memastikan perkhidmatan kutipan berjadual dilak-sanakan secara teratur dan konsisten.

"Mana-mana kontraktor yang ingkar lesen akan dibatalkan. Ini akan memu-dahkan lagi tindakan dilakukan. HASB di-

daftarkan melalui BLESS ini," katanya.

Pantau tanah elak diceroboh

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menggesa agensi berkaitan atau ja-batan yang bertanggungjawab supaya me-mantau tanah milik masing-masing bagi mengelakkan tanah diceroboh untuk dijadi-kan kawasan pembuangan sampah haram.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA, Shah-rin Ahmad, berkata pihak berkaitan juga perlu membuat rondaan secara berkala supaya tanah mereka tidak dijadikan long-gokan sampah haram.

"Isu pembuangan sampah haram diberikan perhatian serius MBSA kerana ia bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar tetapi juga mencacatkan pemanda-ngan," katanya.

Katanya, hasil pemantauan mendapati sam-pah haram itu dibuang di kawasan sunyi dan sukar dilalui serta dimasuki khususnya di tepi sungai, parit, lereng bukit juga hujung jalan.

"Sehubungan itu, MBSA mengambil lang-kah proaktif untuk menangani permasalahan ini antaranya cadangan pemasangan 'mobile' kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang sering berlaku pembuangan sampah haram.

"Pelantikan panel kontraktor pengurusan sisa industri bagi memperkasakan sistem pembuangan sisa industri, penubuhan jawatankuasa bertindak pembasmian pem-buangan sampah haram serta mengambil tindakan perundangan kepada pihak yang terlibat dalam pembuangan sampah haram," katanya.

Orang ramai yang ingin membuat aduan berhubung pembuangan sampah haram boleh menghubungi unit aduan MBSA di talian bebas tol 1800884477.

KENYATAAN TAWARAN

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR LEMBU BAGI TUJUAN KORBAN

1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat tempatan bagi perkhidmatan seperti tajuk di atas dengan syarat-syarat berikut; a. Syarikat bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). b. Memiliki kandang dan ternakan sendiri. c. Memiliki permit/lesen ternakan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. d. Perniagaan syarikat adalah 100% berkaitan ternakan lembu.

Dokumen Sebutharga boleh diperolehi secara percuma pada waktu pejabat di tempat dan masa sebagaimana berikut:

Mula Khamis 11/08/2016

Hingga Khamis 18/08/2016

Tempat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Tingkat 14, Bangunan Darul Ehsan Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor

2. MBI tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Bukti pos tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan tawaran. MBI juga mempunyai hak mutlak untuk membatalkan proses tawaran ini tanpa memberi notis dan juga tidak akan mempunyai apa-apa liabiliti daripada pembatalan proses tawaran ini.

3. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel kepada [email protected] bermula dari tarikh iklan ini dikeluarkan sehingga jam 7:30 petang hari Rabu, 17hb Ogos 2016. Pertanyaan hanya boleh di buat melalui e-mel. Sebarang pertanyaan melalui kaedah lain tidak akan dilayan.

4. Borang yang lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah diletakkan di dalam sampul tertutup dan dilabelkan sebagai “Tawaran Bagi Membekal dan Menghantar Lembu Bagi Tujuan Korban” dan dihantar kepada MBI sebelum atau pada jam 4:00 petang hari Khamis, 18hb Ogos 2016 di alamat berikut;

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Tingkat 14, Bangunan Darul Ehsan Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor

PERINGATAN:1. SATU PEMBEKAL DIBENAR MENAWARKAN SATU TAWARAN SAHAJA

2. BORANG SEBUT HARGA WAJIB DILETAK HARGA DAN DITANDATANGANI

TARIKH IKLAN : 10/08/2016 (RABU)

Page 15: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

16Sejarah

SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Simbol kesepakatan rakyat yang disembunyikan

Hartal, mampukah berulang?OLEH NAZLI IBRAHIM

Sejarah membuktikan gera-kan menentang rejim pen-jajah memang tiada yang

mudah. Ia memerlukan seribu satu macam pengorbanan yang bukan sedikit. Lebih-lebih lagi tatkala berhadapan dengan kua-sa penjajah yang memiliki segala-galanya, kuasa hinggalah kepada wang ringgit.

Walaupun begitu, rakyat ter-banyak masih memiliki sesu-atu yang boleh digembeling sepenuhnya yang mampu me-nimbulkan kegerunan penjajah mahupun kerajaan yang menin-das rakyat.

Itulah yang dibuktikan ma-syarakat negara ini apabila pada 20 Oktober 1947 gerakan Hartal (sejarah yang disembunyikan) di-lancarkan bagi membantah draf Perlembagaan Persekutuan yang diusulkan penjajah British untuk Malaya.

Hartal (berasal daripada per-kataan Gujerati bermaksud protes beramai-ramai) di Ma-laya dilaksanakan dengan me-ngambil pendekatan pejuang kemerdekaan India, Mahatma Ghandi ketika mengetuai rakyat India menuntut kemerdekaan daripada penjajah British dengan mengadakan tunjuk perasaan atau bantahan secara meluas dengan aman.

Gerakan ini membuktikan, wa-laupun gerakan penentang yang lazimnya dalam keadaan serba kekurangan dalam banyak aspek, namun semangat dan kesepaka-tan rakyat merupakan satu-satu-nya senjata terbaik yang ada.

Kalau di India, Hartal dilak-sanakan bagi menuntut ke-merdekaan, di Malaya pula Har-tal dilancarkan bagi menuntut

supaya perlembagaan negara ini ditulis oleh rakyat sendiri (Per-lembagaan Rakyat) bagi mencer-minkan aspirasi rakyat yang merdeka bukannya mengekal-kan kepentingan penjajah.

Ketika itu, Hartal yang di-lancarkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malayan Coun-cil of Joint Action (AMCJA) itu merupakan satu gerakan menye-luruh di seluruh negara terutama di bandar besar dengan men-gadakan mogok umum secara menyeluruh melibatkan premis yang menjalankan urusan harian seperti perniagaan, pejabat dan pengangkutan awam.

Peranan Utusan Melayu

Memetik Utusan Melayu ber-tarikh 20 Oktober tahun sama, ki-ra-kira seminggu sebelum Hartal berlangsung, anggota PUTERA sudah melancarkan gerakan pe-nerangan sehingga ke kampung-kampung bagi menjelaskan erti dan tujuan Hartal diadakan ke-pada orang ramai.

"Syarahan-syarahan diadakan, manakala surat-surat sebaran dalam bahasa Melayu memberi penjelasan tentang hartal telah dibahagikan pada rakyat.

"Dalam penerangan-peneran-gan itu, mereka menegaskan bahawa hendaklah disiplin cara damai dalam menjalankan hartal dipegang betul-betul oleh rak-yat," lapor akhbar paling berpen-garuh pada masa itu.

Lapor Utusan Melayu di muka hadapannya lagi, kesatuan buruh perkhidmatan pengangkutan seperti, Traction Company turut berkeras untuk menyertai Hartal dan Gabungan Persatuan Buruh Singapura yang dinaungi 73 per-satuan pekerja turut menggesa

supaya ahli-ahlinya tidak datang bekerja pada hari itu.

"Buruh perkhidmatan Mu-nicipal yang bekerja dalam pe-jabat-pejabat pengangkut najis dan sampah, memperbaiki jalan raya, gas, pembersih bandar dan anti malaria adalah difahamkan akan berhartal juga.

"Lebih kurang 1,000 orang bu-ruh yang bekerja dalam jabatan-jabatan elektrik dan air telah di-minta oleh persatuan buruhnya supaya menggunakan bijak pan-dai masing-masing iaitu sama ada mahu berhartal atau tidak adalah terserah pada mereka.

"Perkhidmatan bas antara kampung Melayu dan Geylang Seraya serta Geylang ke Changi khabarnya tidak akan berjalan pagi ini," lapor akhbar yang pada masa itu masih bebas daripada cengkaman Umno.

Hasil daripada kerjasama kesa-tuan buruh yang juga mewakili masyarakat pengguna terbesar, hampir semua aktiviti harian ter-utama di bandar-bandar utama lumpuh dan lengang sekali gus menjadi satu tamparan hebat ke-pada penjajah British.

Selepas menerima tamparan hebat, penjajah British bertin-dak balas dengan memperke-nalkan Akta Darurat pada 1948 dan membuat ribuan tangkapan terhadap tokoh politik haluan kiri dengan menggunakan ala-san memerangi fahaman komu-nisme.

Antara yang ditangkap adalah pengasas Parti Kebangsaan Mela-yu Malaya (PKMM), Ahmad Boes-taman; pengasas Hizbul Mus-limin, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan pemimpin PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Parti So-sialis Rakyat Malaysia (PSRM), Ka-marulzaman Teh.

Selain menahan tokoh-tokoh penting gerakan kiri, British turut mengharamkan PKMM, API, Ang-katan Wanita Sedar (AWAS), Gera-kan Pemuda Melayu (GERAM), Hizbul Muslimin, PETANI, dan banyak lagi gabungan pertubu-han kecil lain.

Dijatuhi hukuman mati

Selain menjadi tahanan politik dalam satu tempoh yang pan-jang, beberapa pemimpin gera-kan kiri ini turut dijatuhi huku-man mati oleh penjajah British.

Antaranya, Kamarulzaman Teh yang terlepas daripada hu-kuman gantung selepas berja-ya mendapat ulangbicara yang membawa kepada hukuman penjara seumur hidup seperti yang dijelaskan pada satu wawa-

ncara bersama majalah Nadi In-san terbitan Januari 1983.

"Saya telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dijatuhkan hukuman mati dan pernah tinggal di bilik gan-tung selama 10 hari, 10 malam.

"Bagaimanapun saya mendapat keputusan dari Mah-kamah Ulangbicara dan dikena-kan hukuman penjara seumur hidup. Pada tahun 1962, saya ke-luar dari penjara Seremban dan ditahan di bawah undang-un-dang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama lapan tahun," kata Kamarulzaman yang meninggal pada tahun 2002.

Jelasnya, individu pertama dikenakan hukuman gantung di bawah Undang-undang Darurat pada masa itu adalah individu yang kenali sebagai patriot Ma-nan.

"Pengalaman penjara perta-ma, di Penjara Pudu Kuala Lum-pur. Saya menanti hukuman gantung bersama saudara patri-ot Manan dari Kajang, Selangor. Allahyarham Manan merupakan orang pertama digantung di bawah undang-undang Darurat.

"Tiap kali orang tahanan di-hukum gantung, kawan-kawan dalam penjara yang menjalani hukuman kerana menentang penjajah menyanyikan lagu-lagu revolusi dan patriotik.

"Selepas ulangbicara, saya di-hantar ke penjara Seremban. Ke-adaan penjara di Seremban sangat buruk dan pentadbiran penjara sangat menekan kami semasa Pen-guasa Penjara Allen, bekas ahli Pa-sukan 136," katanya lagi.

Akhirnya pada 1957, pen-jajah British menyerahkan ke-merdekaan kepada Umno, MCA dan MIC dengan menggunakan draf Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kepentingan mereka terus dipertahankan di tanah bekas jajahan mereka.

Walaupun Perlembagaan Rakyat yang diperjuangkan gagal ditegakkan, namun British sen-diri pada masa itu gagal mema-tahkan semangat dan kerjasama rakyat dalam menjayakan Har-tal dan ini menjadi igauan ngeri buat mereka.

Ini menjelaskan, penjajah British hanya mampu mema-tahkan gerakan menuntut Per-lembagaan Rakyat itu dengan menggunakan kekerasan dan ditambah lagi wujudnya duri dalam daging dalam perjuangan rakyat pada masa itu.

Namun bagi Kamarulzaman, walaupun dipenjarakan dan dike-nakan pelbagai seksaan, seman-gat perjuangan tidak dapat di-hentikan selagi ada penindasan, perhambaan dan penjajahan bentuk baru di tengah-tengah masyarakat.

Hari ini selepas 69 tahun ber-lalu, masyarakat negara ini sekali lagi memerlukan semangat dan kerjasama yang sama dilakukan ketika menjayakan Hartal pada 1947.

Semangat dan kerjasama ini amat diperlukan dalam mengha-dapi sebuah kerajaan yang bukan sahaja menindas rakyat, malahan sedang membinasakan Malaysia secara perlahan dengan tangan-tangan kotor mereka.

Pada 2008 dan sekali lagi pada 2013, rakyat Selangor yang dip-impin Pakatan Rakyat ketika itu berjaya membuktikan semangat dan kerjasama dalam kalangan mereka yang memerdekakan bumi Selangor daripada cengka-man lebih 60 tahun Umno-BN.

Namun, hari ini, dengan se-nario politik pembangkang yang tampak berantakan, mampu-kah Pakatan yang ada hari ini menggembeling semangat dan kerjasama rakyat untuk menum-bangkan 'penjajahan' di Putra-jaya pula?

Page 16: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

17SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Pelancongan

Selangor tuan rumah Festival Orang Asal Antarabangsa

Angkat tema 'Back to The Roots'

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Selangor menjadi tuan rumah penganjuran Festival Orang Asal Antara-bangsa dengan penyertaan kaum pribumi seluruh dunia.

Program terbabit memfokuskan kepelba-gaian jenis persembahan, pameran kebu-dayaan dan kesenian berkait kehidupan ma-syarakat Orang Asal.

Ia disertai masyarakat Orang Asal anta-ranya dari Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar, Thailand, Vietnam dan penyertaan daripada kaum pribumi itu dari Malaysia.

Mengangkat tema ‘Back To The Roots’ (Kembali Ke Asal), penganjurannya seiring dengan sambutan Perayaan Kaum Asal pe-ringkat antarabangsa.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata penganjuran program itu mampu mening-katkan peluang pelancongan secara efektif di Selangor.

“Mengetengahkan budaya dan kesenian, ia bukan sahaja dapat menarik pelancong tetapi mampu meningkatkan taraf ekonomi kaum Asal.

“Pelaksanaannya mampu memberikan peluang terbaik kepada mereka untuk lebih berdaya saing,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada 6 Ogos lalu.

Sementara itu, Pengurus Tourism Sela-ngor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata penganjuran program itu mampu memberi pendedahan meluas tentang cara hidup ko-muniti Orang Asal serata dunia.

“Masyarakat masih belum mendapat pendedahan luas mengenai cara hidup ko-muniti ini. Justeru, kebajikan masyarakat kaum ini terus diberi tumpuan menyeluruh,” katanya.

Hutan Lipur Kanching destinasi ekopelancongan

MASITF ����: Peluang lonjak percutian Islamik SelangorPETALING JAYA - Penganjuran MATTA Selangor Islamic Travel Fair 2016 (MASITF 2016) diharap mampu melonjakkan nama Se-langor sebagai pusat percutian Islamik pertama di Malaysia.

Pengerusi Persatuan Pengem-bara dan Agensi Pelancongan (MATTA) Selangor, Mohd Akil Mohd Yusof, berkata MASITF 2016 menyediakan pelbagai pakej percutian Muslim seluruh dunia berbanding sebelumnya yang lebih memfokuskan pakej umrah dan bakal berlangsung di Encorp Strand Mall, Kota Daman-sara, di sini, pada 26 hingga 28 Ogos ini.

Katanya, acara itu dijangka mampu menjadi landasan ber-kesan bagi memberi peluang kepada pengusaha dan agensi pelancongan berskala kecil juga sederhana mempromosi pel- bagai pakej percutian yang mem-fokuskan kepada destinasi Is-lamik seluruh dunia.

“Ia bukan sahaja mempromo-si, malahan menjual pakej pada harga istimewa sekali gus mem-beri pendedahan kepada agensi terbabit untuk bersaing secara sihat serta mencapai standard antarabangsa bagi memastikan

kesinambungan agensi masing-masing kekal relevan,” katanya dalam sidang media MASITF 2016 di Hotel Royale Bintang, The Curve di sini, pada 4 Ogos lalu.

Mohd Akil berkata, lebih 50 agensi dan syarikat pengenda-li perkhidmatan pelancongan berlesen, agensi promosi kera-jaan serta syarikat kewangan terlibat dengan pelbagai ta-waran menarik.

Katanya, agensi terlibat juga berpeluang mengadakan perbin-cangan dengan agensi lain se-perti bank dan syarikat insurans terutama yang beroperasi di Se-langor.

“Berbeza dengan penganjuran sebelum ini yang dibanjiri kira-kira 23,000 pengunjung, MASITF kali ini dijangka meningkat de-ngan sasaran 50,000 pengunjung membabitkan urusniaga RM10 juta,” katanya.

Pengusaha agensi pelanco-ngan berlesen yang berminat untuk menyertai MASITF 2016 boleh menghubungi seketariat MATTA Selangor bagi mendapat keterangan lanjut dengan meng-hubungi 03-55111370 atau e-mel permohonan kepada [email protected].

SHAH ALAM - Hutan Lipur Kan-ching yang mempunyai keunikan tujuh strata air terjun menjadi salah satu sasaran destinasi eko-pelancongan di Selangor.

Pengurus Besar Tourism Se-langor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata setiap strata air terjun itu memiliki kolam yang cantik dan sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

Katanya, Tourism Selangor akan memperhebatkan promosi mengikut pasaran, di samping mengkaji tarikan produk yang di-inginkan pelancong.

“Ekopelancongan di Selangor terus meningkat sehingga kita menerima satu projek untuk me-ningkatkan pelancongan di Hu-tan Lipur Kanching.

“Kawasan itu menjadi salah satu tumpuan pelancong asing terutama dari timur tengah un-tuk datang dan melihat sendiri keunikannya,” katanya kepada SelangorKini di Majlis Rumah Ter-buka Tourism Selangor di Grand Ballroom De Palma Hotel, Shah Alam, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Noorul Ashi-kin berkata, pelbagai inisiatif di- laksanakan tahun ini bagi menca-

pai sasaran 7.2 juta pelancong ke Selangor.

Katanya, Tourism Selangor berjaya mencatatkan 7.1 juta pelancong tahun lalu berban-ding tujuh juta yang disasarkan.

“Saya berharap dengan kerja keras semua pihak industri dan pelancongan di Selangor serta Kuala Lumpur dapat menaikkan lagi industri pelancongan negeri ini.

“Tahun ini sahaja, kita melak-sanakan sembilan acara utama dan salah satunya Festival Orang Asal Sedunia, pada 6 dan 7 Ogos lalu,” katanya.

Noorul Ashikin Mohd Din

Page 17: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

18PBT

SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Sebanyak 54 kompaun dan satu notis dike-luarkan, manakala dua tapak binaan ditutup Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) hasil operasi denggi besar-besaran, baru-baru ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya,

Mohd Azizi Mohd Zain (gam-bar), berkata operasi selama lima hari itu membabitkan 16 kawasan hotspot dengan 1,678 rumah diperiksa serta 144 tem-pat didapati terdapat pem-biakan.

“Pada 18 hingga 22 Julai lalu, Jabatan Kesihatan mengge-rakkan seluruh anggota kakita-

ngan daripada unit lain mem-bantu kawalan kes denggi.

“20 kawasan hotspot dikenal pasti dan operasi besar-besaran ini akan berlangsung selama sebulan,” katanya ketika dite-mui di sini, pada 6 Ogos lalu.

Sehingga 22 Julai lalu, Ma-laysia mencatatkan 62,966 kes denggi dengan 134 kematian.

Selangor mencatat sejumlah 33,883 kes dengan 50 kema-tian, manakala kawasan pen-tadbiran MBPJ pula 3,452 kes dengan tiga kematian direkod-kan.

Kes denggi sehingga 23 Julai lalu menunjukkan penurunan kes 36 peratus berbanding tempoh sama, pada 2015.

Gempur kawasan hotspot denggi sebulan

MBPJ tutup dua tapak binaan

SHAH ALAM - Orang ramai di-minta mengambil peluang menjelaskan kompaun seren-dah RM15 sehingga 31 Ogos ini melalui kempen pengurangan kompaun Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang membabitkan kesalahan letak kereta, halangan dan lalu lintas.

Pengarah Komunikasi Korpo-rat MPK, Norfiza Mahfiz, berka-ta tawaran khas bagi kompaun yang ditawarkan sebelum ini

mendapat sambutan menggal-akkan dengan orang ramai men-gambil peluang melunaskan baki tertunggak mereka.

“Kempen ini juga dapat membantu pelanggan yang ti-dak berkesempatan menjelas-kan kompaun terdahulu dan menjelaskannya mengikut tarikh ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, pada 5 Ogos lalu.

Norfiza berkata, orang ramai juga boleh membuat semakan

kompaun di Lobi MPK, Pejabat Cawangan Tengku Kelana dan kaunter van bergerak, manaka-la bayaran pula boleh dibuat di semua kaunter bayaran MPK.

“Semakan serta bayaran juga boleh dilakukan pada Sabtu dan Ahad di kaunter pasar raya terpil-ih antaranya AEON Bukit Tinggi (27–28 Ogos), Giant Hypermar-ket Bukit Tinggi (6–7 Ogos) dan Tesco Bukit Tingg (13–14 Ogos),” katanya.

Ambil peluang bayar kompaun RM��

SHAH ALAM - Majlis Perbanda-ran Ampang Jaya (MPAJ) men-ganjurkan Program Karnival Sihat Selangor bertujuan me-nyemarakkan gaya hidup sihat masyarakat menerusi kegiatan sukan, pada 14 Ogos ini.

Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata program berlangsung di Kom-pleks Muhibbah, Taman Nirwana itu terbuka kepada masyarakat

sekitar perbandaran MPAJ.“Penganjurannya menyahut

seruan Kerajaan Negeri dalam usaha memberikan pendidikan dan pendedahan kesihatan ke-pada masyarakat.

“Ia juga diharap mampu mengeratkan hubungan sila-turahim antara MPAJ, penduduk dan pihak swasta,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Beliau berkata, penganjuran tersebut juga selari dengan pro-gram mampan Local Agenda 21 (LA21) ke arah pelaksanaan ak-tiviti tanggungjawab sosial den-gan kerjasama syarikat swasta.

Sebarang pertanyaan men-genai program itu boleh terus menghubungi penganjur di talian 019-383 9408 atau Pe-nolong Pegawai Penerangan MPAJ (03-428973753).

Karnival Sihat Selangor di MPAJMBSA sita RORO haramSHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Ja-batan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) me-nyita tong Roll On Roll Off (Roro) haram atas kesalahan membuang sampah tanpa kebenaran dan mengganggu laluan di kawasan berkenaan.

Ketua Komununikasi Korporat-nya, Shahrin Ahmad, berkata tin-dakaan sitaan itu diambil sebagai langkah memastikan kebersihan dan keceriaaan bandar raya Shah Alam sentiasa di tahap terbaik.

Katanya, tindakan itu diambil di bawah undang-undang kecil pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah sarap (MBSA)

2007.“Semua pihak diingatkan jika in-

gin membuat sebarang kerja ubah suai harus menggunakan tong Roro disediakan MBSA. Ia bertu-juan mengawal pembuangan sampah haram,” katanya dalam ke-nyataan, pada 4 Ogos lalu.

Difahamkan tong Roro yang di sita menghalang laluan jalan di belakang kedai blok 3 Jalan 16/7, Seksyen 16, di sini.

Sehubungan itu, katanya, tinda-kan pemantauan dan penguatkua-saan diperkasa dari masa ke masa.

Sebarang pertanyaan dan uru-san tuntutan kembali tong boleh menghubungi JPSPPA di talian 03-55105133 sambungan 1316/1643.

Page 18: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

19SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

PBT

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) diisytiharkan sebagai pihak berkuasa tempatan bagi lo-kasi paling menjadi pilihan bagi pelabur di Selangor sesuai dengan kedudukannya yang strategik.

Kejayaan itu diumumkan pada

majlis Invest Selangor Gala Din-ner 2016 yang diadakan Setia City Convention Centre di Setia Alam, di sini, pada 5 Ogos lalu.

Anugerah disampaikan Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali itu turut meletakkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di tempat kedua diikuti Majlis Per-

bandaran Selayang (MPS) ketiga.Anugerah itu diterima Yang

Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin; Datuk Bandar MBSA, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan YDP MPS, Suliman Abd Rah-man.

Sementara itu, pada majlis sama, UMW Holding Berhad pula

dipilih memenangi anugerah khas bagi kategori pelaburan pa-ling menyerlah di Selangor.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Hassan Azhari menjelaskan anugerah itu adalah insentif tambahan yang diberikan Kerajaan Negeri bagi merangsang pelaburan di negeri

berkenaan.“Invest Selangor berharap

dapat meneruskan hubungan kerja yang baik dengan semua agensi kerajaan dan rakan perni-agaan. Ia untuk mengekalkan ru-ang persekitaran perniagaan kon-dusif bagi pelabur dan industri,” katanya.

Insentif tambahan rangsang tarik pelabur

MPK menang anugerah lokasi pilihan pelaburan

SHAH ALAM - Majlis Perbanda-ran Ampang Jaya (MPAJ) melak-sanakan program pemutihan kelulusan tambahan terhadap pemilik kediaman yang mem-buat spesifikasi pen-gubahsuaian tanpa mematuhi peraturan ditetapkan.

Pegawai Komu-nikasi Korporatnya, Norhayati Ahmad, berkata program tersebut membuka peluang kepada pen-duduk membuat permoho-nan baru pengubahsuaian kedia-man.

Beliau berkata, pemohon perlu mengemukakan empat set pelan siap bina (as built) sebelum proses kelulusan diabuat.

"Pelan siap bina perlu dise-diakan oleh arkitek atau pelukis pelan bangunan berdaftar den-gan MPAJ.

“Pemohon perlu mengemuka-kan surat Aku Janji Tangungjaw-ab oleh pemilik rumah terhadap binaan tambahan dan ubah suai sedia ada,” katanya dalam ke-

nyataan, baru-baru ini.Katanya, pemohon juga perlu

menjelaskan bayaran fi proses pelan dengan denda pelan 10

kali ganda dan lampiran cukai pintu serta cukai tanah

terkini.Pemohon juga

perlu mendapat Su-rat Kebenaran Jiran dan Borang Perakuan Gambar kediaman dengan lampiran Bo-

rang A oleh arkitek atau pelukis pelan berdaftar

untuk membuat permoho-nan lanjutan.

“Kelulusan permohonan pro-gram pemutihan ini tidak dapat di-pertimbangkan sekiranya dikenal pasti mempunyai unsur penipuan.

“Ini termasuk kesalahan per-nah memperoleh notis dan kom-paun, memperoleh pelan kelulu-san serta kerja yang melencong daripada pelan kelulusan dikelu-arkan,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Bangu-nan dan Senibina MPAJ di talian 03-42968009.

Program pemutihan beri peluang ubah suai rumahSHAH ALAM - Majlis Bandaraya

Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif memberikan pende-dahan menyeluruh mengenai kawalan demam denggi, pe-ngurusan dan penyelenggaraan sampah kepada pengurusan bangunan berstrata di kawasan pen-tadbirannya.

Datuk Ban-darnya, Da-tuk Ahmad Z a h a r i n Mohd Saad, b e r k a t a pendedahan itu penting kerana pembangunan perbanda-ran semakin pesat, sekali gus memberi kesan ke atas ka-dar peningkatan demam deng-gi.

“Melalui program ini, se-tiap zon MPP menubuhkan jawatankuasa bertindak melak-sanakannya termasuk memberi peringatan kepada penduduk supaya menjalankan pemerik-saan di rumah masing-masing selama 10 minit dan hapus tem-pat pembiakan nyamuk.

“Kita juga memberi pende-

dahan mengenai program pengasingan sampah dan pen-guatkuasaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757),” kata-nya selepas perasmian seminar pengurusan strata di Dewan Banquet MBSA, di sini, pada 3

Ogos lalu.Zaharin juga mahu

Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan

Perbadanan Pengu-rusan (MC) m e n g e r a k -kan aktiviti

di kawasan perumahan masing-masing untuk

menjayakan program SEDA-10 (Search and

Destroy) yang dilancarkan MBSA.

“Terdapat enam hotspot an-taranya Seksyen 15,16,7,9, U2 dan U5 yang mencatatkan kes tertinggi di kawasan flat dan pangsapuri,” katanya.

Tahun ini, 175 kawasan pemajuan berstrata di bawah JMB dan 194 kawasan pema-juan di bawah MC yang men-jadikan keseluruhannya adalah 76,886 unit/petak.

Untuk rekod, 76 kes demam

Tubuh jawatankuasa khas kawal denggi

denggi dilaporkan pada ming-gu epid ke-30 berbanding min-ggu sebelumnya iaitu 107 kes.

Manakala, dari Januari hing-ga kini, kes denggi di kawasan perumahan flat dan pangsapuri mencatatkan 2,334 kes terma-suk denggi berdarah.

Melalui program ini, setiap zon MPP menubuhkan jawatankuasa bertindak melaksanakannya termasuk memberi peringatan kepada penduduk supaya menjalan-kan pemeriksaan di rumah masing-masing selama 10 minit dan hapus tempat pembiakan nyamuk

AHMAD ZAHARINDatuk Bandar Shah Alam

Page 19: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

20Pendidikan

SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

OLEH NAZLI IBRAHIM & HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri melabur RM60 juta bagi menaik taraf Universiti Selangor (UNISEL) dalam usaha melahirkan lebih ra-mai tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran mengisi keper-luan perindustrian.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata perun-tukan itu termasuk RM20 juta di-serahkan beliau, pada 4 Jun lalu.

“Cek RM20 juta kepada UNISEL adalah geran khas daripada Kera-jaan Negeri untuk mempercepat-kan kemajuan program akademik serta memastikan kelancaran pentadbiran amnya.

“Dalam ekonomi global hari ini, Kerajaan Negeri mengakui terdapat anjakan paradigma dari-pada ekonomi berintensif buruh kepada berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan,” ka- tanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di hadapan kira-kira

Lahir lebih ramai tenaga kerja mahir

Labur RM�� juta naik taraf UNISEL

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan meneliti isu kelewatan pem-bayaran Skim Bantuan Tadika Se-langor (TUNAS) seperti dibang-kitkan di Dewan Negeri Selangor (DNS), baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia termasuk mengambil kira sekiranya peruntukan itu bo-leh disalurkan terus kepada Ran-taian Mesra Sdn Bhd (RMSB) untuk tujuan pembayaran.

Katanya, model pembayaran se-cara terus itu dilihat banyak mem-bantu proses pembayaran Skim Kesihatan Wanita dan Skim Bantu-an Asuhan Rakyat (SI KEMBAR).

“Kelewatan antara lain berpun-ca daripada senarai permohonan yang terpaksa dibuka semula kera-na tidak lengkap.

“Permohonan juga semakin meningkat selain peruntukan yang bertambah berbanding tahun se-belumnya,” katanya kepada Sela-ngorKini, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Sebelum ini, Ahli Dewan Ne-geri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata proses pembayaran Skim TUNAS kepada pengusaha tadika melalui karenah birokrasi.

Nik Nazmi berkata, proses pem-bayaran buat masa ini dikendal-ikan sepenuhnya RMSB dengan kerjasama Unit Pendidikan Baha-gian Pengurusan Sumber Manu-sia (BPSM) dan Pejabat Setiausaha

Elaun Koordinator Pembangunan Modal Insan ikut jadual

Teliti kelewatan bayar TUNAS

Kerajaan Negeri Selangor (SUK).“Proses ini juga perlu melalui

beberapa peringkat kelulusan ter-masuk daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Per-bendaharaan Negeri Selangor (PNS),” katanya.

Kelewatan antara lain berpunca daripada senarai permo-honan yang terpaksa dibuka semula kerana tidak lengkap

NIK NAZMIExco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi

1,000 pelabur dalam dan luar negara pada majlis Invest Selan-gor Gala Dinner yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, pada 5 Jun lalu.

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, keadaan itu bersesuaian dengan status Selangor sebagai sebuah negeri maju yang mampu menarik perhatian pelabur dalam dan luar negara.

“Sudah tentu UNISEL perlu menyahut cabaran ini tetapi un-tuk merealisasikannya, universiti ini memerlukan infrastruktur dan prasarana yang dapat memenuhi keperluan berkenaan,” katanya.

Cek bantuan geran itu diterima Naib Canselor UNISEL, Prof Datuk

Dr Mohammad Redzuan Othman yang turut dihadiri Exco Pendidi-kan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, UNISEL sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dimiliki Kerajaan Negeri memerlu-kan peruntukan secukupnya bagi pembangunan berkenaan selain Kolej Universiti Islam Antarabang-sa Selangor (KUIS).

“Kita mahu UNISEL menjadi pusat kecemerlangan ilmu bukan sahaja di Selangor tetapi di rantau ini. Selangor sedang beralih kepa-da negeri maju bukan lagi industri tenaga kerja yang ramai (labour intensive industry),” katanya.

LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)KENYATAAN TAWARAN TENDER

No Tender

LUAS/T/03/2016

Kod Bidang

330101 (Perkhidmatan

Perunding Fizikal

(Kejuruteraan) - Kejuruteraan

Awam)

atau

330207 (Perkhidmatan

Perunding Fizikal (Bukan Kejuruteraan) - Kajian Alam

Sekitar)

Tempoh Penjualan Tender

10 Ogos 2016hingga

30 Ogos 2016

ISNIN – KHAMIS8.30 pagi – 1.00 petang

2.00 – 4.30 petang

JUMAAT8.30 pagi –

12.15 tengah hari2.45 – 4.30 petang

Harga Dokumen

RM50.00

Tarikh TutupTender

30 Ogos 2016 (sebelum 12.00

tengah hari)

2. Perunding / Wakil perunding hendaklah mengemukakan sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen. Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan LUAS semasa membeli dokumen. LUAS berhak menolak permohonan yang pada tanggapan LUAS tidak layak.3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara Tunai / Bank Draft / Wang Pos atas nama Lembaga Urus Air Selangor. Satu (1) perunding hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender sahaja. 4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah. Dokumen tidak akan dijual selepas tempoh ini.5. Dokumen tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di pejabat :-

PengarahLembaga Urus Air Selangor (LUAS)Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan

No.3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam,

Selangor Darul EhsanPada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari

6. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima.

1. Tawaran adalah dipelawa kepada perunding Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut :-

KAJIAN WATER FOOTPRINT SKIM PELESENAN DAN CAJ ABSTRAKSI SUMBER AIR BAGI AKTIVITI PERTANIAN, AKUAKULTUR DAN

PENTERNAKAN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM - Elaun Koordinator Pem-bangunan Modal Insan (KPMI) untuk tem-poh 11 bulan bertepatan dengan jadual tugasan mereka.

Exco Pendidikan, Pembangunan Mod-al Insan, Sain & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata keputusan itu selaras dengan jadual pelaksanaan Pro-gram Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), se-tiap tahun.

“PTRS merangkumi kelas pengajian daripada Februari hingga Oktober dan tugas penyelarasan daripada November hingga Disember.

“Oleh itu, justifikasi elaun KPMI hanya 11 bulan berdasar beban tugas dan tang-gungjawab selaras tempoh ditetapkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, wakil rakyat di Dewan

Negeri Selangor (DNS) mempertikaikan elaun KPMI yang tidak dibayar untuk 12 bulan dan kelewatan pembayaran guru PTRS.

Nik Nazmi berkata, elaun guru PTRS diproses selepas laporan dan tuntutan dibuat KPMI setiap lima hari bulan bulan berikutnya.

Katanya, buat masa ini hanya seorang urusetia melaksanakan proses tuntutan melibatkan 300 guru PTRS.

“Setiap tuntutan juga berbeza mem-buatkan urusetia perlu meneliti satu per-satu sebelum pembayaran dibuat secara terus.

“Tempoh pembayaran tidak tertakluk kepada peringkat urusetia semata-mata tetapi bergantung tarikh penghantaran laporan dan dokumen lengkap,” katanya.

Page 20: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

21SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Agama

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Jabatan Kehakiman Sya-riah Selangor (JAKESS) menerima Anu-gerah Emas dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2016 serta melayakkan jabatan itu ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlang-sung, pada Oktober ini.

JAKESS melalui kumpulan Premiere mempertaruhkan projek Key Focus Ac-tivity (KFA) iaitu proses kerja ‘fast track’ bagi kes perceraian yang hanya me-ngambil masa kurang enam jam tanpa perlu menunggu 90 hari dengan syarat mencapai persetujuan bersama.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata ke-jayaan itu menunjukkan hasrat Kera-jaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menggalakkan kreativiti serta inovasi disambut baik warga JAKESS.

“Saya percaya penyertaan Premiere dalam siri konvensyen ini memberi peluang kepada ahlinya memperbaiki

dan menambah baik produk 'fast track' yang diperkenalkan sejak November 2014, sekali gus mengembalikan man-faatnya kepada rakyat,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, kejayaan tersebut membuktikan institusi agama terma-suk kehakiman syariah mampu berdiri sama tinggi dengan institusi lain, sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak yang sering memandang ren-dah terhadap kemampuan institusi ter-babit.

“Diharap usaha kreativiti dan inovasi terus diperhebat serta dijadikan bu-daya oleh seluruh warga jabatan. Ke-jayaan kumpulan Premiere ini adalah pemangkin dan pencetus semangat banyak lagi kumpulan inovasi ditubuh-kan di JAKESS supaya projek sedang giat dibangunkan itu turut melakar ke-jayaan tersendiri,” katanya.

Konvensyen itu diadakan di Lang-kawi, Kedah, pada 3 hingga 4 Ogos lalu anjuran Perbadanan Produktiviti Ma-

laysia (MPC).Kes Cerai Fast Track adalah hasil ce-

tusan idea kumpulan Hakim Syarie Se-langor ketika membincangkan langkah strategik penyelesaian kes di Mahka-mah Syariah Negeri.

Ia mula diperkenalkan di beberapa Mahkamah Rendah Syariah di Selangor sejak November 2014 dan dilaksanakan sepenuhnya bermula Jun 2015 di semua 12 Mahkamah Rendah Syariah seluruh negeri.

Skop pelaksanaan Kes Cerai Fast Track melibatkan proses permoho-nan perceraian dengan talaq di bawah Seksyen 47 dengan syarat dokumen lengkap dan pasangan suami isteri ha-dir serta mendapat persetujuan bersa-ma untuk bercerai.

Isteri pula dalam keadaan suci dan tidak dicampuri, tidak mengandung, putus haid atau tidak pernah disetu-buhi dalam tempoh perkahwinan serta Mahkamah berpuas hati dengan alasan pecah belah (syiqaq).

'Fast Track' kes perceraian diiktiraf

JAKESS rangkul Anugerah Emas MPC

Sedia bantu kos baik pulih bilik kuliah terbakar

Anwar: �� tahun ABIM, denyut nadi penyatuan umat

WAKTU SOLAT SELANGOR12 -19 Ogos 2016

9 -16 Zulkaedah 1437HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

12 Jumaat 5.43 5:53 7.11 1:21 4:38 7:27 8:3913 Sabtu 5.43 5:53 7.11 1:21 4:38 7:27 8:3814 Ahad 5.43 5:53 7.10 1:21 4:37 7:27 8:3815 Isnin 5.43 5:53 7.10 1:20 4:37 7:27 8:3816 Selasa 5.43 5:53 7.10 1:20 4:36 7:26 8:3717 Rabu 5.43 5:53 7.10 1:20 4:35 7:26 8:3718 Khamis 5.43 5:53 7.10 1:20 4:35 7:26 8:3619 Jumaat 5.43 5:53 7.10 1:20 4:34 7:25 8:36

12 Jumaat 5.45 5:55 7:13 1:23 4:40 7:29 8:4113 Sabtu 5.45 5:55 7:13 1:23 4:40 7:29 8:4014 Ahad 5.45 5:55 7:13 1:23 4:39 7:29 8:4015 Isnin 5.45 5:55 7:13 1:22 4:39 7:29 8:4016 Selasa 5.45 5:55 7:13 1:22 4:38 7:28 8:3917 Rabu 5.45 5:55 7:13 1:22 4:37 7:28 8:3918 Khamis 5.45 5:55 7:13 1:22 4:37 7:28 8:3819 Jumaat 5.45 5:55 7:13 1:22 4:36 7:27 8:38

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bersedia memberi peruntukan khas untuk kos baik pulih bilik kuliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang musnah dalam kebakaran, baru-baru ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradi-si, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata siasatan mengenai kebakaran itu baru diselesaikan bomba forensik.

Manakala, katanya, Jabatan Agama Islam Se-langor (JAIS) sedang berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) berkaitan pelan baik pulih dan anggaran kos.

“Kita bersedia menyalurkan peruntukan dana yang dapat membantu terutama dalam kos baik pulih bilik berkenaan.

“Jika semuanya selesai, kita akan meneliti perkembangan tersebut dan Kerajaan Negeri se-dia membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih,” katanya ketika dihubungi, di sini, pada 6 Ogos lalu.

Pada 29 Julai lalu, sebuah bilik kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, musnah dalam satu kebakaran kira-kira pukul 2.20 petang.

Kebakaran berkenaan memusnahkan keselu-ruhan bilik kuliah berkeluasan 54 meter persegi itu dan api berjaya dipadamkan kira-kira 20 minit selepas jentera bomba tiba.

Tiada kemalangan jiwa direkodkan berikutan tiada sesi kuliah ketika kebakaran berlaku dan je-maah pula sedang beransur pulang selepas selesai solat Jumaat.

Ketika ini sesi pengajaran dan pembelajaran ku-liah memang dihentikan sementara sejak kes ke-bakaran berlaku.

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kukuh memainkan peranannya untuk terus menyelami denyut nadi penyatuan umat.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sepan-jang penubuhannya, gerakan itu terus kukuh menjana kesedaran baru pasca kemerdekaan menerusi ke- giatan penting mencakupi aspek pendidikan, pentadbiran dan sosial.

"Kelahiran tunas subur dilandasi nilai kepemudaan inilah menubuh-kan ABIM dengan misi kebangkitan meratakan kesedaran Islam sebagai satu cara hidup.

"Usia 45 tahun ini, ia terus menye-

lami nadi umat, mengakar dan me-rimbun di gelanggang dakwah.

"ABIM sudah mara lebih jauh dan pengaruhnya sudah mencapai dalam pelbagai lapangan," katanya yang juga bekas pemimpin ABIM.

Beliau berkata demikian sempe-na perutusan sambutan penubuhan ABIM sebagai antara gerakan ter-penting pengukuhan perjuangan Is-lam di Malaysia.

ABIM adalah sebuah gerakan Islam terbesar dan berpengaruh dengan tujuan penubuhannya mengukuh-kan nilai dakwah secara progresif.

Selepas penubuhannya, banyak ke-jayaan manis berjaya dicapai menerusi

aspek penyatuan ummah seluruh ne-gara.

Bagaimanapun, Anwar berka-ta, segala kejayaan dinikmati ABIM perlu menjadi landasan terbaik un-tuk terus mendepani sebarang hala-ngan.

"Berkat doa dan kesungguhan se-luruh warga penggerak dan pendu-kungnya, ABIM akan terus relevan sebagai dhamir masyarakat dan juru-bicara umat.

"Moga ABIM terus melahirkan le-bih banyak tunas muda sebagai pe-mimpin, pendidik dan agen peruba-han yang mempelopori kebangkitan umat era baru," katanya.

Page 21: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

muda kerana kita mahu identiti Wau Kapal ini kekal seperti kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Wau Kapal Terbuka Selangor 2016 an-juran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PA-DAT) baru-baru ini.

22Belia

SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LANGAT - Wau Ka-pal adalah antara identiti kese-nian Negeri Selangor yang perlu dikekalkan sekali gus mampu menjana ekonomi anak muda memandangkan seni pembua-tannya mempunyai keunikan tersendiri.

Exco Hal Ehwal Agama, Ja-watankuasa Adat Melayu, Pem-bangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hai-ri, berharap anak muda mengam-bil peluang mengembangkan lagi kemahiran dan bakat mencipta Wau Kapal untuk dipasarkan.

“Kalau Kelantan ada Wau Bu-lan, kita (Selangor) ada Wau Ka-pal.

“Apabila sudah ditetapkan se-bagai identiti Selangor, Wau Ka-pal ini boleh dijadikan sebagai cenderahati untuk dijual bagi menambahkan pendapatan.

“Promosi dibuat kepada anak

SHAH ALAM - Belia yang bermi-nat menjadikan pertanian seba-gai kerjaya berpeluang meneri-ma bantuan kewangan tidak melebihi RM30,000.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata ban-tuan itu diberikan dalam bentuk peralatan bagi mereka yang su-dah memulakan projek.

“Kita mahu membantu mer-eka meningkatkan lagi produk-tiviti dan kualiti hasil projek dice-buri,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-ba-ru ini.

Zaidy berkata, tiga program utama turut diwujudkan bagi tujuan galakan termasuk Pro-gram Agro Generasi Muda (AGROGEMS), Program Ladang #SmartSelangor dan Kebun Ko-muniti.

“Bagi mereka yang belum memulakan projek pertanian, kita juga anjurkan seminar dan

Anak muda minat tani sedia dibantu

Kekal identiti kesenian negeri

Wau Kapal mampu jana ekonomi anak muda

Berlangsung meriah, pengan-juran julung kali itu berjaya me-narik penyertaan 400 pemain Wau Kapal dari seluruh Malaysia membabitkan dua kategori uta-ma, Wau Kapal Moden dan Wau Kapal Tradisi selain satu kategori baru, Pakaian Tradisional Tercan-tik bagi peserta bertanding.

Ahmad Yunus yang juga Pengerusi PADAT berkata, per-tandingan seperti ini akan mula dipromosikan ke setiap daerah menerusi Karnival Kampungku Kesayanganku (3K).

Pertandingan yang bermula sejak awal pagi Padang Awam Batu 7, Kampung Sijangkang itu menyaksikan pelayang dari Tan-jung Sepat, Mohd Faizal Jarudi membawa pulang hadiah ber-jumlah RM1,000 selaku Juara Ka- tegori Wau Kapal Moden di Udara.

Beliau mengenepikan caba-ran sengit dari dua peserta lain, Mohd Zulkeffli Supian dan Mis-pan dalam perlawanan akhir.

Promosi dibuat kepada anak muda kerana kita mahu identiti Wau Kapal ini kekal seperti kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

DR AHMAD YUNUS HAIRIExco JawatankuasaAdat Melayu

kursus latihan.“Antaranya, Program Kursus

Tanaman Berkonsepkan Ferti-gasi, Penternakan Kambing dan Ayam Pedaging, Penternakan Ikan Air Masin dan Tawar dan Penternakan Lebah Kelulut,” ka-tanya.

Bantuan itu diberi-kan dalam bentuk peralatan bagi mereka yang sudah memulakan projek.Kita mahu membantu mereka meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil projek diceburiZAIDY ABDUL TALIBExco Industri Asas Tani

SHAH ALAM - Jobs for Caring Moms Malaysia akan mengan-jurkan Bazaar Ibu Prihatin (Ca-ring Moms Bazaar) dengan me-nyediakan lapangan membantu wanita mengurus cara hidup dan menjana pendapatan.

Pengasasnya, Mejar Shera Ann Bosco, berkata bazaar khas itu dibuka kepada semua wanita tidak kira wanita bekerjaya, ibu tunggal mahupun suri rumah.

“Bazaar ini juga memberi pe-luang peserta membincangkan pelbagai konflik yang sering di-hadapi sebagai wanita.

“Menerusi bazaar ini juga, ahli ‘Jobs for Caring Moms Ma-laysia‘ yang sebelum ini hanya berinterasi di media sosial ber-kesempatan untuk bertemu dan berkongsi pengalaman ke-jayaan masing-masing disam- ping menjual produk dan per-khidmatan secara nyata,” kata-nya dalam kenyataan.

Bertempat di Evolve Concept Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya, Bazaar Ibu Prihatin dijadu-alkan berlangsung pada 20 dan 21 Ogos ini.

Sejak ditubuhkan tiga bulan lalu di laman Facebook, ‘Jobs for Caring Moms Malaysia’ berjaya menarik lebih 30,000 penyer-taan daripada wanita pelbagai latar belakang dan kerjaya.

Penubuhannya tidak hanya terbatas kepada usaha memban-tu wanita menjana pendapatan

dan mengubah cara hidup, bah-kan memberi khidmat motivasi, tips penjagaan diri dan khidmat penjagaan bayi.

“Di dalam kumpulan ini, me-reka diberi semangat dan moti-vasi untuk melakukan sesuatu perubahan jika mereka ingin berjaya.

“Usaha ini akan berterusan dengan lebih banyak aktiviti kerana matlamat kami adalah untuk memastikan wanita di se-luruh Malaysia terus maju ke ha-dapan menjadi lebih baik hari ini daripada semalam,” katanya.

Bazaar Ibu Prihatin bentuk wanita berdikari, urus diri

Usaha ini akan berterusan dengan lebih banyak aktiviti kerana matlamat kami adalah untuk memastikan wanita di seluruh Malaysia terus maju ke hadapan menjadi lebih baik hari ini daripada semalam

MEJAR SHERA ANN BOSCOPengasas Caring Moms

Page 22: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

23SelangorKini 12 - 19 Ogos 2016

Sukan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Insentif wang tunai dihadiahkan Kerajaan Negeri kepa-da pemenang pingat emas SUKMA 2016 menyuntik semangat luar biasa kepada atlet Selangor.

Pemenang dua pingat emas, Nur Zunaira Zakaria, berkata gan-jaran berkenaan membuktikan keprihatinan dan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap sum-bangan sukan Selangor.

“Saat terima sendiri insentif daripada tangan Menteri Besar, apa yang terlintas di fikiran adalah perlu bekerja lebih kuat lagi.

“Apabila dihargai, kita pasti mahu memberikan lebih daripada yang diminta,” kata pemenang aca-ra 10 meter air pistol wanita indivi-du dan berpasukan itu kepada Se-langorKini, di sini, pada 3 Ogos lalu.

SHAH ALAM - Pengurus Selangor, Amirudin Shari mengesahkan untuk   berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak se-hingga tamat musim ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memberikan tum-puan terhadap kerja politik selain persediaan mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Katanya, aksi Liga Super Selangor menen-tang T-Team (3 Ogos) adalah perlawanan tera-khir selaku Pengurus The Red Giants sebelum berehat hingga penghujung Oktober ini.

“Ini adalah kerana komitmen saya selaku Exco dan ADN Batu Caves serta mengambil peluang menumpukan pada ibadah haji yang

akan dikerjakan tahun ini.“Hisham Ghouth selaku penolong pengu-

rus akan mengambil alih, sementara ketiadaan saya dan yakin beliau mampu menjalankan tu-gas dengan baik,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut mendoakan pe-main Selangor mampu membuktikan sesuatu kepada penyokong setia Merah Kuning dalam baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

“Akan ada perubahan positif dan rombakan kepada pasukan serta pengurusan FAS bagi memantapkan lagi sukan bola sepak dan pa-sukan Merah Kuning yang kita semua cintai.

“Doa dan sokongan semua amat diharap-kan,” katanya.

SHAH ALAM - Zainal Abidin Hassan menerima keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menamatkan kon-traknya sebagai Ketua Jurulatih Selangor dengan hati terbuka.

Baginya, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan, namun beranggapan masanya belum tiba bagi meraih kejayaan diimpikan.

“Mungkin pencapaian tidak begitu baik ketika ini, maka

saya menerima dengan hati

terbuka kepu-tusan FAS.

“ N a m u n , saya tetap

bangga kerana digugurkan ke-

tika pasukan ma-sih dalam situasi

mampu menge-jar kejuaraan,” katanya.

Beliau turut merak amk an

penghargaan kepada pengurusan FAS dan semua pihak juga penyokong yang memberi kerjasama sepanjang perkhid-matannya bersama Selangor dalam Liga Malaysia.

Katanya, antara punca beliau gagal me-nyempurnakan misi adalah masalah ke-cederaan beberapa pemain utama tetapi tetap berusaha memenuhi keinginan The Red Giants yang tinggi.

“Saya tidak akan berputus asa kerana ini adalah cabaran untuk terus berusaha meningkatkan ilmu kejurulatihan.

“Kepada pasukan dan pemain, terus-kan usaha dengan kerja keras, berikan kerjasama kepada jurulatih. Selamat ber-jaya kepada pengganti saya (K Gunalan),” katanya.

Penamatan kontrak Zainal berlaku selepas Menteri Besar merangkap Presi-den FAS, Dato Seri Mohamed Azmin Ali mengarahkan Pengurus pasukan, Ami-rudin Shari dan Penolong pengurus, Hisham Ghouth melakukan rombakan terhadap pengurusan FAS juga pasukan Selangor.

PETALING JAYA - Acara larian terulung ‘PJ Half Marathon’ kembali lagi untuk edisi ke-28 bertemakan ‘Run Because You Can’ yang bakal berlangsung, pada 21 Ogos ini.

Timbalan Datuk Bandar Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ), Johary Anu-ar, berkata MBPJ m e n j a n g k a k a n 5,000 peserta seki-tar bandar raya itu dan Lembah Klang mengambil baha-gian, tahun ini.

“Setakat ini, se-ramai 4,010 sudah berdaftar dan di-jangka penyertaan akan terus meningkat.

“Kita juga memilih laman MBPJ sek-syen 52 sebagai lokasi penganjuran bagi membuka dimensi baru tahun ini,” kata-nya ketika sidang media PJ Half Mara-thon 2016 di Bilik Gerakan, Tingkat 1 HQ MBPJ, di sini, pada 2 Ogos lalu.

Juara SUKMA 2016

Insentif suntik semangat luar biasa atlet

Rakan sepasukannya, Nur Hi-dayah Zulkifli pula berpendapat majlis penghargaan secara ber-asingan memberikan impak ber-beza.

“Sebelum ini tiada majlis se-begini, kita diraikan sama sahaja dengan atlet lain. Sekarang, di-panggil naik ke pentas dan orang bersorak menjadikan kita seronok dalam masa sama bangga dan berbaloi dengan apa yang diusa-

hakan untuk negeri,” katanya.Sementara itu, pemenang emas

acara menembak 10 meter air pis-tol lelaki berpasukan, Tan Tong Tat berharap insentif berkenaan dapat diteruskan pada masa hadapan.

“Ini bukan soal atlet mata duit-an atau sebagainya, tetapi peng-hargaan. Secara tidak langsung, ia juga menaikkan lagi taraf su-kan sebagai karier profesional pilihan anak muda,” katanya.

Amirudin ‘berehat’ hingga tamat musimZainal Abidin terbuka terima keputusan FAS

PJ Half Marathon sasar �,��� penyertaanSebanyak empat kategori dipertand-

ingkan membabitkan larian 21 kilometer (km) terbuka, 10 km terbuka, tujuh km (pelajar sekolah) serta tiga km Fun Ride.

Pelepasan acara bagi 21 km akan ber-mula seawal jam 5 pagi diikuti 10km

(5.30 pagi), tujuh km (6.30 pagi) dan tiga km (7.00 pagi).

“Antara jalan terlibat ialah Jalan Gasing, Ja-lan Klang Lama, Jalan Templer, Jalan Univer-siti dan Jalan Sultan.

“Hampir 90 anggota polis dan 50 penguat-

kuasa MBPJ bersedia membuat kawalan se-cara berperingkat bagi memastikan kesela-matan orang ramai terjamin,” katanya.

Orang ramai berminat boleh layari www.myraceonline.com atau hubungi persatuan POPS di talian 019-5541902/ 012-6294083 untuk mendaftar.

Nur Zunaira (tengah) bersama Nur Hidayah (kiri) dan Aida Amirah

Page 23: BOOK SelangorKini 12 – 19 Ogos 2016

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

Reformasi FAS

Bendahari dan Setiausaha Agung letak jawatan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dato ‘ Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan pihaknya su-dah menerima tawaran perletakan jawatan serta-merta Se-tiausaha Agung, Rosman Mohd Ibrahim dan Bendahari, Da-tuk S Sivasundram dari badan bola sepak itu, pada 8 Ogos lalu.

Katanya, perkara itu sudah dibincangkan bersama Pengu-rus The Red Giants, Amirudin Shari dan mereka menghormati keputusan berkenaan.

“FAS mengucapkan terima kasih kepada saudara Rosman dan Datuk Sivasundram atas khidmat serta sumbangan me-reka terhadap perkembangan bola sepak Selangor,” katanya.

Beliau berkata, FAS sedang merencana langkah proaktif

mengekalkan kegemilangan bola sepak Selangor termasuk penswastaan juga program pembangunan komprehensif yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankua-sa Eksekutif FAS, minggu hadapan.

“Saya memberi jaminan bahawa FAS akan terus melalui proses reformasi sukan bersesuaian as-pirasi penyokong yang sentiasa memberi do-rongan dan sokongan kepada pasukan bola sepak Selangor,” katanya.

Rosman dan Sivasundram mengumum-kan pengunduran daripada FAS selepas berkecimpung lebih 20 tahun dalam bola sepak tempatan bagi memastikan kelancaran proses transformasi yang dihasratkan Mohamed Azmin.

Saya memberi jaminan bahawa FAS akan terus melalui proses reformasi sukan bersesuaian aspirasi penyokong yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada pasukan bola sepak Selangor

MOHAMED AZMINPresiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)

DENGKIL - Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dato Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tindakannya mengarahkan rombakan segera dalam pasukan The Red Giants dibuat secara merit.

Katanya, ia adalah langkah awal demi memastikan pasukan kembali ke prestasi sebenar di samping beberapa langkah lain dijangka menyusul sedikit masa lagi.

“Tindakan perlu diambil berdasarkan merit. Sekiranya tiada prestasi yang baik, saya selaku Presiden akan mengambil tin-dakan sewajarnya.

“Saya harus mengambil tindakan proak-tif supaya prestasi pasukan Selangor dapat dipertahankan,” katanya.

The Red Giants menduduki tangga keti-ga liga Super dengan 26 mata ketinggalan jauh kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United.

Stadium Hoki Pandamaran diiktiraf HIF Rombakan berdasarkanmerit

SHAH ALAM - Stadium Hoki Pandama-ran, Klang berjaya memenuhi piawaian Persekutuan Hoki Antarabangsa (HIF) se-bagai stadium antarbangsa.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangu-nan Usahawan, Amirudin Shari, berkata kerja naik taraf padang stadium berke-naan menepati piawaian ditetapkan selepas HIF membuat kajian seterusnya membolehkannya layak diiktiraf.

“Stadium ini berjaya mendapat sijil pengiktirafan HIF yang melayakkannya digunakan untuk kejohanan peringkat nasional dan antarabangsa.

“Walaupun kita ada sedikit kekangan mengenai lampu yang perlu dinaik taraf untuk kegunaan waktu malam, namun usaha penambahbaikan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya ketika sidang media Majlis Perasmian Stadium Hoki Pandamaran, Klang, di sini, pada 2 Ogos lalu.

Selain itu, katanya, kerja penyeleng-garan juga perlu diutamakan supaya sta-dium itu dapat digunakan untuk jangka masa panjang.

Turut hadir dalam majlis perasmian

adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ahli majlis, ketua jabatan daerah dan ketua ja-batan MPK.

Juara SUKMA ���6 : Insentifsuntik semangat luar biasa atlet

Juara SUKMA ���6 : Insentifsuntik semangat luar biasa atlet

Juara SUKMA ���6 : Insentifsuntik semangat luar biasa atlet